jamal.pptx

19
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Upload: hemahnaidu

Post on 09-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PERKEMBANGAN

TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

SOSIOEMOSI

KETURUNAN

PERSEKITARANKESIHATAN

FIZIKAL

FAKTOR KETURUNAN

FAKTOR KETURUNAN

• Ahli psikologi bersetuju bahawa salah laku dipengaruhi juga oleh baka. Contohnya perangai atau tingkah laku; sifat introvert atau ekstrovert dipengaruhi oleh genetik. Begitu juga dengan pantulan dan ketakutan, cepat atau mudah marah, rasa tegang selalu dan bimbang.• Baka juga merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan

aspek fizikal seserorang. Sekiranya ibu bapanya berbadan besar (gemuk) kemungkinan anaknya akan berbadan besar(gemuk). • Oleh kerana kanak-kanak itu gemuk ia akan menyebabkan mereka

berasa malu serta pendiam dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan, mungkin mereka takut diejek dan sebagainya.

• Perkembangan mental seseorang itu adalah banyak dipengaruhi oleh faktor baka. • Kecerdasan tinggi atau rendah, biasanya telah

ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. • Sekiranya ibu bapanya mempunyai kecerdasan yang

rendah mereka akan mempunyai anak-anak yang lemah kecerdasannya. Ini menyebabkan timbul rasa rendah diri, mengasingkan diri dan terbelakang dari rakan sebaya.• Temperamen seseorang kanak-kanak juga

mempengaruhi interaksinya dengan kanak-kanak lain. Contohnya, seseorang kanak-kanak cepat marah, kurang sabar atau gemar mengkritik orang lain biasanya dijauhi oleh kanak-kanak lain.

FAKTO

R

PERSE

KITARAN

FAKTOR PERSEKITARAN :FAKTOR BUDAYA

• Persekitaran akan mempengaruhi sikap ibu bapa dan juga kank-kanak. • Nilai dan taraf tingkah laku masyarakat mempengaruhi kanak-kanak

melalui contoh, kanak-kanak mudah dan cepat tepengaruh dengan perkara-perkara negatif.• Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk

menjamin perkembangan personaliti yang sihat. • Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau

filem yang berunsurkan pergaduhan, kezaliman dan keganasan, mereka akan cenderung untuk memperolehi tingkah laku yang agresif.

FAKTOR PERSEKITARAN:

FAKTOR SEKOLAH

• Murid-murid menghabiskan hampir separuh masa di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding dengan pengaruh keluarga. • Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi tingkah laku kanak-

kanak. Contohnya, pengetua yang tegas melaksanakan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan satu-satu tugas. • Sekiranya sebaliknya, menyebabkan kanak-kanak pasif, menarik diri, takut

mengambil bahagian dan lain-lain lagi.• Tindakan pihak sekolah memberi perhatian hanya kepada murid-murid

yang bersalah sahaja, manakala murid-murid yang tidak menjadi masalah tidak diberi perhatian. • Ini menyebabkan murid tidak bermasalah akan menunjukkan tingkah laku

yang menjadi perhatian pihak sekolah.

• Peranan guru juga amat penting. Sikap guru yang tidak menyenangkan akan menjejaskan tingkah laku kanak-kanak itu. • Banyak perkara yang guru itu lakukan tanpa disedari boleh mengubah

tingkah laku yang tidak menyenangkan. • Mereka akan mula bosan, malas dan nakal apabila berhadapan

dengan kegagalan.• Masalah pengamatan juga melibatkan perubahan tingkah laku. Kanak-

kanak ini akan merasa gelisah berada di bilik darjah dan selalu melakukan kesilapan dan kesalahan dalam pelajarannya.• Guru kurang memberi perhatian dan sering sibuk dengan tugasan akan

menyebabkan murid merasa diri mereka tidak dihiraukan dan menyebabkan mereka bertindak mengikut kehendak mereka.

FAKTOR KESIHATAN

• Makanan seimbang yang disediakan adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan. Kekurangan satu-satu jenis makanan boleh menyebabkan kanak-kanak itu letih dan mudah terkena penyakit.• Faktor-faktor pemakanan juga banyak mempengaruhi

tingkah laku ini.• Pada zaman ini, kebanyakan makanan diproses

menggunakan pelbagai jenis bahan kimia supaya makanan dapat tahan lama atau pun untuk menyedapkan makanan itu. • Namun kajian CAP mendapati kesan penggunaan bahan

kimia memberi kesan buruk kepada manusia termasuk kesan kepada kesihatan juga tingkah laku.

FAKTOR

FIZIK

AL

• Anak-anak mempunyai cacat anggota seperti tempang, sumbing, kudung kaki, tangan dan lain-lain kecacatan akan menunjukkan tingkah laku yang berbeza dengan kanak-kanak normal.• Kesimpulannya, mengikut Balson (1993),

setiap individu secara semula jadi mahukan dirinya diperlukan dan dimiliki. • Keadaan ini dapat dirasai sekiranya mereka

mendapat tempat dalam keluarga dan sekolah melalui kerjasama, penglibatan, sumbangan dan rasa dihargai. • Sekiranya mereka tidak dapat merasakan

keadaan ini mereka akan berusaha seberapa daya untuk prestif, kedudukan istimewa dan lebih tinggi untuk mengatasi rasa kekurangan dan rendah diri yang ada padanya.

• Mengikut Dreikurs (1968), murid-murid yang melakukan salah laku mempunyai matlamat yang tertentu iaitu menarik perhatian, menunjuk kuasa dan membalas dendam.• Kanak-kanak akan berkelakuan menunjuk-nunjuk, mengganggu dan

menjerit untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa, guru atau sesiapa sahaja.

FAKTOR SOSIOEMOSI

• Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat pelajar itu tinggal juga mempunyai pengaruh penting kepada tingkah laku kanak-kanak. • Jika kehidupan harian di rumah dicirikan oleh emosi kebimbangan atau

ketakutan, perbalahan yang kerap berlaku, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang dan dominan ataupun terlalu mengongkong dan memanjakan, atau gangguan mereka akan membesar dalam suasana emosi dan sosial yang tidak dapat mengembangkan kualiti kebebasan dan keyakinan diri yang penting untuk mencapai kemajuan dalam persekolahan. • Kanak-kanak terlalu dimanjakan dari masa dia lahir sehingga dia tidak pernah

berpeluang untuk berusaha sendiri akan mengembangkan sikap bergantung kepada orang lain dan tidak mempunyai inisiatif untuk memajukan diri. • Mereka telah dikenakan disiplin yang terlalu ketat dan menjalani kehidupan

dengan mengikut arahan mungkin arahan mungkin hilang keinginan untuk berusaha sendiri.

• Akibatnya, kanak-kanak dari keluarga seperti itu mempunyai perkembangan ego yang lemah, mereka tidak mempunyai motif yang lebih tinggi untuk bekerja keras, mereka segera berubah menjadi malas dan lembap.• Ini dimudahkan lagi jika suasana biasa dalam keluarga dirosakkan oleh

sikap ibu bapa yang sambil lewa, tidak peduli, tidak menepati waktu dan mengelakkan tanggungjawab• Sikap seperti itu akan menggalakkan kanak-kanak menjadi tidak

berdisiplin, tidak tahu mengurus diri, tidak mempunyai peraturan, sanggup menipu dan tidak jujur dalam kerja-kerja sekolah, sehingga mengibatkan kemunduran akademik.

Bilangan ahli dalam kumpulan

- Faktor ini tidak kurang penglibatannya dalam konteks menjejaskan tingkah laku.

- Kanak-kanak perlukan hidup bebas yang terkawal, mereka perlukan tempat khas.

- Jika keadaan rumah mereka menjadi sesak dengan bilangan ahli keluarga yang ramai sudah tentu ianya akan menjejaskan tingkah laku kanak-kanak itu.

- Suasana sudah menjadi tidak tenteram, berebut-rebut tempat dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu ketenteraman kanak-kanak itu.

PENCERAIAN ATAU PERPISAHAN IBU BAPA

• Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah salah laku sering dialami oleh kanak-kanak apabila berlaku penceraian dikalangan ibu bapa mereka. • Corak tingkah laku berbeza di antara kanak-kanak

dan ia berhubungkait dengan perkara-perkara seperti jantina dan usia. • Kanak-kanak yang terganggu emosinya lebih sering

mengeluh sakit seperti demam, sakit tekak, sakit perut dan sebagainya.