0 bahagian a · web viewmenjadi anak yang bertanggungjawab c menempuh cabaran ketika belajar d...

11
Bahagian A Soalan 1 hingga Soalan 30 Arahan : Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan. 1. Apakah ucapan yang sesuai diucapkan apabila salah seorang anggota keluarga rakan anda meninggal dunia? A “Takziah, bersabarlah.” B “Biarlah dia meninggal. Sudah nasib dia begitu.” C “Nasib baik bukan kamu yang meninggal.” D “Semoga awak panjang umur.” 2. Anda dan rakan-rakan, sedang mengadakan perbincangan. Anda tidak bersetuju dengan pendapat rakan anda. Bagaimanakah cara anda memberitahu perkara tersebut kepada rakan anda itu? A “Saya tidak bersetuju langsung dengan pendapat kamu.” B “Saya kurang bersetuju dengan pendapat kamu itu. Boleh saya memberikan pendapat saya?” C “Pendapat kamu itu tidak boleh diterima langsung.” D “Tidak usahlah kamu mengeluarkan pendapat yang begitu.” 3. Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah. X ialah A refleksi diri B berfikiran terbuka C kecemerlangan diri D kemahiran berkomunikasi 4. Soalan 4 berdasarkan slogan di bawah. PSK 2016 TINGKATAN 2 SULIT X Raji n Bertanggungj awab Berusa ha Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, 1

Upload: trinhkien

Post on 09-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 0 Bahagian A · Web viewmenjadi anak yang bertanggungjawab C menempuh cabaran ketika belajar D bercita-cita tinggi 5.Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? A kebolehan berkongsi

Bahagian ASoalan 1 hingga Soalan 30

Arahan : Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1. Apakah ucapan yang sesuai diucapkan apabila salah seorang anggota keluarga rakan anda meninggal dunia?A “Takziah, bersabarlah.”B “Biarlah dia meninggal. Sudah nasib dia begitu.”C “Nasib baik bukan kamu yang meninggal.”D “Semoga awak panjang umur.”

2. Anda dan rakan-rakan, sedang mengadakan perbincangan. Anda tidak bersetuju dengan pendapat rakan anda. Bagaimanakah cara anda memberitahu perkara tersebut kepada rakan anda itu?A “Saya tidak bersetuju langsung dengan pendapat kamu.”B “Saya kurang bersetuju dengan pendapat kamu itu. Boleh saya

memberikan pendapat saya?”C “Pendapat kamu itu tidak boleh diterima langsung.”D “Tidak usahlah kamu mengeluarkan pendapat yang begitu.”

3. Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah.

X ialahA refleksi diriB berfikiran terbukaC kecemerlangan diriD kemahiran berkomunikasi

4. Soalan 4 berdasarkan slogan di bawah.

Peribahasa di atas dapat membantu pelajar untukA mengetahui kelebihan dan kelemahan diriB menjadi anak yang bertanggungjawabC menempuh cabaran ketika belajarD bercita-cita tinggi

PSK 2016 TINGKATAN 2 SULIT

X

Rajin Bertanggungjawab Berusaha

Berakit-rakit ke hulu,Berenang-renang ke tepian,

Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.

1

Page 2: 0 Bahagian A · Web viewmenjadi anak yang bertanggungjawab C menempuh cabaran ketika belajar D bercita-cita tinggi 5.Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? A kebolehan berkongsi

5. Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti?A kebolehan berkongsi ilmuB saling bekerjasamaC membuat renungan atau refleksiD sikap bertanggungjawab individu terhadap sesuatu tindakan

6. Pelajar yang mempunyai perwatakan terpuji selaluA mengharapkan balasan ketika bertugasB bersopan dan berbudi bahasaC mementingkan diri sendiriD berfikiran sempit

7. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi yang berkesan?A Kebolehan berkongsi ilmuB Kebolehan memberi motivasiC Bercakap tanpa hentiD Berinteraksi dengan orang lain dan difahami

8. Soalan 8 berdasarkan petikan di bawah.

Apakah yang telah dilakukan oleh Ibrahim?A Refleksi diriB Akujanji diriC Imbas kembaliD Diari harian

9. Apabila menyuarakan pendapat, pastikan pertuturan kita . A perlahanB tidak menyinggung perasaan orang lainC menunjukkan kegarangan D jelas

10. Mengapakah kita perlu berkongsi masa suka dan duka dengan anggota keluarga?A supaya menyenangkan diri sendiriB kerana tiada orang lain yang dapat dipercayaiC dipaksa oleh keluarga untuk berbuat demikianD supaya ahli keluarga rasa diri dihargai dan disayangi

11. Bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan masalah keluarga?A Anggota keluarga membuat keputusan sendiriB Menggalakkan komunikasi secara terbukaC Berkahwin dengan niat yang ikhlasD Rajin mencari ilmu melalui buku-buku kekeluargaan

PSK 2016 TINGKATAN 2 SULIT

Sebelum tidur, Ibrahim mengimbas kembali perlakuannya terhadap rakan sekelasnya. Dia berazam untuk memperbaiki diri setelah ditegur oleh rakan-rakannya itu.

2

Page 3: 0 Bahagian A · Web viewmenjadi anak yang bertanggungjawab C menempuh cabaran ketika belajar D bercita-cita tinggi 5.Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? A kebolehan berkongsi

12. Siapakah yang berperanan untuk memupuk perpaduan dalam keluarga?A Jiran tetanggaB Ahli keluargaC KerajaanD Sekolah

13. Bagaimanakah cara anda menghargai keluarga anda?I Melayan ibu bapa dan adik–beradik dengan baikII Sentiasa bersopan dan berhemah apabila berkomunikasi dengan keluargaIII Tidak mengucapkan terima kasih sebagai penghargaanIV Melanggar peraturan yang telah ditetapkanA I dan IIB II dan IIIC III dan IVD II dan IV

14. Soalan 14 berdasarkan petikan di bawah

Apakah tindakan atau keputusan yang patut anda lakukan?A Tidak terlibat dalam kedua-dua aktivitiB Tidak akan mengikut ibu untuk berkelahC Meminta izin ibu untuk bersama-sama dengan rakanD Menyertai aktiviti keluarga dan meminta maaf daripada rakan kerana tidak

dapat turut serta

15. Soalan 15 berdasarkan slogan di bawah.

Apakah peranan anak-anak untuk merealisasikan slogan di atas?A Memastikan rumah sentiasa dikunciB Memastikan rumah tidak bisingC Mengemas rumah setiap hariD Menghargai anggota keluarga

16. Aiman bercita-cita hendak menjadi peguam, tetapi rakan-rakannya sering mempersendakan keinginannya. Rakan-rakan Aiman sepatutnyaA memberi alasan yang munasabahB memahami keperluan AimanC menghormati keinginan AimanD memberitahu kelemahan Aiman

PSK 2016 TINGKATAN 2 SULIT

Ibu bercadang untuk berkelah pada hujung minggu ini, namun pada masa yang sama anda mempunyai rancangan lain bersama rakan.

Rumahku Syurgaku

3

Page 4: 0 Bahagian A · Web viewmenjadi anak yang bertanggungjawab C menempuh cabaran ketika belajar D bercita-cita tinggi 5.Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? A kebolehan berkongsi

17. Soalan17 berdasarkan maklumat di bawah.

Pada pendapat anda, apakah yang wajar dilakukan oleh Pak Malik?A Melayan anak yang paling pandai dengan baikB Mengakui bahawa setiap anak mempunyai kebolehan yang berbezaC Menyisihkan anak yang tidak berpendapatan tinggiD Berterus terang dengan anak yang tidak berjaya

18. Bagaimanakah cara kita menunjukkan bahawa kita menghormati hak orang lain?I menghormati pendapat orang lainII berfikiran terbukaIII tetap mempertahankan pendapat diri sendiriIV menghargai bakat dan kebolehan orang lainA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

19. Kepentingan menghormati hak orang lain termasuklahI kehidupan akan harmoniII masyarakat akan bersatu paduIII golongan yang miskin akan tertindasIV golongan kurang upaya akan terbelaA I, II dan IIIB II, III dan IVC I, III dan IVD I, II dan IV

20. Encik Johan disukai oleh rakan sepejabatnya. Encik Johan mungkinA gemar mengambil alat tulis orang lain tanpa kebenaranB suka memberi alasan untuk tidak menghadiri mesyuaratC memberi pendapatnya dengan cara yang bersopanD selalu membangkang pendapat rakan yang lain

21. Kesan kepada masyarakat akibat tidak menghormati hak orang lain ialahA kejadian buli bertambahB mangsa penderaan berkuranganC kaum-kaum yang berlainan fahaman akan bersatu paduD negara akan sentiasa aman dan harmoni

PSK 2016 TINGKATAN 2 SULIT

Pak Malik mempunyai tiga orang anak. Masing-masing mempunyai pekerjaan yang berlainan seperti yang berikut:

Anak sulung Petani

Anak kedua Doktor

Anak bongsu Kerani

4

Page 5: 0 Bahagian A · Web viewmenjadi anak yang bertanggungjawab C menempuh cabaran ketika belajar D bercita-cita tinggi 5.Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? A kebolehan berkongsi

22. Kawan baik anda kehilangan bapa. Apakah yang akan anda lakukan sebagai seorang rakan?A Memulaukan rakan anda ituB Menghantar baju-baju terpakai ke rumahnyaC Meneruskan tugas harian kamu seperti biasaD Menziarahinya dan mengucapkan takziah serta menenangkannya

23. Sekiranya seorang daripada adik beradik anda mengalami kecacatan sejak lahir, apakah tindakan anda?I Melayan dan mengasihinya seperti adik beradik yang lainII Selalu menyebut kecacatan dirinya supaya dia sedar dirinyaIII Tidak memandang rendah akan kekurangan dirinyaIV Meminta ibu bapa menghantarnya ke Jabatan Kebajikan MasyarakatA I dan III C III dan IVB II dan IV D I dan IV

24. Sikap toleransi dalam masyarakat penting keranaA setiap individu berbeza antara satu sama lainB setiap individu mempunyai peranan masing-masingC setiap individu mempunyai kelemahan masing-masingD setiap individu ada hak untuk mengkritik

25. Apakah kebaikan yang didapati dengan menyertai pertubuhan sukarela?A Dapat mengenali jiran tetanggaB Dapat membantu orang miskinC Dapat menguji kesabaran diri sendiriD Dapat berkhidmat kepada masyarakat dengan ikhlas

26. Seni muzik ghazal dan gamelan merupakan warisan kesenian kaumA MelayuB CinaC IndiaD Kadazan

27. Pipa, Erh-Hu dan Yangqin adalah contohA seni muzik kaum CinaB alat muzik kaum CinaC seni tarian kaum CinaD permainan tradisional kaum Cina

28. Antara yang manakah golongan yang menunjukkan permainan warisan?A Gasing, bola tampar, congkakB Bola sepak, bola tampar, bola jaringC Congkak, sepak takraw, bola sepakD Batu seremban, konda-kondi, gasing

PSK 2016 TINGKATAN 2 SULIT

5

Page 6: 0 Bahagian A · Web viewmenjadi anak yang bertanggungjawab C menempuh cabaran ketika belajar D bercita-cita tinggi 5.Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? A kebolehan berkongsi

29. Soalan 29 berdasarkan maklumat di bawah.

Pilih seni muzik yang sesuai dengan maklumat di atas.A NobatB GhazalC GamelanD Dondang Sayang

30. Mengapakah kita perlu memelihara warisan kesenian bangsa?A Mengimbau sejarah lampauB Mencerminkan identiti rakyat dan negaraC Melambangkan keharmonian hidup masyarakatD Lambang kekayaan masyarakat zaman silam

Bahagian BSoalan 1 hingga Soalan 5

Arahan : Jawab semua soalan di dalam ruang yang disediakan.

1. Tandakan (√) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah.

(a) Memegang jawatan pengawas sekolah adalah contoh kecemerlangan diri.

(b) Syazwan berjenaka ketika mengunjungi rumah Sharif yang baru kematian ibu.

(c) Seseorang yang tidak beradab akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

(d) Salah satu sifat seseorang yang mempunyai perwatakan terpuji adalah berpegang teguh kepada ajaran agama.

(e) Berjabat tangan merupakan salah satu cara berkomunikasi.

(5 markah)2. Senaraikan dua aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara

ahli keluarga?

a)

b) (2 markah)

PSK 2016 TINGKATAN 2 SULIT

Seni muzik ini merupakan muzik istana klasik di negeri Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu. Alat-alat yang digunakan ialah serunai, nafiri, gendang besar, gendang kecil dan gong.

6

Page 7: 0 Bahagian A · Web viewmenjadi anak yang bertanggungjawab C menempuh cabaran ketika belajar D bercita-cita tinggi 5.Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? A kebolehan berkongsi

3. Padankan agensi dengan peranannya di bawah ini.

(5 markah)

4. Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan menyenaraikan masyarakat yang popular dengan alat muzik berikut.

Alat Muzik Masyarakat

(a) Kompang

(b) Yang qin

(c) Sitar

(d) Sompotan

(e) Tabla

(5 markah)

PSK 2016 TINGKATAN 2 SULIT

(a) PEMADAM

(b) MAKNA

(c) TLDM

(d) St. John Ambulans

(e) Unit Kaunseling

Menjaga kedaulatan perairan negara.

Menangani masalah penagihan dadah.

Memberi khidmat nasihat mengenai masalah peribadi, pelajaran atau kerjaya.

Memberi bantuan kewangan dan sokongan moral kepada pesakit kanser.

Memberi rawatan kecemasan kepada mangsa kemalangan.

Kadazan Melayu Cina India

7

Page 8: 0 Bahagian A · Web viewmenjadi anak yang bertanggungjawab C menempuh cabaran ketika belajar D bercita-cita tinggi 5.Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? A kebolehan berkongsi

5. Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan aktiviti gotong royong yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

(a) Apakah nilai atau semangat yang ditunjukkan dalam gambar di atas untuk menjayakan aktiviti tersebut?

(1 markah)

(b) Mengapakah semangat kekitaan penting dalam kehidupan bermasyarakat?

i)

ii)

(2 markah)

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(Pn. Nor Amirah Radzi) (Pn. Noraini Kassim) Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Disahkan oleh :

(Pn Norliyah binti Ali)Ketua Bidang Kemanusiaan

-KERTAS SOALAN TAMAT-

PSK 2016 TINGKATAN 2 SULIT

8