jadual t1 – t6 -...

26
JADUAL T1 – T6

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JADUAL T1 – T6

JADUAL PEMATUHAN SKOP KERJA

Arahan : Penyebut harga WAJIB mengisi setiap ruangan Keakuran dan Cadangan Penyebut harga dengan menyatakan cadangan skop kerja yang ditawarkan. Penyebut harga hanya dibenarkan menandakan satu pilihan sahaja di ruangan Keakuran.

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK 1.0 TERMA DAN SYARAT

Penyebut harga adalah terikat dengan terma dan syarat berikut :

1.1 Lesen langganan Peralatan yang diperbaharui mestilah tulen, baru dan belum digunakan.

1.2 Penyebut harga hendaklah menyertakan surat sokongan / surat jaminan daripada pembekal asal / pengedar sah peralatan di Malaysia.

1.3 Harga yang ditawarkan pada Jadual K1 hendaklah sah laku di dalam tempoh enam (6) bulan bermula daripada tarikh tawaran sebut harga ini ditutup.

1.4 Harga yang ditawarkan hendaklah di dalam Ringgit Malaysia (RM).

1.5 Penyebut harga yang dilantik perlu mengemukakan bukti

bahawa kerja-kerja yang terlibat dalam perkhidmatan ini telah dilakukan dengan sempurna.

JADUAL T1

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK 1.6 Penyebut harga yang dilantik mesti bertanggungjawab

menjaga kerahsiaan dan keselamatan sebarang maklumat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu tidak menyalurkan kepada mana-mana pihak ketiga untuk memastikan tiada salah guna ke atas maklumat berkenaan.

1.7 Penyebut harga yang dilantik adalah terikat dengan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan Malaysia bagi setiap maklumat yang diperoleh sepanjang tempoh kontrak dijalankan.

1.8 Penyebut harga yang dilantik hendaklah memastikan kakitangan yang terlibat melalui proses tapisan keselamatan yang diselia di bawah Unit Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia, JPM. Proses permohonan menggunakan aplikasi atas talian E-Vetting. (Kegagalan permohonan memerlukan pihak Penyebut harga mencari kaki tangan lain sebagai pengganti.) URL : https://evetting.cgso.gov.my/cgso/login.jsf

1.9 Penyebut harga dikehendaki menyediakan jadual

pelaksanaan projek dalam bentuk Carta Gantt. Rujuk Jadual T4.

1.10 Penyebut harga hendaklah mempunyai pengalaman dalam penyenggaraan peralatan seperti disenaraikan. Senaraikan pengalaman berkaitan dalam tempoh 5 tahun lepas dalam Jadual T3 berserta sesalinan Surat Setuju

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK Terima.

2.0

SKOP KERJA (UMUM)

2.1 Pihak Penyebut harga adalah sebuah Syarikat Bersepadu Sistem (System Integrator) yang berupaya untuk memperbaharui lesen, menyelenggara dan menyelesaikan masalah perkakasan:

a. Fortinet FG500D Firewall, b. Tipping Point Intrusion Prevention System (IPS)

S660N c. Barracuda Web Application Firewall (WAF) 660 d. BigIP WA 3600 Web Accelerator (WA); dan e. BigIP LTM 3600 Load Balancer (LB).

2.2 Pihak Penyebut harga hendaklah bertindak sebagai vendor penyelesaian tahap 1 (first level support) yang akan bertanggungjawab untuk : a) Menyediakan pusat panggilan bantuan (hotline) yang

bertindak sebagai meja bantuan dan pusat penerimaan Laporan insiden

b) Menerima semua panggilan / aduan dari Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam (SPA) berkaitan masalah perkakasan yang terlibat dalam sebut harga ini.

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK c) Menganalisis dan menyelesaikan setiap

panggilan/aduan yang diterima dari SPA

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK

3. SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN

1 Pihak pembekal perlu menyediakan program perkhidmatan penyelenggaraan seperti berikut: a) Masa perkhidmatan yang diperlukan ialah 24 jam

sehari, 7 hari seminggu. Pembekal mestilah bersedia memberi perkhidmatan penyenggaraan pada Waktu Utama dan Waktu Bukan Utama.

Waktu Utama Isnin – Jumaat : 8.00 pagi hingga 6.00 petang Waktu Bukan Utama Waktu-waktu di luar waktu utama.

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK b) Jaminan dalam tempoh maksima 1 jam masa

panggilan balas terhadap aduan/ panggilan dari SPA c) Jaminan dalam tempoh maksimum 4 jam selepas

menerima aduan/panggilan daripada pihak SPA, pihak jurutera akan tiba di SPA untuk menyelesaikan masalah (tertakluk kepada masa lingkungan)

d) Jaminan bekalan alat ganti perkakasan dan apabila

diperlukan oleh pihak SPA dalam tempoh masa yang ditetapkan.(Kecuali dipersetujui oleh SPA sekiranya berlaku kelewatan)

e) Penyelenggaraan pencegahan dan pemeriksaan

perkakasan dan peralatan ICT dilakukan tiga (3) kali setahun sepanjang tempoh kontrak, pihak pembekal perlu menyediakan Laporan bertulis kepada SPA tentang status perkakasan dan kerja penyelenggaraan yang telah dilakukan.

f) Menyediakan jurutera bertauliah yang diiktiraf.

(Senarai nama jurutera perlu dilampirkan bersama) g) Pihak pembekal mestilah menyenaraikan nombor

telefon pejabat, nombor telefon bimbit atau e-mel yang

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK boleh dihubungi bagi memastikan perkhidmatan dapat diberikan kepada SPA pada bila-bila masa apabila diperlukan.

h) Sekiranya kerosakan melibatkan hard disk maka data-

data pengguna perlu dipindahkan terlebih dahulu (jika boleh dan ini perlu disahkan oleh Pegawai Teknikal BPM). Jika sekiranya hard disk perlu diformat semula atau perlu diganti baru maka kerja-kerja berikut hendaklah disempurnakan: • Memasang semula sistem pengoperasian yang

digunakan; • Memulihkan semula konfigurasi sistem dan

capaian Internet dan semua konfigurasi teknikal di mesin berkenaan; dan

• Menguji dan memastikan hard disk berfungsi

dengan baik.

i) Sekiranya hard disk disahkan rosak, pembekal dikehendaki memusnahkan data-data yang terdapat dalam hard disk tersebut dengan apa kaedah sekalipun dan perlu disahkan oleh Pegawai Teknikal BPM.

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK

4.0 SKOP KERJA PEMBAHARUAN LESEN PERALATAN

4.1 Penyebut harga yang dilantik hendaklah memperbaharui langganan tahunan lesen peralatan sepanjang tempoh kontrak seperti yang disenaraikan dalam Jadual Senarai Peralatan.

4.2 Penyebut harga dikehendaki untuk menyelaras tarikh tamat tempoh lesen langganan peralatan kepada satu tarikh yang sama iaitu pada 30 Jun 2019

4.3 Penyebut harga dikehendaki menjalankan kerja-kerja naik taraf (upgrade) versi Peralatan yang disenaraikan berdasarkan keperluan SPA.

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK 4.4 Penyebut harga hendaklah memberi khidmat nasihat

kepada SPA berkaitan versi terkini/ sesuai untuk Peralatan disenaraikan.

4.5 Penyebut harga dikehendaki mengemukakan sijil/ surat yang sah daripada pengedar atau pengeluar sebagai bukti pembaharuan Peralatan seperti yang disenaraikan dalam Jadual Senarai Peralatan.

4.6 Sebarang caj tambahan yang terlibat dalam pembaharuan langganan lesen peralatan HENDAKLAH termasuk dalam kos yang dinyatakan dalam Jadual K1-Jadual Harga.

4.7 Bagi peralatan yang telah TIDAK disokong oleh pengeluar dan pengedar sah, Penyebut harga DIKEHENDAKI menyertakan Surat Pengesahan sebagai bukti.

4.8 Kerosakan ke atas peralatan yang telah luput sokongan daripada pengedar sah ataupun pengeluar, Penyebut harga hendaklah bertanggungjawab membaik pulih dan/atau menggantikan peralatan tanpa sebarang caj kepada Kerajaan.

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK

5.0 SKOP KERJA SOKONGAN TEKNIKAL DAN PENYENGGARAAN

5.1 Penyebut harga yang dilantik hendaklah menyediakan khidmat sokongan teknikal yang cekap, cepat dan efisien. Untuk itu, Penyebut harga yang dilantik perlu menyediakan pasukan pengurusan projek dan kakitangan teknikal yang mahir dan mencukupi di sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

5.2 Penyebut harga yang dilantik hendaklah menyediakan carta organisasi pasukan projek yang mengandungi maklumat nama, nombor kad pengenalan, jawatan dan nombor telefon untuk dihubungi bagi setiap kakitangan yang terlibat. Maklumat ini adalah untuk rujukan SPA serta untuk tujuan penyediaan pas keselamatan.

5.3 Penyebut harga yang dilantik hendaklah menyediakan khidmat sokongan teknikal secara on-call sepanjang tempoh kontrak. Untuk itu, Penyebut harga yang dilantik hendaklah sentiasa bersedia untuk menghantar kakitangan teknikal ke lokasi yang dikehendaki oleh SPA dalam tempoh empat (4) jam daripada masa aduan.

5.4 Penyebut harga yang dilantik perlu menyediakan ‘Khidmat Meja Bantuan’ (Helpdesk) bagi kemudahan pihak SPA untuk menyalurkan sebarang bentuk aduan yang berlaku dalam kadar segera.

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK

5.5 Penyebut harga yang dilantik perlu sedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang sedang menyelenggara peralatan di SPA.

SKOP AKTIVITI PENYENGGARAAN PERALATAN

PENYENGGARAAN PEMBETULAN PERALATAN

5.6 Penyebut harga yang dilantik hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi dan dilaksanakan di sepanjang tempoh kontrak: a) Dalam tempoh kontrak, semua caj khidmat

penyelenggaraan pembetulan dan lain-lain yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh Penyebut harga. Sebarang alat ganti hendaklah disediakan kepada SPA tanpa sebarang caj tambahan.

b) Lokasi penyelenggaraan pembetulan di dalam tempoh

kontrak ialah di Ibu Pejabat SPA. c) Penyebut harga yang dilantik mestilah

bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua penyelenggaraan pembaikan peralatan sepanjang tempoh waranti. Penyebut harga dikehendaki menyatakan khidmat sokongan teknikal yang akan

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK diberikan di Jadual T5.

d) Penyebut harga yang dilantik dikehendaki memberi

perkhidmatan sokongan penyelenggaraan, konfigurasi dan khidmat bantuan berterusan bagi menyelesaikan masalah–masalah teknikal berkaitan dengan peralatan seperti disenaraikan.

e) Penyebut harga yang dilantik perlu menyediakan

sokongan teknikal secara sepenuh masa (24/7) dan empat (4) jam tindakan selepas aduan (response time). Antara sokongan yang perlu disediakan adalah seperti berikut(dan tidak terhad kepada):-

i. Firmware and Software Version Report and Recommendations

ii. Scan Report and recommendation iii. Incident report iv. Report distribution to support center v. Remote Support Technology installation assistance

5.7 Penyebut harga dikehendaki untuk menyediakan Loaner Unit (Unit gantian) tanpa sebarang caj kepada SPA sekiranya peralatan rosak dan proses pembaikan melebihi tempoh 10 hari bekerja.

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK 5.8 Penyebut harga hendaklah bertanggungjawab ke atas

parts, Peralatan yang dikenal pasti sebagai rosak atau berpotensi untuk rosak pada masa hadapan. Semua parts, peralatan dan service penggantian hendaklah diganti tanpa sebarang caj kepada SPA.

5.9 Penyebut harga bertanggungjawab menggantikan Peralatan (seperti disenaraikan dalam Jadual di bawah) yang tidak boleh digunakan atau berfungsi dengan peralatan yang setara ataupun lebih baik sekiranya didapati peralatan ataupun sebahagian daripada peralatan sudah tidak disokong (end of support date) mahupun sudah akhir hayat (end of life) oleh pengeluar ataupun pengedar sah di Malaysia.

PENYENGGARAAN PENCEGAHAN PERALATAN

5.10 a) Penyebut harga hendaklah menyediakan penyenggaraan pencegahan ke atas semua peralatan yang disenaraikan.

b) Penyebut harga dikehendaki menyediakan cadangan

jadual pelaksanaan penyenggaraan pencegahan. Jadual yang dicadangkan hendaklah dimajukan pada awal tempoh penyenggaraan dan hendaklah dipersetujui oleh pihak SPA.

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK c) Penyenggaraan pencegahan hendaklah dijalankan

TIGA (3) kali setahun sepanjang tempoh kontrak. d) Sila sediakan cadangan terperinci aktiviti

penyenggaraan pencegahan berserta senarai semak untuk semakan SPA.

5.11 Skop bagi pelaksanaan penyenggaraan pencegahan

hendaklah termasuk (dan tidak terhad kepada) perkara seperti berikut a) Menyediakan profail bagi setiap server mengikut

format yang dipersetujui oleh pihak SPA

b) Melaksanakan pembersihan luaran dan dalaman ke atas peralatan dan peralatan ICT seperti disenaraikan dan termasuk menguji kipas penyejuk bagi memastikan ia nya berfungsi dengan baik.

c) Memeriksa penyambungan capaian ke rangkaian

dengan memeriksa semua kabel yang dihubungkan kepada server disambung dengan sempurna

d) Membuat System Advanced Diagnostic untuk

memastikan semua peranti (contoh: monitor, memory,

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK network card, keyboard, mouse) dapat berfungsi dengan baik.

e) memeriksa kesediaan ruang storan (disk space

allocation)

f) Memeriksa log ralat dan log sistem bagi memastikan masalah yang timbul diselesaikan

g) Menguji sistem operasi selepas kerja-kerja

penyenggaraan dilaksanakan dan memastikan semua sistem berjalan dengan baik

h) Menandakan peralatan dengan pelekat khas selepas

kerja-kerja penyenggaraan dilakukan dan bersedia melaksanakan lain-lain kerja yang melibatkan setting bagi tujuan komunikasi dan lain-lain

i) Memasang patch, firmware upgrade dan kemas kini

terkini kepada peralatan yang disenaraikan dengan persetujuan SPA.

j) Menyediakan laporan penyenggaraan yang lengkap

berdasarkan format yang dipersetujui oleh SPA dan disahkan oleh pegawai SPA.

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK

6.0 DOKUMENTASI

6.1 Penyebut harga hendaklah menyediakan laporan prestasi (performance) peralatan kepada pihak SPA setiap empat (4) bulan bagi perbincangan susulan . Laporan tersebut hendaklah merangkumi (dan tidak terhad kepada): a) Status health check peralatan yang disenaraikan; b) Jumlah panggilan/laporan yang dibuat; c) Purata jangka masa tindakan diambil dan waktu down; d) Keterangan kerosakan dan alat ganti perkakasan;dan e) Keterangan mengenai tindakan yang telah

dilaksanakan.

6.2 Pihak Penyebut harga hendaklah menyediakan dan mengemaskini dokumen Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengendalian: a) Semua perkakasan dan peralatan yang diselenggara

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK

6.3 Penyebut harga dikehendaki untuk menyediakan dan membentangkan laporan tanpa sebarang kos kepada Kerajaan bagi semua aktiviti yang dilaksanakan dalam cadangan sebut harga.

7.0 SECURITY POSTURE ASSESSMENT (SPAs)

7.1 a) Penyebut harga perlu melaksanakan aktiviti SPAs ke atas dua belas (12) buah fizikal server, lapan belas (18) virtual server dan lima (5) aplikasi/portal utama SPA yang akan ditentukan kemudian oleh BPM. Aktiviti SPAs ini hendaklah dilaksanakan oleh pihak ketiga yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman dalam aktiviti SPAs.

b) Aktiviti SPAs hendaklah dilaksanakan sekurang-

kurangnya satu (1) kali setahun sepanjang tempoh kontrak.

c) Skop aktiviti SPAs perlu meliputi (tetapi tidak terhad

kepada) perkara berikut: • Ujian Penembusan (Dalaman dan Luaran) • Penilaian Keselamatan Rangkaian dan Host/

Server

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK • Penilaian Keselamatan Aplikasi Web • Analisis • Laporan Akhir d) Aktiviti SPAs perlu dilaksanakan sekali sepanjang

tempoh kontrak. Semua aktiviti SPAs perlu dibincangkan dengan Pegawai BPM.

e) Penyebut harga perlu menyediakan dan

menyerahkan laporan dalam bentuk hard copy dan soft copy hasil aktiviti SPAs yang telah dilaksanakan untuk rujukan SPA.

f) Penyebut harga dikehendaki membentangkan

kepada pihak SPA laporan hasil aktiviti SPAs dan langkah tindakan penambahbaikan dan pembetulan.

g) Penyebut harga dikehendaki melaksanakan tindakan penambahbaikan dan pembetulan berdasarkan penemuan SPAs yang dijalankan oleh pihak ketiga.

9.0 PASUKAN PROJEK DAN PENGALAMAN

9.1 Penyebut harga mestilah menyediakan pasukan projek yang berkelayakan, berkemahiran, berpengalaman dan

BIL. KEPERLUAN SKOP KERJA KEAKURAN CADANGAN PENYEBUT

HARGA YA TIDAK bertanggungjawab seperti mana yang diperlukan dalam spesifikasi ini. Kelayakan dan kemahiran staf yang terlibat mestilah disokong dengan sijil yang sah.

9.2 Pasukan projek yang terlibat mestilah bekerja secara langsung dengan kakitangan SPA. Pasukan projek hendaklah terdiri daripada kakitangan yang tidak terikat dengan projek-projek lain dan bilangan kakitangan hendaklah mencukupi bagi setiap modul. Maklumat pasukan projek yang akan terlibat hendaklah disenaraikan seperti pada Jadual T2.

9.3 Penyebut harga MESTI mengemukakan senarai projek yang sedang berkuatkuasa dan pengalaman lepas yang serupa/ sama dengan sebut harga ini dalam tempoh tiga (3) tahun terdahulu. Sila rujuk Jadual T3 – Maklumat Pengalaman Syarikat.

9.4 Penyebut harga MESTI mengemukakan cadangan pasukan untuk melaksanakan projek ini dengan menyatakan bilangan tenaga kerja dan bidang tugas masing-masing. Sila sertakan resume setiap anggota pasukan projek yang dicadangkan.(Sila rujuk Jadual T2- Senarai Pasukan Projek).

JADUAL SENARAI PERALATAN

Bil. Perkakasan Nombor Siri

1. Firewall – Fortinet FG500D (2 unit) • FGT5HD3915803387 • FGT5HD3915803504

2. Intrusion Prevention System – Trend Micro Tipping Point (1 unit) 660N-PR19B1P03W (IPS)

3. HP SMS v2 Appliance w/25-IPS System Lic (1 unit) SVR-02-3116-2311

4. WEB Accelerator Appliance– BigIP WA 3600 (1 unit) f5-nxvi-wokl

5. Load Balancer Appliance– BigIP LTM 3600 (2 unit)

• f5-puxd-ysmz • f5-lefm-vdwn

SENARAI PASUKAN PROJEK

BIL. NAMA NO KAD PENGENALAN

KELULUSAN PROFESSIONAL

JAWATAN DISANDANG

BIDANG KEMAHIRAN / KEPAKARAN

JADUAL T2

MAKLUMAT PENGALAMAN SYARIKAT(BERKAITAN PEROLEHAN INI)

BIL. NAMA PROJEK NAMA SYARIKAT

SEKTOR (AWAM / SWASTA)

LOKASI KOS PROJEK (RM)

TEMPOH PROJEK (TARIKH / TAHUN)

MULA TAMAT

* hendaklah disertakan dengan salinan Surat Setuju Terima

JADUAL T3

JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

BIL. PERKARA TARIKH MULA TARIKH TAMAT TEMPOH MASA

1 Menandatangani Surat Setuju Terima

2 Penyediaan dan Penyerahan Bon Jaminan Bank

3 Menandatangani Kontrak Perjanjian

4 Perkhidmatan Pembaharuan Lesen Dan Penyenggaraan Peralatan Keselamatan ICT Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

5 [Senaraikan aktiviti berkaitan]

Nota:

• Mohon sediakan Jadual Pelaksanaan dalam bentuk Carta Gantt.

JADUAL T4

MAKLUMAT SOKONGAN TEKNIKAL

(Sila gunakan lampiran jika ruangan tidak mencukupi)

BIL. MAKLUMAT SOKONGAN TEKNIKAL JAWAPAN

(Tandakan ‘/’ untuk pilihan)

ULASAN

1.

2.

3.

4.

Nyatakan bentuk sokongan bagi first level support yang disediakan semasa tempoh jaminan. Adakah kemudahan helpdesk disediakan? Jika Ya, sila nyatakan masa operasinya. Bagaimanakah helpdesk boleh dihubungi? Sila nyatakan butiran maklumatnya. [Maklumat sokongan tambahan (jika ada)].

On Call Engineer Online Support

Ya Tidak

Emel Telefon Mobile

JADUAL T5

LOKASI PENYENGGARAAN

A. LOKASI PENYENGGARAAN

BIL LOKASI KEAKURAN

YA

TIDAK

1

Ibu Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 Putrajaya

JADUAL T6