isu pentaksiran matematik yang dilaksanakan di sekolah

53
NO. NAMA NOMBOR MATRIK 1 IRMA NAZIELA BINTI ROSLI D20111048007 2 NUR ILHAM BINTI HARON D20111048008 3 SYAZWANA BINTI ARIFFIN D20111048016 ISU PENTAKSIRAN MATEMATIK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

Upload: irmarosli

Post on 19-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

isu semasa dalam pendidikan

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

NO.NAMANOMBOR MATRIK1IRMA NAZIELA BINTI ROSLID201110480072NUR ILHAM BINTI HAROND201110480083SYAZWANA BINTI ARIFFIND20111048016ISU PENTAKSIRAN MATEMATIK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH1PENGENALAN

PENTAKSIRAN?Satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.(DUNN, 1991)Satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.(DODGE ET. AL, 1994)Suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000)Dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar.(Noraini Idris, 2005)PENTAKSIRANPENGUJIANSatu cara yang sistematik untuk mengukur sebahagian perubahan tingkahlaku seseorang individu berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi.Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001)Ujian merupakan alat pengukuran untuk mentaksir dan merekod pembelajaran pelajar.Hart (1994)Ujian merupakan cara yang bersistematik untuk mengukur tingkahlaku seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkahlaku. Gagne (1970)PENGUKURANNCTM (1995)Penghuraian kuantitatif tentang tingkah laku, pengetahuan dan kebolehan kognitif pelajar.Siti Rahayah (2003)Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numeric atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Hilezan et. Al (2014)Proses menghasilkan nilai kuantitatif kepada pelajar berdasarkan peranan tertentu (seperti gred dan peratus) untuk mengukur peringkat pencapaian bagi menentukan kedudukan prestasi pelajar.PENILAIANStufflebeam (1971)The process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.Terry D. TenBrink (1974)Suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Gronlund (1993)Satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh pelajar.TUJUAN PENTAKSIRAN Memantau kemajuan pelajar untuk menggalakkan tumbesaran.Membuat keputusan pengajaran bertujuan menambahbaik pengajaran.Menilai pencapaian pelajar untuk memberi pengiktirafan kejayaan.Menilai program bertujuan mengubahsuai program.Menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku.Menilai kesediaan pelajar mempelajari topik baharu.Memberi maklumbalas kepada pelajar tentang kemajuan mereka.Membantu guru membuat tindakan susulan.Memberi gred berdasarkan pencapaian pelajar.Menentukan penempatan pelajar ikut kebolehan.Memberi guru maklumbalas tentang keberkesanan pengajarannya.Menentukan tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan pelajar dalam proses PdP.NCTM10Tujuan utama pentaksiran matematik adalah untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran matematik.2000KPM11ISU PENTAKSIRANBIAS DALAM PENILAIANAPA ITU BIAS DALAM PENILAIAN?Bias adalah kewujudan kriteria-kriteria tertentu dalam memberi kesan yang berbeza terhadap pencapaian individu dengan kebolehan yang sama dari kumpulan, etnik, jantina, budaya dan agama yang berbeza.Jika sesuatu item itu berfungsi berbeza kepada sesuatu kumpulan dengan yang lain, ia secara terangan adalah bias.Hambleton, Ronald, Rodgers dan Janne (1995)Dorans dan Holland (1993)Bias sebagai kecenderungan atau kecondongan yang menghalang penilaian yang adil.Bias menjadi sistematik dalam erti kata ia menyebabkan ketidakadilan dalam keputusan peperiksaan bagi ahli dalam kumpulan tertentu.The American Heritage DictionaryCamili dan Shepard (1994)APA ITU BIAS DALAM PENILAIAN?Item soalan ujianPemerhatian Penulisan Lisan Bias dalam penilaianITEM SOALAN UJIANPengujian yang menggunakan soalan yang berkaitan dengan permainan mekanikal lebih cenderung kepada pelajar lelaki manakala set yang menggunakan contoh dan situasi daripada anak patung atau kerja-kerja dapur lebih cenderung kepada pelajar perempuan.(Black, 1998)KAJIAN TIMSS-R (1998)Item-item matematik yang berbentuk ayat panjang dan memerlukan calon membaca dan memahami maksud lebih memihak kepada pelajar perempuan.Item-item yang memerlukan keupayaan visualization lebih kepada pelajar lelaki.Pelajar perempuan secara umumnya tidak begitu pandai dalam soalan objektif berbanding soalan esei kerana mereka tidak suka meneka apabila tidak boleh menjawab seperti yang dilakukan oleh pelajar lelaki.(Black, 1998)BIAS DALAM PENILAIAN MELALUI PEMERHATIANMenilai secara mata kasar.Sukar untuk melihat tahap kefahaman pelajar.Cara penilaian guru.BIAS DALAM PENILAIAN MELALUI LISAN DAN PENULISANABD. RASHID JOHAR & SITI RAHAYAH ARIFFIN (2001)Ujian piawai dikatakan berat sebelah kepada sebahagian pelajar. Ia dikatakan berat sebelah kepada golongan seperti berikut :Golongan etnik / bangsa yang minoritiMengikut jantinaGolongan pelajar yang mempunyai kemahiran membaca yang kurangGolongan pelajar yang menguasai bahasa lain dan tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris

Ketakutan pelajar terhadap guru.Kesukaran berbahasa.Cara pemarkahan.PENTAKSIRAN BERASASKAN PEPERIKSAANPentaksiran TradisionalBerbentuk pensil dan kertas (ujian bertulis)Calon perlu menguasai kemahiran membaca arahan, kefahaman soalan dan kemahiran menulis dengan menggunakan alat tulisBiasanya diamalkan dalam bilik darjah secara blok masa (tempoh)Sesuai ditadbir secara ramaiMenguji bidang secara luasKelemahan pentaksiran tradisional(Law & Eckes, 1995) menunjukkan kebanyakan ujian yang seragam mentaksir hanya kemahiran berfikir pelajar yang rendahSistem pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata (Begum & Farooqui, 2008)Pentaksiran tradisional gagal kerana tidak mengambil kira tentang pencapaian secara holistik dan bagaimana pelajar berupaya bekerja secara berkumpulan (Moore, 2003)Peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun (Rohaya Talib, 2009)Isu-isu berkaitan pentaksiran berasaskan peperiksaan

Kelemahan pentaksiran berasaskan peperiksaanMenurut Peter Groontenboer (2004) (dalam Zaleha Ismail dan Arinah Zaidan (2010)), soalan berbentuk peperiksaan dilatih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)Menurut Zaleha Ismail & Arinah Zaidan (2010), pembelajaran terlalu menumpukan kepada pengiraan dan penggunaan rumusMenurut Wang (2004), pelajar seolah-olah dibentuk melalui mesinPenekanan pembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku sebagai bahan rujukan kedua selepas guru (Dayang Khairunnisa Awang Batu & Masliah Manching, 2012)Dikatakan membunuh keseronokan dan kemeriahan alam persekolahan sehingga sekolah disamaertikan dengan belajar untuk menghadapi peperiksaan (Adi Badiozaman, 2007)Keputusan peperiksaan terlampau dititikberatkanMelalui dapatan analisis dapat dilihat kedudukan purata skor Malaysia mulai menurun daripada skor purata negara peserta TIMSS yang lain bagi tahun 2007 dan makin menurun pada tahun 2011. Kedudukan Malaysia dalam PISA 2009 pula adalah pada tempat ke 57 daripada 74 buah negara yang menyertainya. Jika terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya (Tan Sri Muhyiddin Yassin, 2014)PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)Mengapa perlu berubah?Pengiktirafan akademik semata-mataJERISBerorientasikan peperiksaanPenglibatan kokurikulumProduk akhir berbanding proses pembelajaranSukatan pelajaranSistem peperiksaan sesetengah Negara majuKonsep PBS Pengurangan peperiksaanTumpuan kepada peningkatan kemahiran dan kreativitiPentaksiran bersifat :Holistik menilai aspek kognitif (intelek)Afektif emosi dan rohaniPsikomotor jasmani Pentaksiran Berasaskan SekolahAkademikBukan AkademikPentaksiran Pusat (PP)Pentaksiran Sekolah (PS)Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)Pentaksiran Psikometrik (PPsi)Pelaksanaan PBS 1 Januari 2011 - dilaksanakan secara rasmi di sekolah Tahun 1.UPSR (2016) adalah 60 : 40 - 60% pentaksiran berasaskan pusat (PBP)- 40% pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)Bermula 2012 PBS di Tingkatan 1.2014 PT3 adalah seratus peratus berdasarkan PBS.Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) adalah satu daripada komponen di bawah PBS yang diperkenalkan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai salah satu usaha kerajaan memansuhkan sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan.Kaedah pelaksanaan PBSStandard Prestasi pencapaian atau penguasaan individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu benchmark yang dikenal pasti.Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), PBS bukanlah sesuatu yang baru.Pentaksiran ini telah dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. APAKAH ISU YANG TIMBUL HASIL DARIPADA PELAKSANAAN PBS?Ketidakyakinan guru dalam pentaksiranKetidaksungguhan guru dalam pentaksiranAmalan Birokrasi Dalam PentaksiranPermasalahan Guru Sepanjang Melaksanakan PBSTerdapat 4 isu dalam pelaksanaan PBS iaitu:Ketidakyakinan guru dalam pentaksiranMenurut Noorzeliana Binti Idris, Norazilawati Binti Abdullah dan Saniah Binti sembak (2014), walaupun guru-guru telah mengikuti kursus tetapi mereka tetap merasa kurang yakin dalam menaksir murid kerana kekurangan pengetahuan, kemahiran dan sumber material.Sikap campur tangan ibu bapa.Guru kurang memahami cara melaksanakan pentaksiran.Kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk.Ketidaksungguhan guru dalam pentaksiranKurang pemantauan dari pihak atasan. Kajian Tan Ai Mei (2010) - guru tidak bersungguh dan leka dalam melakukan pentaksiran. Kajian Chan (2009) mendapati 25% guru mengatakan tiada pemantauan dari pihak pentadbir dan tiada kerjasama dengan guru senior serta pihak pentadbir juga tidak menghiraukan pelaksanaan PBS.Berlaku disebabkan pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah menyebabkan guru menaksir sambil lewa.Amalan Birokrasi Dalam PentaksiranTan Ai Mei (2010) mengatakan bahawa guru diminta secara am memberi gred yang baik kepada pelajar. Dalam kajian Tan Ai Mei yang mendapati bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ada membuat pemantauan tetapi hanya secara bertulis iaitu memeriksa laporan-laporan yang telah pun difailkan. Pemantauan pelaksanaan PBS oleh pihak LP dan JPN yang sekadar berfokuskan kepada laporan penulisan.Mewujudkan isu mengenai akauntabiliti penilaian berkenaan. Permasalahan Guru Sepanjang Melaksanakan PBSKajian secara online yang dijalankan oleh KPM untuk melihat persetujuan guru dalam pelaksanaan PBS mendapati hampir 75% guru setuju ia dihapuskan. Ini juga terbukti lagi apabila wujud laman difacebook yang ingin memansuhkan PBS. Ia disokong oleh lebih 70 ribu orang guru (https://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkan). Tambahan pula pihak KPM telah memberhentikan pelaksanaannya buat seketika pada bulan Februari 2013 bagi mengkaji semula semua rungutan guru tentang pelaksanaan PBS yang dikatakan agak terburu-buru.

Permasalahan yang dihadapi oleh guru sepanjang melaksanakan PBS:Bebanan guru yang bertambahBaru-baru ini Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membuatkan guru yang mengajar tingkatan tiga lebih terkesan dengan bebanan kerja. Ini adalah kerana mereka perlu mengajar, menaksir dan memberi skor kepada pelajar. Guru memegang jawatan-jawatan penting di sekolah yang memaksa guru keluar sekolah untuk berkursus atau terpaksa memberi tumpuan lebih untuk menjalankan tugasan-tugasan penting. Acara atau aktiviti di sekolah juga sedikit sebanyak mengganggu sesi PdP guru dalam melaksanakan PBS.CADANGAN PENGUKUHAN PELAKSANAAN PBS DALAM KALANGAN GURUPerbanyakkan latihan dan bengkel dalam pentaksiranPemantauan yang konsisten dan bermatlamatKurangkan gangguan dalam pentaksiran.ISU PENDIDIKAN DAN KONTROVERSI 201411 Februari 2014 PBS diberhentikan seketika bagi penilaian semula.1 April 2014 diumumkan 3 penambahbaik pada PBS :1) DSP ditukar kepada PPPM2) SPPBS secara offline3) PMR digantikan dengan PT3Jun/ julai 2014 format PT3 dikeluarkan ogos 2014 ujian lisan & oktober 2014 PT3.Soalan UPSR bocor subjek sains dan Bahasa Inggeris

Antara Penambahbaikan PBS Baru 2014Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) menyelesaikan masalah guru yang terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. PPPM hanya berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.Guru tidak lagi perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara online. Sebaliknya, guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran secara offline. Guru tidak lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar. Di mana perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru selepas ini.APAKAH ISU BERKAITAN PT3??Kenapa PT3 wujud?- bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan proaktif.PMR banyak menumpukan peperiksaan apabila para pelajar hanya memilih jawapan betul atau tidak betul dengan pilihan yang diberikan. Sementara PT3, kita mahu menggalakkan pelajar-pelajar untuk berbincang dan berfikir. PMR, mereka hanya tanda jawapan yang betul. Dalam PT3, mereka akan berbincang dan menilai sesuatu tajuk. Perkara ini dapat menilai tahap kebolehan pemikiran para pelajarPT3 Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisanMata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahajaMata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes.

Penerimaan ibu bapa terhadap PT3 https://www.youtube.com/watch?v=EJ7UB_WQY-8

Sekian terima kasih..