isu vi pencemaran dan kesannya terhadap bumi

18
Topik : PENCEMARAN DAN KESANNYA KEPADA BUMI Pencemaran udara Pencemaran air Pencemaran bunyi Radiasi Pencemaran Udara Fakta tentang Udara Udara membekalkan oksigen untuk kehidupan Komposisi udara (78% N, 21% O, 0.03% CO 2 ) adalah penting untuk di kekalkan sedemikian untuk benda hidup kekal hidup di bumi. Perubahan dalam komposisi, atau pencemaran boleh secara langsung menambah gas yang beracun dan berbahaya yang mungkin boleh menyebabkan satu siri komplikasi kesihatan Pencemar Udara Kebanyakan pencemar udara adalah hasil daripada pembakaran tidak sempurna bahan api fosil. Contoh pencemar udara adalah: karbon monoksid hidrokarbon nitrogen oksid zarah udara

Upload: khai-nuar

Post on 17-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pencemaran alam

TRANSCRIPT

Topik : PENCEMARAN DAN KESANNYA KEPADA BUMI

Pencemaran udara Pencemaran air Pencemaran bunyi Radiasi

Pencemaran Udara

Fakta tentang Udara Udara membekalkan oksigen untuk kehidupan Komposisi udara (78% N, 21% O, 0.03% CO2) adalah penting untuk di kekalkan sedemikian untuk benda hidup kekal hidup di bumi. Perubahan dalam komposisi, atau pencemaran boleh secara langsung menambah gas yang beracun dan berbahaya yang mungkin boleh menyebabkan satu siri komplikasi kesihatan

Pencemar UdaraKebanyakan pencemar udara adalah hasil daripada pembakaran tidak sempurna bahan api fosil. Contoh pencemar udara adalah:

karbon monoksid hidrokarbon nitrogen oksid zarah udara

Karbon Monoksid Karbon monoksid (CO) dihasilkan oleh oksidasi karbon yang tidak lengkap semasa bahanapi dibakar dalam kenderaan Diesel, biodiesel, gasoline, propana, gas asli, minyak, kayu dan arang batu menghasilkan karbon monoksid bila dibakar

Tindakbalas pembakaran lengkap

Tindakbalas pembakaran tidak lengkap

Sifat-sifat Karbon Monoksid: Gas Tiada warna, tiada bau, tiada rasa. Mengurangkan pengambilan oksigen. Tidak boleh dkesan oleh manusia Boleh jadi beracun atau membunuh manusia dan binatang Impak kesihatan Keracunan Karbon Monoksid: Kepenatan Sakit kepala, pening, mual. Muntah, disorientasi Hilang kesedaran Impak persekitaran Karbon Monoksid : Merosakkan lapisan ozon Menyebabkan pemanasan global Menghasilkan asbut (smog)Mengurangkan Pencemaran Karbon Monoksid Penguatkuasaan undang-undang Karbon monoksid di atmosfera boleh dikurangkan dengan memastikan kenderaan sentiasa di servis untuk memastikan ia berfungsi dengan efisien. Kesedaran masyarakat Mengelakkan daripada menggunakan kereta jika boleh.

Hidrokarbon Sebatian kimia semulajadi karbon dan hidrogen

Sifat-sifat hidrokarbon: Gas Bau kuat, bercampur dengan NOxuntuk menghasilkan ozon, boleh menjadi toksik kepada manusia

Impak kesihatan Simptom respiratori akut Sakit kepala, pening, muntah Fungsi kardiovaskular berkurangan Arrhythmia, kerosakan otak, koma Kematian pramatang Impak persekitaran Merosakkan lapisan ozon Komponen major asbut (smog)Nitrogen Oksid Nitrogen Oksid (NOx) dihasilkan apabila nitrogen (N2) dan oksigen (O2) bercampur pada suhu dan tekanan tinggi semasa pembakaran bahanapi. Semua bahanapi, seperti gasolin, disel, biodisel, propane, arangbatu, dan etanol, megeluarkan NOx bila dibakar.EPA menganggarkan: 49% pengeluaranNOxdatang daripada kenderaan atas- jalanraya dan luar-jalanraya. 27% daripada penjanaan kuasa (utiliti elektrik) Lebih 24% daripada industri, komersial dan sumber kediaman.

Akibat banyak kompaun, (yang kebanyakannya nitrogen dioksid dan nitrik oksid), pencemar ini menyumbang kepada pebagai masalah kesihatan dan persekitaran. NOx adalah komponen utama ozon paras-tanah dan menyumbang kepada pemanasan global. Clean Air Act pada tahun 1970: semua poluten primer pencemaran udara telah berkurang, kecuali NOx, yang parasnya meningkat 10%. Mengurankan NOx diatmosfera adalah fokus utama untuk melawan pencemaran udara Ciri-ciri NOx: Gas Kebanyakkannya tidak berbau NO2bergabung dengan ampaian-ampaian kelihatan coklat-merah(smog)Impak kesihatan NOx: Menyebabkan masalah respiratori seperti asma, emphysema and bronkitis Menambahkan lagi penyakit jantung yang sedia ada Merosakkan tisu paru-paru Kematian pramatangImpak persekitaran NOx: Komponen untuk menghasilkan ozon paras tanah dan asbut Menyumbang kepada hujan asid Bercampur dengan zarah-zarah untuk mengurangkan jarak penglihatan Gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global dan perubahan cuaca. Pengurangan oxygen dalam air, menganggu keseimbangan kimia dalam hidupan liar akuatk, menghasilkan hujan dan sungai berasid Boleh menyumbang kepada mutasi biologi

Zarah udara Satu jenis pencemaran udara adalah zarah yang dibebaskan ke udara apabila bahan api dibakar. Asap disel adalah contoh baik zarah udara ini. Zarah-zarah ini sangat kecil dengan ukurannya lebih kurang 2.5 mikron atau lebih kurang .0001 inci. Bila zarah-zarah ini di hidu, ia menyebabkan kesukaran untuk bernafas untuk mereka yang sedia ada mempunyai masalah respiratori dan boleh memburukkan lagi serangan asma. Pencemaran jenis ini kadang kala dikenali sebagai pencemaran karbon hitam (black carbon pollution). Kenderaan hanya bertanggungjawab kepada 10% daripada pencemaran ini, tetapi daripada 10% ini, 72% disumbangkan oleh kenderaan disel

Ekzos daripada bahanapi yang terbakar pada kenderaan, rumah, dan industri adalah punca utama pencemaran diudara. Beberapa para penguat kuasa yang percaya bahawa membakar kayu atau bahanapi pada unggun api dan barbeku boleh melepaskan jeraga (soot) ke udara Jerabu adalah hasil daripada pencemaran in akibat zarah-zarah pepejal dan cecair yang ada di udara. Majoriti daripada pencemaran zarah udara adalah dihasilkan oleh industri.

Kesan pencemaran udara luaran kepada persekitaran Asbut (Smog) Hujan asid Kesan rumah hijau lubang " pada lapisan ozon

Pencemaran udara dalamanPencemaran dalaman: dalam rumah, pejabat dan sekolah Sebab: merokok dan memasak Sebanyak 80-90% daripada masa kita diluangkan dalam bangunan, jadi pencemaran dalaman adalah berbahaya juga

SoalanBaca artikel dari http://www.epa.gov/airquality/peg_caa/concern.html, Why Should You Be Concerned About Air Pollution?Tulis satu esei tentang kesan pencemaran udara di tempat kamu dan cara-cara untuk menanganinya.

Pencemaran Air Air sungai Air dalam tanah Marin dan air pulau

Pencemaran airadalah pencemaran pebagai jenis air (contohnya tasik, sungai, lautan dan air dalam tanah) Pencemaran air mempengaruhi pokok dan organisma air; bukan sahaja merosakkan spesies dan populasi, tetapi juga komuniti biologi. Pencemaran air berlaku apabila bahan tercemar dikeluarkan secara langsung atau tidak langsung ke dalam air tanpa rawatan yang sesuai untuk mengeluarkan bahan sebatian yang berbahaya.

Punca-punca pencemaran air Bahan kumbahan Bahan buangan industri Pencemaran minyak Pemendapan atmosfera Pembuangan marin Bahan buangan radioaktif Kebocoran storan bawah tanah Pemanasan global Eutrofikasi

Bahan Kumbahan Air kumbahan adalah air buangan yang mengandungi najis, air kencing dan bahan buangan basuhan. Terdapat berjuta manusia di Bumi, jadi merawat bahan kumbahan adalah sangat penting. Pembuangan bahan kumbahan adalah masalah major pada negara membangun sebab kebanyakan orang di kawasan-kawasan ini tidak mempunyai akses kepada keadaan sanitari dan air bersih. Air yang tidak dirawat boleh mencemarkan persekitaran dan menyebabkan penyakit-penyakit seperti cirit birit. Bahan kumbahan di rawat di logi rawatan air dan di lepaskan ke laut.

Bahan buangan industri

Asbestos merbahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan kanser (carcinogenic). serabut asbestos boleh dihidu dan menyebabkan penyakit seperti asbestosis, mesothelioma, kanser paru-paru, usus dan hati.

Plumbum unsur logam. tidak boleh di reputkan maka susah untuk dibersihkan bila tercemar. berbahaya kepada binatang, manusia dan mencegah tindakan enzim dalam badan kita.

Raksa unsur logam yang boleh menyebaban masalah kesihatan dan persekitaran. tidak boleh direputkan dan susah untuk dibersihkan bila tercemar. berbahaya kepada kesihatan manusia dan boleh menyebabkan keracunan raksa.

Nitrat dan fosfat akibat penggunaan baja yang bertambah, nitrat di alirkan dari tanah ke sungai dan tasik eutrofikasi menganggu hidupan marin.Sulfur bahan bukan logam yang berbahaya kepada hidupan air

Minyak tidak boleh larut dalam air, menghasilkan satu permukaan tebal di atas permukaan air lalu menghalang fotosintisis. berbahaya kepada ikan dan burung laut.

Petrokimia terhasil daripada gas dan petrol dan toksik kepada hidupan marin

Pencemaran minyak Laut dicemar oleh minyak setiap hari akibat tumpahan minyak, perkapalan dan pembuangan. Tumpahan minyak membentuk 12% daripada minyak yang mencemarkan laut, lainnya adalah daripada aktiviti-aktiviti perkapalan. Tumpahan minyak daripada tangki minyak boleh menyebabkan kuantiti minyak yang besar tumpah di sesuatu tempat. Minyak yang tidak boleh larut dalam air boleh menyebabkan masalah yang besar kepada hidupan laut di tempat itu seperti melemaskan ikan, melekatkan bulu burung dan menghalang fotosintesis daripada berlaku.

Pemendapan atmosfera Dalam atmosfera, air bercampur dengan karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, lalu menghasilkan asid lemah. Apabila pencemaran udara berlaku, hujan yang turun akan lebih berasid. Hujan asid ini boleh merosakkan bangunan terutama yang dibuat daripada marmar, merosakan pokok dan mencemarkan sungai dan tasik. Sungai dan tasik yang tercemar boleh menyebabkan kematian hidupan air itu.

Pembuangan marin Pembuangan ke dalam laut boleh menyebabkan masalah besar. Item berbeza mengambil masa berlainan untuk mereput dalam air: Kadbod 2 minggu Surat khabar - 6 minggu Bungkusan photodegradable 6 minggu. Foam 50 tahun Styrofoam 80 tahun. Aluminium 200 tahun bungkusan plastik 400 tahun Gelas sangat lama dan tidak boleh ditentukan

Pembuangan nuklear Dihasilkan daripada industri, perubatan dan proses saintifik yang menggunakan bahan radioaktif

Bahan buangan nukear dihasilkan daripada: Stesen penjana nuklear. Pelombongan dan pembersihan uranium and torium yang menghasilkan bahan buangan nuklear. Bahan buangan juga terhasil daripada kitaran bahanapi nuklear yang digunakan di industri, perubatan dan proses saintifik.

Kebocoran storan bawah tanah Bahan seperti petroleum, sebahagiannya di simpan dalam tangki dan dialirkan melalui paip bawah tanah. Apabila terdapat kebocoran, bahan ini akan mengalir ke tanah persekitaran dan juga air bawah tanah.

Pemanasan global Peningkatan suhu air menyebabkan kematian banyak organisma akuatik dan menganggu habitat marin. Contoh: peningkatan suhu mengakibatkan pemutihan terumbu karang diseluruh dunia. Pelbagai mikroorganisma bergantung kepadanya, yang menyebabkan kematian hidupan marin yang bergantung kepadanya. Eutrofikasi Baja yang digunakan dalam pertanian kadangkala tersalir keluar ke sumber air berdekatan. Persekitaran menjadi kaya dengan nutrien. Phytoplankton tumbuh dan membiak lebih cepat, menyebabkan pertumbuhan alga yang pesat. Alga menggunakan oksigen dalam air, menyebabkan kematian organisma akuatik seperti ikan. Alga juga menghalang matahari daripada menyinar bahagian dalam air lalu menghalang tumbuhan dalam air menjalankan fotosintesis. Sesetengan alga menghasilkan toksik yang berbahya kepada hidupan yang lebih tinggi, dan mempengaruhi rantaian makanan dan binatang-binatang yang terlibat.

Soalan1.Baca artikel-artikel dari http://www.water-pollution.org.uk/ untuk mengetahui cara-cara memastikan air bersih, bagaimana air tercemar dirawat dan kesan pencemaran air ke atas kesihatan, ekonomi dan persekitaran. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat Malaysia untuk mengurangkan pencemaran air.

2. Di bawah adalah kesimpulan yang di buat oleh Abdullah A. Mamun dan Zaki Zainudin dalam kajian mereka yang bertajuk Sustainable River Water Quality Management in Malaysia dan diterbitkan dalam IIUM Engineering Journal, Vol. 14, No. 1, 2013.

Baca kajian mereka yang boleh di dapati di http://irep.iium.edu.my/30689/1/Published_paper_266-1805-4-PB.pdf

Malaysia receives adequate rainwater to meet the increasing water demand of the nation. However, despite the EQA, water quality of many rivers is deteriorating in the country. A few of the water treatment plants (WTPs) are reported to have problems with raw water quality and had been temporarily shut down several times. The mismatch between availability and demand for water is aggravated by pollution of water sources. Water shortage is aggravated by the pollution due to point and non-point sources pollution.

During the low flows, the water quality is adversely affected due to inadequate dilution and makes the water unacceptable or costly to treat. The existing legislations, guidelines, standard and procedures to evaluate water quality are discussed. It is recommended to review the WQI equations and procedure, effluent discharge standards in the EQA and limiting values of the NWQS to reduce the inconsistencies and to increase compatibility. The EQA allows discharge of various concentrations of pollutants depending on the source of wastewater. However, the ecosystem does not care whether the pollution load is from sewage, industrial effluent, sullage or storm runoff. Therefore, a unified wastewater discharge standard (irrespective of the source) would safeguard the water bodies and aquatic lives in a sustainable manner.

Case studies in three river basins indicated that most of the urban rivers are stressed and not suitable for water intakes, making the water supply more costly. To make the water resources sustainable for all living beings, other appropriate indices should be adopted and evaluated at reasonable intervals. Realising the importance of the quality of water, it is recommended to undertake strict measures on water quality control, monitoring criteria and standards, including control of point and non-point pollutions.

Bincang maksudnya a unified wastewater discharge standard dan other appropriate indices should be adopted and evaluated at reasonable intervals yang di sarankan oleh pengkaji.Pencemaran Bunyi Bunyi yang tidak disukai yang memberi ketidakselesaan.

PUNCA-PUNCA BUNYI

KenderaanUdara - Kapalterbang, jet, Darat - Keretaapi, kereta, lori, bas, motosikal Air- Kapal, Bot

PerindustrianKilang-kilang

PembinaanKerja-kerja menghentam cerucuk, jack hammer

JENIS-JENIS BUNYI BISINGSteady Wide Band Noise Meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas Contoh : Mesin biasa, Keriuhan Di Pasar, Trafik

`Steady Narrow Band Noise Tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu. Contoh : Mesin Rumput, Gergaji Rantai, Pengetam

`Impact Noise Bunyi tunggal yang pendek. Contoh : Letupan, Tembakan senjatapi.

`Repeated Impact Noise Bunyi tunggal yang berulangan. Contoh : Memaku, Memahat.`Intermittent Noise Contoh : Pengangkutan Udara, Lalulintas.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGELUARAN BUNYI

Frekuensi (Hz) Lebih tinggi frekuensi maka lebih tinggi perasaan ketidakselesaan.

Kekuatan Bunyi (dB)Lebih tinggi/kekuatan sesuatu bunyi , lebih tinggi pula kadar kacauganggu ke atas individu.

Kekerapan Dan Tempoh Bunyi bising berterusan akan memberikan kacau ganggu dari bunyi yang tidak kerap kedengaran.

Keperluan Jika sesuatu bunyi dihasilkan difikirkan tidak perlu, ketidakselesaan akan bertambah.

Kepekaan Kepekaan dan sikap atau perasaan seseorang terhadap bunyi bising.

KESAN BUNYI BISING KE ATAS KESIHATANTerbahagi kepada dua :i)Kesan Kepada Telinga (Auditory Effect)ii)Kesan Bukan Berkaitan Telinga (Non Auditory Effect)

Kesan Kepada Telinga a) Kesan Semerta Disebabkan bunyi yang kuat (>120 dB) Menyebabkan pecah selaput tympanum, kerosakan tulang kecil pendengaran. Hilang pendengaran kekal.b) Kesan Kronik Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat (>85 dB - 5 tahun, > 8 jam sehari) Lebih tinggi frekuensi, kerosakan koklia tinggi

c) TTS (Temporary Threshold Shift) Nilai ambang pendengaran tinggi semasa bekerja di tempat bising. Kembali asal setelah 12 jam keluar dari suasana bising. d) PTS(Permanent Threshold Shift) Pendedahan berulangan Nilai ambang pendengaran tidak kembali kepada nilai ambang asal.

Kesan Bukan Berkaitan Telinga a) Kesan Fisiologi Meningkatkan tekanan darah b) Kesan Psikosomatik. Sakit Kepala, pening, loya, muntah c) Kesan Psikologi Gangguan Percakapan Mudah marah Sering merasa cemas d) Kesan Tingkahlaku -Mutu kerja dan kecekapan menurun. Keletihan Gangguan saraf dan ketegangan Pencegahan Pencemaran BunyiPengawasan terhadap tahap bunyi Pengawasan dan pemeriksaan kebisingan secara periodik (alat, lama, jumlah waktu). Perlindungan perseorangan

Batas kebisingan yang dibenarkan

SoalanNational Ambient Noise Monitoring Programme

The Department of Environment continues to monitor the ambient noise level in 2008 at five different types of receiving land use. They were in noise sensitive areas namely schools and and hospitals, suburban residential areas (medium density), urban residential aras (high density and residential-commercial), commercial business zones and designated industrial zones. Traffic noise in areas that are planned for future development or redevelopment of existing roads were also measured. For ambient noise monitoring, a single 60 minutes sample on noise level are measured in the morning, afternoon and evening.

In 2008, most of the reading collected exceeded the level specified in The Planning Guidelines for Environmental Noise Limits and Control, 2004. This could be attributed to insufficient buffer zone.

Berdasarkan petikan di atas, a) terangkan bagaimana tahap kebisingan itu diambil. b) terangkan apa yang dimaksudkan dengan insufficient buffer zone.c) beri sebab mengapa tahap kebisingan itu melebihi had yang ditetapkan.d) beri cadangan bagaimana mengurangkan tahap kebisingan.

PENCEMARAN RADIASIPencemaran radiasi adalah apa juga bentuk radiasi terion atau tidak terion yang terhasil daripada aktiviti manusia.

Sumber-sumber pencemaran radiasi

Letupan nuklear dan senjata nuklear pencemaran buatan manusia yang paling tinggi akibat eksperimen atau peledakan nuklear (nuclear detonations), contohnya yang menamatkan Perang Dunia Kedua.

Perlombongan bijih radioaktif ( contoh bijih uranium) proses perlombongan menghasilkan produk sampingan yang juga radioaktif Kemalangan nuklear Contoh adalah letupan di loji nuklear di Chernobylpada pertengahan 1986 dan leburan logi nuklear di Fukushima hasil daripada tsunami. Bahan buangan penyelidikan dan perubatan Bahan buangan logi kuasa nuklear TV, komputer, gelombang radio, telefon mudah alih, sinar-X dll

Kesan radiasi

Kerosakkan biokimia; proteins, lipid, dan asid nukleik (termask DNA) Jika terlalu kuat, ia menyebabkan masalah kesihatan manusia, kanser dan kematian. Kerosakkan yang disebabkan oleh isotop radioaktif bergantung kepada setengah-hayat fizikalnya, dan berapa cepat ia menyerap dan dikumuhkan oleh organisma Kebanyakan kajian tentang kesan buruk radiasi dikaji untuk organisma satu sel. Situasi adalah lebih kompleks dalam manusia dan organisma multisel, kerana satu sel yang rosak akibat radiasi secara tidak langsung boleh merosakkan sel-sel lain dalam individu. Bahagian yang paling sensitif pada badan manusia adalah yang mempunyai sel-sel pembahagi yang paling aktif, seperti kulit, gonad, usus, and tisu yang menghasilkan sel darah (limpa, tulang sum-sum, organ-organ limfa). Kesan pendedahan kepada radiasi paras rendah belum diketahui. Satu kebimbangan terhadap pendedahannya adalah kerosakan genetik. Kerosakan DNA boleh menghasilkan kanser , kecacatan kandungan dan juga kematian. Satu kajian mengenai kesan kemudaratan radiasi adalah kajian jangka-masa panjang mangsa-mangsa ynag terdedah kepada radiasi pada bom atom 1945 yang dijatuhkan ke Hiroshima and Nagasaki. Mangsa-mangsa letupan didapati mempunyai kadar yang tinggi untuk mendapat penyakit kanser, leukimia dan penyakit-penyakit lain. Walau bagaimana pun, kesan genetik kepada anak-anak mangsa tidak begitu ketara. Dos radiasi yang diperlukan untuk menghasilkan kecacatan yang diwarisi adalah lebih tingi daripada yang dijangkakan. Kajian ke atas mangsa letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine menunjukkan peningkatan dalam kes sindrom Down, penyimpangan kromosom (chromosome aberration), kecacatan tiub neural, dan kanser tyroid.

Penyimpanan sisa radioaktif

Isotop yang tidak stabil memancarkan radiasi panjang gelombang pendek yang boleh mengion semasa pereputan radioaktif. Ada sebanyak 70 jenis isotop radioactif, semua mengeluarkan radiasi yang mengion semasa mereput dari satu isotop ke isotop yang lain. Sisa nuklear radioaktif tidak boleh dirawat menggunakan kaedah kimia yang konvensional. Ia mesti di simpan dalam bekas-bekas berat (heavily sheilded) yang jauh daripada habitat biologi. Tapak yang paling selamat yang digunakan kini adalah gua yang dalam atau lombong garam yang ditingalkan Walau bagaimanapun, kebanyakan sisa radioaktif mempunyai separuh hayat sehingga beribu tahun, dan sehingga hari ini, tidak ada kedah penyimpanan yang betul-betul sempurna.