jalur lebar di malaysia

Upload: mohd-faizul-ramli

Post on 08-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Jalur Lebar Di Malaysia

    1/5

    Jalur Lebar di Malaysia: Satu Pengamatan

    Kini terdapat kira-kira 6 pembekal jalur lebar utama di Malaysia, iaitu Maxis, Celcom, P1Packet, Digi, U-Mobile dan iZZi.

    Setiap pembekal menawarkan pelbagai pakej, pelan dan harga yang berbeza. Strategi demistrategi dirangka bagi memastikan mereka menjuarai persaingan dan seterusnya dapat menarikminat pelanggan supaya mendaftar dengan produk mereka.

    Dalam pada itu, pengguna perlu bijak memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihakpembekal jalur lebar. Bukan semua iklan yang dipaparkan di media massa indah-indah belaka.

    Adakala perkhidmatan yang ditawarkan umpama indah khabar daripada rupa. Akhirnyapengguna yang menjadi mangsa, tertipu dek propaganda iklan yang disiarkan.

    Oleh itu, pengguna perlu membuat pembelian yang bijak supaya tidak menyesal di kemudianhari. Saudara boleh membuat rujukan di Internet atau berbincang dengan teman-teman yangpernah menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Sediki t sebanyak saudara mempunyaipengetahuan asas tentang pasaran jalur lebar di Malaysia.

    PILIHAN

    Berdasarkan carta pai di atas, 70 peratus rakyat Malaysia menggunakan Jalur Lebar Celcomuntuk mengakses internet. Peratusan sebegini t inggi menunjukkan bahawa Celcom berjaya

  • 8/6/2019 Jalur Lebar Di Malaysia

    2/5

    memonopoli pasaran jalur lebar di Malaysia.

    Faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi jualan Celcom ialah bayaran harga bulanan yangberpatutan, liputan rangkaian 3G yang meluas, bersifat mudah alih, pelbagai pakej dan pelanyang diperkenalkan dalam promosi seperti pelan pelajar pada harga RM50 sehingga 25 tahundan sebagainya.

    HARGA TERKIN I

    Sekarang, mari kita perhatikan kadar harga yang ditawarkan oleh setiap pembekal jalur lebar diMalaysia. Berikut merupakan jenis pelan dan kadar harga jalur lebar yang ditawarkan oleh 4pembekal utama:

    Harga Celcom Broadband

    Harga DiGi Internet

    Harga Maxis Broadband

  • 8/6/2019 Jalur Lebar Di Malaysia

    3/5

    Harga P1 Wimax

    Harga baharu yang ditawarkan kepada pelanggan khususnya Celcom memang mengejutkanpenulis. Jika sebelum ini harga RM68/sebulan untuk kuota lebar jalur 5GB dengan kelajuan512Kbps. Kini dengan bayaran RM68/sebulan saudara hanya memperolehi kuota lebar jalursebanyak 3GB sahaja.

    Penulis mendapati bahawa kadar harga dan pelan yang ditawarkan oleh Maxis, Celcom danDiGi adalah sama. Cuma P1 Wimax sahaja yang lebih menguntungkan pengguna.

    Kemusykilan dan persoalan mula terbit di fikiran penulis mengapa Celcom menaikkan hargasetelah mendapat sokongan dan kepercayaan pengguna? Sepatutnya Celcom perlumenawarkan pada harga yang lebih rendah untuk terus menyaingi kelajuan P1 WiM ax.

    Cuba perhatikan kadar harga yang ditawarkan di negara-negara maju untuk sebulan (gambar dibawah).

  • 8/6/2019 Jalur Lebar Di Malaysia

    4/5

    Malaysia masih lagi menawarkan harga yang mahal, iaitu kira-kira $30 untuk kelajuan 1.2Mbps.Mungkin ada beranggapan bahawa negara kita belum maju lagi, sebab itulah lebih mahal.Kalau dibandingkan pendapatan per kapita negara-negara maju dengan negara kita, bolehsahaja pembekal sana mengenakan harga yang lebih mahal demi mengaut keuntungan. Namun,harga jalur lebar yang murah dapat menggalakkan penyertaan rakyat memajukan negaradengan menggunakan Internet sebagai mediumnya.

    Jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingga langsung tidak kompetitf di matapengguna. Akhirnya syarikat pembekal juga yang terpaksa menanggung rugi dan menurunkanharga.

    POLISI & KUOTA

    Alasan polisi kewajaran penggunaan (fair usage policy) yang digunakan oleh setiap pembekalmemang tidak masuk akal. Pelanggan sudah melanggan dan membayar atas perkhidmatan yangdisediakan.

    Persoalannya, mengapa perlu ada limitasi atau had penggunaan dalam tempoh sebulan?

    1GB? 3GB? 5GB? Hal ini hanya menyusahkan pengguna untuk melayari Internet tanpa sebarangmasalah. M emang menyusahkan apabila penggunaan lebar jalur mencecah had kuota yang

    telah ditetapkan. Kelajuan akses internet diperlahankan kerana melebihi pol isi kewajaranpenggunaan.

    Penulis jamin 5 hari sudah cukup untuk menghabiskan lebar jalur untuk menonton video diYoutube dan memuat turun lagu dan filem. Apatah lagi kebanyakan laman sesawang atau bloghari ini menggunakan flash atau paparan iklan yang berat . Secara tidak langsung, lebar jalurhanya dibazirkan untuk menanggung flash dan iklan sahaja.

    LIPUTAN RANGKAIAN

    Walaupun kerajaan berinisiatif dengan pelbagai rancangan dan dasar yang dikemukakan.Pengguna masih perlu menilai sebaik-baiknya liputan rangkaian jalur lebar setiap pembekal.

    Mengapa?

    Hal ini kerana bukan semua pembekal perkhidmatan jalur lebar sesuai untuk setiap tempat. DiBangsar, P1 Wimax boleh digunakan dengan pantas sedangkan di Parit Buntar tiada liputanlangsung. Begitu juga yang lain, contohnya Celcom Broadband mungkin l iputannya bagus diPetaling Jaya namun belum tentu baik di Port Dickson. Pengguna perlu mengenal pasti jalurlebar terbaik di kawasan tersebut dengan bertanyakan sendiri penduduk di situ.

    Syarikat pembekal tidak akan memberi jaminan bahawa saudara akan memperolehi liputan 3Gsetiap kali masuk ke Internet. Ianya lebih bergantung kepada nasib dan lokasi. Jika ya, saudaraakan berpuas hati dan berasa sukacita. Jika sebaliknya, sumpah seranah dan kecewa menit i dibibir saudara.

    Liputan terbaik dan terpantas bermula dengan WiMax (4G), diikuti HSPDA (3G+, 3.5G), UMTS(3G), EDGE (E-GPRS, 2.75G) dan GPRS(2G, 2.5G).

    KELAJUAN CAPAIAN

    Di iklan tertulis sekian, sekian, sekian lajunya untuk sesuatu pakej yang diambil . N amun,saudara jangan terlalu berharap semua yang dijanjikan menjadi realiti .

    Perkataan speed up to ___ sahaja telah menjelaskan secara semantik bahawa kelajuanmaksimum kami (pembekal perkhidmatan) ialah ___. Andai kata kelajuan semasa saudarasedang melayari Internet di bawah kelajuan yang dijanjikan maknanya itu bukan salah kami.

    Hanya insan-insan atau waktu-waktu terpilih sahaja pengguna mungkin dapat menikmatikelajuan maksimum yang dijanjikan kami. Lol.

    KESIMPULAN

  • 8/6/2019 Jalur Lebar Di Malaysia

    5/5

    1. Harga pakej dan pelan jalur lebar di Malaysia masih lagi mahal.2. Sekatan jalur lebar yang melebihi kuota polisi kewajaran penggunaan hanya menyusahkanpengguna. Jika mahu diwujudkan polisi tersebut, biarlah lebih besar saiznya relevan dengankegunaan semasa. Masakan pengguna melanggan dengan harga yang mahal untuk 1GB semata-mata untuk melayari blog dan menghantar e-mel? Gila!3. Penulis mengharapkan liputan rangkaian P1 WiMax meluas ke seluruh negara supayapengguna dapat menikmatinya.4. Sesiapa yang bercadang untuk membatalkan pelan pelajar Celcom yang bernilaiRM50/sebulan lebih baik berfikir semula. Harga sekarang lebih mahal