isu

9
Muat turunkan satu laporan media atau artikel jurnal yang berkaitan dengan ketidakpatuhan etika keguruan yang berlaku masa kini. Buat analisis dan sediakan penulisan refleksi yang kritikal terhadap kandungan laporan/artikel tersebut.Berikan hujah-hujah dengan jelas berkaitan dengan isu yang diberi. Gangguan seksual dan rogol di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsur seksual yang tidak dinigini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya.Gangguan seksual terdiri daripada gangguan secara lisan ,gangguan bukan lisan dan gangguan visual,ganguan psikologi dan gangguan fizikal. Hubungan guru dan pelajar adalah suci dan guru berperanan sebagai pengganti ibu bapa.Malangnya segelintir guru telah mengambil kesempatan dan melakukan jenayah yang sungguh kejam, iaitu merogol pelajar, termasuk murid sekolah rendah.seperti kata pepatah”harapkan pagar, pagar makan padi”.Bayangkan masa depan mangsa yang dirogol.Kemungkinan trauma yang dialami akan kekal sepanjang hayat hingga dewasa. Kanun Keseksaan Malaysia menjadikan sebarang hubungan seksual dengan individu di bawah umur 16 tahun sebagai rogol,sama ada dilakukan dengan kerelaan mangsa atau tidak.Hal ini juga disebut sebagai rogol statutory, ini bermakna ia adalah jenayah rogol. Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang

Upload: jessie-hls

Post on 15-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Etika

TRANSCRIPT

Page 1: Isu

Muat turunkan satu laporan media atau artikel jurnal yang berkaitan dengan

ketidakpatuhan etika keguruan yang berlaku masa kini. Buat analisis dan sediakan

penulisan refleksi yang kritikal terhadap kandungan laporan/artikel tersebut.Berikan

hujah-hujah dengan jelas berkaitan dengan isu yang diberi.

Gangguan seksual dan rogol di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan

berunsur seksual yang tidak dinigini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu

pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya.Gangguan seksual

terdiri daripada gangguan secara lisan ,gangguan bukan lisan dan gangguan

visual,ganguan psikologi dan gangguan fizikal.

Hubungan guru dan pelajar adalah suci dan guru berperanan sebagai pengganti

ibu bapa.Malangnya segelintir guru telah mengambil kesempatan dan melakukan

jenayah yang sungguh kejam, iaitu merogol pelajar, termasuk murid sekolah

rendah.seperti kata pepatah”harapkan pagar, pagar makan padi”.Bayangkan masa

depan mangsa yang dirogol.Kemungkinan trauma yang dialami akan kekal sepanjang

hayat hingga dewasa.

Kanun Keseksaan Malaysia menjadikan sebarang hubungan seksual dengan

individu di bawah umur 16 tahun sebagai rogol,sama ada dilakukan dengan kerelaan

mangsa atau tidak.Hal ini juga disebut sebagai rogol statutory, ini bermakna ia adalah

jenayah rogol. Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan

kesalahan dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan

iaitu:”Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada

lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat.”

Sebuah artikel bertarikh Ogos 2009,(Kosmo! Online) berjudul “Rogol, cabul murid

dalam makmal” yang dikarang oleh Adham Shadan telah dimuat turun dari laman web

Kosmo Online. Menurut sumber artikel, kes ini berlaku di sebuah sekolah rendah jenis

kebangsaan di Pasir Puteh, Kota Bharu dimana seorang guru lelaki berusia 29 yang

mengajar Sains dan Bahasa Cina di sekolah tersebut telah didakwa merogol mangsa

yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains di antara pukul 8 pagi

Page 2: Isu

hingga 3 petang. Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mencabul kehormatan

mangsa di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17 Ogos 2009 mengikut Seksyen

354 Kanun Keseksaan(KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul

kehormatan. Tertuduh didapati bersalah oleh Hakim Rofiah Mohamad selepas

mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-

dua tuduhan itu. Dalam penghakimannya, Rofiah mengatakan dia mengambil kira

kepentingan awam serta hubungan tertuduh dengan mangsa sebagai guru dan murid

dalam menjatuhkan hukuman. Kata Rofiah “ Selepas mendengar hujahan pihak

pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan

sebatan bagi kesalahan merogol serta tiga tahun penjara dan dua sebat bagi kesalahan

mencabul.”

Guru yang terbabit sebenarnya juga telah melanggarkan peraturan dalam kod

Etika Profesion Perguruan dengan melakukan tingkah laku mencabul anak murid

perempuan yang mana ini telah menyebabkan pihak ibu bapa dan khalayak ramai  tidak

percaya kepada sifat profesional profesion perguruan. Seperti mana yang dikemukakan

sebelum ini, salah sebuah kod yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan

adalah menegaskan bahawa guru haruslah sentiasa menjaga tingkah lakunya supaya

keprosefionalannya tidak tercemar akibat kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap

profesion perguruan. Pernyataan ini menjelaskan bahawa setiap tindak tanduk dan

sikap yang guru lakukan adalah mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutamanya

pelajar dan ibu bapa.

Sesungguhnya, amat penting bagi seseorang guru agar menjada perlakuan agar

tidak mencalar kewibawaan profesion perguruan sehingga boleh menghilangkan

kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang sepatutnya

membawa tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak bangsa supaya bertingkah

laku baik dan berakhlak mulia. Jika seorang guru gagal untuk menjaga tingkah laku dan

sikapnya, maka imej guru seluruh Negara akan dipersoalkan dan pada akhirnya,

masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam peranan sebagai “pengganti ibu bapa

di sekolah” untuk mendidik anak-anak mereka. Pendek kata, tindakan guru disiplin lelaki

yang dianalisis dalam sumber artikel telah membuat pihak masyarakat mempersoalkan

sifat profesional guru dan ini sebenarnya telah mencabar kewibawaan profesion

perguruan di Negara kita.

  

Page 3: Isu

Sering kali kita membaca dan mendengar di media tulis dan elektronik

berkenaan salah laku guru .Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang serius

tentang tingkah laku guru kerana sedikit sebanyak menjejaskan profesion perguruan.

Menurut laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan dalam Berita Harian

secara online, Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubung pelbagai

salah laku guru di seluruh Negara sejak tahun 2007. Sumber menjelaskan baahwa

antara kesalahan yang dilakukan oleh guru ialah tidak hadir bertugas (37%), cabul dan

gangguan seksual (17%), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah

(15%), penyalah-gunaan dadah (9.5%), kecurian (6%), jenayah syariah (7%) dan

keterhutangan serius (1%). Peningkatan bilangan guru-guru di Malaysia yang terbabit

dalam kes salah laku sesungguhnya mendatangkan kesan yang amat buruk jika

masalah ini dibiarkan berterusan.

Berita Guru masuk ke kelas lambat Guru tidak mengajar mengikut sukatan

pelajaran ,guru memukul pelajar, tidak hadir bertugas, gangguan seksual,rasuah,tidak

jujur dan tidak amanah,mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri sering

berlaku dan menjadi topik media dan ia menjadi bualan hangat dalam kalangan

masyarakat. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan

kewibawaan profesion keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan

dengan peranan dan tatasusila perguruan.

(2.5) Cara mengatasi isu ini

Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi sistem

pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap

dalam pemantauan terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di kalangan guru

dapat dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah sistem pantau yang

dapat menghalang guru-guru untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang

dikatakan telah melanggar peraturan kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya betul

didapati guru berkenaan masih tidak terlepas dari terbabit kes salah laku, pihak

pentadbir sepatutnya membuat persediaan untuk memberi perkhidmatan nasihat dan

kauseling kepada guru tersebut supaya dia sedar bahawa dirinya sedang menjurus ke

arah yang terpesong daripada profesionnya.

Page 4: Isu

Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan

tindakan tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak

berterusan. Ketegasan pihak pentadbir dalam menguruskan hal salah laku

sememangnya membantu pihak berkuasa membasmi isu salah laku di kalangan guru.

Pihak pentadbir juga berperanan memastikan guru di sekolah, khususnya guru

permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan menghayati kod Etika

Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan bengkel

menerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar guru-guru

sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri.

Selain itu, rakan sejawat guru juga memainkan peranan kritikal dalam mengatasi

masalah salah laku di kalangan guru. Sebagai salah seorang ahli dalam komuniti

pendidik, individu tersebut seharusnya sentiasa berusaha menjadi teladan kepada ahli-

ahli lain dalam komuniti berkaitan. Adalah diingatkan bahawa sebagai seorang guru,

tingkah laku beliau bukan sahaja sentiasa menjadi role model kepada murid-muridnya di

dalam kelas, malah rakan-rakan sejawatnya yang sentiasa berkomunikasi dengannya.

Jadi, adalah wajar sebagai seorang guru untuk sentiasa menjaga tindak-tanduknya.

Sebagai rakan sejawat, individu tersebut juga bertanggungjawab memberi dorongan dan

nasihat sewajarnya kepada guru yang didapati terbabit dengan kesalahan.

sebagai rakan sejawat, sikap ini haruslah diubah dimana individu tersebut

haruslah berusaha mengamalkan pendekatan kepedulian. Dari segi moral, pendekatan

kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain.

Dalam konteks ini, kepedulian dapat diertikan sebagai perasaan ambil berat terhadap

orang lain. Oleh yang demikian, setiap guru haruslah memikul tanggungjawab sebagai

seorang rakan sejawat untuk mempedulikan masalah salah laku yang dihadapi orang

guru sejawat di sekolah.

Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi

peringatan dan nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku.

Menurut Syed Ismail, etc. (2010:56), “kita perlua sama-sama menjaga nama baik

profesion perguruan supaya pelanggan dan stakeholderkita berasa berpuas hati dan

kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi.” Beliau juga menyatakan bahawa “ Sebagai

seorang guru yang berakauntabiliti terhadap rakan, kita hendaklah sentiasa berusaha

membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam terlibat dalam

profesion peguruan ini.” (Syed Ismail, etc., 2010:57) Oleh yang demikian, jelaslah

bahawa tugas kita sebagai guru sebenarnya tidak terhad kepada murid, ibu bapa,

Page 5: Isu

masyarakat dan Negara. Kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk melindungi

dan menjaga nama baik rakan sejawat kita yang berkecenderung untuk melakukan

tindakan terpesong agar kewibawaan profesion perguruan ini tidak tercalar.

Di samping itu, setiap orang guru di Negara kita sebenarnya mempunyai peranan

masing-masing dalam memastikan kes salah laku berhenti dari terus berlaku dalam

kalangan pendidik. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya

sentiasa bermuhasabah dan membuat reflektif diri mengenai apa yang dilakukan

olehnya. Dengan cara ini, kekuatan dan kelemahan diri akan dapat dikenal-pasti dan

dibaiki dengan kadar yang cepat. Ia juga menimbulkan kesedaran untuk menjadikan diri

individu itu berkembang ke arah lebih baik. Umpamanya jikalau guru berkaitan

mendapati dirinya mempunyai masalah tekanan emosi yang menyebabkannya terjurus

untuk melakukan tindakan terpesong, maka beliau bolehlah dapatkan nasihat dan

kaunseling dari pihak berpengalaman sebelum kes salah laku berlaku. Sikap kepekaan

dan rendah diri terhadap keperluan diri untuk menerima nasihat amat membantu dalam

konteks ini. Sudah tentu masalah salah laku di kalangan guru dapat diselesaikan

sebelum keadaan berkenaan berubah menjadi jenayah serius sehinggakan didakwa.

Seterusnya, guru juga haruslah bijak memilih kawan yang mampu menjadi

teladan dan contoh kepada profesion perguruan beliau. Seperti peribahasa dalam

Bahasa Inggeris yang menyatakan bahawa “A man is known by the company he keeps.”

Ini bermakna seorang individu akan menerima pengaruh daripada teman-teman yang

berdampingan dengannya. Sekiranya seorang guru sentiasa berkawan dan

berdampingan dengan golongan guru yang dikatakan mempunyai sikap negatif, maka

lama-kelamaan guru tersebut juga akan terjurus untuk melakukan tingkah laku negatif

akibat pengaruh rakan tersebut. Sebaliknya, sekiranya guru berkenaan berdampingan

dengan rakan sejawat yang mampu menjadi teladan dan contoh malah model tiruan

dalam profesion perguruan, maka guru tersebut akan terarah untuk mengikuti arus

supaya menjadi seorang guru yang ideal.

(3) Kesimpulan

Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Etika

Profesion Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk tingkah

laku positif dan membaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Etika juga

bertujuan mengawal tingkah laku para profesional agar lebih beretika dalam bidang

Page 6: Isu

yang diceburi dan pada akhirnya membimbing para profesional ke menara berjaya suatu

hari nanti. Begitu juga keadaannya dalam kerjaya guru. Dengan adanya Etika Profesion

Perguruan, para guru di Malaysia akan dapat merujuk dan mendapatkan garis panduan

untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap

semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa, masyarat dan Negara serta rakan sejawat.

Pada masa yang sama, adalah wajar bagi setiap individu bagi memahami

bahawa pelaksanaan Etika Profesion Perguruan bukanlah untk membebankan individu

yang terlibat dalam profesion tersebut. Tujuannya seperti yang dinyatakan sebelum ini,

sesungguhnya adalah untuk membantu dalam guru yang berkhidmat dalam bidang

pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan dapat memupuk akauntabiliti dalam

menjalankan kerja atau profesion beliau. Dengan pemahaman tentang kepentingan

kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di Malaysia akan lebih menyedari

keperluan diri mereka mematuhi peratuan kod etika seperti yang tertera bagi menjaga

imej profesion guru serta memelihara kelancaran dalam pelaksanaan sistem pendidikan

di Negara kita.

Menurut Baharin Abu, etc. telah mengunkapkan bahawa “ Guru adalah pendidik

dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu

pengetahun untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa hadapan. Semamangnya

guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan Negara. Selain meyebar

ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain

mereka dapat membina masyarakat  yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi.

Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik

hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat

kepimpinan (Mook Soon Sang, 1988). Sesungguhnya, guru-guru harus merenungkan

kenyataan yang diungkapkan oleh Imam Ghazali (1980) dalam buku Ihya Ulumiddin

yang berbunyi “…rosaklah pemimpin kerana guru yang jahat”.

Kesimpulan

Profesion guru sentiasa terikat dan dipandu oleh Kod Etika Keguruan.Justeru setiap

perlakuan dan isu yang berkait dengan mereka harus sentiasa ditangani secara baik

agar imej profesion tidak akan tercemar.Sememangnya dalam apa-apa profesion sekali

pun, pasti akan ada setitik nila yang merosakkan sebelangga susu.Hal ini tidak dapat

dielakkan akan tetapi boleh dikurangkan.Apabila seseorang guru itu berjaya menyusun

Page 7: Isu

kehidupan profesional dan peribadi mereka sering dengan nilai-nilai etika guru maka

secara langsung martabat,prestasi dan produktiviti mereka akan meningkat.