jangan berputus asa.doc

4
Menurut Pandangan Ahli Falsafah Kegagalan hanyalah ketewasan sementara. Kita boleh mendapat pengajaran serta membina akhlak melalui kekalahan. Kita harus menerima kekalahan tanpa perasaan malu atau aib. Tidak ada silap salahnya mengalami kekalahan sementara. Kegagalan yang sebenar adalah apabila seseorang itu gagal bangkit dalam kekalahan itu. Perbezaan antara kekalahan sementara dan kegagalan bergantung kepada penafsiran mental kita. Kekalahan sementara tidak akan menjadi kegagalan sebenar kecuali kita membenarkan keadaan itu berlaku. Kita mempunyai kuasa atau hak untuk membuat pilihan. Kejayaan membawa makna yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, kejayaan merupakan pencapaian keinginan JANGAN BERPUTUS ASA Bangkit semula daripada kegagalan * Jika anda gagal, jangan bersedih dan patah semangat * Jangan biarkan diri anda tidak berbuat apa-apa dan hanya mengenang kisah silam * Jangan menyerahkan nasib anda kepada takdir Memanjat kembali takuk lama * Jika anda gagal, anda perlu berjuang ke takuk yang lama * Kenal pasti punca kegagalan anda * Bina semula semangat anda dan gunakan strategi baru untuk berjaya Memanjat kembali takuk lama * Apabila gagal lagi, anda harus berjuang lagi * Jika berjaya melepasi tangga di takuk lama, teruskan memanjat ke tangga yang lebih tinggi

Upload: saleha-mohamad-salleh

Post on 20-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

JANGAN BERPUTUS ASA

Menurut Pandangan Ahli FalsafahKegagalan hanyalah ketewasan sementara. Kita boleh mendapat pengajaran serta membina akhlak melalui kekalahan. Kita harus menerima kekalahan tanpa perasaan malu atau aib. Tidak ada silap salahnya mengalami kekalahan sementara. Kegagalan yang sebenar adalah apabila seseorang itu gagal bangkit dalam kekalahan itu.Perbezaan antara kekalahan sementara dan kegagalan bergantung kepada penafsiran mental kita. Kekalahan sementara tidak akan menjadi kegagalan sebenar kecuali kita membenarkan keadaan itu berlaku. Kita mempunyai kuasa atau hak untuk membuat pilihan.Kejayaan membawa makna yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, kejayaan merupakan pencapaian keinginan seperti kekayaan, kemasyhuran, dan pangkat dalam masyarakat. Bagi sesetengah individu pula makna kejayaan ialah kedamaian, pembentukan atau kewujudan keluarga dan kepuasan hati. Seterusnya ada juga individu merasakan diri mereka telah mencapai kejayaan dengan berkhidmat sebagai sukarelawan, guru, atau mubaligh untuk kepentingan masyarakat.Percayalah pada diri sendiri. Percaya kepada kebolehan anda. Tiada siapa yang dapat menghalang anda daripada mencapai kejayaan kecuali diri anda sendiri. Anda mempunyai kusa dan kebolehan dalam diri anda. Dengan keyakinan diri yang kukuh, anda dapat membangunkan serta mengembangkan kuasa dan kebolehan dalam diri anda untuk mencapai kejayaan.

Sentiasa ingin menjadi yang terbaikTerbaik dalam pelajaran

* Anda berusaha gigih untuk menjadi yang terbaik dalam kelas

* Anda berusaha lagi untuk menjadi pelajar cemerlang di sekolah

* Dengan itu, tidak mustahil anda menjadi pelajar terbaik seluruh Negara

Terbaik dalam aktiviti kokurikulum

* Anda berazam menjadi ahli persatuan yang terbaik.* Anda bergiat cergas dalam setiap aktiviti.* Anda memupuk sikap berdisiplin sewaktu aktiviti berlangsung.* Disiplin yang tertanam akan menjadikan anda insan yang cemerlang.Terbaik dalam sahsiah diri* Anda menghormati ibu bapa, guru-guru, dan raqkan-rakan.* Anda menyemai sifat-sifat mulia dalam diri.* Sahsiah diri yang tinggi akan menjadikan anda insan yang terbaik.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEGAGALAN

Motivasi umpama api dalaman . Sekiranya orang lain yang cuba menyalakan api itu untuk anda , kemungkinan besar , ia cuma akan membakar untuk satu jangkamasa

yang pendek sahaja. Stephen R. CoveyMENINGKATKAN MOTIVASI DIRI

1.Bergaul dengan pelajar pintar .

Sertai program yang dilakukan oleh pelajar pintar.

Kebiasaannya pelajar pintar akan melakukan aktiviti berfaedah seperti belajar berkumpulan dan menhadiri tiusyen .

Pelajar pintar akan mempengaruhi anda untuk belajar lebih rajin.

2.Menghadiri Seminar Motivasi

Hadiri seminar motivasi yang diadakan oleh pihak ekolah.

Hadiri juga seminar motivasi yang diadakan oleh pihak lain.

Dapatkan strategi dan teknik yang berkesan melalui seminar motivasi ini.

3.Membaca Buku Motivasi

Baca buku motivasi tentang strategi pembelajaran. Contohnya Teknik Efektif Bijak belajar terbitan PNI Neuron ( M ) Sdn. Bhd.

Buku motivasi lain juga boleh dibeli atau meminjam daripada rakan dan perpustakaan.KENAL PASTI PENGHALANG KEJAYAANTidak mempunyai disiplin diri

tidak memenuhi masa yang ditetapkan.

Tidak komited terhadap tugas yang dilakukan.

Tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.

Tidak mempunyai cita-cita yang tinggi

Berharap mendapat keputusan peperiksaan ala kadar sahaja .

Ingin menamatkan alam persekolahan dengan segera dan mencari pekerjaan.

Mengharapkan kekayaan ibu bapa untuk menampung kehidupan anda kelak.

Tidak berminat untuk belajar

Anda menganggap belajar dan menduduki peperksaan suatu beban.

Anda lebih suka melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Anda suka bergaul dengan pelajar negatif dan remaja yang telah bekerja.

JANGAN BERPUTUS ASA

Bangkit semula daripada kegagalan

* Jika anda gagal, jangan bersedih dan patah semangat

* Jangan biarkan diri anda tidak berbuat apa-apa dan hanya mengenang kisah silam

* Jangan menyerahkan nasib anda kepada takdir

* Anda harus mengubah nasib anda

Memanjat kembali takuk lama

* Jika anda gagal, anda perlu berjuang ke takuk yang lama

* Kenal pasti punca kegagalan anda

* Bina semula semangat anda dan gunakan strategi baru untuk berjaya

Memanjat kembali takuk lama

* Apabila gagal lagi, anda harus berjuang lagi

* Jika berjaya melepasi tangga di takuk lama, teruskan memanjat ke tangga yang lebih tinggi