pergaulan bebas

33
1.0 PENDAHULUAN Pergaulan dalam konteks Islam di mana di dalam dunia ini, Allah s.w.t. telah menciptakan dua kaum yang berbeza jantina iaitu lelaki dan perempuan. Dia juga telah mencipta syariat untuk mereka. Dalam syariat Islam ada sesetengah hukum atau syariat yang berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada juga yang tidak berbeza. D dalam kehidupan ini dalam melaksanakan sesuatu tugasan pastinya akan berlakunya pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan di dalam bahasa Arab disebut ‘Ikhtilat’ yang berasal dari kalimah ‘khalata yakhlutu khaltan’ yang bereti bercampur. Melalui konteks ini, pergaulan bermaksud bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang dah berkahwin), di suatu tempat yang berlaku interaksi dalam bentuk pandang memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bermakna berlaku antara tiga orang atau lebih.(Dr. Sayyid Muhammah Nuh, 208 : 213). Keadaan manusia sentiasa berubah-ubah dan cabaran-cabaran zaman pula semakin hebat dengan perubahan waktu dan suasana kehidupan masyarakat. Cabaran zaman moden dan global serta 1

Upload: zeera-zaidi

Post on 22-Dec-2015

198 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

tamadun islam dan asia tenggara

TRANSCRIPT

Page 1: Pergaulan Bebas

1.0 PENDAHULUAN

Pergaulan dalam konteks Islam di mana di dalam dunia ini, Allah s.w.t. telah menciptakan

dua kaum yang berbeza jantina iaitu lelaki dan perempuan. Dia juga telah mencipta syariat

untuk mereka. Dalam syariat Islam ada sesetengah hukum atau syariat yang berbeza di

antara lelaki dan perempuan dan ada juga yang tidak berbeza. D dalam kehidupan ini dalam

melaksanakan sesuatu tugasan pastinya akan berlakunya pergaulan di antara lelaki dan

perempuan. Pergaulan di dalam bahasa Arab disebut ‘Ikhtilat’ yang berasal dari kalimah

‘khalata yakhlutu khaltan’ yang bereti bercampur. Melalui konteks ini, pergaulan bermaksud

bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang dah berkahwin), di suatu

tempat yang berlaku interaksi dalam bentuk pandang memandang atau perbuatan di antara

seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bermakna berlaku antara tiga orang atau

lebih.(Dr. Sayyid Muhammah Nuh, 208 : 213).

Keadaan manusia sentiasa berubah-ubah dan cabaran-cabaran zaman pula semakin hebat

dengan perubahan waktu dan suasana kehidupan masyarakat. Cabaran zaman moden dan

global serta proses modenisasi dan urbanisasi melahirkanmasalah dan cabaran baru yang

tidak pernah dihadapi oleh masyarakat lampau. Pelbagai perkara telah berlaku menimbulkan

antara berlaku kesan negatif tertentu. dan salah satunya ialah pergaulan bebas (Azrina

Sobian, 2007 : 276). Pergaulan bebas bermaksud pergaulan tanpa batasan antara lelaki dan

perempuan yang bukan muhrim. Ia merupakan satu bentuk perilaku yang menyimpang, di

mana bebas yang dimaksudkan adalah melampaui batas-batas norma ketimuran (Mohd Isa

Selamat, 1994 : 105).

Zaman beredar terlalu cepat, kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang

telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan di negara-negara maju.

1

Page 2: Pergaulan Bebas

Di Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah banyak memberi impak positif dari

segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan,pertanian, dan sebagainya.

Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara, di mana kebelakangan ini

terlalu banyak diperkatakan isu berkaitan dengan gejala sosial yang berlaku dengan

mendadak (Azrina Sobian, 2007 : 187). Ini sangat menyedihkan kerana fenomena ini

didapati semakin menjadi-jadi dalam masyarakat terutamanya remaja melayu masa kini.

Mereka sedang melalui fasa yang genting di mana persoalan moral dan akhlak bukan lagi

pertimbangan utama dalam setiap keputusan mereka, sebaliknya keseronokan duniawi

merupakan buruan jiwa semata-mata dan mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas

tanpa batasan agama (Han Xiao, 2011 : 132).

Apabila berbincang tentang perubahan sosial, aspek ‘perubahan’ memang tidak dapat

dielakkan. Satu perkara penting di bawah aspek ini adalah dengan melihat kepada perubahan

manusia. Manusia tidak boleh lari daripada perubahan kerana ini merupakan sunnah Allah

s.w.t. (sunnatullah). Ibnu Khaldun di dalam bukunya Mukaddimah telah membawa satu teori

bahawa dari satu generasi ke satu generasi, manusia sentiasa mengalami perubahan, sama ada

bersifat evolusi atau revolusi dalam kehidupan mereka. Walaupun manusia mengalami

perubahan tetapi Islam telah menetapkan bahawa perhubungan dengan Allah s.w.t. Tetap

tidak berubah. Meskipun perubahan sosial berlaku melalui pengalaman, pemikiran,

pengetahuan, dan teknologi amnusia, namun hubungan dengan Allah s.w.t. tetap kekal. Oleh

itu, manusia boleh menngunakan akal fikiran dalam memajukan kehidupan mereka bagi

menyahut perubahan zaman tetapi mestilah berpandukan syarit Islam yang telah ditetapkan.

Walaupun manusia memutuskan hubungan dengan Allah s.w.t. kerana terlalu alpa dengan

perubahan soaial, namun sebenarnya dia tetap dianggap mundur. Prubahan yang dilakukan

2

Page 3: Pergaulan Bebas

dengan membelakangkan nilai Rabbani yang telah ditetapkan Allah s.w.t. dianggap mundur

di sisi Allah s.w.t. Walaupun dari segi fizikalnya, manusia menganggap perubahan itu maju.

(Azrina Sobian, 2007 : 278).

Secara tidak langsung isu pergaulan bebas ini berkaitan dengan tamadun, di mana

menurut Arnold Toynbee yang dipetik dari karya (Afifah Abu Yazid, Mohd Niho, Ismail

Ishak, Kamarudi Ahmad. Shukri Ahmad, & Ohamad Jhadafi ,2012 : 13), menegaskan

bahawa bangun dan jatuhnya sesebuah tamadun bergantung kepada reaksi manusia di dalam

sesebuah masyarakat terhadap cabaran persekitarnnya. Jika masyarakat berupaya mengatasi

cabaran alam persekitran maka mereka akan menjadi maju dan mencapai tamadun.

Pergaulan bebas ini berkaitan dengan penyakit ‘Ittiba’ul-hawa’ yang membawa maksud dari

segi bahasa adalah kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang disukai, keinginan jiwa terhadap

apa-apa yang disenangi, rasa cinta seseorang kepada sesuatu yang menguasai hatinya,

kecintaan yang sangat mendalam terhadap sesuatu, dan melekatnya perasaan itu di dalam

hati. Manakala dari segi istilah Ittibaa’ul-Hawa ialah sikap mengikuti terhadap apa-apa yang

diinginkan dan disukai hati atau sikap cenderung untuk mengikuti penilaian hati tanpa

pertimbangkan kebenaran, atau tanpa merujuk pada tuntutan syariat dan mempertimbangkan

akibatnya. (Dr, Sayyid Muhammad Nuh, 2008 : 191-193).

2.0 PUNCA PERGAULAN BEBAS

2.1 Kurang Didikan Agama dan Moral

Kurangnya didikan agama dan moral yang mantap akan menjadikan daya pertimbangan

golongan remaja tidak waras lalu gagal dalam membezakan anatara intan dan kaca serta

hitam putih sesuatu yang ada di dalam dunia ini. Pada zaman ini, terdapat ramai ibu bapa

3

Page 4: Pergaulan Bebas

yang kurang menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak mereka. Terdapat

segelintir ibu bapa yang menerapkan masa kini lebih mementingkan ilmu duniawi

berbanding ilmu ukhrawi. Mereka sanggup menghabiskan wang beratus ringgit dalam masa

sebulan bagi memastikan anak mereka mengikuti tuisyen yang terbaik. Namun begitu,

terdapat juga ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah aliran agama tetapi

penekanan yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan mereka rapuh dalam soal

membabitkan pergaulan dengan jantina yang lain. Hal ini juga berlaku kerana, para remaja

ini tidak menerapkan nilai-nilai agama yang telah dipelajari dalam diri masing-masing

seterusnya menyebabkan mereka mudah sahaja terlbat dengan pergaulan bebas.

2.2 Kurang Perhatian Ibu Bapa

Acapkali kita terdengar tentang permasalahan ini. Apabila ditanya kepada para remaja

bagaimana mereka boleh terjebak dalam pergaulan bebas dan jawapan yang sering diberi

adalah kurangnya perhatian dan juga didikan agama daripada kedua ibu bapa mereka.

Masalah ini makin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa di era

globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa terhadap

tanggungjawab mereka dalam mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka.

Apabila sesebuah keluarga telah terlepas pandang tentang perkembangan hidup anak

mereka, maka bermulalah dari saat itu, seorang anak mencari perhatian dengan bergaul

bersama-sama rakan yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka. Sebagai

contohnya, sekiranya seseorang remaja perempuan berasakan bahawa rakan lelaki mereka

lebih memahami hidupnya dan memenuhi kehendaknya maka dari situlah bermulanya

4

Page 5: Pergaulan Bebas

pergaulan secara bebas antara remaja perempuan dan lelaki tersebut tanpa memikirkan soal

batasan dalam pergaulan mereka.

Temubual yang dijalankan bersama Nur Shazni Izyan telah membuktikan bahawa

perhatian daripada ibu bapa yang kurang itu menyebabkan beliau bebas berkawan dengan

pelbagai jenis rakan. Beliau juga mengaku bahawa dia sering bertukar-tukar lelaki dari

bangku sekolah sehingga kini. Sikap ibu bapanya yang kurang memberi perhatian

kepadanya dan kurang mengambil tahu mengenai aktiviti hariannya membolehkan gadis ini

bergaul secara bebas.

2.3 Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan. Para

remaja yang lemah imannya dan kurang cerdik akalnya akan mudah dipengaruhi oleh

rakannya yang mempunyai akhlak yang buruk. Apabila mereka mendapat rakan yang

mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibu bapa yang gagal

menjalankan tanggungjawab mereka. Apabila remaja tersebut mempunyai sifat di atas,

memang tidak mustahil akan berlakunya pergaulan bebas dan mempunyai akhlak yang

buruk disebabkan tiadanya pegangan iman yang kukuh dan juga tidak mahu dianggap kolot

oleh rakan yang lain.

Menurut temubual bersama Zulfi Amizar, beliau terjebak dengan pergaulan bebas

seperti merempit dan menghisap rokok adalah berpunca daripada pengaruh rakan

sebayanya. Hal ini kerana, beliau akan diejek oleh rakan-rakannya yang lain sekiranya

beliau tidak berkelakuan seperti rakannya yang lain. Bagi menjaga imejnya apabila

5

Page 6: Pergaulan Bebas

berhadapan dengan rakan sebaya, beliau menjadi terikut-ikut akan kelakuan seperti

rakannya yang lain selain mempunyai perasaan ingin mencuba.

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban yang berbunyi :

“Manusia itu (diukur) atas kelakuan temannya, sebab itu hendaklah seseorang kamu

meneliti siapa orangnya yang diambil menjadi teman.”

Dan sabdanya yang lain :

“Awas anda berkawan dengan kawan yang jahat, nanti anda jadi sama seperti dia.”

2.4 Pengaruh Media Massa dan Kemajuan Teknologi

Media massa memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan para remaja. Media

massa seperti televisyen yang menayangkan adegan pergaulan secara bebas menjadi faktor

pendorong para remaja dalam gejala pergaulan bebas. Kelakuan yang tidak senonoh yang

mereka saksikan telah menimbulkan rasa ingin mencuba dalam hati mereka. Kemajuan

teknologi pada zaman ini telah memudahkan masyarakat umumnya menonton pelbagai

genrecerita yang ditayangkan di pawagam, televisyen mahu pun internet. Kebanyakan

filem dan drama yang ditayangkan memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan

perempuan yang tiada batasnya terutamanya filem-filem dari negara barat malah turut

memaparkan pelakon yang tidak mematuhi etika pakaian. Filem-filem dan drama seperti

ini turut diterbitkan oleh pengarah-pengarah Malaysia. Filem-filem yang memaparkan

kisah seperti mat rempit, bohsia dan sebagainya banyak mempengaruhi remaja masa kini

untuk terlibat dalam pergaulan bebas. Sayangnya, remaja yang merupakan pelopor yang

bakal memegang pucuk kepimpinan negara dan diharapkan akan menerajui negara kita ke

ambang kemajuan masih mundur dan terkebelakang. Sedangkan, dunia kini seharusnya

6

Page 7: Pergaulan Bebas

lebih maju kehadapan dan bertamadun dari sebelum ini. Namun begitu, tingkah laku

remaja kini amat membimbangkan dan dunia mungkin semakin kebelakang akbat daripada

perbuatan mereka yang tidak bertamadun ini.

3.0 KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak

kesan buruk. Contoh jelas yang dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata

mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka agak

terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka ketinggalan di belakang.

Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ialah :

3.1 Berlakunya hubungan sejenis

Pergaulan bebas tanpa batasan yang berlaku menyebabkan manusia alpa dengan kemaksiatan

dan boleh berlakunya juga hubungan sejenis iaitu antara lelaki dengan lelaki, dan perempuan

dengan perempuan. Namun akhir-akhir ini, masyarakat Islam turut sama mengamalkan

budaya Barat yang sememangnya terpesong akidahnya. Selain daripada penzinaan antara

lelaki dan perempuan, kita dihimpitkan pula dengan masalah homoseksual dan musahaqah

(lesbian). Daripada Jabir r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ertinya:

Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth. (HR.

At Tamizi)

Budaya homoseksual yang berlaku sekarang ini amat mengaibkan umat Islam sejagat.

Ramainya umat Islam yang terjebak dengan masalah homoseksual membimbangkan kita

akan berulangnya peristiwa masyarakat Sadum semasa zaman Nabi Luth a.s. Masyarakat

Sadum adalah masyarakat yang rendah akhlaknya, tidak mempunyai nilai agama dan

7

Page 8: Pergaulan Bebas

peradaban. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela. Maksiat yang paling menonjol dalam

kehidupan masyarakat Sadum ialah perbuatan homoseksual dalam kalangan lelaki dan

lesbian dalam kalangan perempuan. Maka Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Luth a.s.

membawa umatnya kembali ke pangkal jalan. Ketahuilah, bahawa Rasulullah s.a.w.

melaknat pelaku homoseks sebanyak tiga kali, sedangkan pezina hanya sekali. Islam amat

menentang keras hubungan sejenis ini kerana perbuatan itu akan memberi kesan yang buruk

kepada pelakunya dari aspek kesihatan. Homoseksual akan menyebabkan individu tersebut

menghidap pelbagai penyakit kelamin yang lain. (Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Butiy,

1997 : 197)

3.2 Berlakunya zina

Apabila pergaulan bebas ini tidak dijaga iaitu perhubungan antara lelaki dan wanita, maka

maksiat akan berlaku di antara mereka. Perkara ini kerana nafsu yang terdapat di dalam diri

lelaki dan waita tidak dapat dibendung apabila batasan pergaulan mereka tidak dijaga dan

seterusnya boleh membawa kepada berlakuya zina.(Noraini Ahmad, 2000 : 133). Penzinaan

lelaki dan perempuan akhirnya membawa kepada gejala buruk yang akan merosakkan

masyarakat. Semua bentuk hubungan kelamin yang menyimpang dari ajaran agama Islam

dianggap zina. Perbuatan zina ini amat menyedihkan dan sekaligus menggambarkan tahap

moral masyarakat telah merosot kepada tahap yang rendah dan membimbangkan. Bahaya

dan akibat perbuatan zina amat besar sekali dan memberi kesan bukan sahaja kepada

individu yang terlibat tetapi juga kepada masyarakat. Antaranya ialah perbuatan zina akan

membunuh rasa malu walhal rasa malu amat penting dan merupakan perhiasan yang sangat

indah bagi seseorang perempuan. Dalam perbuatan zina terkumpul bermacam-macam dosa

dan keburukan yakni agama si penzina akan berkurang dan hilangnya sikap warak. Maka,

8

Page 9: Pergaulan Bebas

akan hilang kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah s.w.t. dan

sesama manusia.(Azria Sobian, 2007 : 207).

Selain itu, Menurut (Mohd Isa Selamat, 1994 : 85) menerangkan bahawa wajah seseorang

yang telah melakukan zina akan menjadi muram dan gelap. Di samping itu, perbuatan zina

juga mematikan sinar seri pelakunya dan menjadikan hati mereka degil ke arah kebaikan.

Kesan perbuatan zina terhadap masyarakat ialah menyebabkan hancurnya masyarakat itu,

yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah s.w.t. akibat dosa yang berleluasa dan

dilakukan secara terang-terangan. Demikianlah besarnya bahaya dosa zina sehingga Ibnu

Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina berkata, Allah telah

mengkhususkan had (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga perkara iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi penzina kemudian diringankan (bagi

yang belum bernikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali

dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah s.w.t. secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap

penzina. Umumnya, sifat kasihan diharuskan, bahkan, Allah maha pengasih namun rasa

kasihan ini tidak sewajarnya menghalang daripada menjalankan syariah Allah. Hal ini

ditekankan kerana lazimnya orang lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak,

pemabuk dan sebagainya. Di samping itu, perbuatan zina boleh dilakukan oleh sesiapa

sahaja, termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan

orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

9

Page 10: Pergaulan Bebas

Ketiga, Allah memerintahkan agar perlaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang

mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan

umat

3.3 Tersebarnya anak luar nikah dan pembuangan bayi

Pergaulan bebas akan menjerumuskan manusia ke arah kemaksiatan dan zina dan apabila

Allah s.w.t ingin menguji pezina itu dengan menghidupkan benih lelaki dalam rahim

perempuan itu maka mengandunglah penzina perempuan itu. Apabila ujian yang sangat

berat ini tidak dapat ditanggung oleh pasangan penzina itu dimana dalam situasi ini remaja

yang hilang pengangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan, maka akan terjadilah

pembuangan bayi di tempat-tempat seperti tandas awam, tong sampah, longkang, dan

sebagainya yang kini seperti menjadi perkara biasa yang tersebar di dada-dada akhbar dalam

kehidupan manusia hari ini.(Noraini Ahmad, 2007 : 91).

3.4 Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin

Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk

melempiaskan nafsu syahwat. Justeru para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada

berkahwin. Statistik yang dilakukan oleh Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk

di situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun1982. Ini merupakan kali

pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu. Selain itu, pergaulan bebas yang tidak

terkawal akan mewujudkan satu corak hidup yang baru dimana para pemuda pemudi tidak

mahu berkahwin. Perkara ini ada rasionalnya kerana apabila cara hidup mereka telah biasa

mendapat apa yang mereka inginkan tanpa mempunyai ikatan yang sah, persoalan yang

10

Page 11: Pergaulan Bebas

timbul pada segelintir pemuda pemudi ini ialah kenapa harus mereka memikirkan untuk

jinjang pelamin. Bersentuh-sentuhan, hidup bersama dalam satu rumah tanpa satu ikatan

yang sah dan melakukan hubungan seks bersama individu yang berlainan telah dapat mereka

nikmati tanpa ada ikatan yang sah. Perkara ini terjadi disebabkan kolotnya para remaja

sekarang yang tidak tahu akan bahana pergaulan bebas yang melampau. Di sini dapat

disimpulkan bahawa pergaulan bebas memberi impak yang terlalu besar kepada sesebuah

masyarakat dan negara. (Azrina Sobian, 2007 : 328).

3.5 Berlakunya penceraian dan keruntuhan rumah tangga

Akibat pergaulan bebas ramai pemuda pemudi yang terlanjur dan menyebabkan Kebanyakan

pemuda-pemudi yang berkahwin akibat daripada mengandung disebabkan desakan ibubapa.

Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih kerana tidak matang lagi.

Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat

pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi

kekeluargaan akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil.(Noraini

Ahmad, 2000 :68). Selain itu, pergaulan bebas ini juga berlaku dalam kalangan mereka yang

sudah berkahwin, ini berpunca daripada segelintir pasangan yang berumah tangga yang suka

bergaul dengan orang kenalan mereka sehingga menimbulkan bibit-bibit perasaan suka

antara mereka. Ada juga pasangan yang berkahwin sudah bosan dengan isteri mahupun

suami masing-masing menyebabkan mereka cenderung untuk mencari pasangan lain.

Impaknya, berlaku pergolakan rumah tangga sehinggakan ada juga yang bertindak untuk

bercerai antara satu sama lain. Ini dapat pertambahan kes penceraian yang berlaku di

Malaysia. (Azrina Sobian, 2007 : 273).

11

Page 12: Pergaulan Bebas

3.6 Tersebarnya penyakit yang membawa maut

Pergaulan bebas boleh menyebabkan tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut.

Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan hubungan bebas di antara lelaki dan

perempuan, tidak kiralah mental taupun fizikal. Telah diketahui apabila melakukan

perhubungan seks tanpa ikatan yang sah dan bertukar-tukar pasangan, maka akan terjadinya

penyakit yang amat berat untuk ditanggung, antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit

ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini. Kanser

rahim dan servik juga akan menyerang kaum wanita di saat mereka telah melakukan

perhubungan seks sejak di awal usia. Tanpa disedari, pergaulan bebas adalah punca

terjadinya permasalahan yang amat besar dalam kehidupan kita.(Noraini Ahmad, 2000 :

201).

Kesimpulannya, kesan pergaulan bebas banyak memberi impak negatif kepada manusia.

Impak-impak negatif ini seterusnya mempengaruhi perjalanan sesuatu tamadun dimana

perjalanan sesebuah tamadun itu terganggu dan akhirnya boleh membawa kepada

kemusnahan sesebuah tamadun itu juga. Hal ini kerana apabila masyarakatnya terlalu bebas

dalam pergaulan dan tidak berpegang teguh terhadap agama maka pemerintahan sesebuah

tamadun itu akan musnah dek kerana masyarakatnya terlalu alpa dengan keseronokan

duniawi.(Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainudin, 2000 :45) Keseimbangan adalah asas

penting dalam melahirkan tamadun yang unggul. Atas dasar inilah yang dibahaskan tentang

masyarakat madani, iaitu suatu masyarakat yang terkandung nilai rohani dan jasmani.

Keadaan ini mungkin berbeza dengan pemikiran masyarakat Barat yang menekankan

kebendaan dan menolak kehidupan rohani dalam kehidupan.(Afifah Abu Yazid, Mohamad

12

Page 13: Pergaulan Bebas

Nizho Abdul Rahman, Ismail Ishak, Kamarudin Ahmad, Shukri Ahmad, Mohamad Khadafi

Rofie, 2012 : 21)

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGTASI MASALAH PERGAULAN BEBAS

Bagi mengatasi masalah pergaulan bebas, langkah-langkah yang proaktif dan efisyen

perlulah diambil dengan kadar yang segera supaya wabak ini tidak menular dalam kalangan

masyarakat negara ini dengan serius. Dalam konteks ini, semua pihak perlu memberi

kerjasama yang padu antara satu sama lain bagi mengatasi masalah ini. Antara pihak-pihak

yang terlibat ialah seperti berikut:

4.1 Diri sendiri

Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh

mencabar.Dalam soal ini, pemilihan rakan sebaya turut memainkan peranan dalam

membentuk sahsiah diri remaja.Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat

sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu

bapa & guru.Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh

melibatkan diri secara aktif dalam sukan & kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan

kerajaan & pertubuhan bukan kerajaan.

4.2 Institusi kekeluargaan

Dalam isu ini pihak perlu bertanggungjawab ialah pihak keluarga. Menurut Zawawi

Ahmad (2007), menyatakan bahawa keluarga merupakan wadah yang penting dalam

membantu keluarga menghadapi berbagai pancaroba dalam kehidupan. Keluarga perlu

13

Page 14: Pergaulan Bebas

menjadi satu unit yang sepadu dan kuat untuk menjayakan sebuah keluarga yang

bahagia.Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa penting bagi menentukan keberkesanan

sesebuah keluarga.Ini jelas sebagaimana sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud

tanggungjawab dan mendapat bimbingan serta pandangan membuat pemilihan dalam

pelbagai hal sejak kecil lagi.

Dalam aspek ini, ibu bapa perlu berupaya menyelami permasalahan anak-anak

mereka dan tidak lagi menganggap anak remaja mereka masih kecil.Ibu bapa sering perlu

melihat perubahan anak mereka dari seorang yang taat dan patuh kepada remaja yang

bersifat berlawanan.Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu meletakkan peraturan-peraturan

yang lebih ketat dalam usaha supaya anak remaja patuh kepada peraturan-peraturan yang

ditentukan oleh mereka.Sesebuah keluarga memerlukan disiplin yang kukuh.Apa yang

dimaksudkan dengan disiplin ialah satu panduan serta peraturan kepada sesuatu tingkah

laku. Apabila wujudnya kasih sayang kepada anak-anak, maka anak-anak dapat

mengelakkan diri daripada melakukan perkara sebegini.

Ibu bapa juga harus menitikberatkan disiplin dan peraturan di

rumah.Menghormati disiplin di rumah adalah penting supaya peraturan-peraturan dapat

diikuti apabila mereka sudah dewasa.Zawawi Ahmad (2007) berpendapat disiplin yang

digunakan harus bersifat positif.Contohnya ibu bapa harus menggunakan perkataan-

perkataan yang sesuai seperti ‘buat macam ini’ daripada ‘jangan buat begitu’.Ganjaran

perlu diberikan apabila anak-anak melakukan sesuatu perkara dengan baik.Disiplin harus

semerta, tekal dan tegas.Anak-anak mereka elok diterangkan dengan jelas peraturan dan

disiplin yang dikenakan di rumah.Hasil usaha ini, para remaja dapat mengelakkan diri

daripada terjebak dalam masalah pergaulan bebas.

14

Page 15: Pergaulan Bebas

4.3 Masyarakat

Menurut Zawawi Ahmad (2007), masyarakat merupakan badan tidak formal yang

bertanggungjawab secara langsung membinasuasana persekitaran dan menyediakan

keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab melakukan amar makruf dan

juga menyelesaikan kemungkaran yang membabitkan kesalahan-kesalahan kecil.

Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masyarakat yang lain. Tidak kira

sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau ahli korporat, mereka semua

tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan

contoh teladan yang baik kepada orang lain. Namun masyarakat hari ini yang

kononnya 'tidak mahu menjaga tepi kain orang' telah menyebabkan salah laku seks

bebas meningkat. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri masyarakat

sekeliling berkelakuan tidak sopan, namun tiada sebarang tindakan diambil sama

adamenegur atau memberi nasihat. Situasi ini mendorong seseorang melakukan apa

sahaja sekalipun dikhalayak ramai kerana tiada siapa akan ambil peduli. Lebih-lebih

lagi jika kurangnya semangat dan budaya kejiranan, salah laku seks semakin sukar

untuk dibendung.Dalil-dalil yang membahas tentang hidup bertetangga diantaranya

adalah:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan

sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu-bapak, karib-

kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan

tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba

sahayamu.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong

dan membangga-banggakan diri.” (An-Nisa’: 36)

15

Page 16: Pergaulan Bebas

4.4 Media massa

Selain masyarakat, media massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk

keperibadian masyarakat. Walau bagaimanapun, media massa hari ini memberi ruang

yang terlalu luas kepada unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan

contoh negatif yang boleh meruntuhkan peribadi masyarakat. antara langkah

pencegahan yang boleh diambil adalah termasuk menghapuskan lambakan imej dan

mesej yang merangsang nafsu seks dalam masyarakat.Menghentikan eksploitasi

wanita dan tema seks dalam amalan pengiklanan dan hiburan.Mengurangkan paparan

imej keganasan ditengah masyarakat.Namun demikian, ada segelintir program-

program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan

remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat

hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik.

Umpamanya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara

berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat

juga unsur-unsur lucah dan menghairahkan terdapat dengan mudah di pasaran sama

ada dalam bentuk bercetak, cakera padat atau dalam bentuk lain-lain serta bahan

media ini juga mudah diperolehi.

4.5 Kerajaan

Kerajaan merupakan sebuah organisasi terbesar dalam sesebuah negara.Oleh itu,

kerajaan perlulah memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk

keperibadian masyarakat menjadi insan yang berakhlak dan bersahsiah

16

Page 17: Pergaulan Bebas

tinggi.Kerajaan berperanan membangun dan menstabilkan ekonomi negara,

mewujudkan persekitaran yang selamat serta melahirkan masyarakat yang berilmu

dan bertakwa dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, khususnya melalui sistem

pendidikan terutamanya di peringkat sekolah.Hal ini kerana sekolah merupakan

institusi yang penting dalam membentuk pelajar yang menjauhi daripada amalan-

amalan yang negatif terutamanya pergaulan bebas. Di sekolah antara usaha yang

boleh dilaksanakan ialah, komitmen guru-guru sentiasa mengambil tahu keperibadian

pelajar mereka dengan lebih terperinci. Dengan ini, ia dapat membantu untuk

memberi kesedaran yang positif kepada pelajar-pelajar dan dapat menjauhi diri

mereka daripada masalah ini.

4.6 Rakan sebaya

Dalam diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup

kuat.Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan

keputusan seorang remaja tentang perilakunya.Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai

tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara.Mereka dapat mempengaruhi

disiplin seseorang remaja. Jika rakan sebaya mempunyai sifat-sifat positif seperti

berdisiplin dan cenderung melakukan perkara yang membawa kebaikan, secara

automatik seseorang remaja tersebut akan menjadi positif. “Diumpamakan rakan yang

soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi

dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada

anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh

17

Page 18: Pergaulan Bebas

menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”(Hadis

al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari).Oleh itu pemilihan rakan sebaya sangat penting

kepada remaja kerana, rakan sebaya merupakan individu yang sangat mempengaruhi

tingkah laku dan kelakuan remaja.Lantaran itu, pemilihan rakan perlu dilakukan

dengan baik.

5.0 TEMUBUAL5.1 Responden Pertama

Azira: Assalamualaikum, saya Nur Azira dari pelajar dari Universii Utara Malaysia, saya sedang menjalankan sedikit kajian mengenai isu pergaulan bebas. boleh encik bantu saya dengan menjawab beberapa soalan saya?

Zulfi: Waalaikumsalam, boleh. Saya jawab sekadar yang saya mampu.

Azira: Terima kasih, boleh saya tahu nama encik?

Zulfi: Nama saya Zulfi Amizar. Boleh pangil Zulfi sahaja. Azira: Ceritakan serba sedikit mengapa awak boleh terlibat dengan gejala pergaulan bebas seperti ini?

Zulfi: Semua berlaku sejak saya di sekolah menengah lagi. Saya terikut-ikut dengan perlakuan rakan-rakan saya.

Azira: Adakah Zulfi mengetahui keburukan melakukan kegiatan seperti ini?

Zulfi: Ya saya tahu dan sedar akan keburukannya.

Azira: Jadi mengapa Zulfi masih melakukan perkara berkenaan?

Zulfi: Begini, jika saya tidak lakukan apa yang mereka buat, saya akan diejek oleh mereka. Untuk mengelakkan dari diejek oleh rakan sebaya, saya ikut sahaja apa yang mereka lakukan dan kesannya saya menjadi ketagih.

18

Page 19: Pergaulan Bebas

Azira: Terima kasih kerana Zulfi sudi membantu saya. Kerjasama awak amat saya hargai.

Zulfi: Sama-sama. Baiklah, kawan saya sudah menuggu. Jumpa lagi.

5.2 Responden Kedua

Azira: Assalamualaikum, Shazni. Lama saya tidak berjumpa awak. Awak telah banyak berubah sekarang. Sebenarnya sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia, saya sedang menjalankan sedikit kajian mengenai isu pergaulan bebas. Jika awak tidak kesah, boleh awak bantu saya dengan menjawab beberapa soalan saya?

Shazni: Eh Azira. Boleh sahaja. Lagi pula awak telah banyak menolong saya sebelum ini.

Azira: Oh terima kasih. Jangan ambil hati dengan soalan saya. Mengapa awak boleh terlibat dengan pergaulan bebas?

Shazni: Tidak mengapa. Saya tidak ambil hati. Saya terlibat dengan gejala pergaulan bebas ini sudah lama. Dari bangku sekolah lagi dan ketika itu kita belum lagi berkenalan antara satu sama lain.

Azira: Mengapa awak boleh terlibat dengan perkara sebegitu?

Shazni: Untuk pengetahuan Azira, saya kurang mendapat perhatian dari ibubapa saya. Mereka tidak pernah mengambil tahu kegiatan harian saya. Kemana saya pergi atau apa saya lakukan tidak pernah diambil tahu. Saya mula ke kelab malam pada umur 15 tahun. Ibu dan bapa saya hanya memberi wang tanpa bertanya kemana saya habiskan wang berkenaan.

Azira: Dalam tempoh berkenaan, adakah awak terlibat dengan aktiviti berkenaan bersama dengan rakan awak?

Shazni: Pada mulanya, saya hanya mengikut perlakuan abang da kakak-kakak saya. Namun begitu, selepasa sering ke kelab malam. Saya telh berkawan dengan ramai orang. Saya telah bertukar-tukar lelaki. hampir setiap malam saya bertukar lelaki. Saya mencari kepuasan di dunia muda saya.

19

Page 20: Pergaulan Bebas

Azira: Adakah awak sedar dengan apa yang awak telah lakukan? Hukuman yang bakal awak dapat sekiranya awak terus berbuat demikian?

Shazni: Ya. Saya sedar dan sekarang saya dalam proses untuk berubah.

Azira: Apa yang membuatkan awak terbuka hati untuk berubah?

Shazni: Pada suatu malam, semasa tidur saya telah mendapat mimpi mengenai kiamat. Mimpi berkenaan merupakan mimpi paling ngeri pernah saya alami. Bangun sahaja pada keesokannya, saya terfikir mengenai perkara berkenaan lalu saya membuat keputusan untuk berubah kearah kebaikan. Alhamdulillah Allah bagi saya kesempatan untuk berubah sebelum saya menemui ajal.

Azira: Alhamdulillah. Saya mendoakan awak agar terus mendapat barakah. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman awak dengan saya. Jumpa lagi. Assalamualaikum.

Shazni: Sama-sama. Waalaikumsalam.

6.0 Kesimpulan

Secara konklusinya, dapat disimpulkan bahawa masalah pergaulan bebas merupakan isu

yang serius yang kian melanda dalam kalangan remaja kita pada hari ini.Berlakunya isu ini

disebabkan oleh beberapa faktor yang telah dinyatakan secara jelas. Dalam isu ini kita tidak

boleh menuding jari antara satu sama lain menyalahkan pihak lain.Masalah ini merupakan

masalah rakyat bersama.Oleh itu, masyarakat sendiri perlu sedar bahawa tanggungjawab

mereka juga sangat penting dalam membendung isu.

Walaupun sesetengah pihak mengatakan isu tidak boleh mencapai solusi, tetapi

kerjasama dan keprihatinan daripada masyarakat dapat memberi titik noktah kepada masalah

pergaulan bebas ini.Masalah ini, telah meruntuhkan ketamadunan manusia yang tercipta,

seolah-olah kita telah kembali kepada zaman Jahilliah.Masalah ini menimbulkan pelbagai

20

Page 21: Pergaulan Bebas

implikasi yang negatif kepada masyarakat dan juga kepada negara.Kesan-kesan ini

menyumbang kepada keruntuhan sesebuah ketamadunan.

Menyedari hakikat ini, semua pihak perlulah berganding bahu Antara satu sama lain bagi

membendung masalah pergaulan bebas dalam masyarakat kita pada hari ini. Ibu bapa

merupakan individu yang paling penting dalam isu ini.Hal ini kerana, institusi kekeluargaan

merupakan individu yang berada paling hampir dengan remaja.Oleh itu kesedaran

tanggungjawab adalah sangat penting bagi memastikan para remaja dan anak-anak mendapat

tumpuan dan perhatian yang secukupnya daripada institusi kekeluargaan.

7.0 Rujukan

Afifah Abu Yazid, Mohd Nizho Abdul Rahman, Ismail Ishak, Kamrudin Ahmad, Shukri

Ahmad, & mohamad Khadafi Rofie. (2012). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia.

Petaling Jaya, Selangor : Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Ahmad Zawawi (2007). Jurnal peranan psikologi dalam masyarakat Malaysia

sesama:peranan masyarakat dan keluarga dalam menangani masalah sosial remaja . 65-79

Azrina Sobian. (2007). Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan Dan Cabaran Semasa.

Petaling Jaya, Selangor : MPH Group Publishing Sdn Bhd.

Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Butiy. (1997). Menangani Pergolakan Jiwa Remaja.

Batu Caves, Selangor : Pustaka Ilmi.

Dr. Sayyid Muhammad Nuh. (2008). Rintangan Sepanjang Jalan. Puchong, Selangor :

Berlian Publications Sdn Bhd.

21

Page 22: Pergaulan Bebas

Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainudin. (2000). Siri Sejarah Fajar Bakti Sejarah Malaysia.

Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mohd Isa Selamat. (1994). Suci Dalam Debu. Johor Bharu, Johor Darul Takzim :

Penerbitan Al-Masyhur Sdn Bhd.

Noraini Ahmad. (2000). Kaunseling Remaja. Cheras, Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.

22