awangan kejuruteraan mekanikal î ò í ì ô ô ô ô fax : ì ï...

21
CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL Ibu Pejabat JKR Malaysia Tingkat 24-28, Menara KKR 2, Blok G No.6, Jalan Sultan Salahuddin 50480 Kuala Lumpur Tel : 03-2610 8888 Fax : 03-2618 9510 Website : www.jkr.gov.my/ckmtmp

Upload: doananh

Post on 05-Aug-2019

389 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL Ibu Pejabat JKR Malaysia

Tingkat 24-28, Menara KKR 2, Blok G No.6, Jalan Sultan Salahuddin

50480 Kuala Lumpur

Tel : 03-2610 8888 Fax : 03-2618 9510

Website : www.jkr.gov.my/ckmtmp

PENGHARGAAN

Ir. RAZDWAN BIN KASIM Pengarah Khidmat Pakar

Ir. ROKIAH BT SALIM Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan

Ir. ZULKIFLI BIN ABDUL RASHAD Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan

En. AMIRRUDIN BIN MOHAMED Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan

Puan AZIZUN BT HASHIM Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan

Puan AISHAH BINTI TAHA Jurutera Mekanikal Penguasa

En. AMIRUDIN BIN MOHAMAD ALI Jurutera Mekanikal Penguasa

Ir. Dr. TUAN SUHAIMI BIN SALLEH Jurutera Mekanikal Kanan

Ir. WAN SHAH WALIALLAH BIN Jurutera Mekanikal Kanan

WAN MAT ZAIN @ WAN SENIK

Puan SHARIFAH DZAIN BT SYED YUSOF Jurutera Mekanikal Kanan

En. MOHD HAIRIE BIN ABDUL HALIM Jurutera Mekanikal

En. MOHAMAD HAFEZ BIN KHAIRAN Jurutera Mekanikal

En. MOHD ZAMRI BIN ABD MANAF Jurutera Mekanikal

En. OSMAN BIN ABDUL WAHID Jurutera Mekanikal

En. ABDULLAH MUTTAQIN BIN Jurutera Mekanikal

ADAM SHUKRI

Ir. ABDUL QAYYUM BIN ABDUL HALIM Jurutera Mekanikal

En. WAN MOHD SULHANIZAN BIN Penolong Jurutera Mekanikal Tertinggi

WAN SULAIMAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

KANDUNGAN

KATA-KATA ALUAN ….. ………………………………………..……..i

PENGENALAN…………………………………………………………....ii

KES-KES FORENSIK

a. SISTEM PENYAMAN UDARA…………………………………1

b. SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN…………………………..29

c. SISTEM PEMAMPAT UDARA…………………………………32

PENGHARGAAN ….. ………………………………………..………….35

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

KATA-KATA ALUAN Terlebih dahulu saya bersyukur dan berterima kasih kerana penemuan-penemuan

siasatan forensik dapat kita jilidkan buat kali keduanya di dalam Naskah

Kompilasi Ringkasan Kes-kes Forensik Perkhidmatan Mekanikal Di Dalam

Bangunan untuk dijadikan pembelajaran dan pengajaran serta rujukan kepada

kita semua.

Naskah ini merupakan kompilasi bagi penemuan siasatan forensik yang

melibatkan sistem mekanikal di dalam bangunan dan ianya diterbitkan bertujuan

untuk dijadikan iktibar kepada semua di dalam merekabentuk, memasang dan

menyenggara sistem mekanikal di dalam bangunan.

Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung di dalam menjayakan penerbitan buku ini. Semoga naskah ini dapat

memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.

Ir. GOPAL NARIAN KUTTY JMW,AMN.

Pengarah Kanan

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Ibu Pejabat JKR Malaysia.

i

PENGAJARAN

Proses merekabentuk dan

pembekalan sistem pemampat

udara perlu mengambil kira

keperluan sebenar dari pihak

pelanggan

Kaedah penyenggaraan perlu

dilaksana dengan betul dan ber-

jadual sebagaimana yang disyor-

kan oleh pihak pengeluar

Berdasarkan kepada keperluan udara yang tinggi

oleh peralatan-peralatan di Bilik Bersih AIT, satu

sistem pemampat baru (dengan mengambilkira

keperluan dari pihak pelanggan) dicadang untuk

dibekalkan khusus bagi peralatan Vibration Test

System (disebabkan peralatan ini beroperasi

selama 24 jam tanpa henti)

Kerja-kerja penyenggaraan perlu dilaksana mengi-

kut amalan kejuruteraan yang baik sepertimana

yang disyor atau ditetapkan oleh pihak pengeluar

Pelincir berfomulasi khusus yang berupaya ber-

fungsi pada suhu lampau seharusnya digunakan

kerana ianya mempunyai kitaran hayat yang lebih

panjang serta melambatkan pembentukan acidic

byproduct yang berpotensi untuk menghakis dan

merosakkan bahan-bahan logam di dalam pemam-

pat

CADANGAN PENYELESAIAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 34

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

KES 20 : KEGAGALAN SISTEM PEMAMPAT UDARA

PUNCA

Pemampat udara jenis rotary

screw compressor tidak mencapai

tekanan 8 Bar (tolok) yang diper-

lukan untuk mengoperasikan

peralatan di Bilik Bersih AIT di

samping sering mengalami kero-

sakan hingga mengganggu operasi

Sistem pemampat udara yang

terdiri dari dua (2) unit

berkeupayaan 30 HP, Tekanan

Maksima 7.5 Bar (3.75 LPM)

dengan Pengandung Udara 2.0m³

digunakan untuk menyediakan

tekanan bagi mengoperasikan

beberapa peralatan seperti Elec-

tromagnetic Compatibility Cham-

ber (EMC), Vibration Test System,

Thermal Vacuum Chamber dan

Reverberation Chamber

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Sistem pemampat yang dipasang adalah di bawah

(under size) kapasiti keperluan sebenar

Kerosakan permukaan screw rotor yang berpunca

dari kegagalan pelinciran yang digunakan semasa

kerja penyelenggaraan telah memberi kesan

kepada keupayaan pemampat

Terdapat kebocoran berlaku pada penyambungan

hose udara di panel kawalan peralatan

33

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

PENGENALAN

Naskah Kompilasi Ringkasan Kes-kes Forensik Perkhidmatan Mekanikal

Dalam Bangunan merupakan kompilasi penemuan siasatan forensik yang

melibatkan sistem mekanikal di dalam bangunan. Kompilasi kes forensik ini

diambil daripada laporan forensik yang dilaksanakan di sepanjang tahun 2016

yang dikeluarkan oleh Bahagian Pakar Forensik, Bunyi & Senggara dan

Bahagian Pakar Penyaman Udara & Perlindungan Risiko Kebakaran, Cawangan

Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR.

Objektif penerbitan naskah ini adalah untuk dijadikan panduan dan contoh

pengajaran serta rujukan di dalam pengendalian sistem mekanikal di dalam

bangunan.

Sebanyak dua puluh (20) bilangan kes forensik yang telah dilaksanakan pada

sepanjang tahun 2016 yang melibatkan sistem penyaman udara, sistem

pencegah kebakaran dan sistem pemampat udara.

ii

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SISTEM PENYAMAN UDARA

1

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SISTEM PEMAMPAT UDARA

32

KES 19 : PEMERIKSAAN PAIP

AIR BAGI SISTEM HOSE REEL

CADANGAN PENYELESAIAN

Aliran air kelihatan keluar dari

rekahan dinding parit yang berada

di bawah lapisan apron

Pemeriksaan dan penilaian

teknikal ke atas sistem Pencegah

Kebakaran jenis hose reel beriku-

tan terdapatnya kesan-kesan

perpaipan di bawah tanah telah

pecah berkemungkinan oleh

faktor mendapan tanah yang agak

ketara di sekitar bangunan

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Membuat perubahan laluan paip yang asal

kepada laluan paip yang baru (bypass piping).

Laluan baru dicadangkan dipasang secara above

ground (expose) memandangkan berlaku

pemendapan tanah terlalu ketara di sekitar

bangunan tersebut

Tanah di sekitar bangunan

merupakan tanah gambut yang

terdedah kepada pemendapan dan

mengakibatkan kebocoran paip

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

PUNCA

31

PENGAJARAN

Struktur dan jenis tanah perlu diperiksa terlebih

dahulu sebelum keputusan menanam paip di

bawah tanah dibuat

Sebelum menempatkan paip di bawah tanah,

periksa dan pastikan jenis tanah supaya

pemendapan tanah tidak berlaku

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

KES 1 : KEBAKARAN TIGA (3)

BUAH CONDENSING UNIT

PUNCA

Tiga (3) buah Condensing unit

(outdoor unit) alat penyaman

udara jenis berasingan telah

terbakar

Alat penyaman udara

(condensing unit) yang terbakar

beroperasi di luar waktu pejabat

iaitu setelah sistem penyaman

udara berpusat berhenti

beroperasi. Pemasangan alat

penyaman udara berasingan ini

telah dilaksanakan pada tahun

2014. Spesifikasi alat penyaman

udara yang terbakar adalah

seperti berikut :

a. Spesifikasi Penyaman Udara 1 & 2

Jenis Indoor Ceiling Cassette

Kapasiti Indoor 30, 000 Btu/hr

Kapasiti Outdoor 28, 000 Btu/hr

b. Spesifikasi Penyaman Udara 3

Jenis Indoor Wall Mounted

Kapasiti Indoor 20,000 Btu/hr

Kapasiti Outdoor 20,000 Btu/hr

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Kapasiti outdoor unit bagi penyaman udara jenis

ceiling cassette adalah lebih rendah dari indoor unit

yang dipasang. Jenis outdoor unit dan indoor unit

yang berlainan saiz adalah tidak mengikut spesifi-

kasi pembekal

Susunan ketiga-tiga outdoor unit ini adalah secara

stacking menegak dengan udara dihalakan keluar

bangunan menggunakan ducting (bagi dua outdoor

unit di sebelah atas) dan hembusan udara ini

dihadang oleh ventilation grille yang menyebabkan

berlaku fenomena short circuit

2

PENGAJARAN

Kaedah pemasangan sistem

penyaman udara perlu mengi-

kut spesifikasi yang telah

ditetapkan oleh pihak penge-

luar

Fenomena short circuit menjadi

punca kepada high amp (over

current) yang memanaskan

sistem pendawaian hingga

menyebabkan berlakunya keba-

karan Kaedah pemasangan alat penyaman udara

terutama outdoor unit perlu dilaksana

mengikut amalan kejuruteraan yang baik serta

sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak

pembekal

Outdoor unit perlu dipasang di lokasi yang

lebih sesuai bagi memastikan pengudaraan

bagi setiap outdoor unit adalah mencukupi

Kerja-kerja penyenggaraan yang sempurna

secara berkala/ berjadual perlu dilaksanakan

Memasang Circuit breaker yang bersesuaian

kerana pemasangan circuit breaker yang sesuai

dapat memutuskan litar sebelum kebakaran

terjadi

CADANGAN PENYELESAIAN

Lokasi ketiga-tiga outdoor unit ini dipasang di

dalam ruang yang sempit dengan pen-

gudaraan yang tidak mencukupi serta ter-

dapat aliran balik udara panas yang dilepas-

kan oleh outdoor unit (sebelah bawah) me-

nyebabkan berlakunya fenomena short cir-

cuit

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 3

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

KES 18 : PEMERIKSAAN

SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN

PENEMUAN

Sistem Penggera Kebakaran tidak

berfungsi dengan sempurna

Sistem telah berusia lebih 18

tahun dan tidak pernah dinaik

taraf

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Addressable Main Fire Alarm Panel

tidak berupaya untuk mengesan

sebarang isyarat tindak balas

daripada alat pengesan penggera

Mimic panel yang menunjukkan

kedudukan dan lokasi alat peng-

gera yang aktif tidak berfungsi

Keadaan sistem pendawaian pada

Addressable Fire Alarm System

pada Main Fire Alarm Panel tidak

teratur dan berselirat

Sistem penggera kebakaran diganti baru me-

mandangkan sistem sedia ada tidak berfungsi

dengan baik dan tidak dapat berkomunikasi

dengan peralatan penggera

CADANGAN PENYELESAIAN

PENGAJARAN Memerlukan perancangan bajet secara

komprehensif dalam perancangan jabatan untuk

memastikan keperluan kerja naik taraf bagi

sistem mekanikal dapat dilaksanakan sekiranya

sistem telah melangkaui jangka hayat

30

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN

29

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

PUNCA

PENGAJARAN

KES 2 : MASALAH

PERTUMBUHAN KULAT

CADANGAN PENYELESAIAN

Terdapat pertumbuhan kulat di

bahagian dinding dan siling di

sesetengah ruang di dalam

bangunan terutama di tingkat 1

Bangunan ini beroperasi

menggunakan sistem Air Cooled

Chiller dengan Fan Coil Unit (FCU)

Terdapat juga penambahan Air

Cooled Split Unit pelbagai

kapasiti yang ditambah sendiri

oleh pihak pelanggan

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Merekabentuk semula sistem penyaman udara

berdasarkan keperluan operasi 24 jam sehari

dengan suhu yang rendah

Menutup semua ruang kemasukan udara luar

ke dalam ruang siling di samping penukaran

jenis siling kepada insulated ceiling

Menukar jenis dinding yang rosak kepada

dinding baru dengan bahan yang bersesuaian

Suhu yang rendah dan

kelembapan udara yang tinggi

berpunca dari sistem beroperasi

24 jam sehari dan juga terdapat

kemasukan udara luar ke dalam

ruang siling

Chiller beroperasi dalam keadaan

flow switch dan temperature

probe yang rosak

Pengoperasian sistem penyaman

udara perlu menepati standard

yang ditetapkan

Kerja-kerja penyenggaraan yang

sempurna perlu dilaksanakan

4

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

PUNCA

KES 3 : MASALAH KULAT DAN SUHU TINGGI SISTEM PENYAMAN UDARA

Masalah suhu tinggi di Klinik

Pergigian tingkat 1 dan Ruang

Menunggu Pengimejan

Terdapat kulat di dinding luar bilik

Vaksin

Masalah kelembapan bandingan

(RH) tinggi di Stor Ubat

Bangunan ini menggunapakai

pelbagai jenis sistem penyaman

udara antaranya Air Cooled Split

Ducted, Fan Coil Unit dan Air Cooled

Split Unit

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Bacaan purata udara bekal kurang

daripada rekabentuk disebabkan

oleh adjustable return air damper

dicekik (throttled)

Terdapat satu unit condenser tidak

berfungsi (tripped)

Terdapat bilik yang beroperasi 24

jam (melebihi waktu operasi

rekabentuk) menyebabkan dinding

luar mengalami kondensasi dan

seterusnya pembentukan kulat

berlaku

Terdapat kemasukan udara luar

menerusi pitch roof ke dalam ruang

siling

5

Kondensasi pada penyambungan tebatan ducting

PENGAJARAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Rekabentuk dan pemasangan

sistem penyaman udara perlu

mengikut spesifikasi, standard dan

amalan kejuruteraan yang baik

Pembaikan duct joint, pemasangan semula

duct seal, duct rerouting dan pengalihan heat

recovery wheel perlu dilakukan

Pemasangan power regulator dan

reprogramming BAS perlu dilakukan

Pembaikan duct joint, pemasangan semula

duct seal dan penukaran HEPA filter perlu

dilaksanakan

Overheating protection dan air flow switch

perlu dipasang, perforated aluminium foil

sediada perlu ditukar kepada fire retardant

type, lokasi pemasangan smoke detector di

bahagian intake plenum AHU perlu diubah ke

exhaust duct dan saiz cable pendawaian

daripada control panel ke reheater perlu

ditukar dari 4 sq.mm kepada 6 sq.mm

28

KES 17 : MASALAH KELEMBAPAN BANDINGAN TINGGI DI

DEWAN BEDAH DAN STERILE STORE

CADANGAN PENYELESAIAN

Masalah kelembapan bandingan udara (RH) yang tinggi melebihi 70% di Operation Theatre 1 & Sterile Store

Bangunan Operation Theatre 1 &

Sterile Store menggunakan

sistem penyaman udara jenis Air

Cooled Chiller. Spesifikasi dan

keperluan rekabentuk adalah

21°C dan 50% ± 3% RH

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Penukaran valve actuator kepada jenis

modulating dan sambungan kepada chiller plant

DDC termasuk reprogramming diperlukan.

Automatic air release valve yang rosak perlu

ditukar baru. BAS juga perlu diset semula

kepada normal control valve operation

Condenser perlu dicuci bagi menurunkan

condenser fouling factor dan seterusnya

meningkatkan prestasi chiller. Temperature

sensor perlu dikalibrasi di semua chiller

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

Kadar alir chilled water yang

rendah

Suhu chilled water di luar suhu

rekabentuk

Kadar udara bekal rendah dari AHU

Sistem kawalan AHU yang tidak berkesan bagi mengawal suhu ruang dan relative humidity (RH)

Kadar udara bekal rendah dari FCU

Terdapat risiko kebakaran pada main supply duct

PUNCA

27

Terdapat refrigerant pipe dan

ducting udara bekal yang tidak dite-

bat dengan sempurna menyebabkan

kondensasi berlaku di beberapa

tempat di dalam siling

PENGAJARAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Pemasangan peralatan penyaman

udara perlu mengikut standard

yang ditetapkan

Rekabentuk envelop bangunan

perlu diperbaiki supaya tiada

ruang yang terbuka (air tight

building) bagi mengelakkan

penyusupan udara berlaku

CADANGAN PENYELESAIAN

Melaras bukaan adjustable return air damper

pada AHU sehingga bacaan aliran udara

(CFM) mencapai rekaan rekabentuk

Melakukan air balancing secara menyeluruh

Kerja-kerja penyenggaraan yang sempurna

perlu dilaksanakan termasuk membaiki

kerosakan condenser unit

Mengkaji semula penggunaan siling gantung

dan binaan dinding khas bagi bilik yang

beroperasi menggunakan penyaman udara

selama 24 jam

Menutup dan memperkemaskan

pemasangan artificial slab dengan sempurna

di dalam ruang siling yang menyebabkan

kemasukan udara luar menerusi pitch roof ke

dalam bangunun

Menyelaras semula operasi exhaust fan

supaya berfungsi mengikut kesesuaian

Melaras suhu operasi sistem penyaman

udara mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Melakukan pemeriksaan terperinci terhadap

refrigerant pipe dan ducting udara bekal bagi

memastikan ianya ditebat dengan sempurna

6

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

PUNCA

KES 4 : MASALAH

PERTUMBUHAN KULAT

Terdapat pertumbuhan kulat di

bahagian dinding (dry wall), tiang

dan siling di sesetengah ruang di

dalam bangunan

Bangunan ini beroperasi

menggunakan penyaman udara

jenis water cooled chiller dan fan

coil unit

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Terdapat kemasukan udara luar

menerusi exhaust grill yang

sentiasa terbuka. Udara luar ini

masuk melalui exhaust air duct

menerusi liang udara yang

terdapat di antara glass panel,

frame dan louvers

Terdapat juga kemasukan udara

luar melalui bukaan akibat crack

dan seal yang tidak kedap udara di

sekeliling panel kaca dan louvers

Bilik AHU tidak ditutup

sepenuhnya sehingga ke slab hing-

ga membenarkan udara luar ma-

suk bercampur dengan return air

hingga menyebabkan kondensasi

berlaku

7

PENGAJARAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Proses merekabentuk sistem penyaman udara berpusat dan kaedah pemasangannya perlu mematuhi amalan kejuruteraan yang baik

Jarak pemasangan gril udara terlalu dekat iaitu 1.5 meter (5 kaki) di antara satu sama lain telah menyebabkan berlakunya pertindihan drop daripada kedua-dua gril hingga menyebabkan berlakunya tompok sejuk yang boleh mengakibatkan berlakunya pertumbuhan kulat di ruang koridor

Rekabentuk sistem penyaman udara tidak mempertimbangkan faktor lokaliti di mana kedudukan geografikal tapak yang kurang tiga kilometer dari zon laut serta terdedah kepada monsun memberi kesan keadaan ambient di sekitar bangunan. Suhu dan kelembapan (ambient condition) di luar bangunan adalah 23.36°C – 26.27°C dengan purata kelembapan bandingan 84%

Berlaku infilteration di ruang koridor disebabkan oleh koridor tersebut menjadi laluan keluar masuk kakitangan dan pelajar

Melaksanakan air balancing pada sesalur agihan udara sistem penyaman udara berpandukan spesifikasi yang telah direkabentuk

Menggantikan penggunaan 4- way diffuser yang telah dipasang terlalu dekat dengan dinding dengan 2-way atau 3-way diffuser mengikut kesesuaian keadaan

Menjarakkan kedudukan pemasangan di antara gril udara bagi mengelakkan berlakunya pertindihan drop

Menyemak semula saiz dan pemilihan AHU sedia ada dengan mempertimbangkan faktor lokaliti

Memastikan semua bukaan, tingkap dan pintu di dalam ruang koridor sentiasa ditutup semasa sistem penyaman udara sedang beroperasi

CADANGAN PENYELESAIAN

26

KES 16 : MASALAH PERTUMBUHAN

KULAT

PUNCA

Pembentukan kulat di dinding ru-ang koridor tingkat bawah, tingkat 1 dan tingkat 2 di Blok Pusat ICT dan Blok Bahasa Moden

Bangunan ini dioperasikan dengan tiga jenis sistem penyaman udara iaitu :

Water cooled chiller pada ruang-ruang koridor sahaja melalui AHU pada setiap tingkat. Penyaluran udara kepada zon-zon melalui sesalur manakala balik ke peralatan AHU secara ceiling return

Variable Refrigerant Volume (VRV) direkabentuk untuk bilik-bilik pegawai serta pensyarah, bilik-bilik kuliah dan makmal

Air Cooled Split unit digunakan bagi bilik-bilik teknikal yang beroperasi 24 jam seperti bilik server dan bilik SDF

Building Supervisory Sistem (BSS) mengawal operasi water cooled chiller sistem sahaja manakala bagi sistem VRV, BSS hanya melaksanakan pemantauan sahaja

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Air balancing tidak dilaksanakan dengan sempurna. Ini mengakibatkan agihan udara di dalam zon adalah tidak sekata dan melebihi spesifikasi rekabentuk. Kesannya menyebabkan keadaan yang sejuk di bawah spesifikasi rekabentuk serta meningkatkan kelemba-pan di zon-zon AHU sehingga melebihi 90%RH

Jarak pemasangan gril udara yang terlalu dekat dengan dinding iaitu 0.6 meter telah menyebabkan berlakunya spot cooling pada keseluruhan dinding koridor. Penggunaan 4-way diffuser di ruang koridor bersaiz 1.8 meter lebar adalah tidak sesuai kerana throw dan drop daripada gril udara dihalang oleh dinding hingga menyebabkan udara yang sejuk pegun (stagnant) dan menyebabkan kelembapan yang tinggi di sepanjang dinding koridor

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

25

Sistem BAS menunjukkan tempera-

ture sensor dan modulating valve

tidak berfungsi/mengalami kero-

sakan hingga menyebabkan bacaan

suhu menurun (dari suhu yang

ditetapkan)

PENGAJARAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Rekabentuk envelop bangunan dan

kaedah binaan perlu diperbaiki

supaya tiada ruang yang terbuka

(air tight building) bagi

mengelakkan berlakunya

penyusupan udara

Pengoperasian sistem penyaman

udara perlu menepati standard

yang ditetapkan

CADANGAN PENYELESAIAN

Menutup ruang yang menyebabkan kemasukan

udara luar ke dalam bangunan terutama pada

waktu malam (air tight building)

Membersih dan mengecat semula permukaan

dinding yang berkulat menggunakan cat anti

fungus dengan prosedur yang betul

Melaras suhu operasi sistem penyaman udara

berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan

8

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

PENEMUAN

KES 5 : PEMERIKSAAN PRESTASI

SISTEM PENYAMAN UDARA

Mengenalpasti prestasi sistem

penyaman udara berpusat

beroperasi seperti yang

direkabentuk dan berkeadaan

baik

Wad Diraja ini telah siap

sepenuhnya pada bulan Oktober

2010 namun tidak pernah

digunapakai

Bangunan ini beroperasi

menggunakan sistem Water

Cooled Chiller (AHU) dan

sesetengah tempat mengguna

pakai Air Cooled Split Unit

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Modulating valve bagi AHU tidak

berfungsi

Kondensasi terjadi pada opening

supply air main duct disebabkan

suhu permukaannya lebih rendah

dari Dew Point bilik AHU

Secara purata bacaan suhu dan

nilai kelembapan bandingan (RH)

adalah stabil dan berada dalam

julat yang diterima (berdasarkan

spesifikasi yang telah ditetapkan)

9

PENGAJARAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Proses merekabentuk sistem penyaman udara berpusat serta lokasi pemasangannya perlu mematuhi amalan kejuruteraan yang baik.

Binaan dinding plant room yang dibuat tanpa sebarang bahan penyerap bunyi (acoustic insulation material) di dalamnya telah menghasilkan reverberation noise dan tenaga bunyi ini terpindah semula ke lantai, paip chiller dan dinding yang bertentangan

Bunyi bingit yang dihasilkan oleh sistem penyaman

udara dari jenis water cooled chiller perlu dihalang

(isolate) secara keseluruhan melalui kaedah-

kaedah yang sesuai seperti cadangan berikut:

Menyediakan floating plant room untuk sistem chiller dan ancillary equipments secara keseluruhan (source and path treatment)

Rawatan akustik di bilik-bilik yang terganggu bunyi bising (receiver treatment – perlu dirujuk kepada pakar akustik)

Mengubah kedudukan bilik-bilik terlibat ke tingkat yang tahap kebisingan minima (space

management)

CADANGAN PENYELESAIAN

24

KES 15 : PEMERIKSAAN TAHAP KEBISINGAN SISTEM

PUNCA

Ketidakselesaan bunyi bising / bingit di ruangan bilik-bilik di tingkat 10

Bangunan ini dioperasikan dengan

sistem penyaman udara berpusat

dari jenis Water Cooled Chiller

yang ditempatkan di atas

bangunan dan berbumbung

Laporan Teknikal pertama (yang

dikeluarkan oleh Unit Pakar

Kawalan Bunyi dan Getaran,

Cawangan Kejuruteraan

Mekanikal pada tahun 2013) telah

mengesyorkan agar tiga unit

Chiller tersebut dibina dinding

beserta bahan penyerap bunyi

(acoustic insulation material)

untuk menjadi plant room bagi

mengurangkan kesan bunyi bising

yang tersebar melalui udara (air

borne noise) secara terus

Binaan dinding plant room telah

dilaksanakan tetapi binaan

dinding tersebut dibuat tanpa

sebarang bahan penyerap bunyi

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Bunyi bising yang mendatangkan gangguan pada pendengaran iaitu bunyi bingit (tonal sound) yang terhasil daripada sistem penyaman udara jenis water cooled chiller daripada komponen (screw compressor) yang beroperasi dan tersebar melalui:

Medium udara (air borne noise) – bunyi tersebar terus melalui udara sahaja

Medium solid (structure borne noise) – tenaga bunyi terpindah dari chiller and ancillary equipment (noise sources) ke sistem perpaipan dan sokongan chiller serta struktur bangunan seperti lantai, dinding, kerangka bumbung plant room dan seumpamanya yang kemudiannya tersebar melalui udara ke ruang bangunan

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

23

PENGAJARAN

CADANGAN PENYELESAIAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Menaiktaraf dan menukar modulating valve/

control valve bagi AHU

Menutup bukaan yang terdapat di dalam bilik

AHU bagi mengelakkan udara luar masuk

Merekabentuk semula jumlah angin bekal

mencukupi dengan memastikan nilai Air

Change per Hour dalam kadar 6 ke 10 ACH bagi

setiap bilik

Melaksanakan kerja-kerja Air Balancing bagi

memastikan keserataan jumlah angin

mengikut saiz bilik

Memastikan rekabentuk sesalur udara dan

kaedah pemasangan menepati amalan

kejuruteraan yang baik. Nilai ketebalan Insula-

tion of Ductwork adalah 25mm-40mm (PE

Foam laminated with Aluminium Foil)

Jumlah udara bekal tidak

mencukupi hampir di semua

tempat di dalam bangunan di

mana secara purata Analisa Kadar

Pertukaran Udara (Air Change per

Hour) adalah 2.5 ACH hingga 4 ACH

Terdapat pemasangan flexible duct

yang melebihi 1.5 meter

Terdapat pemasangan insulation

ducting dari jenis bahan fibre glass

dan jenis PE insulation

Pemasangan peralatan/ sistem

penyaman udara perlu mengikut

standard yang ditetapkan

Pihak pengguna perlu menitik

beratkan aspek penyenggaraan

supaya sistem dapat beroperasi

dengan baik dan dalam jangka

masa yang panjang

10

SIMPTOM

PUNCA

PENGAJARAN

KES 6 : MASALAH KONDENSASI

DI RUANG TANGGA

CADANGAN PENYELESAIAN

Masalah kondensasi dan kulat di

tangga

Bangunan ini mengalami masalah

kondensasi dan kulat yang teruk

di sekitar tangga kecemasan

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Menutup punca-punca kemasukan udara sejuk ke

dalam ruang tangga

Melakukan flushing udara lembab di ruang tangga

Membersihkan kulat pada dinding-dinding dalam

ruang tangga

Melaras suhu operasi sistem penyaman berdasar-

kan spesifikasi yang ditetapkan

Tetapan suhu pejabat di luar julat

yang disarankan

Penusupan udara sejuk (sistem

penyaman udara) dari lobi ke da-

lam ruang tangga

Kemasukan udara luar daripada

pintu kecemasan di lobi aras tanah

Pastikan semua pintu dan tingkap

di kawasan penyaman udara senti-

asa ditutup

LATAR BELAKANG

11

PENGAJARAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Proses merekabentuk sistem penyaman udara berpusat dan kaedah pemasangannya perlu mematuhi amalan kejuruteraan yang baik

22

KES 14 : PEMERIKSAAN PRESTASI

SISTEM PENYAMAN UDARA DI DEWAN

CADANGAN PENYELESAIAN

Ketidakselesaan suhu di Dewan Muktamar

Bangunan ini dioperasikan dengan

sistem penyaman udara berpusat

jenis Water Cooled Chiller dengan

dua unit Chiller berkapasiti 100RT

dan 105RT setiap satu serta satu

unit AHU berkapasiti 1,200,000 Btu/

hr

Kedua-dua unit chiller ini telah

dinaiktaraf (diganti baru) pada

tahun 2009 di mana sesalur udara

‘air side’ adalah dalam keadaan asal

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Merekabentuk semula jumlah udara bekal dan lokasi return air grille agar nilai ACH dalam kadar 20 ACH bagi Dewan Muktamar

Merekabentuk semula sesalur udara dan kaedah pemasangan menepati amalan kejuruteraan yang baik. Nilai ketebalan Insulation of ductwork adalah 25mm-40 mm (PE Foam Laminated with Aluminium Foil) untuk mendapatkan keseragaman air supply dan air throw yang mencukupi

Kerja-kerja air balancing perlu dilaksanakan bagi memastikan keserataan jumlah angin mengikut branch duct

Jumlah udara bekal yang dibekalkan adalah tidak mencukupi. Air change per hour (ACH) yang diperlukan untuk dewan adalah sebanyak 20 ACH berbanding ACH semasa iaitu 2.4 ACH sahaja

Terdapat pembalut sesalur udara yang terkoyak di beberapa tempat. Ini boleh menyebabkan ketidak seragaman air supply dan air throw yang mencukupi kepada penghuni di dalam dewan

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

PUNCA

21

KES 7 : PEMERIKSAAN DAN

KHIDMAT NASIHAT SISTEM PENYAMAN UDARA

PUNCA

Sistem penyaman udara jenis

water cooled chiller tidak

berfungsi sepenuhya

Usia sistem water cooled chiller

telah melebihi 15 tahun. Sistem

kerap mengalami kerosakan dan

tidak lagi digunakan melebihi 10

tahun

Jangka hayat peralatan

chiller termasuk chiller water

pump dan cooling tower

melebihi 15 tahun

Chiller mengalami kerosakan,

berkarat dan reput

Sistem pendawaian uzur dan

mereput

Motor pam tiada di lokasi

(telah ditanggalkan dan tidak

diganti)

Melaksanakan penggantian menyeluruh sistem

penyaman udara berpusat atau menggunapakai

sistem split unit sedia ada yang telah terpasang

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

CADANGAN PENYELESAIAN

Memerlukan perancangan bajet secara

komprehensif dalam perancangan jabatan untuk

memastikan keperluan kerja naik taraf bagi sis-

tem mekanikal dapat dilaksanakan sekiranya

peralatan telah melebihi jangka hayat

Kaedah penyenggaraan perlu dilaksana secara

berjadual sebagaimana yang disyorkan oleh

pihak pengeluar

PENGAJARAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 12

KES 8 : PEMERIKSAAN DAN KHIDMAT NASIHAT

SISTEM PENYAMAN UDARA

PUNCA

Sistem tidak beroperasi secara

optimum dan prestasi rendah

Pemeriksaan telah dijalankan untuk

mengenalpasti keadaan sistem

penyaman udara jenis Air Cooled

Chiller. Sistem tidak boleh

beroperasi secara optimum

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Terdapat kerosakan pada com-

presser dan sistem paip gas

penyejuk yang mengalami ke-

bocoran. Hanya terdapat satu unit

chiller yang beroperasi (50% da-

ripada total load)

Suhu di dalam chiller plant room

panas dan menjejaskan prestasi

penyejukan oleh condenser.

Menggantikan komponen sistem chiller yang rosak

dan memasang mechanical ventilation system

untuk meningkatkan kecekapan penyejukan oleh

condenser

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

CADANGAN PENYELESAIAN

PENGAJARAN

Pemahaman terhadap keperluan teknikal dalam

kerja senggaraan adalah amat penting untuk

memastikan sistem dapat beroperasi mengikut

jangka hayat berguna

Memerlukan pemahaman terhadap keperluan

rekabentuk ruang bagi sistem mekanikal dan

koordinasi projek yang berkesan dalam rekabentuk

sistem mekanikal

13

PENGAJARAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Proses merekabentuk sistem penya-man udara berpusat dan kaedah pemasangannya perlu mengikut standard yang ditetapkan dan mematuhi amalan kejuruteraan yang baik

Pemeriksaan terperinci sepanjang ducting udara bekal perlu dilaksanakan bagi mengenalpasti punca-punca kebocoran udara

Melaras suhu operasi sistem penyaman udara berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan

Hadangan terhadap fresh air dibuka supaya AHU dapat beroperasi seperti keperluan rekabentuk

CADANGAN PENYELESAIAN

20

KES 13 : MASALAH SISTEM

PENYAMAN UDARA DI DEWAN BEDAH

PUNCA

Sistem penyaman udara yang

dipasang di dewan bedah tidak

mencapai kriteria Clean

performance Test (CPT) di dalam

ISO Class 7 berdasarkan ISO 14644-

1

Dewan-dewan bedah tersebut

telah gagal di dalam kriteria

airborne particle count, room

differential pressure (Pa) dan

kadar tukaran udara (ACH)

manakala hanya menepati kriteria

suhu dan RH bilik

Bangunan ini menggunakan sistem

penyaman udara jenis Air Cooled

Chilled Package untuk Dewan Be-

dah 1 dan Dewan Bedah 2. Walau

bagaimanapun, sistem ini diganti-

kan dengan sistem Water Cooled

Pakage di Dewan Bedah 2 sahaja

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Kehilangan udara bekal yang ketara dalam AHU di Dewan Bedah 1. Perkara ini memberi indikasi terdapat kebocoran ducting daripada bilik AHU ke dewan bedah berkenaan

Tetapan suhu Dewan Bedah 1 adalah terlalu rendah iaitu 15°C

Pengubahsuaian yang dilaksanakan telah menutup laluan fresh air

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

19

KES 9 : PEMERIKSAAN

KEROSAKAN SISTEM PENYAMAN UDARA

PUNCA

Ruang bilik tidak sejuk

Pemeriksaan telah dijalankan

untuk mengenalpasti keadaan

sistem penyaman udara jenis Air

Cooled Chiller. Sistem didapati

tidak dapat beroperasi secara

optimum dan mengalami

kerosakan komponen

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Terdapat kerosakan kepada

komponen flow switch dan gauge.

Terdapat juga kebocoran paip

yang menyebabkan chiller tidak

berfungsi

Chiller 2 beroperasi dengan kapa-

siti beban sekitar 50 peratus saha-

ja disebabkan oleh kerosakan

compressor

Terdapat perbezaan bacaan pada

termometer berbanding chiller

control panel

Menggantikan komponen sistem chiller yang

rosak dan menjalankan kerja-kerja senggaraan

secara berkala/ berjadual sebagaimana yang

disyorkan oleh pihak pengeluar dan mengikut

amalan kejuruteraan yang baik

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

CADANGAN PENYELESAIAN

Pemahaman terhadap keperluan teknikal kerja-

kerja senggaraan secara pencegahan perlu dititik

beratkan untuk memanjangkan jangka hayat

peralatan

Kerja-kerja senggaraan hendaklah dilaksanakan

secara konsisten untuk mencapai jangka hayat

berguna yang sepatutnya

PENGAJARAN

14

KES 10 : PEMERIKSAAN

KEROSAKAN SISTEM PENYAMAN UDARA

CADANGAN PENYELESAIAN

Sistem Penyaman Udara tidak

dapat beroperasi dengan

optimum dan mempunyai

prestasi rendah

Pemeriksaan telah dijalankan

untuk mengenalpasti keadaan

dan prestasi sistem penyaman

udara di mana sistem penyaman

udara tersebut tidak dapat

beroperasi dengan optimum dan

mempunyai prestasi rendah

disebabkan telah melebihi jangka

hayat usia yang sepatutnya

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Menjalankan kerja-kerja penggantian sistem

penyaman udara secara menyeluruh disebabkan

sistem telah melebihi jangka hayat

Terdapat komponen yang telah

berkarat dan reput

Penukaran alat ganti sukar di

lakukan kerana kebanyakan

peralatan seperti menara

penyejuk telah melebihi jangka

hayat 20 tahun

Menara Penyejuk reput dan drain

basin mengalami kebocoran

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

PUNCA

PENGAJARAN Memerlukan perancangan bajet secara

komprehensif dalam perancangan jabatan untuk

memastikan keperluan kerja naik taraf bagi sistem

mekanikal dapat dilaksanakan sekiranya peralatan

telah melebihi jangka hayat

15

KES 12 :

KEROSAKAN PANEL AIR HANDLING UNIT (AHU)

CADANGAN PENYELESAIAN

Satu unit AHU telah mengalami

kerosakan di bahagian panel luar

Satu unit AHU yang membekalkan

udara sejuk mengalami kero-

sakan/ kegagalan iaitu kerangka

dan panel AHU tersebut akan

melentur/ melengkung ke dalam

sewaktu beroperasi

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Menukar unit AHU kepada unit yang baru pada

kapasiti yang sama dan memastikan pemasangan

dibuat mengikut spesifikasi pembekal

Panel telah melengkuk ke dalam

walaupun tidak beroperasi

Pemasangan blower fan terbalik

semasa peringkat pemasangan

AHU menyebabkan udara bekal

tidak mencukupi bagi kawasan

jauh

Memastikan pemantauan dan

pemasangan AHU yang betul

mengikut spesifikasi pembekal

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

PUNCA

PENGAJARAN

18

Suhu purata bagi sesetengah aras adalah terlalu tinggi dan ukuran air flow berada pada tahap yang tidak memuaskan

PENGAJARAN

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Sistem sedia ada telah melepasi jangka hayat dan perlu diganti dengan keperluan baru supaya lebih ekonomik dan penggunaan tenaga lebih efisyen dengan prestasi optimum

Memerlukan perancangan bajet secara komprehensif dalam perancangan jabatan untuk memastikan keperluan kerja naiktaraf bagi sestem mekanikal dapat dilaksanakan sekiranya sistem telah melebihi jangka hayat

Kerja-kerja pengubahsuaian pejab-at yang melibatkan sistem mekanikal perlu dirujuk kepada pihak Mekanikal serta mematuhi amalan kejuruteraan yang baik

Kaedah penyenggaraan perlu dil-aksana dengan betul dan berjadual sebagaimana yang disyorkan oleh pihak pengeluar

Sistem penyaman udara berpusat sedia ada tidak lagi ekonomi untuk diperbaiki dan disyorkan untuk ditukar baharu kepada sistem penyaman dari jenis Variable Refrigerantion Volume (VRV). Sistem ini di cadang untuk menggunakan riser aircond dan ruang siling sedia ada sebagai laluan refrigerant pipe dan menggunakan tapak Outdoor Unit dan AHU sedia ada bagi menempat-kan Outdoor Unit VRV ini

CADANGAN PENYELESAIAN

17

PUNCA

Sistem penyaman udara jenis air cooled chiller package telah rosak dan berhenti operasi selama dua (2) tahun

Pengubahsuaian pejabat telah me-nyebabkan return air yang terdapat di sisi bilik telah tertutup

KES 11 : MASALAH SISTEM

PENYAMAN UDARA TIDAK SEJUK

Sistem penyaman udara tidak

dapat membekalkan udara sejuk

kepada penghuni

Bangunan ini menggunakan sistem

penyaman udara jenis air cooled

chiller package. Sistem ini kerap

mengalami kerosakan sehingga

ianya tidak digunakan lagi serta

tidak ekonomi untuk diperbaiki

Terdapat sistem penyaman udara

jenis split unit dipasang tetapi ter-

tumpu kepada bilik-bilik tertentu

sahaja

BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SIMPTOM

LATAR BELAKANG

16