jawapan praktis soalan spm - lamanbahasa's blog web viewmenjadi bahasa pengantar tunggal dalam...

Click here to load reader

Upload: duongliem

Post on 30-Jan-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM

27

JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM 2011

Soalan 1 Rumusan

Pendahuluan

Petikan membincangkan peranan/kelebihan/ manfaat/ fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.

Isi-isi Tersurat (Kepentingan bahasa kebangsaan)

0. Menjadi simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat.

0. Merupakan satu identiti nasional yang sama dalam kalangan semua rakyat.

0. Sebagai alat perpaduan.

0. Dapat membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat.

0. Memupuk semangat kekitaan dalam jiwa rakyat.

0. Menjadi bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan negara.

0. Sebagai alat menyatupadukan rakyat Malaysia.

0. Dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan.

0. Maruah negara dan maruah rakyat negara ini.

Isi-isi Tersirat (Masalah-masalah yang dihadapi)

1. Sokongan daripada pihak swasta kurang memberangsangkan.

1. Masyarakat yang kurang peka terhadap kepentingan bahasa kebangsaan.

1. Sesetengah pemimpin dan masyarakat yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan.

1. Sesetengah masyarakat yang lebih suka menggunakan bahasa Inggeris.

1. Keyakinan sesetengah masyarakat terhadap bahasa Melayu sangat kurang/menganggap bahasa Melayu kurang nilai ekonomi.

1. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat yang menjejaskan bahasa kebangsaan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan mesti dipergiat agar bahasa kebangsaan sentiasa dipandang tinggi.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

0. Maksud "padu dan abadi" ialah kuat/kukuh/teguh/utuh/kental dan kekal/ berterusan/ berkekalan.

0. Faktor-faktor:

bahasa setempat dan bahasa peribumi

merupakan bahasa kumpulan etnik paling besar

berkemampuan sebagai "lingua franca" atau bahasa perhubungan

menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara kita dijajah oleh kuasa Barat

0. Peranan pihak media:

memperbanyak program dalam bahasa kebangsaan

membuat penterjemahan bagi rancangan-rancangan popular dari luar negara

memperluas kempen menggunakan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat

menerbitkan lebih banyak buku dalam bahasa kebangsaan

mengadakan pertandingan seperti pertandingan melukis/menulis dan sebagainya.

Soalan 2(b) - Petikan Drama

1. Tujuannya adalah untuk mengambil adiknya untuk hidup bersama dengan keluarganya.

1. Tindakan:

melaporkan kepada pihak berkuasa supaya dapat diambil tindakan terhadap Prof. Peter

meminta Prof. Peter menunjukkan bukti bagi meyakinkan dakwaannya itu

berbincang secara baik dengan Prof. Peter supaya tidak mengeruhkan keadaan.

Mengambil tindakan mahkamah

Mengahwini Cempaka/mengahwinkan Cempaka

1. Nilai murni dalam petikan:

keberanian - contohnya, Cempaka berani membantah kata-kata Prof. Peter.

hormat-menghormati - contohnya, Zaman menghormati pensyarahnya walaupun tidak sependapat.

Ketegasan Zaman tegas mempertahankan pendiriannya.

Nilai murni dalam keseluruhan drama:

kasih sayang iaitu kasih sayang Mak Jah kepada anak-anaknya

berbudi bahasa iaitu Mak Jah melayan Prof. Peter dengan baik walaupun tidak mengenalinya.

Bertanggungjawab Zaman bertanggungjawab menjaga keselamatan adiknya.

Kerajinan Zaman rajin berusaha mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ukiran.

Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional

1. Bermaksud selepas/selesai/tamat/siap makan atau menjamu selera

1. Keistimewaan:

boleh membina negeri yang lengkap.

Negeri itu lengkap dengan kerajaan, pembesar, hulubalang serta rakyat serta lengkap dengan senjatanya.

1. Cara membalas jasa tuan puteri:

menjadikan tuan puteri sebagai isteri

membina sebuah istana dan memberikan kesenangan kepada tuan puteri

memberikan anugerah yang penting dalam negeri tersebut

memberikan hadiah

Soalan 2(d)- Puisi

1. Bermaksud apabila seseorang itu ditimpa masalah, bukan salah orang lain kerana itu adalah ketentuan Ilahi.

1. Wajar:

tidak mahu menyusahkan orang lain

cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

menjaga maruah diri

Tidak wajar

boleh menimbulkan masalah lain seperti tekanan perasaan

boleh menjejaskan kesihatan diri

boleh menyusahkan orang lain

1. Pengajaran:

kita janganlah mengetepikan orang yang telah lama bersama dengan kita

kita mestilah mengenang jasa orang yang telah lama bersama dengan kita

Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3 (a):

1. cepumas

jumlah nilai hadiah (biasanya wang terkumpul yang mungkin dimenangi dalam sesuatu pertaruhan, permainan dll)

1. halaju

kadar kecepatan wang bertukar tangan, kecepatan gerakan

1. jejantas

jambatan di atas jalan raya untuk pejalan kaki melintas jalan.

1. jenama

Jenis barang yang memakai nama khas yang dikeluarkan oleh pengilang, pengeluar atau pembuat tertentu.

1. pawagam

Panggung wayang gambar

1. purata

Nilai yang diperoleh dengan membahagikan jumlah sebilangan kuantiti dengan bilangan kuantiti tersebut, hitung panjang.

Soalan 3 (b):

1. Kemarau ialah bencana alam yang berpunca daripada cuaca panas dan kurangnya hujan.

1. Kemarau menyebabkan tanah kering kontang, tumbuh-tumbuhan banyak yang mati dan kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air.

1. Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu sehingga Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.

Soalan 3 (c):

1. pefileman - perfileman

1. ibubapa - ibu bapa

1. mempengaruhi-dipengaruhi

1. wira wati - wirawati

1. dibawa-bawa - terbawa-bawa

1. akedemik- akademik

Soalan 3 (d):

1. koleksi lagu-lagu - koleksi lagu/lagu-lagu

berkuantiti - berkualiti

1. khusus - kursus

guru mereka tetapkan- ditetapkan oleh guru mereka

1. terpaling indah - paling indah/ terindah

tinggal - bersemayam

Soalan 3 (e):

1. bagai pinang dibelah dua / bagai cincin dengan permata

1. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi

1. seperti ikan pulang ke lubuk / seperti belut pulang ke lumpur / seperti gagak pulang ke rimba / setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau.

Soalan 4- Novel

Novel Papa ... (akhirnya kau tewas jua!)

1. Watak utama - lntan Julia/Ju/Julia

Taat kepada ibu bapa. Buktinya dia sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati ibu bapanya dengan belajar bersungguh-sungguh.

Seorang yang penyayang, sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Makcik Noraini.

Julia taat kepada perintah Allah. Dia rajin bersolat dan bertudung.

Suka berdikari, walaupun tempat pengajiannya berdekatan dengan rumahnya, namun dia memilih untuk tinggal di asrama.

Seorang yang sensitif. Ini dibuktikan apabila dia tidak membenarkan papanya berkahwin lagi. Dia benar-benar terasa bahawa papanya tidak menyayangi mamanya lagi.

1. Persoalan

Persoalan pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing. Buktinya Intan Maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun.

Persoalan kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya, Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar siam yang diberi nama Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu. Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

Persoalan ketabahan menghadapi dugaan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembar siamnya juga meninggal dunia.

Persoalan keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak Cikgu Suzie yang cuba menasihati Intan Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi oleh rakan baiknya berdasarkan pengalamannya yang lalu.

Persoalan poligami. Jeffri berkahwin dengan Aisyah setelah kesunyian kerana isteri pertamanya Intan Marliana koma. Keputusan itu juga dibuat setelah mendapat persetujuan anaknya Intan Julia dan hidup bersendirian selama tiga tahun.

Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Julia gigih dan tekun belajar untuk menghadapi SPM. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan meneruskan pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA. Walaupun Julia menghadapi tragedi dan masalah keluarga serta cinta, dia tetap gigih menimba ilmu.

Persoalan cinta zaman remaja. Julia berkenalan dengan Rasylan sejak di tingkatan lima. Hubungan mereka bertambah intim selepas mereka belajar di kolej matrikulasi yang sama. Rasylan dan Julia sering bertukar-tukar pendapat jika salah seorang daripada mereka mempunyai masalah. Namun begitu, sudah menjadi lumrah orang bercinta, masalah cemburu telah timbul sehingga merunsingkan hati Julia.

Persoalan gejala sosial dalam masyarakat. Rasylan menjadi mangsa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Dia merupakan anak luar nikah yang dibuang oleh ibu dan bapanya. Dia dijaga di rumah JKM sebelum menjadi anak angkat Datuk Mustakim. Rasylan mengal