jadual spesifikasi ujian (jsu)

4
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) LANGKAH PENYEDIAAN SET ITEM UJIAN Setiap jenis ujian mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Oleh itu, adalah bertepatan sekiranya seorang guru dapat menggunakan pelbagai jenis ujian dalam pembinaan ujian bilik darjah. Dengan ini dapatlah kita mengenalpasti berkaitan kelebihan dan kebaikan yang terdapat bagi setiap item ujian.

Upload: rizalsalam5896

Post on 29-Jun-2015

342 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

LANGKAH PENYEDIAAN SET ITEM UJIAN

Setiap jenis ujian mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Oleh itu, adalah bertepatan sekiranya seorang guru dapat menggunakan pelbagai jenis ujian dalam pembinaan ujian bilik darjah. Dengan ini dapatlah kita mengenalpasti berkaitan kelebihan dan kebaikan yang terdapat bagi setiap item ujian.

Page 2: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

LANGKAH PENYEDIAAN JSU MERUJUK SUKATAN PELAJARAN

• Tindakan pertama yang perlu dilakukan ialah merangka Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sebelum pemurniaan dibuat.

• Kandungan ujian bagi sesuatu JSU hendaklah di dasarkan kepada Sukatan Pelajaran ataupun Huraian Sukatan Pelajaran dan juga buku teks yang digunakan semasa. Banyak aspek perlu di fokus dan juga dipertimbangkan sebelum merangka sepenuhnya sesuatu bentuk item ujian.

• Ini termasuklah skop dan cakupan, pendekatan, aras kemahiran yang diuji, bilangan item untuk setiap tajuk, masa diperuntukan dan cara-cara penskoran yang tepat.

Page 3: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

• Merangka Jadual Spesifikasi Ujian ini penting sebelum menggubal soalan kerana ia bukan sahaja bertujuan untuk menentukan jumlah item kesukaran dan diskriminasi bagi setiap ujian malah ia berperanan besar menstabil dan menyamakan taraf, mutu dan aras kesukaran sesuatu ujian dari masa ke semasa disamping dapat menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian dari sudut isi kandungannya sendiri.

• Di sinilah letaknya peranan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan skor ujian yang dibuat sebagai panduan terhadap kejayaan sesuatu kaedah pengajaran yang dijalankan bagi sesebuah kelas. Ini dapat dilihat menerusi langkah pembinaan JSU seperti di rajah 2.

Page 4: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

LANGKAH PEMBINAAN JSU

• 1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

• 2. Menentukan Jenis Soalan

• 3. Menentukan Bilangan Soalan• 4. Menganalisis Objektif Pengajaran