jalur pecahan

7
RUMUSAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN JALUR PECAHAN DALAM MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGUASAI KONSEP PECAHAN SETARA TUJUAN KAJIAN Mengkaji kesan kaedah penggunaan jalur pecahan ke atas enam orang murid tahun 4 SK Sentosa KAEDAH PENGUMPULAN DATA Lembaran kerja, borang pemerhatian dan borang temubual. SUBJEK KAJIAN 6 Orang Murid Tahun 4 Zamrud Alfred, Bzlin, Cyril, Enyssa, Haziq dan Sarah(bukan nama sebenar) MENGENAL PASTI MASALAH - Murid gagal beri maklum balas dan menyelesaikan soalan guru terhadap pecahan. - Latihan yang diberi di dalam kelas dan latihan tambahan yang dibuat kebanyakannya salah. - Contoh kesalahan yang dibuat dalam buku latihan: PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN Rajah 1: Kesalahan Murid

Upload: wan-zakaria

Post on 04-Jan-2016

346 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jalur

TRANSCRIPT

Page 1: jalur pecahan

RUMUSAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN JALUR

PECAHAN DALAM MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGUASAI

KONSEP PECAHAN SETARA

TUJUAN KAJIAN

Mengkaji kesan kaedah penggunaan jalur pecahan ke atas enam orang

murid tahun 4 SK Sentosa

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Lembaran kerja, borang pemerhatian dan borang temubual.

SUBJEK KAJIAN

6 Orang Murid Tahun 4 Zamrud

Alfred, Bzlin, Cyril, Enyssa, Haziq dan Sarah(bukan nama sebenar)

MENGENAL PASTI MASALAH

- Murid gagal beri maklum balas dan menyelesaikan soalan guru

terhadap pecahan.

- Latihan yang diberi di dalam kelas dan latihan tambahan yang dibuat

kebanyakannya salah.

- Contoh kesalahan yang dibuat dalam buku latihan:

Rajah 1: Kesalahan Murid

Page 2: jalur pecahan

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Kaedah konstruktivisme

- Guru memperkenal makna jalur pecahan dengan bahan konkrit

kepada murid.

- Guru memberikan setiap murid 9 jalur pecahan yang berlainan

warna.

- Sebelum jalur pecahan yang seterusnya diberikan, murid-murid

diminta menulis pecahan dalam nombor di tengah-tengah setiap

bahagian jalur kecuali jalur pecahan pertama, perkataan “one whole”

ditulis.

- Selepas itu, mereka diminta menampal jalur-jalur pecahan ini pada

kertas A4 dengan rapat untuk menjadikannya satu set jalur pecahan

yang sempurna.

- Murid dapat melihat perbezaan saiz apabila jalur-jalur disusun

dengan rapat dan teratur.

- Guru meminta murid mencari perkaitan antara jalur- jalur pecahan

dalam masa 5 minit.

- Guru mengedar satu set jalur pecahan(yang tiada warna) kepada

setiap murid supaya murid boleh mewarnakan dan mengkategorikan

jalur.

- Guru menerangkanmaksud pecahan setara dan membina konsepnya

di kalangan murid denganmenggunakan jalur pecahan.

Rajah 2: Jalur pecahan dan perkaitan

Page 3: jalur pecahan

Pendekatan Koperatif

- Guru meminta murid bekerja secara pasangan untuk mencari

pecahan setara yang sebanyak mungkin dengan menggunakan jalur

pecahan.

- Guru telah memilih peserta murid untuk tampil ke depan dan

berkongsi pecahan setara yang dijumpai oleh mereka.

- Langkah yang terakhir ialah memberi latihan pengukuhan yang

dibahagikan kepada dua peringkat.

Peringkat pertama- murid menggunakan jalur pecahan sebagai

rujukan dalam menjawab soalan latihan.

Peringkat kedua- murid sekali lagi diberikan latihan tetapi tidak

dibenarkan merujuk kepada set jalur pecahan.

DATA YANG DIKUMPULKAN

1) Pemerhatian(dicatat pada nota lapangan)

2) Temubual(bersama rakan kolaborasi)

Hasil temubual bersamakolaborasi mengatakan bahawa guru berjaya

menarik perhatian murid-murid yang sebelum ini tidak berminat

dalam p&p.

Hasil temubual bersama murid, kesalahan berpunca daripada

- Cuai,

- Terpengaruh jawapan rakan

- Kesuntukan masa

Page 4: jalur pecahan

3) Analisa Dokumen

Murid telah dinilai melalui dua latihan pengukuhan(lembaran kerja).

Lembaran Kerja Pertama - merupakan latihan sebelum pelaksanaan

penggunaan jalur pecahan,

Lembaran Kerja Kedua - merupakan latihan selepas penggunaan

jalur pecahan.

Page 5: jalur pecahan

REFLEKSI PEMBACAAN

Setelah membaca Kajian Tindakan Penggunaan Jalur Pecahan

dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara

yang disediakan oleh Wong Pak Ung, kami mendapati kajian diatas adalah

kajian yang bagus untuk dibaca dan diambil perhatiah.

Pengetahuan menukar sesuatu pecahan kepada setaranya

merupakan pengetahuan yang sangat penting untuk memahami dan

menguasai kemahiran pengiraan serta sifat- sifat pecahan. Penguasaan

kemahiran ini mestilah melibatkan beberapa aktiviti pada setiap tiga aras

pembelajaran iaitu konkrit, separa konkrit dan abstrak.

Sebagai seorang guru matematik , kita harus tumpukan perhatian

terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan

memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di

peringkat sekolah. Murid-murid sekolah hanya boleh memahami konsep

matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar

memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik

dengan berkesan.

Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan

menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik seperti

yang dilakukan di dalam kajian merupakan kaedah yang sesuai digunakan

supaya mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran

matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui

contoh-contoh konkrit. Pengajaran matematik harus diperkenalkan dengan

gambarajah atau model.

Antara komen positif yang boleh dibuat tentang kajian ini ialah,

penggunaan jalur pecahan boleh diaplikasikan dalam menjawab soalan

bertulis. Pengkaji menggalakkan murid untuk menggunakan kaedah melukis

Page 6: jalur pecahan

jalur pecahan di sebelah soalan yang disediakan. Hal ini akan memudahkan

murid yang lemah menjawab soalan pecahan setara.

Antara aktiviti lain yang boleh dicadangkan dalam membina

kefahaman tentang pecahan setara ialah dengan melalui lipatan kertas.

Guru boleh membimbing murid melibat dan melorekan kertas seperti

berikut.

12

dilorekkan

Murid diminta membandingakan bahagian berlorek bagi ketiga- tiga keping

kertas dan guru boleh bertanya soalan tentang apakah kaitan 12

, 24

, dan 48

?

Guru perlu bimbing murid membuat kesimpulan bahawa ketiga- tiga

pecahan tersebut adalah sama nilai. Pecahan yang sama nilai ini dikenali

sebagai pecahan setara. Aktiviti seperti ini lebih sesuai untuk pemahaman

konsep pecahan setara.

Selain daripada itu, cadangan kami, mungkin sebagai tindakan guru

selepas menerangkan konsep pecahan setara, murid- murid juga patut

diajar menggunakan kaedah alternatif untuk menjawab soalan pecahan

setara. Sebagai contoh menggunakan pengiraan mental dengan

menyamakan kedua- dua penyebut. Hal ini kerana, apabila di dalam

peperiksaan, kaedah melukis jalur pecahan kemungkinan akan

melambatkan waktu mereka menjawab soalan.

48

dilorekkan24

dilorekkan

Page 7: jalur pecahan

Berdasarkan kajian tindakan ini, kami mendapati bahawa murid-murid

turut dipupuk semula minat untuk belajar dan sentiasa mengikuti proses

pengajaran. Hal ini kerana keseronokan yang diperoleh sepanjang aktiviti

dijalankan. Sebagai guru, kami seharusnya sedar bahawa guru harus berani

mencuba kaedah pengajaran baru supaya dapat membantu murid

mengatasi masalah tertentu. Guru juga harus turut meningkatkan ketelitian

dari segi semakan latihan murid dan menjadi sensitif terhadap lembaran

kerja bertulis murid. Dari situ, mereka dapat mengenal pasti sebab murid

berkenaan menulis jawapan tersebut yang dapat seterusnya membantu

dalam mengetahui kesalahan serta tahap penguasaan murid terhadap

konsep tertentu dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk

mengatasi masalah murid.

Selain itu, hubungan guru dengan murid telah menjadi baik kerana

interaksi yang lebih kerap. Murid-murid sentiasa bertanyakan soalan dan

meminta bantuan ketika mereka menemui sebarang masalah. Secara tidak

langsung, hubungan yang baik dengan murid-murid dengan guru dapat

diwujudkan. Hal ini memudahkan guru mengajar kerana mereka sanggup

mendengar secara aktif atas sebab hubungan rapat yang dibina.

Tambahan pula, guru juga turut dapat kemahiran menyoal. Guru

tersebut telah mempelajari cara mengemukakan soalan melalui sesi temu

bual. Guru harus sedar bahawa murid-murid tidak memberi maklum balas

sekiranya mereka tidak faham apa yang ditanya. Dengan itu, guru

dikehendaki menggunakan bahasa yang senang difahami untuk mendapat

balasan daripada murid-murid.

Kesimpulannya, kami sebagai seorang gurusepatutnya berperanan

sebagai pengamal reflektif. Melalui penyelidikan tindakan ini, guru secara

tidak langsung telah menjadi seorang pengamal reflektif yang sentiasa

mengimbas kembali untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul,

kemudian berusaha mencari ikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut.

Dengan itu, guru telah dapat mempelajari supaya sentiasa membuat refleksi

Page 8: jalur pecahan

dalam mempersoalkan amalan diri dan tidak hanya bertindak atas tabiat

atau mengikut arahan semata-mata. Secara tidak langsung, mereka akan

berusaha mengkaji hasil dan kesan daripada cara-cara yang telah gunakan

demi mencapai matlamat pendidikan.

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru. (1993). Pengajaran Pembelajaran Matematik: Pecahan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wong Pak Ung. (2011). Penggunaan Jalur Pecahan dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, 42-58.