jadualperbandinganprojekdisertasi

Upload: cikgu-sahari

Post on 06-Oct-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dfg

TRANSCRIPT

PERBEZAAN KERTAS PROJEK MOD A, DISERTASI MOD B, DISERTASI MOD C DAN TESIS DOKTOR FALSAFAH (Ph

PERBANDINGAN KERTAS PROJEK (MOD C) DAN DISERTASI (MOD B)PROGRAMPROGRAM ROUTEKEDALAMAN KAJIANTEMPOH MENYIAPKAN KAJIAN DAN PENULISANPEMERIKSAAN/

VIVA VOCE

SARJANA

MOD C

KERTAS PROJEK

(6 KREDIT)

Pelajar perlu mengemukakan cadangan nama Penyelia dan tajuk Kertas Projek tiga (3) bulan sebelum mendaftar Kertas Projek. Lantikan Penyelia perlu dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti dan diperakui oleh JPS serta dilulus dan disahkan oleh Senat.

Mendaftar Kertas Projek setelah menyempurnakan sekurang-kurangnya 18 jam kredit.

*Pelajar perlu mengemukakan cadangan nama Penyelia dan tajuk Kertas Projek tiga (3) bulan sebelum mendaftar Kertas Projek. Lantikan Penyelia perlu dilulus dan disahkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti.

Nota:

* Pindaan diluluskan oleh Mesyuarat Senat Kali Ke-102 Bil.1/2013

Tidak melebihi 20,000 patah perkataan (tidak termasuk lampiran dan rujukan).

Melibatkan projek yang kecil dan lebih tinggi mutunya daripada projek akhir ijazah sarjana muda

Projek boleh terdiri dari:

1. Kajian empirikal pendek dalam bentuk tinjauan, kajian kes, kajian tindakan, eksperimen dan seumpamanya.

2. Kajian kepustakaan

- Kajian literatur mengenai sesuatu isu atau konsep.

- Kajian sejarah sesuatu aspek seperti institusi, tokoh pendidikan.

3. Menghasilkan sesuatu produk pendidikan seperti perisian, modul, instrumen atau bahan pengajaran dan pembelajaran berserta laporan.

4. Menghasilkan satu karya seni beserta exegesis.5. Projek-projek yang relevan dengan bidang dan diperakukan oleh Fakulti

1-2 semester

Dinilai oleh Penilai Utama/Penyelia dan Penilai Kedua yang dilantik oleh Fakulti.

Markah hendaklah dibincangkan oleh Penilai Utama/Penyelia dan Penilai Kedua untuk menentukan markah akhir (pelarasan, bukan purata).

Markah hendaklah dihantar selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas peperiksaan akhir dan disahkan di peringkat Fakulti dan dihantar ke IPS untuk disahkan dalam Mesyuarat JPS.

PROGRAMPROGRAM ROUTEKEDALAMAN KAJIANTEMPOH MENYIAPKAN KAJIAN DAN PENULISANPEMERIKSAAN/

VIVA VOCE

SARJANA MOD B

DISERTASI

(18 KREDIT)

Pelajar perlu mengemukakan cadangan nama Penyelia dan tajuk Disertasi tiga (3) bulan sebelum mendaftar disertasi. Lantikan Penyelia perlu dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti dan diperakui oleh JPS serta dilulus dan disahkan oleh Senat.

Mendaftar Disertasi setelah menyempurnakan enam (6) jam kredit.

Proposal perlu dibentangkan selewat-lewatnya pada semester ketiga di peringkat Fakulti .*Pelajar perlu mengemukakan cadangan nama Penyelia dan tajuk Disertasi tiga (3) bulan sebelum mendaftar disertasi. Lantikan Penyelia perlu diperaku oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah (JPS).

Nota:

* Pindaan diluluskan oleh Mesyuarat Senat Kali Ke-102 Bil.1/2013

Tidak melebihi 40,000 patah perkataan (tidak termasuk lampiran dan rujukan).Kedalaman yang sesuai daripada segi skop penyelidikan dan kaedah penyelidikan yang digunakan.Penulisan Disertasi berpandukan pembentangan proposal yang diterima oleh Jawatankuasa Pengesahan Proposal Fakulti.

Perbincangan tentang kedalaman penyelidikan perlu dibincangkan dan dipersetujui semasa pembentangan proposal.

Minimum dua (2) semester (dari mendaftar Disertasi)Memaklumkan kepada IPS tentang penyerahan Disertasi (nota penyerahan) sekurang-kurangnya tiga (3) bulan lebih awal sebelum tarikh penyerahan Disertasi dan mendapat persetujuan penyelia.

Perlu seorang Pemeriksa Dalam.

Lantikan Pemeriksa Dalam perlu dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti dan diperakui oleh JPS serta dilulus dan disahkan oleh Senat.

** Tertakluk kepada pindaan terkini Mesyuarat JPS dan Senat. Jadual ini akan dimurnikan lagi pada bengkel yang akan diadakan pada tahun 2014.

PAGE