jenayah sosial vandalisme

3
JENAYAH SOSIAL:VANDALISME PENGENALAN Vandalisme merupakan satu perbuatan merosakkan harta benda sama ada awam atau swasta oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.Kebanyakan kes vandalisme dilakukan oleh golongan remaja yang kurang matang fikirannya. Contoh-contoh vandalisme ialah menconteng dinding,merosakkan harta benda awam,seperti paip bomba,tandas awam,lif dan perhentian bas. PUNCA-PUNCA Pertama sekali,punca utama ialah pengaruh media massa. Minda masyarakat terutamanya remaja yang kurang matang dan naif menyebabkan mereka mudah dipengaruh oleh persekitaran dan juga media massa.Pelbagai dorongan yang kurang sihat telah disampaikan kepada mereka melalui pelbagai saluran,seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini.Pengaruh media massa seperti drama,majalah dan cakera padat begitu besar di zaman yang berteknologi tinggi ini.Kalangan masyarakat dapat menerima unsur- unsur negatif dengan begitu senang.Mereka mudah terpengaruh oleh watak-watak serta aksi-aksi ganas dan berunsur vandalisme. Seterusnya,tekanan dalam kerjaya dan akademik juga merupakan punca kelunturan patriotism dan nasionalisme. Golongan yang makan gaji mahupun golongan pelajar yang masih menuntut pelajaran juga menghadapi tekanan hidup yang tinggi.Mereka terpaksa bersaing hebat dan bertungkus lumus dalam mengejar kejayaan dalam hidup.Bagi mereka yang tidak mampu menangani tekanan yang begitu besar,vandalisme merupakan saluran melepaskan geram dan segala tekanan yang dihadapi. Remaja sekarang kurang kasih sayang dan ajaran agama daripada ibu bapa. Ibu bapa sekarang sibuk mencari nafkah seharian.Mereka telah mengabaikan anak-anak mereka yang masih

Upload: cikgu-fiqah-berry-glamz

Post on 09-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

po

TRANSCRIPT

JENAYAH SOSIAL:VANDALISME PENGENALAN Vandalisme merupakan satu perbuatan merosakkan harta benda sama ada awam atau swasta oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.Kebanyakan kes vandalisme dilakukan oleh golongan remaja yang kurang matang fikirannya. Contoh-contoh vandalisme ialah menconteng dinding,merosakkan harta benda awam,seperti paip bomba,tandas awam,lif dan perhentian bas.PUNCA-PUNCA Pertama sekali,punca utama ialah pengaruh media massa. Minda masyarakat terutamanya remaja yang kurang matang dan naif menyebabkan mereka mudah dipengaruh oleh persekitaran dan juga media massa.Pelbagai dorongan yang kurang sihat telah disampaikan kepada mereka melalui pelbagai saluran,seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini.Pengaruh media massa seperti drama,majalah dan cakera padat begitu besar di zaman yang berteknologi tinggi ini.Kalangan masyarakat dapat menerima unsur-unsur negatif dengan begitu senang.Mereka mudah terpengaruh oleh watak-watak serta aksi-aksi ganas dan berunsur vandalisme. Seterusnya,tekanan dalam kerjaya dan akademik juga merupakan punca kelunturan patriotism dan nasionalisme. Golongan yang makan gaji mahupun golongan pelajar yang masih menuntut pelajaran juga menghadapi tekanan hidup yang tinggi.Mereka terpaksa bersaing hebat dan bertungkus lumus dalam mengejar kejayaan dalam hidup.Bagi mereka yang tidak mampu menangani tekanan yang begitu besar,vandalisme merupakan saluran melepaskan geram dan segala tekanan yang dihadapi. Remaja sekarang kurang kasih sayang dan ajaran agama daripada ibu bapa. Ibu bapa sekarang sibuk mencari nafkah seharian.Mereka telah mengabaikan anak-anak mereka yang masih kecil dan kurang matang.Kekurangan perhatian terhadap anak-anak kemungkinan besar menyebabkan mereka mengenali kawan yang jahat dan terlibat dalam jenayah. Mereka ingin mengambil perhatian daripada ibu bapa mereka.Mereka berharap ibu bapa dapat meluangkan masa yang secukupnya dengan mereka. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Antara langkah-langkah yang wajib diambil adalah perhatian dan komunikasiyang secukupnya daripada ibu bapa kepada remaja zaman kini.Ibu bapa harus membimbing serta meluangkan masa yang secukupnya kepada anak mereka bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam gejala yang kurang sihat.Mereka harus menjadi contoh bagi anak-anak mereka.Orang tua juga bertanggungjawab memberi pendidkan agama yang secukupnya kepada generasi muda.Mereka tidak seharusnya melepaskan tangan dalam mengajar anak-anak mereka.

Selain itu undang-undang haruslah dikuatkuasakan. Penguatkuasaan ini haruslah dijalankan oleh polis.Hukuman seperti hukuman sebat dan kompaun yang berat haruslah diperkenalkan dan dikenakan kepada pesalah-pesalah yang terlibat dalam vandalisme. Kempem-kempen pencegahan vandalisme haruslah sentiasa diadakan.Kempen-kempen pencegahan vandalisme haruslah diadakan dari masa ke masa.Dengan ini,pelajar mahupun mayarakat umum dapat mengetahui keburukan dan akibat terlibat dalam gejala vandalisme. Contoh-contoh kempen-kempen adalah seperti tayangan video dan pameran yang berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan pihak polis menghadiri untuk memberi bimbingan dan ucapan.

KESAN-KESANTerdapat pelbagai implikasi yang negatif akan timbul akibat gejala vandalisme .Walaupun vandalisme tidak memberi impak yang berkekalan dan mencederakan orang,kegiatan ini tetap mencemarkan tempat orang ramai.Lakaran dan perkataan lucah telah mencemarkan dan menjejaskan imej negara kita.Mereka akan terdorong melakukan jenayah seksual seperti rogol,mencabul kehormatan dan sebagainya.Selain itu,kos yang tinggi diperlukan membersihkan tempat kejadian.

Vandalisme juga mencetuskan ketegangan antara kaum.Sekiranya kedai atau dinding yang dimiliki oleh kaum Cina telah diconteng oleh Melayu atau India,kemungkinan besar konflik atau pertelingkahan antara kaum akan timbul.Ini akan menyukarkan lagi perpaduan kaum yang cuba ditegaskan oleh erdana Menteri negara kita.Konsep satu malaysia akan terbubar.