isu_dan_cabaran_tmk_terhadap_literasi-libre.pdf

12
1 Isu dan Cabaran Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Terhadap Literasi Awal Kanak-Kanak Prasekolah Siti Nor Sapariah Hashim Shahrul Afzan Samsul Ali Siti Ayu Rezeki Abstrak Penulisan artikel ini bertujuan mengupas sejauh mana isu dan cabaran yang berlaku dalam penggunaan TMK terhadap literasi awal kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Isu dan cabaran yang akan dibincangkan turut berfokuskan kepada tiga aspek penting dalam aktiviti P&P iaitu guru, kanak-kanak prasekolah dan bahan TMK.Untuk tujuan tersebut, isu kesediaan dan motivasi guru, peringkat perkembangan kanak-kanak dan bahan menjadi indikator penting dalam menilai keberkesanan penerapan TMK terhadap literasi awal kanak-kanak . 1.0 Pengenalan Kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) kanak-kanak menjadi lebih berkesan (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah kaedah terbaru yang mampu mencapai tujuan tersebut. Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin dan Norlidah Alias, (2013) menyatakan penggunaan TMK dalam P&P prasekolah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan P&P prasekolah. Pernyataan ini disokong melalui dapatan beberapa kajian yang dibuat oleh Yahya dan Dayang, (2011) ; Yahya dan Roselan, (2007) ; Ahmad, Baharom, Mukthar dan Siti Nasrah, (2007) mendapati bahawa penggunaan TMK dalam P&P memberi kesan positif serta menarik minat kanak-kanak khususnya prasekolah. Penggunaan TMK dalam P&P kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan P&P dalam kelas prasekolah, namun begitu di Malaysia pendekatan TMK masih belum mendapat perhatian yang menggalakkan seperti di negara-negara barat. (Sandra et.al, 2013). Dalam konteks literasi,

Upload: noorfatilah

Post on 12-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

1

Isu dan Cabaran Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Terhadap Literasi Awal Kanak-Kanak Prasekolah

Siti Nor Sapariah Hashim Shahrul Afzan Samsul Ali

Siti Ayu Rezeki

Abstrak

Penulisan artikel ini bertujuan mengupas sejauh mana isu dan cabaran yang berlaku dalam

penggunaan TMK terhadap literasi awal kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Isu dan cabaran

yang akan dibincangkan turut berfokuskan kepada tiga aspek penting dalam aktiviti P&P iaitu

guru, kanak-kanak prasekolah dan bahan TMK.Untuk tujuan tersebut, isu kesediaan dan

motivasi guru, peringkat perkembangan kanak-kanak dan bahan menjadi indikator penting

dalam menilai keberkesanan penerapan TMK terhadap literasi awal kanak-kanak.

1.0 Pengenalan

Kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) kanak-kanak

menjadi lebih berkesan (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK) adalah kaedah terbaru yang mampu mencapai tujuan tersebut. Sandra

Rahman, Abu Bakar Nordin dan Norlidah Alias, (2013) menyatakan penggunaan TMK dalam

P&P prasekolah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan P&P prasekolah.

Pernyataan ini disokong melalui dapatan beberapa kajian yang dibuat oleh Yahya dan Dayang,

(2011) ; Yahya dan Roselan, (2007) ; Ahmad, Baharom, Mukthar dan Siti Nasrah, (2007)

mendapati bahawa penggunaan TMK dalam P&P memberi kesan positif serta menarik minat

kanak-kanak khususnya prasekolah.

Penggunaan TMK dalam P&P kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan P&P dalam

kelas prasekolah, namun begitu di Malaysia pendekatan TMK masih belum mendapat perhatian

yang menggalakkan seperti di negara-negara barat. (Sandra et.al, 2013). Dalam konteks literasi,

Page 2: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

2

Yahya Othman dan Roselan Baki, (2007) berpendapat bahawa pengajaran bahasa tidak

terkecuali daripada pengaruh TMK walaupun melibatkan penguasaan kemahiran bahasa secara

asas namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan

pengajaran. Oleh itu, melalui pengetahuan isu serta cabaran yang dihadapi dapat membantu guru

prasekolah dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan TMK terhadap literasi awal kanak-

kanak.

2.0 Objektif Penulisan

Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran bahasa berbantukan

komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar

kurang berminat dalam pembelajaran (Yahya dan Roselan, 2007). Oleh itu penulisan artikel ini

bertujuan mengupas sejauh mana isu dan cabaran yang berlaku dalam penggunaan TMK

terhadap literasi awal kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Isu dan cabaran yang akan

dibincangkan turut berfokuskan kepada tiga aspek penting dalam aktiviti P&P iaitu guru, kanak-

kanak prasekolah dan bahan TMK.

3.0 Tinjauan Literatur dan Perbincangan

Mahzan, (2007) menyatakan bahawa maklumat masa kini dapat disampaikan menerusi peralatan

multimedia dalam pelbagai bentuk yang lebih menarik dilengkapi dengan pelbagai kesan audio

dan visual. Ini menyokong pandangan Ahmad et.al, (2007) bahawa penggunaan multimedia

dalam kalangan kanak-kanak dapat menjadikan komunikasi atau interaksi dalam kalangan

mereka lebih berkesan sekaligus teknik pengajaran yang berunsurkan multimedia seperti ini akan

lebih menambahkan minat kanak-kanak untuk belajar dan juga yang paling penting dapat

Page 3: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

3

memudahkan kanak-kanak ini menangkap dan memahami setiap perkara yang telah diajar

kepada mereka

Dengan itu, penulis berpendapat bahawa penggunaan TMK terhadap literasi awal kanak-

kanak merujuk kepada bahan bantu berkomputer yang digunakan sebagai alat yang

meningkatkan serta membina perkembangan kanak-kanak prasekolah dalam kemahiran

komunikasi seperti bertutur, membaca, memahami dan menulis.

3.1 Guru Sandra et.al, (2013) ; Yahya dan Roselan, (2007) menyatakan kesediaan guru prasekolah untuk

mengintegasikan TMK dalam P&P merupakan faktor yang menentukan kejayaan dan

keberkesanan penggunaan TMK dalam P&P KSPK. Bagi mencapai tujuan tersebut, sikap guru

dilihat sebagai satu isu yang perlu diperbaiki khususnya dalam penggunaan TMK ( Melvina &

Jamaludin, 2010 ; Yahya dan Roselan, 2007 ; Sandra et.al, 2013). Ini dikukuhkan lagi dengan

dapatan kajian yang dibuat oleh Chung , Hui Ching, Melvina and Jamaludin Badusah, (2010)

bahawa guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus ICT mempunyai sikap negatif dan

sederhana dalam usaha menggunakan TMK ketika menjalankan P&P dan sikap yang sedemikian

agak membimbangkan. Kajian lain mendapati bahawa dapatan daripada Pelan Rancangan

Pendidikan 2001-2010 mendapati antara tahun 1996-2000, daripada 30% guru yang menghadiri

kursus TMK hanya segelintir yang menggunakan TMK dalam P&P (Sandra et.al, 2013).

Melalui sikap ini juga, kemahiran guru menjadi terbatas dan terhad sekaligus menjadi

satu cabaran yang perlu dihadapi dalam meningkatkan perkembangan literasi awal kanak-kanak.

Ini dibuktikan melalui kajian Chung et.al, (2010) bahawa guru-guru bahasa mempunyai

pengetahuan dan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan TMK. Penggunaan komputer

yang rendah disebabkan kemahiran guru pada tahap yang paling asas dan ini menyokong dapatan

Page 4: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

4

Sandra et.al, (2013) menyatakan bahawa guru yang kurang dari aspek kemahiran akan menjadi

kurang yakin apabila menggunakan TMK dalam proses P&P secara tidak langsung menjadi

masalah utama dalam pengintegrasian TMK dalam P&P. Ini mungkin disebabkan guru bukan

opysen prasekolah kurang menguasai teknik atau kaedah penggunaan TMK dalam kelas kerana

mereka tidak didedahkan dengan cara atau kaedah penggunaan TMK di kelas semasa mengikuti

kursus ikhtisas atau ijazah sarjana muda. Ini mengukuhkan lagi dapatan Ahmad et.al, (2007)

bahawa terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan

komputer disebabkan kurang latihan.

Oleh itu, penulis berpendapat bahawa isu utama dalam penggunaan TMK terhadap

literasi awal kanak-kanak prasekolah adalah sikap guru itu sendiri sekaligus mempengaruhi

kemahiran dan pengetahuan yang rendah secara tidak langsung menjadikan guru kurang yakin

dalam melaksanakan P&P menggunakan arahan berbantukan komputer.

3.2 Kanak-Kanak Prasekolah Yahya dan Dayang, (2011) menyatakan penggunaan internet bukan sahaja dapat mendedahkan

murid kepada pelbagai jenis informasi dan bahan bacaan bahkan penggunaan internet secara

berkualiti dapat meningkatkan prestasi kefahaman murid dengan lebih cepat. Namun apa yang

membimbangkan adalah pengaruh kepada kanak-kanak sekiranya perlaksaan pembelajaran

menggunakan TMK tanpa pemantauan dari guru mahu pun ibu bapa. Isu ini menjadi satu

cabaran kerana kanak-kanak yang belum mencapai kematangan berfikir, jika diberi pendedahan

awal kepada komputer akan membantutkan kebolehannya berfikir secara bebas. Rasionalnya

ialah kerana komputer bukan saja boleh membantu kita berfikir malah boleh mempengaruhi dan

membentuk fikiran kita (Mohd Yusuf, Baharom, Shukri, Muhamad Sohaimi, Roslee & Abdul

Said. 2011). Dapatan ini menyokong pandangan Wood E., Specht J., Willoghby T., & Mueller,

Page 5: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

5

J., (2008) bahawa komputer hanya alat bantu mengajar. Selain itu juga tahap kematangan

pemikiran kanak-kanak turut mempengaruhi kemahiran motor mereka. Ini dibuktikan oleh Wood

et.al, (2008) bahawa kematangan kemahiran motor yang rendah di kalangan kanak-kanak

menyukarkan pengendalian komputer secara efektif. Situasi menjadi lebih sukar sekiranya

teknologi skrin sesentuh yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di integrasikan

dalam P&P peringkat prasekolah. Romeo, G., Edwards, S., McNamara, S., Walker, I., &

Ziguras, C. (2003) menerusi kajian kualitatif menyatakan majoriti kanak-kanak yang menjadi

responden menghadapi masalah menggunakan jari untuk menggerakkan kursor dan seringkali

kanak-kanak tersebut cenderung menggunakan kesemua jari untuk menyentuh skrin sesentuh

Pengaruh tahap kematangan tersebut turut berkait dengan minat kanak-kanak, ini kerana

Ahmad et.al, (2007) menyatakan bahawa pelajar yang pandai lebih berminat dalam P&P apabila

guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya berbanding pelajar yang lemah. Ini

berkemungkinan disebabkan faktor jurang digital yang melibatkan status ekonomi, taraf

pendidikan dan insfrstruktur (Hazura Mohamed, Hairulliza Mohamad Judi, Siti Fadzilah M.

Noor dan Zawiyah M. Yusof, 2012). Faktor tersebut merupakan cabaran yang perlu dihadapi

kerana jurang digital mempengaruhi minat kanak-kanak dalam pembelajaran. Pengalaman

penggunaan komputer di sekolah dalam bandar yang dikaji adalah rendah lantas memberi kesan

ke atas sikap terhadap penggunaan komputer (Hazura et.al,2012)

Cabaran seterusnya ialah penggunaan komputer mengancam perkembangan sosial kanak-

kanak sekaligus melemahkan kemahiran bertutur dan interaksi bersama rakan sebaya. Isu ini

berlaku kerana menurut (Wood et.al, 2008) terdapat dua perkara yang mengancam

perkembangan tersebut iaitu pertama, kanak-kanak mempunyai masa yang kurang untuk saling

interaksi dengan rakan-rakan, memerhati model rakan sebaya, dan melibatkan diri dalam sosial

Page 6: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

6

penyelesaian masalah pada tahun awal yang kritikal. Kedua, terdapat kebimbangan bahawa

anak-anak muda akan terlibat dengan objek tidak bernyawa dan bukannya dengan rakan-rakan

mereka.

Melalui dapatan beberapa kajian tersebut,penulis berpadangan bahawa terdapat tiga

cabaran penggunaan TMK terhadap literasi awal kanak-kanak yang perlu dihadapi iaitu

kesesuaian TMK menerusi tahap kematangan kanak-kanak, jurang digital yang wujud serta

acaman perkembangan sosial yang melemahkan kemahiran bertutur kanak-kanak.

3.3 Bahan

Sandra et.al, (2013) menyatakan bahawa mengakses buku pelbagai budaya, sumber, atau

teknologi yang canggih sahaja tidak mencukupi. Guru seharusnya mengikuti proses pendekatan

untuk belajar, termasuklah memberikan maksud konteks pembelajaran untuk menimbulkan

budaya kanak-kanak. Walaubagaimanapun isu kekurangan bahan menjadi cabaran dalam

perlaksaan literasi awal kanak-kanak menggunakan TMK. Ini mengukuhkan dapatan Yahya dan

Dayang, (2011) bahawa kurangnya bahan TMK menjadi kekangan pada guru bahasa untuk

mengajarkan bacaan menggunakan multimedia, seperti kurangnya pengetahuan dan kepakaran

yang dimiliki oleh guru-guru sehingga menyebabkan kesukaran dalam menyediaan bahan

berbantukan komputer.

Alatan berkomputer dan teknologi berkembang secara pesat pada masa kini. Saban hari,

pengeluar alatan berkomputer memperkenalkan produk-produk baru yang mengadaptasi

teknologi terkini. Namun begitu, cabaran seterusnya adalah alatan berkomputer seperti komputer

riba yang dibekalkan oleh kementerian adalah terhad. Masalah komputer tidak mencukupi untuk

memberi peluang kepada semua guru menggunakan komputer merupakan salah satu faktor yang

menghalang penggunaan komputer dalam P&P (Yahya et.al, 2009). Dapatan kajian yang dibuat

Page 7: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

7

oleh Hazura et.al, (2012) mendapati melalui pemilikan komputer di rumah, pencapaian

pendidikan kanak-kanak meningkat dengan mendadak. Malangnya, tidak semua kanak-kanak

berpeluang memiliki sendiri komputer di rumah. Malahan, sesetengah kanak-kanak tidak

mendapat kemudahan infrastruktur asas seperti kemudahan elektrik dan talian telefon. Kumpulan

kanak-kanak ini cenderung untuk ketinggalan dalam literasi TMK.

Kekurangan bahan TMK juga turut dipengaruhi oleh perisian bahasa yang terhad dalam

melaksanakan P&P menggunakan TMK. Proses mereka bentuk sesebuah perisian atau aplikasi

multimedia pendidikan bukanlah merupakan satu proses yang mudah dan dapat dilaksanakan

dalam masa yang singkat. Ia melibatkan pelbagai aktiviti penyelidikan yang perlu dijalankan

agar perisian yang dibina dapat menepati keperluan kumpulan sasaran pelajar (Ahmad et.al,

2007). Apa yang membimbangkan lagi, ekoran isu perisian bahasa yang terhad, Bahasa Inggeris

lebih mendominasi khususnya dalam penggunaan TMK. Ini disuarakan oleh Zamri Mahamod

dan Mohamed Amin Embi, (2008) bahawa tidak semua bahan yang terdapat dalam internet,

laman sesawang dan lain-lain sesuai dengan kurikulum sesuatu mata pelajaran bahasa khususnya

Bahasa Melayu. Ini sudah tentu menyukarkan guru-guru Bahasa Melayu untuk mengetengahkan

bahan-bahan yang sesuai untuk kemahiran literasi bahasa kepada pelajar-pelajarnya. Secara tidak

langsung membataskan pengetahuan pelajar dalam mempelajari bahasa menggunakan teknologi

seperti internet. Realiti ini disokong oleh beberapa pengkaji seperti Yahya et al. (2009) : Zamri

Mahamod dan Mohamed Amin Embi, (2008) yang mendapati bahan multimedia dalam Bahasa

Melayu sangat kurang berbanding Bahasa Inggeris.

Secara ringkasnya, penulis berpendapat isu ekuiti dan akses perlu diberikan pendekatan

yang lebih dalam melestarikan penggunaan TMK dalam P&P. Ini penting kerana, literasi awal

kanak-kanak prasekolah juga akan dipengaruhi serta tergganggu jika bahan yang digunapakai

Page 8: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

8

lebih kepada bersumberkan tradisonal. Oleh itu, sistem pendidikan Malaysia yang bersifat

berpusat perlu memperhalusi isu kekurangan bahan TMK supaya pelaksanaannya dapat

mencapai implikasi yang optimum seiring dengan kehendak global masa kini yang

mengutamakan penggunaan teknologi maklumat.

4.0 Kesimpulan

Penulis berpendapat bahawa isu ini akan sentiasa berterusan jika tiada satu rancangan strategik

dilakukan. Ini kerana negara-negara abad ke 21 bersaing secara pesat dan sengit dalam

penggunaan teknologi. Malaysia yang sedang memacu Wawasan 2020 tidak ketinggalan dalam

perkembangan ini dan sedang hebat memperkasa bidang pendidikan yang menjadi kayu ukur

kemajuan negara termasuklah penggunaan TMK yang melibatkan kemahiran literasi awal kanak-

kanak di peringkat prasekolah. Justeru, pendekatan teknologi dari peringkat paling rendah iaitu

prasekolah sedang diperhebatkan bagi melahirkan generasi yang celik bahasa melalui

penggunaan teknologi. Namun terdapat isu-isu dan cabaran yang perlu diambil perhatian bagi

memastikan tercapai hasil yang dihasratkan. Isu kesediaan dan motivasi guru, peringkat

perkembangan kanak-kanak dan bahan menjadi indikator penting dalam menilai keberkesanan

penerapan TMK terhadap literasi awal kanak-kanak.

Kesediaan dan motivasi guru memberi kesan terhadap minat dan pencapaian literasi

kanak-kanak. Kaedah penyampaian guru menggunakan TMK perlu bersifat menghiburkan,

mesra pelajar dan mempercepatkan penguasaan literasi. Masalah kemahiran motor kanak-kanak

prasekolah yang rendah perlu ditangani dengan penyediaan bahan berbantukan komputer yang

ringkas, skala tulisan serta gambarajah yang besar dan beranimasi penggunaan alat input yang

sesuai seperti papan kekunci dan tetikus, dan bimbingan yang berterusan. Kekurangan sumber

Page 9: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

9

TMK dari segi rujukan, kemudahan dan perisian memerlukan usaha bersepadu kementerian dan

bahagian teknologi pendidikan untuk merangka satu modul teknologi yang berkesan. Untuk

tujuan tersebut, penulis mencadangkan bahawan pendekatan bersepadu dilihat sebagai kaedah

yang lebih berkesan bagi mencapai literasi kanak-kanak dalam TMK. Pendekatan bersepadu

melibatkan penyediaan kumpulan teknikal, bahan literasi yang bersifat setempat, kursus kepada

guru, kerjasama bersama bidang korporat dan penglibatan NGO. Oleh itu, perkara ini perlu

diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan cabaran yang wujud dan banyak isu yang

sentiasa hadir dalam bidang TMK terhadap literasi awal kanak-kanak prasekolah di Malaysia.

Page 10: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

10

Rujukan Buku: Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, (2003). Multimedia dalam Pendidikan . Betong PTS

Publication.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi, (2008). Siri Penerbitan Fakulti Pendidikan :

Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa melayu,

teori dan praktis. Karisma Publication Sdn Bhd: Shah Alam.

Laman Sesawang: Ahmad Esa, Baharom. M, Mukhtar dan Siti Nasrah (2007) Peranan multimedia di dalam

pembelajaran kanak-kanak. In: Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelarasan

Pendidikan Guru (JPPG 2007), 18-20 November 2007, Hotel Royal Adelphi, Seremban.

Diambil dari http://eprints.uthm.edu.my/2705/

Chew, Fong.P, Mahzan.A, Zahari.I, Loh, Sou .C, & Teh, Ying.W, (2008). Early Childhood

Literature Education: Issues And Challenges. MasalahPendidikan, 31(1), 77-89. Diambil

dari http://myais.fsktm.um.edu.my/7447/

Chung , Hui Ching,Melvina dan Jamaludin Badusah, (2010) Sikap guru Bahasa Melayu

terhadap penggunaan teknologi maklumat dan kKomunikasi (ICT) dalam pengajaran di

Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1). pp. 59-

65. ISSN 0126-6020 / 2180-0782.Diambil dari http://journalarticle.ukm.my/143/

Hazura. M, Hairulliza. M. J, Siti Fadzilah M.N, dan Zawiyah. M.Y, (2012). Jurang Digital dan

Pendidikan di Luar Bandar: Tahap Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pelajar.

Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 1(2). Diambil dari

http://scholar.google.com/scholar?hl=en&q=Hazura+Mohamed%2C+Hairulliza+Moham

ad+Judi%2C+Siti+Fadzilah+M.+Noor+dan++Zawiyah+M.+Yusof%2C+2012&btnG=&a

s_sdt=1%2C5&as_sdtp=

Mahzan Arshad (2007). Memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa malaysia di

sekolah.Masalah Pendidikan, Jilid 30 (1) 79-87. Diambil dari

http://myais.fsktm.um.edu.my/4797/

Mohd Yusof. A, Baharom. M, Shukri. Z, Muhamad Suhaimi. T, Roslee. T, dan Abdul Said. A,

Page 11: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

11

(2011) ICT dalam pendidikan sejauh mana sumbangannya. Utusan Borneo, B4. Diambil

dari http://eprints.ums.edu.my/3235/

Pradeep Kumar Mishra, Anthony Joseph, 2012 ISSN 2076-8184. Information Technologies and

Learning Tools. 2012. №1 (27). Access mode to the journal:

http://www.journal.iitta.gov.u Early Childhood Care & Education: An Ict Perspective.

Romeo, G., Edwards, S., McNamara, S., Walker, I., & Ziguras, C. (2003). Touching the screen:

issues related to the use of touchscreen technology in early childhood education. British

Journal of Educational Tecnology, 34(3), 329-339. Diambil dari

http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=web&cd=2&ved=0

CDcQFjAB&url=http%3A%2F%2Fcsi.ufs.ac.za%2Fresres%2Ffiles%2FRomeo.pdf&ei=

58WpUse0LsbMrQfUtYCYDQ&usg=AFQjCNE3s5B-

LtXRIhM36gylK38akhyo_w&bvm=bv.57967247,d.bmk

Sandra.R, Abu Bakar.N, & Norlidah.A, (2013). Penggunaan ict merentas kurikulum standard

prasekolah kebangsaan (kspk): tinjauan di prasekolah kementerian pelajaran malaysia.

JurnalKurikulumdanPengajaran Asia Pasifik, 1(4). Diambil dari

http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=web&cd=1&cad=rj

a&ved=0CC0QFjAA&url=http%3A%2F%2Fe-

journal.um.edu.my%2Ffilebank%2Fpublished_article%2F5813%2FArtikel_2_Bil_1_Isu

_4.pdf&ei=OMKpUr-

vGML5rAff8IDYCw&usg=AFQjCNERcuXyZFtxzZJ3TZgORY4NpLB7kQ&bvm=bv.5

7967247,d.bmk

Yahya Othman, and Dayang Rini Pakar, (2011) Kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa

mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid tahun 4 di

Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education

(MyLEJ), 1 (1). pp. 27-49. ISSN ISSN: 2180-4842. Diambil dari

http://journalarticle.ukm.my/2535/

Yahya. O, Roselan. B, & Napie. M, (2009). Pemerkasaan pendidikan bahasa Melayu. Utusan. Diambil dari http://books.google.com.my/books?id=vamDMnvNyj4C&pg=PA232&lpg=PA232&dq=Pemerkasaan+pendidikan+bahasa+Melayu.+Utusan.+Othman&source=bl&ots=R9JrykfBVr&sig=ot30kPz1-1HnOmzPhU4iObdtwp4&hl=en&sa=X&ei=dcipUpTmNMPDrAenzICIDQ&redir_esc=y

Page 12: Isu_dan_Cabaran_TMK_terhadap_literasi-libre.pdf

12

#v=onepage&q=Pemerkasaan%20pendidikan%20bahasa%20Melayu.%20Utusan.%20Othman&f=false

Yahya. O, Roselan. B, dan Kemanusiaan, J. P. B., & Pendidikan, F. P. (2007). Aplikasi komputer

dalam pengajaran bahasa: Penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan. 1st

International Malaysian Educational Technology Convention (47-54). Diambil dari

http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf

Wood, E., Specht, J., Willoughby, T., & Mueller, J. (2008). Integrating computer technology in

early childhood education environments: Issues raised by early childhood educators.

Alberta Journal of Educational Research, 54(2) Diambil dari

http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=web&cd=1&cad=rj

a&ved=0CCoQFjAA&url=http%3A%2F%2Fajer.journalhosting.ucalgary.ca%2Fajer%2

Findex.php%2Fajer%2Farticle%2Fdownload%2F630%2F613&ei=bcSpUuLDJqrQiAfyk

oDoDQ&usg=AFQjCNGLLokKdU9fUPWmSeihgugO6Z4aRA&bvm=bv.57967247,d.a

Gc