selangor penggerak kemajuan saksama kini filetadika anak-anak tunas bistari seksyen 7 ini untuk...

15
muka 3 PERCUMA 30 Ogos - 6 September 2013, 23 - 30 Syawal 1434 Selangor Kini Penggerak Kemajuan Saksama muka 6&7 KENALI EXCO ANDA ISKANDAR SAMAD Pantau salah laku penjawat awam PATRIOTIK… Usia bukan penghalang bagi kanak-kanak Tadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56. Kenyataan Akhbar Menteri Besar muka 2 >> muka 4 223 ekar hutan terbakar berjaya dikawal Syabas GAGAL lagi! OLEH LIZAWATI MADFA SHAH ALAM - Kegagalan ber- ulang operasi Rumah Pam Wang- sa Maju adalah bukti nyata baha- wa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak cekap mengurus- kan bekalan air di Selangor, ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kha- lid Ibrahim. Beliau berkata demikian ba- gi membidas kegagalan Syabas memastikan operasi rumah pam yang telah dipulihkan itu berope- rasi dengan lancar sehingga me- nyebabkan gangguan bekalan air di Cheras dan Bandar Tun Razak. Menurut Abdul Khalid, sejak kejadian henti tugas rumah pam untuk kerja-kerja pemulihan pa- da Julai 2012, lebih sepuluh ka- li berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan fungsi. "Walaupun beberapa langkah pemulihan telah dipersetujui un- tuk dilaksanakan Syabas, namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju seringkali ga- gal dan menyebabkan gangguan bekalan air," tegas beliau. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan SUK di sini, sejurus selesai mem- pengerusikan Majlis Mesyuarat Exco Negeri baru-baru ini. Kerajaan Negeri awal tahun ini menubuhkan Jawatankua- sa Pemantauan Bekalan Air Ne- geri Selangor bagi menyiasat punca kegagalan Rumah Pam Wangsa Maju. Hasil siasatan mendapati Syabas gagal menyelenggara aset dan kemudahan bekalan air ber- mula dari 1 Januari 2005 seper- ti di dalam perjanjian konsesi, gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di ru- mah pam sehingga menyebab- kan kerosakan lebih serius, ga- gal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam serta gagal memaklumkan kejadian sebenar kepada Kera- jaan Negeri. Sehubungan itu, bagi meng- elak kejadian sama terus beru- lang, Abdul Khalid berkata, Ke- rajaan Negeri kini mengambil langkah mengarahkan pembuat pam untuk membaiki kerosakan. Lihat Muka 2 >> Rumah pam rosak lebih 10 kali l Kerajaan Negeri tanggung kos baik pulih

Upload: trinhlien

Post on 08-Apr-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

muka 3

PERCUMA 30 Ogos - 6 September 2013, 23 - 30 Syawal 1434

Selangor KiniPenggerak Kemajuan Saksama

muka 6&7

KENALI EXCO ANDA IsKANDAr sAmAD

Pantau salah laku penjawat awam

PATRIOTIK… Usia bukan penghalang bagi kanak-kanak Tadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56. Kenyataan Akhbar Menteri Besar muka 2 >>

muka 4

223 ekar hutan terbakar berjaya dikawal

Syabasgagal lagi!Oleh LIzAwAtI mADfA

sHAH ALAm - Kegagalan ber-ulang operasi Rumah Pam Wang-sa Maju adalah bukti nyata baha-wa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak cekap mengurus-kan bekalan air di Selangor, ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kha-lid Ibrahim.

Beliau berkata demikian ba-gi membidas kegagalan Syabas memastikan operasi rumah pam yang telah dipulihkan itu berope- rasi dengan lancar sehingga me-nyebabkan gangguan bekalan air di Cheras dan Bandar Tun Razak.

Menurut Abdul Khalid, sejak kejadian henti tugas rumah pam untuk kerja-kerja pemulihan pa-da Julai 2012, lebih sepuluh ka-li berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan fungsi.

"Walaupun beberapa langkah pemulihan telah dipersetujui un-tuk dilaksanakan Syabas, namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju seringkali ga-gal dan menyebabkan gangguan bekalan air," tegas beliau.

Beliau berkata demikian dalam

satu sidang media di Bangunan SUK di sini, sejurus selesai mem-pengerusikan Majlis Mesyuarat Exco Negeri baru-baru ini.

Kerajaan Negeri awal tahun ini menubuhkan Jawatankua-sa Pemantauan Bekalan Air Ne- geri Selangor bagi menyiasat punca kegagalan Rumah Pam Wangsa Maju.

Hasil siasatan mendapati Syabas gagal menyelenggara aset dan kemudahan bekalan air ber-mula dari 1 Januari 2005 seper-ti di dalam perjanjian konsesi, gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di ru-mah pam sehingga menyebab-kan kerosakan lebih serius, ga-gal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam serta gagal memaklumkan kejadian sebenar kepada Kera-jaan Negeri.

Sehubungan itu, bagi meng-elak kejadian sama terus beru-lang, Abdul Khalid berkata, Ke-rajaan Negeri kini mengambil langkah mengarahkan pembuat pam untuk membaiki kerosakan.

Lihat Muka 2 >>

Rumah pam rosak lebih 10 kali l Kerajaan Negeri tanggung kos baik pulih

Page 2: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 2

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah bersalaman dengan peserta kursus pada Majlis Penutupan Kursus Haji 1434/2013 peringkat negeri Selangor di Masjid Negeri. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

MB: Selangor sokong Operasi Pemutihan Pati terbesarsHAH ALAm - Kerajaan Negeri menyokong langkah pihak berkuasa memburu kira-kira 500,000 penda-tang asing tanpa izin (Pati) di seluruh negara, bermula 1 September ini.

Operasi itu merupakan operasi pe-mutihan terbesar yang pernah dige-rakkan oleh Jabatan Imigresen.

Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur menjadi negeri tum-puan operasi ini yang akan berlang-sung selama tiga bulan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kha-lid Ibrahim, berkata Selangor di-laporkan mempunyai jumlah penda-tang asing yang sangat tinggi.

Jelasnya, Kerajaan Negeri ber-harap operasi ini mampu memban-tu pihaknya mengenal pasti jumlah sebenar Pati di Selangor.

"Kita amat memerlukan kerjasa-ma (agensi terlibat) supaya kita boleh menguruskan soal keselamatan dan se-gala sumber berkaitan dengan penda-tang asing," katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco.

Dilaporkan Jabatan Imigresen akan mengetuai operasi ini, dengan kerjasama Angkatan Tentera Malay-sia (ATM), Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Per-tahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dianggarkan sekurang-kurangnya 135,000 anggota akan terlibat dalam proses pemutihan yang digerakkan di seluruh negara.

KENYAtAAN AKHBAr 28 OGOs 2013

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-56, Kerajaan Negeri akan

menganjurkan Sambutan Bulan Ke-merdekaan dan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia peringkat negeri pada 30 Ogos ini bertempat di Dataran Ke-merdekaan Shah Alam.

Sambutan ini akan dihadiri Yang Amat Mulia Tengku Panglima Diraja Se-langor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj bagi mewakili DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Pelbagai acara diatur bagi me-meriahkan sambutan tahun ini, ter-masuklah persembahan kebudayaan dan keseniaan, perarakan dan perba-risan 43 kontinjen yang mewakili ja- batan dan agensi kerajaan negeri, per-tunjukkan pancaragam sekolah-seko-lah serta pancaragam Angkatan Ten-tera Malaysia (ATM).

Sambutan kali ini juga akan dime- riahkan dengan persembahan kawad senyap oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pertun-jukkan akrobatik ATM - TATU Red Warrior serta perarakan kereta berhias oleh Majlis Perbandaran Klang.

Majlis sambutan akan diakhiri de-ngan pertunjukan bunga api, tepat jam 12 tengah malam. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menjemput orang ramai hadir bagi memeriahkan sam-butan ini.

Tema Sambutan Ulang Tahun Ke-merdekaan dan Jubli Emas Hari Ma-laysia peringkat negeri Selangor tahun ini ialah Rakyat Bersatu Selangorku Maju.

YAB tAN srI ABDUL KHALID IBrAHIm

DAtO’ mENtErI BEsAr sELANGOr

Rakyat BersatuSelangorku MajuKerajaan Negeri anjur Sambutan Kemerdekaan & Jubli Emas Hari Malaysia

Kerajaan Negeri akan menanggung kos baik pulih.

Beliau juga menyeru Kerajaan Perse-kutuan mempercepatkan proses run-dingan pengambilalihan bagi mem-bolehkan Kerajaan Negeri mengambil alih proses pengurusan dan operasi Sya- bas.

“Ini bagi memastikan hak pengguna lebih terjamin untuk mendapatkan bekal-an air terawat yang lebih cekap, tanpa gangguan kerana kelemahan pengurusan dan pada kadar tarif yang munasabah,” katanya.

<< Dari Muka 1

Segerakanpengambilalihan

Page 3: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

Oleh AfEEqA AfEErA

sHAH ALAm - Dalam usaha menerapkan budaya kerja ung-gul dan etika yang mantap da-lam urus tadbir, Kerajaan Negeri menubuhkan Unit Integriti (IU) bagi mencegah salah laku jenayah dan pelanggaran tata kelakuan di kalangan penjawat awan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata unit khas ini diletakkan di bawah bidang kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini digalas Datuk Moham-med Khusrin Munawi, yang me-nempatkan sekurang-kurangnya dua pegawai daripada Suruhanja-ya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Hubungan kita dengan SPRM adalah berterusan dan membantu kita membuat pemantauan untuk menghindar gejala rasuah dan salah guna kuasa," tegas Khalid.

Beliau berkata demikian di satu sidang akhbar selepas me-

rasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Sela-ngor di Dewan Jubli Perak, Ba-ngunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Langkah ini merupakan komit-men pentadbiran Khalid Ibra-him bagi melahirkan warga kerja profesional dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan rakyat pada perkhidmatan Kera-jaan Negeri.

Menurutnnya, penubuhan unit ini dijangka beroperasi sepenuh-nya menjelang September atau Oktober depan.

"Saya difahamkan SPRM ber-setuju untuk menempatkan pe-gawai mereka sebagai ahli dalam unit tersebut," kata Abdul Khalid.

Katanya, konsep integriti ini meneladani mantan Menteri Be-sar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berusaha me-nerapkan pentadbiran bersih da-lam 23 tahun pentadbiran negeri Kelantan.

Pantau salah laku penjawat awam

PEtALING JAYA - Seramai 145 kakitangan dari Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima Anugerah Perkhid-matan Cemerlang di atas presta-si cemerlang dan ketekunan da-lam melaksanakan tugas.

Kesemua penerima diraikan pada Majlis Anugerah Khid-mat Cemerlang 2012 yang di-sempurnakan Setiausaha Kera-jaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi di Dewan Banquet MBPJ.

"Tugas penjawat awam yang paling utama ialah memberi-kan khidmat terbaik kepada masyarakat dan dengan itu saya harap semua kakitangan di sini akan bekerja dengan lebih gigih dan ikhlas," katanya.

Majlis turut dihadiri Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad dan tim-balannya, Puasa Md Taib.

Seramai 129 kakitangan daripada pelbagai jabatan antaranya Jabatan Khidmat Pengurusan; Jabatan Khidmat Pengurusan; Jabatan Perben-daharaan; Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; Ja-

sHAH ALAm - Pejabat Se-tiausaha Kerajaan Negeri komi-ted untuk melahirkan penjawat awam yang profesional melalui penubuhan Unit Integriti (IU) di setiap jabatan Kerajaan Negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sri Mohammed Khus-rin Munawi, berkata penjawat tetap gred 52 akan dilantik un-tuk mengetuai unit tersebut yang diperluaskan peranannya di bawah Bahagian Sumber Ma-nusia.

"Konsepnya sama seperti yang dilakukan jabatan korpo-rat lain, di mana unit ini akan membantu saya untuk meman-tau setiap kakitangan awam su-paya mematuhi peraturan yang ditetapkan," jelas Khusrin kepa-da Selangor Kini.

Katanya, IU di sebahagian ja-batan akan mendapatkan khid-mat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita belum buat keputusan untuk menempatkan pegawai SPRM secara tetap atau pinjam-an untuk mengetuai unit ini," katanya.

145 kakitangan MBPJ terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012

KSU: Unit Integriti di setiap jabatan Kerajaan Negeri

Tugas penjawat awam yang paling utama ialah memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan dengan itu saya harap semua kakitangan di sini akan bekerjadengan lebihgigih dan ikhlas

KHUSRIN MUNAWISetiausahaKerajaan Negeri

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 3Utama

batan Kejuruteraan; Jabatan Pembangunan Kemasyarakat-an dan Jabatan Perancangan dan Pembangunan telah dipilih untuk menerima anugerah.

Selain itu, ia turut melibat-

kan Jabatan Kawalan Bangun-an; Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Awam; Unit Perundangan; Unit Perhubung-an Awam dan Korporat; Unit Pesuruhjaya Bangunan dan

Unit Pusat Setempat.Manakala seramai 16 kaki-

tangan yang akan bersara ta-hun ini diberikan penghargaan atas jasa bakti yang telah di-taburkan.

Sempena Sambutan Kemerdekaan, Menteri Besar memasang bendera Malaysia di kenderaan MPS

Khusrin (tengah) dan Alinah bersama salah seorang penerima Anugerah Khidmat Cemerlang, Mahmud Salim

Page 4: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

AKtIVItI pembakaran terbuka yang tidak terkawal dan ak-hirnya merebak disyaki pun-ca 223 ekar kawasan hutan di Tanjung 12 terbakar.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata siasatan awal mengesyaki pem-bakaran terbuka dibuat di ta-nah gambut bagi tujuan perta-nian.

“Punca kebakaran masih be-lum dikenal pasti, pihak bomba juga belum mengesahkan punca sebenar, tetapi berdasarkan ha-

sil siasatan awal boleh dikata-kan ia berpunca daripada pem-bakaran terbuka,” jelas Azhar.

MDKL menasihatkan orang ramai supaya bersama memikul tanggungjawab mencegah ben-cana ini daripada berulang. Se-barang kes pembakaran terbuka perlu dilaporkan kepada Jabat-an Bomba dan Penyelamat.

“Kawasan tanah gambut ini bila berlaku kebakaran kecil ia sudah cukup untuk merebak, ditambah pula dengan keadaan cuaca sebelum ini yang panas berpanjangan,” jelasnya.

PAKAr daripada Jabatan Mi-neral dan Geosains (JMG) di-panggil untuk mengenal pasti kawasan takungan air yang boleh diteroka sebagai perse-diaan melawan bencana keba-karan pada masa hadapan.

Pakar dari jabatan itu juga di-minta mengenal pasti struktur tanah yang turut mempenga-ruhi usaha melawan kebakaran.

Yang Di Pertua Majlis Dae-rah Kuala Langat (MDKL) Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata langkah-langkah awal ini diam-bil kerana sistem saliran sedia ada menghadkan kemampuan Jabatan Bomba dan Penyela-mat mengawal dan memadam-kan kebakaran.

“Dalam siri kebakaran yang berlaku di kawasan pentadbir-

an MDKL, pihak kami sering berdepan dengan kegagalan mendapatkan sumber air dari saliran.

“Air tidak mencukupi, jadi pihak kami terpaksa mengam-bil masa yang lama untuk me-nyalurkan air untuk kerja-kerja memadam kebakaran,” ujarnya.

Kuala Langat adalah antara kawasan yang kerap menghada-pi kebakaran hutan, antaranya berpunca daripada keadaan ta-nah dalam wilayah itu.

Serentak dengan meman-faatkan kepakaran JMG, MDKL sedang membina kolam-kolam takungan di beberapa kawasan dalam wilayah pentadbirannya sebagai persediaan menghadapi bencana kebakaran pada masa hadapan.

Oleh NAEEm rAffI

KUALA LANGAt - Kebakaran hutan seluas 223 ekar di Tanjung 12 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) meng-hala ke Shah Alam kini terkawal dan sebahagian kawasan terba-kar berjaya dipadam.

Timbalan Penguasa Bomba Zon Selangor Selatan, Mohd Hel-mi Abu Husin, berkata pihaknya sedang giat menjalankan pem-basmian menyeluruh di 147 ekar kawasan yang menunjukkan tompokan asap aktif.

“Bomba akan meneruskan operasi ini dalam tempoh dua minggu lagi bagi memastikan kawasan kebakaran benar-be-nar selamat. Tempoh operasi juga bergantung kepada cua-ca dan hujan akan membantu mempercepatkan operasi,” je-lasnya.

Tiga jentera dengan kekuat-an 10 anggota dari Balai Bom-ba dan Penyelamat di Banting, Lapangan Terbang Antarabang-

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 4

223 ekar hutan terbakar berjaya dikawal

sa Kuala Lumpur (KLIA) dan Shah Alam, dikerah ke kawasan operasi sejak 9 Ogos lalu. Pihak Paya Indah Wet Land dan Ja- batan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor turut memban-tu.

Kaedah ‘Fire Break’ dengan

Pakar dipanggil kesan kawasantakungan air

Pembakaran terbuka disyaki jadi punca

mengali tanah dan membuat parit kecil di sekeliling kawasan kebakaran menghasilkan kepu-tusan yang memberangsang-kan. Helmi berkata, antara misi bomba adalah menghalang api merebak ke kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Kawasan yang berjaya dipadam

JPS Kuala Langat mengepam air dari kolam Paya Indah Wetlands

Anggota bomba dan MDKL bertungkus-lumus memastikan kebakaran tidak merebak ke kawasan lain

Page 5: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

sHAH ALAm - Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menggesa Kerajaan Pusat meluaskan bidang kuasa pasu-kan polis bantuan yang dipohon, me-liputi keselamatan awam, dan bukan sekadar menjaga harta premis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Beliau berkata, Kerajaan Pusat perlu faham bahawa Kerajaan Negeri melalui pasukan polis bantuan mahu bekerjasama dengan PDRM memban-tu memelihara ketenteraman awam.

"Saya difahamkan hanya MBPJ diberi kelulusan untuk mempunyai polis bantuan, tetapi dihadkan kuasa mereka hanya untuk menjaga harta MBPJ sahaja. Tiada gunanya (kelu-lusan itu) kerana kita mahu kelulusan untuk jaga keselamatan awam, bukan jaga harta atau bangunan MBPJ sa-haja," tegas Hannah yang juga Spea-ker Dewan Negeri Selangor (DNS).

Dalam pada itu juga, Hannah menggesa polis melaksanakan kem-bali Ops Payung yang meletakkan pos-pos anggota polis berkawal di kawasan-kawasan strategik.

Beliau berpendapat Ops Payung bukan sahaja berkesan mencegah jenayah, bahkan juga tidak menelan kos yang tinggi.

Polis bantuan bukansekadar jaga harta PBT

Saya difahamkan hanya MBPJ diberi kelulusan untuk mempunyai polis bantuan, tetapi dihadkan kuasa mereka hanya untuk menjaga harta MBPJ sahaja

HANNAH YEOHAdun Subang Jaya

Mengulas pemasangan kamera litar tertutup di semua wilayah PBT Selangor, Hannah berkata sistem itu perlu disemak dan diselia dengan kerap bagi memastikan ia berkesan

memerangi jenayah."Semua PBT mesti semak CCTV

mereka dan kaji secara statistik ba-gaimana sistem itu bantu selesaikan jenayah," katanya.

Bantu kurangkan kadar jenayahsUBANG JAYA - Satu kertas cadangan kepada Po-lis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penubuhan pasukan polis bantuan di Subang Jaya akan dibuat.

Menurut Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kas-bi, cadangan tersebut bertujuan mempertingkatkan keselamatan di kawasan pentadbirannya.

"Buat masa ini MPSJ mengharapkan PDRM dan KDN meluluskan 30 polis bantuan ditempatkan di se-rata kawasan Subang Jaya.

"Kelulusan ini diperlukan pihak kami dan sekira-nnya berjaya, ia memberi ruang kepada MPSJ mem-bantu polis dalam menangani masalah jenayah."

Asmawi berkata demikian dalam satu sidang media selepas menandatangani Memorandum Persefahaman di antara MPSJ dengan rakan sinergi di sini.

Sebelum ini Kerajaan Negeri mencadangan penubu-han pasukan polis bantuan di kalangan Pihak Berkua-sa Tempatan (PBT) di Selangor.

Kerajaan Negeri juga bersedia menyalurkan perun-tukan sebanyak RM3,000 bagi setiap seorang untuk menjalani latihan yang akan dikendalikan PDRM.

Bagaimanapun, permohonan berkenaan masih menunggu kelulusan daripada PDRM untuk melak-sanakannya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berka-ta, usaha itu diambil ekoran peningkatan kes jenayah melibatkan senjata api yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

“Walaupun tanggungjawab menjaga keselamatan awam adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat, namun Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk me-nyumbang sebanyak yang boleh bagi memastikan kese-lamatan orang awam lebih terjamin,”ujar Abdul Khalid.

Ehsan melayan tetamu yang datang pada Majlis Rumah Terbuka MPK di Dewan Hamzah

Perlu pantau 20 kawasan 'panas' di KlangsHAH ALAm - Sekurang-kurangnya 100 anggota po-lis bantuan diperlukan untuk ditempatkan di lebih 20 kawasan panas di daerah Klang.

Pemangku Yang Diper-tua MPK (Majlis Perbandaran Klang) Ehsan Mukhri, berkata bilangan tersebut diperlukan kerana daerah terbabit merupa-kan kawasan 'panas' yang sering berlaku jenayah, lebih-lebih lagi jenayah berat.

"MPK memang perlukan po-lis bantuan ini. Seperti yang kita maklum, Klang merupakan ka-wasan jenayah seperti samun dan bunuh, jadi ia memang san-gat diperlukan.

"Klang merupakan kawasan yang luas, saiz kawasannya ialah 570 kilometer persegi, ia sama dengan saiz Singapura, jadi jika diikutkan Klang memerlukan bi-langan anggota polis yang ramai, iaitu lebih daripada 100 ang-gota.

"Selain itu, bilangan pen-datang tanpa izin di Klang juga ramai. Contohnya di kawasan Pelabuhan Klang dan Meru," katanya ketika ditemui di Ru-mah Terbuka MPK di Dewan Hamzah, di sini.

Ehsan menambah, permohon- an untuk mendapatkan polis bantuan itu masih dalam proses kajian peruntukan dan kajian syarat perlantikan, termasuk la-tihan yang akan disediakan.

Selain itu katanya, setakat ini, terdapat kira-kira 90 unit kamera litar tertutup (CCTV) di-pasang sekitar Klang.

"Ia termasuk CCTV yang di-pasang oleh Kerajaan Pusat, MPK dan Kerajaan Negeri bagi memantau aktiviti jenayah.

"Pemantauan ini dilakukan oleh polis dan juga penguatkuasa MPK. Selain itu, kita juga mahu menambah unit CCTV bagi me-mantau kegiatan sampah ha-ram," katanya.

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 5

Page 6: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

PROFIL

Pendidikan

iSkandaR aBdUL SaMadexco Perumahan, Pengurusan Bangunandan Peneroka Bandar, adun Cempaka

Nama Isteri : Salasiah Zakaria, 40 tahunAnak : 6 orang (5 lelaki, 1 perempuan)

Arkitek, UK - 1988Pensyarah Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur UITM - 1991Arkitek Firma Swasta - sehingga 2008

Setiausaha Cawangan PAS AU2, Taman Seri Keramat- 1991Setiausaha PAS Kawasan Ampang Jaya- 1993Ahli Badan Perhubungan PASYang Dipertua PAS Pandan 2003- sekarangTimbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor

Pemimpin6

Kolej Melayu Kuala KangsarA-Levels - United KingdomIjazah Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan - Humberside College, Hull, United Kingdom @ University of Lincoln

PenGaLaMan keRJa

PenGaLaMan POLiTik

Oleh sIrAJ mOHD zAINI

IsKANDAr bercadang mem-beri peranan membina rumah mampu milik kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Se-langor (LPHS).

Mencontohi Lembaga Pem-bangunan Perumahan (HDB) Singapura, Iskandar berpenda-pat langkah itu perlu bagi me-rancakkan lagi projek-projek ru-mah mampu milik untuk rakyat Selangor.

“Kita masih belum buat satu keputusan, kalau boleh kita nak tingkatkan bukan sahaja LPHS

tetapi satu badan baru untuk membina rumah mampu milik secara khusus seperti ‘Hous-ing Development Board’ di Si-ngapura,” katanya Iskandar.

Majoriti projek perumah-an mampu milik di Singapura dibangunkan dan diurus oleh badan awam. Sebanyak 80% rakyat Singapura mendiami estet yang mengandungi pang-sapuri HDB, sekolah, pasaraya, klinik, medan makan serta ke-mudahan rekreasi dan sukan. 95% dari mereka memiliki ru-mah yang mereka diami.

“Kalau dahulu pihak LPHS

JAwAtANKUAsA Tetap Pe-rumahan mensasarkan 35,000 unit rumah mampu milik dibina dalam tempoh lima tahun akan datang.

Iskandar berkata, anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permo-dalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sedang giat menyiapkan projek Rumah Mampu Milik

yang dilancarkan sebelum Pi-lihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Kita telah melancarkan be-berapa projek seperti di Sek- syen U12 Shah Alam, Ladang Air Manis Sabak Bernam, Antara Gapi, Serendah dan di Sutera Damansara,” katanya.

Beliau menjelaskan, strategi perumahan Mampu Milik Kera-jaan Negeri lebih terarah kerana

ia menepati jangkauan golo-ngan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Polisi rumah mampu mi-lik Kerajaan Negeri, harga ter-mahalnya ialah RM150,000, tapi kalau kita lihat Kerajaan Pusat, rumah PR1MA sampai RM300,000, jadi bermakna polisi Kerajaan Negeri lebih te-pat berbanding Kerajaan Pusat,” katanya lagi.

Iskandar cadang tingkat peranan lPHS

Sasar bina 35,000 rumah mampu milik

hanya bertindak sebagai badan yang mengendalikan polisi peru-mahan, sekarang ini kita nak satu badan baru untuk membina ru-mah juga selain daripada PKNS ataupun PNSB untuk membina rumah,” cadang beliau.

Sebelum ini, LPHS mengan-jurkan seminar teknik pembi-naan rumah dengan mudah dan murah, yang dihadiri pakar-pakar daripada syarikat luar negara untuk membantu meningkatkan pem-binaan rumah mampu milik di negeri ini.

Iskandar melawat contoh ruang tamu Rumah Mampu Milik (RMM) di Bandar Sungai Long, Kajang

Selangorkini 30 Ogos - 6 September 2013

Meninjau pangsapuri khas untuk OKU Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

Page 7: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

RM15.8 juta untuk Skim Ceria

PemimpinSelangorkini 30 Ogos - 6 September 2013 7

sEBANYAK RM15.8 juta diperutukkan untuk Skim Bantuan Baik Pulih Harta Ber-sama Pangsapuri (Ceria) sejak dilancarkan dua tahun lalu.

Iskandar berkata, sebanyak 17 pangsapuri sudah dibaik pulih pada fasa pertama dan 43 buah pangsapuri menerima manfaat skim itu pada fasa kedua.

Skim Ceria merupakan skim perkongsian kos antara penghuni pangsapuri kos rendah dengan Kerajaan Ne- geri dalam usaha menceriakan kawasan persekitaran pang-sapuri.

Kerajaan Negeri memban-tu membiayai 80 peratus kos kerja baik pulih dan selebih-

nya ditanggung penduduk.Tahun ini sahaja, sebanyak

45 buah pangsapuri di seluruh Selangor terpilih untuk kerja-kerja baik pulih Ceria.

“Untuk peringkat seterus-nya, sebanyak 89 buah pang-sapuri masih menunggu ke-lulusan untuk dibaik pulih,” katanya.

PENASIHAT: Faekah Husin

Arfa’eza Abdul Aziz

KETUA PENGARANG: Fazallah Pit

PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim

WARTAWAN: Afeeqa Afeera: [email protected], Hafizan Taib: [email protected], Lizawati Madfa, Norhayati Umor: [email protected] Siraj Mohd Zaini,

Naeem Raffi:[email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB, Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Selangor KiniSIDANG PENGARANG

PENINGKAtAN harga ru-mah di kawasan Lembah Klang khususnya bukan berpunca se-mata-mata daripada kos pem-binaan, tetapi spekulasi yang dilakukan oleh pembeli dan penjual sesebuah rumah.

Exco Perumahan, Pengurus-an Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Sa-mad berkata, harga rumah yang tinggi antara lain didorong oleh sikap mahu mengaut keuntung-an yang tinggi.

“Peningkatan harga rumah sekarang ini kerana spekulasi. Spekulasi bermakna orang beli dan orang jual, itu satu dari-pada punca. Saya lihat bahawa isu harga rumah bukan kerana kos pembinaan semata-mata,” katanya.

Sebagai contoh, Iskandar berkata, kos pembinaan bagi rumah teres dua tingkat berke-luasan 1,500 hingga 1,600 kaki persegi memerlukan kos seba-nyak RM100 hingga RM150

bagi satu kaki persegi.Tetapi kos jualan sebuah ru-

mah boleh menjangkau sehingga RM500,000, bersamaan RM300 setiap satu kaki persegi.

“Ini bermakna hampir RM200 bagi setiap satu kaki persegi bu-kan kerana kos pembinaan. Jadi saya tidak bersetuju apabila pemaju beralasan kos pembi-naan yang tinggi kerana harga barang-barang pembinaan yang mahal,” jelas Iskandar.

Beliau berpendapat antara langkah yang boleh diambil un-tuk menangani spekulasi adalah dengan menurunkan kadar pin-jaman kewangan bagi rumah kedua sehingga 50 peratus.

Antara langkah lain adalah menaikkan cukai RPGT sehingga 30 peratus supaya rumah bukan dibeli untuk dijual semata-mata.

“Tetapi dari segi harga ru-mah, kita tak boleh nak letakkan harga maksimum tetapi perlu ada peratusan yang boleh dibeli oleh rakyat biasa,” katanya lagi.

PANDAN - Kerajaan Negeri sedang meneliti kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah ke-tiadaan Sijil Layak Menduduki (CF) yang dihadapi kawasan perumahan tertentu, terutama-nya bagi projek yang diabaikan pemaju muflis.

Exco Perumahan, Pengurus-an Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) diarah bekerjasama supa-ya keselamatan penduduk yang menduduki perumahan ber-masalah terjaga.

“Sejak dari penggal lalu, Ke-rajaan Negeri sudah memula-kan usaha bagi menyelesaikan masalah ini dan ia akan diterus-kan dalam penggal baru. Pada Jun lalu, LPHS diarahkan mem-buat perancangan bagi tujuan itu melalui kerjasama PBT di se-luruh Selangor dengan meletak-kan sasaran tahunan,” katanya.

Iskandar berkata, Kerajaan Negeri telah mengesan pelbagai kes berkaitan CF yang berpunca dari pemaju perumahan yang gagal mematuhi syarat pelan bangunan.

“Dalam banyak kes, kita menghadapi masalah dengan pemaju. Kalau pemaju masih ada maka kita akan desak pema- ju untuk membaiki keadaan tetapi kebanyakan pemaju dike-san sudah bankrap atau gulung tikar. Kalau begitu satu alter-

natif lain perlu diusahakan,” ka-tanya.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri juga merangka stategi bertujuan memberdaya-kan penduduk dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Majlis Pengurusan (MC) se-bagai pelaksana projek baikpu-lih pangsapuri.

Strategi ini akan menyaksi-kan penduduk dan jawatankua-sa-jawatankuasa terlibat me-mainkan peranan lebih aktif dan

Kerajaan Negeri menjadi pemu-dah cara dan penyedia bantuan perumahan seperti skim baik-pulih Ceria dan skim rondaan kejiranan Seroja.

“Menyentuh masalah penye-lenggaraan dan sampah, kita boleh selesaikan melalui ja-watankuasa Prihatin. Masalah tidak akan selesai sekira-nya Kerajaan Negeri sentia-sa masuk campur. Penduduk kena ada rasa tanggungjawab,” katanya.

Atasi rumah tiada CF, tingkat projek baik pulih

Harga rumah tinggi, bukan berpunca dari-pada kos pembinaan

Tahun ini sahaja, sebanyak 45 buah pangsapuri di seluruh Selangor terpilih untuk kerja-kerja baik pulih Ceria. Untuk peringkat seterusnya, sebanyak 89 buah pangsapuri masih menunggukelulusan untukdibaik pulih

Page 8: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

PESERTA yang

mengambil bahagian dalam

program penyusuan bayi

paling ramai dalam satu

tempat, bangga menunjukkan

sijil The Malaysian

Books of Records yang

diterima. Program

berlangsung di Hotel Grand

Seasons

PASANGAN pengantin baru,

Mohd Ali Iqbal Abdul Khalid

dan pasangan-nya, Nurfazlin

Mohamad, memberi duit

raya kepada kanak-

kanak yang hadir di Majlis

Rumah Terbuka DUN Pelabuhan

Klang. Mohd Ali Iqbal adalah

anak kepada Menteri Besar Selangor, Tan

Sri Abdul Khalid Ibrahim

KANAK-KANAK ini gembira menerima duit raya sewaktu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Shah Alam dan DUN Batu Tiga. Kelihatan Khalid Samad dan Rodziah Ismail dikelilingi kanak-kanak

ADUN Dusun Tua, Razaly Hassan, mendengar penerangan pegawai bomba tentang punca kebakaran yang berlaku di Kampung Sungai Raya, Batu 9, Cheras, Hulu Langat yang melibatkan lapan buah rumah

SEBAHAGIAN daripada Kempen Hidup Sihat yang menekankan tentang pemakanan sihat, termasuk air minuman. ADUN Taman Medan, Haniza Talha akan memasang 50 buah mesin air Nano Hydrogen untuk manfaat orang ramai

KAKITANGAN MPK, ramah melayan tetamu yang hadir pada Majlis Mesra Aidilfitri MPK

AHLI Parlimen Dr Mariah Mahmud menziarahi Mohd Nazmi, pelajar tingkatan 4 di HTAR Klang yang terlibat dengan kemalangan jalan raya

ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman bersama Datuk Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad, Ketua ADO, Penghulu Mukim dan Ketua Jabatan sewaktu Pelancaran Bulan Kemerdekaaan Pejabat Daerah Petaling.

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 8Album

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 9Album

Page 9: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 10

Oleh AfEEqA AfEErA

sEPANG - Sekumpulan 31 penuntut Selangor di Mesir yang dibawa pulang secara berperingkat melalui penerbang-an komersil dalam Ops Piramid 2 sela-mat tiba di Lapangan Terbang Antara-bangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 27 Ogos.

Mereka yang tiba di tanah air de-ngan menaiki pesawat Etihad 0416 itu disambut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Kumpulan berkenaan adalah seba-hagian daripada lebih 800 pelajar Sela-ngor di Mesir yang dibawa pulang mulai 22 Ogos lalu.

Sementara itu, Dr Halimah ketika ditemui mengharapkan supaya semua pelajar Malaysia di Mesir dapat pulang ke tanah air sehingga keadaan kembali tenang di sana.

Beliau turut menghargai usaha kera-jaan yang memperuntukkan dana un-tuk memastikan kesemua pelajar sela-

Pelajar Selangor di Mesir lega tiba di tanah airmat pulang ke negara ini.

“Kita khuatir kerana keadaan dijang-ka teruk dan ada di kalangan pelajar yang tidak dapat keluarkan duit.

“Bila tidak dapat keluarkan duit, maknanya sara hidup, makan minum agak sukar. Jadi adalah lebih baik jika mereka pulang ke kampung halaman sehingga keadaan tenteram.

“Kita akan tengok sama ada mereka boleh melanjutkan pelajaran ke Mesir atau bagaimana,” ujarnya.

Pada 20 Ogos, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang 3,300 pelajar Malaysia di Mesir menggunakan pe-sawat komersial berikutan pergolakan di negara itu yang dilaporkan semakin tidak menentu. Dr Halimah bersama keluarga menyambut pelajar yang baru tiba di KLIA

Page 10: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 11

Oleh NOrHAYAtI UmOr

sHAH ALAm - Isu tanah mendap yang membelenggu warga Pangsapuri Petaling Perdana akan dipanjangkan kepada Bahagian Teknikal Ma-jlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk tindakan lanjut.

Setiausaha Exco Perumah-an, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Kama-ruzzaman Ahmad Nor berkata, MBPJ telah membuat lawatan ke pangsapuri tersebut pada 25 Ogos lepas dan pemerhatian awal mendapati mendapan tanah berlaku akibat aktiviti pereputan bawah tanah.

"Langkah itu sebagai mem-bantu JMB dan jika ada ke-perluan pembaikan, pihak JMB dan pemaju perlu ber-tanggungjawab dalam isu itu," jelas beliau dalam sistem pe-sanan ringkas (SMS).

Sebelum ini, penduduk di-laporkan hidup dalam ketakut-an apabila pangsapuri mereka mengalami keretakan serius. Masalah ini berlaku sejak lima tahun lalu.

Difahamkan, pangsapuri itu dibangunkan di atas bekas tapak perlombongan.

"Tanggungjawab sebenar ialah kepada Badan Pengu-

rusan Bersama (JMB) kera-na ia terletak dalam kawasan mereka. Dalam JMB itu pula, pemaju juga terbabit. Maka pemaju juga boleh membantu kerana mereka mengetahui se-jarah pembinaan dan semua isu teknikal pangsapuri itu," tambah Kamaruzzaman.

Ketika itu, Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo mensasarkan 'setinggan sifar' dengan menghapuskan kawasan setinggan di sekitar Petaling Jaya dan menem-patkan 11 kampung terkesan ke pangsapuri berkenaan.

Mengulas lebih lanjut, Adun Taman Medan, Haniza Talha, berkata isu itu sudah dibangkitkan kepada pihak pemaju sejak 2010.

"Isu itu pernah dipanjang-kan kepada pemaju pada ta-hun 2010 dan pihak pemaju ada menghantar laporan na-mun dalam laporan terbabit menyatakan perumahan itu selamat diduduki dan tiada masalah struktur," jelas Ha-niza.

Haniza turut meminta pen-duduk mengaktifkan JMB su-paya saluran aduan dan ban-tuan antara Kerajaan Negeri dan penduduk dapat diurus-kan lebih lancar.

Mendapan Pangsapuri Petaling Perdana dapat perhatian

Pangsapuri Petaling Perdana. Gambar kecil: Rekahan akibat mendapan di Blok J

Page 11: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

Sinergi tingkat kepakaran PBT

sUBANG JAYA - Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) memeterai Memorandum Perse-fahaman (MOU) dengan tiga ra-kan sinergi bagi meningkatkan kemampuan majlis itu dalam pengurusan sampah, program hebahan khidmat awam serta program tanggungjawab sosial korporat.

Yang Dipertua Datuk Asmawi Kasbi berkata, perkongsian pintar kerajaan tempatan dan swasta ini akan memberi impak bermakna kepada MPSJ dan masyarakat.

"Ini bukan satu proses yang mudah, usaha ini melibatkan masa hampir 12 tahun," kata-nya pada majlis menandatan-gani MOU di Kompleks 3C, Ban-dar Sunway Subang Jaya.

Tiga rakan sinergi itu ialah Alumni Look East Policy Society (ALEPS), Online Dynamics Sdn Bhd dan Mamee-Double Decker Sdn Bhd.

"Atas usaha ALEPS, MPSJ dan Bandar Hioki (Wilayah Ka-goshima) di Jepun mengikat kerjasama untuk pembelajaran dan perkongsian ilmu penguru-san sampah," kata Asmawi yang kelihatan amat sukacita dengan hubungan dua hala itu.

Perjanjian bersama Online Dynamics menjurus kepada pembangunan program hebahan khidmat awam seperti kempen-kempen kesedaran, manakala Mamee-Double Decker mem-bantu perlaksaan program CSR untuk peniaga-peniaga dalam wilayah MPSJ.

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 12

Rajiv menunjukkan lampu yang telah dipasang MBPJ

Datuk Bandar Hioki dibawa melawat ke Pusat Usahasama MPSJ-Hioki

Isu parkir MBPJ akan selesaikanOleh AfEEqA AfEErA

PEtALING JAYA - Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) memberi jaminan untuk me-nyelesaikan isu parkir kereta di Kompleks C yang didakwa tidak diselenggara dengan baik dan kurang memuaskan.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, MBPJ akan meneliti isu berke-naan dari semasa ke semasa sebelum mengambil tindakan lanjut.

"Saya akan tengok perkara ini secara holistik. Kita tidak boleh selesai sekaligus aduan yang dibuat, tetapi kita akan pantau dulu dan ambil tindakan secara

keseluruhan," katanya ketika mengulas kenyataan Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran yang meminta MBPJ menaik taraf parkir Kompleks C, di sini.

Terdahulu, Rajiv dalam la-watannya ke kompleks tersebut menggesa pihak MBPJ supaya segera melakukan kerja-ker-ja pembaikan di tempat letak kereta itu supaya boleh diman-faatkan sepenuhnya oleh orang ramai.

Beliau turut meminta supaya MBPJ merobohkan bangunan kolej lama yang sudah dikosong-kan di tingkat dua bangunan itu supaya boleh menempatkan ki-ra-kira 400 buah kereta dalam satu-satu masa.

Selain itu, Rajiv turut me-minta MBPJ supaya memasang lampu limpah di setiap tingkat bangunan, menempatkan pen-gawal keselamatan serta me-masang kamera litar tertutup (CCTV).

"Kompleks parkir ini sangat strategik kedudukannya ke-rana dilengkapi laluan pejalan kaki, tetapi malangnya ia tidak diselenggara dengan baik dan kurang memuaskan orang ra-mai," katanya.

Sebagai langkah awal, pihak MBPJ telah mula memasang lampu limpah di tingkat satu dan dua kompleks parkir terse-but selain melakukan kerja-ker-ja pembersihan.

Persahabatan wilayah MPSJ-bandar Hioki genap setahunsUBANG JAYA - Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi bersama-sama Datuk Bandar Hioki, Yoshinori Ko-zono meraikan jalinan antara kedua-dua wilayah yang kini genap setahun.

Yoshinori bersama 12 orang delegasi dari wilayah Kagoshi-ma, Jepun, berkunjung ke MPSJ dalam satu kunjungan balas selama seminggu.

"Kita pelajari sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman Hioki dalam pentadbiran ban-dar, khususnya pengurusan sampah," kata Asmawi pada majlis tersebut yang diadakan serentak dengan pemeteraian MoU bersama tiga rakan si-nergi MPSJ.

MPSJ membelanjakan RM60 juta setahun untuk mengurus-kan sampah domestik serta ker-ja-kerja memotong rumput dan pembersihan sampah sarap di dalam kawasan perbandaran.

"Sekiranya usaha kita ber-jaya membentuk pemikiran masyarakat, mereka boleh menguruskan sampah dengan baik, nescaya penjimatan kos pengurusan sampah itu kita dapat salurkan kepada pem-bangunan insfrastruktur dan sebagainya," jelas Asmawi.

Hioki merupakan bandar kembar MPSJ menerusi Pro-gram Persahabatan Bandar

sejak 28 Ogos 2012. Dengan penduduk seramai 51,819 orang dengan kepadatan 205 orang setiap satu kilometer persegi, Hioki dibentuk pada 1 Mei 2005 hasil gabungan pekan Fukiage, Higashiichiki, Hiyoshi dan Ijuin.

"Kami akan berkongsi penga-laman yang ada dengan memberi maklumat yang tepat. Apa yang penting ialah kesedaran komuniti mengenai kepentingan penguru-

san sampah," kata Yoshinori.Bagi memastikan perkong-

sian pintar MPSJ-Hioki sen-tiasa erat, MPSJ telah mewu-judkan Pusat Usahasama MPSJ-Hioki di Aras G, Ba- ngunan Kompleks 3C.

Pusat Usahasama itu antara lain berperanan sebagai pusat rujukan dalam perkongsian ilmu, peralihan kemahiran dan kebudayaan.

Timbalan YDP MPSJ, Abdullah Marjunid bertukar MOU dengan wakil Online Dynamics

Page 12: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

Menteri Besar melihattikus yang berjaya ditangkap menggunakan perangkap tikus

Jaga kebersihan, elak wabak kencing tikussHAH ALAm - Wabak ‘leptospiro-sis’ atau kencing tikus dapat dihin-dari jika segenap lapisan masyarakat mementingkan kebersihan dan ke-sihatan, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menyifatkan ia serius, Menteri Besar itu berkata, masalah berke-naan perlu ditangani segera kerana pembiakan tikus boleh menyebab-kan wabak itu menular dengan me-luas.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri giat menjalankan program gotong royong dan kempen kawalan tikus bagi meningkatkan tahap kebersi-han di seluruh Selangor.

Katanya, ia dilakukan dengan kerjasama Kementerian Kesejahte-raan Bandar, Perumahan dan Kera-

jaan Tempatan (KKBPKT) serta 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

“Tujuannya mengurangkan jum-lah tikus berkeliaran dan hasilnya kita mahu menghindarkan perkara ini berlaku di kawasan premis per-niagaaan terutama makanan dan premis perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Gotong Royong Perdana Peringkat Selangor di sini.

Ia dihadiri Timbalan Ketua Se-tiausaha (Bahagian Dasar) KKBPKT, Yong Bun Fou; Timbalan Ketua Pe- ngarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan; Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd

Jaafar Mohd Ali selain kira-kira 200 hadirin.

Mengikut laporan Kementerian Kesihatan, sebanyak 7,701 kes lep-tospirosis dengan 121 kematian ber-laku di seluruh negara sejak 2011 hingga 1 Jun lalu.

Selangor pula mencatat 260 kes dengan sembilan kematian sepan-jang tahun lalu hingga Mei lalu.

Abdul Khalid berkata, budaya ke-bersihan penting dan perlu menjadi keutamaan untuk memiliki kesi-hatan baik, sekali gus membantu mengelak penyakit yang boleh mem-bawa maut itu.

Beliau turut mengajak rakyat mencontohi negara seperti Jepun dan Korea yang masyarakatnya me-mentingkan amalan kebersihan.

MPK bersiap sedia hadapi banjirKLANG - Ekoran kekerapan hujan di daerah Klang ketika ini, Majlis Perban-daran Klang (MPK) kini bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku ban-jir di setiap kawasan daerah terbabit.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Eh-san Mukhri, berkata pasukan yang dige-lar 'pantas team' kini diletakkan dalam keadaan siap sedia 24 jam dengan sega-la peralatan yang diperlukan.

Katanya, pasukan khas terbabit juga menyediakan rumah penempatan se-

mentara yang terletak di Bayu Tinggi."MPK buat persediaan awal dengan

melengkapkan pasukan ini di kawasan tertentu untuk dipersiapkan bagi meng-hadapi sebarang kemungkinan.

"Kita juga persiapkan mereka de-ngan peralatan logistik seperti sampan dan sebagainya bagi membolehkan tin-dakan pantas diambil dalam mengatasi sebarang masalah berkaitan sekatan pada sistem aliran di longkang dan parit yang boleh menyebabkan banjir aki-

bat hujan serta ribut," katanya sewaktu ditemui di Rumah Terbuka MPK di De-wan Hamzah.

Antara kawasan yang sering berlaku banjir adalah Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Selat Klang, Sementa, Kota Alam Shah, Pandamaran, Sri Andalas serta Sri Muda. Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dengan segala kemungkinan banjir. Orang ramai juga boleh hubungi talian bebas tol MPK di talian 1800-88-826.

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 13

Anda mahu buat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti, di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor?Kami sediakan talian bebas tol 1800 88 2824. Talian ini beroperasi 24 jam atau terus ke nombor PBT seperti yang tertera di bawah.

MaJLiS PeRBandaRan aMPanG Jaya (MPaJ)Tel : 03-4296 8000;Hotline : 1 -800-22-8100Laman Web: www.mpaj.gov.my

MaJLiS daeRah hULU SeLanGOR (MdhS)Tel : 03-6064 1331SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888Laman Web: www.mdhs.gov.my

MaJLiS PeRBandaRan kLanG (MPk)Kutipan SampahKlang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif )Pembersihan awam (Jalan dan Longkang)Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan)Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free)Laman web: www.mpklang.gov.my

MaJLiS daeRah kUaLa LanGaT (MdkL)Tel: 03-3187 2825SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888.Laman web: www.mdkl.gov.my

MaJLiS daeRah kUaLa SeLanGOR (MdkS)Tel: 03-3289 1439Laman web: www.mdks.gov.my

MaJLiS daeRah SaBak BeRnaM (MdSB)Tel: 03-3224 1655 / 1000Laman web: www.mdsb.gov.my

MaJLiS PeRBandaRan SeLayanG (MPS)Tel: 03-6126 5800 / 6120 4903 / 04 / 05 / 06Laman web: www.mps.gov.my

MaJLiS PeRBandaRan SePanG (MPSP)Tel: 03-8319 0200 / 0300Laman web: www.mpsepang.gov.my

MaJLiS BandaRaya Shah aLaM (MBSa)Tel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878Website: www.mbsa.gov.my

MaJLiS PeRBandaRan SUBanG Jaya (MPSJ)Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545Laman web: www.mpsj.gov.my

MaJLiS BandaRaya PeTaLinG Jaya (MBPJ)Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am)SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213Laman web: www.mbpj.gov.my

MaJLiS PeRBandaRan kaJanG (MPkJ)Tel: 87377899

Hotline: 1-800-88-6755Emel: [email protected] Web: www.mpkj.gov.

my

Talian Hotline Kutipan Sampah

Page 13: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

SMUE ringankan beban keluargaTempatan

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 14

Oleh HAfIzAN tAIB

GOmBAK - Skim Mesra Usia Emas (SMUE) memberi makna besar kepada rakyat Selangor yang kehilangan ahli ke- luarga tersayang.

Bagi keluarga Allahyarham Abu Zarin, sumbangan RM2,500 daripada Kerajaan Negeri membantu meringankan beban me-reka selepas Abu Zarin, 83, meninggal dunia baru-baru ini akibat masalah jantung.

Balu, Khadijah Abd Kadi, 75, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri semasa menerima kunjungan dari pada Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Hasbullah yang sudi menziarah. Sedikit sebanyak sumbangan tersebut mengurang-kan beban kami,” katanya terharu apabila menerima sumbangan awal RM1,000 dari-pada wakil rakyat PR itu.

Baki selebihnya akan diberikan dalam tempoh 60 hari.

Menurut anak perempuan Khadijah, Siti Hajar, 34, ayahnya mendaftar dengan SMUE sejak setahun lalu.

Hasbullah bergegas menyampaikan ban-tuan Kerajaan Negeri selepas kematian Abu Zarin dimaklumkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia.

“Kita menggalakkan penyertaan orang ramai supaya hasil kekayaan negeri dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Sela-ngor,” kata Hasbullah.

Khadijah terharu sewaktu menerima kunjungan Hasbullah dan Petugas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia

Page 14: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTU SOLATSelangor

30 Ogos - 6 September 201323 - 30 Syawal 1434H

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

30 Jumaat 5:42 5:52 7:09 1:17 4:26 7:21 8:3131 Sabtu 5:42 5:52 7:09 1:16 4:25 7:21 8:3101 Ahad 5:42 5:52 7:08 1:16 4:24 7:21 8:3002 Isnin 5:41 5:51 7:08 1:16 4:23 7:20 8:3003 Selasa 5:41 5:51 7:08 1:15 4:22 7:20 8:2904 Rabu 5:41 5:51 7:08 1:15 4:21 7:19 8:2905 Khamis 5:41 5:51 7:08 1:15 4:20 7:19 8:2806 Jumaat 5:41 5:51 7:07 1:14 4:19 7:18 8:28

30 Jumaat 5:44 5:54 7:11 1:19 4:28 7:23 8:3331 Sabtu 5:44 5:54 7:11 1:18 4:27 7:23 8:3301 Ahad 5:44 5:54 7:10 1:18 4:26 7:23 8:3202 Isnin 5:43 5:53 7:10 1:18 4:25 7:22 8:3203 Selasa 5:43 5:53 7:10 1:17 4:24 7:22 8:3104 Rabu 5:43 5:53 7:10 1:17 4:27 7:23 8:3105 Khamis 5:43 5:53 7:10 1:17 4:22 7:21 8:3006 Jumaat 5:43 5:53 7:09 1:16 4:21 7:20 8:30

Oleh sIrAJ mOHD zAINI

SHAH ALAM - Sambutan Hari Belia Antarabangsa pe-ringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Dataran Ke-merdekaan mendapat sam-butan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan belia.

Lebih 5,000 rakyat Sela-ngor berkunjung ke acara tersebut yang bermula seawal jam 7.00 pagi lagi sehingga 12.00 tengah malam.

Pengunjung yang kami temui berkata, tema ‘Tolak Rasuah, Anak Muda Merde-ka’ amat bertepatan de- ngan perkembangan isu se-masa mutakhir ini. Program khas bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) disam-but baik.

“Sambutan ini dipenuhi dengan pelbagai program berunsur ilmiah dan bukan-nya hiburan semata-mata, selain mesej utamanya mem-beri penekanan terhadap konsep integriti di dalam diri setiap belia kerana golong- an ini merupakan tonggak masa depan,” kata Muham-mad Adam Che Yusuf, 23.

Sambutan Hari Belia ini dirasmikan Menteri Besar Se-langor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan diiringi Exco Be-lia dan Sukan, Dr Ahmad Yu-nus Khairi.

Dari awal pagi lagi pengun-

Belia merdeka tolak rasuah

jung didedahkan kepada pel-bagai program yang menguja pemikiran menanggapi isu-isu penting.

Bagi Safiq Izzat Azmi, 23, sesi penerangan dan dialog menge-nai pergolakan politik di Mesir telah membuka matanya.

“Sambutan kali ini saya lihat lebih kepada isu di Mesir bagi memberi gambaran jelas kepa-da rakyat negara ini yang masih tidak tahu atau mencari punca apa sebenarnya yang berlaku di negara Mesir,” katanya yang merupakan mahasiswa di salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Selangorkini 31 Ogos - 6 September 2013 15Negeri

Menteri Besar turut menyampaikan Anugerah Khas Integriti kepada anak bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai penghargaan terhadap pentadbiran bapanya yang bersih daripada rasuah

Antara program menarik yang disediakan adalah sem-bang santai bersama pakar sakit tuan, Dr Ismail Tambi, Ustaz Zulkifli Ahmad dan se-lebriti terkenal, Afdlin Shauki.

Solat Munajat selamatkan Mesir dan Syiria turut diadakan pada malam Sambutan Hari Belia Antarabangsa di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Muhammad Adam Safiq Izzat

Page 15: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini fileTadika Anak-anak Tunas Bistari Seksyen 7 ini untuk turut ber- semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari ... kejadian henti

Selangor Kini

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

Oleh NAEEm rAffI

sUBANG JAYA - Kemajuan Selangor terbantut sekiranya mobiliti sumber terjejas aki-bat sistem pengangkutan awam yang tidak cekap, kata Men-teri Besar, Tan Sri Abdul Kha-lid Ibrahim.

Beliau menegaskan, pem-bangunan prasarana dan sistem pengangkutan yang efisien menjadi cabaran untuk Sela-ngor merebut semua peluang yang dibentangkan dalam pelan Greater Kuala Lumpur-Bidang Ekonomi Utama Negara.

Lantas, Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan sistem tran-sit massa laju (MRT) yang ba-ru kerana ia menjadi pemang-

Pengangkutan awam cekap pemangkin kemajuan Selangor

kin pertumbuhan bagi Selangor dan Lembah Klang.

“Perubahan minda di ka-langan warga kota untuk ber-alih kepada sistem pengang- kutan awam dari kenderaan persendirian adalah satu cabar-an dan perlu ditangani secara berkesan,” tegas Abdul Khalid kepada hadirin di Sidang Ke-muncak Hartanah dan Peru-mahan Negara ke-16 di Sunway Piramid Convention Center, Bandar Sunway.

Beliau memberitahu, peng-gunaan pengangkutan awam telah menurun daripada 35 peratus pada tahun 1985 ke-pada 20 peratus pada tahun 1997 dan kini merosot kepada kurang daripada 12 peratus.

Sebelum ini, agensi beri-ta AP melaporkan penggunaan

pengangkutan awam di Malay-sia merosot dipercayai akibat daripada ketidakyakinan rakyat kepada kecekapan perkhidmat-

an yang disediakan.Projek MRT yang dicadang-

kan pada 2010 melibatkan pem-binaan jaringan pengangkutan awam berasaskan rel yang ber-sepadu dengan sistem transit aliran ringan (LRT), monorel, KTM komuter, Ekspres KLIA dan Transit KLIA.

Dengan matlamat untuk menukar liputan pengangkut-an awam di Lembah Klang yang tidak memuaskan dan tidak mampu menampung keper-luan penduduk, sasarannya adalah untuk menjadikan 50 peratus daripada semua per-jalanan yang dilakukan di Lem-bah Klang menggunakan pe-ngangkutan awam.

“Kewujudan rangkaian in-frastruktur dan perkhidmatan awam yang sangat baik, meru-

pakan salah satu daripada fak-tor penarik untuk perniagaan dan orang awam dalam mem-pertimbangkan destinasi pilih-an,” jelas Abdul Khalid.

Dalam merebut peluang pem-bangunan menerusi NKEA ini, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri juga akan memberi pene-kanan terhadap usaha menaik-taraf dan menyediakan prasa-rana baru termasuk utiliti dan kemudahan pengangkutan awam pelbagai mod dan komunikasi.

“Ini juga akan menjadi pe-mangkin kepada pelabur untuk membina premis industri dan komersil sekaligus menyokong aktiviti-aktiviti dalam sektor pembuatan dan industri logistik bukan sahaja Selangor tetapi di seluruh Malaysia dan juga Asia Tenggara,” jelasnya lagi.

Kewujudan rangkaian infrastruktur dan perkhidmatan awam yang sangat baik, merupakan salah satu daripada faktor penarik untuk perniagaan dan orang awam dalam mempertimbangkan destinasi pilihan

ABDUL KHALIDMenteri Besar