lembaga kemajuan penanam-penanam padi … kelapa sawit changl… · sebut harga : cadangan kerja...

14
LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI KEDAH PELAWAAN SEBUTHARGA/TENDER No. Tawaran Butir-Butir Tawaran Lawatan Tapak/Taklimat No. Sebutharga : (23) - LKPPK /1429(2008) Cadangan Kerja-Kerja Penebangan, Pembelian Kayu Getah & Penanaman Kelapa Sawit Di Ladang Changlun, Geran: Sp. 51602, Lot 556 Mukim Temin Seluas 45R 120J 00ka Tarikh : 30 Disember 2013 (Isnin) Masa : 10.30 pagi Tempat : Ladang Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah Bersebelahan Kolej Matrikulasi Changloon Kedah Darul Aman Pegawai di Ladang : En. Zainuddin Bin Ahmad Tel: 017-4816 235 Dokumen sebutharga/tender boleh diperolehi mula Disember 18 Disember 2013 di: Pejabat Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah Tingkat 2, Bangunan Dato' Haji Ali Ismail Jalan Tunku Ibrahim 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman Ahad – Khamis dari jam 8.30 pagi – 4.30 petang Untuk Makluman dan Keterangan lanjut Tuan/Puan Boleh hubungi En. Saifuddin Bin Yaakub Tel: 04-7313 850 atau 019-4800 116 Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan No. Tawaran di sebelah atas kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditetapkan sebelum atau pada sebelum jam 3.00 petang pada Khamis 30 Januari 2014 TAWARAN YANG LEWAT DI TERIMA DARI MASA YANG DITETAPKAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Upload: doanthuan

Post on 11-Mar-2018

302 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI KEDAH

PELAWAAN SEBUTHARGA/TENDER

No. Tawaran Butir-Butir Tawaran Lawatan Tapak/Taklimat

No. Sebutharga :

(23) - LKPPK /1429(2008)

Cadangan Kerja-Kerja Penebangan, Pembelian Kayu Getah & Penanaman Kelapa Sawit Di Ladang Changlun,Geran: Sp. 51602,

Lot 556 Mukim Temin

Seluas 45R 120J 00ka

Tarikh : 30 Disember 2013 (Isnin)Masa : 10.30 pagiTempat : Ladang Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah Bersebelahan Kolej Matrikulasi Changloon Kedah Darul Aman

Pegawai di Ladang : En. Zainuddin Bin Ahmad Tel: 017-4816 235

Dokumen sebutharga/tender boleh diperolehi mula Disember 18 Disember 2013 di:Pejabat Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi KedahTingkat 2, Bangunan Dato' Haji Ali IsmailJalan Tunku Ibrahim05000 Alor SetarKedah Darul Aman

Ahad – Khamis dari jam 8.30 pagi – 4.30 petang

Untuk Makluman dan Keterangan lanjut Tuan/Puan Boleh hubungi En. Saifuddin Bin Yaakub

Tel: 04-7313 850 atau 019-4800 116

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan No.Tawaran di sebelah atas kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditetapkansebelum atau pada sebelum jam 3.00 petang pada Khamis 30 Januari 2014

TAWARAN YANG LEWAT DI TERIMA DARI MASA YANG DITETAPKAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Page 2: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

No. Sebutharga : (23) - LKPPK 5/1429(2008)

LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI KEDAH

TAWARAN SEBUTHARGA

NAMA PROJEK

CADANGAN KERJA-KERJA PENEBANGAN, PEMBELIAN KAYU GETAH &

PENANAMAN KELAPA SAWIT DI LADANG CHANGLUN,

GERAN: SP. 51602, LOT 556

MUKIM TEMIN SELUAS 45R 120J 00KA

MILIK LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI KEDAH

TARIKH TUTUP : 30 Januari 2014

SetiausahaLembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah

Tingkat 2, Bangunan Dato' Haji Ali IsmailJalan Tunku Ibrahim, 05000 Alor Setar

Kedah Darul Aman

Tel: 04-7313 850/731 5588 Fax: 04-7348 520

Page 3: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

DOKUMEN SEBUTHARGA

Sebut Harga : Cadangan kerja-kerja penebangan & pembelian kayu getah & penanamankelapa sawit di Ladang Changlun, SP. 51602, Lot 556 Mukim Temin seluas45R 120J 00Ka. milik Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah.

No. Sebutharga : (23) - LKPPK 5/1429(2008)

Kandungan : -

1. Notis Kerja Sebutharga

2. Arahan Kepada Petender

3. Syarat-syarat Membuat Tender

4. Borang Sebutharga

5. Spesifikasi Kerja

Tarikh Tutup : 30 Januari 2014

Disediakan Oleh

( Haji Mohd. Zaini Bin Ramli, AMK., BCK. )Setiausaha

Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah

Saifuddin Bin Yaakub Ketua Unit Ladang

Page 4: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

NOTIS KERJA SEBUTHARGA

Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan/atauPusat Khidmat Kontraktor ( PKK ) yang masih dibenarkan membuat kerja-kerja sebutharga adalahdipelawa untuk menyertai sebutharga di bawah ini : -

Cadangan kerja-kerja penebangan, pembelian kayu getah & penanaman kelapa sawit di Ladang Changlun,

SP. 51602, Lot 556 Mukim Temin seluas 45R 120J 00Ka milik Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah.

2. Dokumen sebutharga boleh diperolehi dari Pejabat Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah pada waktu pejabat mulai 18 Disember 2013. Kontraktor-kontraktor yangingin menyertai sebutharga di atas hendaklah mempunyai Sijil Perakuan PendaftaranPeniagaan(SSM) dan/atau Surat Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor.

3. Dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah diserahkan kepadaLembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah Tingkat 2, Bangunan Dato’ Hj Ali Ismail,Jalan Tunku Ibrahim 05000 Alor Star Kedah sebelum jam 3.00 petang pada Khamis 30 Januari2014

4. Pihak Lembaga tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-manasebutharga.

( Tandatangan )

Nama : Haji Mohd. Zaini Bin Ramli, AMK., BCK.

Jawatan: Setiausaha Lem. Kem. Penanam2 Padi Kedah

Tarikh :

Page 5: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

ARAHAN KEPADA PENTENDER

1. HAK LEMBAGA UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUTHARGA

Lembaga adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-manasebutharga atau memberi apa-apa sebab diatas penolakan sesuatu sebutharga. KeputusanJawatankuasa Sebutharga adalah muktamat.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN SEBUTHARGA

2.1 Penyediaan Sebutharga

Kontraktor adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengansepenuhnya :- a) Harga dan tandatangan kontraktor di ruangan sebuthargab) Harga dan tandatangan dalam borang sebuthargac) Jadual kadar harga, jika adad) Butir-butir spesifikasi, jika ada

2.2 Menyertakan salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Peniagaan(SSM) dan/atau SuratPendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor, dan/atau lain-lain dokumensokongan.

2.3 Penyerahan Dokumen Sebuthargaa) Dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan

ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebutharga(23) - LKPPK 5/1429(2008) serta tajuk sebutharga dan hendaklah diserahpada masa dan tempat yang ditetapkan dalam notis sebutharga.

b) Jika dokumen sebutharga tidak diserahkan dengan tangan, pentenderhendaklah menghantar dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atausebelum masa dan tempat yang ditetapkan.

c) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit darisebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

2.4 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam dokumen sebutharga yang tidak jelas ataubercanggah, kontraktor boleh menghubungi Lembaga untuk penjelasan lanjut.

3. PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebutharga ini hendaklah ditanggung olehpentender sendiri.

4. TEMPOH SAH SEBUTHARGA

Sebutharga ini sah selama 60 hari dari tarikh tutup sebutharga. Kontraktor tidak bolehtarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sah sebutharga.

Page 6: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

1. PEMERIKSAAN TAPAK KERJA

Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti tapak dan lokasi Ladang,laluan masuk ke tempat kerja serta kerja yang berkaitan dengannya dan hendaklahmendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segalahal keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan sebutharganya. Sebarang tuntutanyang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akandipertimbangkan.

2. INSURAN

Kontraktor hendaklah atas nama kontraktor mengambil insuran bagi tempoh pelaksanaankerja ini.

3. PERATURAN PELAKSANAAN KERJA

Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, butir-butir kerja dalamringkasan sebutharga dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam dokumen sebutharga inidan arahan pegawai Lembaga atau wakilnya.

4. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain.

5. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN KERJA OLEH PEGAWAI LEMBAGA

Pegawai Lembaga atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja-kerja yang tidakmenepati spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dansebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.

6. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA

Jika kontraktor mendapati apa-apa percangahan dalam dokumen sebutharga, kontraktorhendaklah merujuk kepada pegawai Lembaga untuk mendapat keputusan.

7. KEGAGALAN KONTRAKTOR MELAKSANA KERJA DENGAN SEMPURNA DAN PENAMATANPERLANTIKAN KONTRAKTOR

Pegawai Lembaga berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya kontraktor berada dalamkeadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada pegawai Lembaga : -

a) Sekiranya kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telahditetapkan.

b) Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah.c) Penggantungan pelaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab

yang munasabah

Page 7: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

d) Tidak mematuhi arahan pegawai Lembaga tanpa apa-apa alasan yang munasabah;dan

e) Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

9. KERJA PERUBAHAN

Pegawai Lembaga boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yangberkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis.

10. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak undang-undang kecil dan undang-undang berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhakmenuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.

11. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP KERJA

Bayaran tuntutan kerja hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengansempurnanya dan disahkan oleh pegawai Lembaga atau wakilnya.

12. KESAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Dalam hal sekiranya pengambilan kerja kontraktor dibawah sebutharga ini ditamatkan,maka pihak Lembaga pada tarikh sebutharga ditamatkan akan membuat pengukuran danpenilaian untuk tujuan pembayaran kepada kontraktor ke atas kerja setakat yang telahdilaksanakan.

13. Kontraktor dikehendaki mengenalpasti segala kerosakan kepada kemudahan-kemudahanyang berhampiran yang telah berlaku dan memaklumkan kepada pegawai Lembaga. Jikaada kerosakan dan kontraktor gagal memaklumkan kepada pegawai Lembaga, kontraktorakan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan untuk membaiki semula ke keadaan asalsegala kerosakan tersebut dengan segala kosnya ditanggung oleh kontraktor sendiri.

Page 8: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

No. Sebutharga : (23) - LKPPK 5/1429(2008)

BORANG SEBUTHARGA

SetiausahaLembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah Tingkat 2, Bangunan Dato’ Hj Ali IsmailJalan Tunku Ibrahim05000 Alor Setar Kedah

Tuan,

Cadangan Kerja-Kerja Penebangan, Pembelian Kayu Getah & Penanaman Kelapa Sawit Ladang Changlun Di Mukim Temin Seluas 45R 120J 00 Ka Milik Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah

Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Pentender, Syarat Am Sebutharga dan SpesifikasiKerja, saya yang bertandatangan di bawah, adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakerja-kerja tersebut seperti berikut:-

A. PEMBELIAN KAYU GETAHHarga Unit

Penebangan & Pembelian Kayu Getah

JUMLAH SEMUA 45R 120J

B. TANAMAN KELAPA SAWITHarga Unit

2. Pembersihan & Penyediaan Kawasan/Tapak LS

3. Membuat Parit Sempadan

2. Membaris & Menanda

3. Membuat Lubang Tanaman

4. Membaja Lubang Tanaman

5. Menanam Anak Benih Kelapa Sawit

6. Tanaman Penutup Bumi

JUMLAH SEMUA

Page 9: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

m/s: 2

Bertarikh:

( Tandatangan Kontraktor )Berserta cop atau meteri

( Tandatangan Saksi )

Nama Penuh : Nama Penuh :

No.K/P : No.K/P :

Alamat : Alamat :

No. Tel : No. Tel :

Page 10: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

JADUAL KETIGA

SPESIFIKASI KERJA CADANGAN KERJA-KERJA PENEBANGAN, PEMBELIAN KAYU GETAH &

PENANAMAN KELAPA SAWIT DI LADANG CHANGLUN, SP. 51602, LOT 556 MUKIMTEMIN SELUAS 45R 120J 00 Ka

MILIK LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI KEDAH

1. Pembersihan & Penyediaan Kawasan/Tapak

a. Sebelum membajak, pastikan tiada tunggul, akar kayu, batang kayu, batu besar dikawasan pembajakan.

b. Sebarang tunggul kayu besar, binaan, batu besar hendaklah dialihkan dari kawasanyang hendak dibajak

c. Kaedah kerja membajak yang dijalankan dengan cara ulang alik sebanyak 2 kali.

d. Kedalaman tanah yang perlu dibajak ialah di antara 46.00 cm hingga 60.00cm daripermukaan tanah.

e. Struktur tanah yang dibajak hendaklah gembur.

PERHATIAN: i. Batu Penanda/’marking’ atau yang sebagainya jangan diubah dari kedudukansebenar

ii. Dilarang menimbus tanah ke dalam parit dan aliran air. iii. Dilarang membuang sisa-sisa minyak hitam di ladang.

2. Membaris & Menanda

a. Kontraktor hendaklah menjalankan kerja-kerja membaris(lining) dan lain-lain kerjayang berkaitan supaya kerja-kerja disiapkan dengan memuaskan.

b. Pembarisan dengan menggunakan pancang buluh/kayu panjang 1.2 meter dandicat (gunakan cat kapur 15 sm di bahagian atas pancang)

c. Pancang pertama dalam baris kedua dipacak pada kedudukan 60° dari pancangpertama

d. Sebaiknya kedudukan barisan adalah pada arah utara - selatan

e. Barisan yang lurus dalam susunan kaedah 3 segi sama – 8.8 m x 8.8 m x 8.8 m(148pokok/ha) @ (29 ka x 29 ka)

3. Membuat Lubang Tanaman

a. Lubang digali dengan jentera yang bersesuaian dengan saiz 4’ x 4’ x 2’.

b. Lubang hanya digali di tempat-tempat yang mempunyai pancang buluh sahaja.Jumlah maksimum lubang yang perlu digali ialah 136 lubang sehektar jika sesuai.

c. Mana-mana kawasan yang tidak dapat digali dengan jentera, hendaklah digalisecara manual dengan keluasan yang sama seperti (a)

4. Membaja Lubang Tanaman

Page 11: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

a. Pihak Lembaga akan membekalkan baja Fosfat Asli mengikut jumlah keperluan

b. Baja Fosfat sebanyak 250g hendaklah ditabur ke dalam lubang tanaman.

5. Menanam Anak Benih Kelapa Sawit

a. Anak benih akan disediakan oleh Lembaga

b. Anak benih sawit dalam polibeg (selepas ini disebut sebagai anak benih) hendaklahdisiram dengan air hingga cukup lembab menurut cara dan pada masa yangditentukan oleh Pegawai Lembaga sebelum anak benih ini diangkat dan dipunggahke dalam lori untuk diangkut ke ladang untuk ditanam.

c. Anak benih hendaklah dicabut dan diangkat dengan cermat daripada permukaanbumi supaya polibeg tidak pecah semasa ke kenderaan. Di atas kenderaan, polibeganak benih hendaklah disusun atur satu lapisan sahaja (tidak bertindih) denganmerapatkan polibeg-polibeg diantara satu sama lain secara berdiri tegak supayaanak benih tidak tumbang semasa di dalam perjalanan ke ladang. Muatan yangsedikit hendaklah diikat bagi mengelakkan anak benih tumbang atau rosak.

d. Jika anak benih yang didapati rosak atau polibeg terkoyak, maka beg-beg yangdemikian hendaklah dililit dan diikat dengan kain guni untuk mencegah bebolatanah sekeliling akar daripada berderai.

e. Anak benih kelapa sawit yang akan ditanam dalam kawasan akan diperolehi darimana-mana tapak semaian Estet yang akan ditentukan oleh Pegawai Lembaga.

f. Kontraktor hendaklah menyediakan pengangkutan yang bersesuaian untuk urusanpengangkutan dari stor ke ladang sawit/mengedarkan dalam ladang.

g. Semua anak benih hendaklah ditanam pada hari yang sama anak benih tersebutdiangkut ke ladang.

h. Bahagian bawah polibeg itu hendaklah dikelar dan beg itu dimasukkan ke dalamlubang. Kemudian bahagian tepi polibeg itu dikelar dan beg itu dikeluarkan denganperlahan-Iahan dan berhati- hati daripada lubang supaya bebola tanah di sekelilinganak-anak benih itu tidak pecah. Tanah bahagian atas hendaklah ditimbuskan kedalam lubang dan dimampatkan dengan menggunakan alu. Permukaan tanah yangmampat hendaklah separas antara tanah asal dengan pangkal anak benih. Polibegkosong itu hendaklah digunakan sebagai sungkupan di sekeliling pangkal pokok.

i. Kontraktor akan dikenakan denda jika berlaku sebarang kecacatan ke atas anak-anak benih semasa dalam pengendaliannya disebabkan kecuaian kontraktorataupun pekerja-pekerjanya seperti berikut:-

a) RM10.00 bagi setiap pokok yang rosak semasa pengangkutan.

b) RM10.00 bagi setiap pokok yang rosak/mati kerana kelewatan kerja menanamatau penanaman yang tidak betul.

c) RM20.00 bagi setiap pokok yang ditanam bersama-sama polibeg.

Page 12: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

6. Tanaman Penutup Bumi

a. Jenis Centrosema pubescens, Pueraria phaseoloides, Calopogoniummucunoides/caeruleum.

b. Tanam biji kekacang secara jalur. Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.

Nota:

Semua kerja-kerja pemantauan akan dilakukan oleh Pegawai Bertugas Lembaga KemajuanPenanam-Penanam Padi Kedah.

Page 13: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

Peta Geran. SP. 51602, LOT 556MUKIM TEMIN SELUAS 45R 120J 00KA

Page 14: LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI … Kelapa Sawit Changl… · Sebut Harga : Cadangan kerja ... Jadual kadar harga, jika ada d) Butir-butir spesifikasi, jika ada ... pokok/ha)

Kerja - KerjaBULAN

Dec-2013

Jan-2014

Feb-2014

Mar-2014

Apr-2014

May-2014

Jun-2014

Jul-2014

1. Penyediaan Dokumen Tender 2. Tawaran Tender/Pertimbangan 3. Penyerahan Kerja 4. Penebangan & Pembersihan

pokok 5. Penyediaan Kawasan/Tapak 6. Membuat Parit Sempadan 7. Membaris & Menanda 8. Membuat Lubang Tanaman 9. Membaja Lubang Tanaman 10. Menanam Anak Benih Kelapa

Sawit