kri is hartanah - buletin.hartabumi.com · matan (sst) telah mendapat perhatian ramai tentang...

24
ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT 30 OGOS 2018 Edisi : #17 CERITA-NAH! Doktor Insurans Siapa Yang Perlu Membayar Pinjaman Perumahan Sekiranya Pencari Nafkah Ditimpa Musibah? Isu-isu menarik: Hartanah 101 Apa formula untuk tahu kemampuan andamembeli rumah? Ketahui 3 formula untuk bantu anda beli rumah. Fokus Kawasan Cheras: Jangan fikir jalan jem semata-mata. [email protected] | 03-76104766 | www.hartabumi.com @hartabumi.com KRI IS HARTANAH Di Malaysia Selamat Hari Merdeka Yang ke-61

Upload: ngodiep

Post on 09-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT 30 OGOS 2018Edisi : #17

CERITA-NAH!

Doktor Insurans

Siapa Yang Perlu Membayar PinjamanPerumahan Sekiranya Pencari NafkahDitimpa Musibah?

Isu-isu menarik:

Hartanah 101Apa formula untuk tahu kemampuan andamembeli rumah?Ketahui 3 formula untuk bantu anda beli rumah.

Fokus KawasanCheras: Jangan fikir jalan jemsemata-mata.

[email protected] | 03-76104766 | www.hartabumi.com @hartabumi.com

KRI IS HARTANAHDi Malaysia

Selamat Hari MerdekaYang ke-61

Page 2: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

30 OGOS 2018HB 01

Ketua EditorRADZI TAJUDDIN

EditorNADZRI SAZALI

PenulisFATIN HARIS

KreatifAMIRUL NIDZAM

HASIENAH ROSLAN

Maklum [email protected]

Maklum balasJika anda ada sebarang komen atau cadangan, sila email kami :

[email protected] sedia mendengar pandangan anda

Penerbit:

REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)26-01, Reflection Residence, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor, MalaysiaTel : 03 – 76104766

Hak cipta terpelihara. Semua artikel yang diterbitkan tetap menjadi hak milik REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

Buletin hartabumi.com di-terbitkan setiap hujung bulan dan diedarkan secara atas talian di portal:

www.hartabumi.com/buletin Doktor InsuransSiapa Yang Perlu Membayar PinjamanPerumahan Sekiranya Pencari NafkahDitimpa Musibah?

4

Krisis Hartanah di MalaysiaIsu Muka Depan11-12

Ketahui status serta akar umbi krisis hartan-ah di Malaysia serta penyelesaian yang bakal diimplementasi tidak lama lagi oleh pihak yang terlibat.

Kajian serta tips menghiasi homestay anda.

Dekorasi Hot17-18

Fokus Kawasan13-15

Adakah Cheras lokasi yang sesuai untuk membelihartanah?

Hartanah Hot8-9

Apa kelebihan rumah jenis subsale, undercon dan baru? Projek Mah Sing terkini, Desire akanbantu anda membuat keputusan yang sewajarnya.

Apa formula untuk tahu kemampuan anda membeli rumah? Ketahui 3 formula untuk bantu anda beli rumah.

Hartanah 1015-6

Cheras: Jangan fikir jalan jem semata-mata.

Page 3: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri
Page 4: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

BERITA HARTANAH HB 0330 OGOS 2018

Pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 12 Ogos lalu mengenai langkah kerajaan untuk mengecualikan perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan daripada Cukai Jualan dan Perkhid-matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang.

Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) lebih awal menjangkakan langkah pengecualian SST itu mampu menjimatkan kos projek dengan anggaran penurunan harga yang berlaku sekitar 2.0 hingga 2.5 peratus sahaja.

Sumber: Kapital.my

Warga Petaling Jaya telah menyuarakan kerunsingan mereka akan jarak pembinaan LRT3 yang begitu hampir dengan kediaman mereka yang mampu menyebabkan masalah kesihatan dan lalu lintas penduduk sekitar.

Penduduk setempat juga mendapati Kelana D’ Putera Condominium setinggi 15 tingkat berada enam meter dari bumbung stesen MRT3. Ini akan merosakkan saluran air dan banyak pokok akan ditebang.

Sumber: PropertyGuru

Pembeli rumah pertama kali dari kumpulan berpendapatan sederhana kini boleh menanti-kan skim pinjaman perumahan khas mulai bulan depan.

Ini sebahagian daripada insiatif Bank Negara Malaysia (BNM) memudahkan dan mendekat-kan jurang antara pembeli rumah pertama dan pihak bank.

Pembiayaan baru ini khusus untuk pembelian rumah pertama untuk golongan berpendapa-tan sederhana dengan beberapa bank perintis, Cagamas Bhd dan KPKT.

Sumber: PropertyGuru

BERITA HARTANAH MINGGU INIHarga Rumah Dijangka Turun,Tetapi Lebih 114,000 RumahTidak Terjual.

Warga Petaling Jaya Tidak Bersetuju Projek LRT3.

BNM Perkenal Skim Khas Pembeli Rumah PertamaBermula September.

Page 5: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

Artikel ini ditulis oleh:

Muhammad Afham bin Mohd Sabri Ejen Takaful

Siapa Yang Perlu Membayar Pinjaman PerumahanSekiranya Pencari Nafkah Ditimpa Musibah?

Anda pasti biasa dengar pinjaman rumah atas nama isteri tetapi suami yang bayar, atau sebaliknya, tak kurang juga kes dimana pinjaman nama suami dan isteri dan bayar bulanan dikongsi bersama kan?

Dengan kerjasama dari En. Muhammad Afham bin Mohd Sabri yang merupakan ejen takaful akan memberi penjelasan ringkas mengenai isu di atas serta penyel-esaian yang terbaik untuk masalah diatas.

Situasi yang saya nak kongsi ialah, apa akan jadi jika suami sebagai "Breadwinner" atau pencari nafkah atau pembayar rumah ditimpa muhsibah.

Dalam ketiga-tiga situasi tersebut, apa pun berlaku kepada suami selagi ada nama isteri pada perjanjian pinjaman tak kiralah separuh atau penuh isteri WAJIB bayar baki pinjaman.

Nasihat saya ialah sediakan SATU SIJIL TAKAFUL KHAS DIATAS NAMA SUAMI dan HIBAHKAN KEPADA ISTERI SEBAGAI PENERIMA.

Berikut adalah pilihan yang saya boleh cadan-gkan untuk suami.

Sediakan minima jumlah atau baki pinjaman yang tinggal pada waktu sekarang. Sebaiknya tinggalkan lebih 1 atau 2 kali ganda sebagai persediaan kelangsungan hidup jika anda sendiri belum mempunyai apa-apa takaful.

Situasi: Buka sijil takaful bernilai RM250,000 ditakdirkan suami meninggal dunia dan baki pinjaman waktu itu RM200,000. Wang 250,000 tersebut diguna untuk membayar baki loan yang ada dan baki 50,000 boleh diguna-kan untuk kelangsungan hidup.

Walau apa jua pilihan anda, sebagai ketua keluarga, ia menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kebajikan keluarga terjaga. Jangan nanti apabila anda telah tiada atau kurang upaya, hidup dan nasib keluarga terabai.Sediakan keperluan keluarga sementera masih diberi keupayaan ini.

Bagi kes "Living death" iaitu sakit kritikal dan hilang upaya kekal tidak mampu lagi bekerja, perlu diingat hutang masih perlu terus dibayar.

Sama juga dengan situasi satu, jumlah pampasan yang anda dapat, langsaikan hutang rumah yang masih berbaki.

Aduh, macam mana isteri nak sambung bayar, yang kerja aku bukan dia.

Macam mana bang, kalau abang takda saya kena tanggung semua, sekarang boleh lah nak bayar yang separuh tu.

Ambil takaful nyawa

Ambil takaful nyawa disertakanmanfaat pampasan hilang upayakekal dan juga pampasansakit kritikal.

DOKTOR INSURANS HB 0430 OGOS 2018

Page 6: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

HB 05HARTANAH 101

Berikut merupakan formulanya,Formula 30% pula ialah formula dimana secara idealnya, anda tidak boleh membelan-jakan lebih dari 30% pendapatan isi rumah. Namun perkara ini tertakluk kepada keperlu-an masing-masing cuma yang terbaik ialah hadkan semua perbelanjaan lain hingga 30% daripada pendapatan isi rumah.

Kelemahan formula diatas ialah pendapatan isi rumah belum ditolak dengan apa-apa keperluan lain seperti hutang kereta dengan bank, minyak kereta sebulan, simpanan dan sebagainya.

Hartabumi yakin anda mempunyai komitmen setiap bulan dan formula ini masih belum mengambil kira perkara-perkara berikut, boleh jadi harga rumah anda mampu milik jauh lebih rendah dari yang dikirakan setelah tolak komitmen bulanan dan hutang sana sini.

Ha! Dengar je pasal formula mesti teringat tentang DSR kan?

Sebelum kita ke 3 Formula untuk ketahui tahap kemampuan anda untuk beli rumah, jom ulang kaji serba sedikit mengenai DSR.

DSR atau “Debt-Service Ratio” (DSR) adalah satu kaedah utama yang diguna-kan pihak bank bagi menentukan had maksima pinjaman yang boleh dibuat oleh seseorang individu.

Had ini berbeza mengikut bank, juga tangga gaji individu bermula dari 60% hingga ke 75%, bermaksud setiap bank akan menawarkan had DSR yang berlainan berdasarkan tangga gaji setiap individu.

Jadi, ada baiknya sebagai pemohon pinjaman, anda kirakan dahulu berapa DSR anda bagi mengelakkan daripada anda melakukan perkara yang sia-sia. Formula DSR ini sebenarnya lebih kepada mengira berapa jumlah pinjaman bank yang anda mampu.

Sekarang, kita fahami pula 3 formula lain untuk tahu tahap kemampuan beli rumah.

1. Formula 3 kalipendapatan isi rumah

2. Formula 30%

33 Beli RumahK E M A M P U A N

Formula Untuk Tahu

Formula

Pendapatan Isi Rumah x 12 bulan x 3 = Harga Rumah Anda Mampu Milik

Contoh Pengiraan

RM 5,500 x 12 x 3 =RM 198,000

Formula

Pendapatan Isi Rumah x 30% = Perbelanjaan rumah

Contoh Pengiraan

RM 5,500 x 30% = RM1650

30 OGOS 2018

Page 7: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

HB 06

3. Baki Pendapatan Itu serba sedikit mengenai formula-formula yang anda boleh gunakan sebagai perse-diaan untuk membeli rumah. Walau apa sekalipun anda hendaklah memastikan kewangan anda di kedudukan yang baik, jadi banyakkanlah mengali ilmu mengenai hartanah sebelum membeli rumah.

Pelajari dahulu taktik serta kuatkan pengeta-huan anda sebelum membuat keputusan penting. Ingat beli rumah komitmennya tinggi bukan perkara main-main.

Baki pendapatan yang tinggal setelah anda membayar semua keperluan boleh menjadi penanda aras yang lebih tepat untuk berapa sebenarnya harga rumah yang anda mampu milik. Ini kerana setelah bayar serba serbi keperluan, hutang dan macam-macam lagi anda boleh lihat dengan jelas berapa jumlah wang yang tinggal.

Formula

Pendapatan Isi Rumah - Semua Perbelanjaan = Keupayaan kewangan membeli rumah

30 OGOS 2018

Page 8: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri
Page 9: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

HB 08

Sekiranya anda memilih untuk membeli rumah undercon, anda akan mendapat rumah baru cuma yang menjadi masalahnya ialah anda perlu menunggu rumah tersebut siap dibina.

Rumah jenis ini merupakan rumah baru namun masih dalam proses pembinaan.

Ini sesuai untuk mereka yang ingin menjual semula rumah tersebut atau bahasa hartanahnya, flipping.

Selain itu, pembeli akan mendapat banyak rebat atau diskaun seperti percuma yuran guaman dan tidak perlu membayar deposit. Namun ini bergantung kepada pemaju juga.

Sekarang memang trend membeli rumah undercon, jadi pemaju berlumba-lumba untuk menarik pembeli dengan menawarkan pelbagai rebat atau diskaun. Jadi anda hanya perlu rajin mencari yang berkenan di hati.

Sedangkan makanan lambat sedikit di kedai makan pun dah nak tercabut mata jeling waiter, inikan pula rumah yang kita beli dengan simpanan bertahun-tahun. Sanggupkah nak tunggu lama-lama?

Itu bab menunggu, bagaimana pula kalau sudah sekian lama menunggu tiba-tiba pemaju yang tidak bereputasi membuat onar, yang ada hanya tiang rumah. Memang sadis lah kalau ini terjadi.

Itu serba sedikit kekurangannya. Kelebihann-ya pula apabila rumah undercon telah siap kebiasaannya nilainya akan naik dan sekaligus harganya pun akan turut naik.

Ada pelbagai jenis rumah dipasaran hari ini, antaranya undercon, subsale dan baru. Seperti yang tertera pada tajuk artikel ini, kita akan kaji mengenai perbandingan membeli ketiga-tiga jenis rumah ini.

Sebelum itu, jom fahami maksud rumah undercon, subsale dan baru ini terlebih dahulu.

Rumah Undercon

Rumah Subsale

Rumah Baru

Yang Mana Satu Pilihan Hati;Rumah Undercon, Subsale atau Baru?

Rumah Undercon

Rumah subsale bermaksud rumah second hand dan sebelum anda telah ada tuannya.

Ini pula bermaksud, rumah yang telah siap dan belum mempunyai tuan. Anda orang pertama yang akan menduduki rumah ini.

HARTANAH HOT30 OGOS 2018

Page 10: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

HB 09

Siapa yang tidak mahu rumah baru betul tak? Namun mungkin disebabkan lokasi tempat kerja, masa menunggu yang lama (beberapa tahun) bagi rumah undercon dan sebab-sebab lain, anda harus membeli rumah subsale.

Jangan lupa yang memandangkan anda membeli rumah ini dengan tuan rumah dan bukan pemaju, anda mempunyai peluang untuk tawar menawar harga. Sekiranya rumah mempunyai sebarang kecacatan, anda boleh meminta tuan rumah untuk kurangkan sedikit harganya.

Selain itu, untungnya membeli rumah subsale ialah anda sendiri boleh nilai kawasan tersebut. Anda boleh lihat sendiri segala bentuk kemudahan yang ada dipersekitaran kawasan rumah itu. Sekiranya nasib baik, mungkin akan ada rancangan pembangunan baru yang menguntungkan dan menaikkan lagi nilai rumah itu.

Itu sedikit sebanyak kelebihan rumah subsale, bagaimana pula dengan kekuran-gannya?

Walaupun anda boleh tawar-menawar harga, namun ada kemungkinan anda perlu mengeluarkan wang yang lebih banyak untuk membuat beberapa pengu-bahsuaian terhadap rumah tersebut.

Mungkin ada beberapa kerosakan terhadap rumah tersebut dan anda harus membaikinya, jadi amat penting untuk anda periksa betul-betul keadaan rumah tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

Anda juga terpaksa mengeluarkan wang deposit extra sekiranya membeli rumah subsale. Anda perlu membayar sejumlah wang kepada ejen ataupun tuan rumah untuk booking rumah tersebut. Kalau bank meluluskan pinjaman tiada masalah, sekiranya bank tolak, maka hangus lah wang deposit anda tadi.

Rumah jenis ini merupakan rumah yang paling digemari ramai. Ye lah barang baru siapa yang tidak suka betul tak?

Namun ada beberapa perkara yang membuatkan rumah baru kurang menarik ialah memandang-kan rumah baru kebiasaannya merupakan projek baru dari pemaju, jadi sudah tentu anda tidak tahu siapa jiran dan bagaimana suasana kejiranan rumah itu nanti.

Bagaimana kalau anda sudah berkeluarga dan dapat jiran pelajar universiti yang riuh rendah dan sebaliknya.

Itu perkara yang kurang best mengenai rumah baru, kelebihan membeli rumah baru pula ialah ianya serba baru! Cat baru, reka bentuk rumah terkini dan kawasan perumahan yang baru. Buat yang tidak tahu, sekiranya anda terjumpa sebarang kecacatan terhadap rumah baru anda, anda boleh minta pemaju untuk baiki secara percuma kerana rumah tersebut masih dalam tempohwaranti. Jadi kalau terjumpa kecacatan, jangan hanya redha atau pandai-pandai baikinya sendiri. Gunakan kelebihan yang ada.

Anda juga boleh jimat wang deposit kepada tuan rumah atau ejen. Sekiranya anda memilih untuk beli rumah baru hanya perlu bayar deposit kepada pemaju dan selebihnya akan diuruskan oleh pihak bank. Sesetengah pemaju pula menawarkan promosi 0% deposit kepada pembeli. Lagi banyak boleh jimat!

Point seterusnya pula ialah anda berpeluang untuk mendapat pelbagai kelengkapan rumah secara percuma seperti penghawa dingin, kabinet dapur, dan sebagainya. Tak kurang juga pemaju yang menawarkan rebat serta diskaun kepada pembeli seperti diskaun bumiputera serta diskaun pembeli terawal.

Menarik kan rumah baru ni? Senang, banyak diskaun serta rebat, anda mempunyai kebebasan untuk menghias dan menyusun rumah rumah mengikut citarasa sendiri dan banyak lagilah. Buat yang berminat untuk beli rumah baru, Hartabumi ada 16 projek gempak di serata Malaysia dari pemaju hebat-Mah Sing! Kesemua 16 projek ini merupakan kempen ‘Desire’ oleh Mah Sing. Jom kita lihat projek perumahan yang menarik ini.

Rumah Subsale

Rumah Baru

30 OGOS 2018

Page 11: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

expohartabumi.com

+

Geng Belum Beli RumahEleena, Omar, Sabrina, Faiz, Syazwan

Eh 8/8 ni dah start Expo hartanah digital !

Oh yang portal Hartabumi tu kan ?Omar

Yup. Expo Klik Hartabumi !Eleena

Boleh la beli rumah ikut kelayakan gaji kita.

Online je. Tak payah bersesak-sesak !Sabrina

Ada peraduan dan peluang untuk kita menang pakej hiasandalaman dan percutian ke Semporna tau !

Faiz

Macam best je. On x On guys ?Syazwan

Ok jom klik expohartabumi.com

08.00

Page 12: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

ISU MUKA DEPANHB 1130 OGOS 2018

Krisis Hartanah di Malaysia ini seolah tiada penyelesaiannya kan? Setiap hari ada isu baru yang akan dibangkitkan dan kini semua pihak saling menyalahkan masing-masing,

Pemaju salahkan kerajaan, pembeli salahkan pemaju namun tidak selesai juga isu rumit ini malah perkara seperti ini mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia ada.

Untuk Buletin 17, Hartabumi akan kupas isu ini habis-habisan supaya pembaca faham dengan jelas mengenai punca serta apa yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk menyelesaikan masalah yang tiada penghujung ini.

Kebiasaan apabila pemaju membangunkan sesebuah projek perumahan baru, mereka diwajibkan menyediakan kuota untuk rumah mampu milik. Namun unit-unit tersebut pun tidak terjual.

Mengikut kajian dari Bank Negara pula, ini terjadi kerana unit-unit tersebut dibangunkan di kawasan yang tidak mempunyai permint-aan untuk unit mampu milik.

Saban hari makin banyak hartanah tidak terjual dan ini termasuk segala jenis hartan-ah seperti rumah teres, kondo, flat, apartment, bangunan komersil dan sebagainya.

Bukti yang nyata bahawa Malaysia kini kaya dengan hartanah tidak bertuan ialah jadual di bawah ini. Hartanah tidak terjual ini bukan sahaja masalah hartanah yang telah siap, ia juga merupakan masalah hartanah yang masih dalam pembinaan.

Lambakan HartanahTidak Terjual

Ketidakpadanan Permintaan dan Pembekal

Rumah tidak terjual Rumah tidak terjual dalampembinaan

25,193 unit

24,738 unit

14,792 unit

10,285 unit

8,839 unit

61,266 unit

61,882 unit

64,077 unit

49,568 unit

40,791 unit

Q1 2018

2017

2016

2015

2014

Ini lagi satu masalah yang menyebabkan hartanah tidak terjual. Tahukah anda purata harga rumah yang rakyat Malaysia sebenarnya mampu ialah RM 282,000 dan harga pasaran purata rumah di Malaysia pula ialah RM 313,000. Besar juga jurang perbezaannya kan?

Gaji Tidak Padan DenganHarga Rumah

Sebelum kita kupas punca masalah ini, jom kita kaji dahulu apa sebenarnya krisis hartanah negara kita.

Ketika ini buat pengetahuan semua, kita sedang berhadapan dengan krisis hartanah yang agak serius. Antara permasalahan yang timbul ialah,

Krisis Hartanahdi Malaysia

Page 13: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, kebanyakan pekerja Malaysia masih dibayar lebih rendah daripada standard hidup minimum yang boleh diterima terutamanya di Kuala Lumpur.

Hampir 50% orang dewasa di Kuala Lumpur memperoleh gaji kurang daripada RM2,500 sebulan pada 2016, lebih rendah daripada gaji minimum RM2,700 seperti yang dicadangkan oleh Bank Negara.

Ini sedikit sebanyak menjawab pertanyaan mengapa negara kita mempunyai krisis kewangan, Jika rakyat Malaysia tidak mempunyai kuasa membeli bagaimana krisis hartanah di negara kita akan selesai, siapa yang akan beli hartanah di Malaysia?

Faham dengan jelas ya punca krisis hartan-ah di negara kita. Sekarang kita kupas pula beberapa solusi yang telah dicadangkan oleh pihak-pihak yang terlibat.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Lee Heng Guie menegaskan bahawa di dalam Dasar Perumahan Negara yang baru, golongan berpendapatan rendah serta sederhana perlu dititikberatkan agar mereka juga berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

rumah pertama supaya mereka berpel-uang untuk memiliki rumah sendiri.

Tingkatkan Gaji atauPermudahkan KriteriaPinjaman Perumahan denganBank

Beliau juga berharap pihak sepatutnya dapat mengkaji semula mekanisma kuota bumiput-era serta diskaun istimewa berdasarkan keper-luan kerana kuota bumiputera yang tidak terjual akan menyumbang kepada masalah rumah tidak terjual.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) pula berharap Dasar Perumahan Negara yang akan diumumkan pada September ini akan merangkumi garis panduan untuk pelepasan unit yang dikhaskan untuk bumiputera (kuota bumiputera) di setiap negeri.

REHDA juga menasihati KPKT supaya wujudkan sebuah pangkalan data atau sebuah sistem yang membolehkan pemaju mencari maklumat mengenai kawasan serta jenis rumah yang diperlu-kan ketika ini.

Sekiranya ini wujud, maka selesailah masalah ketidakpadanan permintaan serta bekalan yang dibincangkan tadi.

Namun apa yang Hartabumi rungsingkan adalah wajarkah KPKT hanya fokus kepada penyelesaian rumah mampu milik sahaja? Adakah dengan menwujudkan rumah mampu milik yang lebih banyak, masalah rumah tidak terjual ini akan selesai? Dan adakah sekiranya pihak bank melonggarkan syarat kelayakan untuk pembeli rumah pertama, krisis rumah dapat dibendung pada masa akan datang?

CADANGAN SOLUSIKRISIS HARTANAH

Gubal Dasar PerumahanNegara

Menyedari krisis ini makin buruk, Kementeri-an Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengubal Dasar Perumahan Negara dan mengumumkannya pada September akan datang.

Matlamat utama KPKT buat ketika ini adalah untuk memberbanyakkan lagi rumah mampu milik. Namun seperti yang disuara-kan diatas tadi isunya bukanlah hanya mengenai rumah mampu milik semata-ma-ta, isunya berkait rapat dengan gaji pembeli serta permintaan.

KPKT juga berjanji akan turut mengkaji semula reka bentuk rumah serta pengunaan IBS dalam pembinaan rumah.

Ini juga antara isu berbangkit apabila kita bercakap mengenai krisis hartanah. Ye lah apabila gaji sedikit rakyat tidak mampu untuk membeli rumah namun adakah masalah ini akan selesai sekiranya gaji dinaikkan?

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Mah Sing Group Bhd, Datuk Ho Hon Sang berkata mungkin Dasar Perumahan Negara perlu memberi perhatian mengenai isu pinjaman perumahan dengan bank.

Katanya lagi mungkin pihak bank boleh melonggarkan syarat kelayakan untuk pembeli

Wujudkan Pangkalan Dataatau Sistem

HB 1230 OGOS 2018

Page 14: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

Sekiranya anda memilih untuk membeli rumah undercon, anda akan mendapat rumah baru cuma yang menjadi masalahnya ialah anda perlu menunggu rumah tersebut siap dibina.

FOKUS KAWASANHB 13

Buat anda yang berkerja di Kuala Lumpur, Kajang atau kawasan perseki-tarannya, Cheras memang kawasan yang terbaik untuk anda diami.Kenapa? Kami senaraikan sebab anda perlu beli rumah di Cheras.

JANGAN FIKIR JALAN JEMCHERAS

Ini adalah antara perkara terpenting untuk anda ambil tahu sebelum membuat keputu-san untuk membeli hartanah.Ye lah senang dan jimat kalau pengangkutan awam dekat dengan rumah, tidak perlu guna kereta untuk ke pejabat. Jom lihat pengang-kutan apa yang ada di sekitar Cheras ini;

Pada akak-akak mesti beria mengang-guk sambil tersenyum, maklumlah di Cheras ni mall ape je tiada. Serba lengkap. Antara pusat membeli belah yang terdapat di Cheras ini adalah,

1. Syurga Pusat Membeli-belah

Sunway Velocity Mall

MyTown Mall

Ikea Cheras

Cheras Leisure Mall

VIVA Shopping Mall

Kebanyakan pusat membeli belah yang kami senaraikan pun masih baru beroperasi dan serba lengkap dengan pelbagai kemudahan. Tak de lah hujung minggu nanti mereput di rumah.

2. Pengangkutan Awam

LRT

MRT 1

MRT 2-masih dalam pembinaan.

Harga hartanah di kawasan ini pasti melon-jak naik apabila selesai pembinaan MRT 2. Jadi sekaranglah masa yang paling sesuai untuk membeli hartanah di Cheras ini.Bukan setakat itu sahaja, apa yang kami jamin akan menaikkan nilai hartanah anda

SEMATA-MATA

30 OGOS 2018

Page 15: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

HB 14

ialah kewujudan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. TBS merupakan hub transpotasi yang pasti memudahkan perjalanan anda ke sesuatu destinasi.

Bayangkan kalau anda membeli rumah untuk pelaburan mesti banyak pulangannya ni kan?

Kajang SILK- lebuhraya ini akan meng-hubungkan anda dengan lebuhraya lain seperti:

-Lebuhraya KL-Seremban (NSE) -Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) -Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) -Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) -South Klang Valley Expressway (SKVE)

Grand Saga : Cheras – Kajang

Besraya

MEX

Itu untuk yang memilih pengangkutan awam, buat yang lebih selesa memandu antara lebuhraya yang mempercepatkan perjalanan anda ialah

3. Lebuhraya

Cheras Business Centre

Velodrom Business Park

Shamelin Business Centre

Kilang Ramly Burger

6. Sekolah

4. Kawasan Perindustrian

Ini juga antara faktor pengukur sama ada beli rumah di sesuatu kawasan berbaloi atau tidak. Ye lah sebagai pembeli rumah, kita kena tahu di kawasan perumahan tersebut wujud atau tidak kawasan perindustrian.

Sekiranya wujud, baguslah kerana ia menunjukkan akan ada banyak peluang pekerjaan dan populasi di kawasan tersebut. Di Cheras ada,

5. Rekreasi

Ha buat yang berkeluarga pasti tercari-cari tempat rekreasi yang dekat dengan rumah kan? Senang nak bawa anak jalan-jalan dan beriadah. Antara tempat menarik di Cheras ialah,

Taman Pudu Ulu

Di Taman Pudu Ulu ini terdapat kolam mandi kanak-kanak, kemudahan untuk berzumba dan aerobik.

Bukit Ketumbar

Yang menariknya di atas puncak bukit ini, ada mini gym buat yang gemarkan bersukan.

Bukit Saga

Cabar diri anda untuk mendaki Bukit Saga yang hanya 410 meter ini! Walaupun tak berapa tinggi, cabaran bukit ini ialah ia curam.

Bukit Apek

Tarikan di atas Bukit Apek ni ialah air terjunnya dan mempunyai shortcut ke Bukit Saga.

Penting ni untuk yang sudah berkeluarga, takan nak hantar anak-anak sekolah jauh-jauh kan? Jangan risau di Cheras ada lebih 19 sekolah.

Purata Harga Hartanahdi Cheras

Menarik betul tak Cheras ni, bagaimana pula dengan harga hartanah disini? Mesti mahal kan maklumlah kawasan lengkap dan mempu-nyai pelbagai kemudahan.

30 OGOS 2018

Page 16: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

HB 15

Berdasarkan data di atas terbuktilah harga hartanah di Cheras ini mampu milik. Rumah jenis flat, kluster, apartment dan kondo di kawasan ini masih boleh didapati dengan harga dibawah RM 500k.

Jom teliti pula jenis hartanah yang sering dibeli di Cheras.

Kondo, Flat dan teres antara yang sering dibeli kerana faktor harga dan kesesuaian rumah dengan pembeli.

Dengan adanya data seperti ini, kini lebih mudah untuk anda membuat keputusan jenis hartanah apa yang wajar dibeli di Cheras.

30 OGOS 2018

Page 17: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri
Page 18: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

IDEA DEKORASI HOMESTAYPIKAT HATI PENYEWA.

Ya. Ini adalah reaksi pertama yang Deco Guru dapat apabila tuan rumah pertama kali menjejakkan kaki ke unit homestay Casa Delima Melaka - Guesthouse & Homestay di Durian Tunggal, Melaka. Tugas kami ialah dekorasi unit kosong 2 tingkat ini kepada sesuatu yang WOW untuk digunakan sebagai homestay.

Cabaran utama kami ialahMEMBINA PERSEPSI BARU tentang HOMESTAY. Dah jadi kebiasaan homestay akan dipenuhi perabot-perabot

Inilah cabaran Deco Guru yang sebenar,un-tuk memberikan karekter kepada sesuatu unit bukan tugas mudah tetapi bukan mustahil.

Betul ke ni Homestay?Dah macam Show Unitdah ni!

Malahan sebab utama mereka mahu masuk bisnes homestay ialah ada rumah lebih tapi tak tahu nak buat apa. " Bolehlah kita buat homestay, bila universiti ada majlis graduasi boleh buat duit.". Pernah dengar alasan ini? Majlis graduasi setahun sekali, bagaimana untuk memastikan jadual homestay anda penuh sepanjang tahun?

Anda perlu memberikan homestay anda karekter supaya anda boleh pasarkan unit anda dan menarik minat pelanggan. Apayang istimewa nya menggunakan perabot terpakai? Tiada.

lama dan 'outdated'. Ini adalah perkara yang dilakukan oleh beribu operator homestay di Malaysia dengan alasan untuk menjimatkan kos.

Untuk memastikan homestay anda menjadi 'cash cow' anda, anda boleh ikut cara yang kami buat untuk homestay ini :

1) Pastikan unit anda didekorasi dengan betul dan bukan sesuka hati.Apa yang anda suka, belum tentu pelanggan suka. Untuk hal ini, anda perlu 'engage' dengan pihak yang sesuai contoh nya Deco Guru. Kami mempunyai kepakaran design dan mengetahui target market yang sesuai untuk setiap unit anda. Design homestay di

DEKORASI HOTHB 17

Ini juga antara isu berbangkit apabila kita bercakap mengenai krisis hartanah. Ye lah apabila gaji sedikit rakyat tidak mampu untuk membeli rumah namun adakah masalah ini akan selesai sekiranya gaji dinaikkan?

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Mah Sing Group Bhd, Datuk Ho Hon Sang berkata mungkin Dasar Perumahan Negara perlu memberi perhatian mengenai isu pinjaman perumahan dengan bank.

Katanya lagi mungkin pihak bank boleh melonggarkan syarat kelayakan untuk pembeli

30 OGOS 2018

Page 19: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

HB 18

dusun durian adalah lain dengan design homestay untuk pelancong di Melaka. Setuju?

2) Gunakan perabot yang mudah untuk ditukar, dan harga berpatutan.

Reka bentuk perabot juga perlu mengikut trend dan tema yang sesuai.

3) Ambil gambar unit anda dengan elok untuk tujuan 'marketing'.

Apa guna unit anda lawa tapi anda tak jual gambar unit anda dengan betul. Gambar yang cantik berpotensi untuk di viralkan di soc med dengan mudah. Kini banyak page mencari inspirasi baru hari-hari, gunakan kesempatan ini untuk menjual design homestay anda, kalau homestay anda viral, itu adalah free marketing.

4) Pastikan ruang utama iaitu master bedroom, ruang tamu dan ruang makan anda didekorasi dengan baik kerana ini adalah ruang utama atau nyawa bagi sesuatu unit.

Hancur ruang ini, hancur lah bisnes anda.

Pastikan dekorasi homestay anda sentiasa up-to-date supaya penyewa tidak putus. Rajinkan diri untuk buat kajian serta banyak-kan membaca teknik serta idea yang sesuai dengan bentuk serta jenis rumah anda.

Sekiranya anda berminat untuk mendapat khidmat profesional, boleh lah mendapatkan khidmat tim Deco Guru.

Artikel Oleh: Deco Guru

www.decoguru.my

30 OGOS 2018

Page 20: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri
Page 21: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri
Page 22: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

HB 21 STRATEGI HARTANAH

Sebagai manusia, kita sangat mudah terpengaruh tambahan lagi kalau nampak sesuatu yang indah serta sedap mata memandang, betul tak?

Nak mudah faham, Hartabumi bagi satu situasi; anda scroll Instagram dengan tujuan untuk membeli sehelai tudung. Setelah beberapa jam teliti setiap satu online shop dan terjumpa dua yang paling berkenan di hati tetapi, pilihan A: gambarnya tak banyak like, followers pun berkurang, pilihan B pula hampir sama dengan pilihan A, namun gambarnya lebih trendy, banyak komen-komen memuji serta jenamanya lebih dikenali.

Tak perlu lah Hartabumi jawab yang mana satu anda akan beli kan…

Itu dilema harian, bagaimana pula dengan beli rumah? Ada ke perkara-perkara seump-ama dengan ini? Mestilah ada! Kerana rumah juga adalah produk dari penjual. Penjualnya siapa? Pemaju lah.

Jom Hartabumi terangkan sedikit sebanyak mengenai 5 teknik pemasaran pemaju yang anda perlu hati-hati.

Orang kita memang kalah bab promosi dan barangan percuma ni. Dengar je promosi atau percuma, berlari-larilah orang kita membelinya. Tak tahu pun produk tersebut untuk apa dan sebagainya.

Ini memang teknik yang sering kali diguna oleh pemaju untuk mempromosikan projek perumahan mereka. Contohnya beli rumah percuma barangan kelengkapan rumah, percuma duti setem, percuma yuran guaman, deposit 0% dan sewaktu dengan-nya.

Sesetengah pemaju memang betul-betul kotakan apa yang dijanjikan, sesetengah pula memasukkan yuran tersebut didalam harga rumah siap-siap. Ha...sekarang siapa yang pandai?

Boleh anda membeli rumah yang mena-warkan pakej-pakej seperti diatas namun anda harus pastikan anda tidak tertipu!

Percuma dan Promosi

Banyak pemaju yang mengelat bila pembeli nak tengok peta pelan projek atau rumah kononnya terlupa lah tertinggal la dan sebagainya. Pastikan anda teliti dahulu peta lengkap pelan rumah anda.

Kalau anda tertarik nak beli rumah disebabkan

Pelan Rumah2

persekitaran yang cantik, pastikan ianya betul-betul wujud dalam pelan dan bukan hanya gambar semata-mata.

Sejak 2014, Kementerian telah mewajibkan pemaju untuk sediakan butiran seperti dibawah kepada pembeli;Jangan hanya redho.

‘Satu salinan pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah disertakan bersama Perjanjian JualBeli seperti Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan), 2015 dalam bentuk hardcopy saiz AO atau A1; atau dalam bentuk soft copy (format pdf) menggunakan cakera padat (compact disc) atau media elektronik lain yang bersesuaian.”

Jadi kalau dah beli rumah nanti tiba-tiba ada unit baru di sebelah taman permainan anda mempunyai hak mempertikaikannya. Jangan hanya redho.

Anugerah-anugerahyang diterima pemaju3

Yang ini tidaklah penting namun kami sarankan anda semak juga. Apabila anda melayari portal sesetengah pemaju anda akan nampak pelbagai anugerah-anugerah yang dimenangi oleh pemaju tersebut.

Bagi pemaju ini penting untuk membina nama serta reputasi dalam industri, supaya mereka lebih dikenali namun sesetengah daripada mereka hanya mereka anugerah tersebut. Anugerah tersebut tidak pernah wujud pun. Ha… Baik anda semak dahulu. Mula-mula tipu anugerah kemudian tipu itu dan ini.

Konsep ini sama dengan konsep gelaran Dato beli.Hati-hati lah!

HATI - HATI5DENGAN TEKNIK PEMASARAN PEMAJU

30 OGOS 2018

Page 23: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

HB 22

Gambar Ilustrasi4

Yang ini memang perkara biasa dikalangan pemaju lagi-lagi yang jual rumah undercon. Yelah rumah dalam pembinaan mana ada gambar betul tak?

Jadi untuk menjualnya, pemaju akan meng-gunakan gambar ilustrasi. Gambar ilustrasi zaman sekarang ni memang real, pastikan anda tidak tertipu.

Kalau nampak cantik sangat tu, pergilah melihat dengan mata kepala sendiri. Untuk

projek undercon anda mungkin boleh melihat projek pemaju yang terdahulu. Bandingkan gambar ilustrasinya sama atau tidak dengan hasilnya. Kalau lebih kurang, alhamdulilah. Kalau berbeza bagai langit dan bumi, eloklah cari rumah yang lain.

Lokasi Rumah5Mesti pernah nampak kan di risalah pemaju informasi seperti jarak ke KLCC hanya 2 minit berjalan kaki. Ha! Yang ini hati-hati, pemaju sanggup berbuat apa sahaja untuk menjual projek mereka.

Jadi anda jangan lah jadi lurus bendul dan percaya bulat-bulat tanpa pergi dan melihat sendiri lokasi rumah tersebut. Kami nasihatkan anda untuk pergi ke lokasi rumah tersebut dan kira sendiri berapa lama masa yang diperlukan untuk ke mana-mana dari lokasi rumah dan bandingkan dengan apa yang pemaju janjikan.

Kalau betul, baru boleh teruskan urusan seterusnya. Kalau tidak, boleh ke Hartabu-mi.com dahulu, cari-cari rumah yang sesuai. Walaupun kesemua 5 perkara diatas nampak mudah namun percayalah banyak pembeli yang sudah tertipu. Jadilah pembeli bijak!

Sumber: Iproperty

30 OGOS 2018

Page 24: KRI IS HARTANAH - buletin.hartabumi.com · matan (SST) telah mendapat perhatian ramai tentang kemungkinan harga rumah akan turun pada masa akan datang. ... Aduh, macam mana isteri

Dapatkan di

www.buletin.hartabumi.com

ANDA SUKA BACACERITA-NAH?

Mahu dapatkan edisi lepas?