pergaulan dalam islam

17
PERGAULAN dan batas-batasnya di dalam Islam CTU 101

Upload: nasrul-fazmi

Post on 24-Sep-2015

189 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Pergaulan dalam islam

TRANSCRIPT

Slide 1

PERGAULAN dan batas-batasnya di dalam IslamCTU 101PEGAULAN DALAM ISLAMMANUSIA PERLU MEMELIHAHARA 2 BENTUK HUBUNGAN, IAITU HUBUNGAN DENGAN ALLAH (HABLUMMINALLAH) DAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA ( HABLUMMINANNAS )Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup keseorangan , seperti mana Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan saling bergantungan untuk meneruskan survival kehidupan.

Dalam Islam, konteks pergaulan adalah cukup luas dan mencakupi segenap aktiviti harian kita seperti dalam urusan jual beli, kerja,belajar,perubatan,penyaksian di mahkamah dan sebagainya.PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA BUKAN MUHRIMMENUNDUKKAN PANDANGANTidak melihat aurat / memandang dengan pandangan syahwat / bukan pandangan yang liar. Pandangan pertama dimaafkan, namun jangan pula disusuli dengan pandangan kedua dan ketiga kerana ianyaharamMENJAGA AURAT DAN KEHORMATAN

Berpakaian sopan menurut syarak, iaitu tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan tudung dilabuhkan melebihi paras dada. Tidak salah berfesyen asalkan menepati standard piawaian pakaian IslamHayati pemakaian kita di dalam solat. Sebagaimana kita berpakaian sempurna semasa mengadap Allah, mengapa tidak kita praktikkan dalam kehidupan di luar? Sekiranya mampu, bermakna solat yang didirikan berkesan dan berupaya mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan akan hadir di antara keduanya yang ketiga iaitu iblis.Pertemuan perlulah di tempat awam bukan di kawasan yang tersorok daripada pandangan ramai. Ini penting bagi mengelakkan fitnah dan menghindarkan daripada terpedaya dengan hasutan syaitan supaya melakukan perkara-perkara maksiat

TIDAK BERDUA DUAAN ANTARA LELAKI DAN WANITATIDAK MELUNAKKAN PERCAKAPAN

Elak perkataan merayu,menggoda ,merangsang keinginan,keji,lucah mahupun perkatan sia-sia/gurauan berlebihanLunakkan suara berbeza dengan merendahkan suara . Lunakkan suara diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang lain.

Elakkan bersentuhan, berpegangan, bergesel, bertepuk-tampar dan sebagainya.

TIDAK BEERSENTUHAN ANTARA LELAKI DAN WANITA BUKAN MUHRIMTIDAK MENGENAKAN WANGI WANGIAN DAN PERHIASAN YANNG MENARIK PERHATIANSiapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium banunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina.MENGAWAL PERGERAKAN BADANElakkan dari melakukan gerakan manja atau gerakan yang boleh menarik perhatian orang lain. Bersederhana dalam pergaulan dan jaga adab dan tertib sebagai seorang IslamPERBUATAN MANUSIA PADA HARI INI

PENEKANAN ASPEK PERGAULAN DALAM ISLAMDalam perkara ini, Islam menekankannya bermula daripada sistem pendidikan di rumah lagi bagi membiasakan anak-anak memahami dan menghayati serta mempraktikannya dalam kehidupan. Mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan wanita yang telah mencapai umur 10 tahun.Mengajarkan pada anak-anak yang telah baligh supaya meminta izin masuk dalam tiga waktu iaitu sebelum Solat Subuh / tengahari dan selepas Isyak (tidak ganggu dan elak lihat aurat)Mengawal aktiviti anak-anak (keluar/ kawan-kawan/internet dan TV

TIPS-TIPS PERGAULAN CEMERLANG DALAM ISLAMBersangka baikMurahkan senyumanLahirkan simpati dan empatiSebarkan salamPamerkan kasih sayangLatih diri ingat name kawanHormati pandangan orang lainMinta maaf dan sedia memaafkanTepati janjiMendoakan kebahagian orang lain

ELAKKAN Menyakiti hati orang lain Gurauan melampaui batas Memperkecilkan orang lain Bercakap kasar (sekalipun bergurau) Mempamerkan riak wajah tidak selesa atau tidak suka

KESIMPULANa) Bergaullah dengan cara yang baik dan mengikut batasan syarak kerana apa yang dianjurkan Islam adalah untuk maslahah atau kebaikan kita juga.b) Ikhtilat yang diharamkan seperti bercouple, berdating,bersentuhan dan sebagainya wajar dihindari.c) Sekiranya kita menjaga Allah, Allah akan menjaga dan memelihara diri kita.d) Pilih kawan yang baik (Manusia itu mengikut agama kawannya)

SEKIAN