jawapan soalan sains sosial

12
Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973 , gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia . Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat. Menurut Sakjoyo dan Pujiwati Sakjoyo ( dalam Selvi S. Padeo , 2012 : 88 ) mengemukakan gotong royong merupakan adat istiadat tolong menolong antara warga dalam berbagai macam lapangan aktiviti sosial , baik berdasarkan hubungan tetangga kekerabatan yang berdasarkan berkesan yang sifatnya praktikal dan ada pula aktiviti kerja sama yang lain . Menurut Koenjaraningrat ( dalam Selvi S. Padeo , 2012 : 87 ) mengemukakan gotong royong merupakan suatu konsep yang erat sangkut paut dengankehidupan masyarakat sebagai petani pada masyarakat agraris . gotong royong merupakan suatu sistem pengarahan tenaga tambahan dari luar keluarga untuk mengisi kekurangan dalam rangka aktiviti pengeluaran bercucuk tanam .

Upload: jzarizi

Post on 07-Jul-2016

69 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gotong royong

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Soalan Sains Sosial

Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai

sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih

tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong

telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan

bangsa Malaysia.

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia

moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu

aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan

bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-

membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat,

akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-

nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa

prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan

untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-

royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti

penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan

menyeluruh ahli masyarakat.

Menurut Sakjoyo dan Pujiwati Sakjoyo ( dalam Selvi S. Padeo , 2012 : 88 ) mengemukakan

gotong royong merupakan adat istiadat tolong menolong antara warga dalam berbagai macam

lapangan aktiviti sosial , baik berdasarkan hubungan tetangga kekerabatan yang berdasarkan

berkesan yang sifatnya praktikal dan ada pula aktiviti kerja sama yang lain .

Menurut Koenjaraningrat ( dalam Selvi S. Padeo , 2012 : 87 ) mengemukakan gotong royong

merupakan suatu konsep yang erat sangkut paut dengankehidupan masyarakat sebagai petani

pada masyarakat agraris . gotong royong merupakan suatu sistem pengarahan tenaga tambahan

dari luar keluarga untuk mengisi kekurangan dalam rangka aktiviti pengeluaran bercucuk tanam .

Dari beberapa penjelasan para ahli di atas penulis mengambil suatu kesimpulan bahawa yang

dimaksudkan dengan gotong royong adalah merupakan adat istiadat tolong menolong dan bentuk

Page 2: Jawapan Soalan Sains Sosial

kerja sama antara warga dalam berbagai macam lapangan aktiviti sosial yang terdapat dalam

kehidupan masyarakat

Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang

kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya

dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah

prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara

di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

(JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk

kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga

telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara. Contohnya,

jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama

membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain embersihkan

atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada

gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan

derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya

cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.

Namun, semangat gotong-royong dikatakan kian luntur selaras dengan perubahan waktu.

Salah satu sebabnya dikaitkan dengan masyarakat kini yang lebih bersifat materialistik. Pada

zaman nenek moyang kita, sesuatu kerja dapat dilakukan secara bersama dan bermuafakat

dengan tidak terbabit perhitungan upah atau kewangan. Tetapi pada zaman moden kini, setiap

sesuatu perkerjaan, usaha dan kegiatan dikaitkan dengan konsep upah.

Masyarakat moden sentiasa mengejar kemajuan. Kemajuan pula dikaitkan dengan kebendaan.

Umumnya aspek kerjasama dan semangat gotong-royong tidak mendapat perhatian daripada

anggota-anggota masyarakat. Untuk mengikis gejala yang kurang sihat ini, kempen kebersihan

merupakan salah satu langkah yang boleh mengembalikan semangat gotong-royong. Jika projek

gotong-royong membersihkan kewasan sekitar anda diadakan masalah kebersihan dapat

ditangani dalam hanya beberapa jam sahaja, di samping membersihkan kawasan sekitar,

penduduk-penduduk dapat mengeratkan perhubungan dengan kempen yang bermakna ini.

Kempen ini juga boleh membuktikan bahawa perhubungan dan kerjasama di kalangan penduduk

Page 3: Jawapan Soalan Sains Sosial

kental dan mantap. dengan penjalanan projek kempen kebersihan, mestilah semangat gotong-

royong dapat dihidupkan semula di kalangan masyarakat kini.

Di samping itu, pelancaran projek Rukun Tetangga juga merupakan salah satu langkah yang

boleh dijalankan bagi membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan

kediaman mereka. Rukun Tetangga memainkan peranan penting dalam sesebuah komuniti bukan

saja sebagai saluran mengeratkan perpaduan antara penduduk berbilang kaum serta agama malah

ejen perubahan dan kemajuan masyarakat. Skim Rukun Tetangga juga boleh diperluaskan lagi

dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian

hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan. Sektor Rukun Tetangga

turut berperanan dalam usaha memupuk persefahaman dan perpaduan kaum terutama di

kalangan remaja yang banyak dilaksanakan menerusi program Jiran Muda di bawah kelolaan

Jabatan Perpaduan Negara Daerah. Kejadian jenayah waktu malam dapat dikurangkan menerusi

rondaan yang dijalankan oleh sektor Rukun Tetangga di beberapa kawasan perumahan terutama

di kawasan bandar. Projek Rukun Tetangga ini juga membolehkan penduduk-penduduk

menganjuran aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka. Aktiviti ini bertujuan untuk

membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah

bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin

dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya. Dengan projek yang

bermakna ini, tentulah amalan gotong-royong ini dapat dipupuk dan diperturunkan.

Selain daripada itu, konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat pula membolehkan rakyat-rakyat

mengetahui pentingnya masyarakat mengamalkan semangat kejiranan, khususnya di kawasan

perumahan. Semangat kejiranan semakin terhakis terutama pada golongan yang lebih menjurus

urusan keduniaan. Masyarakat hari ini asyik bekerja siang dan malam, maka ketiadaan masa

hendak berjiran, malah kebanyakan lebihmementingkan isu menambah pendapatan. Keutamaan

hari ini sudah berubah berbanding masa dahulu. Kepentingan berjiran tidak ada kerana kita tidak

nampak kesan baik didepan mata sebaliknya, masyarakat lebih suka pada apa yang mereka

nampak. Jadi, pelancaran konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat adalah untuk menyedarkan kita

bahawa Semangat kejiranan itu perlu dipupuk semua lapisan masyarakat tanpamengira sama ada

mereka tinggal di rumah teres, rumah pangsa, setinggan,bandar atau di desa. Dengan

menyebarkan konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat, memanglah semangat kejiranan dapat

Page 4: Jawapan Soalan Sains Sosial

diperkenalkan kepada rakyat-rakyat kita, secara tidak langsung, semangat gotong-royong juga

dapat dipupuk.

Untuk meningkatkan semangat semangat gotong-royong, langkah-langkah lain seperti Pertingkat

kempen semangat gotong-royong menerusi media juga merupakan langkah yang berkesan.

Media merupakan satu saluran yang sangat penting dalam memberikan maklumat kepada

masyarakat. Ia juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam memberi maklumat parti dan juga

kerajaan kepada masyarakat. Menerusi saluran media, semangat gotong-royong boleh

disampaikan kepada kita secara terus. Selain memperkenalkan konsep-konsep yang boleh

meningkatkan semangat gotong-royong, penyediaan kemudahan untuk penduduk beriadah atau

berehat di luar rumah seperti taman permainan, dewan atau surau penting untuk mengeratkan

hubungan-hubungan antara penduduk-penduduk. Dengan mempunyai komunikasi yang baik di

antara penduduk, semangat gotong-royong senang dipupuk juga.

Dengan langkah-langkah yang dicadangkan di atas, semoga semangat gotong-royong ini dapat

dihidupkan semula di kalangan masyarakat kini.

Page 5: Jawapan Soalan Sains Sosial

2. Konsep gotong-royong yang diamalkan dalam mana-mana kaum di Malaysia dan

bincangkan bagaimana amalan-amalan tersebut telah mempengaruhi kehidupan

masyarakat di Malaysia

Bergotong-royong

Salah satu nilai budaya masyarakat orang Melayu ialah melakukan sesuatu perkerjaan dengan

bergotong-royong kehidupan secara berkumpalan. Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti

seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan rumah ibadat dan tanah

perkuburan. Masyarakat Melayu kini, masih lagi giat bergotong-royong dalam melaksanakan apa

sahaja untuk kepentingan masyarakat sekeliling. Antara sifat masyarakat Melayu ialah dalam

membersihkan masjid, surau dan sebagainya. Dalam membersihkan masjid, amalan ini dilakukan

sejak awal kedatangan Islam di Alam Melayu. Sifat ini menggambarkan budaya Melayu sentiasa

bersatu padu dalam apa jua cabaran dan halangan.

Pertanian padi dalam masyarakat Melayu tradisional dibuat secara gotong-royong. Ia bermula

dari proses membuka hutan sehinggalah mendapatkan hasil. Teknologi direka cipta sendiri

seperti membuat baji untuk menebang pokok serta membelah kayu. Memasang pelita dan

unggun api digunakan untuk meluruskan tali air dan batas sawah atau bendang. Membuat lesung

bagi mengisar padi dan sebagainya. Banyak lagi contoh-contoh teknologi masyarakat Melayu

tradisional yang telah direka cipta dan digunakan seperti panduan arah angin, persenjataan dan

alat pertukangan, alat memasak dan tenunan hatta kepada pembinaan kapal layar untuk

perdagangan.

Konsep gotong royong ini amat penting kerana masyarakat tidak mampu melaksanakan

sebarang kerja secara bersendirian. Mengambil contoh bagi membuka sebuah kawasan sawah

padi misalnya pengusahaan sawah padi dikendalikan oleh seluruh penduduk kampung kerana

melibatkan kerja menebas dan menebang pokok, membakar atau memerun, menggali parit dan

tali air, membuat batas atau ban bagi takungan air mahupun untuk tujuan sempadan antara tuan

punya, ataupun bagi membina pagar dari ancaman babi hutan atau menghalang ternakan

memakan pokok padi. Melalui konsep kerjasama, bukan sahaja saling membantu, malahan dapat

menyelaraskan kerja. Tali air dan parit tidak boleh dibuat bersendirian kerana melibatkan luas

Page 6: Jawapan Soalan Sains Sosial

dan kedalaman yang berbeza dari sebelah hulu ke hilir. Begitu juga dengan batas atau ban yang

hendak dibina harus mengambil kira kedudukannya agar tidak memasuki ke bahagian orang lain.

Menuai padi juga mesti bersama-sama supaya dapat mengelakkan dari terkeluar dari musim

panas. Ini kerana padi yang telah dituai harus dijemurkan pada panas matahari supaya mudah

semasa memprosesnya menjadi beras. Jika musim hujan tiba, sedangkan kerja mengambil buah

padi belum selesai, maka kerugian besarlah petani tersebut dari segi hasilnya. Oleh yang

demikian, istilah “muafakat membawa berkat” telah jadi pengikat perhubungan dalam

masyarakat Melayu tradisional.

Rewang merupakan perkataan yang sinonim dalam masyarakat melayu jawa sejak dahulu

lagi.Amalan rewang merupakan amalan yang telah diwarisi turun temurun dalam kalangan

masyarakat melayu jawa.Amalan rewang adalah bersamaan dengan maksud amalan gotong-

royong dan seumpama dengannya. Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan dan seumpamanya

amalan rewang dapat dilihat dalam sesebuah kampung mahupun penempatan yang didiami

masyarakat melayu jawa terutamanya di johor. Adat inilah yang dipanggil dengan istilah rewang

menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. Penglibatan dalam

aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika

ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang

konkrit.

Tatacara adab bergaul dengan masyarakat ada disebut dan dibincangkan di dalam kitab Sairu As-

Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Palembagi. Beliau membahaskan adab yang bagaimana

untuk kita dibolehkan bergaul dengan masyarakat atau tidak. Pertamanya, tidak dibolehkan

sekiranya aktiviti tersebut bercampur dengan perkara-perkara maksiat dan boleh merosakkan

akhlak, iman & amal. Keduanya dibolehkan atas dasar ta’awun iaitu bertolong-tolongan dalam

perkara kebaikan.

Maka saya melihat sebenarnya budaya rewang ini merupakan satu medan amal yang besar

kerana aktiviti bergotong royong memang menjadi satu amalan masyarakat Melayu umumnya

dan budaya rewang ini juga dapat dijadikan satu medan dakwah diperingkat keluarga dan sanak

saudara. Maka itulah misi amal, ziarah dan ukhwah menjadi keutamaan kami sebelum

mendahulukan nilai adat dan budaya setempat.

Page 7: Jawapan Soalan Sains Sosial

Maka, aktiviti selama dua hari tersebut telah dipenuhi dengan aktiviti yang meriah kerana

masing-masing akan mencari apa sahaja kerja yang boleh dilakukan. Kalau dahulu, anak-anak

muda akan berebut-rebut untuk menjadi “penanggah” yang bermaksud pelayan, tetapi fungsi

tersebut kian lama kian terhakis kerana sistem kenduri sekarang lebih kepada sistem layan diri.

Selain itu juga, minat belia-belia dan anak muda untuk menghadiri rewang juga kian merosot.

Mungkin sebab itulah saya menyarankan agar misi amal ini di terapkan agar mereka dapat

melihat semua kerja-kerja ini dengan nilai-nilai pahala amal yang soleh.

Antara lain yang menjadi tarikan anak muda ialah hiburan. Makanya, mana-mana majlis yang

tiada hiburan maka kuranglah anak-anak muda yang hadir. Antara hiburan yang saya maksudkan

ialah seperti kumpulan kugiran, kuda kepang, joget lambak dan sebagainya. Maka disinilah saya

melihat peranan dakwah yang sesuai agar hiburan-hiburan yang melalaikan ini dapat diubah

konsepnya kepada hiburan yang lebih Islamik.

Bermain-main dengan keletah adik-adik sepupu dan anak-anak buah juga menjadikan misi

ukhwah amat bererti buat saya. Kami sesama sepupu berborak-borak panjang bercerita dari hal

kerjaya, rumahtangga, politik dan lain-lain lagi. Bagi saya ukhwah inilah sebagai satu jambatan

jangka panjang untuk misi dakwah yang lebih jauh pada masa-masa mendatang.

Page 8: Jawapan Soalan Sains Sosial

3.Sekiranya konsep gotong-royong ini telah terhapus dan apakah kesan-kesan kepada

hubungan antara kaum di Malaysia

Sayangnya, kini terdapat satu hakikat yang terpaksa ditelan, iaitu tradisi kesukarelaan kelihatan

menjadi semakin pudar.Banyak faktor yang mengakibatkan ini berlaku. Kebanyakan pengamat

dan aktivis sosial menyatakan bahawa sebahagian besarnya ialah akibat budaya masyarakat kini

yang semakin mementingkan kebendaan dan peribadi. Pendapat ini ada kebenarannya.

Bagaimanapun, perlu juga dilihat beberapa faktor yang lebih teliti, yang sebahagiannya terdapat

dalam corak, cara dan citra, sama ada dalaman atau luaran, dunia kesukarelaan itu sendiri.

Antaranya ialah terdapat sukarelawan/wati, terutamanya yang komited untuk berkhidmat

sepenuh masa dalam sesuatu jangka masa tertentu, yang walaupun mempunyai niat yang mulia,

tetapi kurang ilmu dan kemahiran yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu perkhidmatan yang

ingin atau telah diceburinya. Pada waktu yang sama, jika mereka berkhidmat melalui sesebuah

organisasi kesukarelaan, organisasi itu pula tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan

latihan dan pendedahan yang secukupnya. Ini menyebabkan sukarelawan itu sendiri menjadi lesu

dan perkhidmatannya yang separuh masak itu kurang meyakinkan masyarakat akan

keperluannya.

Sebahagian daripada organisasi kesukarelaan tidak mempunyai sistem pengurusan, sokongan

dana dan strategi pemasaran yang kukuh, manakala sesetengah organisasi kesukarelaan yang

besar jumlah anggotanya terpaksa menjalankan terlalu banyak aktiviti sehingga kehilangan

fokus. Kedua-dua perkara ini mengurangkan keberkesanannya.

Sementara itu, terdapat sebahagian organisasi kesukarelaan dipimpin oleh orang atasan

seperti golongan istana, pemimpin politik atau korporat, sehingga menjadi elitis sifatnya. Ada

kalanya terdapat muka-muka yang sama yang memimpin beberapa buah organisasi, di samping

adanya pemimpin yang telah memegang sesuatu jawatan untuk satu tempoh masa yang amat

lama, sehingga kelihatan seperti wujudnya kepentingan peribadi atau menjadikan organisasi

kesukarelaan sebagai batu loncatan.

Bagi sesetengah ibu bapa dan pelajar, masa yang digunakan untuk kerja-kerja kesukarelaan

dianggap mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar atau mengulang kaji demi

meraih keputusan peperiksaan yang paling cemerlang. Manakala bagi sesetengah pekerja muda,

Page 9: Jawapan Soalan Sains Sosial

dan mereka yang berpendapatan rendah, setiap masa yang terluang digunakan pula untuk

melakukan kerja lebih masa untuk menambah pendapatan.

Di samping itu, budaya wang telah begitu sekali mencengkam sehingga sukar sekali untuk

menggerakkan sesuatu secara benar-benar sukarela. Kini, sebahagian daripada kerja yang

dahulunya dijalankan secara sukarela oleh masyarakat atau organisasi, telah mula diswastakan.

Budaya ini turut meresap ke kubu tradisi kesukarelaan seperti kenduri-kendara di mana katering

mula menggantikan amalan memasak secara gotong-royong.

Sebahagian masyarakat pula telah menjadi begitu manja dengan kerajaan sehingga merasakan

apa-apa sahaja kekurangan yang wujud itu akhirnya akan diselesaikan kerajaan. Oleh itu, jika

ada inisiatif sukarela yang digerakkan untuk mengatasi kekurangan itu, mereka mengambil sikap

tidak apa sahaja.Bagaimanapun, gambaran yang sebenarnya tidaklah sepudar itu. Hakikatnya

ialah setiap kali aktiviti kesukarelaan dianjurkan, dengan syarat ia dilaksanakan secara sistematik

- dan tidak berbau politik - masih ramai yang tampil menabur bakti. Setulus kudus.

Di samping itu, terdapat ramai golongan profesional yang sedia menjadi sukarelawan.

Masalahnya ialah kurangnya prasarana yang dapat menguruskan kesediaan mereka ini secara

sistematik.Pada waktu yang sama, walaupun benar bahawa terdapat sebahagian corak, cara dan

citra kesukarelaan bentuk tradisional telah berkubur,

Perpaduan kaum dan integrasi nasional amat penting bagi negara Malaysia yang mempunyai

pelbagai kaum. Sejajar dengan rukun Negara yang mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara cara hidup

demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati secara adil dan saksama, menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak dan membina satu masyarakat progresif

yang a

Page 10: Jawapan Soalan Sains Sosial

Terdapat pelbagai masalah yang akan timbul sekiranya berlaku ketidakwujudan perpaduan

kaum dan integrasi nasional di Malaysia. Jika hal ini berlaku, negara menjadi kacau-bilau dan

huru-hara. Justeru menjadikan keselamatan dan keamanan negara akan terancam. Rakyat

merupakan kelompok yang penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan negara. Namun,

berikutan masyarakat yang telah berpecah belah, Kadar jenayah di dalam Negara akan

meningkat hal ini berikutan, perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi. Masyarakat

saling benci membenci dan tiada rasa kasih-sayang, tanggungjawab dan kerjasama di dalam satu

komuniti. Tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat akan berterusan dan

berleluasa. Berikutan itu, nyawa setiap rakyat dalam keadaan tidak selamat dan terancam.

Masalah mencuri, meculik dan lain-lain akan meningkat kerana tiada sikap untuk saling

bekerjasama.kan menggunakan sains dan teknologi moden.

Sehubungan itu, sikap prasangka antara kaum akan sentiasa wujud dalam masyarakat. Sifat

saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Masyarakat akan sentiasa curiga dan

menaruh perasaan yang kurang baik tehadap individu yang mempunyai akhlak yang buruk.

Perasaan ini payah untuk dihapuskan walaupun individu berkenaan cuba untuk melupakan dan

membuang tabiat buruknya. Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud sekiranya sikap

prasangka dan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri,

membelengu diri individu. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Negara sukar untuk dibentuk menjadi negara yang mencapai perpaduan. Maka, wujudnya jurang

yang semakin besar antara kaum dan pergaduhan dalam masyarakat pasti akan terus berlaku.

Ramai yang akan hilang pertimbangan terhadap setiap keputusan dan semangat perpaduan dalam

masyarakat akan semakin menghilang. Gejala sosial pula akan meningkat. Contohnya akibat

daripada minuman yang memabukkan akan mendatangkan kesan yang buruk seperti pergaduhan,

kes kecurian, merosakkan harta benda awam dan perbuatan membunuh.

Sehubungan itu, pembangunan negara akan terbantut berikutan masalah perpaduan yang berlaku

dan negara yang tidak lagi teratur, sedikit sebanyak akan menganggu pembangunan negara.

Berikutan kekurangan modal dalam negara dan ekonomi yang tidak menentu. Berikutan daripada

masalah perpecahan kaum, masalah ekonomi dan ketidakpuasan hati oleh kaum kaum tertentu,

negara akan ishtihar darurat. Maka, segala urusan pembangunan yang dirancang akan tergendala.

Page 11: Jawapan Soalan Sains Sosial

Selain itu, Wawasan 2020 tidak akan tercapai berikutan masalah ekonomi dan sosial yang

semakin membelenggu negara. Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir

Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia

menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang

dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga dalam bidang

politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial. Kesemua ini juga

melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial

dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. Bayangkanlah bagaimana untuk kita

sama-sama untuk mencapai wawasan 2020 sedangkan negara dalam keadaan huru-hara dan

matlamat-matlamat di dalamnya tidak dapat dilaksanakan.