j4 bercerita dalam menguasai konsep

5
Jurnal 4 KAEDAH BERCERITA MEMUDAHKAN PENGUASAAN KONSEP WANG Oleh: Ainun Bariah binti Jaafar PISMP Matematik Januari 2012 Masalah Mengajar Tahun 2 Melor topik wang merupakan suatu perkara yang agak mencabar bagi saya kerana mengajar konsep. Fasa persediaan dan fasa imaginasi merupakan fasa paling penting dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran Guru tidak seharusnya terikat untuk mengajar algoritma semata-mata. Se konsep akan mudah difahami dan dikuasai apabila dikaitkan dengan pengalaman kontekstual murid. Analisis Masalah Pendidikandi Malaysia merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan generasi yang berketrampilan. Justeru itu pelbagai persediaan yang har bagi menyediakan pelajar-pelajar menghadapi pelbagai cabaran yang ada. Kemahiran dalam semua bidang merupakan matlamat yang perlu dicapai ol semua pelajar bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam lapangan kerjaya kelak. Abdul Rahim (2000) menyatakan pendidikan matematik di sekolah yang tidak menyeronokkan dan sukar difahami. Selain itu, punca kegagalan yang tinggi tela menimbulkan kesan psikologi negatif terhadap diri pelajar itu sendiri. Menurut lagi kekurangan unsur-unsurkreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan mata pelajaran matematik begitu beku dan kaku. Pelajar diajar denga kemahiran dan pengetahuan yang tidak relevan dengan kehidupan seharian, dunia pekerjaan dan kepentingan masa depan.

Upload: ainun-jaafar

Post on 09-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JURNAL PRAKTIKUMAINUN BARIAH BINTI JAAFARIPGK PEREMPUAN MELAYU

TRANSCRIPT

Jurnal 4KAEDAH BERCERITA MEMUDAHKAN PENGUASAAN KONSEP WANGOleh:Ainun Bariah binti JaafarPISMP Matematik Januari 2012 MasalahMengajar Tahun 2 Melor topik wang merupakan suatu perkara yang agak mencabar bagi saya kerana mengajar konsep. Fasa persediaan dan fasa imaginasi merupakan fasa paling penting dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Guru tidak seharusnya terikat untuk mengajar algoritma semata-mata. Sesuatu konsep akan mudah difahami dan dikuasai apabila dikaitkan dengan pengalaman kontekstual murid.

Analisis MasalahPendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan generasi yang berketrampilan. Justeru itu pelbagai persediaan yang harus dibuat bagi menyediakan pelajar-pelajar menghadapi pelbagai cabaran yang ada. Kemahiran dalam semua bidang merupakan matlamat yang perlu dicapai oleh semua pelajar bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam lapangan kerjaya kelak.Abdul Rahim (2000) menyatakan pendidikan matematik di sekolah yang tidak menyeronokkan dan sukar difahami. Selain itu, punca kegagalan yang tinggi telah menimbulkan kesan psikologi negatif terhadap diri pelajar itu sendiri. Menurut beliau lagi kekurangan unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan mata pelajaran matematik begitu beku dan kaku. Pelajar diajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang tidak relevan dengan kehidupan seharian, dunia pekerjaan dan kepentingan masa depan.

Sejak akhir-akhir ini, matapelajaran matematik adalah sukar untuk dikuasai dan difahami. Selain pembelajaran yang beku dan kaku, cara penyampaian atau kaedah yang digunakan yang tidak sesuai juga menyebabkan kejatuhan prestasi pelajar dalam matapelajaran matematik. Ini kerana pelajar tidak dapat memahami sesuatu matapelajaran jika kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah tidak sesuai dengan tajuk yang ingin disampaikan kepada para pelajar. Menurut Norhayati (1999) di dalam kajian yang dijalankan oleh Ab Rahman dan Baharudin (2003), menunjukkan bahawa kadar pembelajaran dan pemahaman manusia dapat dipertingkatkan dengan menggunakan cara yang interaktif dalam suatu persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran interaktif akan membenarkan manusia melihat, mendengar, bertindak balas dan beraksi.Zaman berubah dan setiap zaman mempunyai keperluan yang tersendiri dan berbeza (Pink, 2006). Kurikulum pendidikan berperanan memenuhi kehendak sezaman. Menurut Pink (2006), Zaman Maklumat menggalakkan pencanaian otak kiri. Hal ini berlaku kerana pada hemisfera otak itulah pengetahuan ataupun maklumat disimpan untuk diingatkan semula apabila diperlukan. Oleh itu, matlamat pendidikan kurun ke 20 ialah kemenjadian saraf otak hemisfera kiri terhadap kegiatan sehala (linearity) yang melibatkan perkataan, logik, nombor, sekuen dan analisis (Buzan, 2005) Pendekatan yang bagaimana harus saya gunakan supaya semua murid-murid mudah memahami penyampaian saya bagi tajuk menambah dan menolak nilai wang. Cerita yang bagaimana harus dilaksanakan dalam proses p&p? Apakah kelebihan pelaksanaan belajar melalui bercerita ? Adakah murid tertarik dan memudahkan pemahaman murid apabila belajar melalui penceritaan?

CadanganMenurut Pink (2006), kurun ke-21 ialah Zaman Konseptual. Inovasi dan kreativiti diperlukan selain daripada pengetahuan yang mendalam bagi sesuatu bidang. Ini berlaku kerana masyarakat kurun ke-21 sentiasa menghendaki idea serta ciptaan baru bagi kelangsungan Kurikulum Pendidikan Matematik kehidupan mereka. Oleh itu, Zaman Konseptual memerlukan golongan karyawan yang inovatif dan kreatif. Kegiatan pembelajaran mesti menghasilkan kesedaran holistik ataupun gestalt sebagai hasil pembelajaran terhadap perspektif yang berbeza (Buzan, 2005). Pendidikan Zaman Konseptual memerlukan inovasi dan kreativiti sebagai matlamatnya (Pink, 2006). Inovasi dan kreativiti ialah hasilan daripada pemikiran yang holistik. Pemikiran yang holistik perlu dizahirkan secara jelas dan empirikal pada pengajaran-pembelajaran bilik darjah. Amalan empirisme ini perlu bagi kemenjadian seorang murid yang inovatif dan kreatif. Oleh itu, sebuah model pembelajaran holistik menjadi keperluan yang asasi bagi pendidikan kurun ke 21. Menurut Lawrence (1999) menyatakan bahawa bercerita penting bagi kanak-kanak agar dapat memasuki perjalanan hidupnya tanpa risiko. Kanak-kanak akan mengatasi masalahnya dengan mengidentifikasikan diri dengan tokoh cerita. Bercerita adalah proses kreatif, yang memerlukan kreativitas dan keterampilan dari orang-orang yang akan bercerita sehingga dia mampu menghayati cerita yang akan disampaikannya. Pendengar cerita pula akan lebih mudah faham daripada apa yang disampaikan oleh pencerita berkenaan.Dalam Al-Quran pun kita banyak menceritakan kisah mengenai nabi-nabi terdahulu, kejadian-kejadian yang telah dan akan datang dan lain-lain. Rasulullah SAW pun tidak jemu bercerita, baik kepada sahabatnya mahupun kepada cucu-cucunya, sebab dengan bercerita otak kanak-kanak akan lebih terangsang. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau kaedah jenis latih tubi yang melibatkan rangsangan dan tindak balas. Dalam pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri atau boleh dikatakan dunia dalaman bagi memori atau pengalaman dan tindak balas mereka sendiri (Dian Armanto, 2008).

Tempoh Penyelesaian18 Ogos 2014 hingga 22 Ogos 2014 (1 minggu)

Tindakan SusulanJusteru, saya akan menjalankan teknik bercerita ketika fasa persediaan dan fasa imaginasi yang berkaitan dengan pengalaman kontekstual murid. Aktiviti tersebut juga akan berpusatkan murid di mana murid perlu berlakon mengikut rangka cerita yang diberikan oleh guru.

KesimpulanSaya mulai sedar bahawa guru perlu bijak dalam merancang rancangan pengajarannya agar dapat diterima oleh murid. Walaupun zaman telah berubah, tetapi strategi pengajaran-pembelajaran Zaman Maklumat masih lagi diamalkan dalam kebanyakan bilik darjah. Proses pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah masih lagi ingin memenuhi keperluan Zaman Maklumat. Fokus proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi terhadap usaha menambahkan pengetahuan pelajar.

RujukanAb Rahman Ahmad, Baharudin Aris. (2003). Development of an Interactive Teaching-Learning Technique of Mathematics based on the EIF Technique for The Primary Schools. Pusat Pengurusan dan Penyelidikan Universiti Teknologi MalaysiaAbdul Rahim Abd Rashid (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Utusan Publications and Distribution Sdn. Bhd.Buzan, T. (2005). Mind Maps. London: Harper Collins Pub. Dian Armanto. 2008. Pendekatan Kontekstual. Dilayari pada 16 Ogos 2014 http://ipotes.wordpress.com/pendekatan-kontekstual-atau-contextual-teaching-and-learning Lawrence Kutner. (1999) Intisari : Kumpulan Artikel Psikologi Kanak-kanak. Jakarta : Gramedia. Nik Azis Nik Pa. (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Pink, D. H. (2006). A Whole New Mind. New York: Riverhead Books.