reversible pinafore - versi bm · pdf filejika anda mmg pro bab-bab menjahit ni, rasanya pejam...

4
Tutorial asal sila klik ke laman ini: http://www.thestuffilivefor.com/?p=50 Apa yang saya lakukan cuma ubah sikit pattern yang digunakan dan menulis semula tutorial tersebut dalam bahasa Melayu mengikut citarasa saya sendiri. Dress ni teramatlah mudah hanya memerlukan 6 langkah mudah sahaja. Jika anda mmg pro bab-bab menjahit ni, rasanya pejam sebelah mata pun boleh buat. Kalau anda baru berjinak dalam dunia jahitan, inilah peluang untuk anda meningkatkan motivasi dalam bidang jahitan setelah terpegun dengan kebolehan menghasilkan dress yang kiut. Masa diperlukan : ½ jam jika pro dan tiada gangguan Sehari jika diganggu anak/ papa anak/ kehabisan supplies Forever jika anda hilang motivasi Bahan diperlukan: ½ yard kain corak A ½ yard kain corak B (harap guna cotton nipis memandangkan baju ni akan jadi 2 lapis nanti dan kesian anak kita kepanasan dalam cuaca panas) Kertas suratkhabar @ mahjong utk lukis pattern A latan menjahit Langkah 1 Buat 2 kepingan pola seperti berikut. 1 untuk lapisan depan, 1 untuk lapisan belakang (untuk saiz 2@3 tahun sila rujuk mukasurat terakhir) Pola atas utk bahagian belakang baju, bawah utk depan. Perasan tak kenapa sy tak buat pola sebelah untuk bahagian depan baju? Sebabnya pola bahagian belakang baju tu lebih mudah dibuat dengan menerap di atas pola depan.

Upload: vuhanh

Post on 08-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: REVERSIBLE PINAFORE - VERSI BM · PDF fileJika anda mmg pro bab-bab menjahit ni, rasanya pejam sebelah mata pun boleh buat. Kalau anda baru berjinak dalam dunia jahitan, ... Langkah

Tutorial asal sila klik ke laman ini: http://www.thestuffilivefor.com/?p=50

Apa yang saya lakukan cuma ubah sikit pattern yang digunakan dan menulis semula tutorial tersebut dalam bahasa Melayu mengikut citarasa saya sendiri.

Dress ni teramatlah mudah hanya memerlukan 6 langkah mudah sahaja. Jika anda mmg pro bab-bab menjahit ni, rasanya pejam sebelah mata pun boleh buat. Kalau anda baru berjinak dalam dunia jahitan, inilah peluang untuk anda meningkatkan motivasi dalam bidang jahitan setelah terpegun dengan kebolehan menghasilkan dress yang kiut.

Masa diperlukan :

½ jam jika pro dan tiada gangguan

Sehari jika diganggu anak/ papa anak/ kehabisan supplies

Forever jika anda

hilang motivasi

Bahan diperlukan:

½ yard kain corak A

½ yard kain corak B

(harap guna cotton nipis memandangkan baju ni akan jadi 2 lapis nanti dan kesian anak kita kepanasan dalam cuaca panas)

Kertas suratkhabar @ mahjong utk lukis pattern

Alatan menjahit

Langkah 1

Buat 2 kepingan pola seperti berikut. 1 untuk lapisan depan, 1 untuk lapisan belakang (untuk saiz 2@3 tahun sila rujuk mukasurat terakhir)

Pola atas utk bahagian belakang baju, bawah utk depan.

Perasan tak kenapa sy tak buat pola sebelah untuk bahagian depan baju? Sebabnya pola bahagian belakang baju tu lebih mudah dibuat dengan menerap di atas pola depan.

Page 2: REVERSIBLE PINAFORE - VERSI BM · PDF fileJika anda mmg pro bab-bab menjahit ni, rasanya pejam sebelah mata pun boleh buat. Kalau anda baru berjinak dalam dunia jahitan, ... Langkah

Untuk create bahu dan ketiak saya dapatkan saiz yang betul dengan cilok dari pattern baju buku jepun. Oh ya! Untuk leher pattern tu kena dalamkan lagi

lebihkurang 1 ½ inci.

Gambar pattern tu diambil sebelum lehernya di alter.

Langkah 2

Okeh, dah ada pattern kan. Terapkan aje pada kain dengan member basi ¼ inci. Nak potong basi senang aje. Lebihkan aje ¼ inci dari bentuk pattern (aha..ini pun nak bagitau!).

Untuk pattern depan baju, potong sekeping bagi setiap corak.

Untuk pattern belakang baju, potong sekeping setiap corak.

Terbalikkan pattern tersebut dan potong lagi sekeping setiap corak.

Gambar menunjukkan 2 corak kain yang mana setiap corak ada 3 keping ye. Gambar tu saya dah susun siap2 so tak berapa nak Nampak. Yg cream ngan yg coklat tu sebenarnya sama je saiz tp maybe silap gambar atau silap tukang jahit main potong sesuka hati..:P

Langkah 3

Sekarang tiba masanya memulakan jahitan. Ambil set kain corak pertama (3 keping). Susun bahagian depan dan belakang (corak betul

right sides berhadap). Jahit bermula dari bawah ketiak hingga ke bawah. Ulangi untuk bahagian sebelah lagi dan teruskan untuk corak kedua. Sekarang anda akan mendapat kepingan kain seperti ini. Seperti kelawar kan? Huhu..Nak lagi kemas ketika ini press seam open .

Page 3: REVERSIBLE PINAFORE - VERSI BM · PDF fileJika anda mmg pro bab-bab menjahit ni, rasanya pejam sebelah mata pun boleh buat. Kalau anda baru berjinak dalam dunia jahitan, ... Langkah

Langkah 4

Hadapkan kedua-dua corak (corak betul mengadap sesama sendiri) seperti berikut ye! Samakan ye, jangan ikut gambar saya yang sengaja x disamakan untuk menampakkan perbezaan. Tekan atau seterika bagi memastikan bentuk betul-betul menekap dengan tepat. Pinkan atau jelujur jika perlu bagi memastikan ia tidak lari ketika dijahit.

Jahit pada cantuman sebagaimana yang ditanda dengan garisan hitam (sila abaikan tangan saya yang menggeletar). Pastikan basi jahitan ¼ .

Buatkan potongan lisu (notch) pada bahagian-bahagian melengkung. Cara buat notch? Gunting je (tp ingat jangan sampai tergunting mata jahitan) pada lekuk ketiak serta bahagian melengkung bucu bawah dress. Tujuan notch ni adalah supaya jahitan/ lipatan kemas bila diterbalikkan.

Terbalikkan dan gosok.

Langkah 5

Sekarang ruang yang masih terbuka adalah atas bahu dan leher kan? Jom kita cantumkan. Caranya senang saja..kelepetkan kedalam sebanyak ¼ dan gosok. Buat beberapa guntingan notch pada kelepet leher bagi mengelakkan kedutan setelah dijahit nanti.

Page 4: REVERSIBLE PINAFORE - VERSI BM · PDF fileJika anda mmg pro bab-bab menjahit ni, rasanya pejam sebelah mata pun boleh buat. Kalau anda baru berjinak dalam dunia jahitan, ... Langkah

Kemudian masukkan bahu belakang kedalam kelepet bahu depan dan tetapkan pada kedudukan menggunakan peniti atau jelujur kasar (nampak tak mata jahitan sy dalam gambar?). Dah agak-agak kemas, jahit je lah

(top stitch). Jahitan disini penting dilihat dari segi kekemasan sbb mata jahitan akan Nampak. Sebaiknya guna benang mengikut warna corak atas dan corak bawah.

Langkah 6

Gosok terutama bahagian yang bercantum. Siap!!

Baju ini sesuai utk

baby girl beusia 2 tahun. Boleh dipakai separas betis. Untuk girl lebih besar, i.e 3 tahun, boleh dipakai bersama long pant.

Untuk hasil yang lebih kiut, gunakan fabric ceria yangs sesuai dengan kanak-kanak.