jenis jahitan

9
JAHITAN ASAS- PENYUDAH TEPI Penyudah tepi ialah satu proses jahitan yang dibuat untuk mengukuh dan menghias tepi jahitan. Penyudah tepi dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu: a) Kelepet b) Kun c) Renda d) Lapik a. Kelepet Kelepet ialah sejenis penyudah tepi yang dihasilkan dengan melipat tepi fabrik ke sebelah dalam. Kelepet di tetapkan dengan jahitan mesin atau jahitan tangan. Terdapat dua jenis kelepet iaitu kelepet lurus dan kelepet melengkung. Lebar kelepet biasanya berukuran 5mm-4cm. Kelepet biasanya ditetapkan dengan jahitan sembat, jahitan sembat susup, jahitan silang pengkah atau jahitan mesin. b. Kun Kun ialah suatu kaedah penyudah tepi yang dapat dibuat sendiri daripada fabrik yang sama atau dibeli siap. Kun ialah penyudah tepi yang sangat sesuai untuk fabrik nipis atau sederhana yang mudah berbulu. LING NGIIK BING P6F/2015

Upload: karen-ling

Post on 14-Dec-2015

191 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis jahitan

JAHITAN ASAS- PENYUDAH TEPI

Penyudah tepi ialah satu proses jahitan yang dibuat untuk mengukuh dan

menghias tepi jahitan.

Penyudah tepi dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

a) Kelepet

b) Kun

c) Renda

d) Lapik

a. Kelepet

Kelepet ialah sejenis penyudah tepi yang dihasilkan dengan melipat

tepi fabrik ke sebelah dalam.

Kelepet di tetapkan dengan jahitan mesin atau jahitan tangan.

Terdapat dua jenis kelepet iaitu kelepet lurus dan kelepet melengkung.

Lebar kelepet biasanya berukuran 5mm-4cm.

Kelepet biasanya ditetapkan dengan jahitan sembat, jahitan sembat

susup, jahitan silang pengkah atau jahitan mesin.

b. Kun

Kun ialah suatu kaedah penyudah tepi yang dapat dibuat sendiri

daripada fabrik yang sama atau dibeli siap.

Kun ialah penyudah tepi yang sangat sesuai untuk fabrik nipis atau

sederhana yang mudah berbulu.

Bahagian pakaian yang sesuai untuk dikemaskan dengan kun

termasuklah garis leher, hujung lengan dan bahagian bawah blaus.

Biasanya lebar kun yang telah siap ialah 6mm-1cm.

c. Renda

Renda adalah sejenis penyudah tepi yang dibuat daripada fabrik

kapas, linen atau nilon.

Renda sangat sesuai untuk pakaian kanak-kanak, blaus, pakaian

dalam, pakaian tidur dan artikel.

LING NGIIK BING P6F/2015

Page 2: Jenis jahitan

Renda jahitan tangan adalah lebih mahal daripada renda jahitan

mesin.

Pilihan renda mestilah sepadan dengan warna fabrik dan jika berwarna

meatilah tidak mudah luntur.

Renda dijahit pada artikel/pakaian dengan jahitan tangan dan jahitan

mesin.

d. Lapik

Lapik ialah proses menjahit fabrik yang ditambah pada tepi fabrik,

artikel atau pakaian dengan tujuan mengemas tepinya.

Lapik ditetapkan dengan menggunakan mesin jahit atau jahitan

tangan.

Terdapat dua jenis lapik iaitu lapik lurus dan lapik berbentuk.

LING NGIIK BING P6F/2015

Page 3: Jenis jahitan

JENIS-JENIS JAHITAN

1. Jahitan Kia

Kegunaan jahit kia:

Untuk menyambung kain bagi

menggantikan jahitan mesin.

Untuk memula dan mengakhiri mata jahitan.

Cara menjahit:

Mula dan akhirkan jahitan dengan jahit kia,

Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan( 3mm –

5mm)

Jahitan pertama adalah seperti jeiujur halus, kemudian

jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke

hadapan semula.

LING NGIIK BING P6F/2015

Jahitan Kia

Jelujur Kasar

Sembat

Silang Pangkah

Lilit Ubi

Insang Pari

Jelujur Halus

Page 4: Jenis jahitan

la kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahit mesin pada sebelah luar dan

seperti jahit batang di sebelah dalam.

2. Jelujur kasar

Jahitan jelujur kasar ini menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia

merupakan jahitan sementara sebelum jahitan kekal dibuat. Ia juga digunakan

untuk menetapkan kelim di kedudukan dan senang dicabut. 

3. Sembat

Kegunaan jahit sembat;

Untuk mengekalkan lipatan atau kelepet misalnya lipatan pita, lapik

tampal dan ikatan pinggang.

Cara menjahit;

Dijahit dari kanan ke kiri dengan jahitan

menyerong pada sudut 30 darjah di sebelah

dalam.

Mulakan dengan jahit kia di bawah lipatan dan

akhirnya dengan jahit kia.

LING NGIIK BING P6F/2015

Page 5: Jenis jahitan

Jahitan ini halus, sekata, teguh dan boleh dilihat pada sebelah luar

pakaian.

4. Silang Pangkah

Kegunaan;

Sebagai jahitan pengemas untuk menetapkan kelepet, lipatan atau

mengemas tepi kain.

Cara Menjahit:

Jahit dari kiri ke kanan

Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan fabrik di bawah tepi

berjerumbai.

Tarik jarum keluar di bawah hujung jahit kia yang telah dibuat.

Buat mata jahitan berikutnya pada dua lapisan fabrik dan di atas

hujung mata jahitan sembat yang pertama.

Ulang jelujur halus mengikut cara ini berselang-selang dengan

selapisan dan dua lapisan fabrik.

5. Lilit Ubi

Kegunaan:

LING NGIIK BING P6F/2015

Page 6: Jenis jahitan

Melekatkan tampal dan tampal hias pada artikel atau pakaian.

Menyambung 2 tepi fabrik berlipat.

Mengemas tepi-tepi fabrik. (Conton : tepi kocek tampal, kelim terus)

Cara Menjahit

Jahitan dimulakan dari kanan ke kiri.

Jarum diletak tegak kepada fabrik dan hujung jarum menghala ke arah

penjahit.

Jahit seakan melilit fabrik.

6. Insang pari

Kegunaan:

Untuk mengemas tepi kain atau basi

kain

Untuk ulat-ulat 

Untuk menjahit rumah butang tersirat

atau bergelung untuk butang cangkuk.

Sebagai jahitan perhiasan

Cara menjahit

Mulakan dengan jelujur halus menegak

pada sebelah kiri.

Jarum menegak tepat dan ke arah

penjahit 

LING NGIIK BING P6F/2015

Page 7: Jenis jahitan

Jahit dari kiri ke kanan dengan benang bergelung di bawah jarum.

7. Jelujur Halus

Kegunaan:

Menyambung dua atau lebih kepingan kain

Membuat kedut

Melekatkan lapisan kain buat sementara

Menandakan kedudukan dan panjangnya lubang butang

Mengelakkan tepi kain daripada memeri

Mensekatakan kepala lengan

Sebagai jahitan sulaman

Cara Menjahit

Dimulakan dan dimatikan dengan jahit kia

Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama

besar dengan jaraknya 0.3 - 0.5 cm

LING NGIIK BING P6F/2015