isu ke - 6 april - mei 2014 harga : rm 2 / solidariti : rm ... · kehidupan rakyat. hanya melalui...

12
ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3 Sudah dari tahun lalu ke- tika kerajaan BN melanggar janji pilihanrayanya untuk tidak me- naikkan harga petrol, ada bebera- pa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan terse- but dan telah pun membuat ban- tahan. Pada malam tahun baru, lebih sepuluh ribu orang telah turun ke Dataran Merdeka men- untut penurunan harga barang yang semakin mencekik rakyat. Walaupun bantahan ini tidak ber- jaya memaksa pemerintah menu- runkan harga barang, Solidariti dan perjuangan harus diteruskan. Solidariti Pekerja menyokong sepenuhnya hasrat untuk men- untut hak dan keperluan mereka. 1 Mei adalah hari peker- ja. Di banyak negara, sambu- tannya juga ditandai dengan perhimpunan dan demonstrasi menuntut hak pekerja. Mereka sedar bahawa kemudahan yang diperolehi oleh pekerja saat ini seperti 8 jam kerja, wang tam- bahan kerja lebih masa, bonus, cuti, dan kebebasan menubuhkan kesatuan sekerja, diperoleh mela- lui perjuangan pekerja terdahulu yang hidup dalam situasi kerja yang memeritkan. Pada awal ke- munculan sistem kerja upahan seperti yang kita alami sekarang, iaitu di Eropah lebih dua ratus tahun yang lalu, keadaan pekerja sangat teruk. Bukan hanya orang dewasa, bahkan kanak-kanak pun terpaksa bekerja tanpa mengenal masa. Mereka dipaksa bekerja be- rat sehingga 20 jam sehari. Upah yang mereka dapat dari pekerjaan yang tidak berperikemanusiaan tersebut hanya cukup untuk ma- kan supaya tenaga mereka boleh dipergunakan lagi untuk bekerja pada hari berikutnya. Mereka tinggal di setinggan yang tidak lebih baik keadaannya dari kan- dang kambing. Keadaan itu bu- kan perkara pelik pada waktu itu, kerana bagi ukuran moral ma- jikan dan orang kaya di Eropah pada masa itu, darjat pekerja mis- kin hanya sedikit lebih baik dari- pada binatang. Gambaran hidup pekerja tersebut boleh kita baca dari buku-buku mahupun lihat di filem-filem yang menceritakan keadaan masyarakat di Eropah pada waktu itu. Pekerja di Amerika Syarikat pun mengalami nasib yang sama. Dari sinilah perjuan- gan menuntut kerja 8 jam sehari dimulakan. Satu-satunya sen- jata yang dimiliki oleh pekerja di Amerika dan Eropah pada waktu itu adalah solidariti. Solidariti di kalangan pekerja memungkinkan perjuangan yang mahu dilaku- kan akan memperoleh kejayaan. Dengan solidariti pekerja yang merasa senasib bertindak den- gan langkah yang sama. Ketika sebahagian daripada mencadan- gkan untuk mogok kerja dan berdemonstrasi, pekerja lain pun menyetujuinya. Situasi dan penindasan yang diharungi oleh generasi pekerja sebelum ini masih berter- usan. Di Malaysia, pada masa kini agenda kapitalis yang disokong oleh kerajaan seperti GST, TPPA, pemotongan subsidi, kenaikan harga barang sedang menekan kehidupan rakyat. Hanya melalui solidariti dan perjuangan pekerja dan rakyat biasa, serangan-seran- gan terhadap keperluan dan hak mereka dapat dihentikan. Serangan Demi Serangan Terhadap Kelas Pekerja! Kukuhkan Perjuangan dan Solidariti untuk Menentang Agenda Kapitalis Ian KAPITALIS

Upload: lycong

Post on 09-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Sudah dari tahun lalu ke-tika kerajaan BN melanggar janji pilihanrayanya untuk tidak me-naikkan harga petrol, ada bebera-pa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan terse-but dan telah pun membuat ban-tahan. Pada malam tahun baru, lebih sepuluh ribu orang telah turun ke Dataran Merdeka men-untut penurunan harga barang yang semakin mencekik rakyat. Walaupun bantahan ini tidak ber-jaya memaksa pemerintah menu-runkan harga barang, Solidariti dan perjuangan harus diteruskan. Solidariti Pekerja menyokong sepenuhnya hasrat untuk men-untut hak dan keperluan mereka.

1 Mei adalah hari peker-ja. Di banyak negara, sambu-tannya juga ditandai dengan perhimpunan dan demonstrasi menuntut hak pekerja. Mereka sedar bahawa kemudahan yang diperolehi oleh pekerja saat ini seperti 8 jam kerja, wang tam-bahan kerja lebih masa, bonus, cuti, dan kebebasan menubuhkan kesatuan sekerja, diperoleh mela-lui perjuangan pekerja terdahulu yang hidup dalam situasi kerja yang memeritkan. Pada awal ke-munculan sistem kerja upahan seperti yang kita alami sekarang, iaitu di Eropah lebih dua ratus tahun yang lalu, keadaan pekerja sangat teruk. Bukan hanya orang

dewasa, bahkan kanak-kanak pun terpaksa bekerja tanpa mengenal masa. Mereka dipaksa bekerja be-rat sehingga 20 jam sehari. Upah yang mereka dapat dari pekerjaan yang tidak berperikemanusiaan tersebut hanya cukup untuk ma-kan supaya tenaga mereka boleh dipergunakan lagi untuk bekerja pada hari berikutnya. Mereka tinggal di setinggan yang tidak lebih baik keadaannya dari kan-dang kambing. Keadaan itu bu-kan perkara pelik pada waktu itu, kerana bagi ukuran moral ma-jikan dan orang kaya di Eropah pada masa itu, darjat pekerja mis-kin hanya sedikit lebih baik dari-pada binatang. Gambaran hidup

pekerja tersebut boleh kita baca dari buku-buku mahupun lihat di filem-filem yang menceritakan keadaan masyarakat di Eropah pada waktu itu. Pekerja di Amerika Syarikat pun mengalami nasib yang sama. Dari sinilah perjuan-gan menuntut kerja 8 jam sehari dimulakan. Satu-satunya sen-jata yang dimiliki oleh pekerja di Amerika dan Eropah pada waktu itu adalah solidariti. Solidariti di kalangan pekerja memungkinkan perjuangan yang mahu dilaku-kan akan memperoleh kejayaan. Dengan solidariti pekerja yang merasa senasib bertindak den-gan langkah yang sama. Ketika

sebahagian daripada mencadan-gkan untuk mogok kerja dan berdemonstrasi, pekerja lain pun menyetujuinya. Situasi dan penindasan yang diharungi oleh generasi pekerja sebelum ini masih berter-usan. Di Malaysia, pada masa kini agenda kapitalis yang disokong oleh kerajaan seperti GST, TPPA, pemotongan subsidi, kenaikan harga barang sedang menekan kehidupan rakyat. Hanya melalui solidariti dan perjuangan pekerja dan rakyat biasa, serangan-seran-gan terhadap keperluan dan hak mereka dapat dihentikan.

Serangan Demi Serangan Terhadap Kelas Pekerja!Kukuhkan Perjuangan dan Solidariti untuk Menentang

Agenda Kapitalis Ian

KAPITALIS

Page 2: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

TPPA : Agenda tersembunyi kapi-talis untuk menindas rakyat biasa Sharifah

2 SIDANG PENGARANG SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 APRIL - MEI 2014

Presiden Amerika Syarikat, Ba-rack Obama, akan berkunjung ke negara-negara Asia termasuk-lah Malaysia. Sudah tentu TPPA ataupun Perjanjian Rakan Kongsi Negara-Negara Pasifik (Trans Pacific Partnership Agreement) akan menjadi agenda utama Obama. Obama akan cuba untuk memberikan keyakinan kepada para pemerintah negara-negara Asia termasuk kerajaan BN su-paya menerima dan bersetuju dengan perjanjian itu. Ia juga merupakan sebahagian usaha syarikat-syarikat korporat ger-gasi kapitalis yang mendesak su-paya penguasaan mereka dalam ekonomi dapat diperkukuhkan dan diperluaskan tanpa kekangan undang-undang atau keadaan politik-sosial-ekonomi sesuatu negara. Keadaan inilah yang

membimbangkan sekiranya Ma-laysia menandatangani perjan-jian itu. Rakyatlah yang akan me-nanggung kesan buruk daripada TPPA tersebut.

Hal ini kerana perjanjian itu di antaranya tidak akan membenar-kan penjualan ubat generik yang murah di negara ini sedangkan ia mempunyai kandungan dan ke-san yang sama dengan ubat yang dikeluarkan oleh syarikat-syari-kat korporat antarabangsa teru-tama di Amerika. Maka, dengan TPPA, rakyat terpaksa menang-gung kos perubatan yang amat mahal, dan ini akan memberikan kesan teruk kepada pesakit-pe-sakit yang menghadapi penyakit kronik seperti HIV, kencing ma-nis, darah tinggi dan lain-lain.

Lebih merisaukan lagi, dengan peruntukan TPPA kerajaan ter-paksa tunduk kepada kemahuan kapitalis, dan kapitalis pula boleh menghalang kerajaan daripada membuat undang-undang baru untuk melindungi hak pekerja, seperti gaji minimum, keselama-tan pekerja, faedah pekerja dan sebagainya lagi. Bahkan, TPPA juga akan memberikan kesan yang buruk kepada industri tem-patan seperti padi negara apabila beras dari Amerika Syarikat yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di Malaysia. Dengan ini, kehidupan ratusan ribu keluarga petani padi akan terjejas. Begitu juga dengan kos pendidikan anak-anak apabila buku-buku teks universiti dan kolej akan menjadi makin mahal kerana peraturan hak cipta yang

lebih ketat yang jelas akan memi-hak kepada agenda kapitalis. Ter-dapat banyak lagi kesan negatif TPPA sekiranya ia dimeterai di mana kehidupan rakyat biasa akan terjejas. Namun contoh-contoh peruntukan TPPA ini su-dah cukup untuk membuktikan bahawa TPPA cuma memaksi-mumkan kuasa dan keuntun-gan syarikat-syarikat korporat

kapitalis dan mengabaikan hak rakyat, khususnya kelas pekerja dan mereka yang tidak berke-mampuan. Justeru, TPPA perlu di bantah dengan lantang. Isu ini harus diperjuangkan oleh kesatu-an sekerja bersama kelas pekerja dan rakyat biasa di negara ini, dan untuk menghentikannya satu gerakan pekerja dan rakyat biasa perlu dibina.

Solidariti Pekerja amat bersim-pati dengan 239 mangsa yang ter-libat dengan nahas MH370 ketika penerbangan ke Beijing, China pada 8hb Mac. Penduduk selu-ruh dunia tanpa mengira bangsa, bahasa, agama, warna, budaya dan sempadan negeri telah mem-berikan solidariti dan simpati

kepada keluarga dan mangsa nahas MH370 yang kebanyakan-nya daripada negara China se-lain daripada negara-negara lain termasuk Malaysia. Setakat ini punca sebenar nahas penerban-gan tersebut masih tidak dikenal pasti. Satu siasatan rapi yang menyelu-

ruh dan adil oleh satu jawatankua-sa siasatan bebas perlu dilaksana-kan segera untuk mendedahkan kebenaran serta mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap punca nahas tersebut. Selain melibatkan pakar-pakar teknikal dan saintis yang be-bas, jawatankuasa tersebut juga

harus melibatkan Kesatuan Sek-erja yang mewakili pihak pekerja penerbangan MAS dan wak-il-wakil bagi pihak keluarga mangsa untuk membolehkan satu siasatan

yang adil dan saksama dapat di-lakukan.

Nahas MH370 : Siasatan bebas perlu untuk kebenaran Ravi

Pada 1 Mei 1886 di Amerika Syarikat, lebih 400 ribu pekerja berdemonstrasi menuntut pen-gurangan jam kerja menjadi 8 jam sehari. Aksi ini berlangsung selama 4 hari sampai pada hari keempat ketika polis menembak kearah pekerja dan mengorban-kan lebih seratus nyawa pekerja. Sebahagian pemimpin pemogo-kan ditangkap dan dijatuhikan hukuman mati. Itulah harga yang mesti dibayar oleh perjuangan pekerja dulu demi perbaikan na-sib pekerja yang kita alami seka-rang. Pada akhirnya perjuangan tersebut berjaya mendapat ke-jayaan. Pada bulan Julai 1889, dalam sebuah kongres pekerja sosialis di Paris, ditetapkanlah 1 Mei sebagai hari pekerja seluruh dunia.

Pekerja di seluruh dunia faham dan menghayati makna seja-rah perjuangan pekerja terse-but sehingga mereka meraikan-nya dengan semangat perjuangan yang sama. Cuma di Malaysia,

walaupun telah lama diistihar-kan sebagai hari cuti am, tetapi sambutan terhadap hari pekerja agak hambar dan hanya diikuti oleh segelintir kumpulan pekerja sahaja. Padahal masih banyak

permasalahn yang dihadapi oleh pekerja.Mengapa mesti berjuang? Jawa-pan yang paling mudah adalah kerana hak untuk berjuang ada-lah hak asasi. Ia merupakan hak

setiap warganegara dan meru-pakan asas daripada sebuah ne-gara demokrasi. Tetapi berjuang mesti ada tujuan dan matlamat yang jelas. Tidak ada komponen masyarakat saat ini yang lebih patut untuk berjuang menyam-paikan tuntutan selain daripada pekerja. Kelas pekerja adalah tu-lang belakang perekonomian ne-gara, tetapi di Malaysia pekerja juga adalah golongan yang pal-ing teruk menjadi mangsa kenai-kan harga barangan ini. Selain itu banyak isu-isu pekerja yang masih belum diselesaikan. Perka-ra ini tidak patut berlaku sekira-nya pemerintah telus menjaga ke-bajikan pekerja dan rakyat pada umumnya, tidak hanya memihak kepada kepentingan majikan ka-pitalis kaya sahaja.

1 Mei - Hari Pekerja Menuntut Hak! Ian

Page 3: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -6 APRIL - MEI 2014 ANALISA HAK ASASI 3

Pada awal bulan Mac yang lalu, kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan telah me-nandatangani satu perjanjian untuk menyelaraskan pengu-rusan air di Selangor. Menurut perjanjian tersebut, pembinaan projek Langat 2 untuk menyalur-kan air daripada negeri Pahang akan diteruskan, dan penguru-san air oleh tiga syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga, Syabas dan Splash pula akan diserahkan ke-pada kerajaan negeri melalui pampasan. Tetapi, tiga syarikat konsesi tersebut masih tidak setuju dengan perjanjian tersebut dengan alasan pampasan yang di-berikan terlalu rendah.Air adalah hak asasi manusia dan tidak harus diperniagakan untuk keuntungan. Sejak penswastaan era pemerintahan Mahathir, isu perkhidmatan dan pengurusan air masih tidak selesai walau-

pun kerajaan BN waktu itu ber-janji akan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Tetapi, malangnya kepentingan syarikat-syarikat konsesi kroni BN tersebut yang lebih diutamakan. Mereka adalah kroni-kroni kerajaan yang lebih mementingkan keuntungan dari-pada memberikan perkhidmatan yang berkualiti. Ini dapat dilihat dengan tuntutan mereka mem-inta pampasan yang lebih. Kualiti dianaktirikan apabila untung dil-etak sebagai keutamaan. Padahal pampasan tersebut mesti dibayar oleh wang rakyat.Apabila kerajaan Pakatan mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya 2008, pengu-muman air percuma untuk 20 isi padu yang pertama mendapat sambutan daripada rakyat, dan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dalam pilihan raya tahun lalu. Walaupun begitu,

kerajaan negeri perlu mempergu-nakan pendapatan negeri untuk membayar subsidi kepada syari-kat-syarikat konsesi. Ini boleh di-lakukan di Selangor, memandan-gkan sumber pendapatan negeri adalah agak baik untuk masa ini. Memiliknegerikan penguru-san dan perkhidmatan air boleh meningkatkan kesejahteraan rakyat. Tetapi, ini hanya boleh berlaku jika demokrasi ditingkat-kan dalam perbadanan air untuk membolehkan pengguna dan pekerja terlibat bersama dalam membuat keputusan dan me-nentukan hala tuju dalam pen-gurusannya. Jika pengurusan air Selangor yang diambil alih oleh kerajaan negeri tetap berlandas-

kan kepada lunas-lunas korporat dan keuntungan, tanpa pengli-batan secara demokratik oleh warga pekerja yang menjadi nadi dalam kerja-kerja pengurusan perbadanan air, maka isu yang sama ketika air di bawah syarikat konsesi akan muncul. Justeru itu, warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen-gurusan dan kawalan perbadanan secara demokratik untuk me-mastikan keperluan rakyat terus diutamakan. Manakala pengguna atau rakyat pula perlu diberikan ruang untuk memberikan mak-lum balas dalam meningkatkan kualiti pengurusan air di negeri Selangor. Tetapi, ini hanyalah penyelesa-

ian jangka pendek. Perkhidmatan air percuma akan terbantut apa-bila kerajaan negeri yang terus menyokong agenda sistem pasa-ran bebas, dipaksa oleh kapitalis untuk mengikut harga pasaran atau kemelesetan ekonomi akan memaksa kerajaan negeri mem-berhentikan kemudahan air per-cuma. Penyelesaian sepenuhnya hanya dapat dibuat apabila ekono-mi dirancang berdasarkan keper-luan rakyat bukannya ekonomi pasaran bebas yang diamalkan sekarang yang menekan keperlu-an rakyat dengan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan.

Air Hak Asasi Manusia bukan untuk Keuntungan Korporat Kamarul

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak mampu menjinakkan para pemaju hartanah, terutamanya untuk kemudahan perumahan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, antara dua negeri yang terkaya. Harga rumah semakin meningkat walaupun parti poli-tik yang menerajui kerajaan telah bertukar. Kebanyakan rumah yang dibina agak mahal dan han-ya mampu dibeli oleh golongan kaya. Manakala rakyat yang ber-pendapatan rendah dan seder-

hana serta golongan anak muda yang masuk ke alam pekerjaan tidak mampu memi-liki rumah sendiri yang selesa. Mere-ka mengharapkan satu penyelesaian kepada masalah ini. Tetapi realit-inya kerajaan negeri walaupun di bawah Pakatan Rakyat

masih tunduk ke-pada kemahuan p e m a j u - p e m a j u hartanah yang ber-niat untuk melipat-gandakan keuntun-gan. Sepatutnya, dua negeri tersebut boleh mengguna-kan kekayaannya untuk menyediakan rumah kediaman yang selesa untuk rakyat yang memer-

lukan tetapi sistem pasaran bebas yang mencengkam rakyat men-jadi ikutan mereka.

Polisi-polisi seperti menyediakan rumah mampu milik pula hanya boleh memanfaatkan segelintir orang, dan tidak akan menuju kepada satu penyelesaian mutlak untuk isu perumahan. Keadaan ini berlaku kerana posisi politik yang diambil oleh dua kerajaan negeri tersebut yang pro-kapitalis sepertimana kerajaan BN sebe-

lum ini. Ini bermakna pema-ju-pemaju hartanah diberikan sokongan undang-undang untuk meningkatkan aktiviti mereka semata-mata untuk keuntungan.

Perumahan adalah hak asasi ma-nusia, dan ia tidak harus diniaga-kan mengikut naluri keuntungan kapitalis. Miliknegarakan hartan-ah dengan kawalan demokratik pekerja dan rakyat biasa untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat.

Kerajaan Negeri Bertukar Tetapi Harga Rumah Terus Melam-bung Tinggi Ravi

Menteri Besar SelangorTan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim

Page 4: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

4 ANALISA EKONOMI SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -6 APRIL - MEI 2014

Hutang Isi Rumah Mencapai Rekod Baru Kamarul

Mengikut Laporan Bank Negara, hutang isirumah di Malaysia un-tuk tahun 2013 mencapai rekod baru dengan peningkatan kepada 86.8 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) . Ini merupakan hutang isiru-mah berbanding kepada KDNK yang tertinggi di Asia. Pinjaman rumah dan kereta merupakan penyumbang utama kepada peningkatan isirumah tersebut. Kebanyakan daripada mereka yang terperangkap dalam hutang tersebut adalah pekerja-pekerja muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Ini akan mene-kan kehidupan pekerja dengan peningkatan harga barang dan kos kemudahan asas yang lain. Manakala bank-bank utama di negara kita seperti CIMB dan Maybank terus meningkatkan keuntungan mereka, kebanya-kannya melalui pinjaman. Mis-alnya, CIMB menjana keuntun-gan sebanyak 4.5 billion ringgit pada tahun lalu, iaitu pening-katan sebanyak 4.5 peratus. Ini menunjukkan dengan nama kestabilan ekonomi, kerajaan terus memberikan sokongan kepada bank untuk mengaut ke-untungan, manakala rakyat pula dibebankan dengan berbagai tekanan hidup termasuk tekanan pembayaran hutang. Laporan Kekayaan Knight Frank

(agensi perundingan hartanah global) 2014 untuk Malaysia, menyatakan bahawa bilangan in-dividu terkaya di Malaysia den-gan aset bersih bernilai RM99 juta (30 juta dolar) dijangka

meningkat daripada 557 orang kepada 739 orang, iaitu pening-katan sebanyak 33 peratus, dalam masa sepuluh tahun yang akan datang. Untuk tahun 2013, 9 in-dividu baru telah menyertai kat-egori tersebut untuk mencapai bilangan 557 orang. Manakala, individu kaya yang memiliki aset

kekayaan RM 330 juta (100 juta dolar) pula meningkat kepada 206 dengan penyertaan tiga indi-vidu yang baru. Hampir 53 pera-tus daripada golongan kaya terse-but tinggal di Kuala Lumpur.Ini bermakna, walaupun ekono-mi rantau Asia dan dunia terus tidak menentu, golongan jutawan

dan kapitalis terus mengaut keun-tungan dan terus meningkatkan kemewahan mereka. Manakala, golongan berpendapatan rendah pula terus dibebankan dengan kenaikan harga barang dan pen-ingkatan kos hidup. Untuk ke-banyakan kelas pekerja, gaji sebe-nar yang diperoleh oleh mereka tidak selaras dengan kenaikan harga barang. Yang jelas, setiap kali krisis ekono-mi berlaku, yang menjadi mangsa adalah kelas pekerja walaupun krisis ekonomi dicetuskan akibat keghairahan golongan kapitalis untuk meningkatkan keuntun-gan. Selagi entiti-entiti ekonomi utama dan penting negara seperti institusi kewangan dan syarikat nasional dan multinasional dimi-liki oleh golongan kapitalis maka rakyat biasa dan golongan peker-ja akan terus dianaktirikan. Sebab itu untuk manfaat sejagat dengan matlamat untuk meningkatkan keperluan dan kebajikan rakyat, entiti-entiti ekonomi tersebut harus dimiliknegarakan dan di le-takkan di bawah pengurusan dan kawalan secara demokratik oleh kelas pekerja.

Dalam kemelesetan ekonomi, golongan ka-pitalis semakin kaya Ravi

Peningkatan hutang isi rumah dari 2002 ke 2013 dalam angka peratus kepada GDP.

Pada Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung di Davos, Switzerland, sebuah laporan yang mengandungi beberapa

statistik yang mengejut telah dikeluarkan.

Rumusan kepada laporan itu menyatakan:

- Hampir separuh daripada kekayaan di dunia kini di-miliki oleh hanya satu peratus daripada penduduk.

- Kekayaan yang dimiliki satu peratus orang terkaya di dunia berjumlah kepada 110 trilion dollar AS, iaitu 65 kali keseluruhan kekayaan yang dimiliki oleh separuh dari peng-

huni dunia.

- Jumlah harta yang dimiliki oleh separuh daripada penduduk dunia adalah sama dengan 85 orang terkaya di

dunia.!

Jurang antara kaya dan miskin semakin melebar

Kaya semakin KayaPeratus peningkatan harta kekayaan di-kalangan 1 peratus kapitalis terkaya dunia.

Kapitalis-kapitalis terkaya di Malaysia

Page 5: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -6 APRIL - MEI 2014 ANALISA SOSIAL 5

Kos Perubatan Swasta Mening-kat Sehingga 18% Yuva

Bulan lalu, sebuah portal berita laman web telah melaporkan ba-hawa pindaan terhadap Jadual 13 Akta Kemudahan dan Perkhid-matan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 telah dilaksanakan secara senyap-senyap. Beberapa hari ke-mudiannya, Menteri Kesihatan, S. Subramaniam mengumumkan dalam sidang media bahawa se-banyak 14% ke 18 % kenaikkan kos perubatan swasta telah dilak-sanakan oleh kementerian terse-but.

Walaupun Subramaniam berkata bahawa peningkatan dihadkan pada 18%, namun jadual peru-batan menunjukkan kenaikan lebih 200% daripada had bayaran minimum yang ditetapkan. Se-bagai contoh, yuran perundin-gan telah meningkat dari RM10-

RM35 kepada kadar baru, iaitu RM30-RM125. Yuran perubatan yang me r ang ku m i p e r k h i d m a -tan lain adalah dalam lingkun-gan 14% - 30%.

Menurut S. Subramaniam,

peningkatan ini adalah sejajar dengan peningkatan inflasi nega-ra iaitu sebanyak 23% dan mereka telah menolak permintaan Per-satuan Perubatan Malaysia bagi kenaikan sebanyak 30%. Pengu-muman yang langsung tidak logik daripada kementerian kesihatan apabila kenaikkan harga peru-batan diselaraskan dengan pen-ingkatan inflasi. Peningkatan inflasi akan menin-das golongan berpendapatan ren-dah dengan peningkatan harga barang. Dengan peningkatan kos perubatan swasta, bebanan rakyat akan semakin bertambah. Kekurangan pusat perubatan kerajaan telah memaksa sebilan-gan besar rakyat beralih ke klinik-klinik swasta yang sudah mula melaksanakan kadar bayaran mengikut jadual terkini. Subramaniam yang dibenci oleh pekerja semasa beliau memegang

jawatan Menteri Sumber Manu-sia sebelum ini, juga telah men-gumumkan pemotongan subsidi kerajaan bagi pekerja asing di hospital kerajaan. Pekerja-peker-ja asing yang berada pada tahap ekonomi yang lebih teruk dari-pada rakyat Malaysia telah hilang punca perubatan yang munasa-bah dan dengan kenaikan kos pe-rubatan swasta ini akan merumit-kan keadaan mereka.Semakin ramai rakyat tempatan dan warga asing terpaksa me-milih, sama ada tidak mengambil nasihat perubatan ataupun mesti berjalan jauh ke pusat peru-batan kerajaan yang lebih murah sedikit. Hal ini akan menambah bilangan pesakit yang tidak men-dapat rawatan yang sewajarnya.Bagi yang tidak mendapatkan se-barang nasihat doktor, ini akan memudahkan penyebaran pen-yakit dan menambah-kan jumlah pesakit yang pada akan mem-banjiri hospital kera-jaan. Dengan kekuran-gan kemudahan di hospital kerajaan, pekerja di sana pula menghadapi masalah tekanan kerja dan ter-paksa menghadapi rungutan dari para pesakit. Keadaan ini sedang memburukkan

perkhidmatan kesihatan negara.Kebajikan negara dalam hal-hal seperti pendidikan, keselamatan dan perubatan tidak patut dijual beli seperti komoditi. Ia perlu dianggap sebagai salah satu kep-erluan asas rakyat dan kerajaan perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah-masalah tersebut. Kerajaan kapitalis yang menggu-nakan kenaikan inflasi bagi me-wajarkan kenaikan kos perubatan adalah sebuah kerajaan yang tidak prihatin ke atas keperluan rakyat biasa. Mereka dibutai oleh agenda kapitalis multi-nasional yang dipergunakan untuk mem-perkayakan diri sendiri dan kro-ni-kroni. Perhubungan sulit mereka den-gan para pemodal dan majikan yang kaya raya sedang mengek-sploitasi rakyat biasa bagi keun-

tungan maksima. Fokus kerajaan yang mengurangkan pembinaan hospital kerajaan dan memper-banyakkan hospital swasta adalah tanda penyelewengan wakil raky-at kerajaan yang melihat pada keuntungan besar bagi mereka sendiri.Rakyat Malaysia perlu bergabung tenaga dengan pekerja perubatan kerajaan dan swasta untuk mel-ancarkan serang balas ke atas asakan pemerintah. Kelas pekerja kesihatan perlu berganding bahu sesama mereka bagi memberikan tentangan yang jelas terhadap keputusan yang tidak berpihak kepada kebajikan rakyat Malay-sia.

Hentikan GST :Tingkatkan Cukai ke atas Golongan Kaya Wong Chi Lee

Menteri Kesihatan Dato’ Seri S.Subramaniam

Peningkatan dalam kos peru-batan swasta

Walaupun masih setahun lagi akan dilaksanakan, tetapi rancan-gan kerajaan melaksanakan kuti-pan cukai barangan dan perkhid-matan (GST) pada 1 April 2015 sudah mendapat tentangan. Se-menjak dibincangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat pada tahun 2009, rancangan mengutip cukai rakyat ini tidak berjaya dilaksanakan kerana bantahan daripada rakyat. Apa yang mer-ungsingkan daripada dasar ini ialah cukai yang dikenakan ke-pada pelbagai macam barangan keperluan pastinya akan menye-bakan kenaikan harga barang yang memang sudah semakin meningkat akhir-akhir ini.

Untuk mengaburkan mata raky-at, kerajaan mengatakan bahawa banyak barangan asas yang tidak dikenakan GST. Memang betul bahawa beras, tepung, gula, min-yak masak, dan keperluan asas lainnya tidak dikenakan oleh GST. Tetapi sebahagian harga baran-gan itu juga disubsidi oleh kera-jaan, yang memang sepatutnya dikekalkan begitu. Walaupun tidak dikenakan GST tetapi kera-jaan sebenarnya tidak dapat men-jamin bahawa barangan tersebut tidak akan naik harga. Sebab, har-ga barangan dan perkhidmatan yang terkena GST akan mening-kat dan pastinya akan membawa impak kepada barangan lain, meskipun tidak ada GST.

Ambil contoh, harga beras me-mang tidak meningkat, tetapi jika kita makan nasi di kedai ma-kan atau restoran harganya akan meningkat kerana harga nasi dan perkhidmatan di restoran tersebut dikenakan GST. Begitu juga den-gan tepung yang tidak dikenakan GST, tetapi harga roti yang bahan asasnya adalah tepung akan men-ingkat kerana roti akan dikena-kan GST. Dalam tiga tahun tera-khir harga gula sudah naik tiga kali walaupun tiada GST. Kera-jaan perlu menjelaskan perkara-perkara sebegini. Selagi kerajaan tidak telus dalam perkara ini, se-lagi itu rakyat patut membantah, kerana impaknya rakyat biasalah

yang merasakan. Cukai yang leb-ih sepatutnya dikenakan kepada orang-orang kaya yang mengaut ke-u n t u n g a n dari hasil titik peluh p e k e r j a . Oleh kerana itu, mari kita sama-sama turun ke jalan raya pada 1 Mei ini untuk membantah pelaksanaan GST, bersa-maan den-

gan peringatan hari pekerja sedu-nia.

Page 6: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

6 BERITA KESATUAN SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -6 APRIL - MEI 2014

Pekerja Hospital Assunta, Petal-ing Jaya melancarkan satu piket di luar premis hospital itu pada 19 Mac bagi menuntut pihak pengurusan supaya menyelesai-kan masalah mereka. Mereka mendakwa bahawa pihak pengu-rusan hospital tidak mengambil kisah akan kebajikan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospi-tal, Peter Leong, berkata bahawa pihak pengurusan sedih dan terkejut dengan tindakan yang diambil oleh pekerja “Terdapat saluran yang betul untuk menya-takan rasa tidak puas hati mereka dan piket ini adalah tidak perlu. Tindakan mereka juga boleh menjejaskan beberapa pesakit di sini,” katanya.

Leong berkata kakitangan hos-pital sentiasa dialu-alukan ke pejabatnya untuk membincang-kan rasa tidak puas hati mereka kerana dia sentiasa mengekalkan dasar pintu terbuka. “Beberapa isu yang mereka bangkitkan tel-ah dibincangkan dalam mesyu-arat kami dengan ketua-ketua jabatan,” katanya.

Walau bagaimanapun, pihak pekerja telah mendedahkan wa-jah sebenar majikan. Pihak ma-jikan didapati telah memaksa mereka bekerja lebih masa tanpa gaji dan memberikan layanan yang buruk apabila pekerja ingin berbincang dengan majikan men-

genai kebajikan pekerja. Majikan didapati langsung tidak mengen-dahkan masalah pekerja.

Kenapa pekerja terpaksa ke jalan-raya meluahkan rasa tidak puas hati mereka jika majikan telah memelihara kebajikan mereka dari awal lagi?

Presiden Kesatuan Pekerja-Peker-ja Perubatan Swasta dan Perkh-idmatan Kesihatan M. Krishnan berkata, “Keluhan kami tidak diendahkan, kakitangan sedang

didiskriminasi dan pihak pen-gurusan hospital memilih kasih dalam layanan mereka terhadap pekerja.”

“Kami berharap dengan men-gadakan piket ini, pihak pengu-rusan akan memahami kesahihan rungutan kami dan mengambil langkah-langkah untuk menyele-saikan semua isu,” kata Krishnan.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh kakitangan hospital termasuk tuntutan gaji untuk kerja lebih

masa, waktu kerja yang berpa-tutan dan pakaian seragam yang mencukupi.

Kerani Zakiah Abidin, 33, berka-ta, “Saya telah menjadi pekerja selama 15 tahun dan saya berhak untuk dilayan dengan lebih baik. Apa yang kami mahu adalah un-tuk diberi layanan yang sama dan supaya pihak pengurusan men-jaga kebajikan pekerja.”

Pekerja Hospital Assunta Menuntut

Kebajikan Mereka Dihormati Yuva

Pada awal bulan Februari, Per-badanan Kemajuan Negeri Sel-angor (PKNS) menamatkan kon-trak 22 orang pegawai profesional yang bekerja di bawahnya tanpa sebarang sebab munasabah den-gan notis 24 jam berkuat kuasa serta-merta. Sedangkan kesemua mereka masih mempunyai baki kontrak antara enam bulan hing-ga dua tahun. PKNS telah mel-anggar Akta Pekerja kerana tidak

memberi justifikasi penamatan kontrak justeru melanggar kon-trak yang ditandatangani sendiri oleh syarikat dan pekerja. PKNS memberhentikan pegawai-pega-wai profesional tersebut me-mandangkan kepakaran dan pen-galaman tidak diperlukan lagi. Manakala, Menteri Besar Selan-gor, Khalid Ibrahim pula mem-pertahankan tindakan pemecatan tersebut yang menurut beliau

mengikut lunas tadbir urus kor-porat dan untuk menjimatkan kos pengurusan. Hujah-hujah yang dilontarkan oleh PKNS dan MB Selangor adalah hujah-hujah yang biasa digunakan oleh syarikat-syari-kat kapitalis apabila memecat pekerja. Walaupun PKNS, ada-lah perbadanan yang diurus oleh kerajaan negeri, yang jelas lunas tadbir urus korporat yang digu-nakan adalah untuk meningkat-kan keuntungan. Disebabkan itu PKNS sanggup untuk melanggar akta pekerja serta lunas-lunas demokrasi dan perikemanusiaan yang patut diletakkan di hadapan sebelum matlamat keuntungan. Selagi kepentingan keuntungan diutamakan maka nasib pekerja akan terus diperjudikan.

PKNS menamatkan kontrak pegawai professional Ravi

KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA SYARIKAT PEM-BUAT KELUARAN GETAH (NUECMRP) telah melancarkan sebuah Piket terhadap terhadap kilang Central Elastic Coopera-tion Prai,Penang pada 1 April 2014.

Kongres Kesatuan Sekerja Ma-laysia (MTUC) akan berhimpun dengan ahli-ahlinya pada Hari Buruh 1 Mei 2014. Himpunan ini akan diadakan di padang Amcorp Mall Petaling Jaya dari pukul 7am ke 12pm. Semua pekerja dijemput hadir beramai-ramai bagi merayakan Hari Buruh 2014 dengan rakan-rakan lain.

Sebuah piket menentang polisi-polisi majikan dan Presiden KTMB akan diadakan oleh Kes-atuan Pekerja Keretapi Malay-sia (RUM) pada 9 Mei 2014 jam 4.30pm ke 7pm di perkarangan ibu pejabat KTMB, KL.

Pengumuman khas

Page 7: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -6 APRIL - MEI 2014 AKTIVITI CWI 7

Lawatan Vincent Kolo, Aktivis CWI daripada Hong Kong ke Malaysia Ishtiraki

Vincent Kolo merupakan salah seorang ahli Committee for a Workers’ International (CWI) dari negara Sweden yang kini se-dang bergiat aktif didalam per-juangan pekerja di China selama hampir 10 tahun. Beliau berasal dari England dan menyertai or-ganisasi CWI di Sweden pada usia mudanya. Beliau merupa-kan seorang aktivis pekerja yang berpengalaman luas didalam per-juangan pekerja di banyak nega-ra, iaitu Sweden, England, Hong Kong dan China. Bersempena lawatan Vincent ke Malaysia bermula tanggal 21 sehingga 24 Februari lalu, CWI Malaysia telah men-ganjurkan beberapa program perjumpaan khusus bersama anak muda dan pekerja. Program

pertama bersa-ma Vincent yang b e r l a n g s u n g pada 22 Februari lalu merupakan program dis-kusi pencerahan umum bersama anak muda dan mahasiswa ber-tajuk, “Marx Is Back!!”. Program tersebut telah di-hadiri oleh sera-mai 18 orang

anak muda yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang pendidi-kan dan pekerjaan. Didalam program diskusi tersebut, Vin-cent telah membentangkan ana-lisa tentang krisis ekonomi global yang semakin meruncing yang telah mengakibatkan pergolakan dan ketidakstabilan politik di banyak negara di Eropah, Afrika, Amerika Latin dan Asia. Krisis ekonomi global ini dijangka akan secara langsung memberi kesan buruk yang besar kepada rakyat bawahan yang ratanya terdiri daripada kelas pekerja. Sebagai sebuah persedi-aan awal bagi golongan pekerja untuk menghadapi krisis yang bakal melanda kita ini, Vin-cent telah menekankan tentang kepentingan penglibatan anak muda didalam organisasi yang melibatkan perjuangan kelas pekerja secara politikal. Pembi-

naan kuasa politik yang berlan-daskan kepentingan kelas pekerja merupakan sebuah alternatif kepada politik elit pro-kapitalis yang tidak mampu untuk me-namatkan pergolakan politik dan sosial yang dilihat semakin mem-beri tekanan terhadap kehidupan rakyat biasa.

Pada hari yang beri-kutnya (Sabtu 23 Februari 2014), Vincent telah dibawa untuk ber-temu dengan beberapa wakil ke-satuan pekerja daripada kilang besi SKF dan kilang ais ATLAS di kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. CWI Malaysia sebagai sebuah organisasi politik yang berlandaskan perjuangan golongan pekerja, menganjurkan perjumpaan ini sebagai usaha untuk mendekati dan mencari kesefahaman didalam jalinan solidariti untuk perjuangan ke-las pekerja. Didalam masa yang sama, Vincent juga telah mene-kankan beberapa perkara sep-erti kepentingan bagi golongan pekerja dan kesatuan sekerja yang ada di Malaysia ini untuk berger-ak dengan lebih progresif se-cara politikal. Ini dilihat penting kerana, selain daripada membela hak dan kepentingan pekerja di tempat kerja, kesatuan sekerja seharusnya juga menggerakkan program-program yang diperlu-kan untuk membina kesedaran politik bagi golongan pekerja itu

sendiri.

CWI Malaysia juga telah mengadakan perbincangan ber-sama Vincent bagi melakukan penilaian semula terhadap akti-vi-aktiviti yang telah dianjurkan bersama sepanjang 3 hari be-

liau di Malaysia. Hasil daripada perbincangan tersebut, didapati bahawa program-program per-jumpaan awam dan diskusi yang telah dianjurkan sepanjang tem-poh lawatan Vincent di Malay-sia dilihat sebagai sebuah usaha positif yang perlu diteruskan dari masa ke semasa supaya ia mampu untuk melibatkan lebih ramai mahasiswa dan golongan pekerja didalam program dan kempen kesedaran seperti ini. Penglibatan mahasiswa dan anak muda didalam per-

juangan kelas pekerja merupakan suatu perkara yang amat perlu ditekankan, kerana mereka (ma-hasiswa) tidaklah selamanya akan menjadi mahasiswa, sebaliknya, mereka memerlukan persiapan yang sewajarnya untuk men-empuhi alam pekerjaan nanti.

Persoalan yang perlu difikirkan bersama, kemanakah hala tuju perjuangan mahasiswa dan anak muda? Kearah perjuangan rakyat bawahan berlatarbelakangkan kelas pekerja, ataupun bersama kelas atasan yang selalunya akan menyebelahi kepentingan golon-gan elit dan kelas pemerintah yang menindas.

Kempen akhbar Solidariti Pekerja diadakan di beberapa tempat disekitar kawasan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Kajang, Bangi dan Nilai. Kempen penjualan akhbar ini adalah langkah untuk menyebarkan kesedaran tentang hak pekerja dikalangan rakyat biasa.

Gambar atas : Pekerja-pekerja Atlas Ice Sdn. Bhd. Nilai sedang berbincang mengenai langkah-langkah memperkasakan organisasi ini dengan Jawatankua-sa Pekerja Atlas Nilai. Kempen dan perbincangan dengan pekerja-pekerja kawasan Nilai diadakan setiap minggu.

Perjumpaan dengan ahli-ahli CWI dan pekerja-peker-ja Nilai.

Acara ‘Marx is Back’ di Kelab bangsar Utama.

Page 8: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

8 BERITA LUAR NEGARA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -6 APRIL - MEI 2014

Industri pakaian Cambodia yang menjana hampir 16.3 billion ring-git pendapatan setahun sedang terumbang-ambing akibat mogok buruh bersiri yang telah berlanju-tan semenjak tahun lalu. Kali ini, aksi-aksi mogok daripada para pekerja, terutamanya daripada industri pakaian adalah yang ter-besar dalam sejarah Cambodia. Lebih daripada 150 mogok telah dilancarkan semenjak awal tahun lalu.

Kondisi pekerjaan yang teruk dan gaji yang agak rendah memaksa pekerja memilih untuk turun ke jalan raya dan melancarkan mogok untuk menuntut keadilan. Pekerja industri pakaian Cam-bodia merupakan antara pekerja yang termurah di dunia selepas Bangladesh. Di kedua- dua ne-gara inilah, kebanyakan tenaga buruh menghasilkan segala jenis jenama pakaian yang kita temui saban hari. Nike, Adidas, GAP, H&M, Puma dan beratus jenama popular lain menggunakan buruh murah ini untuk meraih keuntun-gan berbilion-bilion ringgit. Gaji minimum di Bangladesh se-belum ini adalah 127 ringgit sebu-lan, dan setelah beberapa kejadi-an kemalangan kilang yang telah membunuh beribu-ribu orang, pihak Bangladesh mencadang-kan untuk kenaikan gaji sebanyak 77%, iaitu berjumlah hanya 215 ringgit. Gaji minimum pekerja pakaian di Cambodia sekarang

adalah sekitar 245 ringgit, dan kebanyakan mogok berlandaskan kepada tuntutan untuk kenaikan gaji minimum hanya sebanyak 46 ringgit.

Walau bagaimanapun, semen-jak awal tahun lalu, kelas pekerja telah mendapat pelbagai pengala-man yang berguna untuk per-juangan mereka. Ini boleh dilihat apabila tuntutan gaji minimum kini telah ditingkatkan dua kali ganda kepada 530 ringgit. Walau-pun pihak majikan telah mena-warkan 330 ringgit, pekerja yang sedang mogok telah menolak ta-waran tersebut dan meneruskan aksi mogok mereka. Pekerja di Cambodia bekerja un-tuk jangka waktu yang agak pan-jang dalam kondisi yang panas tanpa sistem pengudaraan yang baik. Mereka terpaksa bertung-kus-lumus bekerja lebih masa untuk mendapatkan upah sekitar 500 ringgit yang ditetapkan seba-gai keperluan minima untuk sara hidup seorang rakyat Cambodia bagi sebulan. Beratus-ratus kes pekerja pengsan akibat kepenatan atau akibat sistem pengudaraan yang teruk sering dilaporkan di seluruh Cambodia. Walaupun kurang daripada 1% pengangguran, 20% daripada pekerja hidup di bawah garis kemiskinan dan mengalami ke-hidupan yang teruk. Bagi yang berjaya mengumpul gaji purata, mereka sekadar cukup makan

dan tidak dapat menyediakan se-barang kemudahan bagi keluarga mereka. Kerajaan kapitalis di bawah Hun Sen yang sedang mengalami krisis telah menyalahkan pihak pembangkang sebagai pencetus kepada mogok-mogok ini dan menggunakan kekerasan yang melampau terhadap pekerja dan ahli-ahli kesatuan sekerja yang mogok. Beberapa kejadian tump-ahan darah telah berlaku dan ra-mai nyawa pekerja telah terkor-ban. Pihak pembangkang pula mengambil kesempatan ini untuk memperkuatkan posisi mereka dengan memberikan sokongan moral kepada pekerja yang sedang mogok itu. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang yang meru-pakan boneka kapitalis Amerika Syarikat yang akan meneruskan penindasan terhadap pekerja walaupun mampu mengambil alih kepimpinan.

Secara realitinya, sama seperti pemerintah Hun Sen yang men-jadi pak turut negara China, pihak pembangkang juga takut akan kekuatan kelas pekerja yang sedang mengancam untuk melumpuhkan seluruh ekonomi Cambodia.Pihak pembangkang sendiri se-dang mengadakan ‘mogok’ den-gan tidak melibatkan diri dalam parlimen sebagai protes kepada penyelewengan pilihanraya ta-hun lepas oleh parti pemerin-

tah. Kedua-dua parti kapitalis ini menggunakan situasi buruh Cambodia untuk kepentingan mereka dan pada masa yang sama sedang cuba untuk melemahkan gerakan buruh.

Secara jelas, pihak pembangkang atau mana-mana pihak kapitalis lain tidak mampu memberikan suatu kepimpinan kepada leda-kan daripada kelas buruh yang sedang menggoncang ekonomi Cambodia. Sehingga ke hari ini, kaum buruh Cambodia tidak mendapat kepimpinan yang jelas daripada sebuah parti bebas yang membawa idea-idea perubahan politik untuk kelas pekerja dan rakyat tertindas.

Perebutan kuasa pemerintahan Cambodia semakin hari semak-in menonjol sebagai perebutan

kuasa buruh murah negara itu untuk dipergunakan oleh syari-kat-syarikat kapitalis dari China dan Amerika Syarikat. Setakat ini negara Cina sedang mengong-kong ekonomi Cambodia , tetapi kemarahan buruh yang semakin meningkat sedang menggugat posisi mereka. Sebuah parti berlandaskan ke-pada kelas pekerja yang bebas dari kongkongan kapitalis serta jelas dengan tindakan politik ber-dasarkan keperluan kelas pekerja Cambodia harus dibina ke arah membentuk kerajaan pekerja dan rakyat tertindas yang boleh ber-peranan untuk membawa lang-kah-langkah sosial dan ekonomi bagi menghapuskan kemiskinan dan penindasan di Cambodia.

Cukai Bilik Tidur di Scotland Dikalahkan CWI Scotland

Pungutan undi telah diadakan di Scotland bagi memutuskan ba-hawa tiada penghuni rumah yang perlu membayar Cukai Bilik Ti-dur yang telah dicadangkan oleh

kerajaan persekutuan Great Brit-ain yang dijadualkan sepatutnya pada bulan April.

Cukai ini bertujuan untuk me-

narik duit daripada lebih seratus ribu orang rakyat yang menerima subsidi kerajaan bagi duit sewa mereka yang digunakan untuk menduduki rumah kebajikan.

Sesiapa yang didapati meng-huni di rumah kerajaan yang m e m p u n y a i lebih daripada sebuah bilik seperti bilik tetamu, akan dikenakan ba-yaran tambahan ataupun dike-luarkan secara paksa.

W a l a u bagaimanapun,

satu kempen besar-besaran telah diadakan oleh komuniti dan or-ganisasi kiri di Scotland bagi me-nentang cukai tersebut. Ini adalah kemenangan bagi beribu-ribu ke-las pekerja yang enggan tunduk kepada serangan kerajaan. Kem-pen besar-besaran, pengorganisa-sian masyarakat dalam perjump-aan awam, jawatankuasa aksi dan banyak lagi usaha rakyat biasa telah memaksa parlimen Scot-land untuk menolak polisi Cukai Bilik Tidur itu.

Wakil rakyat di Scotland telah mengambil keputusan untuk menentang langkah kerajaan persekutuan selepas mendapat te-kanan tidak henti-henti daripada Gabungan Anti-Cukai Scotland selama lebih setahun. Gabungan

ini telah menyatukan kebanyakan kempen-kempen tempatan dan menumpukan tenaga mereka un-tuk memberikan tekanan kepada ahli Parlimen Scotland. Mereka telah membawa perjuangan ke pintu hadapan rumah ahli poli-tik dan menuntut supaya mereka membuat pilihan yang wajar.

Kemenangan ini telah memberi-kan keyakinan kepada berjuta-juta kelas pekerja dalam penen-tangan terhadap pemerintahan kapitalis. Bayangkan apa yang boleh dicapai jika gerakan kesatu-an sekerja yang kini merangkumi tujuh juta ahli dapat digerakkan dalam bentuk mogok umum 24 jam. Ini akan menjadi satu tam-paran besar terhadap agenda pe-motongan subsidi kapitalis.

Pekerja Cambodia mogok untuk gaji minima! Yuva

Pekerja di Cambodia menuntut USD160 sebagai gaji minima..

Page 9: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -6 APRIL - MEI 2014 INTERNASIONALISME 9

Dalam isu-isu yang lepas, Sol-idariti Pekerja telah berkongsi tentang Parti Pekerja dan So-sialis (WASP) yang dibina daripada per-juangan para pekerja lom-bong di Mari-kana, Afrika Selatan. Dalam kejadian terse-but, seramai 34 orang pekerja telah terkorban kerana dibunuh oleh pihak polis yang

dikerahkan oleh kerajaan Afri-can National Congress (ANC). Tuntutan mereka cumalah gaji minimum yang lebih tinggi rentetan kemiskinan yang sedang dihadapi oleh mereka sekarang. Walau bagaimanapun, pihak ma-jikan dan kerajaan langsung tidak mempedulikan tuntutan mereka itu. Bahkan, mereka dizalimi dan terus dieksploitasi. Oleh itu, pekerja-pekerja tersebut tekad untuk bersatu, lalu menubuhkan jawatankuasa pekerja yang be-bas supaya perjuangan mereka itu dapat diteruskan. Mereka ke-mudiannya mengambil keputu-san untuk membina WASP bagi mengembalikan semula suara politik mereka yang telah dinafi-kan dan dikhianati oleh kerajaan sekarang.

Justeru, mereka aktif mengorgan-isasi tempat kerja dan komuniti supaya mereka boleh mencalon-kan wakil mereka sendiri un-tuk berdiri sebagai calon WASP dalam pilihan raya - orang yang terbaik untuk mewakili kepent-ingan kelas pekerja adalah pekerja itu sendiri! Baru-baru ini, mereka turut telah berkem-pen untuk mengumpul dana bagi wang deposit pilihan raya yang diadakan pada 7 Mei 2014 . Soli-dariti Pekerja juga bersama-sama dalam kempen mereka tersebut. Keputusan WASP untuk menyer-tai pilihan raya pada kali ini ada-lah sesuai kerana kerajaan ANC tidak mahu langsung mendengar tuntutan mereka. Malahan, mere-ka memberikan respon dengan membunuh pekerja-pekerja yang berjuang untuk hak mereka. Ini adalah kezaliman dan ketidakadi-lan. Oleh itu, ketika tidak ada lagi sokongan yang kuat terha-dap ANC yang cuma mement-ingkan industri kapitalis, rakyat khususnya kelas pekerja mula mencari alternatif politik, Maka, WASP bercadang untuk menyer-tai pilihan raya supaya kepentin-gan kelas pekerja benar-benar da-pat diwakili. Yang terkini, WASP sudahpun mendaftar untuk pili-han raya dan telah mencalonkan Moses Mayekiso. Beliau pernah memimpin Kesatuan Sekerja Logam (Mawu). Selain itu, beliau juga pernah dipenjarakan kerana lantang memperjuangkan hak-hak pekerja dan gerakan anti-perkauman. Senarai calon-calon WASP yang lain juga merupakan daripada kalangan pekerja, aktivis pekerja dan aktivis anak muda. Sebagai contoh, Mametlwe Sebei (berjuang untuk protes Mari-

kana), Sithembile Nqulo (pekerja lombong) dan Paul Gaaje (peker-ja perkhidmatan kecemasan). Sama seperti di Malaysia, Afrika Selatan turut mempunyai dasar dimana ahli-ahli parlimen akan mendapat gaji yang lebih tinggi setiap bulan. Hal ini bermakna bahawa mereka tidak akan me-miliki kerisauan tentang kos sara hidup sebagaimana yang se-dang dialami oleh kelas pekerja. Walau bagaimanapun, WASP menolak gaji tinggi ini. Calon-calon WASP yang berjaya dalam pilihan raya nanti tidak akan mengambil lebih daripada purata gaji seorang pekerja. Gaji yang lebih pula akan disumbangkan kepada pembinaan WASP dan perjuangan kelas pekerja, anak muda dan masyarakat. Di samp-ing itu, WASP akan melucutkan mana-mana ahli parlimen dari-pada WASP yang melakukan ras-uah atau tidak bertanggungjawab terhadap parti kelas pekerja. Just-eru, langkah WASP untuk ter-libat dalam pilihan raya adalah sesuatu yang perlu disokong. Ia merupakan langkah ke hadapan bukan sahaja untuk para pekerja di Afrika Selatan, tetapi juga un-tuk semua kelas pekerja di dunia. Mereka bersatu kerana tidak ada parti politik yang benar-benar bersungguh-bersungguh un-tuk mewakili kepentingan kelas pekerja. Maka, kelas pekerja ada-lah kumpulan yang harus maju ke hadapan kerana merekalah kumpulan yang lebih merasai kesempitan hidup berbanding golongan kapitalis dan majikan yang hanya tahu untuk mengerah titik peluh pekerja bagi meraih keuntungan maksimum mereka sendiri. Begitu juga dengan kera-jaan yang dipimpin oleh golon-gan elit yang kaya raya dan tidak mahu mengambil tahu keseng-saraan kelas pekerja.

WASP – Perjuangan untuk Mewakili Kelas Pekerja di Afrika Selatan Edo & CWI Afrika Selatan

Progressive Workers’ Federation and SMP (CWI) menganjurkan perhimpunan menentang ‘Tali-banisasi’

Pada 8 Mac 2014 yang lepas, Hari Wanita Sedunia turut telah dis-ambut di Pakistan apabila Perse-kutuan Pekerja-pekerja Progresif Pakistan dan sekumpulan wan-ita daripada Mirpur Khas Sindh (mempunyai hubungan dengan dengan Gerakan Sosialis Pakistan - CWI di Sindh Pakistan) telah bersama-sama menganjurkan satu perhimpu-nan menentang fundamental-isme agama dan ‘Taliban-isasi’ di negara tersebut. Per-himpunan itu dimulai dari stesen keretapi dan mereka berarak mela-lui jalan-jalan utama. Apabila mereka sam-pai di pejabat pos dan pu-sat membeli-belah, perara-kan mereka

tersebut turut telah disertai oleh orang ramai yang menyokong perjuangan mereka. Para penun-juk perasaan melaungkan pel-bagai kenyataan untuk menolak pelaksanaan Taliban tentang un-dang-undang Syariah yang tidak memberikan keadilan yang sebe-narnya kepada kaum wanita.

Apabila mereka akhirnya tiba di kelab akhbar Mirpur Khas, be-berapa saluran televisyen tem-patan & negara mula merakam

dan memberikan liputan kepa-da perhimpunan tersebut serta mengambil kenyataan daripada para pekerja wanita yang berhim-pun itu. Selepas itu, para pekerja wanita tersebut berkumpul di Bh-itai Cultural Hall untuk menden-gar ucapan-ucapan daripada pel-bagai individu khususnya wanita.

Sambutan Hari Wanita Se-dunia di Pakistan Sharifah & CWI Pakistan

Sambutan Hari Wanita Sedunia oleh CWI di Pakistan bersama be-berapa kumpulan aktivis wanita.

Page 10: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

10 ANALISA POLITIK SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -6 APRIL - MEI 2014

Sudah lebih lima belas tahun se-lepas gerakan reformasi pertama dilancarkan oleh Anwar Ibrahim dan penyokongnya, banyak pe-rubahan telah berlaku dalam bu-daya politik di Malaysia. Hanya satu yang belum berubah, iaitu kerajaan BN masih memerintah. Selepas Anwar disabitkan ber-salah oleh mahkamah atas tudu-han liwat baru-baru ini, para penyokong ketua pembangkang tersebut menyerukan reformasi 2.0. Apa bezanya reformasi kali ini dengan sebelumnya?

Sebenarnya, sebelum reforma-si 2.0 ini dilancarkan, laungan reformasi tetap berterusan dalam kalangan penyokong Anwar Ibra-him. Cuma impaknya tidak se-hebat dulu ketika pertama kali ia dilaungkan kerana pada masa itu rakyat benar-benar marah den-gan kerajaan BN di bawah pimpi-nan Mahathir. Tanpa sebarang arahan, mereka turun ke jalan

raya membuat bantahan terhadap penahanan Anwar Ibrahim dan mengecam ketelusan kerajaan Mahathir. Sekarang, tiap kali An-war hendak menaiki pentas cer-amah memberikan ucapan, masih selalu diiringi dengan laungan reformasi, tetapi makna sebenar kata tersebut sudah menjadi basi.

Pada hari Anwar disabitkan kes-alahan, iaitu seminggu sebelum penamaan calon pilihan raya ke-cil Kajang bermula, penyokong Pakatan Rakyat dengan segera melancarkan reformasi 2.0 di Sta-dium Kajang, tetapi tidak men-dapat sambutan oleh rakyat. Bagi rakyat, ceramah politik malam itu tidak ada bezanya dengan cer-amah-ceramah politik Pakatan Rakyat lainnya. Apalagi Kajang waktu itu sedang bersedia meng-hadapi pilihan raya kecil di mana ceramah politik menjadi aktiviti rutin setiap hari.

Begitu juga pada malam kemun-cak kempen PRK Kajang di mana hampir semua pemimpin tert-inggi Pakatan Rakyat memberi-kan ceramah, namun apa yang mereka canangkan kepada rakyat di Kajang adalah peristiwa yang menimpa pemimpin-pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim dan Karpal Singh yang dianiaya melalui keputusan mahkamah. Mereka menagih simpati rakyat kerana mereka diperlakukan se-cara tidak adil.

Kita tidak nafikan memang mere-ka telah diperlakukan dengan tidak adil oleh sistem kehakiman dan politik negara ini. Tetapi kita mesti ingat bahawa reformasi dan perubahan bukan hanya berkaitan dengan pemimpin parti pembangkang sahaja. Rakyatlah yang mesti menjadi peneraju ke-pada perubahan tersebut.

Mengapa Reformasi 2.0 dilancar-kan hanya selepas Anwar Ibra-him dianiaya oleh mahkamah? Banyak isu yang membebankan rakyat dan perlukan pembelaan tetapi tidak pula kita mendengar tuntutan reformasi 2.0 pada wak-tu itu. Kita tentu masih ingat ke-marahan rakyat setelah mengeta-hui hasil pilihan raya yang lepas.

Rakyat telah turun ke jalan raya mempertikaikan keputusan pili-han raya yang penuh dengan un-sur penipuan. Itulah masa yang tepat untuk reformasi. Tetapi pemimpin Pakatan Rakyat waktu itu, termasuklah Anwar Ibrahim, berperanan besar dalam mereda-kan kemarahan rakyat tersebut. Padahal jika kemarahan rakyat tersebut diarahkan ke jalan refor-masi, maka perubahan kerajaan mungkin sahaja boleh berlaku.

Tetapi tidak ada keuntungan bagi pemimpin Pakatan pada waktu itu untuk mengikuti kemarahan rakyat. Walaupun tidak berjaya memenangi kerajaan perseku-tuan, tetapi mereka masih dapat mengekalkan pentadbiran di be-berapa negeri. Selain itu, kedudu-kan mereka di dalam parlimen sudah terjamin. Bahkan ketika rakyat bertempur dengan polis di luar parlimen dan meminta pem-impin Pakatan untuk memboikot pelantikan sebagai ahli parlimen, semua ahli parlimen Pakatan tidak menghiraukan. Tambahan pula, jika rakyat dapat menjatuh-kan kerajaan melalui jalan raya, maka mereka akan hilang kawa-lan terhadap perubahan itu.

Justeru mereka sebenarnya juga

takut jika rakyat berani memilih jalan sendiri untuk mencapai perubahan politik. Sebab itulah mereka juga berusaha supaya rakyat bergantung dan hanya ber-harap kepada Pakatan Rakyat un-tuk melakukan perubahan supaya mereka boleh kendalikan peru-bahan itu agar tidak mengancam kedudukan mereka. Tetapi rakyat sudah semakin sedar bahawa kerajaan BN dan Pakatan ada-lah dua parti politik yang han-ya menggunakan rakyat untuk kepentingan politik elit mereka sahaja. Sebab itulah sambutan reformasi 2.0 tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Perubahan ke arah yang lebih baik sebenarnya boleh dilakukan tanpa campur tangan elit politik yang ada sekarang ini. Syaratnya, rakyat biasa dengan dipimpin oleh kelas pekerja mesti memiliki parti politiknya sendiri yang ber-juang untuk kepentingan rakyat biasa, bukan elit politik. Untuk mewujudkan kesedaran ke arah itu memerlukan proses pelajaran dan diskusi yang masih panjang, tetapi ianya mesti dimulakan un-tuk kebaikan bersama di masa hadapan.

Reformasi 2.0, Akankah Berjaya? Ian

Hujung Januari yang lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR iaitu Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan dengan alasan bahawa beliau mengosongkan kerusi itu demi untuk menjaga kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di Selan-gor. Beliau baru sahaja menjadi Adun selepas dipilih dalam Pili-han Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lepas. Situasi ini menyebab-kan Pilihan Raya Kecil terpaksa diadakan untuk mengisi keko-songan kerusi tersebut. Lalu, PR mencalonkan Anwar Ibrahim untuk bertanding di kawasan itu. Keadaan ini menimbulkan desas-desus bahawa perletakan jawatan Lee Chin Cheh tersebut sengaja dilakukan untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim su-paya beliau boleh menjadi Men-teri Besar Selangor, sekaligus me-nyelesaikan konflik dalaman yang berlaku dalam parti politik itu. Dalam pada itu, persi-

dangan Mahkamah Rayuan yang telah ditetapkan tarikhnya awal-awal lagi telah memutuskan ba-hawa Anwar Ibrahim disabitkan bersalah atas tuduhan meliwat. Oleh yang demikian, beliau tidak dapat bertanding dan Wan Azizah pula menjadi pengganti sebagai calon dalam pilihan raya tersebut. Situasi-situasi ini seolah-olah un-tuk menunjukkan bahawa kera-jaan tidak berlaku adil dan sen-gaja menghukum Anwar Ibrahim supaya beliau tidak bertanding. Manakala ada pula yang berpen-dapat bahawa perkara ini sudah dirancang supaya Anwar Ibrahim dilihat sebagai ikon ketidakadilan sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1998. Mereka mahu mencetuskan Reformasi 2.0. Hal ini jelas dilihat apabila pada malam-malam terakhir kempen pilihan raya, PR telah melancar-kan Reformasi 2.0. Apapun sebabnya, sifat-sifat reaksioner dan kapitalis

kedua-dua parti politik, baik Ba-risan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, menggambarkan bahawa mereka lebih mengutamakan kuasa berbanding kepentingan dan kebajikan rakyat itu sendiri. Tinjauan Solidariti Pekerja ke ceramah-ceramah kedua-dua

parti politik telah mendapati ba-hawa di pihak Barisan Nasional, mereka akan menyatakan tentang keputusan kes Mahkamah, begitu juga dengan Pakatan Rakyat. Se-

memangnya sesiapa sahaja yang menjadi mangsa ketidakadilan adalah sesuatu yang harus diakui. Walau bagaimanapun, mengapa parti-parti politik ini tidak ber-cakap tentang isu-isu rakyat? Apakah tidak ada isu lain selain menyebarkan sentimen keben-

cian? Bagaimana sebenarnya kedua-dua parti tersebut melihat peranan sesebuah parti politik? Adakah mereka ini bersifat elit-isme, yakni cuma mahu men-

gutamakan diri sendiri? Lebih penting lagi, adakah rakyat cuma dijadikan sebagai alat semata-ma-ta untuk menyelamatkan kuasa mereka? Justeru, rakyat tidak boleh lagi mengharapkan kedua-dua parti tersebut. Untuk mel-akukan perubahan, sekarang ia adalah amat penting untuk mem-bina kesatuan sekerja ataupun parti politik yang berlandaskan kepada kelas pekerja dan massa. Hal ini kerana kelas pekerja ada-lah golongan yang sering ditin-das dan lebih merasai keperitan hidup berbanding golongan kapi-talis yang cuma tahu untuk mer-aih keuntungan bagi diri mereka sendiri. Begitu juga dengan parti-parti politik yang ada di negara ini, kebanyakannya dipimpin oleh golongan elit yang kaya raya dan jarang sekali mengambil be-rat akan kepentingan rakyat den-gan serius.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang: Daripada sia-pa, Untuk Siapa? Sharifah

Page 11: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 ISU KE -6 APRIL - MEI 2014 SUDUT EDITOR 11

Tempoh hari, Perdana Menteri, Najib Razak seolah-olah menasi-hatkan orang ramai supaya mem-beli belah secara bijak sebelum memberikan aduan tentang ke-naikan harga barang yang tinggi. Najib memberikan contoh baha-wa beliau berjaya membeli seekor ayam dengan harga RM1 sahaja. Menurutnya lagi, harga itu terpa-kai kepada 1000 ekor ayam yang dijual di NSK Trade City, Kuala Lumpur. Beliau turut menyatakan bahawa rakyat sebenarnya mem-punyai pilihan. Maka dengan itu, mereka tidak boleh mengadu langsung tentang kenaikan harga

barang yang sedang berlaku seka-rang. Persoalannya, apakah benar bahawa rakyat memiliki pilihan?

Najib sendiri mengumumkan bahawa kedai NSK Trade City tersebut cuma membuat tawaran untuk 1000 ekor sahaja dan terda-pat hanya 269 buah premis ‘Kedai Harga Patut’ seperti itu di seluruh Malaysia. Keadaan ini menunjuk-kan bahawa tidak semua tempat yang menawarkan harga tersebut. Malahan, di negara ini, terdapat sekitar 30 juta orang penduduk. Maknanya, peluang untuk mem-beli ayam dengan harga RM1 cuma untuk 1000 orang sahaja. Bagaimana dengan jutaan orang yang lain? Umum mengetahui bahawa dalam populasi terse-but, terdapat ramai sekali pekerja yang setiap bulan hanya menda-pat gaji minimum sekitar RM900 (Semenanjung) dan RM800 (Sa-

bah & Sarawak). Itupun sekira-nya pihak majikan benar-benar melaksanakan gaji minimum. Ini kerana ada juga para pekerja yang masih menerima gaji di bawah gaji minimum tersebut. Den-gan gaji sebegitu rendah, apakah mereka boleh menampung kos sara hidup yang semakin hari makin tinggi? Semua rakyat tahu bahawa adalah mustahil bagi see-kor ayam untuk dijual dengan harga RM1. Hal ini kerana harga pasaran biasa untuk ayam boleh mencapai sehingga RM9 sekilo-gram. Keadaan ini bermakna ba-hawa seekor ayam biasanya dijual dengan harga sekitar RM12 dan ia bergantung kepada gred ayam tersebut. Semakin baik gred ayam itu, maka semakin mahal lagi har-ganya. Di samping itu, harga ke-naikan barang yang tidak dikawal dengan serius oleh pihak kerajaan pasti akan mempengaruhi harga

barangan yang lain, khususnya keperluan-keperluan asas. Hal ini menunjukkan bahawa kos sara hidup sedang menghimpit rakyat. Dengan keadaan seperti ini, raky-at yang berpendapatan rendah su-dah tentu terpaksa membeli gred ayam yang juga rendah. Bahkan, ada juga para pekerja yang tidak mampu langsung untuk membeli ayam!

Kita memerlukan seorang Per-dana Menteri yang betul-betul serius dalam menangani masalah rakyat. Pada ketika Najib Razak menekan rakyat supaya berji-mat dan merancang pembelian dengan bijak, penerbangan isteri beliau, Rosmah Mansur ke Qa-tar pula dihebahkan hampir me-makan kos sebanyak RM400,000. Sekiranya maklumat ini benar, dimanakah keadilan bagi kelas pekerja apabila mereka terpaksa

menghadapi kesengsaraan kos hidup kerana memiliki gaji yang rendah sekali sedangkan pada masa yang sama, golongan elit politik seperti para menteri pula terus mendapat gaji yang sangat tinggi dan boleh berbelanja sesu-ka hati mereka? Awal tahun 2014, Najib mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan campur tan-gan sekiranya harga barang tidak berfungsi dengan baik untuk me-mastikan rakyat tidak dibeban-kan dengan harga barangan yang tidak berpatutan. Namun de-mikian, sehingga sekarang, tidak ada langkah signifikan sedemiki-an yang dilakukan oleh kerajaan beliau. Selepas isu kangkung, dan kini ayam RM1, apakah ia cuma retorik politik kerajaan kapitalis yang tidak mempedulikan per-masalahan rakyat?

Ayam RM1: Bijak Membeli? Sharifah

Hari ini, kita menyaksikan bagaimana jumlah golongan wanita sudah mengatasi golon-gan lelaki dalam bidang pendidi-kan dan pekerjaan, sehinggakan di kebanyakan negara, golongan wanita adalah merupakan ma-joriti dalam tenaga kerja. Den-gan perkembangan ini, maka ada yang memainkan isu bahawa golongan wanita sudahpun cukup memperoleh hak-hak mereka. Hakikatnya, diskriminasi, penga-niayaan dan ketidakadilan yang telah sekian lama berlaku masih lagi wujud pada saat ini. Ini kera-na meskipun ada undang-undang yang kononnya membela hak wanita, namun golongan tersebut masih lagi dinafikan hak, malah diberikan gaji yang lebih rendah daripada golongan lelaki walau-pun melakukan beban kerja yang hampir sama. Selain terpaksa bekerja untuk menyara hidup lantaran kos hidup yang tidak menentu, mereka juga harus pu-lang ke rumah untuk menjaga anak-anak dan melakukan kerja rumah. Sistem kapitalisme yang ada ternyata tidak pernah sesekali memikirkan kebajikan golon-gan wanita. Tenaga kerja mereka sangat diperas dan dipaksa. Bah-kan dalam kapitalisme, golongan wanita dilayan seolah-olah seper-

ti rakyat kelas kedua. Lebih meng-harukan apabila golongan wanita dieksploitasi semata-mata sebagai objek seks dan komoditi. Kead-aan ini jelas dilihat apabila golon-gan wanita dipaparkan dengan imej-imej yang tidak sepatutnya dalam iklan-iklan kapitalis, ber-tujuan untuk menarik orang supaya mem-beli produk-produk mere-ka.

Oleh itu, untuk bertahun-ta-hun lamanya, 8 Mac ada-lah hari un-tuk memperingati perjuangan golongan wanita untuk menuntut kedudukan yang lebih baik di tem-pat kerja dan dalam masyarakat. Ia juga adalah hari untuk merai-kan sumbangan wanita. Mereka turut berjasa membangunkan ne-gara, sama seperti golongan lela-ki. Sesuatu yang sering sahaja di-abaikan. Dengan keadaan seperti ini, bagaimana golongan wanita melawan? Adakah mereka perlu mengubah pemikiran golongan lelaki, ataupun mengubah sistem ekonomi yang telah membentuk kelas masyarakat pada hari ini?

Siapakah yang mahu bersama-sama dalam perjuangan mereka tersebut? Sebetulnya, dalam so-sialisme, perkara ini sudah dib-incangkan sejak awal lagi. So-sialisme mencita-citakan sebuah masyarakat yang adil dimana ter-dapat pekerjaan dengan gaji set-

impal, kemudahan pengasuhan anak, pendidikan percuma, tem-poh bekerja yang lebih pendek serta sebagainya lagi yang secara langsung boleh mengurangkan beban yang dipikul selama ini oleh golongan wanita dalam kelu-arga mereka.

Di Malaysia, golongan wanita terus mengalami diskriminasi kerana mereka dianggap beremo-si dan lemah secara fizikal. Bah-kan pada tahun kebelakangan ini, pelbagai kes yang berlaku dapat

membuktikan pernyataan terse-but. Pada 6 April 2013, sebuah piket besar-besaran yang diger-akkan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) telah diadakan. Antara isu-isu yang membangkitkan protes mereka adalah isu pengurus bank

CIMB yang telah menghina pekerja wanita hamil. Tahun 2013 juga menyak-sikan perbahasan tentang syarikat-syarikat yang menga-malkan diskriminasi terhadap wanita ber-tudung dalam proses pengambilan pekerja. Ini merupakan kes-

kes yang dilaporkan, bagaimana pula dengan yang tidak dilapor-kan? Malahan, hukum Syariah yang dilaksanakan di negara ini tidak lunas dan tidak memberi-kan suara kepada golongan wan-ita dalam hal-hal penceraian. Ini terbukti dalam banyak ‘ranking’ yang telah dijalankan di Malay-sia. Kedudukan negara ini dalam kesamaan gender sering di paras yang amat rendah. Menteri Sum-ber Manusia Datuk Richard Riot telah menafikan bahawa terjadi jurang gender, dengan menya-takan bahawa hampir 46% tenaga

kerja adalah daripada golongan wanita. Benar, memang benar ba-hawa golongan wanita diberikan kerja. Namun bagaimana den-gan hak wanita sebagai seorang pekerja? Adakah diberikan den-gan seadil-adilnya? Bagaimana dengan cuti bersalin yang hanya 90 hari sedangkan selepas tem-poh ini mereka masih perlu ber-jumpa doktor, pengurusan pen-jagaan bayi, menghantar bayi untuk imunisasi dan sebagainya?

Tidak ada jalan mudah untuk menghentikan penindasan ini. Wanita, bersama-sama dengan golongan lelaki harus bangun berjuang untuk sebuah sistem ekonomi yang dirancang den-gan demokratik, untuk me-mastikan kebebasan ekonomi dan gaji yang seadilnya dapat dinikmati bagi tiap-tiap orang. Sebuah masyarakat yang didasar-kan pada kesetaraan dan ker-jasama akan mengakhiri segala bentuk seksisme dan kekerasan terhadap wanita, wanita yang akhirnya akan benar-benar dibe-baskan. Wanita seluruh dunia, berjuanglah untuk hak-hak anda! Sertai perjuangan untuk me-namatkan eksploitasi kapitalis dan membina masyarakat yang adil!

Wanita, Bangun dan Berjuanglah untuk Hak-hak Anda! Edo

Page 12: ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM ... · kehidupan rakyat. Hanya melalui ... warga pekerja dan kesatuan perlu memainkan peranan dalam pen- ... Air Hak Asasi

Pendidikan

• Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.

• Menuntut autonomi sepenuhnya kepada univer-siti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kre-atif untuk pembanggunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.

• Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiyaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.

• Menyokong hak pekerja awam di bidang pendid-ikan, guru dan pensyarah untuk mempertahan-kan hak mereka dan autonomi pendidikan.

• Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.

• Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat - sistem pen-didikan sosialis.

Pekerjaan dan Kebajikan

• Menyokong perjuangan anak muda dan warga pekerja untuk hak pekerjaan.

• Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan yang adil untuk semua.

• Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau pengham-baan pekerja, dengan mewujudkan gaji mini-mum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.

• Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kon-trak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.

• Peluang latihan yang adil untuk anak-anak muda dengan gaji saraan hidup, termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.

• Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang men-gancam penutupan, di bawah kawalan demokra-tik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.

• Majikan harus memperuntukkan elaun peruma-han, penganggutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.

• Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau cam-purtangan majikan.

• Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kera-jaan dengan faedah yang rendah harus diperlu-askan kepada warga pekerja di sektor swasta.

• Membina tempat-tempat rekreasi awam per-cuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.

Hak dan demokrasi

• Mempertahankan hak untuk membantah dan berdemonstrasi. Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.

• Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa.

• Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan se-mua bentuk diskriminasi.

• Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .

• Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.• Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan

di setiap daerah. • Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan

kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mem-pertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.

• Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.

• Hentikan GST, TPPA, pemotongan subsidi dan mula merancang ekonomi berlandaskan keper-luan rakyat, bukan keuntungan maksimum

Untuk Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme

• Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak muda di seluruh dunia.

• Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.

• Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.

• Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hor-mati hak pembentukan negara Palestin.

• Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memus-nahkan alam.

• Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka - untuk hak semua rakyat untuk menentukan pilihan sendiri.

• Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengelu-aran yang tidak akan memusnahkan planet ini.

• Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam diper-gunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.

Pendirian Gabungan Pekerja dan Anak Muda

Adakah anda mempunyai berita tentang pekerja untuk kami ?

Adakah anda ingin berkerjasama dengan kami?Adakah anda ingin tahu dengan lebih tentang kami ?

Hubungi kami di

[email protected]

01112859623 ( yuva )

http://www.facebook.com/solidaritipekerja

ISU KE - 6 APRIL - MEI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Jawatankuasa Warga PekerjaAntarabangsa (Committee for

a Workers’ International-CWI)adalah sebuah pertubuhan

sosialis dan kelas pekerja antara-bangsa yang

beroperasi di lebih 50 negara.CWI berkempen terhadap

exploitasi multinasional dankapitalisme ke arah membentuksatu masyarakat berlandaskan

demokratik sosialisme diMalaysia dan sedunia.

CWI Malaysia