isu pencemaran air

4
ISU: PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA dan kesannya kepada manusia Menurut portal rasmi Jabatan Penerangan Malaysia, dua sumber utama bekalan air mentah di negara kita, Malaysia ialah air sungai-sungai utama dan empangan penyimpanan air di negeri-negeri. Bagaimanapun, pada tahun 2007, satu kajian telah dijalankan dan mendapati terdapat 16 batang sungai di Malaysia telah tercemar dan boleh dikategorikan sebagai hampir mati dan antaranya ialah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Antara punca pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah kelodak, pembuangan sisa kumbahan dari kilang dan perumahan setinggan, najis haiwan, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa serta plumbum. Pencemaran air ternyata memberi impak yang sangat besar kepada kita yang sangat bergantung kepada air untuk menjalankan pelbagai aktiviti harian. Memandangkan sungai adalah sumber bekalan air utama, hal ini menjadi isu yang besar dan sangat serius bagi kita rakyat Malaysia apabila di sesetengah negeri kini mengalami gangguan bekalan air yang serius. Antara negeri yang mengalami gangguan bekalan air pada tahun 2015 ialah negeri Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Johor. Menurut laman Mstar, pencemaran adalah punca utama berlakunya gangguan bekalan air di Malaysia. Antara tahun 2008 dan 2014, pencemaran telah menutup loji rawatan air di sungai-sungai di seluruh Malaysia selama 1,005.75 hari atau sejumlah 24,138 jam. Lebih dari satu pertiga daripada penutupan ini berlaku di Selangor. Sejak tujuh tahun lalu, penutupan loji rawatan disebabkan oleh pencemaran sungai yang telah mengganggu bekalan yang disalurkan kepada ratusan ribu pengguna di negeri ini untuk sekurang-kurangnya 8,000 jam atau 333 hari. Ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara menyatakan bahawa pelbagai jenis pencemaran sungai termasuk air kumbahan, bahan pencuci, tumpahan minyak, aliran berlumpur akibat banjir, penebangan hutan dan kuari, menyebabkan loji rawatan terpaksa ditutup. Beliau berkata loji rawatan mempunyai had dalam memproses air dan mungkin tidak dapat menapis tahap pencemaran yang tinggi.

Upload: iva-shafikah

Post on 14-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pencemaran air di msia

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Pencemaran Air

ISU: PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA dan kesannya kepada manusia

Menurut portal rasmi Jabatan Penerangan Malaysia, dua sumber utama bekalan air

mentah di negara kita, Malaysia ialah air sungai-sungai utama dan empangan

penyimpanan air di negeri-negeri. Bagaimanapun, pada tahun 2007, satu kajian

telah dijalankan dan mendapati terdapat 16 batang sungai di Malaysia telah

tercemar dan boleh dikategorikan sebagai hampir mati dan antaranya ialah di Pulau

Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Antara punca pencemaran sungai yang dikenal pasti ialah kelodak, pembuangan

sisa kumbahan dari kilang dan perumahan setinggan, najis haiwan, sampah sarap

dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa serta plumbum.

Pencemaran air ternyata memberi impak yang sangat besar kepada kita yang

sangat bergantung kepada air untuk menjalankan pelbagai aktiviti harian.

Memandangkan sungai adalah sumber bekalan air utama, hal ini menjadi isu yang

besar dan sangat serius bagi kita rakyat Malaysia apabila di sesetengah negeri kini

mengalami gangguan bekalan air yang serius. Antara negeri yang mengalami

gangguan bekalan air pada tahun 2015 ialah negeri Selangor, Negeri Sembilan,

Sabah dan Johor.

Menurut laman Mstar, pencemaran adalah punca utama berlakunya gangguan

bekalan air di Malaysia. Antara tahun 2008 dan 2014, pencemaran telah menutup

loji rawatan air di sungai-sungai di seluruh Malaysia selama 1,005.75 hari atau

sejumlah 24,138 jam. Lebih dari satu pertiga daripada penutupan ini berlaku di

Selangor. Sejak tujuh tahun lalu, penutupan loji rawatan disebabkan oleh

pencemaran sungai yang telah mengganggu bekalan yang disalurkan kepada

ratusan ribu pengguna di negeri ini untuk sekurang-kurangnya 8,000 jam atau 333

hari.

Ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara menyatakan

bahawa pelbagai jenis pencemaran sungai termasuk air kumbahan, bahan pencuci,

tumpahan minyak, aliran berlumpur akibat banjir, penebangan hutan dan kuari,

menyebabkan loji rawatan terpaksa ditutup. Beliau berkata loji rawatan mempunyai

Page 2: Isu Pencemaran Air

had dalam memproses air dan mungkin tidak dapat menapis tahap pencemaran

yang tinggi.

Lebih 90 peratus daripada penutupan di Johor antara tahun 2012 dan 2015 adalah

di kawasan perkilangan di Skudai, disebabkan oleh jumlah ammonia yang tinggi di

dalam sungai. Malah The Star turut mendedahkan tentang pencemaran alga mekar

yang agak besar di empangan Sembrong di Johor yang menjadi sumber air untuk

kira-kira 120,000 penduduk di daerah Kluang dan sebahagian di Batu Pahat.

Sementara itu, negeri-negeri selain daripada Melaka pula berlaku pencemaran

disebabkan oleh berlakunya kekeruhan dalam air mentah, berpunca daripada

aktiviti-aktiviti di huluan. Sebuah tapak industri di Merlimau, Melaka telah ditutup

selama lapan bulan dari Jun tahun lepas kerana perubahan warna dan keasidan

dalam air mentah naik mendadak. Jika loji rawatan tidak beroperasi, walaupun untuk

satu jam, isi rumah mungkin ketiadaan air selama beberapa jam.

Ini kerana masa diambil untuk paip yang kosong diisi semula dengan jumlah tekanan

air yang tepat untuk memastikan aliran air biasa.

Kesan pencemaran air kepada kesihatan manusia

Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen

dalam air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang

teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar.

Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria

untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun

kepada manusia sendiri

Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia

serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi

kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri

dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran

boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia

dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh

merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas,

cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya.

Page 3: Isu Pencemaran Air

Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang

berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah

pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan

buangan kilang yang mencemari kawasan itu.

Page 4: Isu Pencemaran Air

Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di

mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari

dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan

menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya

terdiri daripada kanak-kanak.