jabatan kejuruteraan mekanikal disember 2020

40
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SMART SWITCH NAMA NO. PENDAFTARAN MUHD AMIN BIN HASHIM 02DAD18F2023 MUHD AINOL AMRI BIN MOHD ROSDI 02DAD18F2026 HALILURAHMAN BIN HAMSAH 02DAD18F2030 NADHIRA BINTI ARIFE FADZILLAH 02DAD18F2056 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

Upload: others

Post on 18-Dec-2021

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SMART SWITCH

NAMA NO. PENDAFTARAN

MUHD AMIN BIN HASHIM 02DAD18F2023

MUHD AINOL AMRI BIN MOHD ROSDI 02DAD18F2026

HALILURAHMAN BIN HAMSAH 02DAD18F2030

NADHIRA BINTI ARIFE FADZILLAH 02DAD18F2056

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

DISEMBER 2020

Page 2: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SMART SWITCH

NAMA NO. PENDAFTARAN

MUHD AMIN BIN HASHIM 02DAD18F2023

MUHD AINOL AMRI BIN MOHD ROSDI 02DAD18F2026

HALILURAHMAN BIN HAMSAH 02DAD18F2030

NADHIRA BINTI ARIFE FADZILLAH 02DAD18F2056

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma

Kejuruteraan Mekanikal

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

DISEMBER 2020

Page 3: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

ii

AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

TAJUK : SMART SWITCH

SESI : DISEMBER 2020

1. Kami, 1. MUHD AMIN BIN HASHIM (02DAD18F2023)

2. MUHD AINOL AMRI BIN MOHD ROSDI (02DAD18F2026)

3. HALILURAHMAN BIN HAMSAH (02DAD18F2030)

4. NADHIRA BINTI ARIFE FADZILLAH (02DAD18F2056)

Adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan

Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, yang

beralamat di Semambu, 25350 Kuantan, Pahang. (Selepas ini dirujuk sebagai

“Politeknik tersebut’)

2. Kami mengakui bahawa ‘Projek tersebut di atas’ dan harta intelek yang ada di dalamnya

adalah hasil karya/ reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-mana harta

intelek daripada pihak-pihak lain.

3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada ‘Politeknik

tersebut’ bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma Kejuruteraan

Mekanikal kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut;

a) MUHD AMIN BIN HASHIM ……………………….

(No. Kad Pengenalan:-000228060457) MUHD AMIN BIN HASHIM

b) MUHD AINOL AMRI BIN MOHD ROSDI ……………………….

(No. Kad Pengenalan:- 990729066203) MUHD AINOL AMRI BIN MOHD ROSDI

c) HALILURAHMAN BINTI HAMSAH ……………………….

(No. Kad Pengenalan:- 000911101153) HALILURAHMAN BIN HAMSAH

d)NADHIRA BINTI ARIFE FADZILLAH ………………………..

(No. Kad Pengenalan:- 980404015580) NADHIRA BINTI ARIFE FADZILLAH

Di hadapan saya ……………………

Sebagai penyelia projek pada tarikh: ……………

Page 4: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad

SAW dapatlah kami menyiapkan projek akhir dengan cemerlang dalam tempoh yang

telah ditetapka iaitu selama dua semester tanpa menghadapi sebarang masalah yang

sukar diselesaikan sebagai syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal

(Automotif) sesi Jun 2020.

Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada semua pihakyang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung terutamanya penyelia kami Puan Zikriah binti yang

telah banyak memberi segala tunjuk ajar, nasihat, dorongan serta kritikan membina

kepada kami sehinggakan kami berjaya menyiapkan laporan projek akhir ini. Tidak

lupa juga kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang banyak membantu dari segi

pandangan dan kewangan dalam menyiapkan tugasan akhir ini.

Dengan ini kami bersyukur ke hadrat Allah SWT maka siaplah projek akhir ini.

Harapan kami semoga laporan ini dapat dijadikan contoh panduan kepada pihak-pihak

yang berkenaan pada masa hadapan.

Akhir sekali, penghargaan juga kami tujukan kepada pihak pengurusan

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, terima kasih diucapkan kerana telah memberi

segala kemudahan seperti penggunaan makmal dan alatan.

Sekian, terima kasih.

Page 5: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

2

ABSTRAK

Projek ini diaplikasikan daripada pemerhatian berdasarkan pengalaman mereka

yang pernah kerosakan kereta di jalan raya dan semasa bekerja di bengkel. Maka

dengan itu, terhasil satu idea untuk merekabentuk satu projek lampu keselamatan yang

senang dan mudah bagi kegunaan di mana sahaja. Tambahan lagi terdapat beberapa

skop kajian yang telah ditetapkan dalam projek ini ialah untuk menumpukan isyarat

lampu keselamatan bagi kereta yang mengalami kerosakan di jalanraya dan membantu

pekerja bengkel. Selain itu, projek ini memberi penekanan dari segi keselamatan, switch

dan fungsi di jalanraya. Bahan yang digunakan bagi projek ini juga seharusnya ringan

dan mampu dibawa kemana sahaja. Hasilnya kesuluruhan projek ini berjaya dihasilkan

dengan kadar purata lebih jamin keselamatan dan memudahkan kerja. Berdasarkan

keputusan ini, hasil analisa dan perbincangan yang dilakukan dapat dirumuskan bahawa

lampu keselamatan ini lebih selamat dan mudah dipakai.

Page 6: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

3

ABSTRACT

This project is applied from observation based on the experience of those who have

damaged a car on the road and while working in a workshop. So with that, came up

with an idea to design a safety lighting project that is easy and convenient for use

anywhere. In addition, some of the scope of the study that has been set in this project is

to focus on safety light signals for cars that have been damaged on the road and to help

workshop workers. In addition, this project emphasizes in terms of safety, switching

and function on the highway. The material used for this project is also lightweight and

can be taken anywhere. As a result, the whole project was successfully produced with

an average rate of safety and ease work. Based on these results, the results of analysis

and discussion can be concluded that these safety lights are safer and easier to use

Page 7: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

4

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PERAKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK 2

ABSTRACT 3

SENARAI KANDUNGAN 4

SENARAI JADUAL 7

SENARAI RAJAH 8

1 PENGENALAN 9

1.1 Pendahuluan 9

1.2 Latar Belakang Kajian 10

1.3 Penyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Skop Projek 13

1.7 Rumusan Bab 13

2 KAJIAN LITERATUR 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kajian Literatur 12

2.3 Konsep/Teori 17

2.4 Rumusan Bab 17

Page 8: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

5

3 METODOLOGI 18

3.1 Pengenalan 18

3.2 Rekabentuk Kajian 19

3.3 Mengenalpasti Masalah 19

3.4 Pemilihan Idea 20

3.5 Lukisan 3D 22

3.6 Kos Anggaran Perbelanjaan 24

3.7 Komponen dan Fungsi 25

3.8 Alatan Yang Digunakan 28

3.9 Kaedah dan Proses Pembuatan 31

3.10 Rumusan Bab 36

Page 9: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

6

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Kos Anggaran Perbelanjaan 24

Jadual 3.2 Komponen dan Fugsi 25

Page 10: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

7

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.1 Lampu Isyarat Membelok 12

Rajah 2.2 Lampu Isyarat Membelok 13

Rajah 2.3 Lampu Isyarat 14

Rajah 2.4 Lampu Isyarat 15

Rajah 2.5 Segitiga Amaran 15

Rajah 2.6 Keratan Akhbar 16

Rajah 3.1 Carta Alir Rekabentuk 19

Rajah 3.2 Idea Pertama 20

Rajah 3.3 Idea Kedua 20

Rajah 3.4 Idea Ketiga 21

Rajah 3.5 Idea Keempat 21

Rajah 3.6 Lukisan 3D 22

Rajah 3.7 Pandangan Hadapan 23

Rajah 3.8 Pandangan Belakang 23

Page 11: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

8

Rajah 3.9 Pandangan Sisi 24

Rajah 3.10 Test Pen 29

Rajah 3.11 Pemutar Skru 29

Rajah 3.12 Cable Connector Strip 30

Rajah 3.13 Playar Gabung 30

Rajah 3.14 Gunting 31

Rajah 3.15 Proses Pengujian Fasa Pertama 31

Rajah 3.16 Proses Meletakkan Komponen Ke Dalam Pvc Junction Box 32

Rajah 3.17 Proses Penyambungan Jumper Male/Female 32

Rajah 3.18 Proses Mengetatkan Skru 33

Rajah 3.19 Proses Melekatkan Bateri Pada Dip Uno R3 33

Rajah 3.20 Proses Pengujian 34

Rajah 3.21 Proses Kemasan 34

Rajah 3.22 Proses Pengujian 35

Page 12: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

9

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

adalah diwajibkan untuk membuat sesuatu projek akhir yang mengambil masa 2

semester untuk membolehkan pelajar tersebut dianugerahkan sijil atau diploma.

Projek akhir ini sangat penting kerana ia dapat mengetahui keupayaan pelajar

tersebut membuat sesuatu projek. Projek akhir yang dilakukan amat sesuai untuk

melatih para pelajar menjadi lebih mahir dalam bidang mereka ceburi selaras dengan

konsep politeknik untuk melahirkan pekerja professional yang berteraskan kemahiran

Projek ‘Smart Switch’ yang akan kami jalankan adalah untuk memenuhi syarat

kelayakan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif). Smart Switch ini merupakan

satu projek yang menarik minat kami untuk melakukannya. Walaupun pelbagai masalah

yang kami tempuhi sepanjang proses perlaksanaan namun ia adalah berbaloi dengan

apa yang dapat kami pelajari.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Setiap tahun, kemalangan yang melibatkan kereta pada waktu malam

semakin meningkat. Banyak faktor yang mempengaruhi kadar kemalangan kereta pada

waktu malam antaranya ialah kurangnya pencahayaan di jalan raya. Hal ini berlaku

kerana sesetengah kereta mempunyai lampu utama yang malap serta terdapat kawasan

yang kurang lampu jalan atau rosak. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk

meningkatkan tahap keselamatan pemandu yang mengalami kerosakkan kereta pada

waktu.

Page 13: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

10

1.3 PENYATAAN MASALAH

Sebelum perlaksanaan projek ini, beberapa masalah telah dikaji melalui

pengalaman mereka yang mengalami kerosakkan kenderaan pada waktu malam. Hal ini

bertujuan untuk mencari rekabentuk yang sesuai dan bahan yang sesuai digunakan.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi terdapat beberapa masalah yang dihadapi

antaranya;

- kerosakan lampu jalan di sesetengah kawasan.

- segitiga hazard kurang terlihat sekiranya lampu kenderaan kurang cahaya.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Setiap satu objektif projek yang dinyatakan adalah sangat penting dalam

penghasilan projek untuk mencapai matlamat menyelesaikn masalah kemalangan

kenderaan pada waktu malam. Terdapat beberapa objektif yang ditetapkan untuk

dicapai. Antara objektifnya adalah:

- Merekabentuk smart switch bagi memudahkan proses membaiki kenderaan semasa di

jalan raya pada waktu malam.

- Memfabrikasi smart switch yang menekankan aspek keselamatan, saiz dan fungsi.

- Menguji smart switch yang direka sama ada berkesan atau berkebolehan dalam

memudahkan proses membaiki kenderaan di jalan raya pada waktu malam.

Page 14: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

11

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa persoalan kajian dalam mencipta smart switch ini antaranya ialah :

- Berapa jauh jarak yang mampu dikesan oleh sensor.

- Berapa terang tahap pencahayaan smart switch pada waktu malam.

1.6 SKOP PROJEK

Skop atau had pelaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan setiap

perlaksanaan projek tidak terkeluar daripada objektif yang ingin dicapai. Skop

perlaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif projek. Skop kajian bagi projek ini

adalah:

-Projek ini direka khas untuk kenderaan yang mengalami kerosakan di jalan raya.

-Projek ini menumpukan kegunaan pada kawasan gelap atau kurang pencahayaan.

1.7 RUMUSAN BAB

Akhir bab ini, kita dapat mengetahui serba sedikit tentang latar belakang,

masalah dan objektif yang berkaitan dengan projek ini. Projek ini menitikberatkan isu

keselamatan semasa membaiki kenderaan di bengkel mahupun di bahu jalan.

Page 15: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji menceritakan mengenai kajian literatur. Kajian ini juga

dikenali sebagai kajian lepas. Kajian lepas merupakan karya-karya tokoh lampu

keselamatan yang telah banyak melakukan kajian mengenai fenomena lampu

keselamatan serta variasi sesuatu penciptaan. Kajian mempunyai garis panduan dan

juga sumber rujukan yang tepat serta jelas.

Di samping itu, melalui kajian literatur pengkaji juga dapat mengenal pasti

kelemahan dan kekuatan setiap literatur yang seterusnya dapat dimanfaatkan ke dalam

penulisan pengkaji. Oleh yang demikian, kajian literatur adalah penting kerana dapat

dimanfaatkan daripada beberapa aspek sebagai panduan dan rujukan untuk pengkaji

dalam menyiapkan kajian.

2.2 KAJIAN LITERATUR

2.1.1 LAMPU ISYARAT MEMBELOK

Rajah 2.1 : Lampu Isyarat Membelok

Page 16: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

13

Lampu isyarat membelok adalah salah satu komponen yang amat diperlukan

pada kenderaan pada hari ini sebagai salah satu keselamatan semasa memandu

kenderaan. Pada saat masuk atau keluar simpang pemandu wajib menyalakan lampu

isyarat membelok sebagai tanda peringatan kepada pemandu lain di sekitarnya.

Namun, terciptanya lampu isyarat membelok juga memiliki sejarah yang

panjang. Pada era awal kenderaan, masyarakat masih tidak tahu fungsi lampu isyarat

membelok, kerana pada zaman tersebut lalu lintas tidak sesibuk pada masa kini

Sebelum tahun 1900, masyarakat dulu masih menghulurkan tangan di luar

kenderaan sebagai isyarat memberi tanda berbelok kepada permandu lain serta

membunyikan loceng atau menggerakkan bendera saat akan berbelok.

Florence berhasil merancang tanda penukaran isyarat, pemandu cukup menekan

tuas saat memasuki simpang, lalu mekanis bertindak balas akan mengangkat dan

menurunkan bendera di bumper belakang kenderaan saat berbelok.

Semakin bertambahnya kenderaan di jalan raya, lampu isyarat membelok

diwajibkan sebagai lampu kenderaan, untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan

raya. Lampu isyarat membelok berkelip pertama diciptakan oleh Joseph Bell pada akhir

tahun 1930, kemudian diteruskan oleh perusahaan otomotif yang menawarkan lampu

isyarat membelok berkelip bernama “Flash-Way Directional Signal” dipasang dari

syarikat pada 1938.

Rajah 2.2: Lampu Isyarat Membelok

Page 17: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

14

2.1.2 LAMPU ISYARAT

Rajah 2.3: Lampu Isyarat

Pada tahun 1800 di London, lalu lintas pada masa itu dipenuhi dengan pejalan

kaki dan kereta kuda, hal ini menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas sehingga

berlaku kemalangan pejalan kaki dilanggar oleh kereta kuda. Seorang jurutera landasan

British bernama J.P. Knight mengusulkan satu sistem lampu untuk mengawal lalu

lintas.

Lampu isyarat pertama direka menggunakan gas dipasang di jalan sekitar

kawasan bangunan Parlimen di London dan perlu dikawal oleh anggota polis

menggunakan dua sistem. Pada waktu siang isyarat “jalan” atau “berhenti” digunakan

di papan tanda. Pada waktu malam serbuk warna hijau dan merah digunakan bagi

membantu pemandu melihat dengan baik.

Walaupun begitu lampu isyarat ini mempunyai kelemahan dan menyebabkan

risiko kemalangan terjadi di kalangan anggota polis yang mengawal aliran trafik. Hal

ini, kerana lampu isyarat bergas ini mudah meletup.

Pada tahun 1914, seorang anggota polis bernama Lester Wire mencipta rekaan

lampu isyarat yang menggunakan pembesar suara yang memainkan tanda amaran akan

berbunyi, menandakan lampu akan bertukar. Setelah sepuluh tahun lampu isyarat

Page 18: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

15

ciptaan Lester Wire dinaik taraf oleh William Potts dengan gabungan tiga atau empat

lampu isyarat untuk digunakan di persimpangan tiga dan empat.

Pada tahap ini, lampu isyarat dinaik taraf dengan menggunakan lampu kuning

atau ember diperkenalkan untuk menggantikan sistem bunyi yang diguna sebagai tanda

lampu isyarat akan bertukar.

Rajah 2.4: Lampu Isyarat

Pada era kini, kebanyakkan bandar menggunakan sistem berkomputer untuk

mengawal lampu isyarat di seluruh bandar. Kita juga dapat melihat evolusi lampu

isyarat sekarang semakin canggih dan dapat membantu kesesakan lalu lintas.

2.1.3 SEGITIGA AMARAN

Rajah 2.5: Segitiga amaran.

Page 19: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

16

Segitiga amaran adalah alat yang digunakan bagi mengelakkan kemalangan

terjadi semasa kenderaan berada di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.

Penggunaan segitiga amaran digunakan di Malaysia pada tahun 2017 bagi

mengurangkan berlakunya kemalangan di jalan raya.

Rajah 2.6: Keratan akhbar.

Penggunaan segitiga amaran menjadi alatan penting kepada pengguna jalan raya

di negara-negara membangun termasuk juga negara Malaysia. Tetapi di Malaysia hanya

mewajibkan kepada kenderaan-kenderaan yang tersenarai dalam “Jadual Kedua” seperti

yang dinyatakan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor 1959, di bawah

Kaedah Pengangkutan Jalan. Kenderaan-kenderaan yang terlibat hanyalah kenderaan

komersial.

Namun begitu, kegunaan segitiga amaran ini kurang sesuai sekiranya

digunakan pada waktu malam ataupun di kawasan gelap. Hal ini kerana, jika ada

sebuah kenderaan yang kurang pencahayaan atau kenderaan mengalami kerosakkan

lampu akan menyebabkan segitiga amaran tidak memantulkan cahaya dan

menyebabkan kemalangan berlaku.

Page 20: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

17

2.2 KONSEP/TEORI

Smart switch dari projek kami dan lampu segitiga amaran merupakan salah satu

dari sistem keselamatan pada pemandu kederaan. Smart switch atau lampu segitiga

amaran berfungsi sebagai isyarat kepada pengendara lain ketika kereta kita mengalami

kerosakan kenderaan bagi menghindari risiko terjadinya kemalangan. Ketika smart

switch dinyalakan, hal ini menyebabkan pemandu kenderaan dapat melihat cahaya

daripada lampu tersebut. Selain itu, smart switch juga dapat digunakan semasa

membaiki kenderaan dirumah dan dibengkel. Sebagai contoh seorang pekerja sedang

membaiki kenderaan di bawah kereta, manakala seorang lagi pekerja menganggap

pekerjaan kawannya telah selesai dan menurunkan/menggerakkan kenderaan tersebut.

Oleh sebab itu, dengan memasangkan smart switch, pekerja lain dapat mengetahui

bahawa sesebuah pekerjaan itu sudah selesai ataupun tidak. Sedangkan lampu segitiga

keselamatan hanya berfungsi sebagai pemantul cahaya. Sekiranya kenderaan lain

mengalami masalah lampu kurang terang ataupun lampu terbakar. Hal ini akan

menyebabkan pantulan pencahayaan daripada lampu segitiga amaran kurang jelas untuk

dilihat pemandu lain.

2.3 RUMUSAN BAB

Akhir bab ini, kita akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai konsep dan

teori yang sering dikatakan oleh segelintir masyarakat yang mengambil berat tentang

isu keselamatan semasa membaiki kenderaan di bengkel dan semasa berlaku kerosakan

kenderaan di bahu jalan. Di samping itu, kita dapat merungkai permasalah tersebut

dengan menggunakan kaedah yang mudah dan selamat.

.

Page 21: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

18

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi ialah aspek yang perlu dikaji untuk menghasilkan sesuatu projek.

Metodologi juga merupakan kaedah dan teknik merekabentuk, mengumpul dan

menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu

kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu

kaedah dan teknik digunakan.

Perancangan proses perlu diteliti sebaik mungkin untuk menghasilkan suatu

projek atau produk yang berkualiti. Berikut adalah turutan segala proses atau tatacara

yang perlu dilalui sebelum suatu produk itu siap sepenuhnya. Kaedah kerja perlu

dilakukan dengan teratur dan sesuaibagi mendapatkan kerja dan hasil yang lebih baik

dan terjamin. Dengan adanya kaedah kerja yang teratur, maka segala kerja dan tugas

yang ingin dilakukan dapat diikuti dan dilaksanakan dengan teratur dan selamat.

Dalam bab ini, akan membincangkan mengenai langkah-langkah kerja yang

akan dilakukan untuk menyiapkan projek ini. Setiap langkah kerja yang akan dilakukan

akan diterangkan bersama rajah yang boleh membantu pemahaman mengenai

penghasilan projek ini. Rangka kerja atau carta alir diperlakukan bagi perlaksanakan

kerja lebih teratur dan sistematik. Ini dapat membantu dalam penghasilan kerja tanpa

sebarang masalah dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan serta merta. Selain itu, kerja

dapat disiapkan tepat pada masa yang ditetapkan. Di samping itu, perbincangan dan

Page 22: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

19

penghuraian idea kerja perlulah dilaksanakan kerana ia penting dalam melaksanakan

sesuatu projek. Perbincangan bersama penyelia mestilah dilakukan agar penghuraian

idea bernas dan berkaitan dengan projek dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Carta alir rekabentuk kajian adalah seperti Rajah 3.1 bagi memastikan kajian

berjalan dengan lancar.

Rajah 3.1: Carta Alir Rekabentuk Kajian

3.3 MENGENALPASTI MASALAH

Terdapat beberapa kaedah bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini

antaranya adalah masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan antara

ahli kumpulan serta komen atau pandangan dari pihak ketiga. Pengumpulan maklumat

dan data berkaitan dengan spesifikasi yang terperinci tentang projek yang dirancang

juga perlu dibuat supaya projek yang dibuat berjalan lancar tanpa mempunyai sebarang

masalah. Kajian dan rujukan yang diperolehi daripada pensyarah, ahli-ahli kumpulan

dan laman sesawang yang berkaitan dengan safety lamp juga banyak membantu dalam

Page 23: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

20

mengatasi dan mengenalpasti masalah yang timbul apabila menghasilkan rekaan

tersebut.

3.4 PEMILIHAN IDEA

3.4.1 Idea pertama

Rajah 3.2: Idea Pertama

Kelebihan idea pertama bagi rekabentuk projek ini ialah mempunyai kadar

pencahayaan yang mencukupi tetapi hanya pada jarak yang membolehkan sensor

berfungsi.

3.4.2 Idea kedua

Rajah 3.3: Idea Kedua

Page 24: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

21

Untuk idea kedua rekabentuk ini memang kurang bersesuaian untuk digunakan

semasa kerja selenggara kenderaan dijalankan. Rekabentuk ini hanya sesuai digunakan

pada waktu kecemasan iaitu sewaktu kenderaan rosak di jalanraya.

3.4.3 Idea Ketiga

Rajah 3.4: Idea Ketiga

Kelemahan bagi rekabentuk ketiga projek ini ialah mempunyai kadar

pencahayaan yang rendah tetapi mempunyai saiz yang kecil dan muda dibawa kemana

sahaja.

3.4.4 Idea Keempat

Page 25: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

22

Rajah 3.5: Idea Keempat

Setelah diubah suai daripada idea rekabentuk projek pertama, kedua dan ketiga,

kami telah buat penambahbaikkan dari segi pencahayaan yang lebih terang pada

rekabentuk idea yang keempat ini.

3.5 LUKISAN 3D

Rajah 3.6: Lukisan 3D

Page 26: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

23

3.5.1 Pandangan hadapan

Rajah 3.7: Pandangan depan

3.5.2 Pandangan belakang

Rajah 3.8: Pandangan belakang

Page 27: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

24

3.5.3 Pandangan sisi

Rajah 3.9: Pandangan sisi

3.6 KOS ANGGARAN PERBELANJAAN

Jadual 3.1 Kos anggaran perbelanjaan

BIL KOMPONEN KUANTITI HARGA (RM)

1 Jumper Male/Female 2 RM8.96

2 Opto Isolator 1 RM5.90

3 Solderless Breadboard 1 RM3.90

4 DIP UNO R3 1 RM25.50

5 Motion Sensor 1 RM5.90

6 LED Daylight DRL Spotlight 1 RM25.00

7 Battery holder 4 slot AA 1 RM2.50

8 Battery 5 RM5.50

9 Wayar hitam dan merah 2 RM1.80

10 Relay 5V 1 RM5.90

11 PVC Junction Box 1 RM15.90

12 Pelekat 1 RM2.00

JUMLAH RM108.76

.

Page 28: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

25

3.7 KOMPONEN DAN FUNGSI

Jadual 3.2 Komponen dan fungsi.

KOMPONEN FUNGSI

Jumper Male To Male

➢ Menghubungkan dari satu bahagian ke bahagian

yang lain.

Jumper Male To Female

➢ Menghubungkan dari satu bahagian ke bahagian

yang lain

Opto Isolator

➢ Memindahkan isyarat elektrik antara dua litar

dengan menggunakan cahaya.

Solderless Breadboard

➢ Digunakan untuk membuat litar sementara dan

prototaip ataupun model tanpa memerlukan kaedah

pematerian.

Page 29: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

26

DIP UNO R3

➢ Bertindak sebagai microcontroller yang mana

mengawal fungsi sistem sesebuah mesin ataupun

robot.

Motion Sensor

➢ Untuk mengesan dan mengukur pergerakan.

LED Daylight DRL Spotlight

➢ Membekalkan cahaya yang lebih terang.

Battery holder 4 slot AA

➢ Berfungsi untuk memegang bateri.

Page 30: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

27

Battery 9V

➢ Membekalkan satu ampere arus selama 1 jam.

Battery AA

➢ Menyediakan arus elektrik yang yang digunakan

untuk membuat kerja.

Wayar Hitam dan Merah

⚫ Hitam

➢ Bertindak membawa arus dari sumber kuasa ke

saluran keluar digunakan untuk di semua jenis litar.

⚫ Merah

➢ Menghubungkan pengesan dengan ke sistem kuasa

Page 31: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

28

Relay 5v

➢ Mengawak litar arus tinggi dengan isyarat arus

rendah.

PVC JUNCTION BOX

➢ Berfungsi sebagai tempat untuk wayar elektrik

bersambung.

➢ Melindungi wayar elektrik panas untuk fungsi

sekunder dan pengcahayaan.

Pelekat

➢ Berfungsi untuk lekat pada permukaan.

3.8 ALATAN YANG DIGUNAKAN

Antara peralatan bantuan yang digunakan dalam penghasilan projek ini ialah :

Page 32: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

29

Rajah 3.10: Test pen

Test pen digunakan sebagai alat alat ujian bagi mengesan kehadiran arus elektrik

yang mengalir melalui suatu litar hidup. Jika ada arus elektrik, maka lampu akan

menyala.

Rajah 3.11: Pemutar Skru

Pemutar skru philips digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang

lubang pada kepalanya berbentuk palang. Manakala pemutar skru rata digunakan untuk

memasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk palang.

Page 33: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

30

Rajah 3.12: Cable Connector Strip

Cable Connector Strip berfungsi sebagai pengetat skru.

Rajah 3.13: Playar Gabung

Digunakan untuk memegang, mencengkam, memotong, membengkok dan

membentuk wayar.

Page 34: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

31

Rajah 3.14: Gunting

Digunakan untuk menggunting cable connector dan wayar.

3.9 KAEDAH DAN PROSES PEMBUATAN

3.9.1 Proses Pertama

Rajah 3.15: Proses pengujian fasa pertama

Page 35: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

32

Rajah di atas menunjukkan pengujian pada fasa pertama iaitu pengujian

terhadap bahan-bahan projek terutamanya terhadap sensor dan led daylight mengikut

lakaran dan spesifikasi projek yang ditetapkan sebelum diletakkan ke dalam pvc

junction box.

3.9.2 Proses Kedua

Rajah 3.16: Proses meletakkan komponen ke dalam pvc junction box.

Rajah menunjukkan susunan terhadap komponen-komponen yang telah

disambungkan menggunakan wayar hitam dan merah antara satu komponen dengan

komponen yang lain di dalam pvc junction box.

Page 36: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

33

3.9.3 Proses Ketiga

Rajah 3.17: Proses penyambungan antara jumper male/female dengan dip uno

r3, relay dan opto isolator.

Rajah menunjukkan proses penyambungan antara jumper male to male/female

terhadap dip uno r3, relay dan juga opto isolator.

3.9.4 Proses Keempat

Rajah 3.18: Proses mengetatkan skru

Rajah di atas menunjukkan proses mengetatkan skru menggunakan cable

connector strip.

Page 37: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

34

3.9.5 Proses Kelima

Rajah 3.19: Proses melekatkan bateri pada dip uno r3.

Rajah menunjukkan proses melekatkan bateri pada dip uno r3 menggunakan

wayar hitam dan merah.

3.9.6 Proses Keenam

Rajah 3.20: Proses pengujian

Rajah menunjukkan proses pengujian projek yang telah siap dipasang

Page 38: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

35

3.9.7 Proses Ketujuh

Rajah 3.21: Proses kemasan

Rajah menunjukkan proses kemasan pada projek yang telah siap.

Page 39: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020

36

3.9.8 Proses Terakhir

Rajah 3.22: Proses pengujian.

Rajah menunjukkan proses pengujian terhadap projek untuk menguji

keberkesanan nya pada kenderaan.

3.10 RUMUSAN BAB

Akhir bab ini, kita akan lebih mengetahui lakaran sebelum terhasilnya rekaan

yang sebenar. Selain itu, kita juga dapat menganggarkan kos projek smart switch. Kami

berharap dengan wujudnya projek ini, produk ini dapat menangani masalah dalam

kecuaian pekerja bengkel sewaktu menjalankan kerja di bawah jack.

Page 40: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DISEMBER 2020