jaring an ma klumat pos mala ysi a berh ad · pdf filegapailah seribu impian ... pulau pinang...

2
berita semasa sudut seni KENANGAN ABADI Di kamar sepi ini Dapatku rakamkan segulung kenangan Yang penuh suka duka tatkala kita sama-sama berjuang Mencari sesuap nasi cuma… Dengan tabah Ku tinggalkan kampung tercinta… Biarpun hanya untuk seketika… Di Pos Malaysia ini… Aku bertemu denganmu… Seorang pekerja… Kuat bekerja, tanpa mengenal erti penat dan lelah… Semangatmu… Mengagumiku Lantas kita disatukan… Hidup penuh kegembiraan… Tapi sayang… Segalanya sementara cuma… Engkau pergi untuk selamanya… Menyambut panggilan ilahi… Kerana kemalangan yang telah ditentukan sejak azali… Tinggallah aku yang mengharungi… Liku-liku hidup yang penuh… Sengsara dan derita… Dicemuh dan dicerca Semoga rohmu dicucuri rahmat… AL-FATIHAH… Fid Pos Malaysia Alor Setar MEMBACA MERDEKA Saban tahun untuk kesekian kalinya Saat kita melaungkan kata keramat Merdeka merdeka merdeka Yang selalunya Bersama gema konsert nyanyian Bersama rancak tarian Bersama percikan bunga api di atas awan Rupanya sekadar gemuruh di bibir Tanpa penghayatan Kesedaran keinsafan Atas nama perjuangan dan kebebasan Kerana sebenarnya Kita masih dijajah Dalam budaya dan pemikiran Dalam hati dan perasaan Dalam tindak dan pertuturan Dan mengingati merdeka Akan berlarutan hanya Sebagai sambutan Berulang Ulang. Membaca merdeka dalam kesedihan. Zaiful Znputra CSC Subang Jaya JERITAN FAKIR Ini bukan jeritan sedih saat mati Sewaktu akan terpisah roh dan jasad Menuju ke liang lahad menanti akhirat Diiringi tangis dan sesal anak isteri Ini adalah jeritan para fakir Tak tahu – bila akan berakhir Sedangkan hidup ini terlalu singkat Mengajar kami tak henti mencari nikmat Kami menanti matahari dengan seribu tanda tanya Adakah berkesempatan melihat bulan bercahaya Ditemani anak-anak kami yang tak pernah bertanya Derita di siang hari di mata para pengitip dosa Kota ini tak pernah menjanjikan syurga mahupun bahagia Ketika perjalanan ini diiringi burung-burung pagi Cuma kami sering terdengar herdik mati Dari mulut para algojo yang tak punya cinta rasa dan air mata Tuan besar yang tak pernah rasa kecewa dan berdosa Lihatlah derita kami para fakir yang akrab dengan matahari Deru dan debu pengiring kami mengelilingi kota ini Memburu masa tanpa kami mengingati tentang usia Sesekali hujan pagi mengekang semangat murni Untuk kami meneruskan segala-galanya Kerana mengenangkan nasib anak isteri Kami paksakan diri teruskan juga untuk mereka Kuala Lumpur Tiada lagi air mata kami untuk menadah nasib Selagi mercumu membuatkan mereka menghina kami Selagi sungai kelang dianggap sebagai tong sampah Selagi itulah nasib kami tak berubah. Marjan S. Ibu Pejabat KEBANGKITAN Kebangkitan Satu seruan tangkal azimat Berkumandang di tengah-tengah dada malam Menyahut hilaian tomahan durja Terbentang di hamparan langit Luasnya pandangan Tersentak mendapat seruan Kebangkitan tidak perlu diulang-ulang Cukup dilaungkan dengan penuh kesedaran Tinggalkan kenangan yang menghantui perasaan Binalah keyakinan masa depan Gapailah seribu impian Tempahlah seribu kejayaan Kerana itu akan menggegarkan pintu-pintu kesabaran Menggugat rantai nyawa Membelah kesunyian kemalapan cahaya nian Kebangkitan Mesti dibuktikan, satu kepastian bukan kebencian Menumbuk, menampar, sesak hembusan nafas Menahan kesakitan kebangkitan Demi maruah bangsa dan agama tercinta Kebangkitan pemikiran ke arah dinamik Kebangkitan pendirian utuh pada prinsip Kebangkitan yang akan berakhir kemenangan Kebangkitan Tiada titik noktahnya Apatah lagi penghujungnya Coretan yang dimulakan dengan semangat gagah Bukan sebarangan membuat penilaian Yang Maha Pencipta menguasai alam Begitulah pedoman kehidupan Norafizah Bt. Kamarudin Pembantu Pegawai Pos, Pusat Poslaju Nilai, NS Mesyuarat Perniagaan Pos ASEAN (APBM) ditubuhkan pada tahun 1992 dan dianggotai oleh semua organisasi pos dari negara-negara ASEAN. APBM merupakan arena untuk ahli-ahlinya berkongsi pengalaman dan langkah-langkah untuk memajukan industri pos dan untuk mengembangkan perniagaan masing- masing. Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah APBM selepas tahun 1992 yang diadakan di Langkawi. APBM ke-12 telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi di Sultan Ballroom, Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2005. Lebih daripada 30 orang wakil organisasi pos dari negara- negara ASEAN (kecuali Filipina) menghadiri forum selama 3 hari ini yang bermula dari 27 Julai hingga 29 Julai 2005. Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Tan Sri Adam Kadir, Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Berhad, Datuk Abdul Majid Haji Hussein, Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad serta para hadirin yang lain. Industri pos kini adalah lebih mencabar disebabkan kehadiran syarikat pos swasta yang semakin banyak. Perubahan dalam teknologi, kehendak pengguna, liberalisasi dan globalisasi turut memberi tekanan kepada organisasi pos kebangsaan untuk menilai semula hala tuju perniagaan mereka demi menyahut cabaran era ke-21 ini. Untuk julung kalinya, satu Pre-Meeting Workshop telah diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada 27 Julai 2005 sebelum bermulanya mesyuarat rasmi APBM. Tujuannya ialah untuk membolehkan agensi-agensi swasta memperkenalkan produk baru yang berkaitan dengan industri pos serta berkongsi pengalaman mereka dengan ahli-ahli APBM. Pada masa yang sama, satu Pameran Setem ASEAN dengan penyertaan daripada ahli-ahli APBM turut diadakan di Ruang Promosi, Tingkat 1, KL Sentral bermula dari 23 Julai hingga 29 Julai 2005. APBM bertekad membentuk pakatan perniagaan dan kerjasama di antara ahli- ahlinya untuk menawarkan perkhidmatan bertaraf antarabangsa kepada pengguna- penggunanya. WADAH BAGI KETUA-KETUA ORGANISASI POS NEGARA-NEGARA ASEAN BERKUMPUL UNTUK ATASI CABARAN ERA KE-21 MESYUARAT PERNIAGAAN POS ASEAN KE-12 (APBM) sidang pegarang PENASIHAT Dato’ Ikmal Hijaz Hashim PENGARANG Rohaiza Hashim PENOLONG PENGARANG Ling Siew Yen PENYUMBANG Fid, Pos Malaysia Alor Setar Zaiful Znputra, CSC Subang Jaya Marjan S., Ibu Pejabat Norafizah Bt. Kamarudin, Pusat Poslaju Nilai, NS SUDUT SENI & SURAT KEPADA PENGARANG Semua warga Pos Malaysia Berhad adalah dijemput untuk menyumbang berita, rencana, aktiviti bahagian/Negeri dan maklumat lain untuk dimuatkan di dalam PosNet. Semua sumbangan boleh dihantar kepada: Sidang Pengarang PosNet Bahagian Komunikasi Korporat Pos Malaysia Berhad, Ibu Pejabat Tingkat 34, Menara Dayabumi Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur Tel : 03 - 2267 2012 Faks : 03 - 2274 5951 E-mel : [email protected] lidah pengarang Salam sejahtera dan bertemu kembali di isu ke-4 untuk tahun ini. Fokus kita pada kali in ialah mengenai Mesyuarat Perniagaan Pos ASEAN 2005 (APBM) yang telah diadakan dari 27 sehingga 30 Julai lalu. Mesyuarat ini merupakan antara acara paling penting yang dianjurkan oleh Pos Malaysia Berhad pada tahun ini dan ia juga merupakan kali kedua Pos Malaysia Berhad menjadi tuan rumah kepada mesyuarat ini. Kali pertama kita telah menjadi tuan rumah ialah pada tahun 1992 dan diadakan di Langkawi. Bahagian Komunikasi Korporat telah terlibat menganjurkan semua acara-acara bukan mesyuarat dan ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK dan petugas yang telah membantu Bahagian Komunikasi Korporat di dalam menyelenggarakan acara-acara tersebut terutamanya kepada Pos Malaysia Melaka yang banyak membantu melaksanakan tugas ketika kita membawa semua peserta beriadah di Melaka pada 30 Julai lalu. Selain dari itu, kita juga memaparkan acara-acara lain yang telah berlangsung seperti Pelancaran Setem 600 Tahun Hubungan Malaysia-China di Melaka, Pameran Setem ASEAN di KL Sentral bersempena dengan APBM serta acara-acara yang telah berlangsung pada peringkat negeri. Teruskan menghantar cerita-cerita menarik yang berlaku di tempat anda kepada kami. Bagi yang berminda kreatif, jangan lupa untuk dikongsi bersama dengan semua warga kerja Pos Malaysia. Kami amat mengalu-alukan karya-karya tersebut. Terima kasih dan jumpa lagi dalam isu yang seterusnya. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan! (229990-M) Jaringan Maklumat Pos Malaysia Berhad Edaran Dalaman • Keluaran Ogos 2005 • Jilid ke V Mesyuarat Perniagaan Pos ASEAN Ke-12 HUBUNGAN ERAT MALAYSIA-CHINA HASIL USAHA NENEK MOYANG 600 TAHUN LALU KERJASAMA DENGAN COURTS AMAT STRATEGIK DAN MENYENANGKAN PELAJARI ASPEK MENARIK NEGARA-NEGARA ASEAN SERTA KENALI MAMALIA 1 2 3 4 1: Pelancaran APBM ke-12 oleh YB Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. 2: Welcome Dinner sempena APBM ke-12 dengan tetamu kehormatnya, YB Dato’ Shaziman Abu Mansur, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. 3: APBM, mesyuarat tahunan yang dihadiri oleh wakil-wakil dari organisasi pos negara-negara ASEAN. 4: Mesyuarat rasmi diakhiri dengan lawatan ke Negeri Melaka. isi kandungan BERITA SEMASA • MESYUARAT PERNIAGAAN POS ASEAN KE-12 (APBM) WADAH BAGI KETUA-KETUA ORGANISASI POS NEGARA- NEGARA ASEAN BERKUMPUL UNTUK ATASI CABARAN ERA KE-21 SUDUT POS IBU PEJABAT • JALIN PAKATAN STRATEGIK DENGAN THE NEW STRAITS TIMES PRESS • KOPONAS MANFAAT KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT INDIVIDU DAN SYARIKAT POS MALAYSIA • AKTIVITI JAPENI TUAN RUMAH SINAR ZOHOR • BENGKEL APLIKASI KOMPUTER UNTUK ANAK-ANAK WARGA POS IBU PEJABAT DAN WILAYAH PERSEKUTUAN • KERJASAMA DENGAN COURTS AMAT STRATEGIK DAN MENYENANGKAN • KAD PRA-BAYAR IDD/STD TIME dotCom KINI DIJUAL DI PEJABAT POS TERPILIH PULAU PINANG • SEJARAH MS ISO 9001:2000 POS MALAYSIA PULAU PINANG • RINGKASAN AKTIVITI DI POS MALAYSIA PULAU PINANG SELANGOR • HARI KELUARGA PEJABAT PENGURUS NEGERI SELANGOR JOHOR • POS MALAYSIA JOHOR YANG PROAKTIF SERTAI KARNIVAL “SURE HEBOH” DI DANGA BAY, JOHOR BAHRU • SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1426H KUMPUL WARGA POS SELURUH JOHOR • SERENTAK: MAJLIS KESYUKURAN SABAH • RAI HARI TELEKOMUNIKASI SEDUNIA SUDUT SETEM & FILATELI • HUBUNGAN ERAT MALAYSIA-CHINA HASIL USAHA NENEK MOYANG 600 TAHUN LALU • PELAJARI ASPEK MENARIK NEGARA-NEGARA ASEAN SERTA KENALI MAMALIA HUTAN MALAYSIA • PENGANGKUTAN AIR TRADISIONAL: SATU INOVASI YANG HARUS DIKAGUMI SUDUT INFO • MEMAHAMI PENGKELASAN SEMULA PRODUK-PRODUK MEL II BERITA WARGA POS • KELAHIRAN BARU! • SELAMAT HARI JADI!!!!!!!! • SEJARAH BERULANG KEMBALI SUDUT SENI • KENANGAN ABADI • MEMBACA MERDEKA • JERITAN FAKIR • KEBANGKITAN SURAT BUKAN STANDARD Salam kembali ke Sudut Info. Keluaran lepas kita telah pelajari ciri-ciri Surat Standard. Bagaimana pula dengan Surat Bukan Standard? Sebenarnya, sekiranya saudara saudari telah memahami kriteria Surat Standard, maka adalah tidak sukar untuk anda sekalian membezakan antara Surat Standard dan Surat Bukan Standard. Mari kita renungi semula ciri-ciri Surat Standard: Berat: 50g atau kurang Saiz: Minima : 90mm x 140mm Maksima : 165mm x 250mm Ketebalan: Minima : 0.25mm Maksima : 6.00mm Warna Sampul Surat: Kertas yang tidak berkilat dan berwarna putih atau lembut. (Sampul surat mesti digamkan) Ruang Kelegaan: Di bawah sampul surat, jarak 15mm hendaklah dibiarkan kosong untuk cetakan kod bar Poskod: Nombor Poskod hendaklah ditulis sebelum nama bandar di barisan yang sama pada sesuatu alamat Sebarang surat yang tidak menepati keenam-enam ciri tersebut adalah dikelaskan sebagai Surat Bukan Standard. Tidak sukar bukan? Namun, jangan lupa bahawa pada 28 April 2005, Pos Malaysia Berhad telah mengumumkan kelonggaran dari segi warna sampul surat dan ruang kelegaan (ruang kosong). Kedua-dua ciri tersebut hanya akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2006. sudut info MEMAHAMI PENGKELASAN SEMULA PRODUK-PRODUK MEL II

Upload: buithien

Post on 02-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jaring an Ma klumat Pos Mala ysi a Berh ad · PDF filegapailah seribu impian ... pulau pinang • sejarah ms iso 9001:2000 pos malaysia pulau pinang • ringkasan aktiviti di pos malaysia

beritasemasa sudutseni

KENANGAN ABADIDi kamar sepi iniDapatku rakamkan segulung kenanganYang penuh suka duka tatkala kita sama-sama berjuangMencari sesuap nasi cuma…

Dengan tabahKu tinggalkan kampung tercinta…Biarpun hanya untuk seketika…

Di Pos Malaysia ini…Aku bertemu denganmu…Seorang pekerja…Kuat bekerja, tanpa mengenal erti penat dan lelah…Semangatmu…MengagumikuLantas kita disatukan…Hidup penuh kegembiraan…

Tapi sayang…Segalanya sementara cuma…Engkau pergi untuk selamanya…Menyambut panggilan ilahi…Kerana kemalangan yang telah ditentukan sejak azali…Tinggallah aku yang mengharungi…Liku-liku hidup yang penuh…Sengsara dan derita…Dicemuh dan dicercaSemoga rohmu dicucuri rahmat…

AL-FATIHAH…

FidPos Malaysia Alor Setar

MEMBACA MERDEKA Saban tahun untuk kesekian kalinyaSaat kita melaungkan kata keramatMerdeka merdeka merdekaYang selalunyaBersama gema konsert nyanyianBersama rancak tarianBersama percikan bunga api di atas awanRupanya sekadar gemuruh di bibirTanpa penghayatanKesedaran keinsafanAtas nama perjuangan dan kebebasan

Kerana sebenarnyaKita masih dijajahDalam budaya dan pemikiranDalam hati dan perasaanDalam tindak dan pertuturan

Dan mengingati merdekaAkan berlarutan hanya Sebagai sambutanBerulangUlang.

Membaca merdeka dalam kesedihan.

Zaiful ZnputraCSC Subang Jaya

JERITAN FAKIRIni bukan jeritan sedih saat matiSewaktu akan terpisah roh dan jasadMenuju ke liang lahad menanti akhiratDiiringi tangis dan sesal anak isteri

Ini adalah jeritan para fakirTak tahu – bila akan berakhirSedangkan hidup ini terlalu singkatMengajar kami tak henti mencari nikmat

Kami menanti matahari dengan seribu tanda tanyaAdakah berkesempatan melihat bulan bercahayaDitemani anak-anak kami yang tak pernah bertanyaDerita di siang hari di mata para pengitip dosa

Kota ini tak pernah menjanjikan syurga mahupun bahagiaKetika perjalanan ini diiringi burung-burung pagiCuma kami sering terdengar herdik matiDari mulut para algojo yang tak punya cinta rasa dan air mata

Tuan besar yang tak pernah rasa kecewa dan berdosaLihatlah derita kami para fakir yang akrab dengan matahariDeru dan debu pengiring kami mengelilingi kota iniMemburu masa tanpa kami mengingati tentang usia

Sesekali hujan pagi mengekang semangat murniUntuk kami meneruskan segala-galanyaKerana mengenangkan nasib anak isteriKami paksakan diri teruskan juga untuk mereka

Kuala LumpurTiada lagi air mata kami untuk menadah nasibSelagi mercumu membuatkan mereka menghina kamiSelagi sungai kelang dianggap sebagai tong sampahSelagi itulah nasib kami tak berubah.

Marjan S.Ibu Pejabat

KEBANGKITANKebangkitanSatu seruan tangkal azimatBerkumandang di tengah-tengah dada malamMenyahut hilaian tomahan durjaTerbentang di hamparan langitLuasnya pandanganTersentak mendapat seruan

Kebangkitan tidak perlu diulang-ulangCukup dilaungkan dengan penuh kesedaranTinggalkan kenangan yang menghantui perasaanBinalah keyakinan masa depanGapailah seribu impianTempahlah seribu kejayaanKerana itu akan menggegarkan pintu-pintu kesabaranMenggugat rantai nyawaMembelah kesunyian kemalapan cahaya nian

KebangkitanMesti dibuktikan, satu kepastian bukan kebencianMenumbuk, menampar, sesak hembusan nafasMenahan kesakitan kebangkitanDemi maruah bangsa dan agama tercintaKebangkitan pemikiran ke arah dinamikKebangkitan pendirian utuh pada prinsipKebangkitan yang akan berakhir kemenangan

KebangkitanTiada titik noktahnyaApatah lagi penghujungnyaCoretan yang dimulakan dengan semangat gagahBukan sebarangan membuat penilaianYang Maha Pencipta menguasai alamBegitulah pedoman kehidupan

Norafizah Bt. KamarudinPembantu Pegawai Pos, Pusat Poslaju Nilai, NS

Mesyuarat Perniagaan Pos ASEAN (APBM) ditubuhkan pada tahun 1992 dandianggotai oleh semua organisasi pos dari negara-negara ASEAN. APBMmerupakan arena untuk ahli-ahlinya berkongsi pengalaman dan langkah-langkahuntuk memajukan industri pos dan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing. Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah APBM selepastahun 1992 yang diadakan di Langkawi.

APBM ke-12 telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, MenteriTenaga, Air dan Komunikasi di Sultan Ballroom, Hotel Le Meridien, Kuala Lumpurpada 28 Julai 2005. Lebih daripada 30 orang wakil organisasi pos dari negara-negara ASEAN (kecuali Filipina) menghadiri forum selama 3 hari ini yang bermuladari 27 Julai hingga 29 Julai 2005.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Tan Sri Adam Kadir, PengerusiPos Malaysia & Services Holdings Berhad, Datuk Abdul Majid Haji Hussein,Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, Pengarah Urusan/KetuaPegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad serta para hadirin yang lain.

Industri pos kini adalah lebih mencabar disebabkan kehadiran syarikat pos swastayang semakin banyak. Perubahan dalam teknologi, kehendak pengguna, liberalisasidan globalisasi turut memberi tekanan kepada organisasi pos kebangsaan untukmenilai semula hala tuju perniagaan mereka demi menyahut cabaran era ke-21 ini.

Untuk julung kalinya, satu Pre-Meeting Workshop telah diadakan di Hotel LeMeridien, Kuala Lumpur pada 27 Julai 2005 sebelum bermulanya mesyuarat rasmiAPBM. Tujuannya ialah untuk membolehkan agensi-agensi swasta memperkenalkanproduk baru yang berkaitan dengan industri pos serta berkongsi pengalamanmereka dengan ahli-ahli APBM. Pada masa yang sama, satu Pameran Setem ASEANdengan penyertaan daripada ahli-ahli APBM turut diadakan di Ruang Promosi,Tingkat 1, KL Sentral bermula dari 23 Julai hingga 29 Julai 2005.

APBM bertekad membentuk pakatan perniagaan dan kerjasama di antara ahli-ahlinya untuk menawarkan perkhidmatan bertaraf antarabangsa kepada pengguna-penggunanya.

WADAH BAGI KETUA-KETUA ORGANISASI POSNEGARA-NEGARA ASEAN BERKUMPUL UNTUK ATASI CABARAN ERA KE-21

MESYUARATPERNIAGAAN POSASEAN KE-12 (APBM)

sidang pegarangPENASIHATDato’ Ikmal Hijaz Hashim

PENGARANGRohaiza Hashim

PENOLONG PENGARANGLing Siew Yen

PENYUMBANGFid, Pos Malaysia Alor SetarZaiful Znputra, CSC Subang JayaMarjan S., Ibu PejabatNorafizah Bt. Kamarudin, Pusat Poslaju Nilai, NS

SUDUT SENI & SURAT KEPADA PENGARANGSemua warga Pos Malaysia Berhad adalahdijemput untuk menyumbang berita, rencana,aktiviti bahagian/Negeri dan maklumat lain untukdimuatkan di dalam PosNet. Semua sumbanganboleh dihantar kepada:

Sidang Pengarang PosNetBahagian Komunikasi KorporatPos Malaysia Berhad, Ibu PejabatTingkat 34, Menara DayabumiJalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala LumpurTel : 03 - 2267 2012Faks : 03 - 2274 5951E-mel : [email protected]

lidahpengarangSalam sejahtera dan bertemu kembali di isu ke-4 untuk tahun ini.

Fokus kita pada kali in ialah mengenai Mesyuarat Perniagaan Pos ASEAN 2005 (APBM) yang telah diadakan dari 27 sehingga 30Julai lalu. Mesyuarat ini merupakan antara acara paling penting yang dianjurkan oleh Pos Malaysia Berhad pada tahun ini dan ia jugamerupakan kali kedua Pos Malaysia Berhad menjadi tuan rumah kepada mesyuarat ini. Kali pertama kita telah menjadi tuan rumahialah pada tahun 1992 dan diadakan di Langkawi. Bahagian Komunikasi Korporat telah terlibat menganjurkan semua acara-acara bukanmesyuarat dan ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK dan petugas yangtelah membantu Bahagian Komunikasi Korporat di dalam menyelenggarakan acara-acara tersebut terutamanya kepada Pos MalaysiaMelaka yang banyak membantu melaksanakan tugas ketika kita membawa semua peserta beriadah di Melaka pada 30 Julai lalu.

Selain dari itu, kita juga memaparkan acara-acara lain yang telah berlangsung seperti Pelancaran Setem 600 Tahun HubunganMalaysia-China di Melaka, Pameran Setem ASEAN di KL Sentral bersempena dengan APBM serta acara-acara yang telah berlangsungpada peringkat negeri.

Teruskan menghantar cerita-cerita menarik yang berlaku di tempat anda kepada kami. Bagi yang berminda kreatif, jangan lupa untukdikongsi bersama dengan semua warga kerja Pos Malaysia. Kami amat mengalu-alukan karya-karya tersebut.

Terima kasih dan jumpa lagi dalam isu yang seterusnya. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

(229990-M)

Jaringan Maklumat Pos Malaysia Berhad

Edaran Dalaman • Keluaran Ogos 2005 • Jilid ke V

Mesyuarat Perniagaan PosASEAN Ke-12

HUBUNGAN ERATMALAYSIA-CHINAHASIL USAHA NENEK MOYANG 600TAHUN LALU

KERJASAMA DENGAN COURTS AMATSTRATEGIK DAN MENYENANGKAN

PELAJARI ASPEK MENARIK NEGARA-NEGARA ASEAN SERTA

KENALI MAMALIA

1

2 3

4

1: Pelancaran APBM ke-12 oleh YB Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, Menteri Tenaga, Air danKomunikasi. 2: Welcome Dinner sempena APBM ke-12 dengan tetamu kehormatnya, YB Dato’Shaziman Abu Mansur, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. 3: APBM, mesyuarattahunan yang dihadiri oleh wakil-wakil dari organisasi pos negara-negara ASEAN. 4: Mesyuaratrasmi diakhiri dengan lawatan ke Negeri Melaka.

isi kandunganBERITA SEMASA• MESYUARAT PERNIAGAAN POS ASEAN KE-12 (APBM)

WADAH BAGI KETUA-KETUA ORGANISASI POS NEGARA-NEGARA ASEAN BERKUMPUL UNTUK ATASI CABARANERA KE-21

SUDUT POSIBU PEJABAT• JALIN PAKATAN STRATEGIK DENGAN THE NEW STRAITS

TIMES PRESS • KOPONAS MANFAAT KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT

INDIVIDU DAN SYARIKAT POS MALAYSIA• AKTIVITI JAPENI TUAN RUMAH SINAR ZOHOR• BENGKEL APLIKASI KOMPUTER UNTUK ANAK-ANAK

WARGA POS IBU PEJABAT DAN WILAYAH PERSEKUTUAN• KERJASAMA DENGAN COURTS AMAT STRATEGIK DAN

MENYENANGKAN• KAD PRA-BAYAR IDD/STD TIME dotCom KINI DIJUAL DI

PEJABAT POS TERPILIH

PULAU PINANG• SEJARAH MS ISO 9001:2000 POS MALAYSIA PULAU

PINANG• RINGKASAN AKTIVITI DI POS MALAYSIA PULAU PINANG

SELANGOR• HARI KELUARGA PEJABAT PENGURUS NEGERI SELANGOR

JOHOR• POS MALAYSIA JOHOR YANG PROAKTIF SERTAI

KARNIVAL “SURE HEBOH” DI DANGA BAY, JOHOR BAHRU• SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1426H KUMPUL

WARGA POS SELURUH JOHOR• SERENTAK: MAJLIS KESYUKURAN

SABAH• RAI HARI TELEKOMUNIKASI SEDUNIA

SUDUT SETEM & FILATELI• HUBUNGAN ERAT MALAYSIA-CHINA HASIL USAHA NENEK

MOYANG 600 TAHUN LALU• PELAJARI ASPEK MENARIK NEGARA-NEGARA ASEAN

SERTA KENALI MAMALIA HUTAN MALAYSIA• PENGANGKUTAN AIR TRADISIONAL: SATU INOVASI YANG

HARUS DIKAGUMI

SUDUT INFO• MEMAHAMI PENGKELASAN SEMULA PRODUK-PRODUK

MEL II

BERITA WARGA POS• KELAHIRAN BARU!• SELAMAT HARI JADI!!!!!!!!• SEJARAH BERULANG KEMBALI

SUDUT SENI• KENANGAN ABADI• MEMBACA MERDEKA • JERITAN FAKIR• KEBANGKITAN

SURAT BUKAN STANDARDSalam kembali ke Sudut Info. Keluaran lepas kita telah pelajari ciri-ciri Surat Standard.Bagaimana pula dengan Surat Bukan Standard? Sebenarnya, sekiranya saudara saudari telahmemahami kriteria Surat Standard, maka adalah tidak sukar untuk anda sekalian membezakanantara Surat Standard dan Surat Bukan Standard.

Mari kita renungi semula ciri-ciri Surat Standard:

Berat: 50g atau kurangSaiz: Minima : 90mm x 140mm

Maksima : 165mm x 250mmKetebalan: Minima : 0.25mm

Maksima : 6.00mm

Warna Sampul Surat: Kertas yang tidak berkilat dan berwarna putih atau lembut. (Sampul surat mesti digamkan)

Ruang Kelegaan: Di bawah sampul surat, jarak 15mm hendaklah dibiarkan kosong untukcetakan kod bar

Poskod: Nombor Poskod hendaklah ditulis sebelum nama bandar di barisan yang sama pada sesuatu alamat

Sebarang surat yang tidak menepati keenam-enam ciri tersebut adalah dikelaskan sebagai SuratBukan Standard. Tidak sukar bukan?

Namun, jangan lupa bahawa pada 28 April 2005, Pos Malaysia Berhad telah mengumumkankelonggaran dari segi warna sampul surat dan ruang kelegaan (ruang kosong). Kedua-dua ciritersebut hanya akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2006.

sudut infoMEMAHAMI PENGKELASAN SEMULA PRODUK-PRODUK MEL II

Page 2: Jaring an Ma klumat Pos Mala ysi a Berh ad · PDF filegapailah seribu impian ... pulau pinang • sejarah ms iso 9001:2000 pos malaysia pulau pinang • ringkasan aktiviti di pos malaysia

sudutpos beritawargaposIBU PEJABAT

JALIN PAKATAN STRATEGIKDENGAN THE NEW STRAITSTIMES PRESS

KOPONAS MANFAAT KEMUDAHANPEMBAYARAN ZAKAT INDIVIDU DANSYARIKAT POS MALAYSIA

Kini pelanggan yang membuat tempahan ruang iklan diThe New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) bolehmembuat pembayaran di 35 pejabat pos yang terpilih diKuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan denganhanya membawa nombor rujukan atau inbois ke pejabatpos yang terpilih untuk membuat pembayaran.

Kerjasama di antara Pos Malaysia Berhad dan NSTP yangberkuatkuasa pada 1 Jun 2005 telah dilancarkan secararasminya pada 30 Jun 2005. Kerjasama tersebut telahdimeterai pada Majlis Menandatangani Perjanjian yangdiadakan di Ibu Pejabat NSTP di Bangsar.

AKTIVITI JAPENITUAN RUMAH SINAR ZOHOR Peranan surau melalui aktiviti berjemaah akan memberi kesanyang besar ke arah memperkukuhkan ikatan silaturrahim di dalamorganisasi Pos Malaysia Berhad sebagaimana semangatberpasukan (teamwork) yang selalu ditekankan. Oleh itu, setiapsurau perlu memikirkan dan menjalankan dakwah dalaman(internal) khusus untuk menarik penglibatan yang lebih ramaidaripada warga Pos Malaysia Berhad sendiri. Perkara asas yangmesti diperelokkan ialah pengurusan dan pentadbiran sertamempelbagaikan aktiviti-aktiviti surau khasnya JAPENI Pusat.Melalui aktiviti-aktiviti inilah warga pos akan dapat mendekatkandiri mereka kepada surau di tempat bekerja. Tujuan program inibagi memakmurkan Surau Utama di Tingkat 7, Ibu Pejabat denganmenyatukan dan berkenalan di antara warga Pos Malaysia Berhaddi peringkat Ibu Pejabat dan merealisasikan fungsi surau sebagaitempat pembersihan jiwa dan sebagai ruang untuk pengurusanturun padang bagi merapatkan hubungan silaturrahim.

Sebanyak tujuh Bahagian mengambil bahagian di dalam programini secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah mulai bulan Meihingga September sebelum menyambut Ramadhan. Bahagianyang terlibat terdiri daripada Poslaju, Kewangan Korporat, ICT,Sumber Manusia & Pentadbiran/Hartanah/Komunikasi Korporat/Pejabat Setiausaha Syarikat, PosNiaga/Dokumentasi, Kualiti &Pematuhan/Keselamatan/Perancangan & Penilaian Korporat,PosMel dan Audit Dalaman/Biro Setem & Filateli/ PosLogistik.

Program berbentuk tazkirah, bacaan Yassin & tahlil arwah danceramah menjadi pilihan Bahagian yang menjadi tuan rumah.Majlis bermula jam 12.30 tengahari hingga 2.00 petang.Kehadiran jemputan terdiri daripada YBhg. Datuk Abdul MajidHaji Hussein selaku Pengerusi Pos Malaysia Berhad, YBhg. Dato’Ikmal Hijaz Hashim, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai EksekutifPos Malaysia Berhad, barisan pengurusan kanan dan warga posIbu Pejabat.

KERJASAMA DENGAN COURTSAMAT STRATEGIK DANMENYENANGKANUsahasama di antara Pos Malaysia Berhad dan CourtsMammoth Berhad yang telah bermula pada 2 Mei 2005telah diumumkan secara rasmi pada 9 Ogos 2005.Usahasama tersebut menyaksikan penyediaan kemudahanpembayaran di pejabat pos berkomputer sebanyak 650buah di seluruh negara kepada pelanggan CourtsMammoth untuk membayar ansuran bulanan di pejabatpos. Majlis menandatangani perjanjian tersebut telahdiadakan di Dewan Sri Pos, Ibu Pejabat Pos MalaysiaBerhad, Kompleks Dayabumi.

Kerjasama bersama Courts Mammoth Berhad akanmembolehkan Pos Malaysia Berhad menyediakankemudahan perkhidmatan kepada para pelanggan yanglebih ramai di samping 120 perkhidmatan bayaran yangsedia ada. Ini merupakan antara usaha untuk mencapaimatlamat kita bagi mewujudkan budaya yangmengutamakan para pelanggan dan seterusnya mencapaivisi kita untuk menjadi sebuah syarikat yangberorientasikan pelanggan.

Selaras dengan objektif Pos Malaysia untuk terus menyediakanperkhidmatan nilai tambah kepada para pelanggan, pada 4 Julai 2005,Koperasi Pos Nasional Berhad atau KOPONAS telah memanfaatkankemudahan ini dengan membuat pembayaran zakat perniagaan sebanyakRM57,877.05 bagi operasi perniagaannya pada tahun 2004 melaluiPerkhidmatan Pembayaran Zakat di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur.

Adalah juga diharapkan agar dengan kemudahan yang disediakan iniakan dapat menggalakkan masyarakat Islam menunaikan tanggungjawabmereka di samping mewujudkan kesedaran akan pentingnya sumbanganuntuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan.

Dalam majlis yang ringkas, KOPONAS yang diwakili oleh Pengerusi, En.Tahir Ibrahim, telah menyerahkan pembayaran zakat tersebut kepadaYBhg. Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, Pengarah Urusan/Ketua PegawaiEksekutif Pos Malaysia Berhad.

KAD PRA-BAYAR IDD/STD TIMEdotCom KINI DIJUAL DI PEJABATPOS TERPILIH

Mulai 8 Ogos 2005, orang ramai boleh membeli kadpra-bayar IDD/STD TIMEKontact daripada TimedotCom di 30 buah pejabat pos terpilih di KualaLumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Rangkaian pejabat pos yang luas di seluruh negaramerupakan satu keunikan yang menarik minatsyarikat-syarikat lain untuk mengadakan pakatanbersama Pos Malaysia Berhad. Ini, secara tidaklangsung, akan membantu kita menjadi sebuahsyarikat yang berorientasikan pelanggan.

BENGKEL APLIKASI KOMPUTERUNTUK ANAK-ANAK WARGA POSIBU PEJABAT DAN WILAYAHPERSEKUTUAN

Pada 31 Mei 2005 sehingga 3 Jun 2005 telahberlangsungnya satu Bengkel Aplikasi Komputer untukanak-anak warga pos di Ibu Pejabat dan WilayahPersekutuan Kuala Lumpur yang dianjurkan olehJawatankuasa Penerapan Nilai-Nilai Islam (JAPENI)yang diadakan di Dewan Sri Pos, Tingkat 3, BangunanPejabat Pos Besar, Kompleks Dayabumi.

Pos Malaysia Berhad meletakkan semangat kerjasepasukan sebagai salah satu nilai penting bagiorganisasi dalam mencapai visinya. Bengkel mengenaiaplikasi komputer untuk anak–anak warga pos adalahsalah satu mekanisma yang dapat memberi kekuatankepada organisasi selain membantu anak-anak wargapos agar lebih berjaya dalam pelajaran ICT di duniayang tanpa sempadan ini. Bengkel ini dilaksanakanuntuk membolehkan pelajar-pelajar memahami modulpengenalan kepada komputer, perisian Microsoft Worddan PowerPoint. Selain dari itu, di akhir bengkel inipelajar dapat mengenalpasti asas-asas pengenalankomputer, menghasilkan dokumen serta mempelajaripelbagai fungsi dengan menggunakan asas-asasMicrosoft. Pembelajaran ini juga dapat membantupelajar-pelajar melaksanakan tugasan-tugasan sekolah.

Sasaran peserta adalah anak-anak warga pos yangberumur 10 hingga 12 tahun. Bengkel tersebutberkonsepkan “Syarahan dan Latihan di Kelas” dimana pendekatan ini dapat membantu pelajar lebihberdikari di dalam proses pembelajaran mereka danbersedia mempelajari perkara-perkara baru. Tenagapengajar dalam bengkel ini adalah dari Bahagian ICT.

Johor

Sabah

Pulau Pinang

Selangor

Penyertaan Pos Malaysia buat pertama kalinya bersama Majlis Karnival “Sure Heboh” yangdianjurkan oleh TV3 pada 7 dan 8 Mei 2005 agak berjaya dan mendapat sambutan ramai. Tujuanpenyertaan Pos Malaysia Johor adalah untuk mempromosikan penjualan setem keluaran khasPos Malaysia bersama TV3 iaitu ‘Songket’.

Di samping penjualan setem Songket, pihak Biro Setem/Filateli Pejabat Pos Besar Johor Bahrujuga mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk-produk setem keluaran lepas yanglain. Sambutan daripada peminat setem amat menggalakkan. Hasil jualan yang dapat dikutippada majlis tersebut adalah RM764.70.

Pihak Puteri Pos juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam usaha untukmempromosikan kalendar menarik mereka dengan mengadakan cabutan bertuah untuk parapembeli yang dinamakan sebagai Peraduan Beli dan Menang. Hadiah cabutan pemenang bertuahini merupakan sebuah basikal Mountain Bike. Hasil kutipan jualan adalah RM418.50.

SERENTAK: MAJLIS KESYUKURAN Satu Majlis Kesyukuran anjuran Japeni Pusat telah diadakan pada hari Jumaat, 10 Jun2005 secara serentak di seluruh negara. Bagi Negeri Johor, majlis tersebut telahdiadakan di Surau Pusat Mel Johor Bahru. Seramai 100 warga pos hadir pada majlistersebut. Bacaan Yassin dan Tahlil diketuai oleh Ustaz panel dari JBMC iaitu anggotadari Unit Prosesan, En. Minhad bin Mohaini.

POS MALAYSIA JOHOR YANG PROAKTIF SERTAIKARNIVAL “SURE HEBOH” DI DANGA BAY, JOHOR BAHRU Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W yang telah

diadakan pada 7 Mei 2005 di Pusat Mel JohorBahru menampakkan ukhuwah yang erat dikalangan warga Pos Malaysia Johor. WalaupunNegeri Johor mempunyai banyak daerah yang agakjauh kedudukan geografinya di antara satu samalain, ini tidak menghalang mereka untuk hadir keMajlis yang diberkati Allah. Sambutan diserikanlagi dengan menjemput penceramah dari PejabatAgama Johor, Tn. Hj. Abidin bin Kadasak denganceramahnya bertajuk “Amanah Dalam Pekerjaan”.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1426HKUMPUL WARGA POS SELURUH JOHOR

Sempena Karnival Mini Hari TelekomunikasiSedunia 2005 peringkat negeri yang berlangsungpada 19 Jun 2005 di Dewan Masyarakat Ranau,Wilayah Sabah, Pos Malaysia Sabah telahmengadakan pameran dan jualan produk filateli danproduk-produk pos yang lain. Karnival mini anjuranSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysiaini menyaksikan penyertaan warga pos dari UnitKhidmat Pelanggan/ Pemasaran dan Operasi Retail.

Pos Malaysia Pulau Pinang telahpun mula menerimapengiktirafan persijilan ISO 9001:2000 sejak tahun 2000 bermuladengan pengiktirafan 11 cawangan termasuklah PejabatPengurus Negeri. Pejabat Pos Besar Pulau Pinang pula telahdiiktirafkan persijilan tersebut pada tahun 2003.

Tahun ini pula menyaksikan pengiktirafan persijilan ISO9001:2000 kepada Pejabat Pos Butterworth dan Pejabat PosBukit Mertajam. Pejabat Pos Butterworth seramai 23 orang danPejabat Pos Bukit Mertajam seramai 28 orang telah memulakanprojek “Ke Arah Persijilan ISO 9001:2000” bermula denganprojek “Penyediaan Dokumentasi” pada 1 Mei 2004.

Dengan sokongan dan kerjasama dari warga pos, kedua-duapejabat pos ini, melalui “Survelliance Audit” oleh SIRIM QASInternational yang diadakan dari 30 Disember 2004 hingga 3Januari 2005, telah akhirnya berjaya diberi pengiktirafanpersijilan ISO 9001:2000. Ini telah disahkan melalui penerimaansurat pengesahan dan sijil daripada SIRIM QAS International pada18 April 2005.

Ini seterusnya diikuti oleh Majlis Penyampaian Sijil ISO9001:2000 pada 24 Julai 2005 yang telah disempurnakan olehEn. Mohd. Zarif Hashim selaku Ketua Pegawai Operasi PosMelyang mewakili YBhg. Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, PengarahUrusan/Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad sebagaipenyampai sijil tersebut.

Kira–kira 250 orang warga pos termasuk ahli keluarga Pejabat Pengurus Negeri, PosMalaysia Selangor, menyertai sambutan hari keluarga dengan penuh meriah dan kemesraanbertempat di Pusat Belia Bukit Lagong pada 9 Julai 2005.

Pelbagai acara telah disediakan seawal jam 9.00 pagi. Upacara perasmian telahdilaksanakan oleh Pengurus Negeri Pos Malaysia Selangor, Tn. Hj. Abu Sujat bin Ikhsanyang menerima kain rentang hari keluarga dari salah seorang warga pos melalui aksi “flyingfox” yang disediakan oleh pusat rekreasi tersebut.

Program yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Wan Mohd Zain bin Hj. Wan Mamat adalah bertujuanmenghargai kemenangan warga pos Pejabat Pengurus Negeri dalam pertandingan 5Speringkat Kebangsaan di samping mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga pos.

Semua warga pos yang hadir turut menerima pelbagai hadiah melalui cabutan bertuah. Harikeluarga ini berakhir pada jam empat petang dengan penyampaian hadiah oleh PengurusNegeri Selangor.

RAI HARI TELEKOMUNIKASI SEDUNIA

SEJARAH MS ISO 9001:2000 POS MALAYSIA PULAU PINANG

Nama : Nur Farisha Nasuha binti Mohd NazarulTarikh Lahir : 21 April 2005Tempat Lahir : HUKM. Cheras, Kuala LumpurNama Ibu : Fadzilah binti AliJawatan : Pem. Pegawai Pos (P12)Bertugas : Pusat Khidmat Pelanggan, Subang Jaya

Pos Malaysia BerhadNama Ayah : Mohd Nazarul bin AliPekerjaan : Juru Audit

Nama : Wan Muhammad Faiz Hakimi bin Wan RosdeeTarikh Lahir : 21 Mei 2005Tempat Lahir : Hospital Tengku Ampuan Rahimah,

Klang, SelangorNama Ibu : Saelah binti AbdullahJawatan : Penolong Pengurus (Team Leader-P8)Bertugas : Pusat Khidmat Pelanggan, Subang Jaya

Pos Malaysia BerhadNama Bapa : Wan Rosdee bin Wan Abdul AzizJawatan : Pem. Pegawai PosBertugas : Pejabat Serahan Jalan Klang Lama

Pos Malaysia Berhad

Pada 15 Jun 2005 baru-baru ini, genaplah 20 tahun usia Hadiah Sastera Kumpulan Utusan(HSKU) yang telah banyak melahirkan penulis-penulis baru yang berwibawa untukmencorakkan dunia sastera tanahair. Apa yang lebih menggembirakan kita warga PosMalaysia Berhad, Hadiah Sastera KumpulanUtusan ini telah berjaya mencungkil bakatwarga pos kita lebih-lebih lagi di kalanganposmen. Beliau yang dimaksudkan ialahSaudara Roslizan Yaacob atau lebih dikenalidi khalayak sastera tanahair dengan namapenanya Marjan S. Beliau kini bertugas diunit OCR PREEP di bawah organisasiPengurus Kanan Operasi Mel, En. OsmanAbdullah dan di bawah naungan PengurusNegeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Tuan Haji Samuri Din.

Sebelum ini, beliau telah mendapatanugerah yang sama dengan puisi beliau yang berjudul Negeriku Merdeka (HSKU 2002),Narator Dari Desir Angin (HSKU 2003 - hadiah utama) dan kini Jeritan Fakir (HSKU 2004 -hadiah penghargaan). Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang AmatBerbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku bekas Perdana Menteri Malaysia bertempat diHotel Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur. Sepanjang beliau terlibat dengan duniapenulisan selama hampir 20 tahun, beliau telah melahirkan sebuah Kumpulan Puisi beliauyang berjudul Kota Kaca di mana kumpulan puisi tersebut telah beberapa kali dibentangdalam bentuk kertas kerja oleh beberapa tokoh penulis muda dan mapan tanahair, diantaranya Saudara Zaen Kasturi, Sudara Mohamad Saleh Rahmad, Dr. Arbak Othman dan Dr.Othman Putih. Kumpulan Puisi beliau telah diterbitkan dalam kumpulan puisi Antologi KaryaSasterawan 2005 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan PenulisNasional Malaysia (PENA).

*Puisi Jeritan Fakir terdapat di dalam ruang Sudut Seni, PosNet.

KELAHIRAN BARU!

SELAMAT HARI JADI!!!!!!!!Sambutan Majlis Hari Jadi yang diadakan pada setiapbulan untuk meraikan warga-warga pos di PejabatPengurus Negeri Johor merupakan idea Pengurus NegeriJohor sendiri, En. Shahri bin Jikun. Beliau sentiasaberharap agar majlis seumpama ini akan mengeratkanhubungan silaturahim dan semangat sepasukan sesamaanggota di pelbagai unit.

SEJARAH BERULANG KEMBALI

Sempena Mesyuarat Perniagaan Pos ASEAN, Pameran Setem ASEANtelah diadakan bermula dari 23 hingga 29 Julai 2005 di Ruang Promosi,Tingkat 1, KL Sentral. Pameran ini telah dilancarkan oleh YBhg. Tan SriAdam Kadir, Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Berhad.

Peminat setem tempatan telah disajikan dengan pelbagai setem danproduk filateli yang dihasilkan oleh organisasi-organisasi pos daripadanegara-negara ASEAN. Pameran tersebut yang dibuka dari pukul 10.00pagi hingga 7.00 malam membolehkan orang ramai membeli setem danproduk filateli daripada negara Myanmar, Laos, Singapura dan Malaysia.

Pada majlis yang sama, prebiu khas setem dan Sampul Surat HariPertama baru Pos Malaysia Berhad berjudul “Spesies Mamalia YangDilindungi Siri III” telah diadakan kepada orang ramai.

Setem, Sampul Surat Hari Pertama dan produk filateli “Spesies MamaliaYang Dilindungi Siri III” yang lain mula dijual kepada orang ramai mulaihari Rabu, 27 Julai 2005. Isu baru tersebut memaparkan beberapa jenishaiwan mamalia yang dilindungi tetapi kurang dikenali berbandingdengan haiwan mamalia lain seperti gajah, harimau dan tapir.

Bermula daripada penggunaan sebatang kayu kepada kewujudan sampansebagai pengangkutan air, Pos Malaysia Berhad telah melancarkan setemdan Sampul Surat Hari Pertama baru khas berjudul “Pengangkutan AirTradisional” pada 9 Ogos 2005, Selasa untuk memaparkan inovasi dalampengangkutan air tradisional.

Menurut YBhg. Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, Pengarah Urusan/KetuaPegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, evolusi pengangkutan airmerupakan sifat kreatif penduduk pesisir sungai yang bergantung kepadasungai sebagai sumber kehidupan dan pencapaian ini harus dikagumiterutamanya oleh anak-anak muda.

Setem dan produk filateli tersebut memaparkan perahu kotak, sampan,rakit buluh dan perahu batang.

sudutsetem & filateliPELAJARI ASPEK MENARIK NEGARA-NEGARA ASEAN SERTA

KENALI MAMALIA HUTAN MALAYSIA

PENGANGKUTAN AIR TRADISIONAL: SATU INOVASI YANG HARUS DIKAGUMI

RINGKASAN AKTIVITI DI POS MALAYSIAPULAU PINANG:

HARI KELUARGA PEJABAT PENGURUS NEGERI SELANGOR

Majlis taklimat, doa dan tazkirahdiadakan pada setiap hari Isnin padapukul 8.45 pagi di Bilik MesyuaratPejabat Pengurus Negeri.

Taklimat oleh Pengurus Negeri PulauPinang, Tn. Hj. Abdul Hadi Hamid kepada

warga pos Pejabat Pengurus Negeri.

Bertempat di surau Pos MalaysiaButterworth, satu Majlis KesyukuranPerdana Pos Malaysia telahdiadakan pada 10 Jun 2005.

Ucapan oleh Tn. Hj. Abdul Hadi Hamidkepada pegawai dan warga pos.

Pada 15 Julai 2005, pegawaidaripada sebuah syarikat luar telahdijemput untuk memberi taklimatdalam Majlis Penerangan MengenaiIlmu Faraid dan Pengurusan HartaPusaka yang telah diadakan di BilikMesyuarat Pejabat Pengurus Negeri.

Majlis dihadiri oleh Tn. Hj. Abdul Hadi Hamid, pegawai kanan danwarga pos Pejabat Pengurus Negeri.

Penyampaian cenderamata daripada Tn. Hj. Othman binDari, Pengurus Negeri Sabah kepada YB Datuk Dr. YeeMoh Chai, Menteri Pembangunan Sumber Manusia &

Teknologi Maklumat Negeri Sabah sambil diiringi oleh En.Muhd. Tahir Muhd Noor, Ketua Pejabat Wilayah Sabah.

1: Penerimaan sijil ISO 9001:2000 oleh Pengurus Retail Butterworth, En.Azani Che Din. 2: Penerimaan sijil ISO 9001:2000 oleh Pengurus RetailBukit Mertajam, En. Shakir Megat Ali.

1

2

Salah seorang pemenang basikal Peraduan Beli dan Menang anjuran Puteri PosJohor sempena Karnival “Sure Heboh” di Danga Bay.

Amboi! Seronoknya potong kekdan tiup lilin.

Pameran Setem ASEAN danPrebiu Khas Setem Spesies

Mamalia yang Dilindungi.

1: PEMBUKAAN RASMI…Tn. Hj. Abu, Pengurus Negeri Selangor menerima kain rentang harikeluarga daripada salah seorang warga pos, Mazni Naprawi yang dibawa turun melalui “flying fox”.

2: SEMANGAT...berlari menyeberangi titi gantung, salah satu daripada lima halangan acara ala komandor.3: Tn. Hj. Abu bergambar kenangan bersama bekas Pengurus Pos Malaysia Selangor, En. Koh Lai

Yong yang juga turut dijemput untuk memeriahkan hari keluarga.

1

2

3

HUBUNGAN ERAT MALAYSIA-CHINA HASILUSAHA NENEK MOYANG 600 TAHUN LALUYAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia,pada 5 Julai 2005, merupakan orang pertama yang menghayati koleksisetem dan Sampul Surat Hari Pertama Pos Malaysia Berhad yang direkauntuk memperingati ulang tahun ke-600 hubungan Malaysia-Chinadalam satu prebiu khas yang diadakan di Pusat Konvensyen danPameran Antarabangsa Malaysia, Seri Kembangan, Selangor.

Koleksi setem dan filateli tersebut kemudiannya dilancarkan secararasmi oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun DatukSeri Mohd. Khalil bin Yaakob di Pusat Dagangan Antarabangsa Melakapada 21 Julai 2005, Khamis.

Setem dan Sampul Surat Hari Pertama tersebut memberi penghargaankepada Laksamana Zheng He, ahli pelayaran terhebat pada zamanpemerintahan Dinasti Ming di negara China yang telah membantumembina hubungan berterusan di antara Melaka, dan seterusnyaMalaysia, dengan negara China. Ekspedisi pelayaran Laksamana ZhengHe juga telah membawa pengaruh yang telah diasimilasikan ke dalamkehidupan komuniti Melaka masa kini.

1: Prebiu Khas diPusat Konvensyen

dan PameranAntarabangsa

Malaysia, SeriKembangan,

Selangor.

2: Pelancaran rasmiSetem Ulang Tahun

ke-600 HubunganMalaysia-China.

1

2