jenis ayat

17
Disediakan oleh: FARAH FAZRIYANA BT BASRI FITRI NORLIDA BT IBRAHIM ZA KASMADIANA BT KASMIJAN OR AZRINA BT MOHD ZAINOL NUR AFIFAH BT AHMAD SINTAKSIS Jenis Ayat Program Ijazah Sarjana Mud Perguruan Semester 5 Bahasa Melayu Pensyarah: En Mohd Nor bin Hamz

Upload: fitri-ibrahim

Post on 08-Dec-2014

3.890 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis ayat

Disediakan oleh:FARAH FAZRIYANA BT BASRIFITRI NORLIDA BT IBRAHIM

IZA KASMADIANA BT KASMIJANNOR AZRINA BT MOHD ZAINOL

NUR AFIFAH BT AHMAD

SINTAKSISJenis AyatProgram Ijazah Sarjana Muda

PerguruanSemester 5

Bahasa MelayuPensyarah:En Mohd Nor bin Hamzah

Page 2: Jenis ayat

JENIS AYAT

Ayat Penyata

Ayat Tanya Ayat Perintah

Ayat Seruan

Page 3: Jenis ayat

Ayat Penyata

Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.

Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi

keterangan tentang sesuatu hal.

Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.

Contoh:

∞Saya sudah memiliki kereta baharu.∞Dunia ini penuh dengan dugaan.∞Dia pandai mengawal emosinya.

Page 4: Jenis ayat

Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.

AYAT TANYAAyat Tanya

Dengan Kata Tanya

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

Page 5: Jenis ayat

Ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.Ayat Tanya tanpa

Kata Tanya

Contoh: Dia tersenyum? Adik masih menangis?

Page 6: Jenis ayat

Ayat tanya yang menggunakan kata tanya.Contoh: Apakah, Manakah, SiapakahAyat Tanya dengan

Kata Tanya

Terbahagi kepada dua:1. Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya2. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.

Page 7: Jenis ayat

Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya

Apa, Siapa, Mana

Contoh: Benda itu apa?Gurunya siapa? Adik awak mana?

Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya

Terdiri daripada ayat-ayat yang didahului oleh frasa sendi nama

tanya.

Di mana, Dari mana, Sejak bila, Bagaimana, Dengan siapa

Contoh: Tuan tinggal di mana? Mereka datang dari mana? Penyakit ini merebak sejak bila?

Ayat Tanya dengan Kata Tanya

Page 8: Jenis ayat

Ayat Perintah

Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap pendengar.

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

• Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.

• Ayat ini terdiri daripada ayat yang bertujuan untuk menyeluruh melarang, mempelawa dan meminta.

• Ayat perintah dapat diucapkan sama ada dalam bentuk suruhan , larangan, silaan atau permintaan, bergantung pada jenis perkataan(perintah) yang digunakan

Page 9: Jenis ayat

Ayat Suruhan (untuk memberi

perintah atau arahan)

Ayat Larangan (untuk menegah

seseorang melakukan sesuatu)

Ayat Permintaan (untuk membuat permintaan atau

meminta pertolongan)

Ayat Silaan (untuk menjemput atau

mempersilakan seseorang)

AYAT PERINTAH

Page 10: Jenis ayat

Ayat SuruhanAyat yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan arahan kepada pendengar.Terdiri daripada subjek iaitu kata ganti nama diri orang kedua diikuti oleh prediket. Tetapi subjek kebiasaanya digugurkan

Contoh: “Tutup pintu itu.”Ayat yang sama boleh dilengkapi oleh subjek seperti berikut : “Awak tutup pintu itu.” Partikel –lah turut boleh digunakan di bahagian predikat ayat suruhan. Contoh : “Tutuplah pintu itu.”

Page 11: Jenis ayat

Ayat Larangan

Ayat yang menggunakan kata larangan.Contoh : jangan

usah usahlah janganlah tidak usah

Contoh ayat : Jangan duduk di sini.Janganlah menangisUsah kau pedulikan dia. Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.

Page 12: Jenis ayat

Contoh ayat larangan yang tidak menggunakan kata larangan :-

Dilarang merokok.Ditegah membuang sampah di kawasan ini.

Page 13: Jenis ayat

Ayat Silaan

Ayat yang diucapkan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang.Digunakan pada permulaan ayat. Contoh: sila dan jemput.Boleh dilembutkan dengan menggunakan kata penegas “-lah”

Contoh Ayat:Silalah lapangkan masa untuk menghadiri majlis kesyukuran tersebutJemputlah duduk dibangku yang disediakan di ruang tamu.

Page 14: Jenis ayat

Ayat Permintaan

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.Contoh-contoh:1. Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.2. Tolong tutup pintu depan itu.

Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.

Contoh-contoh berikut tidak dianggap betul:

Sila jangan merokok.Tolong jangan bising.Minta jangan meludah.

Page 15: Jenis ayat

Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

Page 16: Jenis ayat

Contoh ayat: 1. Amboi, garangnya kakak kamu itu!2. Wah, besarnya rumah kamu!3. Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan

kamu itu!4. Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!

Page 17: Jenis ayat

SOALAN1. Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan. 2. Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap pokok

kelapa. 3. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu! 4. Lima orang pelajar telah terbunuh dalam kemalangan

yang mengerikan itu. 5. Sila tinggalkan tempat ini dengan segera. 6. Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di gerai itu. 7. Sila isi borang permohonan itu dengan lengkap. 8. Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu! 9. Usah difikirkan perkara itu lagi. 10. Bilakah hari lahir kamu, Zaiton Sameon?