jabatan perkhidmatan mahasiswa (khidmat)

3
1.0 JABATAN PERKHIDMATAN MAHASISWA (KHIDMAT) 1.1. Jabatan ini ditubuhkan atas tujuan untuk menyediakan dan memberikan perkhidmatan asas kepada para pelajar. Bagi tujuan tersebut 3 unit telah disatukan di jabatan ini, iaitu:- 1.1.1. Unit Pentadbiran & Perhubungan Luar; 1.1.2. Unit Kaunseling & Bimbingan Kerjaya; dan 1.1.3. Unit Pelajar Antarabangsa. 1.2. Unit Pentadbiran & Perhubungan Luar berperanan mengurus dan mentadbir hal ehwal HEP UNITI bagi kelancaran operasinya, serta menjaga perhubungan luar. 1.3. Unit Kaunseling & Bimbingan Kerjaya berperanan memberi pelbagai jenis perkhidmatan kaunseling dan menganjurkan aktiviti bimbingan kendiri dan kerjaya. 1.4. Unit Pelajar Antarabangsa berperanan mengurus dan mentadbir hal ehwal pelajar antarabangsa mengikut syarat dan ketetapan Kementerian Pengajian Tinggi. 2.0 FUNGSI UNIT PENTADBIRAN & PERHUBUNGAN LUAR 2.1. Secara umumnya, unit ini berperanan mengurus dan mentadbir hal ehwal bahagian ini bagi memastikan kelancaran dan keberkenaan operasinya, termasuk urusan dokumentasi dan perhubungan luar. Berikut adalah fungsi utama unit ini:- 2.1.1. Unit ini berperanan untuk menguruskan dan menyelaras dokumentasi bahagian ini, termasuk urusan surat-menyurat, kertas kerja cadangan dan program, laporan aktiviti dan kewangan, serta memo dan minit mesyuarat. 2.1.2. Unit ini berperanan mendokumentasi urusan rasmi unit-unit lain dan peribadi, termasuk tuntutan perjalanan dan tuntutan kerja lebih masa, serta pemerolehan kelulusan kertas kerja dan kelulusan bajet unit-unit lain. 2.1.3. Unit ini juga berperanan untuk mendokumentasi perhubungan luar untuk rujukan dan tindakan akan datang. 2.1.4. Unit ini juga berperanan menguruskan dan menyediakan permintaan logistik oleh unit-unit lain untuk tujuan HEP, seperti penempahan dewan, bilik kuliah, makan-minum, dan lain-lain.

Upload: profil-modal-uniti

Post on 07-Jul-2015

112 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Jabatan ini adalah salah satu dari 3 jabatan di bawah Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa Kolej UNITI (HEP UNITI).

TRANSCRIPT

Page 1: Jabatan Perkhidmatan Mahasiswa (KHIDMAT)

1.0 JABATAN PERKHIDMATAN MAHASISWA (KHIDMAT)

1.1. Jabatan ini ditubuhkan atas tujuan untuk menyediakan dan memberikan

perkhidmatan asas kepada para pelajar. Bagi tujuan tersebut 3 unit telah disatukan di jabatan ini, iaitu:-

1.1.1. Unit Pentadbiran & Perhubungan Luar; 1.1.2. Unit Kaunseling & Bimbingan Kerjaya; dan 1.1.3. Unit Pelajar Antarabangsa.

1.2. Unit Pentadbiran & Perhubungan Luar berperanan mengurus dan mentadbir hal

ehwal HEP UNITI bagi kelancaran operasinya, serta menjaga perhubungan luar. 1.3. Unit Kaunseling & Bimbingan Kerjaya berperanan memberi pelbagai jenis

perkhidmatan kaunseling dan menganjurkan aktiviti bimbingan kendiri dan kerjaya.

1.4. Unit Pelajar Antarabangsa berperanan mengurus dan mentadbir hal ehwal pelajar antarabangsa mengikut syarat dan ketetapan Kementerian Pengajian Tinggi.

2.0 FUNGSI UNIT PENTADBIRAN & PERHUBUNGAN LUAR

2.1. Secara umumnya, unit ini berperanan mengurus dan mentadbir hal ehwal

bahagian ini bagi memastikan kelancaran dan keberkenaan operasinya, termasuk urusan dokumentasi dan perhubungan luar. Berikut adalah fungsi utama unit ini:-

2.1.1. Unit ini berperanan untuk menguruskan dan menyelaras dokumentasi bahagian

ini, termasuk urusan surat-menyurat, kertas kerja cadangan dan program, laporan aktiviti dan kewangan, serta memo dan minit mesyuarat.

2.1.2. Unit ini berperanan mendokumentasi urusan rasmi unit-unit lain dan peribadi, termasuk tuntutan perjalanan dan tuntutan kerja lebih masa, serta pemerolehan kelulusan kertas kerja dan kelulusan bajet unit-unit lain.

2.1.3. Unit ini juga berperanan untuk mendokumentasi perhubungan luar untuk rujukan dan tindakan akan datang.

2.1.4. Unit ini juga berperanan menguruskan dan menyediakan permintaan logistik oleh unit-unit lain untuk tujuan HEP, seperti penempahan dewan, bilik kuliah, makan-minum, dan lain-lain.

Page 2: Jabatan Perkhidmatan Mahasiswa (KHIDMAT)

3.0 FUNGSI UNIT KAUNSELING & BIMBINGAN KERJAYA

3.1. Secara umumnya, unit ini berperanan menyediakan pelbagai perkhidmatan

kaunseling, serta merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti bimbingan kendiri dan kerjaya. Berikut adalah fungsi utama unit ini:-

3.1.1. Unit ini berperanan untuk menguruskan dokumentasi unit ini, terutamanya

berkenaan rekod sesi kaunseling. 3.1.2. Unit ini berperanan merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti bimbingan

kendiri dan bimbingan kerjaya, samaada dalaman atau kerjasama bersama pihak luar.

3.1.3. Unit ini juga berperanan melatih dan membimbing fasilitator untuk tujuan pembangunan bersama insaniah para pelajar, serta menganjurkan program dalaman khas dan kerjasama khas bersama pihak luar sebagai medan mengumpul pengalaman bagi mereka. Bagi tujuan perlaksanaan ini, sebuah lembaga yang dipanggil Lembaga Pembangunan Insaniah Mahasiswa Kolej UNITI (Lembaga INSANIKU). Carta organisasi Lembaga INSANIKU adalah seperti berikut:-

Terpilih dari kalangan pelajar yang terpilih dan berpotensi.

Staf sukarela untuk membantu melatih dan membimbing fasilitator.

Kaunselor adalah pemimpin rasmi bagi Lembaga INSANIKU.

Sila rujuk 'STRUKTUR ORGANISASI' HEP UNITI.

HEP UNITI

KAUNSELOR

BARISAN JURULATIH

BARISAN FASILITATOR

Page 3: Jabatan Perkhidmatan Mahasiswa (KHIDMAT)

4.0 FUNGSI UNIT PELAJAR ANTARABANGSA

4.1. Secara umumnya, unit ini berperanan mengurus dan mentadbir hal ehwal pelajar

antarabangsa. Berikut adalah fungsi utama uniti ini:- 4.1.1. Unit ini berperanan untuk menguruskan dokumentasi unit ini, terutamanya

rekod para pelajar antarabangsa, dan menghantar laporan bulanan kepada Kementerian Pengajian Tinggi seperti yang disyaratkan mereka.

4.1.2. Unit ini berperanan merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti khas bersama para pelajar antarabangsa, samaada dalaman atau kerjasama bersama pihak luar.

4.1.3. Unit ini juga berperanan menjaga urusan penginapan, kebajikan dan keselamatan para pelajar antarabangsa seperti yang telah disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

4.1.4. Bagi menjamin kelancaran operasi unit ini, unit ini telah diluaskan menjadi sebuah organisasi khas yang disertai oleh staf dan pensyarah. Carta organisasi unit ini adalah seperti berikut:-

BIL. NAMA PENUH JAWATAN NO. TELEFON

1. Encik Ahmad Turmizi Bin Mohd Khalil Ketua Unit 0192678459

2. Ustaz Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi Pegawai Aktiviti 0172485909

3. Ustaz Muhammad Shahrulnaim Bin Mahpar Pegawai Disiplin 0193718734

4. Cik Fatimah Binti Harun Pegawai Rekod 0162306935

5. Miss Fatimah Nurul Ain Binti Mazri Pegawai Kebajikan 0136260887

6. Encik Hailmie Bin Md. Jim Pegawai Penginapan 0192579855

HEP UNITISila rujuk

'STRUKTUR ORGANISASI'

HEP UNITI

KETUA UNITStaf yang diberi tanggungjawab menguruskan

unit ini.

PEGAWAI AKTIVITI PELAJARberperanan menganjurkan program

dalaman dan kerjasama untuk pelajar.

PEGAWAI DISIPLIN PELAJARberperanan menguatkuasa tatatertib

pelajar dan membuat kempen.

PEGAWAI REKOD PELAJARberperanan mendokumentasi rekod

pelajar.

PEGAWAI KEBAJIKAN PELAJARberperanan mengurus dan mentadbir hal

ehwal kebajikan pelajar.

PEGAWAI PENGINAPAN PELAJARberperanan mengurus dan mentadbir hal

ehwal penginapan pelajar.