isu-isu di sekolah

10
TUGASAN INDIVIDU Dewasa ini berbagai isu berkaitan pendidikan sering dipaparkan di dada akhbar. Fenomena ini berlaku kerana sekolah dilihat dari beberapa aspek yang amat berkait rapat dengan masyarakat seperti; i. aktiviti yang dijalankan di sekolah mempunyai kepentingan terhadap masyarakat ii. ibubapa sentiasa peka tentang program yang dijalankan di sekolah iii. pelajar sentiasa melaporkan kepada ibubapa sebarang kejadian atau aktiviti yang berlaku di sekolah iv. guru diamanahkan untuk bertindak sebagai ‛loco parentis’ di sekolah v. pengetua sebagai ketua bertanggungjawab dalam semua aspek di sekolah dan vi. pengetua adalah penjaga kepada pelajar-pelajar Antara isu salah urus yang melibatkan pengurusan hal ehwal murid ialah isu

Upload: zackbram

Post on 06-Jun-2015

7.540 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU-ISU DI SEKOLAH

TUGASAN INDIVIDU

Dewasa ini berbagai isu berkaitan pendidikan sering dipaparkan di dada akhbar.

Fenomena ini berlaku kerana sekolah dilihat dari beberapa aspek yang amat berkait rapat

dengan masyarakat seperti;

i. aktiviti yang dijalankan di sekolah mempunyai kepentingan terhadap

masyarakat

ii. ibubapa sentiasa peka tentang program yang dijalankan di sekolah

iii. pelajar sentiasa melaporkan kepada ibubapa sebarang kejadian atau aktiviti

yang berlaku di sekolah

iv. guru diamanahkan untuk bertindak sebagai ‛loco parentis’ di sekolah

v. pengetua sebagai ketua bertanggungjawab dalam semua aspek di sekolah dan

vi. pengetua adalah penjaga kepada pelajar-pelajar

Antara isu salah urus yang melibatkan pengurusan hal ehwal murid ialah isu

keracunan makanan di kantin ataupun di asrama sekolah. Kejadian sebegini berlaku

disebabkan oleh faktor kebersihan makanan dan penyediaan makanan yang tidak

diberikan perhatian oleh pengurusan kantin ataupun asrama sekolah. Namun kecuaian

atau sikap tidak ambil peduli pengurusan sekolah dalam memantau kantin dan asrama

sekolah secara konsisten dalam aspek kebersihan dan kualiti makanan menjadikan pihak

sekolah sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat.

Justeru itu langkah-langkah proaktif perlu diambil oleh pihak pengurusan sekolah

sebelum isu ini berlaku. Antara langkah-langkah yang dapat diambil ialah

i. menyediakan jadual pemantauan kantin/asrama yang tetap dan lebih kerap

Page 2: ISU-ISU DI SEKOLAH

ii. melantik guru bertugas khusus bagi tugas pemantauan di mana rekod

pemantauan perlu dicatat di dalam buku log pemantauan

iii. memastikan pekerja-pekerja kantin/asrama sentiasa mematuhi peraturan yang

ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

iv. bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan nasihat

dalam aspek kebersihan fizikal dan proses penyediaan makanan

v. mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengusaha kantin/asrama apabila

berlaku kepincangan di dalam pengurusan kantin/asrama sekolah dan

vi. mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995 (Keracunan Makanan Di

Sekolah-Sekolah)

Isu berkaitan dengan kurikulum pula yang sering mendapat perhatian

masyarakat ialah mengenai dakyah bahawa kerajaan akan menghapuskan Sekolah Jenis

Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil. Isu ini timbul berikutan adanya pihak-pihak tertentu

yang cuba menangguk di air yang keruh dengan harapan ianya akan menjadi suatu

tarikan untuk mendapatkan sokongan politik. Walaupun isu ini lebih menjurus kepada

peranan kerajaan dalam menentukan dasar pendidikan negara namun pihak sekolah tidak

seharusnya mengambil langkah berdiam diri dan memencilkan diri dari cuba menjelaskan

kedudukan yang sebenar kepada masyarakat. Pihak sekolah khususnya pentadbir Sekolah

Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil perlu bertindak bagi menangani isu ini. Langkah yang

dapat diambil termasuklah;

i. mengadakan pertemuan dengan waris-waris bagi menjelaskan kedudukan

sebenar berkaitan isu ini

Page 3: ISU-ISU DI SEKOLAH

ii. menjemput wakil-wakil daripada kementerian pelajaran untuk memberikan

penerangan yang terperinci berkaitan isu yang dibangkitkan

iii. menegaskan bahawa Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 28 ada

menyebut tentang penubuhan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis

kebangsaan serta penyenggaraannya yang tertakluk di bawah bidang kuasa

menteri

iv. menjelaskan bahawa berlakunya perpindahan bukannya penutupan beberapa

sekolah jenis kebangsaan yang kurang murid dilakukan ke kawasan

berpenduduk padat

Kegiatan kokurikulum juga merupakan suatu bidang yang sering mendapat

perhatian masyarakat khususnya apabila berlaku kecuaian pihak sekolah dalam

mengendalikan sesuatu aktiviti. Kes-kes seperti pelajar mati lemas semasa berkhemah,

pelajar maut akibat kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan mengikuti aktiviti

kokurikulum dan lainnya merupakan kes-kes yang sering terpampang di dada akhbar.

Kecuaian pihak sekolah mengawal keselamatan pelajar semasa aktiviti kokurikulum

dijalankan, mengabaikan aspek keselamatan semasa mengendalikan sesuatu aktiviti,

guru tidak berada bersama pelajar semasa aktiviti kokurikulum dijalankan dan prosedur

keselamatan tidak dipatuhi sepenuhnya merupakan punca-punca berlakunya sesuatu

kemalangan terhadap pelajar ketika menjalani aktiviti kokurikulum.

Bagi mengelakkan daripada pihak sekolah dipersalahkan apabila sesuatu

kemalangan yang melibatkan pelajar itu berlaku semasa menjalani aktiviti kokurikulum

maka pihak sekolah perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti;

Page 4: ISU-ISU DI SEKOLAH

i. sentiasa memberi keutaman dan peringatan mengenai keselamatan dan

kebajikan pelajar semasa menjalani aktiviti kokurikulum

ii. memastikan tanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum menjadi tanggungjawab semua guru dan

dilaksanakan secara kolaboratif

iii. merancang dengan teliti setiap aktiviti yang akan dijalankan dengan

mementingkan aspek keselamatan

iv. melengkapkan diri guru-guru dengan ilmu pengetahuan tentang kecemasan

v. mengadakan pelan kontingensi jika berlaku kecemasan dan kemalangan

vi. mengambil skim perlindungan diri untuk setiap pelajar dan

vii. mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 berkaitan Panduan

Keselamatan Diri Pelajar.

Isu berkaitan kewangan di sekolah juga sering mendapat perhatian ibubapa

khususnya berkaitan dengan bayaran berkaitan persekolahan dan bayaran tambahan.

Walaupun Kementerian Pelajaran telah memansuhkan yuran persekolahan di sekolah

rendah dan sekolah menengah mulai tahun 2008 ini serta menetapkan paras siling kutipan

bayaran tambahan sebanyak RM 38.50(rendah) dan RM 55.50(menengah) namun masih

terdapat sekolah-sekolah yang mengutip bayaran tambahan sehingga mencecah ratusan

ringgit. Kegagalan pihak sekolah untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran telah menjadi isu yang hangat sedikit masa lalu.

Justeru itu pihak sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya

bagi mengelak daripada timbulnya isu-isu yang tidak diingini. Beberapa langkah yang

dapat dipraktikkan ialah;

Page 5: ISU-ISU DI SEKOLAH

i. menjelaskan kepada waris tentang kekeliruan yang timbul berkaitan

pemansuhan yuran persekolahan

ii. menerima bayaran daripada waris secara ansuran dalam tempoh yang

ditetapkan

iii. mematuhi paras siling yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

iv. mendapatkan persetujuan daripada PIBG untuk mengenakan bayaran

tambahan bagi tujuan peningkatan akademik dan

v. mencari sumber kewangan tambahan daripada agensi luar

Salah laku kakitangan sekolah juga merupakan isu yang sering dipaparkan oleh

media cetak dan media elektronik. Kesalahan seperti menampar dan merotan pelajar

tanpa mengikut prosedur ditetapkan seringkali dilakukan oleh guru. Kegagalan mengawal

emosi serta kejahilan tentang undang-undang dikenalpasti sebagai punca kesalahan ini

dilakukan. Di samping itu terdapat juga kes-kes yang berlaku akibat daripada tekanan

jiwa yang dialami oleh guru.

Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini maka pihak pengurusan sekolah

boleh mempraktikkan beberapa perkara di bawah;

i. sentiasa mengingatkan guru-guru tentang tatacara untuk mengambil tindakan

terhadap pelajar yang melakukan kesalahan

ii. memberi latihan dalaman kepada guru atau menghantar guru berkursus

berkaitan pengurusan disiplin pelajar

iii. melantik guru-guru disiplin yang berwibawa dan berketrampilan

iv. mewujudkan program peningkatan sahsiah pelajar bagi mengurangkan

masalah disiplin

Page 6: ISU-ISU DI SEKOLAH

v. memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin

vi. merekodkan setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam buku rekod

kesalahan pelajar dan

vii. mematuhi arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 berkaitan tatacara

mengenakan tindakan dan hukuman terhadap pelajar sekolah.

Beberapa isu yang diutarakan di atas berkaitan pengurusan hal ehwal murid,

kurikulum, kokurikulum, kewangan dan kakitangan di sekolah yang sering dipaparkan di

dada akhbar perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah. Pendedahan guru-guru

kepada Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran(Disiplin) Sekolah 1959,

Akta Pendidikan 1961, Akta Pendidikan 1996(Akta 550), Peraturan

Pendidikan(Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Peraturan Pendidikan (PIBG) 1998 perlu

dilaksanakan dengan segera dan menyeluruh bagi mengelak daripada isu-isu yang tidak

diingini daripada berlaku dalam organisasi persekolahan.

Rujukan:

1. Persatuan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia. (2002). Panduan Tugas Staf

Sekolah Menengah, Selangor: Alpha Sigma.

2. Education Act1996 (Act 550) & Selected Regulations, Petaling Jaya:International

Law Book Services.

3. Unit Hal Ehwal Murid Bahagian Sekolah. Koleksi Surat Pekeliling Ikhtisas Dan

Surat Siaran Berkaitan Disiplin (1968 hingga 2003), K. Lumpur: KPM.

4. Mohd. Ismail Othman. (2007). Undang-Undang Untuk Pengetua & Guru

Besar,Kuala Lumpur: PTS Profesional.

5. Lee Mei Pheng. (1989). General Principles Of Malasian Law, Shah Alam:

Oxford Fajar.