jawapan bahagian b - grafik

3
CADANGAN JAWAPAN BAHAGIAN B 1.Kebaikan Gotong-Royong Amalan gotong-royong membawa pelbagai kebaikan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan semasa bergotong-royong adalah seperti mencantas pokok, menyapu daun-daun, mengutip sampah, botol, dan tin-tin kosong. Amalan gotong-royong dapat menimbulkan perasaan tanggungjawab bersama dengan menjaga kebersihan alam sekeliling. Penghuni di kawasan itu perlu sedar bahawa mereka mempunyai kewajipan untuk bersama-sama memikul tugas membersihkan kawasan di sekeliling supaya sentiasa bersih dan indah. Selain itu, gotong-royong dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit demam denggi. Apabila kawasan sekeliling tidak ada jentik-jentik di dalam longkang dan tin-tin kosong, maka tiadalah nyamuk aedes. Gotong-royong juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa. Penghuni berbilang bangsa diberi peluang berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain semasa bergotong-royong. Kebaikan lain ialah amalan ini dapat menjimatkan masa dan kos pembersihan alam sekeliling. Kerja pembersihan dapat disiapkan dalam masa yang lebih singkat dengan kos yang lebih rendah. Kesimpulannya, masyarakat perlu memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan amalan gotong-royong demi kebaikan semua pihak, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 120 Patah perkataan 2.Langkah-Langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya Belakangan ini, jumlah kemalangan jalan raya di negara kita meningkat secara mendadak khasnya pada musim-musim perayaan. Oleh itu, langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya. Kempen Keselamatan Jalan Raya secara besar-besaran di sekolah dan di tempat awam akan memberi kesedaran sivik kepada semua orang bahawa usaha mengurangkan kemalangan di jalan raya ialah tanggungjawab semua orang. Semua orang dididik supaya menyayangi nyawa sendiri dan juga nyawa pengguna jalan raya lain. Langkah lain adalah dengan mengenakan hukuman berat kepada pengguna jalan raya jika disahkan sengaja menyebabkan kemalangan di jalan raya yang meragut nyawa manusia. Selain itu, pihak pasukan peronda dan trafik polis perlu membuat rondaan di jalan raya termasuklah menjalankan operasi Ops Sikap . Operasi ini adalah penting untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya. Kesimpulannya, para pengguna jalan raya perlu sentiasa mengingati pepatah, biar lambat asalkan selamat semasa berada di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya. 120 patah perkataan 3.Amalan Gaya Hidup Sihat

Upload: junde-lim

Post on 05-Dec-2014

54 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Bahagian B - Grafik

CADANGAN JAWAPAN BAHAGIAN B

1.Kebaikan Gotong-Royong

Amalan gotong-royong membawa pelbagai kebaikan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan semasa bergotong-royong adalah seperti mencantas pokok, menyapu daun-daun, mengutip sampah, botol, dan tin-tin kosong. Amalan gotong-royong dapat menimbulkan perasaan tanggungjawab bersama dengan menjaga kebersihan alam sekeliling. Penghuni di kawasan itu perlu sedar bahawa mereka mempunyai kewajipan untuk bersama-sama memikul tugas membersihkan kawasan di sekeliling supaya sentiasa bersih dan indah. Selain itu, gotong-royong dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit demam denggi. Apabila kawasan sekeliling tidak ada jentik-jentik di dalam longkang dan tin-tin kosong, maka tiadalah nyamuk aedes. Gotong-royong juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa. Penghuni berbilang bangsa diberi peluang berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain semasa bergotong-royong. Kebaikan lain ialah amalan ini dapat menjimatkan masa dan kos pembersihan alam sekeliling. Kerja pembersihan dapat disiapkan dalam masa yang lebih singkat dengan kos yang lebih rendah. Kesimpulannya, masyarakat perlu memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan amalan gotong-royong demi kebaikan semua pihak, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

120 Patah perkataan

2.Langkah-Langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya

Belakangan ini, jumlah kemalangan jalan raya di negara kita meningkat secara mendadak

khasnya pada musim-musim perayaan. Oleh itu, langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya.

Kempen Keselamatan Jalan Raya secara besar-besaran di sekolah dan di tempat awam akan memberi kesedaran sivik kepada semua orang bahawa usaha mengurangkan kemalangan di jalan raya ialah tanggungjawab semua orang. Semua orang dididik supaya menyayangi nyawa sendiri dan juga nyawa pengguna jalan raya lain. Langkah lain adalah dengan mengenakan hukuman berat kepada pengguna jalan raya jika disahkan sengaja menyebabkan kemalangan di jalan raya yang meragut nyawa manusia. Selain itu, pihak pasukan peronda dan trafik polis perlu membuat rondaan di jalan raya termasuklah menjalankan operasi Ops Sikap . Operasi ini adalah penting untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya. Kesimpulannya, para pengguna jalan raya perlu sentiasa mengingati pepatah, biar lambat asalkan selamat semasa berada di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.

120 patah perkataan 3.Amalan Gaya Hidup Sihat

Page 2: Jawapan Bahagian B - Grafik

Setiap orang ingin akan kesihatan yang baik. Akan tetapi, bagaimanakah kita mengekalkan

kesihatan yang baik? Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat dapat menjamin supaya kita mempunyai badan yang cergas dan otak yang cerdas.

Kita mestilah mengamalkan pemakanan yang seimbang setiap hari. Kita perlu makan makanan yang mengandungi semua zat yang diperlukan oleh badan dengan kadar yang optimum. Kita perlu mengambil makanan yang mencukupi dengan keperluan tenaga yang akan digunakan sepanjang hari. Selain itu, seseorang individu perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dalam tempoh dua puluh minit setiap kali bersenam. Senaman dapat mengawal berat badan dan menguatkan otot-otot di samping dapat meningkatkan daya ketahanan kita. Bersikap tegas tidak merokok walaupun dipujuk oleh rakan merupakan amalan gaya hidup yang sihat. Hal ini adalah kerana merokok menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kita menghadapai pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, seseorang individu perlu sentiasa menjalin hubungan dengan rakannya. Hubungan yang sihat dan positif dapat membina keyakinan diri dan membentuk sahsiah yang seimbang. Kesimpulannya, amalkanlah gaya hidup yang sihat agar diri kita sentiasa sihat dari segi fizikal dan mental. Bak kata pepatah, otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.

120 patah perkataan

4.Faedah-faedah menyertai aktiviti kokurikulum

Kegiatan kokurikulum sangat penting bagi pelajar kerana kegiatan ini mendatangkan banyak faedah. Kegiatan ini dilaksanakan menerusi aktiviti kelab, persatuan dan unit beruniform. Faedah menyertai kegiatan kokurikulum ialah pelajar dapat mengisi masa lapang mereka. Apabila mereka mengikuti kegiatan kokurikulum, mereka tidak membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah. Kegiatan kokurikulum dapat membentuk sifat kepemimpinan dalam diri pelajar. Pelajar akan bekerjasama menjalankan aktiviti yang dipimpin oleh pengerusi persatuan dan ahli jawatankuasa. Menerusi kegiatan kokurikulum ,bakat kepimpinan pelajar dapat dicungkil. Selain itu, pelajar boleh mendapatkan ilmu pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Ilmu sangat penting dalam kehidupan pelajar. Sebagai contoh, pelajar dapat mempelajari ilmu tentang pertolongan cemas, memasak, berkawad dan ikhtiar hidup. Oleh itu, pelajar perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum, khasnya unit beruniform. Tuntasnya, kegiatan kokurikulum dapat menjadi pemangkin generasi cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

120 patah perkataan 5.Faedah Komputer Kepada Manusia

Page 3: Jawapan Bahagian B - Grafik

Komputer ialah mesin ciptaan saintis yang sangat berguna kepada manusia. . Secara umumnya, penggunaan komputer dapat menjimatkan masa, wang, mempercepat kerja, dan memudahkan manusia. Komputer banyak mempengaruhi kehidupan harian individu. Mesin yang canggih ini banyak digunakan di pejabat, institusi kewangan, sekolah, pasar raya, dan rumah. Komputer berfungsi untuk membuat pengiraan, menyimpan maklumat peribadi dan berhubung dengan orang lain mealui laman buku.

Banyak perisian dicipta untuk keperluan kanak-kanan sebagai alat bantuan belajar. Walaupun perisian ini lebih mirip kepada permainan, tetapi dapat membina minda kanak-kanak dengan cepat dan berkesan.

Di hospital dan pusat-pusat rawatan pakar, komputer menjadi alat bantuan yang amat berguna kepada doktor. Komputer digunakan untuk mengesan penyakit yang dihidapi pesakit, menyimpan data peribadi pesakit, mengkaji penyakit, merawat pesakit, memberi maklumat terbaru berkenaan penyakit pesakit, dan merekod setiap saat perubahan dari pesakit dan penyakit yang dihidapi.

. Kesimpulannya, ilmu komputer perlu dipelajari kerana ilmu ini melatih kita menjadi manusia yang mahir. Kemahiran yang dimiliki akan membantu diri kita menjadi manusia yang maju.

120 patah perkataan

6.Kepentingan Semangat Kejiranan

Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan hubungan baik dengan jiran-jiran kita. Akan tetapi, saban hari semangat kejiranan semakin luntur. Semangat kejiranan penting dalam masyarakat kerana dapat memupuk perpaduan khasnya dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa. Pergaulan mesra sebegini akan menghilangkan perasaan syak wasangka. Secara tidak langsung, semangat kejiranan dapat mengeratkan hubungan masyarakat berbilang bangsa. Selain itu, semangat kejiranan dapat mengurangkan kadar jenayah .Jiran tetangga akan turut sama memantau segala kegiatan di sekitar kawasan kediaman. Oleh itu, semangat kejiranan penting untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraaan hidup penduduk di kawasan perumahan tersebut, seterusnya pemangkin kepada pembangunan negara. Di samping itu, semangat kejiranan dapat mewujudkan masyarakat penyayang. Jiran yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu sentiasa bertegur sapa,. Jiran-jiran yang mengamalkan semangat kejiranan akan mengambil berat tentang masalah jiran lain dan lebih peka terhadap perasaan jiran tetangga.

Kesimpulannya, semangat kejiranan sangat penting dalam masyarakat kita dan patut diamalkan

pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

120 patah perkataan