isu pendidikan

3
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20141006/ pe_01/UPSR-bocor-Musang-berbulu-ayam pendidikan ARKIB : 06/10/2014 UPSR bocor: Musang berbulu ayam Oleh Wahid Hashim Bangau oh Bangau! Lirik lagu Bangau oh Bangau diolah semula dalam media sosial, sehingga akhirnya ritma berbalas-balas pertanyaan pada rangkap terakhir 'kenapa' engkau bocor, (merujuk soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, UPSR 2014) dijawab … sebab Menteri nak sekolah ceme rlang! Begitulah kreatifnya segelintir kecil daripada 400,000 orang guru melihat dan memanipulasikan isu ini. Sebenarnya, banyak sekali isu kecil-kecilan melibatkan guru yang disapu di bawah karpet, khususnya jika isu itu hanya bersifat ribut di dalam cawan. Lebih afdal jika tidak dihebahkan. Malangnya, isu kebocoran soalan yang hangit dan pekung tidak dapat ditahan-tahan lagi kerana ia menimbulkan kemurkaaan pihak atasan. Ia umpama bangkai gajah yang tidak boleh ditutup dengan daun nyiur atau daun pisang. Rangkap Bangau oh Bangau yang terakhir itu secara halus cuba untuk pulang paku buah keras kepada menteri sebagai punca kejadian itu kerana dasar-dasar yang sangat mengutamakan kecemerlangan sehingga membebankan guru. Betulkah logik yang dicipta oleh segelintir guru ini? 1

Upload: ong-sc

Post on 16-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20141006/pe_01/UPSR-bocor-Musang-berbulu-ayampendidikan

ARKIB : 06/10/2014

UPSR bocor: Musang berbulu ayamOleh Wahid Hashim

Bangau oh Bangau!Lirik lagu Bangau oh Bangau diolah semula dalam media sosial, sehingga akhirnya ritma berbalas-balas pertanyaan pada rangkap terakhir 'kenapa' engkau bocor, (merujuk soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, UPSR 2014) dijawab sebab Menteri nak sekolah cemerlang!

Begitulah kreatifnya segelintir kecil daripada 400,000 orang guru melihat dan memanipulasikan isu ini.

Sebenarnya, banyak sekali isu kecil-kecilan melibatkan guru yang disapu di bawah karpet, khususnya jika isu itu hanya bersifat ribut di dalam cawan. Lebih afdal jika tidak dihebahkan.

Malangnya, isu kebocoran soalan yang hangit dan pekung tidak dapat ditahan-tahan lagi kerana ia menimbulkan kemurkaaan pihak atasan. Ia umpama bangkai gajah yang tidak boleh ditutup dengan daun nyiur atau daun pisang.

Rangkap Bangau oh Bangau yang terakhir itu secara halus cuba untuk pulang paku buah keras kepada menteri sebagai punca kejadian itu kerana dasar-dasar yang sangat mengutamakan kecemerlangan sehingga membebankan guru.

Betulkah logik yang dicipta oleh segelintir guru ini?

Menteri pun betul. Kecemerlangan memang perlu menjadi sasaran sesebuah sekolah.

Cuma, mungkin ada yang mahu melaga-lagakan guru dan menteri.

Mungkin ada benarnya dakwaan guru, tetapi lebih baik pertemuan hati ke hati antara guru dan pihak pengurusan dilangsungkan.

Terdapat gelombang yang kuat dalam kalangan guru di sekolah yang tidak berpuas hati dengan kenyataan-kenyataan berbisa oleh pihak tertentu yang menuduh dan mengecam mereka berhubung isu kebocoran kertas UPSR. Berhati-hati pihak yang menangguk di air yang keruh, khususnya musang yang berbulu ayam.

Isu Integriti"Ala... biasalah... dah sejak dulu lagi!"

Berbulu telinga teman mendengar komen kawan-kawan di luar sana yang memandang enteng kes kebocoran soalan peperiksaan kebangsaan. Isu integriti dan akauntabiliti adalah isu pakar bidang - dalam konteks ini sudah tentulah orang di luar sana menuding jari kepada guru dan para pegawai di segenap lapisannya - ketua pengarah, pengarah, nazir, pegawai, pegawai sokongan guru, dan sebagainya.

Dalam lingkungan ini, menuding satu jari ke satu pihak lain bermakna empat lagi akan menuding diri sendiri.

Apakah faktor yang menghalang penggalakan integriti dan akauntabiliti ini di kementerian berkenaan?

Ia banyak berkaitan dengan faktor empati dan apati. Reaksi di atas adalah contoh sikap apati yang sukar difahami.

Budaya enggan melapor semakin membarah. Ada yang melapor tetapi tidak sanggup jadi saksi di mahkamah.

Banyak isu yang yang menjadi rahsia awam (public secret). Malah dalam laporan audit pun disebut, tetapi tiada ketua jabatan diambil tindakan.

Sesiapa sahaja yang menduduki Kementerian Pendidikan Malaysia adalah guru. Berpeganglah kepada kebenaran dan ubahlah kemungkaran.

Berpeganglah juga kepada Hadis Rasullulah s.aw yang diriwayatkan oleh Bukhari:

"Sesiapa yang menyaksikan sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak berkuasa, maka dengan lisannya. Jika tidak berkuasa juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20141006/pe_01/UPSR-bocor-Musang-berbulu-ayam#ixzz3Pj7IrslM Utusan Melayu (M) Bhd2