panduan jahit sendiri tudung chiffon 3 layer

Click here to load reader

Post on 28-Nov-2015

63 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

panduan

TRANSCRIPT

Panduan Jahit Sendiri Tudung Chiffon 3 LayerSetiap orang ada cara sendiri untuk menjahit tudung chiffon 3 layer. Saya nak tunjukkan cara yang saya gunakan untuk menjahit tudung chiffon 3 layer ini.

PENGENALAN

Tudung chiffon layer sekarang menjadi pilihan ramai di mana-mana. Blog ini memberi panduan kepada cik/puan yang berminat untuk menjahit tudung chiffon 3 layer sendiri. Panduan berikut boleh memberi idea untuk menjahit sendiri tudung tiga layer.

Sediakan kain chiffon. Kain chiffon boleh dibeli di Kamdar atau Jackel. Setiap satu kain 1meter setiap satu.

STEP 1Sediakan dasar chiffon tiga layer iaitu A,B dan C seperti gambar di bawah.A = bahagian atasB = bahagia tengahC= bahagian bawah

STEP 2Sediakan pola seperti A, B,C di bawah. Untuk pola B kurangkan 1 inci daripada pola A. Untuk pola C kurangkan 1 inci dari pola B. Sebaiknya lebihkan sedikit untuk memudahkan trim nanti.

Pola boleh dibentuk dengan menggunakan kertas keras, kertas minyak, kertas suratkhabar atau apa-apa bahan yang sesuai.

STEP 3Lipat kain mengikut era menjadi sama besar untuk mendapat layernya

STEP 4Letakkan pola dan potong ikut lebihan 1 inci untuk trim.

STEP 5Setiap layer yang dipotong kita snap sedikit di atasnya sebagai penanda.

Hasil kain yang dipotong seperti di bawah

STEP 6Ulang untuk warna yang berlainan

STEP 7Ambil ketiga-tiga layer tadi dan cantumkan ketiga-tiganya. Kemudian bentang semula untuk ditrim. Jarak antara tiga layer adalah 1 inci.

Pada bahagian yang disnap tadi lekatkan dengan jarum peniti.

STEP 8Cantumkan kain seperti di bawah

Lihat ukuran seperti di bawah. Jarak dari tanda snap ke hujung 12 inci untuk lekatkan ketiga-tiga layer seperti tanda garis biru.

STEP 9Jahit untuk lekat kain tadi dari tanda snap hingga ke garis biru. Selesai untuk langkah mencantum ketiga-tiga layer.

STEP MEMBUAT AWNING

STEP 1

FULL AWNING(i) Gunakan kain gam yang keras.(ii) Kain pelapik pertama gunakan satin atau cotton biasa.(iii) Kain chiffon.

Potong awning mengikut pola 2 lapis kain untuk dilipat. Kemudian potong pelapik gam seperti pola di bawah.

STEP 2Seterika awning dengan pelapik gam.

STEP 3Guna glu untuk melekatkan kain chiffon

STEP 4Seterika awning bersama pelapik gam seperti di bawah.

STEP 5Kemudian jahit di bahagian depan inci untuk melekatkan kain chiffon dengan pelapik gam.

STEP 6Seterika sekali lagi untuk kemasan.

STEP 7Jahit sekeliling awning.

Hasil jahitan.

STEP 8Trim ikut betul-betul dengan pola awning di atasnya.

STEP 8Kemudian tanda di tengah-tengahnya.

STEP MEMBUAT CANTUMAN AWNING DENGAN KAIN

STEP 1Cantumkan:(i) Ambil tiga layer yang telah siap tadi dan lekat dengan awning.(ii) Dengan jarak inci kita jahit dan cantumkan awning dengan 3 layer kain chiffon.(iii) Seterika lagi.

STEP 2Jahit sekeliling awning

STEP 3Kemaskan dengan menjahit tepi biasa. Cantumkan ketiga-ketiga layer dengan jarak 11.5 inci dari atas awning ke bawah dagu (jarak dari A ke B). Kemudian jahit dari B ke C jarak lebih kurang 5 inci bercantum untuk ketiga-tiga layer.

STEP 4Jahit lebihan sehingga hujung (dari C ke D) untuk setiap layer. Setiap layer tidak bercantum.

STEP 5Dari dagu jahit sekeliling awning. Setelah selesai, trim sekali lagi untuk mendapat layer yang kemas dan cantik.

STEP 6Jahit tepi halus. Gunakan benang dengan color yang sesuai.

STEP 7Buatkan tapak untuk meletak brouch. Ukuran dari dagu (A) ke B dengan jarak 2 inci. Dari B ke C dengan jarak 4.5 inci. Semasa jahit besarkan jarak benang untuk dapatkan tapak brouch.

Tudung setelah diletakkan brouch.

STEP 8Seterika dan cuba pakai untuk menggayakan tudung chiffon 3 layer.

STEP 8Tudung yang sudah siap. Sedap dipakai cantik dipandang.

SELAMAT MENCUBA.

Amaran:Panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menjahit tudung chiffon 3 layer. Jika terdapat sebarang kerugian semasa mengikut panduan ini adalah menjadi tanggungjawab sendiri.