jabatan meteorologi malaysiatarikh kemaskini: 30 – sep – 20 14 sarawak kuching, samarahan, sri...

16
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA Tarikh Kemaskini: 29 JAN 21 1 Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Februari hingga Julai 2021 ini berdasarkan konsensus ahli meteorologi melalui penganalisaan beberapa model tinjauan iklim terpilih seperti NCEP Coupled Forecast System Model Version 2 ( CFSv2), JMA Ensemble Prediction System (Tokyo Climate Centre), European Centre for Medium Range Weather Forecast ( ECMWF) dan Seasonal Climate Forecast, International Research Institute for Climate Society ( IRI). Fenomena global yang mencorakkan cuaca semasa Negara seperti El-Niňo Southern Oscillation (ENSO), Madden-Julian Oscillation (MJO) dan Indian Ocean Dipole (IOD) juga turut dibincangkan. Kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan keadaan La Niña sedang berlaku dan dijangka berterusan sehingga Mac 2021 dengan kebarangkalian 95% dan berpotensi berubah kepada neutral pada April Jun 2021 dengan kebarangkalian 55%. Oceanic Nino Indeks (ONI) terkini anomali purata suhu permukaan laut bagi Oktober November Disember 2020 adalah pada -1.3°C. Anomali suhu mingguan di kawasan pemantauan Ni ño 3.4 pada 25 Disember 2020 adalah 1.1°C, manakala anomali suhu mingguan di kawasan pemantauan lain adalah 0.8°C (di Ni ño 1+2), -0.6°C (di Ni ño 3) dan -1.4°C (di Ni ño 4). Fasa Monsun Timur Laut telah bermula pada 11 November 2020 dan dijangka akan berterusan sehingga Mac 2021. Sepanjang tempoh monsun ini, negara lebih cenderung menerima tiupan angin yang lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut dengan kelajuan di antara 10 hingga 20 kilometer per jam. Beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah. Pada bulan Februari 2021 kebanyakan kawasan di negeri Perlis, Kedah serta Pulau Pinang di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 20mm hingga 100mm. Manakala tempat-tempat lain di Semenanjung dijangka turut menerima hujan pada paras purata iaitu antara 50mm hingga 260mm. Bagi Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman di negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata antara 400mm hingga 600mm. Manakala bahagian lain di Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata antara 130mm TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH FEBRUARI HINGGA JULAI 2021

Upload: others

Post on 07-Oct-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 1

Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Februari hingga Julai 2021 ini berdasarkan

konsensus ahli meteorologi melalui penganalisaan beberapa model tinjauan iklim terpilih seperti

NCEP Coupled Forecast System Model Version 2 (CFSv2), JMA Ensemble Prediction System

(Tokyo Climate Centre), European Centre for Medium Range Weather Forecast (ECMWF) dan

Seasonal Climate Forecast, International Research Institute for Climate Society (IRI).

Fenomena global yang mencorakkan cuaca semasa Negara seperti El-Niňo Southern

Oscillation (ENSO), Madden-Julian Oscillation (MJO) dan Indian Ocean Dipole (IOD) juga turut

dibincangkan.

Kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan keadaan La Niña sedang berlaku dan

dijangka berterusan sehingga Mac 2021 dengan kebarangkalian 95% dan berpotensi berubah

kepada neutral pada April – Jun 2021 dengan kebarangkalian 55%. Oceanic Nino Indeks

(ONI) terkini anomali purata suhu permukaan laut bagi Oktober – November – Disember 2020

adalah pada -1.3°C. Anomali suhu mingguan di kawasan pemantauan Niño 3.4 pada 25

Disember 2020 adalah – 1.1°C, manakala anomali suhu mingguan di kawasan pemantauan

lain adalah – 0.8°C (di Niño 1+2), -0.6°C (di Niño 3) dan -1.4°C (di Niño 4).

Fasa Monsun Timur Laut telah bermula pada 11 November 2020 dan dijangka akan berterusan

sehingga Mac 2021. Sepanjang tempoh monsun ini, negara lebih cenderung menerima tiupan

angin yang lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut dengan kelajuan di antara 10

hingga 20 kilometer per jam. Beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh berlaku terutama di

negeri-negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

Pada bulan Februari 2021 kebanyakan kawasan di negeri Perlis, Kedah serta Pulau Pinang di

Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 20mm hingga 100mm.

Manakala tempat-tempat lain di Semenanjung dijangka turut menerima hujan pada paras

purata iaitu antara 50mm hingga 260mm. Bagi Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman di

negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata antara 400mm hingga 600mm.

Manakala bahagian lain di Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata antara 130mm

TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH FEBRUARI HINGGA JULAI 2021

Page 2: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 2

hingga 400mm. Di Negeri Sabah iaitu Bahagian Kudat, dan Sandakan dijangka menerima hujan

sedikit melebihi purata antara 150mm hingga 400mm. Manakala bahagian lain di Sabah

dijangka menerima hujan pada paras purata antara 50mm hingga 250mm. Bagi Wilayah

Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan pada paras purata antara 90mm hingga 130mm.

Pada bulan Mac 2021 kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada

paras purata antara 100mm hingga 350mm. Di Negeri Sarawak, Bahagian Kuching,

Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dijangka menerima hujan pada paras sedikit

bawah purata antara 200mm hingga 270mm manakala Bahagian Bintulu, Kapit, Miri, serta

Limbang dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 360mm. Di Negeri

Sabah pula dijangka menerima hujan pada paras purata antara 50mm hingga 250mm, kecuali

Bahagian Kudat dan Sandakan yang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata

antara 230mm hingga 270mm. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan dijangka akan

menerima hujan pada paras purata antara 100mm sehingga 150mm.

Pada bulan April 2021 kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada

paras purata antara 50mm hingga 400mm. Di negeri Sarawak, bahagian Kuching, Samarahan,

Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara

150mm sehingga 250mm. Manakala bahagian lain dijangka menerima hujan pada paras purata

antara 150mm hingga 350mm. Negeri Sabah pula dijangka menerima hujan pada paras purata

iaitu antara 50mm hingga 250mm. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan dijangka

menerima hujan pada paras purata iaitu antara 200mm hingga 250mm.

Pada bulan Mei 2021 keadaan cuaca Negara dijangkakan akan dipengaruhi oleh fasa Monsun

Barat Daya. Dalam tempoh Monsun Barat Daya yang biasanya bermula pada pertengahan Mei

hingga September, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan

negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan. Pada bulan ini kebanyakan

kawasan di Semenanjung Malaysia dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm

hingga 330mm kecuali di Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka

dan Johor yang dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara 90mm hingga 260mm. Di

Negeri Sarawak pula, Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Bentong, Sarikei, Sibu, Bintulu

dan Kapit dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara 140mm hingga 260mm,

Page 3: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 3

manakala di Bahagian Miri dan Limbang dijangka menerima hujan pada paras purata antara

150mm hingga 300mm. Manakala Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka

menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.

Bagi bulan Jun 2021, kebanyakan Negeri di Semenanjung akan menerima hujan pada paras

purata antara 100mm hingga 300 mm. Negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras

purata antara 150mm hingga 300mm. Manakala Negeri Sabah dan W.P Labuan juga dijangka

menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.

Pada bulan Julai 2021, Semenanjung Malaysia dijangkakan akan menerima hujan pada paras

purata antara 100mm hingga 300 mm. Negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras

purata antara 150mm hingga 350mm. Manakala Negeri Sabah dan W.P Labuan dijangka

menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.

Lampiran 1 dan Lampiran 2 menunjukkan ringkasan dan keterangan terperinci tinjauan cuaca

bagi tempoh Februari hingga Julai 2021 bagi Malaysia.

Page 4: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 4

LAMPIRAN 1

Page 5: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 5

Page 6: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 6

Page 7: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 7

Page 8: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 8

Page 9: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 9

Page 10: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 10

Lampiran 2

Ringkasan Tinjauan Cuaca

Negeri/Wilayah Persekutuan Tempoh

Jangkaan Jumlah Hujan

Bulanan (mm)

Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)

Perlis

Februari 40 - 60 Purata

Mac 100 - 150 Purata

April 140 - 210 Purata

Mei 130 - 200 Purata

Jun 100 - 160 Purata

Julai 140 - 210 Purata

Kedah

Alor Setar

Februari 50 - 70 Purata

Mac 100 - 160 Purata

April 160 - 240 Purata

Mei 170 - 260 Purata

Jun 130 - 200 Purata

Julai 160 - 230 Purata

Sungai Petani, Kulim

Februari 110 - 160 Purata

Mac 160 - 240 Purata

April 230 - 340 Purata

Mei 200 - 300 Purata

Jun 120 - 180 Purata

Julai 120 - 180 Purata

Langkawi

Februari 20 - 40 Purata

Mac 90 - 130 Purata

April 160 - 230 Purata

Mei 180 - 270 Purata

Jun 190 - 290 Purata

Julai 210 - 320 Purata

Pulau Pinang

Februari 70 - 100 Purata

Mac 120 - 170 Purata

April 160 - 250 Purata

Mei 190 - 280 Purata

Jun 130 - 200 Purata

Julai 160 - 240 Purata

Perak Lubok Merbau, Larut, (Kuala

Kangsar)

Februari 90 - 130 Purata

Mac 120 - 180 Purata

April 150 - 230 Purata

Mei 100 - 150 Purata

Jun 100 - 150 Purata

Julai 100 - 150 Purata

Page 11: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 11

Hulu Perak (Lenggong)

Februari 70 - 100 Purata

Mac 120 - 180 Purata

April 160 - 230 Purata

Mei 140 - 210 Purata

Jun 90 - 140 Purata

Julai 90 - 140 Purata

Manjung

Februari 100 - 150 Purata

Mac 110 - 160 Purata

April 120 - 180 Purata

Mei 100 - 150 Purata

Jun 60 - 100 Purata

Julai 80 - 120 Purata

Ipoh, Perak Tengah, Hilir

Perak

Februari 130 - 190 Purata

Mac 160 - 240 Purata

April 220 - 330 Purata

Mei 180 - 270 Purata

Jun 120 - 170 Purata

Julai 130 - 190 Purata

Selangor

Februari 140 - 210 Purata

Mac 200 - 300 Purata

April 230 - 350 Purata

Mei 120 - 170 Sedikit Bawah Purata

Jun 110 - 160 Purata

Julai 110 - 170 Purata

Kuala Lumpur

Februari 170 - 260 Purata

Mac 240 - 360 Purata

April 270 - 410 Purata

Mei 160 - 210 Sedikit Bawah Purata

Jun 120 - 190 Purata

Julai 120 - 190 Purata

Putrajaya

Februari 100 - 150 Purata

Mac 120 - 180 Purata

April 110 - 160 Purata

Mei 100 - 140 Sedikit Bawah Purata

Jun 90 - 140 Purata

Julai 120 - 180 Purata

Negeri Sembilan

Februari 80 - 120 Purata

Mac 100 - 150 Purata

April 160 - 240 Purata

Mei 120 - 160 Sedikit Bawah Purata

Jun 80 - 120 Purata

Julai 50 - 70 Purata

Page 12: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 12

Melaka

Februari 70 - 110 Purata

Mac 110 - 170 Purata

April 150 - 220 Purata

Mei 100 - 140 Sedikit Bawah Purata

Jun 140 - 200 Purata

Julai 150 - 220 Purata

Kelantan

Tanah Merah, Jeli, Gua

Musang, Kuala Krai

Februari 80 - 120 Purata

Mac 90 - 130 Purata

April 80 - 120 Purata

Mei 120 - 180 Purata

Jun 140 - 200 Purata

Julai 130 - 190 Purata

Tumpat, Kota Bharu, Bachok,

Februari 50 - 70 Purata

Mac 90 - 140 Purata

April 70 - 100 Purata

Mei 90 - 140 Purata

Jun 100 - 160 Purata

Julai 120 - 190 Purata

Terengganu

Gong Kedak, Besut

Februari 80 - 120 Purata

Mac 120 - 190 Purata

April 70 - 110 Purata

Mei 130 - 190 Purata

Jun 160 - 240 Purata

Julai 150 - 230 Purata

Kuala Terengganu

Februari 50 - 80 Purata

Mac 140 - 210 Purata

April 80 - 120 Purata

Mei 90 - 130 Purata

Jun 90 - 130 Purata

Julai 100 - 150 Purata

Dungun, Kemaman

Februari 90 - 130 Purata

Mac 130 - 190 Purata

April 100 - 160 Purata

Mei 130 - 190 Purata

Jun 120 - 170 Purata

Julai 100 - 150 Purata

Pahang Kuantan

Februari 120 - 180 Purata

Mac 130 - 200 Purata

April 120 - 190 Purata

Mei 150 - 220 Purata

Jun 130 - 190 Purata

Julai 120 - 190 Purata

Page 13: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 13

Pekan, Rompin

Februari 120 - 180 Purata

Mac 150 - 230 Purata

April 110 - 160 Purata

Mei 100 - 160 Purata

Jun 100 - 150 Purata

Julai 120 - 170 Purata

Maran, Temerloh

Februari 80 - 120 Purata

Mac 120 - 180 Purata

April 140 - 210 Purata

Mei 140 - 210 Purata

Jun 100 - 150 Purata

Julai 90 - 130 Purata

Cameron Highlands

Februari 100 - 150 Purata

Mac 180 - 260 Purata

April 220 - 330 Purata

Mei 220 - 330 Purata

Jun 140 - 220 Purata

Julai 140 - 220 Purata

Batu Embun, Jerantut, Lipis

Februari 90 - 130 Purata

Mac 130 - 190 Purata

April 130 - 200 Purata

Mei 150 - 220 Purata

Jun 110 - 170 Purata

Julai 120 - 180 Purata

Johor

Mersing, Kota Tinggi

Februari 110 - 160 Purata

Mac 110 - 170 Purata

April 90 - 140 Purata

Mei 90 - 110 Sedikit Bawah Purata

Jun 110 - 170 Purata

Julai 130 - 200 Purata

Segamat, Muar, Tangkak

Februari 80 - 120 Purata

Mac 160 - 240 Purata

April 180 - 270 Purata

Mei 110 - 150 Sedikit Bawah Purata

Jun 110 - 160 Purata

Julai 110 - 160 Purata

Kulai, Pontian, Johor Bahru,

Iskandar Puteri, Kluang, Batu

Pahat

Februari 100 - 140 Purata

Mac 160 - 250 Purata

April 200 - 290 Purata

Mei 130 - 170 Sedikit Bawah Purata

Jun 130 - 190 Purata

Julai 140 - 220 Purata

Page 14: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 14

Sarawak

Kuching, Samarahan, Sri

Aman

Februari 400 - 610 Purata

Mac 200 - 270 Sedikit Bawah Purata

April 170 - 230 Sedikit Bawah Purata

Mei 150 - 200 Sedikit Bawah Purata

Jun 180 - 270 Purata

Julai 160 - 240 Purata

Betong

Februari 190 - 290 Purata

Mac 180 - 240 Sedikit Bawah Purata

April 160 - 210 Sedikit Bawah Purata

Mei 150 - 200 Sedikit Bawah Purata

Jun 170 - 250 Purata

Julai 150 - 230 Purata

Sarikei, Sibu

Februari 240 - 360 Purata

Mac 190 - 250 Sedikit Bawah Purata

April 170 - 230 Sedikit Bawah Purata

Mei 140 - 180 Sedikit Bawah Purata

Jun 160 - 230 Purata

Julai 140 - 210 Purata

Bintulu

Februari 220 - 330 Purata

Mac 210 - 320 Purata

April 210 - 310 Purata

Mei 140 - 190 Sedikit Bawah Purata

Jun 200 - 310 Purata

Julai 200 - 300 Purata

Kapit, Belaga

Februari 260 - 390 Purata

Mac 300 - 450 Purata

April 250 - 370 Purata

Mei 190 - 260 Sedikit Bawah Purata

Jun 200 - 290 Purata

Julai 230 - 350 Purata

Miri

Februari 130 - 190 Purata

Mac 120 - 180 Purata

April 140 - 210 Purata

Mei 160 - 240 Purata

Jun 180 - 270 Purata

Julai 160 - 240 Purata

Limbang

Februari 240 - 360 Purata

Mac 200 - 300 Purata

April 200 - 290 Purata

Mei 210 - 310 Purata

Jun 170 - 250 Purata

Julai 180 - 270 Purata

Page 15: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 15

Sabah

Labuan

Februari 90 - 130 Purata

Mac 100 - 150 Purata

April 170 - 250 Purata

Mei 230 - 350 Purata

Jun 240 - 360 Purata

Julai 230 - 350 Purata

Pantai Barat

Februari 60 - 80 Purata

Mac 60 - 100 Purata

April 100 - 150 Purata

Mei 180 - 260 Purata

Jun 240 - 350 Purata

Julai 220 - 330 Purata

Kudat

Februari 210 - 240 Sedikit Melebihi Purata

Mac 150 - 170 Sedikit Melebihi Purata

April 60 - 90 Purata

Mei 90 - 130 Purata

Jun 100 - 140 Purata

Julai 100 - 150 Purata

Sandakan

Februari 340 - 400 Sedikit Melebihi Purata

Mac 230 - 270 Sedikit Melebihi Purata

April 100 - 150 Purata

Mei 110 - 170 Purata

Jun 150 - 230 Purata

Julai 160 - 240 Purata

Tawau

Februari 80 - 120 Purata

Mac 90 - 140 Purata

April 90 - 130 Purata

Mei 120 - 170 Purata

Jun 130 - 200 Purata

Julai 160 - 240 Purata

Pedalaman

Februari 70 - 110 Purata

Mac 90 - 140 Purata

April 170 - 250 Purata

Mei 130 - 200 Purata

Jun 90 - 140 Purata

Julai 90 - 130 Purata

Page 16: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIATarikh Kemaskini: 30 – SEP – 20 14 Sarawak Kuching, Samarahan, Sri Aman Oktober 270 - 400 Purata November 280 - 420 Purata Disember 390 - 580 Purata

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 16

PENGKELASAN JUMLAH HUJAN BULANAN

Pengkelasan Jumlah Hujan Bulanan

Sangat Melebihi Purata Peningkatan melebihi 60% daripada purata jumlah

hujan jangka panjang

Melebihi Purata Peningkatan sebanyak 40% hingga 60% daripada

purata jumlah hujan jangka panjang

Sedikit Melebihi Purata Peningkatan sebanyak 20% hingga 40% daripada

purata jumlah hujan jangka panjang

Purata Peningkatan atau pengurangan lebih/kurang daripada

20% daripada purata jumlah hujan jangka panjang

Sedikit Bawah Purata Pengurangan sebanyak 20% hingga 40% daripada

purata jumlah hujan jangka panjang

Bawah Purata Pengurangan sebanyak 40% hingga 60% daripada

purata jumlah hujan jangka panjang

Sangat Bawah Daripada

Purata

Pengurangan melebihi 60% daripada purata jumlah

hujan jangka panjang

Nota: Jabatan Meteorologi Malaysia akan sentiasa mengemaskini tinjauan cuaca sekiranya

berlaku sebarang perubahan ketara terhadap tinjauan jangka panjang ini.

Disediakan oleh:

Pusat Iklim Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Dikemaskini Pada: 29 Januari 2020