isu sembelih

Upload: tzz1

Post on 08-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 isu sembelih

    1/5

    Isu sembelih menggunakan kejutan elektrik

    Isu ini menjadi perbahasan para ulamak sedunia. Antara hujah-hujah yang

    membenarkan penggunaan kejutan elektrik ini adalah fatwa yang dikeluarkan oleh

    Majlis Fiqh Islam sedunia iaitu pada sesi yang ke 10 Majlis Fiqh Islam di Liga Dunia

    Islam yang berlangsung di Mekah dari hari Sabtu, 24 Safar 1408H / 17hb Oktober 1987

    hingga ke Rabu, 28 Safar 1408H / 21hb Oktober 1987, isu penyembelihan binatang

    dengan menggunakan kejutan elektrik telah di perbincangkan. Setelah bermunaqasyah

    mengenai isu tersebut, majlis bersetuju mengenai perkara berikut:

    Pertama, jika bintang itu masih hidup setelah kejutan eletrik dan kemudiannya ia

    disembelih, maka sembelihan menurut syariah Islam, maka ia halal dimakan. Ini kerana

    umumnya firman Allah swt:

    Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan

    darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-

    binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang

    mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan

    yang mati dimakan binatang buas..."[Al-Maidah:3]

    Kedua, jika binatang tersebut mati semasa kejutan elektrik sebelum ianya

    disembelih, maka ia adalah bangkai, maka haram di makan. Pada umumnya firman

    Allah

    "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai" (Al-Maidah: 3)

  • 8/6/2019 isu sembelih

    2/5

  • 8/6/2019 isu sembelih

    3/5

    Isu stunning dalam sembelihan ini telah dibincang semula memandangkan

    terdapat beberapa penemuan baru dalam kaedah sembelihan yang telah dikenalpasti

    hasil lawatan Y.B. Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani bersama Pengerusi JKF

    dan tiga (3) orang Sahibus Samahah Mufti baru-baru ini. Muzakarah Khas yang

    bersidang selama hampir tiga jam ini telah dihadiri seramai 16 orang ahli . Turut hadir

    ialah Y. Bhg. Dato Wan Mohamad bin Dato Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Ketua

    Pengarah Operasi JAKIM dan Y. Bhg. Dr. Saiful Bahri, pegawai daripada Jabatan

    Haiwan yang turut sama menyertai lawatan Y.B. Menteri tersebut.

    Sebelum itu, dalam ucapan aluannya Pengerusi JKF, Prof. Dato Dr. Abdul

    Shukor bin Hj. Husin menegaskan bahawa memandangkan isu sembelihan

    menggunakan kaedah Pneumatic Percussive Stunningini melibatkan maslahah seluruh

    umat Islam dan negara, maka Jawatankuasa Fatwa perlu berbincang dan membuat

    keputusan dengan kadar segera supaya segala kekeliruan dan kebimbangan umat

    Islam terhadap status kehalalan daging yang diimport ke negara ini dapat diselesaikan.

    Prof. Dato Dr. Abdul Shukor turut merakamkan ucapan tahniah bagi pihak

    Jawatankuasa di atas lantikan semula S.S. Dato Hassan bin Hj. Ahmad sebagai Mufti

    Negeri Pulau Pinang. Muzakarah Khas kali pertama bagi tahun 2006 ini ditangguhkan

    pada jam 10.45 malam.

    Kesimpulannya, pada dasarnya kejutan eletrik akan menyebabkan penyeksaan

    yang teruk keatas binatang. Walaubagaimana pun, jika kejutan elektrik adalah diparas

    rendah agar ia tidak menyeksa binatang, maka bolehlah ia digunakan. Sebagai

    tambahan, jika binatang ini masih hidup setelah kejutan elektrik, maka ia boleh

    disembelih dan di makan. Akan tetapi jika ia mati akibat kejutan maka ianya dikira

    bangkai dan haram dimakan.

    Isu sembelihan ayam menggunakan mesin

  • 8/6/2019 isu sembelih

    4/5

    Isu penyembelihan menggunakan mesin ini timbul apabila sesetengah umat Islam

    berpandangan sembelihan mesin tidak halal, sebaliknya sembelihan mesti dilakukan

    dengan tangan juga. Terdapat beberapa hujah dalam menjawab isu ini. Antaranya

    pisau adalah alat yang selalu digunakan untuk menyembelih. Akan tetapi, sekiranya

    dengan teknologi yang ada, mesin yang mempunyai pisau panjang dapat menyembelih

    banyak haiwan dalam satu masa, maka cukuplah dengan sekali lafaz 'bismilah' ketika

    menghidupkan mesin tersebut. Sebagaimana hadis dalam sahih Muslim daripada Adi

    bin Hatim radiyallahu 'anhu, ia berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya

    aku melepas anjing-anjing pemburu yang terlatih lalu anjing-anjing itu pun menangkap

    buruan untukku dan aku sudah membaca bismillah? Beliau menjawab: Apabila kamu

    melepas anjingmu yang terlatih sambil menyebut nama Allah atasnya, maka makanlah!

    Aku bertanya lagi: Meskipun anjing itu membunuhnya? Rasulullah menjawab:

    Walaupun anjing itu sudah membunuhnya, selama tidak ada anjing lain yang

    menyertainya. [Sahih Muslim]

    Dalam hadis ini menujukkan bahawa seorang pemburu yang menggunakan

    anjing pemburuan yang terlatih, hanya perlu membaca bismilah ketika melepaskan

    anjing itu untuk mengejar dan membunuh haiwan buruan. Perhatikan lagi bahawa

    walaupun haiwan buruan itu mati digigt anjing pemburuan, ianya halal dimakan. Hanya

    haiwan yang dibunuh anjing pemburuan yang terlatih sahaja halal, anjing tidak terlatih

    tidak halal. Oleh itu, ketika berburu hendaklah menggunakan anjing yang terlatih

    sahaja. Selain itu, anjing pemburuan, pisau, tombak, kapak, anak panah dan alat lain

    adalah peralatan untuk membunuh haiwan, sama seperti mesin. Cuma lafaz bismilah

    mesti dibaca ketika melepaskan anjing pemburuan, melempar tombak atau menekan

    butang menghidupkan mesin.

    Satu lagi hadis sahih Muslim daripada Rafi' bin Khadij radiyallahu 'anhu katanya:

    Aku berkata: Wahai Rasulullah, kami akan menemui musuh esok sedangkan kami tidak

    mempunyai pisau. Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam bersabda: Segerakanlah atau

    sembelihlah dengan apa saja yang boleh menumpahkan darah dengan menyebut nama

    Allah, engkau boleh memakannya asalkan alat tersebut bukan gigi dan kuku. Aku akan

  • 8/6/2019 isu sembelih

    5/5

    nyatakan kepada kamu. Adapun gigi, ia adalah tulang manakala kuku pula adalah pisau

    orang Habsyah iaitu Ethiopia. [Sahih Muslim]

    Oleh itu, dibolehkan menggunakan selain pisau untuk menyembelih, asalkan alat

    itu dapat menumpahkan darah (kecuali gigi dan kuku tidak boleh). Mesin sembelihan

    pastilah dapat menumpahkan darah, maka ia juga di kira sah untuk dijadikan sebagai

    alat sembelihan. Berdasarkan hujah-hujah di atas, maka sembelihan ayam

    menggunakan mesin adalah halal, selagi ianya memenuhi syarat sah sembelihan.