JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 1
Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Februari hingga Julai 2021 ini berdasarkan
konsensus ahli meteorologi melalui penganalisaan beberapa model tinjauan iklim terpilih seperti
NCEP Coupled Forecast System Model Version 2 (CFSv2), JMA Ensemble Prediction System
(Tokyo Climate Centre), European Centre for Medium Range Weather Forecast (ECMWF) dan
Seasonal Climate Forecast, International Research Institute for Climate Society (IRI).
Fenomena global yang mencorakkan cuaca semasa Negara seperti El-Niňo Southern
Oscillation (ENSO), Madden-Julian Oscillation (MJO) dan Indian Ocean Dipole (IOD) juga turut
dibincangkan.
Kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan keadaan La Niña sedang berlaku dan
dijangka berterusan sehingga Mac 2021 dengan kebarangkalian 95% dan berpotensi berubah
kepada neutral pada April – Jun 2021 dengan kebarangkalian 55%. Oceanic Nino Indeks
(ONI) terkini anomali purata suhu permukaan laut bagi Oktober – November – Disember 2020
adalah pada -1.3°C. Anomali suhu mingguan di kawasan pemantauan Niño 3.4 pada 25
Disember 2020 adalah – 1.1°C, manakala anomali suhu mingguan di kawasan pemantauan
lain adalah – 0.8°C (di Niño 1+2), -0.6°C (di Niño 3) dan -1.4°C (di Niño 4).
Fasa Monsun Timur Laut telah bermula pada 11 November 2020 dan dijangka akan berterusan
sehingga Mac 2021. Sepanjang tempoh monsun ini, negara lebih cenderung menerima tiupan
angin yang lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut dengan kelajuan di antara 10
hingga 20 kilometer per jam. Beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh berlaku terutama di
negeri-negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.
Pada bulan Februari 2021 kebanyakan kawasan di negeri Perlis, Kedah serta Pulau Pinang di
Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 20mm hingga 100mm.
Manakala tempat-tempat lain di Semenanjung dijangka turut menerima hujan pada paras
purata iaitu antara 50mm hingga 260mm. Bagi Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman di
negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata antara 400mm hingga 600mm.
Manakala bahagian lain di Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata antara 130mm
TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH FEBRUARI HINGGA JULAI 2021
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 2
hingga 400mm. Di Negeri Sabah iaitu Bahagian Kudat, dan Sandakan dijangka menerima hujan
sedikit melebihi purata antara 150mm hingga 400mm. Manakala bahagian lain di Sabah
dijangka menerima hujan pada paras purata antara 50mm hingga 250mm. Bagi Wilayah
Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan pada paras purata antara 90mm hingga 130mm.
Pada bulan Mac 2021 kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada
paras purata antara 100mm hingga 350mm. Di Negeri Sarawak, Bahagian Kuching,
Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dijangka menerima hujan pada paras sedikit
bawah purata antara 200mm hingga 270mm manakala Bahagian Bintulu, Kapit, Miri, serta
Limbang dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 360mm. Di Negeri
Sabah pula dijangka menerima hujan pada paras purata antara 50mm hingga 250mm, kecuali
Bahagian Kudat dan Sandakan yang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata
antara 230mm hingga 270mm. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan dijangka akan
menerima hujan pada paras purata antara 100mm sehingga 150mm.
Pada bulan April 2021 kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada
paras purata antara 50mm hingga 400mm. Di negeri Sarawak, bahagian Kuching, Samarahan,
Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara
150mm sehingga 250mm. Manakala bahagian lain dijangka menerima hujan pada paras purata
antara 150mm hingga 350mm. Negeri Sabah pula dijangka menerima hujan pada paras purata
iaitu antara 50mm hingga 250mm. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan dijangka
menerima hujan pada paras purata iaitu antara 200mm hingga 250mm.
Pada bulan Mei 2021 keadaan cuaca Negara dijangkakan akan dipengaruhi oleh fasa Monsun
Barat Daya. Dalam tempoh Monsun Barat Daya yang biasanya bermula pada pertengahan Mei
hingga September, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan
negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan. Pada bulan ini kebanyakan
kawasan di Semenanjung Malaysia dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm
hingga 330mm kecuali di Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka
dan Johor yang dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara 90mm hingga 260mm. Di
Negeri Sarawak pula, Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Bentong, Sarikei, Sibu, Bintulu
dan Kapit dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara 140mm hingga 260mm,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 3
manakala di Bahagian Miri dan Limbang dijangka menerima hujan pada paras purata antara
150mm hingga 300mm. Manakala Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka
menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.
Bagi bulan Jun 2021, kebanyakan Negeri di Semenanjung akan menerima hujan pada paras
purata antara 100mm hingga 300 mm. Negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras
purata antara 150mm hingga 300mm. Manakala Negeri Sabah dan W.P Labuan juga dijangka
menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.
Pada bulan Julai 2021, Semenanjung Malaysia dijangkakan akan menerima hujan pada paras
purata antara 100mm hingga 300 mm. Negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras
purata antara 150mm hingga 350mm. Manakala Negeri Sabah dan W.P Labuan dijangka
menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.
Lampiran 1 dan Lampiran 2 menunjukkan ringkasan dan keterangan terperinci tinjauan cuaca
bagi tempoh Februari hingga Julai 2021 bagi Malaysia.
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 4
LAMPIRAN 1
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 5
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 6
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 7
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 8
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 9
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 10
Lampiran 2
Ringkasan Tinjauan Cuaca
Negeri/Wilayah Persekutuan Tempoh
Jangkaan Jumlah Hujan
Bulanan (mm)
Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)
Perlis
Februari 40 - 60 Purata
Mac 100 - 150 Purata
April 140 - 210 Purata
Mei 130 - 200 Purata
Jun 100 - 160 Purata
Julai 140 - 210 Purata
Kedah
Alor Setar
Februari 50 - 70 Purata
Mac 100 - 160 Purata
April 160 - 240 Purata
Mei 170 - 260 Purata
Jun 130 - 200 Purata
Julai 160 - 230 Purata
Sungai Petani, Kulim
Februari 110 - 160 Purata
Mac 160 - 240 Purata
April 230 - 340 Purata
Mei 200 - 300 Purata
Jun 120 - 180 Purata
Julai 120 - 180 Purata
Langkawi
Februari 20 - 40 Purata
Mac 90 - 130 Purata
April 160 - 230 Purata
Mei 180 - 270 Purata
Jun 190 - 290 Purata
Julai 210 - 320 Purata
Pulau Pinang
Februari 70 - 100 Purata
Mac 120 - 170 Purata
April 160 - 250 Purata
Mei 190 - 280 Purata
Jun 130 - 200 Purata
Julai 160 - 240 Purata
Perak Lubok Merbau, Larut, (Kuala
Kangsar)
Februari 90 - 130 Purata
Mac 120 - 180 Purata
April 150 - 230 Purata
Mei 100 - 150 Purata
Jun 100 - 150 Purata
Julai 100 - 150 Purata
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 11
Hulu Perak (Lenggong)
Februari 70 - 100 Purata
Mac 120 - 180 Purata
April 160 - 230 Purata
Mei 140 - 210 Purata
Jun 90 - 140 Purata
Julai 90 - 140 Purata
Manjung
Februari 100 - 150 Purata
Mac 110 - 160 Purata
April 120 - 180 Purata
Mei 100 - 150 Purata
Jun 60 - 100 Purata
Julai 80 - 120 Purata
Ipoh, Perak Tengah, Hilir
Perak
Februari 130 - 190 Purata
Mac 160 - 240 Purata
April 220 - 330 Purata
Mei 180 - 270 Purata
Jun 120 - 170 Purata
Julai 130 - 190 Purata
Selangor
Februari 140 - 210 Purata
Mac 200 - 300 Purata
April 230 - 350 Purata
Mei 120 - 170 Sedikit Bawah Purata
Jun 110 - 160 Purata
Julai 110 - 170 Purata
Kuala Lumpur
Februari 170 - 260 Purata
Mac 240 - 360 Purata
April 270 - 410 Purata
Mei 160 - 210 Sedikit Bawah Purata
Jun 120 - 190 Purata
Julai 120 - 190 Purata
Putrajaya
Februari 100 - 150 Purata
Mac 120 - 180 Purata
April 110 - 160 Purata
Mei 100 - 140 Sedikit Bawah Purata
Jun 90 - 140 Purata
Julai 120 - 180 Purata
Negeri Sembilan
Februari 80 - 120 Purata
Mac 100 - 150 Purata
April 160 - 240 Purata
Mei 120 - 160 Sedikit Bawah Purata
Jun 80 - 120 Purata
Julai 50 - 70 Purata
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 12
Melaka
Februari 70 - 110 Purata
Mac 110 - 170 Purata
April 150 - 220 Purata
Mei 100 - 140 Sedikit Bawah Purata
Jun 140 - 200 Purata
Julai 150 - 220 Purata
Kelantan
Tanah Merah, Jeli, Gua
Musang, Kuala Krai
Februari 80 - 120 Purata
Mac 90 - 130 Purata
April 80 - 120 Purata
Mei 120 - 180 Purata
Jun 140 - 200 Purata
Julai 130 - 190 Purata
Tumpat, Kota Bharu, Bachok,
Februari 50 - 70 Purata
Mac 90 - 140 Purata
April 70 - 100 Purata
Mei 90 - 140 Purata
Jun 100 - 160 Purata
Julai 120 - 190 Purata
Terengganu
Gong Kedak, Besut
Februari 80 - 120 Purata
Mac 120 - 190 Purata
April 70 - 110 Purata
Mei 130 - 190 Purata
Jun 160 - 240 Purata
Julai 150 - 230 Purata
Kuala Terengganu
Februari 50 - 80 Purata
Mac 140 - 210 Purata
April 80 - 120 Purata
Mei 90 - 130 Purata
Jun 90 - 130 Purata
Julai 100 - 150 Purata
Dungun, Kemaman
Februari 90 - 130 Purata
Mac 130 - 190 Purata
April 100 - 160 Purata
Mei 130 - 190 Purata
Jun 120 - 170 Purata
Julai 100 - 150 Purata
Pahang Kuantan
Februari 120 - 180 Purata
Mac 130 - 200 Purata
April 120 - 190 Purata
Mei 150 - 220 Purata
Jun 130 - 190 Purata
Julai 120 - 190 Purata
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 13
Pekan, Rompin
Februari 120 - 180 Purata
Mac 150 - 230 Purata
April 110 - 160 Purata
Mei 100 - 160 Purata
Jun 100 - 150 Purata
Julai 120 - 170 Purata
Maran, Temerloh
Februari 80 - 120 Purata
Mac 120 - 180 Purata
April 140 - 210 Purata
Mei 140 - 210 Purata
Jun 100 - 150 Purata
Julai 90 - 130 Purata
Cameron Highlands
Februari 100 - 150 Purata
Mac 180 - 260 Purata
April 220 - 330 Purata
Mei 220 - 330 Purata
Jun 140 - 220 Purata
Julai 140 - 220 Purata
Batu Embun, Jerantut, Lipis
Februari 90 - 130 Purata
Mac 130 - 190 Purata
April 130 - 200 Purata
Mei 150 - 220 Purata
Jun 110 - 170 Purata
Julai 120 - 180 Purata
Johor
Mersing, Kota Tinggi
Februari 110 - 160 Purata
Mac 110 - 170 Purata
April 90 - 140 Purata
Mei 90 - 110 Sedikit Bawah Purata
Jun 110 - 170 Purata
Julai 130 - 200 Purata
Segamat, Muar, Tangkak
Februari 80 - 120 Purata
Mac 160 - 240 Purata
April 180 - 270 Purata
Mei 110 - 150 Sedikit Bawah Purata
Jun 110 - 160 Purata
Julai 110 - 160 Purata
Kulai, Pontian, Johor Bahru,
Iskandar Puteri, Kluang, Batu
Pahat
Februari 100 - 140 Purata
Mac 160 - 250 Purata
April 200 - 290 Purata
Mei 130 - 170 Sedikit Bawah Purata
Jun 130 - 190 Purata
Julai 140 - 220 Purata
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 14
Sarawak
Kuching, Samarahan, Sri
Aman
Februari 400 - 610 Purata
Mac 200 - 270 Sedikit Bawah Purata
April 170 - 230 Sedikit Bawah Purata
Mei 150 - 200 Sedikit Bawah Purata
Jun 180 - 270 Purata
Julai 160 - 240 Purata
Betong
Februari 190 - 290 Purata
Mac 180 - 240 Sedikit Bawah Purata
April 160 - 210 Sedikit Bawah Purata
Mei 150 - 200 Sedikit Bawah Purata
Jun 170 - 250 Purata
Julai 150 - 230 Purata
Sarikei, Sibu
Februari 240 - 360 Purata
Mac 190 - 250 Sedikit Bawah Purata
April 170 - 230 Sedikit Bawah Purata
Mei 140 - 180 Sedikit Bawah Purata
Jun 160 - 230 Purata
Julai 140 - 210 Purata
Bintulu
Februari 220 - 330 Purata
Mac 210 - 320 Purata
April 210 - 310 Purata
Mei 140 - 190 Sedikit Bawah Purata
Jun 200 - 310 Purata
Julai 200 - 300 Purata
Kapit, Belaga
Februari 260 - 390 Purata
Mac 300 - 450 Purata
April 250 - 370 Purata
Mei 190 - 260 Sedikit Bawah Purata
Jun 200 - 290 Purata
Julai 230 - 350 Purata
Miri
Februari 130 - 190 Purata
Mac 120 - 180 Purata
April 140 - 210 Purata
Mei 160 - 240 Purata
Jun 180 - 270 Purata
Julai 160 - 240 Purata
Limbang
Februari 240 - 360 Purata
Mac 200 - 300 Purata
April 200 - 290 Purata
Mei 210 - 310 Purata
Jun 170 - 250 Purata
Julai 180 - 270 Purata
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 15
Sabah
Labuan
Februari 90 - 130 Purata
Mac 100 - 150 Purata
April 170 - 250 Purata
Mei 230 - 350 Purata
Jun 240 - 360 Purata
Julai 230 - 350 Purata
Pantai Barat
Februari 60 - 80 Purata
Mac 60 - 100 Purata
April 100 - 150 Purata
Mei 180 - 260 Purata
Jun 240 - 350 Purata
Julai 220 - 330 Purata
Kudat
Februari 210 - 240 Sedikit Melebihi Purata
Mac 150 - 170 Sedikit Melebihi Purata
April 60 - 90 Purata
Mei 90 - 130 Purata
Jun 100 - 140 Purata
Julai 100 - 150 Purata
Sandakan
Februari 340 - 400 Sedikit Melebihi Purata
Mac 230 - 270 Sedikit Melebihi Purata
April 100 - 150 Purata
Mei 110 - 170 Purata
Jun 150 - 230 Purata
Julai 160 - 240 Purata
Tawau
Februari 80 - 120 Purata
Mac 90 - 140 Purata
April 90 - 130 Purata
Mei 120 - 170 Purata
Jun 130 - 200 Purata
Julai 160 - 240 Purata
Pedalaman
Februari 70 - 110 Purata
Mac 90 - 140 Purata
April 170 - 250 Purata
Mei 130 - 200 Purata
Jun 90 - 140 Purata
Julai 90 - 130 Purata
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Tarikh Kemaskini: 29 – JAN – 21 16
PENGKELASAN JUMLAH HUJAN BULANAN
Pengkelasan Jumlah Hujan Bulanan
Sangat Melebihi Purata Peningkatan melebihi 60% daripada purata jumlah
hujan jangka panjang
Melebihi Purata Peningkatan sebanyak 40% hingga 60% daripada
purata jumlah hujan jangka panjang
Sedikit Melebihi Purata Peningkatan sebanyak 20% hingga 40% daripada
purata jumlah hujan jangka panjang
Purata Peningkatan atau pengurangan lebih/kurang daripada
20% daripada purata jumlah hujan jangka panjang
Sedikit Bawah Purata Pengurangan sebanyak 20% hingga 40% daripada
purata jumlah hujan jangka panjang
Bawah Purata Pengurangan sebanyak 40% hingga 60% daripada
purata jumlah hujan jangka panjang
Sangat Bawah Daripada
Purata
Pengurangan melebihi 60% daripada purata jumlah
hujan jangka panjang
Nota: Jabatan Meteorologi Malaysia akan sentiasa mengemaskini tinjauan cuaca sekiranya
berlaku sebarang perubahan ketara terhadap tinjauan jangka panjang ini.
Disediakan oleh:
Pusat Iklim Nasional
Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Alam Sekitar dan Air
Dikemaskini Pada: 29 Januari 2020