isu-isu

5
GANGGUAN SEKSUAL Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau media elektronik. Pelbagai masalah yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru seperti kes rasuah, gangguan seksual, dera dan sebagainya. Sebagai contohnya isu gangguan seksual iaitu mencium murid yang dilakukan oleh guru yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro yang bertarikh 22 Julai 2010 Seorang guru yang berumur 50 tahun mencium murid tahun satu. Persoalannya mengapa isu gangguan seksual ini berlaku? Beberapa punca tingkah laku negatif yang dilakukan guru bagi kes gangguan seksual (mencium) telah dikenalpasti. Antaranya,kurang memahami etika keguruan, pengaruh media massa tidak kira media cetak atau media elektronik dan tiada kesedaran agama. Tambahan lagi, punca yang menyebabkan tingkah laku negatif ini ialah tekanan kerja yang dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang tinggi. Mengikut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbingan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai guru. Bebanan kerja yang terlalu banyak, dimarahi oleh pihak pentadbir, disisihkan dan sebagainya adalah contoh tekanan kerja yang dihadapi oleh guru setiap hari menyebabkan guru itu tidak dapat berfikir panjang seterusnya mencari jalan lain untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Guru terbabit menggangap, gangguan seksual yang dilakukan ini boleh mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi namun kesan dari perkara itu lebih teruk dari apa yang dijangkakan. Selain itu, pengurusan tekanan yang tidak betul menyebabkan guru tersebut menggunakan murid sebagai alat untuk gangguan seksual bagi melepaskan tekanan yangdihadapinya.

Upload: nor-adibah-abdullah

Post on 26-Jul-2015

105 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU-ISU

GANGGUAN SEKSUAL

Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering

kali dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau media elektronik. Pelbagai

masalah yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes

tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru seperti kes rasuah, gangguan seksual,

dera dan sebagainya.

Sebagai contohnya isu gangguan seksual iaitu mencium murid yang dilakukan

oleh guru yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro yang bertarikh 22 Julai 2010

Seorang guru yang berumur 50 tahun mencium murid tahun satu. Persoalannya

mengapa isu gangguan seksual ini berlaku?

Beberapa punca tingkah laku negatif yang dilakukan guru bagi kes gangguan

seksual (mencium) telah dikenalpasti. Antaranya,kurang memahami etika keguruan,

pengaruh media massa tidak kira media cetak atau media elektronik dan tiada

kesedaran agama.

Tambahan lagi, punca yang menyebabkan tingkah laku negatif ini ialah tekanan

kerja yang dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang tinggi.

Mengikut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap

emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbingan, kemarahan dan

kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai guru. Bebanan kerja yang terlalu

banyak, dimarahi oleh pihak pentadbir, disisihkan dan sebagainya adalah contoh

tekanan kerja yang dihadapi oleh guru setiap hari menyebabkan guru itu tidak dapat

berfikir panjang seterusnya mencari jalan lain untuk melepaskan

tekanan yang dihadapi.  Guru terbabit menggangap, gangguan seksual yang dilakukan

ini boleh mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi namun kesan dari perkara itu

lebih teruk dari apa yang dijangkakan. Selain itu, pengurusan tekanan yang tidak betul

menyebabkan guru tersebut menggunakan murid sebagai alat untuk gangguan seksual

bagi melepaskan tekanan yangdihadapinya.

Page 2: ISU-ISU

BEBAN TUGAS

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres

di kalangan guru-guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran

bebanan tugas yang meningkat. Guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan

perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang

keterlaluan.

Purata seorang guru yang mengajar di sekolah harian biasa hanya mengajar 26

waktu seminggu. Malah, guru-guru juga mempunyai tugas-tugas khas seperti guru

disiplin, guru Pusat sumber, guru SPBT, ketua-ketua panitia, ketua-ketua bidang dan

sebagainya yang terpaksa dipikul. Kemudian ditambah pula dengan tugas-tugas yang

lain seperti memimpin kelab, persatuan dan permainan serta dengan sedikit kerja-kerja

perkeranian. Hal ini menyebabkan guru mengalami tahap mengalami stress yang

melampau. 

NUTP juga telah mennggariskan beberapa faktor lain yang menyebabkan stres

di kalangan guru iaitu:

* Harapan ibu bapa terlalu tinggi kepada guru kerana sering mahukan

pencapaian terbaik pelajar.

* Masalah disiplin pelajar yang semakin sukar dikawal termasuk melibatkan

keselamatan guru.

* Pelajar-pelajar semakin cerdik berbanding guru ekoran akses pendidikan yang

semakin canggih dan meluas.

Page 3: ISU-ISU

RAMAI GURU BERPENYAKIT AKIBAT STRES

Ramai guru di Malaysia kini menghidap penyakit barah payu dara, darah tinggi,

sakit jantung malah sedang mendapat rawatan psikiatri kerana semakin stres akibat

bebanan tugas yang meningkat.Punca penyakit yang dihadapi oleh guru-guru ini

dipercayai disebabkan oleh bebanan kerja yang membawa kepada stres sehingga

menjejaskan kesihatan guru dan ini diakui oleh guru-guru melalui pertemuan dengan

kesatuan.

Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

(NUTP), Loke Pheng, guru-guru yang mengajar di bandar-bandar besar seperti

terutama Kuala Lumpur dan di kawasan pedalaman adalah bilangan yang banyak

diserang stres sehingga ada yang perlu mendapatkan rawatan psikiatri. ``Sebagai

contoh, ada seorang guru akan keluar kelas setiap kali hujan semata-mata untuk

melihat hujan sehingga ia berhenti. (Utusan Online, 29/03/2006). Malah, menurut

laporan Utusan Malaysia (13 Jan 1999), bilangan guru yang menghadapi penyakit

mental semakin meningkat daripada tahun 1999 ke tahun 2003. Selain itu, Prof.Nor

Zuraida Zainal (n.d), juga menyatakan bilangan guru juga mengalami stress semakin

bertambah apabila bilangan guru yang mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri

bertambah dari seramai 10% daripada 22000 iaitu 2200 kepada 70% daripada 9000

orang.

Guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan

sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar,

kebimbangan melampau dan kemurungan. Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan

Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh

negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan

dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. Bercakap mengenai

gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida

memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan

pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini

diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

Page 4: ISU-ISU

PENGORBANAN WANG RINGGIT DAN TENAGA

Ramai guru mendakwa tertekan kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri

untuk menampung aktiviti sekolah dan keadaan itu lebih terasa dengan kegawatan

ekonomi yang berlaku ketika ini, selain gaji guru yang dikatakan masih rendah.

Kebanyakan guru yang dihubungi Berita Minggu mengeluh lantaran sering

dibebani tanggungjawab 'terpaksa' itu kerana sudah menjadi tradisi sejak sekian lama,

guru terpaksa berkorban segala aspek termasuk wang ringgit demi melaksanakan

tugas sebagai pendidik.

Semua guru itu mahu kementerian bertindak segera mengatasi masalah

berkenaan supaya guru tidak terus tertekan dan dapat melaksanakan aktiviti sekolah

dengan lebih berkesan.

Page 5: ISU-ISU

IBU BAPA PUNCA GURU TERTEKAN

Sikap ibu bapa yang terlalu mengharapkan guru mengajar anak mereka

sehingga muncul sebagai pelajar cemerlang dalam akademik menjadi punca utama

mereka menghadapi tekanan di tempat kerja sehingga menjejaskan prestasi

perkhidmatan masing-masing. Kajian Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA), bagi mengenal pasti masalah guru di seluruh negara tahun

lalu mendapati, 83 peratus guru berasa tertekan dengan harapan tinggi ibu bapa itu.

Selain itu, kurang minat warga pendidik dalam profesyen perguruan juga menjadi

penyebab masalah tekanan terutama apabila ia membabitkan pihak pengurusan

sekolah dan pelajar, selain ibu bapa pelajar. Penanda aras yang ditentukan pengurusan

sekolah kepada guru bagi memastikan warga pendidik memberi perkhidmatan

cemerlang dalam membantu pelajar memperoleh keputusan cemerlang juga

menambah tekanan mereka di sekolah.

Presiden NUTP, Anuar Ibrahim, berkata ramai guru mengadu kepadanya

mengalami tekanan sehingga ada yang terpaksa mengambil ubat penenang bagi

mengatasi kebuntuan masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga

kini pihaknya masih belum menerima laporan mengenai guru yang gagal mengatasi

tekanan sehingga terpaksa direhatkan dan dimasukkan ke pusat rawatan mental, tetapi

tidak menafikan ramai yang terpaksa mendapatkan bantuan kaunseling.

Saya selalu nasihatkan guru supaya jangan berundur daripada profesyen ini

kerana mereka (guru) adalah arkitek bangsa yang akan mencorakkan masa depan

negara, katanya kepada Berita Minggu. Selain itu, Anuar berkata, kemampuan guru

untuk mengajar pelajar masing-masing mendapat semua A dalam semua subjek

memang tidak dapat dinafikan, bagaimanapun jika aspek mengajar ditekankan lebih

daripada mendidik ia boleh mencetuskan masalah lain.

Pendidik sekarang hanya mengajar untuk membantu pelajar mendapat

keputusan 10A, 8A, meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah

(PhD), ijazah sarjana tanpa sempat mendidik. Memang guru boleh mengajar sehingga

seseorang itu boleh menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), tapi kalau tidak

Page 6: ISU-ISU

mendidik kita takut ada yang menyeleweng, pegawai bank menipu duit dan kakitangan

kerajaan terbabit rasuah, katanya.