jenis bahan tambah

9
JENIS-JENIS BAHAN TAMBAH MAKANAN Negara kita sangat kaya dengan pelbagai jenis makanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dimasak terlebih dahulu untuk dimakan seperti nasi dan ada juga jenis makanan yang tidak perlu dimasak dan tersedia untuk dihidang. Makanan ini dinamai sebagai makanan segera. Kebiasaannya, makanan segera disediakan akibat daripada kekangan masa untuk melakukan aktiviti memasak. Majoriti penduduk dunia mempunyai kerjaya masing-masing dan disebabkan oleh kesibukan dalam mengurus kerja, mereka telah mengambil inisiatif untuk menggunakan makanan segera bagi memenuhi keperluan asas mereka. Namun begitu, tanpa kita sedari bahawa setiap makanan yang terdapat di pasaran mempunyai kandungan bahan tambah yang mungkin dapat memudaratkan penggunanya. Bahan tambah makanan ialah bahan kimia yang ditambahkan ke dalam makanan untuk tujuan mengawet, atau meningkatkan bau, rasa, dan rupa makanan. Setiap bahan makanan yang terdapat di pasaran sekarang kebanyakannya mempunyai bahan tambah tersendiri. Apabila sesuatu bahan tambah dimasukkan ke dalam bahan makanan tersebut, makanan itu akan menjadi lebih tahan lama dan rasa serta baunya juga turut lebih enak dan menyelerakan. Makanan yang mempunyai bahan tambah kelihatan lebih menyelerakan dan ada sesetengah makanan tersebut lebih mudak untuk dicerna. Contohnya ialah seperti pembuatan kek, jika terdapat bahan tambah seperti pewarna, ia akan menaikkan seri kek tersebut. Pembeli juga lebih tertarik untuk membelinya dengan keadaan kek yang berwarna warni dan menarik. Dalam pembuatan bahan tambah makanan, terdapat dua jenis bahan tambah yang terlibat dalam pemprosesan makanan iaitu bahan tambah asli dan bahan tambah buatan.

Upload: cikgu-nabilah

Post on 29-Nov-2015

127 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS BAHAN TAMBAH

JENIS-JENIS BAHAN TAMBAH MAKANAN

Negara kita sangat kaya dengan pelbagai jenis makanan. Terdapat beberapa jenis makanan

yang perlu dimasak terlebih dahulu untuk dimakan seperti nasi dan ada juga jenis makanan

yang tidak perlu dimasak dan tersedia untuk dihidang. Makanan ini dinamai sebagai makanan

segera. Kebiasaannya, makanan segera disediakan akibat daripada kekangan masa untuk

melakukan aktiviti memasak. Majoriti penduduk dunia mempunyai kerjaya masing-masing dan

disebabkan oleh kesibukan dalam mengurus kerja, mereka telah mengambil inisiatif untuk

menggunakan makanan segera bagi memenuhi keperluan asas mereka. Namun begitu, tanpa

kita sedari bahawa setiap makanan yang terdapat di pasaran mempunyai kandungan bahan

tambah yang mungkin dapat memudaratkan penggunanya.

Bahan tambah makanan ialah bahan kimia yang ditambahkan ke dalam makanan untuk

tujuan mengawet, atau meningkatkan bau, rasa, dan rupa makanan. Setiap bahan makanan

yang terdapat di pasaran sekarang kebanyakannya mempunyai bahan tambah tersendiri.

Apabila sesuatu bahan tambah dimasukkan ke dalam bahan makanan tersebut, makanan itu

akan menjadi lebih tahan lama dan rasa serta baunya juga turut lebih enak dan menyelerakan.

Makanan yang mempunyai bahan tambah kelihatan lebih menyelerakan dan ada sesetengah

makanan tersebut lebih mudak untuk dicerna. Contohnya ialah seperti pembuatan kek, jika

terdapat bahan tambah seperti pewarna, ia akan menaikkan seri kek tersebut. Pembeli juga

lebih tertarik untuk membelinya dengan keadaan kek yang berwarna warni dan menarik. Dalam

pembuatan bahan tambah makanan, terdapat dua jenis bahan tambah yang terlibat dalam

pemprosesan makanan iaitu bahan tambah asli dan bahan tambah buatan.

Bahan tambah asli merupakan bahan tambah daripada sumber asli dan tidak

mempunyai bahan kandungan bahan kimia buatan. Bahan ini lebih selamat dan tidak terlalu

mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. Antara contoh bahan tambah asli ialah seperti

garam, gula dan cuka. Ianya digunakan untuk mengawet makanan agar kekal lebih lama.

Contoh bahan makanan yang diawet dengan bahan tambah jenis ini ialah seperti ikan masin,

jem dan sebagainya. Apabila makanan ditambah dengan pengawet, segala mikroorganisma

dapat dibunuh dan dapat mencegah pertumbuhan mikroorganisma yang dapat merosakkan

makanan. Makanan akan kekal lebih lama tanpa pembiakan mikroorganisma. Tambahan pula,

ia akan menambahkan rasa yang lebih enak terhadap makanan dengan adanya bahan tambah

tersebut.

Page 2: JENIS BAHAN TAMBAH

Selain daripada bahan tambah asli, bahan tambah tiruan juga ada dihasilkan oleh

industri pemakanan di negara kita.bahan tambah tiruan mengandungi kandungan bahan kimia

yang banyak. Bahan ini berfungsi untuk memastikan makanan lebih tahan lama, lebih sedap

dan menyelerakan. Antara contoh bahan tambah tiruan adalah seperti asid askorbik, natrium

benzoate, mononatrium, aspartam dan sebagainya. Kesemua bahan ini digunakan secara

meluaskanan dalam industri pembuatan makanan di seluruh dunia. Jadual di bawah

menjelaskan beberapa jenis bahan tambah tiruan yang digunankan untuk menignkatkan kualiti

makanan.

JENIS BAHAN TAMBAH MAKANAN

JENIS BAHAN

TAMBAH

MAKANAN

FUNGSI CONTOH BAHAN CONTOH

MAKANAN

Pengawet Bahan ini digunakan untuk

mencegah pertumbuhan

mikroorganisma yang dapat

merosakkan makanan.

Dengan adanya bahan ini,

makanan akan lebih tahan

lama. Ia dapat membantu

membantutkan pertumbuhan

mikroorganisma tersebut.

Natrium Nitrit

Natrium Benzoat

Sulfur Dioksida

Asid Askorbik

Burger, belacan,

sos, marjerin,

jus buah-

buahan, sosej

dan jem buah-

buahan.

Pengoksidaan Bahan ini pula digunakan

untuk menghalang

pengoksidaan lemak dan

minyak oleh oksigen di udara.

Dengan ini, makanan akan

lebih tahan lama dan tidak

cepat rosak. Kandungan

oksigen di udara dapat

Asid Sorbik

Asid Sitrik

Minyak masak,

minyak sapi,

makanan yang

digoreng, biskut.

Page 3: JENIS BAHAN TAMBAH

mengoksidakan lemak dan

minyak dalam makanan.

Bahan tiruan ini boleh

menghalang oksigen

memasuki makanan itu.

Perisa Perisa sangat sinonim dalam

industri makanan. Perisa

dapat menambahkan rasa

dan tekstur sesuatu makanan

agar ianya menjadi lebih enak

serta menyelerakan. Tanpa

perisa, makanan tidak

menarik dan menjejaskan

rasa makanan tersebut.

Tambahan pula, terdapat

perisa yang berfungsi untuk

memberikan rasa manis pada

makanan dan minuman tanpa

menggunakan gula.

Mononatrium

Glutamat

Aspartam

Sos tiram, Sos

cili dan tomato,

kicap, perisa

sirup dan

sebagainya.

Kordial, kicap, susu.

Penstabil dan

Pemekat

Bahan tambah tiruan ini

digunakan untuk

memekatkan dan

menstabilkan keadaan

makanan. Terdapat

sesetengah makanan perlu

dipekatkan sebelum sesi

pembungkusan dilaksanakan.

Dengan memekatkan

makanan tersebut, ianya

dapat tahan lama.

Agar-agar, Gam

Acarcia, Tepung

Jagung.

Tepung, susu

pekat, sos dan

sebagainya.

Page 4: JENIS BAHAN TAMBAH

Pewarna Pewarna digunakan untuk

mencantikkan rupa makanan

agar ianya kelihatan lebih

menarik dan berwarna warni.

Dengan adanya pewarna,

rupa makanan lebih cantik.

Pewarna biasanya digunakan

dalam proses penghasilan

kek, biskut dan kuih.

Sebatian azo

dan trifenil

Aiskrim, jem,

minuman ringan,

minuman

kordial, gula-

gula, kuih lapis,

kek dan aising.

Peluntur Bahan ini bertujuan untuk

melunturkan warna makanan

dan menjadikan makanan

tersebut kelihatan bersih dan

segar.

Benzyl Peroxide

dan karbon

diaktifan.

Tepung putih,

gula, minyak

masak.

KESAN-KESAN BAHAN TAMBAH DALAM MAKANAN

Page 5: JENIS BAHAN TAMBAH

Bahan tambah dalam makanan akan menjadikan rasa dan tekstur makanan berubah kepada

lebih sedap dan enak. Ianya juga menjadi lebih menarik dari segi rupa seperti penggunaan

pewarna yang berwarna warni. Keadaan ini telah menarik perhatian penggemar makanan untuk

membeli dan menghidang makanan tersebut. Masyarakat Malaysia sangat popular dengan

tabiat makan yang mewah. Mengikut statistik juga turut mengatakan bahawa penduduk di

negara kita tergolong daripada penduduk yang mengalami tahap obesiti yang tinggi. Walaupun

bahan tambah sama ada asli mahupun buatan mengubah rasa makanan tersebut menjadi lebih

enak, namun pengambilan yang berlebihan dan berterusan dapat mengakibatkan kesan yang

negatif kepada diri seseorang indivitu.

Untuk bahan tambah asli seperti gula dan garam, masing-masing keduanya mempunyai

kesan yang negatif kepada individu jika kandungan bahan tersebut diambil secara berlebihan.

Contohnya, apabila seseorang mengambil gula secara berlebihan, ianya akan mengakibatkan

penyakit diabetes. Diabetes adalah salah satu penyakit yang kronik dan boleh membawa maut.

Ini kerana kandungan gula yang terlalu tinggi akan menganggu fungsi jantung. Selain tiu juga,

jika pesakit mengalami luka luaran, kuman mudah untuk merebak dan membiak ke atas diri

pesakit diabetes.

Seterusnya, untuk individu yang gemar mengambil kandungan garam yang berlebihan

pula boleh mengakibatkan penyakit tekanan darah tinggi seterusnya boleh membawa kepada

strok serta maut. Garam bersifat masin. Apabila kandungan garam berlebihan, air dalam badan

akan berkurangan atau dikenali sebagai hidrasi. Kesannya, sel-sel dalam badan tidak dapat

berfungsi dengan baik dan berkesan. Tambahan pula, kandungan garam yang berlebihan akan

meningkatkan tekanan darah tinggi. Keadaan ini boleh membawa maut.

Untuk bahan tambah buatan pula, ianya juga turut memberi kesan yang buruk apabila

kandungan pengambilan berlebihan dalam diri seseorang individu. Sebagai contoh ialah

mononatrium glutamate atau turut dikenali sebagai MSG. MSG adalah bahan tambah yang

memberi rasa yang lebih enak kepada makanan seperti nasi gorang, kari dan sebagainya.

Penggunaan bahan ini perlulah dalam kuantiti yang sedikit. Namun jika kandungan MSG yang

tinggi dalam badan dapat mengakibatkan sel-sel tidak dapat berfungsi dengan baik. Dari sudut

perubahan luaran, rambut akan mudah gugur dan mengakibatkan rasa pening serta loya. Ianya

juga dapat mengakibatkan penyakit buah pinggang. Penyakit ini boleh membawa maut jika

tidak dirawat dengan baik dan berterusan.

Page 6: JENIS BAHAN TAMBAH

Di samping itu juga, perisa dan pewarna juga merupakan bahan tambah buatan yang

cukup popular di kalangan pembuatan makanan di seluruh dunia. Ianya dapat mencantikkan

rupa makanan dan menambahkan rasa yang enak kepada makanan tersebut. Perisa dan

pewarna kebiasaannya digunakan dalam pembuatan ppastri seperti kek, biskut dan kuih.

Walaupun bahan ini memberi kesan yang enak dan menarik, namun pengambilan yang

berlebihan terhadap bahan ini dapat mengakibatkan kanser. Kanser merupakan penyakit yang

boleh membawa maut. Kanser terjadi apabila pertumbuhan sel tidak dapat dikawal dengan baik

sama ada pertumbuhan sel secara berlebihan mahupun terbantut. Dengan ini, ia telah

menganggu fungsi system dalam badan. Jika kanser tidak dirawat dengan serius, ianya boleh

membawa maut kepada pesakit tersebut.

Antioksida digunakan dalam industri makanan untuk mengelakkan perlakunya

pengoksidaan terhadap makanan. Antara bahan tambah tiruan yang biasa digunakan dalam

proses antioksida ialah asid askorbik dan asid sitrik. Asid sitrik digunakan dalam membuat kek

dan asid askorbik digunakan untuk penghasilan minyak masak. Jika kandungan antioksida

berlebihan dalam diri seseorang individu, ia membawa kesan yang negatif seperti keguguran

rambut, kerosakan pada hati, otak dan ginjal serta masalah tumbesaran. Jika masalah ini dibiar

secara berterusan, ia boleh mengakibatkan kematian.

Dalam teknologi makanan juga, terdapat bahan tambah tiruan yang dikenali sebagai

peluntur. Peluntur digunakan untuk menghilangkan warna asal pada makanan supaya kelihatan

bersih dan segar. Peluntur digunakan secara meluas dalam proses membuat gula. Walaupun

fungsi bahan ini adalah untuk meningkatkan mutu luaran makanan, namun ianya juga tidak

terkecuali membawa kesan buruk jika digunakan secara berlebihan. Antara kesannya ialah

membawa kepada keracunan makanan dan seterusnya kepada penyakit kanser. Peluntur

sangat berbahaya kepada tubuh badan. Oleh itu, pengambilan bahan ini perlulah dikawal.

Secara rumusannya, setiap bahan tambah sama ada bahan asli mahupun tiruan

membawa kepada kesan baik dan buruk. Sebagai pengguna, kita hendaklah memastikan

bahawa kandungan bahan ini berada dalam keadaan terkawal agar dapat mengelakkan segala

penyakit berbahaya timbul. Pengguna perlulah senitasa mengambil berat terhadap kehadiran

bahan kimia yang ditambah di dalam makanan yang boleh mengakibatkan terjejasnya

kesihatan tubuh badan kita. Tambahan pula, kita juga mestilah membaca terlebih dahulu

kandungan nutrisi yang terpapar pada bungkusan makanan sebelum memakannya. Kita perlu

memastikan makanan tersebut tidak didedahkan dengan bahan kimia yang berlebihan. Ilmu

Page 7: JENIS BAHAN TAMBAH

pengetahuan mengenai bahan tambah ini sangat penting kepada setiap individu untuk

kesejahteraan kesihatan bersama. Sebagai kesimpulannya, setiap individu perlulah memilih

makanan yang sihat. Pengambilan bahan tambah perlu dikurangkan dan berpada-pada.

Dengan ini, ia dapat menjamin kesihatan yang baik.