isu penyemakan semula kpk ke kspk

Upload: maira-akbal

Post on 04-Jun-2018

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    1/15

    1

    1.0 Pengenalan

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang harmonis

    dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniaan masyarakat dan negara.

    Berdasarkan huraian diatas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman arah

    tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Jika kita

    menghayati dan memahami maksud falsafah pendidikan, kita akan dapati bahawa falsafah

    merupakan isu yang sangat serius dan penting kepada sesebuah negara. Falsafah Pendidikan

    memainkan peranan sebagai arah tuju panduan dan bimbingan kepada sesebuah negara dalam

    membentuk perkembangan pelajar secara menyeluruh yang meliputi dimensi intrinsik dan

    dimenri instrumental/sosial. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal

    daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara

    sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk Rukun

    Negara.

    Dalam kata erti lain, FPK akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada

    segala usaha pendidkan sama ada di dalam institusi pendidikan atau luar institusi pendidikan.

    Sehubungan ini FPK adalah digunal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang

    mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat

    dan negara.

    Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan sesebuah negara sebenarnya

    menganjakkan diri ke hadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang

    mendasari dan membentuk sistem pendidikan (contohnya sistem pendidikan malaysia) daripada

    peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK

    menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan

    selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang

    juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    2/15

    2

    utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung

    merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

    Selain itu, FPK juga berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat

    pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspel diri manusia secara harmonis dan

    seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus

    menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus dapati ciri-ciri asasi

    seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

    Falsafah pendidikan juga menekankan tentang pendidikan. Pendidikan merupakan satu

    proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah ke akhir hayat

    seseorang itu. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni

    dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah

    bermula sejak kita berada di rumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut,

    pengajian tinggi dan sebagainya. Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha

    berterusan ini membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu

    untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa sekarang.

    Selain daripada itu, perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani merupakan perkara

    yang dititikberatkan dalam FPK. Unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi

    individu dan menjadi asas kepada FPK. Perkembangan potensi individu dalam empat aspek ini

    telah membawa kepada perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan

    secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang maksima pada

    jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri individu

    tersebut. Perkembangan ini dapat membantu individu dalam kecergasan mental, menyelesaikan

    masalah dengan tepat, mengawal emosi dengan baik dan mempunyai tingkah laku yang baik.

    Berdasarkan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, jelas bahawa Matlamat

    Pendidikan Negara bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah, tetapi adalah untuk

    pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli

    keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia

    dan berbakti.

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    3/15

    3

    2.0 Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    Program pendidikan prasekolah di Malaysia telah mula diperkenalkan pada era 1950-an

    dan berkembang dengan pesat bermula pada tahun 1960. Konsep penubuhan tadika atau

    prasekolah pada asalnya adalah bagi menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-

    murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek

    perkembangan menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan

    memasuki ke alam persekolahan di peringkat rendah. Program ini dirancang sebagai pendidikan

    untuk pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak di luar lingkungan

    keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar.

    Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang signifikan

    bagi pendidikan prasekolah. Pendidikan Prasekolah telah dimasukkan ke dalam Sistem

    Pendidikan Kebangsaan. Peruntukan Akta ini memberi penekanan kepada pendidikan prasekolah

    bagi kanak-kanak dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun. Perubahan dasar ini menunjukkan

    Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menumpukan usaha untuk mengekal dan

    mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah.

    Selain itu, pendidikan prasekolah juga merupakan pendidikan asas yang penting bagi

    kanak-kanak dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas menerima pendidikan di

    rumah. Ia merupakan pendidikan awal yang dapat menarik minat dan menyemai perasaan

    cintakan ilmu pengetahuan dan sukatan sekolah di kalangan kanak-kanak. Oleh sebab itu guru

    mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-

    aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran pusat

    prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah.

    Perkembangan pertumbuhan tadika yang tidak terkawan menyebabkan pelbagai

    pendekatan, hala tuju dan kurikulum digunakan dalam pendidikan prasekolah. Sehingga kini

    belum ada tanda aras atau standard khusu yang sesuai dengan keperluan budaya dan adat resam

    kita sendiri. Program yang sedia ada ialah program pendidikan awal kanak-kanak berasaskan

    sistem Montessori atau Regio Emillio atau lain-lain yang di adaptasi daripada luar. Kurikulum

    Pendidikan Prasekolah dirangka dengan teliti bagi memnuhi keperluan dan tahap keupayaan

    kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    4/15

    4

    pembelajarab kanak-kanak sama ada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun

    dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan

    disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, program pendidikan prasekolah yang

    dilaksanakan mampu memberi pendedahan bermain sambil belajar. Pendekatan ini merupakan

    satu kaedah yang fleksibel, dinamik, komprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktiviti

    balik darjah yang mementingkan penerokaan serta yang menggalakkan naluri ingin tahu di

    kalangan kanak-kanak.

    2.1 Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia.

    Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat

    berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-

    Kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah prasekolah atau

    tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim

    untuk Taman Didikan Kanak-Kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan

    Perpaduan mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-

    kanak atau Tabika secara ringkas. Oleh itu, Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang

    menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam

    jangka masa satu tahun sebelum masuk ke tahun 1 di sekolah formal.

    2.2 Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Luar Negara

    Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika

    pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johain Heinrich Pestalozzi,

    Friedrich Froebel dan Maria Montessari. Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di

    dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakannya tadika itu Kindergarden yang

    bermaksud Garden of Children. Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan

    oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi nama The Infant School.

    Di Amerika Syarikat, prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schurz.

    Seterusnya pada tahun 1860, Elizabeth Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan

    prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang

    berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal.

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    5/15

    5

    3.0 ISU ISU PENYEMAKAN SEMULA KURIKULUM PRASEKOLAH DAN

    KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

    3.1 Perbezaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) dan Kurikulum Standard

    Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

    Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) telah disemak semula untuk memastikan

    kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut

    keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

    Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan

    meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard

    kepada semua pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996

    (Pendidikan Prasekolah). Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

    berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong

    matlamat dan wawasan Negara. Ia juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori

    pendidikan awal kanak-kanak psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend

    pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-

    pembelajaran.

    KPK telah diubahsuai dengan mewujudkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Ini

    kerana, berlaku ketidakrelevanan antara KPK dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara

    yang menekankan konsep modan insan dan bagaimana sesuatu kurikulum itu dapat

    meningkatkan mutu pendidikan kanak-kanak disamping meningkatkan pengeluaran modal insan

    yang berguna pada negara, masyarakat dan agama. KPK diubah kepada KSPK dengan

    menetapkan beberapa matlamat iaitu :

    1. Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan.2.

    Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dankeusahawanan.

    3. Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa,beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh

    kepada ajaran agama.

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    6/15

    6

    4. Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melaluiprogram prasekolah.

    5. Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna danmenyeronokkan.

    6. Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.7. Menambahbaik Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ini mengandungi model konseptual kurikulum,

    matlamat, objektif organisasi, kandungan kurikulum, komponen-komponen kurikulum,

    pendekatan pengajaran dan pembelajaran, cadangan bahan kurikulum, pengurusan ruang dan

    penilaian serta rekos perkembangan murid. Bagi menjelaskan perkara di atas, maka huraian

    Kurikulum Prasekolah disediakan. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pula

    digubal berdasarkan kepada prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak

    dan teori pembelajaran kanak-kanak. Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri

    penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu adalah

    ditekankan. Kriteria pemilihan aktiviti memberi keutamaan kepada pengalaman yang

    menyuburkan (enriching), penglibatan aktif (engaging), selamat (safe) dan menyeronokkan (fun).

    KSPK memberi peruntukkan masa yang lebih panjang untuk pengajarab dan pembelajaran dalam

    Bahasa Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah 2003. Ia

    juga digubal berdasarkan reka bentuk kurikulum berasaskan standard berbentuk modular, dan

    berkisar pada enam tunjang yang akan diteruskan pada sekolah rendah dan menengah.

    Penggubalan KSPK mengambil kira keperluan bagi memastikan kesinambungan antara KSPK

    dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

    Oleh yang demikian, terdapat pelbagai perbandingan dalan tunjang-tunjang yang terdapat

    dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dengan komponen yang terdapat dalam

    Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu :

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    7/15

    7

    3.1.1 Perbandingan tunjang-tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

    KSPK) dan komponen dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK).

    3.1.2 Objektif KSPK

    Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menyediakan peluang kepada kanak-

    kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial,

    intelek dan rohani.

    1. Membina kecerdasan badan.2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.3. Mempratikkan amalan kesihatan yang baik.4. Menguasai kemahiran motor halus dan kasar.5. Mempunyai kematangan emosi.6. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.7. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.8. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.9. Boleh bekerja secara bersendirian dan kumpulan.

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    8/15

    8

    10.Menghormati perasaan serta hak orang lain untuk membentuk perhubungan yang positifdengan orang dewasa dan rakan sebaya.

    11.Mengamalkan nilai murni.12.Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.13.Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar

    dalam kontek kehidupan harian.

    14.Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.15.Menggunakan kemahiran matematik asas dalam tugasan harian dan menyelesaikan

    masalah.

    16.Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dankehidupan seharian.

    17.Mengembangkan daya kreatif dan estetika.18.Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

    3.1.3 Tahap Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan jangkamasa persekolahan.

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    9/15

    9

    3.2 Pendidikan yang holistik kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak.

    Pendidikan holistik merupakan filsafat pendidikan yang berangkat dari pemikiran bahawa

    pada dasarnya seorang individu dapat menemukan indetiti, makna dan tujuan hidup melalui

    hubungannya dengan masyarakat, lingkungan alam, dan nilai-nilai spritual. Seacar sejarahnya,

    pendidikan holistik sebetuknya bukan hal yang baru.

    Tujuan pendidikan holistik adalah membantu mengembangkan potensi individu dalam

    suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan dan mengghairahkan, demokratis dan humanis

    melalui pengalaman dalam berinteraksi dengan lingkunganya. Melalui pendidikan holistik

    kanak-kanak dapat menjadi diri mereka sendiri (learning to be). Dalam maksud lain mereka

    dapat memperoleh kebebasan psikologi, membuat keputusan dengan baik, belajar melalui cara

    yang sesuai dengan dirinya sendiri, memperoleh kecekapan sosial, serta dapat mengembangkan

    karakter dan emosianalnya (Basil Britain).

    Jika merujuk pada pemikiran Abrahan Maslow, pendidikan merupakan pengantara

    kanak-kanak sehingga mereka memperoleh aktualisasi diri ( Self-actualization) yang ditandai

    dengan kesedaran, kejujuran, kebebasan atau kemandirian dan kepercayaan.

    Pendidikan holistik memperhatikan kebutuhan dan potensi yang dimiliki kanak-kanak baik

    dalam aspek intelektual, emosional, fizik artisik, kreatif dan spiritual. Proses pembelajaran

    menjadi tanggungjawab personal sekaligus juga menjadi tanggungjawab kolektif. Oleh kerana

    itu, strategi pembelajaran lebih diarahkan pada bagaimana mengajar dan bagaimana orang

    belajar. Beberapa hal yang baru dipertimbangkan dalam mengembangkan strategi pembelajaran

    holistik dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak adalah :

    1. Menggunakan pendekatan pembelajaran transfomatif.2. Prosedur pembelajaran yang fleksibel.3.

    Pemecahan masalah melalui lintas disiplin ilmu.

    4. Pembelajaran yang bermakna5. Pembelajaran melibatkan komunitis di mana individu berada.

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    10/15

    10

    Oleh itu, peranan sebagai seorang guru prasekolah amatlah penting untuk memimpin dan

    mengawak kegiatan pembelajaran. Disamping itu, guru juga merupakan sahabat, mentor dan

    fasilitator. Forbes (1996) mengibaratkan peranan guru sebagai seorang teman dalam perjalanan

    yang lebih berpengalaman dan menyenangkan.

    Sekolah juga hendak lah menjadi tempat kanak-kanak dan guru dapat melakukan aktiviti

    yang berguna untuk mencapai tujuan yang dapat memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak.

    Komunikasi yang terbuka dan jujur sangat penting, perbezaan individu dihargai dan kerjasama

    lebih utama daripada penyertaan.

    Gagasan pendidikan yang holistik telah menyorong terbentuknya model-model pendidikan

    alternatif yang mungkin dalam penyelenggaraan sangat jauh berbeza dengan pendidikan pada

    umunya, salah satunya adalah homeschooling, yang saat ini sedang berkembang termasuk di

    Indonesia.

    Selain itu, pendidikan holistik sewajarnya digunakan di seluruh tadika atau prasekolah

    dengan menekankan konsep pendidikan yang berpusatkan kepada kanak-kanak. Struktur

    kurikulum yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan

    bahawa penglibatan dan respon kanak-kanak dalam sesi pembelajaran adalah penting untuk

    memastikan kanak-kanak dapat bergiat cergas dan aktif melalui pembelajaran. Pengalaman

    sebenar yang mereka lalui akan meningkatkan mutu perkembangan kanak-kanak mengikut

    tetapan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Penglibatan kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu kanak-kanak

    untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk memberi pandangan dan pendapat yang bernas.

    Pemikiran di luar jangkaan oleh kanak-kanak akan menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak

    itu telah mencapai tahap pendidikan yang holistik dan mampu meluahkan apa yang terlintas di

    fikirannya. Peranan sebagai guru amatlah penting untuk memastikan kanak-kanak mempunyai

    tahap keyakinan diri yang tinggi untuk berani memberi pendapat dan pandangan apabila di

    ajukan soalan yang memerlukan mereka memberi pendapat bagi sesuatu aktiviti yang dilakukan.

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    11/15

    11

    3.3Pendidikan yang lebih mengutamakan keperluan semasa.Pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu bidang kurikulum yang menekankan

    pembelajaran melalui pengalaman sebenar dan belajar sambil bermain. Kanak-kanak yang

    berumur 1 4 tahun merupakan satu tempoh yang amat dititikberatkan untuk guru menerapkan

    minat mempelajari ilmu pengetahuan. Oleh kerana itu, pembelajaran mengikut keperluan semasa

    merupakan satu kaedah yang dapat digunakan oleh guru untuk menarik minat kanak-kanak.

    Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, dokumen ini tidak begitu menekankan

    pembelajaran yang menarik tetapi lebih tertumpukan kepada pembelajaran yang bersifat seperti

    lecturer iaitu guru bercakap dan kanak-kanak mendengar. Oleh kerana itu, KPK ini digubal

    menjadi KSPK untuk memastikam kurikulum yang digubal dapat berjalan seiring dengan jiwa

    dan minat kanak-kanak.

    Pembelajaran sambil bermain dan menggunakan kaedah pengalaman yang sebenar dapat

    membantu guru untuk memperkembangkan tahap pengetahuan kanak-kanak untuk lebih

    meminati pembelajaran yang dilakukan. Pengalaman yang sebenar adalah kaedah yang amat

    berkesan untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dan memudahkan kanak-kanak

    memahami objektif pengajaran dengan mudah.

    Menurut ucapan Perdana Menteri Dato Seri Najib dalam Berita Harian berkata :

    Bidang pendidikan adalah satu bidang yang amat strategik dan penting,

    kejayaan sesebuah negara bergantung kepada kesepaduan antara ilmu,

    kemahiran, pemikiran inovatif dan kreatif.

    Ini bermaksud, pendidikan mengikut keperluan semasa bukan sahaja meningkatkan

    perkembangan kanak-kanak malah ia diberi jaminan bahawa ia akan melahirkan rakyat yang

    celik ilmu pengetahun yang akan dapat memberi jasa kepada agama, masyarakat dan negara.

    Penglibatan dari kanak-kanak dari setiap aktiviti yang dijalankan membantu kanak-kanak

    untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Pembelajaran yang mengikut keperluan semasa dengan

    penggunaan alat bantu mengajar yang menarik, bahan semulajadi, kekreatifan guru menarik

    minat kanak-kanak serta pendidikan yang berpusatkan kanak-kanak membantu meningkatkan

    perkembangan kanak-kanak.

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    12/15

    12

    3.4 Kesinambungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum

    Standard Sekolah Rendah.

    Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal mengikut Kurikulum Standard

    Sekolah Rendah yang menekankan pendidikan secara holistik, tidak membebankan kanak-kanak,

    pendidikan mengikut keperluan semasa agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai.

    Kesinambungan kedua-dua kurikulum ini digubal mengikut piawai FPK yang bermaltlamatkan

    untuk melahirkan modal insan yang berjasa pada agama, masyarakat dan negara. KSSR dan

    KSPK digubal juga dengan berlandaskan prinsip-prinsip KBSR iaitu :

    1. Mengutamakan pendekatan bersepadu.2. Mengutamakan perkembangan individu secara menyeluruh.3. Peluang dan kualiti pendidikan yang sama rata untuk semua murid.4. Pendidikan seumur hidup.Bagi KSSR penggunaan kurikulum ini menumpukan kepada murid tahun 1, manakala KSPK

    adalah untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Kesinambungan antara kedua

    kurikulum ini dapat dilihat melalui persamaan antara komponen-komponen di dalam kurikulum

    tersebut.

    Transformasi yang dilakukan oleh kementerian memerlukan komitmen menyeluruh

    daripada semua pihak termasuk pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta

    pihak yang berkepentingan. Ia kerana untuk meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dan

    pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan cabaran abad ke21.

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    13/15

    13

    4.0 Merealisasikan matapelajaran Matematik dalam Kurikulum Standard Prasekolah

    Kebangsaan.

    Dalam KSPK itu sendiri ada menyenaraikan setiap tunjang yang mempunyai

    matapelajaran tersendiri. Bagi matapelajaran matematik, subjek ini di letakkan di bawak Tunjang

    Sains dan Teknologi yang lebih menekankan aspek sains dan matematik dan teknologi.

    Bagi matapelajaran matematik, ia telah digariskan beberapa subtopik yang sesuai

    mengikut tahap umur kanak-kanak iaitu umur 5 dan 6 tahun. Di samping itu, dalam KSPK ini

    sendiri telah mengeluarkan modul sendiri yang telah menggariskan subtopik yang perlu diajar

    kepada kanak-kanak yang bermula dari konsep pra-nombor, nombor dan lain-lain lagi.

    Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru juga perlulah sesuai dengan tahap kanak-

    kanak agar ia tidak memberi terlalu penekanan pengajaran secara serius. Bahan bantu mengajar

    yang menarik juga perlu digunakan untuk menarik minat kanak-kanak untuk meminati

    matapelajaran matematik.

    Selain itu, guru perlu membuat rancangan pengajaran yang teratur agar pengajaran yang

    dilakukan akan lebih sistematik dan teratur. Di samping itu, pengajaran yang dilakukan tidak lah

    perlu terlalu menekankan maksud matematik tetapi lebih menggunakan kaedah belajar sambil

    bermain. Objektif yang ingin disampaikan perlulah mengikut tahap perkembangan minda kanak-

    kanak agar mereka tidak akan berasa bosan dan merasakan matematik adalah satu matapelajaran

    yang susah.

    Disini dapat dilihat bahawa peranan guru untuk menimbulkan rasa minat dan rasa ingin

    tahu kanak-kanak amatlah tinggi akar mereka satu hari nanti dapat meminati matapelajaran

    matematik dan beranggapan bahawa matapelajaran matematik adalah subjek yang mudah dan

    menarik. Penerapan kaedah yang sesuai amat diperlukan supaya KSPK dapat digunakan dengan

    secara menyeluruh demi merealisasikan matapelajaran matematik sebagai matapelajaran asasbagi setiap kanak-kanak.

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    14/15

    14

    5.0 Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, KSPK merupakan sebuah dokumen yang digubal untuk mencapai

    matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. FPK menggariskan bahawa setiap pendidikan adalah

    satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang dapat memberi jasa kepada agama,

    masyarakat dan negara.

    Kecekapan seorang guru dalam mengendalikan sesuatu kelas dengan menggunakan

    Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dapat membantu meningkatkan perkembangan

    minda kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan aset negara yang amat penting untuk menjamin

    kesejahteraan negara dan bangsa.

    Penggubalan KPK kepada KSPK adalah satu langkah yang bagus untuk memastikan

    setiap kurikulum dapat memberi kesan yang positif selain ia relevan dengan kehendak FPK.

    Penggubalan KSPK mengikut kesinambungan KSSR juga satu langkah yang produktif dengan

    menyamakan setiap tunjang agar murid tahun 1 tidak terkejut dengan perubahan suasana

    persekolahan dan kaedah pengajaran yang digunakan.

    Adanya KSPK ini, ia membantu guru untuk merancang setiap pengajaran yang lebih

    berkesan dengan memperbanyakkan penglibatan kanak-kanak secara aktif di dalam kelas

    khususnya bagi matapelajaran matematik yang memerlukan penglibatan yang lebih untuk

    mencapai objektif pengajaran. Disamping itu, pengajaran dan kaedah pengajaran yang digunakan

    perlulah menarik dan kreatif agar ia dapat menarik minat kanak-kanak dan menimbulkan

    perasaan ingin tahu dalam diri kanak-kanak dan seterusnya mereka akan dapat mempelajari

    dengan fokus dan memahami dengan mudah apa yang cuba disampaikan oleg guru.

    KSPK, dokumen yang penting dalam membantu mempertingkatkan tahap perkembangan

    kanak-kanak agar menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama, masyarakat dan

    negara. Ia secara tidak langsung akan terus mencapai kehendak FPK seperti yang telahdigariskan dalam kandungan FPK itu sendiri yang menekankan konsep kesejahteraan diri

    manusia. Perkembangan yang positif dalam diri kanak-kanak akan menjamin kesejahteraan

    negara pada masa akan datang dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, sahsiah yang mulia, akhlak

    yang boleh dicontohi dan budi pekerti yang mulia agar ia dapat memastikan negara berada dalam

    sebuah negara yang aman damai dan sejahtera.

  • 8/13/2019 isu penyemakan semula KPK ke KSPK

    15/15

    15

    RUJUKAN

    Matlamat Falsafah Pendidikan Negara, diperolehi daripada

    http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/matlamat-falsafah-pendidikan-negara.html

    Hazard Khan Rahmatullah Khan, Nik Nur Izzati Rusdi, Hamzaniza Nor Hamdan, Norishah

    Mohamad Daud, Masnita Hazlina Mustapha, (20 Okt 2010), Jabatan Kemahiran Hidup, Fakulti

    Pendidikan Teknikal dan Voaksional , UPSI, diperolehi daripada

    http://www.slideshare.net/rasfanul/konsep-tadika-dan-kurikulum-standard-prasekolah-

    kebangsaan-kumpulan-2

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak (2009), diperolehi daripada

    http://zulprasekolah.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

    Definisi pendidikan Holistik, diperolehi daripada

    http://seputarpendidikan003.blogspot.com/2013/06/definisi-pendidikan-

    holistik.html#.UpA9t9Icf9U

    Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) & Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),

    Bahagian Pembangunan Kurikulum, diperolehi daripada

    http://www.slideshare.net/ainalita/kssr-kspk

    http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/matlamat-falsafah-pendidikan-negara.htmlhttp://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/matlamat-falsafah-pendidikan-negara.htmlhttp://www.slideshare.net/rasfanul/konsep-tadika-dan-kurikulum-standard-prasekolah-kebangsaan-kumpulan-2http://www.slideshare.net/rasfanul/konsep-tadika-dan-kurikulum-standard-prasekolah-kebangsaan-kumpulan-2http://www.slideshare.net/rasfanul/konsep-tadika-dan-kurikulum-standard-prasekolah-kebangsaan-kumpulan-2http://zulprasekolah.blogspot.com/2009_01_01_archive.htmlhttp://zulprasekolah.blogspot.com/2009_01_01_archive.htmlhttp://seputarpendidikan003.blogspot.com/2013/06/definisi-pendidikan-holistik.html#.UpA9t9Icf9Uhttp://seputarpendidikan003.blogspot.com/2013/06/definisi-pendidikan-holistik.html#.UpA9t9Icf9Uhttp://seputarpendidikan003.blogspot.com/2013/06/definisi-pendidikan-holistik.html#.UpA9t9Icf9Uhttp://www.slideshare.net/ainalita/kssr-kspkhttp://www.slideshare.net/ainalita/kssr-kspkhttp://www.slideshare.net/ainalita/kssr-kspkhttp://seputarpendidikan003.blogspot.com/2013/06/definisi-pendidikan-holistik.html#.UpA9t9Icf9Uhttp://seputarpendidikan003.blogspot.com/2013/06/definisi-pendidikan-holistik.html#.UpA9t9Icf9Uhttp://zulprasekolah.blogspot.com/2009_01_01_archive.htmlhttp://www.slideshare.net/rasfanul/konsep-tadika-dan-kurikulum-standard-prasekolah-kebangsaan-kumpulan-2http://www.slideshare.net/rasfanul/konsep-tadika-dan-kurikulum-standard-prasekolah-kebangsaan-kumpulan-2http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/matlamat-falsafah-pendidikan-negara.html