jabatan hal ehwal agama islam negeri …ekhutbah.ns.gov.my/upload/6657-jangan timbulkan... ·...

8
1 ڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو بهاوصن دارالخص سمبيلم نڬريم اسڬال إحول ا جابتن حاJABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAJUK : “JANGAN TIMBULKAN KEMURKAAN ALLAH 18 MAC 2016M / 9 JUMADA AL-AKHIRAH 1437H ٱل الِ ه لِ لُ مدَ ح: ُ لِ ائَ ق ﯿ(an-Nur :52) شَ أ نَ أُ دَ ه اَ ـَ لِ إَ ِ إَ ه َ ُ ُ هَ د ُ هَ لَ يكِ رَ شَ شَ أَ ، اً دَ مَ حُ مَ نَ أُ دَ ه بَ عُ هُ د ُ هُ ولُ سَ رَ مِ لَ سَ ِ لَ صَ مُ هَ ل . الِ هِ ى آلَ لَ عَ ٍ دَ مَ حُ ا مَ نِ دِ يَ ى سَ لَ ع صَ أَ ِ هِ ابَ ح ِ إِ م بُ هَ عِ بَ ن تَ مَ وَ ى يَ لِ إٍ انَ س. َ ينِ الدِ م عَ ا بَ مَ أ َ ادَ بِ ا عَ يَ ، فُ دِ هِ اتَ ُ تَ َ َ واُ َ تِ ، ا مُ نتَ أَ َ ِ إَ نُ وتُ مَ تَ َ ، س م. َ ن وُ مِ لSIDANG JUMAT YANG DIRAHMATI ALLAH , Khatib menyeru marilah bersama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Sesungguhnya melalui ketaqwaan kita dapat mengisi kehidupan dengan sifat-sifat yang baik dan

Upload: truonglien

Post on 13-Feb-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/6657-JANGAN TIMBULKAN... · perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. ... merogol dan sebagainya. 2. Pergaulan

1 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “JANGAN TIMBULKAN KEMURKAAN ALLAH ”

18 MAC 2016M / 9 JUMADA AL-AKHIRAH 1437H

ٱل

ه ال

ائل :حمد لل

ق

ىئ مئ حئ جئ ی ی ی ی ىئ ىئ ىئ

(an-Nur :52)

شن أ

هد أ

ا ل

ــإل

ه إل ه ده هلل

ريك ل

ش

ل

ش

أ ن محمدا ،

هد أ

ه دهعب رسول

م سل

هم صل ى آله . الل

عل ا محمد

دن

ى سي عل

ص أ ےحابه بعهم بإ

من ت ى يو

ين.سان إل

م الد

ما بع يا عباد هللأ

اتهد، ف

ت وا هلل نتم ے، ات

أ

ن إل

موت

ت

ل ،

س لمون.م

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Khatib menyeru marilah bersama-sama kita bertaqwa kepada Allah

dengan sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala

perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Sesungguhnya melalui

ketaqwaan kita dapat mengisi kehidupan dengan sifat-sifat yang baik dan

Page 2: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/6657-JANGAN TIMBULKAN... · perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. ... merogol dan sebagainya. 2. Pergaulan

2 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

menghindari diri daripada sifat-sifat yang keji dan tercela. Marilah kita

mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan dengan meningkatkan amal

ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah serta

menjalin-eratkan hubungan kita sesama manusia. Semoga, hidup kita

sentiasa dicucuri rahmat serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah di dalam surah Ali ‘Imran petikan ayat 103:

ڃڃڃچچ

ڦڄڄڄڄڃڃ

Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada agama

Allah, dan janganlah berpecah belah”.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk

“JANGAN TIMBULKAN KEMURKAAN ALLAH ”.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,

Kita hidup di dunia ini atas kehendak dan ketentuan Allah yang telah

memberi nikmat kehidupan, keseronokan pergaulan, kesejahteraan,

keamanan, keharmonian dan sebagainya. Namun adakalanya kita

terlupa malah leka atas segala peringatan dan amaran Allah kepada

kita yang mengingkari petunjuk-Nya. Sejak zaman para Nabi sehingga

sekarang, manusia, iaitu hamba Allah yang dicipta untuk menjadi

khalifah di bumi ini sering ingkar dan menimbulkan kemurkaan Allah .

Ketika zaman Nabi Musa , Firaun menentang dan tidak mahu

beriman kepada Allah . Menidakkan kekuasaan Allah sehingga

Page 3: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/6657-JANGAN TIMBULKAN... · perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. ... merogol dan sebagainya. 2. Pergaulan

3 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

membawa kepada kehancuran. Zaman Nabi Nuh pula, beliau

berdepan dengan keingkaran anak, isteri dan pengikut-pengikutnya

sehingga membawa kepada kebinasaan. Manakala pada zaman

Rasulullah , ramai dalam kalangan orang yang mengingkari keta’atan

kepada Allah dan Baginda Rasulullah telah ditimpa bencana.

Gambaran ini jelas diperlihatkan oleh Allah dalam al-Quran untuk

memberi peringatan terhadap kekuasaan-Nya. Kita masih terus-terusan

melakukan dosa dan maksiat, kita dilarang keras menyekutukan Allah

tetapi masih ada yang membiarkan aqidah masing-masing rosak dan

dicemari dengan perlakuan syirik.

Allah telah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang ingkar

sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat 124-127 surah Thaha:

ی ی ىئ ىئ ىئ ېئ ېئ ېئ ۈئ ۈئ ۆئ

ٻ ٻ ٱ مب خب حب جب يئ ىئ مئ حئ جئ ی ی

ٺ ٺ ٺ ٺ ڀ ڀ ڀ ڀ پ پ پ پ ٻ ٻ

ٹ ٹ ٹ ٿ ٿ ٿ ٿ

Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada

ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya

kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari qiamat

dalam keadaan buta”. Dia berkata: “Wahai Tuhanku! Mengapakah

Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulu

Page 4: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/6657-JANGAN TIMBULKAN... · perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. ... merogol dan sebagainya. 2. Pergaulan

4 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

celik?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-

ayat keterangan Kami kepada kamu, lalu engkau melupakan serta

meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta

ditinggalkan.” Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui

batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan

demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Tidak wajar kita nafikan bahawa segala perkara yang menjadi punca

kemurkaan Allah semakin banyak berlaku dalam masyarakat kita

pada hari ini. Antaranya ialah:

1. Berlaku kemungkaran dan kemaksiatan seperti perbuatan

membunuh, mencuri, merompak, merogol dan sebagainya.

2. Pergaulan bebas semakin berleluasa dalam kalangan anak-anak

muda sehingga mencetuskan perlakuan zina yang membawa

kepada kelahiran bayi. Lebih menyedihkan kebanyakan bayi ini

dibuang tanpa rasa bersalah.

3. Berlaku penderhakaan anak-anak kepada ibu bapa, isteri kepada

suami dan seumpamanya. Malah ada dalam kalangan anak-anak

yang menjalani kehidupan mewah tidak memperdulikan ibu bapa

dan sanggup meninggalkan mereka terbiar di rumah orang-orang

tua atau pusat-pusat kebajikan. Manakala suami isteri pula bebas

melakukan kecurangan terhadap pasangan masing-masing. Ada

juga ibu bapa yang tidak ambil peduli terhadap anak-anak dan

tidak melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Page 5: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/6657-JANGAN TIMBULKAN... · perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. ... merogol dan sebagainya. 2. Pergaulan

5 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

4. Amalan rasuah semakin menjadi-jadi, sama ada berlaku di

peringkat bawahan mahu pun peringkat atasan. Kekuasaan yang

dimiliki oleh seseorang individu di dunia ini semakin

disalahgunakan.

5. Pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan telah

mengundang fenomena gila-gila kepada anak-anak muda

khususnya. Melampau dalam memuja seseorang sehingga tidak

mengendahkan teguran dan nasihat pihak berkuasa agama.

6. Kemunculan pihak-pihak yang bersandar di sebalik Islam untuk

menegakkan pendirian mereka berkaitan hak institusi agama

semakin membimbangkan. Wujudnya sekumpulan 25 orang yang

menggelarkan diri mereka ‘muslim moderate’ secara terbuka

menjelaskan pendirian mereka dan sanggup berdebat berhubung

sistem perundangan Malaysia, hak institusi agama, perkara

berkaitan hukum fiqh dan perkara yang menyentuh sensitiviti umat

Islam.

SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,

Kehidupan kita sebagai hamba di dunia ini akan lebih indah jika kita

mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat. Umat Islam yang

beriman wajib mengetahui mengapa Allah murka kepada hamba-Nya.

Pertama : Kita tidak menggunakan anugerah yang diberi untuk

memahami keterangan-keterangan ayat-ayat Allah tentang perintah

dan larangan-Nya. Diberi anugerah mata tidak digunakan untuk melihat

bukti kebesaran dan keagungan Allah . Diberi telinga pula tidak mahu

patuh mendengar ajaran dan nasihat Allah dan Rasul-Nya.

Page 6: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/6657-JANGAN TIMBULKAN... · perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. ... merogol dan sebagainya. 2. Pergaulan

6 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 179:

ڀ ڀ ڀ پ پ پ پ ٻ ٻ ٻ ٻ ٱ

ڤ ٹ ٹ ٹ ٹ ٿ ٿ ٿ ٿ ٺ ٺ ٺ ٺ ڀ

ڄ ڦ ڦ ڦ ڦ ڤ ڤ ڤ

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan penghuni neraka

Jahannam banyak daripada kalangan jin dan manusia yang mempunyai

hati yang tidak (mahu) memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan

mempunyai mata yang tidak (mahu) melihat dengannya (bukti

kekuasaan Allah), dan mempunyai telinga yang tidak (mahu) mendengar

dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternakan,

bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Kedua : Tidak mensyukuri nikmat-nikmat yang telah dikurniakan

oleh Allah kepada kita. Seronok menerima tetapi sebaliknya tidak

mahu memberi balas.

Kesan daripada menimbulkan kemurkaan Allah ini bukan sahaja

menimpa diri individu, malah turut membawa akibat yang besar kepada

anak, isteri, kerabat, tetangga, masyarakat dan juga kepada bumi

negara yang kita cintai ini. Justeru, marilah terus mempertahankan

akidah di samping menguatkan keimanan dan ketaqwaan kerana

dengan kekuatan iman dan taqwa, Allah akan memberi ganjaran

yang paling besar di sisi-Nya.

Page 7: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/6657-JANGAN TIMBULKAN... · perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. ... merogol dan sebagainya. 2. Pergaulan

7 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Kehidupan seharian kita perlu kepada panduan dan peraturan.

Melaluinya kita akan mencari yang betul serta mengikut yang lurus dan

terbaik. Rasulullah seharusnya dijadikan contoh dalam kita mengurus

kehidupan di dunia untuk mendapatkan kejayaan di akhirat. Segala

tunjuk ajar dan larangannya perlu diikuti dan dipatuhi sebagaimana

firman Allah dalam surah al-Hasyar petikan ayat 7:

ھ ھ ھ ھ ہ ہ ہ ہ ۀ ۀ ڻ ڻ ڻ ڻ.......

ۓ ے ے

Maksudnya: .......dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah

kepada kamu maka ambillah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang

kamu melakukankannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah

kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amat berat azab siksa-Nya

(bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).

Hamba-hamba Allah, marilah segera bertaqwa dan menta‘ati Allah .

Laksanakan segala perintah dan tinggalkan larangan-Nya. Ingatlah

apabila manusia leka dan membiarkan kemaksiatan bermaharajalela, itu

merupakan isyarat bahawa kehancuran semakin menghampiri. Kita tidak

lepas daripada melakukan kemungkaran, namun Allah sentiasa

membuka ruang dan peluang kepada kita untuk bertaubat dan memohon

keampunan agar beroleh kebahagiaan.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sekali lagi kita saling ingat

mengingatkan agar kita tidak melakukan perkara yang berikut:

Page 8: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/6657-JANGAN TIMBULKAN... · perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. ... merogol dan sebagainya. 2. Pergaulan

8 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

Pertama : Menyekutukan Allah .

Kedua : Mengkufuri nikmat Allah .

Ketiga : Bersangka buruk dengan Allah .

Keempat : Menimbulkan kemurkaan Allah .

Kelima : Berputus asa dengan ujian Allah .

Firman Allah dalam surah as-Sajadah ayat 22:

ٹ ٹ ٿ ٿ ٿ ٿ ٺ ٺ ٺ ٺ ڀ ڀ ڀ

ٹ ٹ

Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi

ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling (dan tetap

mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas orang-orang

yang berdosa (apalagi orang-orang yang lebih zalim).

م ك

بارك هللا لي ول

ر في ال

ق

م ءان ال

اك عني وإي

ف

ا فيه من بم عظيم، ون

ال ك

ك وال يا

م ر ال

ي ومنك

كل من ب

ق

ميع حكيم، وت ه هو الس

ه إن

وت

تل

و ال

ول ق

ق

عليم، أ س

ا وأ

لي ه

غ

ت

م فر هللا ال

ك

ئر عظيم لي ول

، ولسا

ال س

وال

لمين س

، وال لما

ؤ

منين

وال

ؤ اس

، ف ا

من

غ

يات

و فروه ف

ف

ز

ال س

غ

ت

ا الت

جاة

.فرين ويا ن

ئبين