jawapan latihan mengenal pasti kesalahan penggunaan ejaan dan kesalahan imbuhan

3
JAWAPAN LATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN Assamualaikum. Berikut saya paparkan jawaban/jawapan bagi Latihan Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Ejaan dan Kesalahan Imbuhan yang terdapat dalam siri 7. Jawapan ditulis semula dalam ayat yang lengkap untuk menunjukkan kedudukan kesalahan tersebut dalam ayat yang diuji sebagai panduan kita bersama. (i) Kerajaan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan pegawai penguat kuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral. (ii) Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan golongan berpendapatan rendah. (iii) Ketua sindiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam. (iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengesyorkan pembinaan sebuah stesen janakuasa kecil di situ. (v) Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja. (vi) Kempen antidadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. (vii) Semasa berada di peringkat prasekolah, kanak-kanak

Upload: ignatius-ng-boon-yung

Post on 26-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

spm pt3 untuk kegunaan pelajar ataupun guru yang mengajar pt3 dan spm.

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Latihan Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Ejaan Dan Kesalahan Imbuhan

JAWAPAN LATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHANAssamualaikum.Berikut saya paparkan jawaban/jawapan bagi Latihan Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Ejaan dan Kesalahan Imbuhan yang terdapat dalam siri 7. Jawapan ditulis semula dalam ayat yang lengkap untuk menunjukkan kedudukan kesalahan tersebut dalam ayat yang diuji sebagai panduan kita bersama.

(i) Kerajaan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan pegawai penguat kuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.

(ii) Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

(iii) Ketua sindiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam.

(iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengesyorkan pembinaan sebuah stesen janakuasa kecil di situ.

(v) Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja.

(vi) Kempen antidadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

(vii) Semasa berada di peringkat prasekolah, kanak-kanak diberikan pendedahan awal tentang alam persekolahan

Page 2: Jawapan Latihan Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Ejaan Dan Kesalahan Imbuhan

(viii) Di samping beriadah, kita perlu mengambil makanan seimbang bagi memastikan kesihatan terjamin.

(ix) Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisis sebelum laporan terperinci dibuat.

(x) Malaysia mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kekayaan sumber alam semula jadinya.

(xi) Guru bimbingan itu telah memberikan penerangan yang jelas tentang profesion sebagai pakar bedah.

(xii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengetengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia se-Malaysia.

(xiii) Syarikat pemaju perumahan akan membayar ganti rugi kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan mengikut jadual.

(xiv) Keterampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuh dari semasa ke semasa.

(xv) Atur cara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuatkan dalam buku program.

(xvi) Nawi selalu menasihati kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggungnya.

Page 3: Jawapan Latihan Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Ejaan Dan Kesalahan Imbuhan

(xvii) Kebanyakan pelancong lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di persisiran pantai Malaysia.

(xviii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipererat.

(xix) Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbang anak muridnya itu telah dikenal pasti oleh mahaguru itu.

(xx) Kemajuan dan modenisasi dalam bidang komunikasi telah menghasilkan penciptaan alat perhubungan untuk kemudahan manusia sejagat