imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/akhbar_aduan/2013/keratanakhbarokt3.pdf · mesyuarat akan...

6

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Akhbar : Gaung Ming Daily, Sin Chew Daily, NanYang Siang Pau, China Press

Tarikh : 8 Oktober 2013

M/S : A11, 03, A9, A4

Peratusan Pengambilan Mencapai 59.63%

Pemohon Kaum Cina Untuk Jawatan Awam Meningkat

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg Tan Sri

Mahmood Adam menunjukkan bahawa bilangan pemohon kaum Cina untuk jawatan

awam semakin meningkat, iaitu meningkat daripada 20 ribu orang pada 3 tahun

lepas kepada 40 ribu orang pada tahun ini.

“Antara 40 ribu orang pemohon tersebut, 5608 orang telah dipanggil untuk

temu duga, namun hanya 3448 orang yang menghadiri temu duga yang diaturkan.

Sebanyak 2056 orang yang menghadiri temu duga berjaya diambil dan mencapai

peratusan pengambilan yang setinggi 59.63%,” katakan beliau selepas Majlis

Perasmian Persidangan Ke-16 Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Malaysia di Melaka pada hari Isnin.

Beliau mengatakan bahawa selain daripada kaum Cin, bilangan pemohon

kaum India juga semakin meningkat, meningkat daripada 2o ribu kepada 70 ribu

orang pada tahun ini.

Beliau menunjukkan bahawa dalam S.P.A. terdapat 9 kumpulan

jawatankuasa, antara 2 kumpulan adalah berhubungan dengan organisasi bukan

kerajaan kaum Cina dan Kaum India. Mesyuarat akan diadakan dari semasa ke

semasa untuk mendekati masyarakat tersebut dan menggunakan cara yang

berkesan untuk menyebarkan maklumat tentang S.P.A. kepada golongan tersebut

seperti melalui surat khabar dan media yang menggunakan bahasa ibunda masing-

masing.

Tan Sri Mahmood Adam juga mengatakan bahawa pada tahun ini terdapat 80

ribu kekosongan jawatan awam dan sekarang telah mengisi 40 ribu kekosongan.

Kekosongan yang 40 ribu lagi masih dalam pemprosesan dan dipercayai akan

diisikan pada akhir tahun ini. Kekosongan tersebut termasuklah jawatan pasukan

beruniform.

Terdapat pemohon yang membuat aduan bahawa proses temu duga adalah

sangat menyusahkan, maka pihak S.P.A. telah melakukan pengubahsuaian seperti

memberikan panduan permohonan, tips temu duga dan teknik menjawab soalan

peperiksaan. Selain itu untuk memudahkan pemohon, S.P.A. akan mengaturkan

sesi temu duga pada hujung minggu atau membenarkan pemohon melakukan

permohonan atas talian dalam tempoh masa 24jam.