jawapan menguasai bm ting. 4 topik 4 pemahaman komsas

Upload: henglow

Post on 29-Feb-2016

184 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

  • JAWAPAN

    TOPIK 4 PEMAHAMAN KOMSAS

    PRAKTIS FORMATIF

    A Cerpen/Drama

    Praktis SPM 1

    (i) ...jalan menuju ke reban ayamnya tidak berturap dan becak pada musim hujan dia telah menulis surat permohonan untuk menaikkan taraf jalan masuk ke reban ayamnya tetapi

    menerima jawapan tiada peruntukan untuk menurap jalan itu buat masa ini dia terpaksa berhadapan dengan caci-maki orang kampung kerana kemasukan lori-lori ke reban ayamnya

    telah memburukkan keadaan jalan itu lagi

    (ii) ...memberikan khidmat nasihat yang betul dan berkesan memberikan kursus atau bengkel keusahawanan untuk melatih dan memberikan tunjuk ajar kepada mereka tentang dunia

    keusahawanan memudahkan permohonan kewangan kepada usahawan muda untuk tujuan menjalankan perniagaan

    (iii) ...satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan cerpen: Hakim seorang yang rajin

    berusaha, contohnya dia berusaha ke sana dan ke mari untuk menemui orang yang

    berpengaruh bagi mendapatkan peruntukan untuk menurap jalan

    ...satu perwatakan Hakim yang lain daripada keseluruhan cerpen: Hakim seorang yang

    rasional dalam bertindak, contohnya dia menggunakan khidmat rakannya, iaitu Azam yang

    merupakan seorang peguam untuk memfailkan tuntutannya di mahkamah dan akhirnya dia

    berjaya dan tanah itu dipulangkan kepadanya sebagai waris yang sah

    Praktis SPM 2

    (i) ...angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air sifat perkauman yang tebal (ii) ...menjadikannya mudah lupa akan diri dan asal usulnya menjadikannya seorang yang buta

    sejarah semangat cinta akan tanah air akan terhakis dalam dirinya menyebabkannya mudah hilang pedoman atau harga diri kerana tiada pegangan menyebabkannya tidak mampu membuat pertimbangan dengan wajar

    (iii) ...satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen: masyarakat yang amat mencintai

    agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun, contohnya bonda berkali-kali

    berpesan kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa yang agung dan bermaruah

    ...satu latar masyarakat lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan: masyarakat

    yang menjadi mangsa pembangunan, contohnya Munsyi dan dua puluh keluarga yang

    mendiami perkampungan tradisi di pinggir kota dihalau dan rumah mereka dirobohkan

    Praktis SPM 3

    (i) ...dia menyimpannya untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan sebagai persediaan jika dia mungkin dilanda musibah dan perlu mendapatkan rawatan segera dengan menggunakan

    wang sendiri sebagai persediaan jika terjumpa bahan bacaan yang menarik kerana dia sedar akan sikapnya yang mudah rambang mata apabila berjumpa dengan bahan bacaan seperti

    buku dan majalah di mana-mana lapangan terbang di luar negara sebelum pulang ke tanah air

    (ii) ...dapat berehat dan menenangkan fikiran dapat melihat keindahan negara orang dapat mempelajari budaya dan adat resam masyarakat di negara lain dapat menambahkan pengalaman dan meluaskan pandangan

    (iii) ...satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen: kita hendaklah bijak mengawal

    perbelanjaan dan membeli sesuatu mengikut keperluan, contohnya, aku tidak membelanjakan semua wangnya untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan

    ...satu pengajaran lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan: kita perlulah

    berusaha untuk menyelamatkan hidupan liar yang semakin mengalami kepupusan, contohnya

    penulis sanggup mendermakan hasil jualan jaket kulit kijang kepada zoo yang ada kandang

    kijang kerana perasaan sayangnya terhadap hidupan liar

  • Praktis SPM 4

    (i) ...untuk membina dan mengukuhkan semangat patritok dalam kalangan generasi muda untuk memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional untuk membentuk perwatakan yang positif dalam kalangan generasi muda menerusi amalan nilai-nilai murni

    (ii) ...ibu bapa atau penjaga memastikan remaja yang terpilih akan mengikuti PLKN setiap individu menyokong program atau dasar yang dilancarkan oleh kerajaan anggota masyarakat mengamalkan sikap positif dalam melihat keberkesanan PLKN secara

    keseluruhannya terhadap generasi muda dan negara peranan guru di sekolah yang mendedahkan kebaikan PLKN kepada setiap murid peranan media massa yang proaktif dalam menghebahkan kebaikan PLKN pada setiap masa

    (iii) ...satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama: persoalan kesediaan generasi muda

    untuk mengikuti dasar kerajaan contohnya, Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani mewakili generasi muda yang berasa bangga dan teruja untuk mengikuti PLKN

    ...satu persoalan daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan: persoalan

    tanggungjawab dan peranan pendidik dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan contohnya, sebagai seorang guru, Cikgu Dahari bertanggungjawab dalam menyokong setiap

    dasar kerajaan dengan memberikan penerangan yang jelas berkaitan dengan PLKN kepada

    setiap muridnya di sekolah

    B Prosa Tradisional

    Praktis SPM

    (i) ...maksud: sangat/amat cerdik/licik/pandai membuat helah/tipu muslihat

    (ii) ...menanyakan Kertala Sari sama ada dia boleh membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang

    bernama Laksamana itu meminta Kertala Sari segera ke Melaka untuk menunaikan kata-katanya supaya Seri Betara dapat melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung mengarahkan Patih Gajah Mada bersegera menghantar Kertala Sari ke Melaka

    (iii) ...mengadakan perundingan/perbincangan/membuat perjanjian dengan Raja Melaka memohon maaf kepada Raja Melaka meminta bantuan daripada pihak luar/negara luar melalui perkahwinan antara kerabat Seri Betara Majapahit dengan kerabat Raja Melaka

    C Puisi

    Praktis SPM 1

    (i) maksud baris: Seluruh rakyat negeri itu berasa risau dan bimbang, Rakyat jelata lari lintang-

    pukang untuk menyelamatkan diri masing-masing

    (ii) ...rakyat bersatu hati menentang serangan burung garuda raja mengerahkan rakyat menjalani latihan untuk menghadapi serangan musuh rakyat menguatkan barisan pertahanan/tentera

    (iii) ...nilai tanggungjawab, contohnya Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab

    mentadbir urus negerinya dengan sempurna nilai kebijaksanaan, contohnya Raja Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat nilai keadilan, contohnya Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat

    termasuklah pedagang senteri nilai kasih sayang, contohnya Raja Negeri Kembayat amat menyayangi isterinya, lebih-lebih lagi setelah isterinya itu berbadan dua

    Praktis SPM 2

    (i) ...apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak kebaikan yang akan

    diperolehnya

    (ii) ...mendedahkan keaiban atau keburukan seseorang berdusta atau berkata bohong menghina atau mengejek sehingga menjatuhkan maruah seseorang melafazkan kata-kata yang buruk seperti mengeji dan mengumpat

    (iii) ...kita hendaklah mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan akibat gagal

    mengawal pancaindera dengan baik kita hendaklah tidak terlalu menurut kehendak nafsu kerana tindakan ini akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan kita hendaklah bijak mengawal anggota tubuh badan kerana kegagalan kita mengawalnya akan membawa kita

    kepada pelbagai kerosakan

  • Praktis SPM 3

    (i) ...maksud: menolak/membantah segala penipuan/penindasan

    (ii) ...tenaga haiwan seperti lembu, kerbau, dan keldai masih digunakan sebagai tenaga kerja

    dalam bidang pertanian dan perladangan tenaga haiwan seperti lembu dan keldai masih digunakan sebagai tenaga kerja dalam bidang pengangkutan (kereta lembu) tenaga haiwan seperti gajah digunakan dalam industri pembalakan untuk membantu kerja-kerja yang berat

    dan sukar haiwan digunakan dalam bidang pertunjukan/hiburan sebagai haiwan sarkas (iii) ...persoalan kekuasaan mempengaruhi gaya kepemimpinan, contohnya penjaga kuda

    menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menjaga dan mengawal kuda-kuda

    tunggangannya itu sama ada di padang atau di kandang persoalan penganiayaan terhadap haiwan, contohnya penjaga kuda menggunakan kudrat kuda tunggangannya selagi mampu

    tanpa memikirkan keupayaan sebenar kuda-kudanya itu

    Praktis SPM 4

    (i) ...maksud: penyajak turut menyaksikan langit menangisi nasib bahasa Melayu yang kian tenat

    dan semakin dilupakan oleh anak bangsa

    (ii) ...bahasa rojak lebih mudah, senang, dan mesra dituturkan penggunaan kosa kata dalam bahasa rojak lebih ringkas banyak istilah/kosa kata yang terbit daripada bahasa rojak terkini

    (iii) ...tema: sajak ini bertemakan nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak

    bangsa. Keadaan ini berlaku disebabkan anak bangsa peribumi semakin ghairah menuturkan

    bahasa lain hingga melupakan jati diri yang sebenar

    ...persoalan: persoalan bahasa sebagai maruah bangsa, setiap anak bangsa perlu

    mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda yang diwarisi sejak zaman-

    berzaman persoalan peranan bangsa dalam mendaulatkan bahasa, setiap anak bangsa perlulah berasa bangga dan seharusnya menggunakan bahasa Melayu untuk pelbagai urusan

    dalam kehidupan harian

    Praktis SPM 5

    (i) ...penyajak tidak akan akan berasa cemas dan lemas akan kata-kata orang yang ingin

    menghalang dan menyerangnya

    (ii) ...dia akan mengambil tindakan yang tidak wajar atau kurang tepat dia akan berhadapan dengan pelbagai masalah pada kemudian hari kerana kesilapannya dalam membuat keputusan

    keputusannya akan dipertikaikan oleh pelbagai pihak keputusan yang dibuatnya akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan

    (iii) ...nilai rasional, contohnya penyajak mempunyai perancangan agar hidupnya tidak susah lagi

    nilai waspada, contohnya penyajak sedar akan tipu daya dan akan lebih berwaspada pada masa akan datang nilai kebijaksanaan, contohnya penyajak akan berhujah dengan sendirinya sebelum membuat sebarang keputusan nilai keinsafan, contohnya penyajak tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini

    Praktis SPM 6

    (i) ...rakyat di negara ini perlulah bersatu padu - rakyat perlu mencintai negara ini dengan

    sepenuh hati - anasir yang cuba menggugat perpaduan masyarakat dan negara perlulah

    dilawan habis-habisan

    (ii) ...ekonomi negara akan bertambah maju dan pembangunan negara berjalan dengan lancar -

    rakyat akan hidup dalam keadaan yang aman, harmoni, dan muhibah - pertahanan negara

    akan menjadi lebih kukuh - negara akan disegani oleh pihak luar

    (iii) kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi kerana dengan adanya perasaan ini dalam diri, kita akan sama-sama memainkan peranan untuk memajukan

    negara serta menjaga kedaulatan negara daripada ancaman luar kita hendaklah menghargai jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kita yang berusaha untuk memerdekakan negara ini;

    tanpa kegigihan mereka memperjuangkan kemerdekaan negara, kita mungkin masih berada

    dalam cengkaman penjajah

  • FOKUS KBAT 1

    (a) nilai berhati-hati, iaitu mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan sekiranya kita gagal mengawal pancaindera dengan baik nilai rasional, iaitu tidak terlalu menurut kehendak nafsu kerana akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan nilai kebijaksanaan, iaitu bijak mengawal anggota tubuh badan supaya kehidupan kita menjadi lebih sejahtera

    (b) perbezaan dari segi pemikiran: orang yang berilmu akan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata manakala orang yang tidak berilmu akan meluahkan apa-apa sahaja

    yang terlintas dalam fikirannya tanpa berfikir panjang perbezaan dari segi pendengaran: orang yang berilmu akan lebih banyak mendengar daripada bercakap manakala orang yang

    tidak berilmu akan lebih banyak bercakap daripada mendengar perbezaan dari segi pertuturan: orang yang berilmu akan bertutur dengan sopan dan berhemah untuk menjaga

    perasaan orang lain manakala orang yang tidak berilmu lebih gemar berkata-kata kosong

    tentang perkara-perkara yang tidak bermanfaat perbezaan dari segi penglihatan: orang yang berilmu akan mengambil pengajaran daripada apa-apa yang dilihat manakala orang yang tidak

    berilmu hanya memberikan pandangan yang sinis dengan penuh sindiran

    FOKUS KBAT 2

    (a) ...persoalan perlunya generasi kini menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang

    terdahulu dalam membangunkan negara persoalan perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dalam sesebuah negara agar dapat mewujudkan negara yang berdaulat persoalan pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara persoalan semua rakyat di negara ini wajib mencurahkan sepenuh ketaatan dan kasih sayang terhadap negara

    (b) ...menghayati perjuangan dan kegigihan para pejuang negara yang sanggup bergadai nyawa

    ketika memperjuangkan kemerdekaan negara agar memberikan keinsafan kepada diri untuk

    menghargai kemerdekaan yang dinikmati sejak sekian lama menyemaikan nilai-nilai murni seperti cinta akan negara, tanggungjawab, kesetiaan, perpaduan, dan sebagainya agar menjadi

    warganegara yang lebih bertanggungjawab terhadap agama, bangsa, dan negara sama-sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan pada 31 Ogos setiap tahun serta

    mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh keikhlasan sebagai tanda kesetiaan yang tidak

    berbelah bahagi kepada agama, bangsa, dan negara

    FOKUS KBAT 3

    (a) nilai keprihatinan, sebagai pemerintah, kita perlulah mengambil berat terhadap hal yang terjadi kepada negara terutama masalah yang dihadapi oleh rakyat, contohnya, baginda

    terkejut dengan peristiwa kecurian lalu menampar-nampar pahanya nilai tanggungjawab, kita perlulah bertanggungjawab menjaga keamanan negara, contohnya, Laksamana telah

    dipertanggungjawabkan oleh sultan untuk menjaga keamanan negara nilai rasional, kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan seperti mencuri kerana perbuatan

    itu akan menyusahkan banyak orang, contohnya, tindakan Kertala Sari mencuri harta orang

    kaya menimbulkan masalah kepada mereka

    (b) rakyat akan dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan tenteram - rakyat akan dapat bebas bergerak ke mana-mana sahaja mereka hendak pergi tanpa ada perasaan takut -

    pertumbuhan ekonomi negara akan bertambah kukuh - sistem pentadbiran negara akan

    berjalan dengan lancar dan berkesan - masalah jenayah dapat ditangani, seterusnya mencapai

    matlamat jenayah sifar - masalah penganiayaan dan penindasan dapat dielakkan - rakyat dapat

    menikmati kepuasan hidup

    FOKUS KBAT 4

    (a) Hakim seorang yang bercita-cita tinggi, contohnya dia mengambil keputusan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar Hakim seorang yang berani; contohnya dia berani menceburi bidang penternakan ayam untuk menyahut

    seruan para menteri dan pakar ekonomi untuk lebih banyak mengeluarkan makanan kerana

    kerajaan sangat mementingkan aktiviti pengeluaran makanan

    (b) ...memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada golongan petani tentang cara-cara

    meningkatkan pengeluaran hasil tanaman memperkenalkan teknologi-teknologi moden

  • yang dihasilkan melalui kajian dan penyelidikan untuk memudahkan proses penanaman dan

    meningkatkan hasil pengeluaran tanaman kepada petani membimbing golongan petani tentang cara-cara untuk mendapatkan modal atau sumber kewangan bagi kegunaan mereka

    FOKUS KBAT 5

    (a) kita hendaklah sabar dalam menghadapi kerenah manusia yang biadab, contohnya, Nek Sinah sentiasa sabar dan tenang ketika berhadapan dengan sikap Aiman yang memandang

    rendah terhadap dirinya kerana dia hanya orang gaji kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita tanpa mengira keturunan dan pangkat, contohnya, perbuatan

    Aiman yang bersikap kurang ajar dan sombong dengan Nek Sinah perlu kita jauhi

    (b) ...menyemaikan nilai-nilai murni dan memberikan pendidikan agama yang kukuh agar dia

    sedar akan kesilapannya, seterusnya mengubah sikapnya yang buruk itu menghantarnya menyertai kem bina semangat atau kursus motivasi untuk memberikan kesedaran kepadanya

    akan kepentingan berbudi bahasa dan menghormati orang yang lebih tua mengarahkannya menyertai kerja-kerja kebajikan dan khidmat masyarakat agar dia lebih menghormati

    perasaan orang lain