isu%20kepedulian%20guru[1]

22
ISU KEPEDULIAN GURU DISEDIAKAN OLEH: SUL AKMAL FAUZIA NAZWIN NORAISHAH NUR HAKIMAH

Upload: ajib

Post on 28-Jun-2015

157 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

ISU KEPEDULIAN

GURU

DISEDIAKAN OLEH:

SUL AKMAL

FAUZIA NAZWIN

NORAISHAH

NUR HAKIMAH

Page 2: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

MAKSUD KEPEDULIAN GURU

Mengikut Hall, George dan Rutherford (1977):

“kepedulian – perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian

yang diberi terhadap sesuatu isu atau tugas”

Page 3: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

Van den Berg dan Ros (1999):

“kepedulian – persoalan-persoalan, keraguan dan kemungkinan

tentangan pihak guru apabila menghadapi situasi baharu atau tuntutan yang kian mencabar”

Page 4: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

Kepedulian guru – gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.

Page 5: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

MODEL CONCERNS-BASED ADOPTION – HALL ET AL. (1977)

7 peringkat kepedulian

memberi petunjuk terhadap cara untuk memahami dan menangani kepedulian yang dihadapi

Page 6: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

7 PERINGKAT KEPEDULIAN GURU

Kesedaran

Informational

Personal Pengurusan

Akibat Kolaboratif

Fokus semula

Page 7: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

KEPEDULIAN GURU DALAM KONTEKS SEKOLAH

Guru yang peduli akan menumpukan perhatian mereka terhadap pelajarnya

Guru melakukan tindakan-tindakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelajar yang belum dipenuhi

Guru mementingkan perkembangan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

Page 8: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

CONT…

Guru memahami tugas mereka untuk membentuk pelajar secara holistik – pelajar dapat berkembang secara intelek dengan menguasai pengetahuan spesifik sehingga mereka berkembang menjadi modal insan dengan keperibadian yang disanjung oleh semua.

Page 9: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

Guru yang peduli/prihatin dapat mengeratkan hubungan dengan pelajar, selain mendengar pandangan pelajar, mewujudkan suasana yang kondusif, memahami pelajarnya secara individu, berempati dan memenuhi keperluan akademik dan emosi pelajar

Page 10: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

7 KATEGORI KEPEDULIAN GURU – FULLER ET AL., 1972

Kepedulian bukan

melibatkan pengajaran

Peranan sebagai

guru

Kandungan subjek dan

disiplin

Hubungan peribadi/sosial/

emosi guru dengan pelajar

Kaedah pengajaran dan penilaian pembelajaran

pelajar

Pembelajaran pelajar

terhadap bahan pengajaran

Penambahbaikan diri

sebagai guru

Page 11: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

Lanjutan daripada ini, Fuller, Parsons dan Watkins (1974)mengelompokkan kepedulian guru kpd kategori spesifik berdasarkan 3 peringkat:

Penyempurnaan diri (self-adequacy)

Tugas-tugas pengajaranImpak pengajaran

Page 12: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

PENYEMPURNAAN DIRI (SELF-ADEQUACY)

Merujuk kpd kepedulian kelangsungan hidup yang sering dihadapi oleh guru permulaan

Antara aspek yang terangkum dlm kepedulian guru adlh persetujuan penyelia, sokongan pentadbiran, hubungan dgn guru lain & masalah disiplin.

Kepedulian ini memberi pengaruh terhadap kebolehan guru mengajar dan keberkesanan mereka dlm bilik darjah (Adam & Matray, 1981)

Page 13: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

TUGAS-TUGAS PENGAJARAN

Guru ambil peduli tentang bahan pengajaran/ kaedah efektif

Guru bimbang tentang perasaan pelajar terhadap mereka dan mengambil berat tentang penilaian pembelajaran pelajar (Fuller, 1974)

Page 14: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

IMPAK PENGAJARAN

Tumpuan kepada pelajar secara menyeluruh

Guru lebih berkeyakinan terhadap kebolehan mengajar mereka, persekitaran bilik darjah dan hubungan dengan sekolah dan pelajar

Guru ambil peduli tentang peningkatan profesional diri dan isu-isu etika dalam sistem pendidikan yang boleh memberi kesan kepada pelajar

Page 15: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

ASPEK KEPRIHATINAN GURU DALAM P&P

Pelanggan utama guru iaitu pelajar dalam sebuah kelas berasal dari berbagai latar belakang keluarga, masyarakat, emosi, tahap pengetahuan dan persekitaran fizikal tertentu.

Kepelbagaian latar belakang ini akan mempengaruhi tingkahlaku, pembelajaran, kesediaan belajar dan emosi mereka setiap hari.

Kegagalan guru mengesan, memahami, membaca dan mentafsir kepelbagaian latar belakang pelajar ini akan memberi impak tertentu terhadap proses P&P guru dan pelajar.

Page 16: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

KEPRIHATINAN GURU:

bermaksud guru melakukan pengamatan dan pemerhatian sosial, menzahirkan empati dan simpati terhadap kepelbagaian latar belakang pelajar.

Page 17: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

Pengamatan dan pemerhatian berlaku dalam aspek:

a) Sosial – tingkahlaku pelajar, komunikasi inter-personal , bentuk dan cara tulisan

b) Emosi – wajah , air muka , gerak badan ( bahasa badan ) , hasil kerja

c) Fizikal – pakaian, kekemasan , kebersihan

(Aspek pengamatan di atas menjadi petunjuk penting kepada guru untuk memahami latar belakang kehidupan dan peribadi pelajar untuk melangsungkan kesan pengajaran .)

Page 18: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

Kegagalan mempraktikan keprihatinan ini mungkin menjadikan :

a) Pelajar tertentu tercicir dari memahami pengajaran guru

b) Pelajar dinafikan haknya untuk memberi penjelasan situasi

c) Hukuman guru bertukar menjadi “deraan” fizikal dan emosi

d) Pelajar mengalami “defisit “ motivasi

e) Kelas tidak ceria, penuh ketakutan dan tidak menyeronokkan

Page 19: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

IMPAK KEPRIHATINAN TERHADAP P&P GURU

Berdasarkan pemerhatian guru terhadap kumpulan pelajar dalam kelasnya, maka guru hendaklah :

a) Membuat persediaan pengajaran yang baik

b) Menggunakan pendekatan dan kaedah P&P yang berkesan

c) Mengaplikasi kreativiti dan inovasi dalam P&P

d) Menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai

e) Menyediakan bahan bantu mengajar yang serasi dengan kaedah P&P dan kesediaan pelajar.

Page 20: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

CARA MENANGANI

Untuk jangka masa panjang; guru bolehlah mengamalkan :

a) P&P mesra pelajar – mengambil kira aspek emosi, hubungan mesra dan “rasa” bertanggungjawab yang tinggi untuk memahamkan pelajar.

b) P&P realistik – pengajaran yang menampilkan contoh sebenar yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar – pengajaran kontekstual, konstruktif

c) P&P berbantukan ICT – penerokaan terus, akses kendiri , alat penyediaan bahan pengajaran atau medium penyampai pengajaran

d) P&P penyertaan pelajar – pelajar melibatkan diri secara aktif semasa proses P&P

e) Mewujudkan “iklim hubungan guru-murid” yang merangsang pembinaan konsep kendiri serta minat pembelajaran.

Page 21: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

Selain itu, guru juga boleh:

Menjadi pendengar yang aktif kepada murid

Melakukan kontak mata dengan para murid

Memanggil nama para murid ketika berhubungan dengan mereka

Mengenali setiap murid secara individual atas prestasinya di dalam mahupun di luar kelas

Meminta pendapat para murid

Page 22: ISU%20KEPEDULIAN%20GURU[1]

RUMUSAN

Aspek keprihatinan guru terhadap pelajar semasa P&P amat penting demi memastikan P&P dapat berlangsung dalam suasana harmonis, ceria, difahami, disenangi dan memberi impak mendalam dalam diri pelajar.