isu semasa penggunaan aplikasi ict dalam

13
1 Isi Kandungan Pendahuluan ............................................................................................................................... 2 Definisi ICT................................................................................................................................ 3 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran ....................................................................................... 4 Definisi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran ................................................ 4 ICT dari Perspektif Barat ........................................................................................................... 4 ICT dari Perspektif Islam ........................................................................................................... 5 Matlamat Kurikulum ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran................................................ 5 Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran .................................................................... 6 Contoh Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran ....................................................... 8 Integrasi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran ............................................... 9 Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran .......................... 10 Penutup ..................................................................................................................................... 12 Rujukan .................................................................................................................................... 12

Upload: wtl

Post on 14-Jul-2016

26 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

1

Isi Kandungan

Pendahuluan ............................................................................................................................... 2

Definisi ICT ................................................................................................................................ 3

Definisi Pengajaran dan Pembelajaran ....................................................................................... 4

Definisi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran ................................................ 4

ICT dari Perspektif Barat ........................................................................................................... 4

ICT dari Perspektif Islam ........................................................................................................... 5

Matlamat Kurikulum ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran................................................ 5

Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran .................................................................... 6

Contoh Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran ....................................................... 8

Integrasi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran ............................................... 9

Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran .......................... 10

Penutup ..................................................................................................................................... 12

Rujukan .................................................................................................................................... 12

Page 2: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

2

Pendahuluan

Arus globalisasi bergerak begitu pantas pada masa kini. Perubahan dan

perkembangannya agak sukar untuk dibendung dari menular dalam kehidupan kita.

Perkembangan ini terus memberi impak yang baik kepada masyarakat dan tidak kurang juga

memberi pelbagai cabaran kepada kita semua khususnya kepada dunia pendidikan. Justru, ada

yang menganggap era ini sebagai era ledakan maklumat dan dunia tanpa sempadan. Hal ini

kerana, mereka beranggapan dunia hari ini agak kecil dek kerana apa sahaja yang berlaku di

barat dapat diketahui oleh masyarakat di sebelah timur dengan sangat pantas.

Penyebaran ICT yang pesat menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan amalan-

amalan kehidupan yang berlainan yang datang dari pelusuk dunia. Tanpa memikirkan

sempadan wilayah, ia terus memasuki ke dalam diri setiap ahli masyarakat tanpa sekatan.

Hanya kekuatan jatidiri dan keimanan sahaja yang dapat mengawal penularan nilai-nilai

negatif yang disebarkan melalui ICT. Bagi nilai-nilai positif pula, kita sangat mengalu-alukan

perkembangannya kerana ianya dapat membangunkan potensi penggunanya.

Seperti yang diketahui umum bahawa ICT merupakan satu cabang ilmu yang

dipelopori oleh orang-orang barat. Justru itu, ilmu ini seolah-olah terpisah dari roh ketauhidan

dan tiada hubung kait dengan Tuhan. Namun tanpa dapat disangkal lagi, Islam yang bersifat

menyeluruh dari segala aspek sudah pasti tidak terlepas dari membicarakan seterusnya

memimpin ilmu ini. Al-Quran sebagai rujukan utama umat Islam, di dalamnya sahaja terdapat

kira-kira empat puluh satu ayat yang membicarakan tentang berita yang mengandungi

maklumat.1 Diantara ayat al-Quran yang menyebut tentang berita dan sangat berkaitan dengan

teknologi penghantaran maklumat, adalah surah al-A’raaf ayat 57 ;

و يو يديرحتٱلريحيرسلٱلذ ابي بش للۦ قلذتسحاباثقالسقنإذاأ حتذ

ىزلابيتفأ خرجيابٱلهاءنذ

ملعلذكٱلهوتلذلكنرجٱثلذهرت نوكۦفأ

رون ٥٧تذلذ

1 Mokmin bin Basri, Isu-isu Teknologi Maklumat Menurut Hadith. Selangor : Sekolah Sains Informasi dan

Teknologi Maklumat. 2006. hlm. 269.

Page 3: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

3

Terjemahannya :

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan

sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan

mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami

turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-

bagai buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-

orang yang telah mati, supaa kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

Begitulah juga perkembangan ICT yang sedang berkembang pesat dalam dunia

pendidikan khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Hakikat perkembangan ICT

yang berlaku di semua peringkat pada hari ini tidak dapat lari dari isu dan cabarannya

tersendiri. Jika disalahguna atau sekiranya penggunaan ICT tidak dikawal mengikut polisi dan

prosedur tertentu, manfaat yang kita perolehi tadi akan datang bersamanya keburukan yang

akhirnya akan merosak serta meruntuh nilai-nilai murni.

Oleh yang demikian, kerja kursus ini akan merungkai dan membincangkan beberapa

isu semasa berkaitan penggunaan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam

sektor pendidikan hari ini.

Definisi ICT

ICT merupakan singkatan daripada perkataan “Information and Communication

Technology” yang bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Teknologi Maklumat

dan Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah,

menyebar dan memapar maklumat menggunakan perantaraan teknologi.2

2 Nafisoh, “Maksud ICT”, Dicapai pada 20 Jun 2015 dari http://pendidikan-ict.blogspot.com/2010/06/maksud-

ict.html

Page 4: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

4

Definisi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan

muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk

melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak

dan memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu

pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.3

Pembelajaran pula merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.4

Definisi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT

secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.5

ICT dari Perspektif Barat

Secara umumnya ICT menurut barat adalah apa juga peralatan yang berasaskan

komputer yang digunakan bersama-sama maklumat dan menyokong maklumat dan keperluan

memproses maklumat yang diperlukan oleh sesuatu organisasi. Selain sebagai alat

menyokong aktiviti maklumat, ICT juga dilihat sebagai alat bagi membantu melalui empat

cara :

i. Tugasan memproses-maklumat.6

ii. Tugasan membuat keputusan.7

iii. Perkongsian maklumat melalui pengkomputeran berpusat.8

iv. Inovasi.9

3 Sarina, “Definisi Pengajaran dan Pembelajaran”, Dicapai pada 20 Jun 2015 dari

http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-dan-pembelajaran.html 4 Ibid.

5 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur :

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001, hlm 1 6 Ibid.

7 Ibid.

8 Ibid.

Page 5: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

5

ICT dari Perspektif Islam

Hakikatnya, ICT yang digembar-gemburkan sebagai hebat itu tidak lain dan tidak

bukan hanyalah suatu alat yang digunakan untuk menyampaikan maklumat melalui cara yang

dipercayai paling berkesan dan pantas. Jika diperhalusi, ICT yang diterajui oleh barat tidak

membincangan tentang beberapa perkara yang penting seperti matlamat ICT, isi kandungan

ICT, amanah dan adab-adap berkaitan ICT secara serius.

Melihat pada al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan umat Islam sejak zaman

berzaman, persoalan tentang teknologi, maklumat dan komunikasi sebenarnya telah disentuh

didalamnya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung dan seharusnya ia dijadikan

rujukan dan panduan kepada pemain dan peneraju ICT.

Matlamat Kurikulum ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Ilmu ICT juga seperti ilmu-ilmu yang lain yang mana matlamatnya tidak lain dan tidak

bukan adalah untuk mencapai tahan keimanan dan mengesakan Allah s.w.t. Ilmu itu adalah

temasuk iman dan tujuan ilmu itu adalah untuk mengasuh, memupuk, menjelmakan kebaikan

yang bermaksud keadilan dalam diri insan sebagai insan itu sendiri.

Hakikatnya, Rasulullah s.a.w sendiri diutuskan untuk menyampaikan pesanan Allah

tentang apa jua yang ada dilangit dan dibumi adalah menifestasi kepada kebesaran dan

kekuatan Allah seperti firman-Nya dalam suran Yunus ayat 101 ;

قل منتناذافٱىظروا رض وٱلسذيؤنيونٱلذروٱأليتوناتغنٱل ١٠١عوقوملذ

Terjemahannya :

Katakanlah (wahai Muhammad) : “Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada dilangit dan di

bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan

kekuasaan-Nya. Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan

Allah), dan tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan

kepadanya”.

9 Ibid.

Page 6: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

6

Melihat pula bidang tugas Rasulullah s.a.w, Baginda diamanahkan bagi

menyampaikan perintah-perintah dari Allah dan juga memberi nasihat seperti yang terdapat

dalam banyak ayat al-Quran yang menyebut tentang tanggungjawab ini. Antara ayat al-Quran

yang menyebut tentang tanggungjawab ini adalah firman Allah dalam surah al-A’raaf ayat 62;

بلغكمعلمنوأ

ىصحلكموأ

وأ لترب رس ٦٢نالتعلهونٱللذ

Terjemahannya :

“Tugasku menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang diutuskan oleh Tuhanku, serta

aku memberi nasihat keada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan

apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

Justru, ilmu ICT juga sepatutnya bertunjangkan dan membawa kepada pengesaan

kepada Allah. Hal ini kerana, penguasaan ilmu ICT tanpa membawa kepada petunjuk akan

menyebabkan manusia tergolong dalam golongan sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang

bermaksud ; “Barangsiapa bertambah ilmunya dan tidak bertambah petunju, niscaya dia tidak

bertambah dekat melainkan bertambah jauh dari Allah”.

Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1) Menjadi sumber rujukan dan motivasi kepada guru bagi membuat seterusnya

menghasilkan inovasi pada pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih

difahami dan diikuti oleh pelajar.10

2) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.11

3) Meransang pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.12

4) Membantu pelajar dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih

cepat dan tepat.13

10

Nadia. Aplikasi ICT yang boleh digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 2015. Hlm 4 11

“Penggunaan Teknologi dan ICT dalam P&P dalam bilik darjah”. Dicapai pada 20 Jun 2015 dari http://www.slideshare.net/isuict12/penggunaan-ict-dalam-pp 12

Ibid. 13

Ibid.

Page 7: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

7

5) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada pelajar yang mempunyai

pelbagai kebolehan dan kecerdasan.14

6) Membantu pelajar mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar

diperoleh dalam keadaan biasa.15

7) Mewujudkan susasana pembelajaran yang senorok, mencabar dan berbentuk

penerokaan.16

8) Meningkatkan daya kretiviti, inovasi dan imaginasi pelajar.17

Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana ICT telah

menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai

maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua kita berada. Pengaruh dan

kemajuan era ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian serta

pengajaran dan pembelajaran.

Hakikat yang tidak dapat disangkal adalah bangsa yang maju adalah bangsa yang

mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan.

Dalam konteks ini, ICT berperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai

agen revolusi sosial.

ICT amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran terutama untuk sistem

pendidikan terbuka (open learning), sistem pendidikan secara jarak jauh (distance learning)

dan sistem pendidikan secara dalam talian (online or electronic learning)18

. ICT merupakan

pembantu proses interaksi antara individu, dan pada hari ini telah merevolusikan persekitaran

pembelajaran. Selain itu, ICT juga memberikan fleksibiliti kepada guru dan pelajar dari aspek

masa pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Oleh yang demikian, pengaplikasian ICT

dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini bukan sahaja tidak dapat dielakkan

lagi malah perlu sentiasa diberi keutamaan dan diperkemaskinikan agar sejajar dengan arus

perkembangan semasa.

ICT berperanan sebagai alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini

kerana pendidikan pada hari ini bukan sahaja perlu menggunakan buku semata-mata, tetapi

14

Ibid. 15

Ibid. 16

Ibid. 17

Ibid. 18

Zuraini, Fatimah dan Hasmawati, Cabaran Pendidikan secara Jarak Jauh : Kesedaran dan Pendedahan dalam Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 2006, hlm 6.

Page 8: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

8

lebih maju dan berkembang dengan alat-alat bantuan lain. Selain itu, peranan ICT juga

penting dalam membantu kekurangan kepakaran dan tenaga pengajar. Ianya berperanan

sebagai alat altenatif kepada kekurangan kepakaran dan kemahiran tenaga pengajar.

Contoh Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran bermula dari proses pendaftaran pelajar untuk

sesuatu program pengajian sehinggalah proses penyampaian bahan pengajaran dan

pembelajaran dan seterusnya penilaian kemajuan pelajar itu sendiri. Diantara contoh aplikasi

ICT yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah :

1) Sistem pendaftaran mata pelajaran.

Pendaftaran subjek secara atas talian dilihat bukan sahaja dapat mengatasi pelbagai

jenis masalah seperti kekangan masa dan ruang yang terhad dalam menguruskan pendaftaran

mata pelajaran malah dapat memberi pelbagai faedah lain. Melalui penggunaan teknologi

Internet, pendaftaran mata pelajaran dapat dilakukan di mana-mana sahaja tanpa kekangan

masa dan tempat. Tenaga kerja untuk petugas pendaftaran juga dapat dikurangkan selain

keperluan penggunaan ruang yang besar untuk proses pendaftaran dapat dielakkan. Selain

daripada itu penggunaan sistem pendaftaran subjek secara atas talian juga dapat membantu

pengurangan penggunaan kertas. Pelajar mendaftar menggunakan komputer dan segala data

yang mereka masukkan disimpan secara elektronik. Penyimpanan data secara elektronik ini

juga memudahkan capaian ke atas data atau rekod pelajar. Hal ini berbeza dengan sistem

konvensional yang menggunakan kertas dan sistem fail yang disusun di dalam kabinet untuk

penyimpanan rekod pelajar. Kekurangan sistem ini adalah capaian ke atas rekod-rekod pelajar

tidak dapat dilakukan secara cepat dan mudah. Dengan teknologi ICT yang wujud pada hari

ini, data pelajar yang disimpan secara elektronik dapat dicapai dengan mudah dan cepat selain

tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar untuk menempatkan kabinet-kabinet fail

rekod pelajar.19

19

Shukor dan Masitah. Penggunaan Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi. Johor : Universiti Teknologi Malaysia. 2011. hlm 12

Page 9: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

9

2) Sistem penjadualan mata pelajaran.

Penjadualan mata pelajaran adalah suatu proses yang rumit kerana melibatkan analisa

penggunaan ruang, masa dan kumpulan pelajar serta pengajar. Kebiasaannya proses

penjadualan ini akan melalui pelbagai proses penyesuaian dan pembaikan sebelum sesuatu

jadual yang lengkap dapat dikeluarkan kepada pelajar dan pensyarah. Proses ini memakan

masa yang lama dan memerlukan penelitian yang tinggi. Dengan kemudahan teknologi ICT

hari ini, proses ini mampu dipermudahkan. Analisa ruang, masa, kumpulan pelajar dan

pensyarah dapat dilakukan dengan cepat tanpa ralat oleh komputer. Sistem ini boleh dicapai

secara atas talian oleh pengguna berdaftar. Sebarang perubahan mengenai masa, tempat, dan

tarikh sesuatu kuliah dapat diikuti dengan pantas oleh pensyarah dan pelajar-pelajar yang

terlibat. Selain itu, melalui sistem ini juga, penggunaan setiap ruang di fakulti tersebut dapat

dioptimumkan dengan sebaiknya.20

Integrasi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada satu cara

pun boleh dikatakan sebagai teknik terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang

sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan pelajar serta dapat

membuahkan hasil yang diharapkan dalam suatu jangka masa yang munasabah.

Integrasi penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut konteks

perbincangan ini secara umum melibatkan dua aspek utama iaitu pertamanya aspek

pengajaran (guru menggunakan ICT) dan keduanya aspek pembelajaran (pelajar

menggunakan ICT).21

Dalam aspek pengajaran, penggunaan ICT dapat dikategorikan kepada

i. Alat persembahan.22

ii. Alat demonstrasi.23

iii. Jaringan pendidikan.24

20

Ibid., hlm. 12. 21

Ibdi. 22

Ibid. 23

Ibid. 24

Ibid.

Page 10: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

10

Manakala dalam aspek pembelajaran pula, ICT digunakan sebagai :

i. ICT untuk pembelajaran tutorial.25

ii. ICT untuk pembelajaran penerokaan.26

iii. ICT sebagai alat aplikasi.27

iv. ICT sebagai pemudah komunikasi.28

Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1) Persepsi guru terhadap kepentingan komputer

Walaupun ramai guru telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di

dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah

konvensional yang dirasakan lebih relevan dengan sistem peperiksaan pada hari ini.29

2) Masa dan beban tugas guru

Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-

guru menyediakannya. Persediaan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan

mengajar serta bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Ironinya, kebanyakan

guru sedar tentang kelebihan menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya

kerana kekangan masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa

menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan

diri dan kemahiran menggunakan ICT menjadi pendorong perlaksanaannya dalam

pengajaran dan pembelajaran.30

3) Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer

Proses pengajaran menggunakan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina

persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan

Powerpoint dengan input-input seperti memasukan video, grafik dan bunyi mengikut

kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan

25

Ibid. 26

Ibid. 27

Ibid. 28

Ibid. 29

Ibid. 30

Ibid.

Page 11: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

11

terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi

keinginan guru untuk menambahbaikan bahan pengajaran dan pembelajaran hanya

tinggal sebagai kemahuan sahaja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan

pengetahuan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.31

4) Sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan

Disebabkan penekanan kepada pencapainan di dalam peperiksaan, guru-guru hanya

memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang dinilai di dalam peperiksaan.

Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan. Menurut bekas Ketua Pengarah

Kementerian Pelajaran, Tan Sri Wan Zahid Nordin, pelajar Malaysia antara pelajar paling

menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat

keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa

memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.32

5) Kekurangan prasarana dan bahan sokongan

Satu cabaran penting pendidikan ialah menyediakan kemudahan prasarana dan bahan

sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ini bermakna kemudahan ini tidak terhad kepada

golongan tertentu sahaja. Ironinya pada hari ini, pembekalan kemudahan ICT seperti

komputer tidak seimbang antara bandar dan luar bandar. Selain itu, sistem rangkaian dan

jalur lebar di Malaysia masih tidak meluas yang menyukarkan capaian kepada internet.33

6) Jurang ICT dan digital

Jurang digital bermaksud terdapatnya jurang di antara satu komuniti dengan

komuniti yang lain di dalam mengakses kepada ICT, mencapai maklumat melalui ICT

serta memahami dan menggunakan maklumat dari ICT. Faktor yang menyebabkan jurang

digital ialah :

i. Faktor ekonomi, iaitu tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan

khidmat ICT.

31

Ibid. 32

Ibid. 33

Suhaili Hanafi, “Cabaran dan Isu Penggunaan ICT dalam Pendidikan”, Dicapai pada 20 Jun 2015 dari http://www.slideshare.net/SuhailiHanafi/cabaran-dan-isu-penggunaan-ict-dalam-pendidikan

Page 12: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

12

ii. Faktor geografi, iaitu tempat yang tidak mempunyai liputan internet.

iii. Faktor kemahiran komputer, iaitu tidak mengetahui bagaimana unuk

mengakses maklumat.

iv. Faktor kemahiran bahasa dan literasi iaitu tidak dapat membaca dan

memahami bahasa internet dengan baik.

Penutup

Ironinya, kita tidak boleh menafikan sumbangan kemajuan ICT dalam transformasi

dan inovasi dunia pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, kita juga jelas

dengan hakikat bahawa ICT tidak dapat menggantikan peranan manusia secara total

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ICT boleh diintegrasikan dengan sistem

konvensional sedia ada dan bukan untuk menggantikan sistem konvensional tersebut

keseluruhannya.

Rujukan

(1) Basri, M. (2006), Isu-isu Teknologi Maklumat Menurut Hadith, Selangor : KISDAR

(2) Abdul Razak, S. Ghazali, M. (T.Th), Penggunaan Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan

Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi, Johor : Universiti Teknologi Malaysia

(3) Nadia. (2015). Aplikasi ICT yang boleh digunakan dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.

(4) Zakaria, Z., Hassan, F., Hassan, H,. Shariff, N., (2006), Cabaran Pendidikan secara

Jarak Jauh : Kesedaran dan Pendedahan dalam Era Teknologi Maklumat dan

Komunikasi, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

(5) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. (2001). Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

(6) Nafisoh, (2010), Maksud ICT. Dicapai pada 20 Jun 2015 dari http://pendidikan-

ict.blogspot.com/2010/06/maksud-ict.html

(7) Sarina, (2009), Definisi Pengajaran dan Pembelajaran. Dicapai pada 20 Jun 2015 dari

http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-dan-

pembelajaran.html

Page 13: Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT Dalam

13

(8) Penggunaan Teknologi dan ICT dalam P&P dalam bilik darjah. Dicapai pada 20 Jun

2015 dari http://www.slideshare.net/isuict12/penggunaan-ict-dalam-pp

(9) Suhaili Hanafi. (2013). Cabaran dan Isu Penggunaan ICT dalam Pendidikan. Dicapai

pada 20 Jun 2015 dari http://www.slideshare.net/SuhailiHanafi/cabaran-dan-isu-

penggunaan-ict-dalam-pendidikan