jahit an

21

Click here to load reader

Upload: shereen-choo

Post on 25-Sep-2015

68 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Jahitan

TRANSCRIPT

1.0 Kelim1.1 Definisi Kelim Kelim ialah cara menyambungkan/mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian.

1.2 Kegunaan Kelim 1.2 1 Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. 1.2.2 Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik. 1.2.3 Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan. 1.2 4 Untuk perhiasan.

1.3 Pemilihan Kelim Pemilihan Kelim yang dibuat bergantung kepada: 1.3.1 Jenis fabrik - Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi. 1.3.2 Jenis pakaian - Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanan-kanak. Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk jean tetapi tidak sesuai untuk gaun fabrik kapas. 1.3.3 Gaya dan kedudukan kelim Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidak sesuai dan sukar untuk dijahit pada kelim yang melengkung.

1.4 Peraturan Am untuk menjahit Kelim. 1.4.1 Pilih kelim yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit supaya ia tahan lasak. 1.4.2 Sebaik-baiknya gunakan hanya satu jenis kelim pada seluruh pakaian yang dijahit. 1.4.3 Basi kelim mestilah sama lebar dan cukup di seluruh pakaian semasa memotong fabrik mengikut jenis pakaian dan jenis fabrik yang digunakannya. 1.4.4 Kelim hendaklah dijahit dengan baik dan tepat pada garis pemadan untuk menjaga bentuk dan rupa yang elok.1.4.4 Tegangan jahitan mesin mestilah betul untuk mengelakkan kelim daripada berkedut. 1.4.5 Kelim hendaklah ditekan dengan baik supaya kelihatan kemas di sebelah luar dan dalam pakaian. 1.4.6 Ia mestilah rata supaya mudah didobi dan kukuh supaya tahan lasak 1.4.8 Lebar kelim mestilah sekata disepanjang pakaian 1.4.9 Gunting (snip) semua kelim yang berbentuk melengkung sebelum ia ditekan buka. 1.4.10 Kemaskan kelim selepas dijahit dan susupkan semua benang.1.5 Kelim belah kangkung: Kelim ini rata dan tidak tebal. Ia dijahit dengan satu baris jahitan di sebelah dalam (S.D) pakaian/fabrik. Kelim belah kangkung ini mudah dibuat dan ia sesuai untuk semua jenis pakaian dan fabrik. Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan seterika ia tidak boleh nampak di sebelah luar. Lebar siap kelim ini ialah di antara 2 cm hingga 2.5 cm. Kelim belah kangkung ini boleh dikemaskan dengan beberapa cara seperti Jahit lilit ubi, jahit lilit kemas, jahit insang pari, jahit mesin, jahit zig-zag, menggunakan kedua-dua tepi kain, menggunakan kun dan menggunakan gunting pucuk rebung/zig-zag

1.5.1 Proses menjahit Kelim belah kangkung Langkah 1 - Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan - Semat dengan peniti dan jelujur - Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.

Langkah 2 - Cabut benang jelujur - Susup benang jahit mesin yang lebih - Kemaskan tepi kelim (contoh jahit mesin/insang pari). - Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam dan luar kelim.

1.5.2 Kebaikan dan kelemahan Kelim belah kangkungBil Sifatnya Kebaikan Kelemahan

1 Kelim yang paling mudah dijahit dan mudah di dobi. Ia rata Kelim mestilah ditekan setiap kali selepas didobi

2 Ia terdiri daripada sebaris jahitan pada sebelah dalam pakaian Jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar pakain Tidak begitu kukuh kerana mempunyai sebaris jahitan sahaja.

3 Lebar siap Kelim belah kangkung 2 cm hingga 2.5 cm Kelim belah kangkung tidak tebal oleh itu ia sesuai untuk kain yang tebal Kelim belah kangkung tidak sesuai untuk kain yang jarang kerana kelim boleh dilihat pada sebelah luar pakaian.

1.6 Kelim lipat tindih Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang biasa digunakan untuk menjahit bahagian dalam dan luar pakaian. Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pada pakaian. Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain. Kelim ini kukuh kerana ia dijahit melalui tiga lapisan fabrik. Selalunya kelim lipat tindih digunakan untuk melekat atau mencantumkan bahagian atau kepingan-kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu mendatang, ben-ben dan ropol-ropol. Kelim lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak-kanak, pijama, blaus dan baju ibu mengandung.

1.6.1 Proses menjahit Kelim lipat tindih Langkah 1 Sediakan bahagian atas pakaian. - Tandakan Garisan tengah hadapan(GTH) dengan jahitan jelujur pada bahagian atas pakaian atau bahu mendatang. - Jahit jelujur di garisan pemadan.

Rajah 1.5 Proses menjahit Kelim lipat tindih.Langkah 2Sediakan bahagian bawah pakaian atau skirt- Tandakan garisan pemadan- Kedutkan 3 mm ke atas garisan pemadan dan 3 mm ke bawah g. pemadan.

Rajah 1.6 Proses menjahit Kelim lipat tindih.Langkah 3Melekatkan bahagian atas pada bahagian bawah pakaian- Letak bahu mendatang di atas bahagian bawah- Temukan garisan tengan atas dengan garisan tengah bawah- Temukan garisan pemadan bahu mendatang dengan garisan pemadan bahagian bawah pakaian- Jelujur dan jahit mesin dan cabut benang jelujur.

Rajah 1.7 Proses menjahit Kelim lipat tindih.Langkah 4Mengemas Kelim lipat tindih- Gunting basi kelim dari bahagian bawah pakaian hingga tinggal kurang dari 6 mm- Gunting basi kelim bahu mendatang hingga tinggal 1.5 mm 1.9 mm- Bahagian rata membalut bahagian yang berkedut atau buat balutan sendiri.- Jelujur dan jahit sembat pada tiap-tiap mata jahitan mesin.- Tanggalkan benang jelujur.

Rajah 1.8 Proses mengemas Kelim lipat tindih.

1.6.2 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KELIM LIPAT TINDIHBil Sifatnya Kebaikan Kelemahan

1 Selalunya Kelim lipat tindih ini digunakan untuk mencantum satu bahagian pakaian yang rata pada bahagian pakaian yang bergelembung. Kukuh kerana dijahit menerusi tiga lapisan fabrik Kelim ini tidak sesuai pada fabrik yang tebal kerana terdiri daripada satu bahagian yang bergelembung dan kelim ini dijahit melalui tiga lapisan fabrik

2 Ia juga dikenali sebagai kelim tampal Kelim ini rata dan mudah didobi Tidak sesuai pada fabrik yang jarang kerana basi kelimnya kelihatan di sebelah luar pakaian

3Jahitannya dibuat pada sebelah luar pakaianSangat sesuai untuk mencantum bahagian yang melengkung, cekung atau pada bentuk yang susah dijahit dengan kelim-kelim yang lain.

2.0 Belah2.1 Definisi Belah Belah ialah satu proses jahitan yang terdapat di pakaian dan artikel untuk memudahkan dipakai atau ditanggalkan. Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di rusuk dan di lengan mengikut fesyen sesuatu pakaian itu.Panjangnya mestilah sesuai dengan tujuan belah dibuat.

2.2 Jenis-jenis Belah 2.2.1 Belah kelepet sama lebar 2.2.2 Belah slit berlapik 2.2.3 Belah lapik kain selari 2.2.4 Belah berkun 2.2.5 Belah berplaket 2.2.6 Belah berzip

2.3 Fungsi Belah 2.3.1 Menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pemakai dan pengguna 2.3.2 Memudahkan pergerakan dan mengekalkan ciri traditional 2.3.3 Menjadi perhiasan

2.4 Pilihan belah bergantung kepada: 2.4.1 Jenis pakaian yang hendak dibuat misalnya kemeja atau seluar 2.4.2 Jenis fabrik mempengruhi pemilihan belah pada pakaian. Semua jenis belah sesuai pada fabrik sederhana dan tebal. Pada fabrik nipis, pemilihan belahnya adalah terhad. 2.4.3 Kedudukan belah Garis tengah hadapan atau garis tengah belakang blaus dan skirt Garis tengah hadapan atau di rusuk kiri skirt atau slek Bahagian belakang pergelangan lengan atau kelim lengan Hujung seluar, chongsam dan samfoo

2.5 Belah Kelepet sama lebar 2.5.1 Belah kelepet sama lebar adalah mudah dibuat dan sangat kukuh. 2.5.2 Kain untuk belah diambil daripada pakaian itu sendiri dan dilipatkan ke SD pada garis lipatan. 2.5.3 Ia boleh dibuat sepanjang seluruh belakang atau hadapan pakaian. 2.5.4 Ia digunakan pada blaus, kemeja, kot, pakaian kanak-kanak, pijama, sarung kusyen dan sarung bantal. 2.5.5. Pengancing yang digunakan adalah butang dan rumah butang atau butang katup, butang dan gelungan atau pita.

2.5.1 Langkah-langkah cara menjahit belah kelepet sama lebar Langkah 1 - Tandakan GTH dan GL di fabrik - Lebar antara GTH dan GL ialah 1.5cm hingga 2.5 cm - Lebar lapik belah ialah 3 cm hingga 4 cm - Lebar lipatan pertama 3 mm

Langkah 2 - Lipat pada bahagian GL ke S.L pakaian dan semat dengan jarum peniti. - Jelujur, cabut peniti dan tekan dengan seterika.

Rajah 2.3 Proses menjahit belah kelepet sama lebar Langkah 3- Jahit dengan jahitan mesin dari lipatan hingga ke GTH. - Snip basi jahitan seperti dalam gambarajah

Rajah 2.4 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

Langkah 4 -. Balikkan lapik ke S.D. pakaian.

Rajah 2.5 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

4.0 Penghilang Gelembung4.1 Definisi Penghilangan GelembungPenghilangan Gelembung ialah satu proses pengecilan sebahagian pakaian atau artikel untuk memberi bentuk, padanan yang elok serta keselesaan kepada pemakai. Penghilangan gelembung boleh juga digunakan sebagai hiasan.

4.2 Tujuan menghilangkan gelembung- Untuk memberi bentuk pada pakaian- Memberi lebih ruang supaya si pemakai dapat bergerak dengan dengan mudah- Supaya pakaian yang dipakai oleh si pemakai lebih elok pedannya.- Membolehkan pakaian dipanjangkan dan diperbesarkan- Sebagai perhiasan untuk memberikan rupa pakaian.

4.3 Jenis-jenis Penghilangan Gelembung- Kedut Lepas- Lisu beriring, , lisu terbalik lisu bertentang- Lisu pemadan- Kedut berjalur- Lisu perhiasan- Smoking4.4 Lisu PemadanLisu pemadam ialah sejenis penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk kepada pakaian dan memberi keselesaan. Jika dijahit dengan betul ianya tidak berapa kelihatan.Lisu dibentuk dengan menjahit dari bahagian yang lebar ke bahagian yang kecil, atau dari hujung yang tirus ke hujung yang tirus (jika dibuat di bahagian pinggang blaus).

Lisu dibuat dibahagian pakaian ;- Lisu pemadan leher belakang (untuk menyesuaikan bentuk tengkuk)- Lisu pemadan bahu hadapan dan belakang (untuk menyesuaikan buah dada dan tulang bahu).- Lisu pemadan rusuk (untuk menyesuaikan buah dada)- Lisu pemadan siku pada lengan panjang atau lengan tiga suku panjang- Lisu pemadan skirt (untuk menyesuaikan punggung)- Lisu pemadan pinggang (ini boleh ditiruskan pada kedua-dua hujung untuk menyesuaikan buah dada dan punggung jika tiada cantuman dibuat pada pinggang).

Rajah 4.1Lisu pemadan.4.4.1 Ciri Lisu Pemadan- Bentuknya runcing- Lisu tidak bergulung- Lisu ditekan rata- Hujung Jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus- Tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian pada hujung yang tirus. - Tidak ada alur disebelah luar.

4.4.2 Langkah-langkah menyediakan lisu pemadan (CEKUNG)Langkah 1Tandakan kedudukan lisu pemadan. Rajah 4.2 Cara menyediakan lisu pemadanLangkah 2- Temukan sebelah luar (SL) fabrik dan sematkan di garis pemadan.- Pastikan kedua-dua garisan pemadan bertemu.- Semat dan jelujur.

Rajah 4.3 Cara menyediakan lisu pemadan.Langkah 3- Mula jahit mesin di garisan pinggang ke satu hujung tirus.- Tindih mata jahitan awal sepanjang dua cm di garisan pinggang dan mesin ke hujung yang satu lagi.- Susup semua hujung benang.

Rajah 4.4 Cara menyediakan lisu pemadan.Langkah 4- Langkah 4 Snip di garisan pinggang sehingga 5mm dari garis jahitan untuk mengurangkan tegangan pada lisu bagi membolehkan lisu melengkung dengan rata.- Kemas tepi yang disnip dengan jahitan insang pari.- Tekan lisu menghala ke tengah pakaian.

Rajah 4.5 Cara menyediakan lisu pemadan.

6.0 Penyudah Tepi6.1 Definisi Penyudah tepi. Penyudah tepi adalah proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas, mengukuh dan menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumahtangga daripada berjerumbai atau berjurai-jurai. Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan.

6.2 Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit penyudah tepi. 1. Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan. 2. Kukuh, tahan lasak , dijahit dengan baik kemas dan rata. 3. Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung mestilah rata/licin. 4. Warna benang mesti sama dengan warna fabrik. 5. Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan cantik dijadikan perhiasan.

6.3 Kelepet Kelepet ialah penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di tepi kelengkapan rumahtangga. Ia terdiri daripada dua lipatan. Kelepet digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan diadakan kelepet itu. Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus. Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga. dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah.

6.3.1 Proses menjahit kelepet lurusLangkah 1 Tandakan kedudukan kelepet

Langkah 2 Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam Selebar 6 mm

Langkah 3 Lipat lipatan kedua di garisan kelepet selebar 2 cm 6 1/2 cm semat dan jelujur.

Langkah 4 Cabut peniti Jahit sembat susup di sepanjang kelepet.

Langkah 5 Menetapkan kelepet pada pakaian Dengan jahit silang pangkah