jadual spesifikasi ujian

5
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu. Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian) Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Kepentingan JSU Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) JSU mengandungi maklumat tentang: Bentuk dan panjangnya ujian Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

Upload: jamilinordin

Post on 14-Jun-2015

15.932 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jadual spesifikasi ujian

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti

untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi

aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU

hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru

melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai

dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang

betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu.

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan

panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Kepentingan JSU

• Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan

secara terancang dan rapi.

• Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk

atau objektif pelajaran

• Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

• Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

• Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

• Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)

JSU mengandungi maklumat tentang:

• Bentuk dan panjangnya ujian

• Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji

• JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan

kebolehpercayaan ujian itu.

• Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan

penegasan yang diberi dalam pengajaran.

• Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan

diuji.

• Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan

subjektif.

• Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

• Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Page 2: Jadual spesifikasi ujian

Langkah pertama

1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua

1. Menentukan soalan yang ingin dibina.

Contohnya;

soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)

2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga

1. Menentukan aras kesukaran

2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)

3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat

1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.

2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain.

(bergantung kepada format)

Langkah Lima

1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen

2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)

3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam

1. Menyatakan matapelajaran

2. Tingkatan atau kelas

3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM

Penggunaan Kognotif Bloom amat penting bagi setiap guru. Pemahaman tentang

tahap kognitif Bloom amat penting khasnya dalam menyediakan item(soalan) dalam

peperiksaan dan Ujian. Sebagai guru kita harus boleh membezakan aras kesukaran

soalan yang dibina samada soalan objektif atau subjektif.

Page 3: Jadual spesifikasi ujian

Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat penting

untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada setiap pelajar.

Lembaga peperiksaan menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan perlu ada 5

arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya tinggi. Ini bertujuan untuk

bersikap adil kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina bukan hendak

memerangkap pelajar untuk gagal.

Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan Jadual Penentu

Ujian(JPU) atau Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) di mana pengagihan item

berdasarkan topik dan masa perlu diambil kira.

Bersama ini, disertakan contoh aras kognitif Bloom berdasarkan kata tugas. Soalan

yang bermula dengan kata tugas di bawah boleh dianggap sebagai mengikut aras

kognitifnya. Pengalaman saya , adakalanya rangsangan dan kedudukan jawapan

akan menyebabkan aras kognitif Bloom itu boleh berubah.Namun begitu , aras

kognitif Bloom akan banyak membantu guru menyediakan item/soalan yang

bermutu.

Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu:

Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

TAHAP ISTILAH / KATA TUGAS

Pengetahuan

•Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi,

teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada

pembelajaran lepas

•nyatakan,

•terangkan,

•namakan,

•labelkan

Page 4: Jadual spesifikasi ujian

Kefahaman

•Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada

bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam

ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada

konsep dan menterjemah draf.

•pilih,

•terangkan,

•tulis semula

Penggunaan / Aplikasi

•Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru,

termasuk menyelesaikan masalah menggunakan

prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf

daripada data dll.

•selesaikan,

•ramalkan,

•cari,

•kesilapan,

•bina alat.

Analisis

•Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil,

bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara

bahagian, kenali struktur organisasi.

•bezakan,

•pasti,

•pilih

Sintesis

•Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha

tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan,

membuat klasifikasi.

•bina,

•hasilkan,

Page 5: Jadual spesifikasi ujian

•susun,

•kembangkan

Penilaian

•Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional,

atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan

mengkritik

•pilih,

•berikan,

•alasan,

•kritikan,

•buktikan