jawapan modul 1

7
KARANGAN BERPANDU 1 Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan. RANGKA JAWAPAN CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI 1.0 Pendahuluan - Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum. - Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara. 2.0 Isi/fakta 2.1 Melawat pusat-pusat kebudayaan - Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. - Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. - Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. - Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. - Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya. 2.2 Mengembara - Sama ada ke luar bandar atau hutan. - Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. - Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. - Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Iilahi. - Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang.

Upload: shida

Post on 16-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

modul bahasa melayu tingkatan 5

TRANSCRIPT

Karangan Berpandu 1

Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA JAWAPAN

CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI

1.0 Pendahuluan Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara.2.0 Isi/fakta2.1 Melawat pusat-pusat kebudayaan - Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. - Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. - Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. - Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. - Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya. 2.2 Mengembara Sama ada ke luar bandar atau hutan. Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Iilahi. Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang. 2.3 Melawat pusat-pusat membeli-belah Pada musim perayaan atau hujung minggu. Ekonomi negara meningkat. Membeli barangan buatan tempatan. Menyahut seruan kerajaaan. Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. 3.0 Penutup Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia. Merealisasikan harat murni kerajaan. CONTOH JAWAPAN KARANGAN BERPANDU

Malaysia satu-satunya negara yang kaya dengan pelbagai hari percutian kerana kepelbagaian kaum. Rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan untuk mengisi masa percutian ini dengan pelbagai cara kerana percutian bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim atau hubungan kekeluargaan, malah dapat menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi . Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia patut mengisi masa cuti bak kata peribahasa , jauh perjalanan, luas pengalaman.

Salah satu bentuk percutian yang digalakkan adalah percutian kebudayaan. Rakyat seharusnya mengisi masa cuti dengan melawat ke pusat-pusat kebudayaan. Hal ini demikian kerana dapat memudahkan rakyat negara ini mengetahui budaya kaum lain yang unik dan menarik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, dan sebagainya mampu menjaga keharmonian dalam negara tanpa melakukan rusuhan kaum. Setiap etnik ini mempunyai budayanya yang tersendiri sekali gus mempamerkan identiti sebenarnya sesuatu kaum. Fenomena ini dapat dilihat dari aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan sebagainya. Misalnya, pada musim perayaaan atau mengadakan rumah terbuka, etnik yang berbilang bangsa akan saling menziarahi antara satu sama lain.

Selain itu, rakyat Malaysia juga, boleh mengisi masa cuti dengan mengembara ke pelbagai destinasi alam semula jadi yang terdapat di Negara kita.Rakyat harus mengambil kesempatan meneroka khazanah alam semula jadi seperti meyusur Sungai Pahang ke Taman Negara , Pahang, mendaki Gunung Kinabalu atau lain-lain destinasi alam semula jadi yang jarang dikunjungi. Hal ini dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan sekali gus memupuk sifat cinta akan alam semula jadi. Contohnya Pulau Langkawi masih lagi mempunyai keindahan alam sekitar yang belum dinodai oleh pembangunan negara yang begitu pesat. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara agar generasi akan datang dapat menikmati kurniaan Ilahi ini. Aktiviti mengembara ini mendedahkan kehidupan di kawasan hutan yang benar-benar menguji tahap kesabaran seseorang.

Di samping itu, pusat-pusat beli-belah juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk mengisi masa cuti yang banyak. Hal ini demikian kerana pada cuti musim perayaan atau cuti hujung minggu amat sesuai untuk pergi membeli-belah. Peribahasa Melayu ada menyatakan, sambil menyelam minum air amat relevan dalam hal ini. Hal ini demikian kerana dengan berbelanja di pelbagai kompleks beli-belah bertaraf antarabangsa, secara tidak langsung, ekonomi negara akan meningkat . Tambahan pula, rakyat akan membeli barangan buatan Malaysia dan menyahut seruan kerajaan Belilah Barangan Buatan Malaysia.. Antara pusat beli-belah yang sering dikunjungi ialah pusat penjualan batik, kedai cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia harus mengisi masa cuti dengan pelbagai cara kerana amalan percutian selaras dengan matlamat kerajaan membentuk keluarga bahagia menggenapi usaha Rumahku, Syurgaku. Dengan itu, marilah kita bersam-sama merealisasikan hasrat murni ini ke arah Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Oleh itu, rakyat Malaysia diseru melancong dalam negeri sendiri yang begitu banyak dan menarik.

Rumusan

Pendahuluan : Petikan membincangkan langkah-langkah untuk memajukan sukan bola sepak negara.

Isi Tersurat : 1.Pihak bertanggungjawab mengadakan perancangan jangka panjang yang tersusun dan berterusan.Memilih pemain-pemain berbakat sejak usia 7 tahun.2. Pemilihan pemain mengambil kira saiz fizikal.3. Pemain-pemain diberi latihan ala ketenteraan untuk menguatkan fizikal.4. Menguatkan aspek mental pemain.5. Jurulatih luar yang berwibawa perlu diambil untuk mengajar teknik-teknik asas bola sepak.6. Pemain-pemain berpotensi dihantar ke luar negara untuk menimba pengalaman.7. Penambahan bilangan pemain yang dihantar ke luar negara dan merangkumi pelbagai posisi.8. Pemain-pemain yang dihantar ke luar negara dapat membantu memantapkan pasukan negara.

Isi Tersirat : 1. Mengembalikan semula era kegemilangan pasukan bola sepak negara.2. Memajukan sukan bola sepak negara.3. Menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita.4. Menaikkan imej negara dalam bidang bola sepak.5. Membentuk masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental.

Kesimpulan : Sebagai kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha memartabatkan bola sepak negara agar sukan ini dapat menaikan imej negara di persada antarabangsa.

Soalan 2 (a) Petikan Umum

i. Maksud rangkai kata mempunyai rekod yang memberangsangkan memiliki pencapaian yang baik/ membanggakan[ 2 markah ]ii. Bantuan yang diberikan dengan cara sentiasa melakukan Penyelidikan dan Pembangunan dalam menyediakan pemain berkualiti. Melakukan penyelidikan dalam bidang pemakanan. Pengambilan pakar-pakar dalam bidang tertentu.[3 markah ]

ii. Mengapa mutu sukan bola sepak merosot Pemain-pemain bola sepak yang sedia ada tidak mempunyai kemahiran yang tinggi. Kekurangan jurulatih yang berkelayakan. Pemain tidak mempunyai motivasi diri. Pemain tidak mempunyai disiplin diri. Pemain tidak bermain bersungguh-sungguh ketika mewakili negara kerana tiada ganjaran wang.Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

3 (a)Bina ayat( i )bengkakbenjol pada tubuhMukanya bengkak akibat di sengat lebah semalam

( ii ) bongkokmelengkung di bahagian belakangBadannya yang bongkok menyebabkan beliau sukar untuk bergerak dengan pantas.

( iii )keraskuat dan padu serta tidak mudah pecah atau berubah bentuknyaBatang pokok itu sungguh keras permukaannya

( iv )derascepat (laju) sekaliMangsa lemas itu tidak dapat diselamatkan kerana arus sungai yang sangat deras itu menyukarkan kerja-kerja menyelamat.

( v )helaibenda yang tipis dan lebarGuru tuisyen kami memberi beberapa helai kertas untuk aktiviti pengajarannya.

( vi )helahakal, muslihat, tipu dayaArif sering mencari helah untuk melepaskan diri daripada dihukum oleh gurunya akibat tidak membuat kerja sekolah. [ 6 markah ]

(b) Tulis semula cakap pindah di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya.4 6 markahCalon dapat membina ayat dalam bentuk cakap pindah sepenuhnya dengan gramatis. Kesalahan ejaan minimum. Semua isi dipindahkan dalam bentuk cakap pindah sepenuhnya. Pengolahan sangat menarik.

2 3 markahCalon dapat membina ayat dalam bentuk cakap pindah. Terdapat kesalahan bahasa dan ejaan yang ketara. Sebahagian isi dipindahkan dalam bentuk cakap pindah sebahagiannya tidak. Pengolahan kurang menarik.

1 markahCalon tidak dapat menukarkan ayat dalam bentuk cakap pindah sepenuhnya.. Kesalahan bahasa sangat ketara. Pengolahan tidak menarik.

Gigi aku sakit sejak semalam, terang Amir kepada Hazmi Baik kamu cepat ke klinik gigi, beritahu Hazmi Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut, balas AmirAlah kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut, jelas Hazmi Selain kena cabut, ada tak cara lain? tanya Amir Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu sahaja, beritahu Hazmi.Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang, jawab Amir

[ 6 markah ]

(c) Kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Salah ejaanSalah imbuhan( i ) Kesah- Kisahmemikirkan - berfikiran( ii )Ramadhan - Ramadanmenjalankan - menjalani.( iii ) Cendikiawan - cendekiawanbincang - berbincang[ 6 markah ]( d )Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Salah kata/ istilah(i) pandangan-pemandangan(ii) berleluasa-meluas(iii) aktiviti-amalan

Salah tatabahasa(i)Rimbunan pokok-pokok buluh - rimbunan pokok buluh(ii) lain-lain urusan - urusan urusan lain(iii)saling tolong-menolong - saling menolong/tolong-menolong [ 6 markah ]( e )Peribahasa1. Sediakan payung sebelum hujan2. bagai menatang minyak yang penuh3. seperti kacang lupakan kulit

[ 6 markah ]

.

Novel

(a) Persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah ialah;

1. Masyarakat yang tolong- menolong antara satu sama lain. Dalam novel Melunas Rindu terdapat masyarakat tolong- menolong antara satu sama lain seperti Fuad membantu menghantar anak Borhan yang demam ke Klinik Ihsan dan membayar kos perubatan anak Borhan. Dalam novel Kabus Di Perbukitan, terdapat masyarakat tolong- menolong antara satu sama lain seperti Zain yang membantu Anne semasa kereta Anne rosak di tepi jalan.

2. Masyarakat yang mengamalkan ajaran / cara hidup Islam. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad dan Pak Ismail sering sembahyang berjemaah di surau berdekatan rumah mereka. Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah merupakan seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Rahayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajut.

(b) Nilai kerajinan yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

Dalam novel Melunas Rindu Fuad rajin mengusahakan tanah yang dibeli dari Awang Sojar dengan menanam jagung bersama-sama Pak Ismail dan Mak Salmah. Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Azrul dan Rahayu merupakan mahasiswa yang rajin kerana sering ke perpustakaan untuk mengulangkali pelajaran.