isu isu-120520002036-phpapp01

11

Click here to load reader

Upload: habibah-abdullah

Post on 24-May-2015

1.468 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu isu-120520002036-phpapp01

5.0 Isu yang dibincangkan dalam kurikulum.

Dalam dunia pendidikan, kurikulum yang diselaraskan di semua sekolah menengah

mahupun sekolah rendah amat penting bagi perkembangan individu yang menyeluruh dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selama proses persekolahan sebelas tahun, penerapan

dan perkembangan nilai-nilai murni dalam setiap individu amat dititikberatkan. Bukan shaja

menyebarkan ilmu malah tugas mereka sebagai ibu bapa kedua perlu diambil kira dalam

memupuk nilai, sikap dan sahsiah yang baik terhadap pelajar. Namun, terdapat juga isu yang

diterbitkan tentang penerapan kurikulum ini dalam pendidkan.

Salah satu isu yang diketengahkan ialah, kurangnya konsep kendiri dan kepercayaan

dalam diri guru. Konsep kendiri ini berkait rapat dengan diri guru itu sendiri. Sifat yakin dan

bersemangat untuk menyebarkan ilmu dan memberi harapan kepada pelajar amat diperlukan.

Begitu juga dengan sikap kepercayaan, ia menjadi tunggak utama dalam melakukan proses

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Faktor yang mempengaruhi isu ini terbahagi

kepada dua golongan iaitu:

i. Guru lama

ii. Guru baru

Faktor yang berkait rapat dengan guru lama ialah sebahagian mereka lemah dalam konsep

matematik. Kajian oleh Macghee (1990) mendapati bahawa guru-guru Matematik sekolah

menengah memiliki pengetahuan prosedur yang berasaskan kefahaman relasional yang kukuh

ketika menerangkan konsep fungsi. Walaupun mereka dapat menunjukkan kebolehan yang

tinggi dalam penguasaan kemahiran tajuk terseut tetapi masih sukar untuk membuat perkaitan

dan hubungan antara elemen yang terlibat. Namun, bagi guru baru juga mereka mengalami

masalah dalam menerangkan sesuatu topik kepada pelajar. Hal ini kerana bakal guru atau

guru baru (guru dilatih) kurang membuat rujukan untuk mengetahui atau memahami sesuatu

tajuk dan kurang memberi respon pada pelajar. Besar kemungkinan guru baru mengambil

masa untuk menyesuaikan diri dalam suasana kelas dan sekolah tersebut dan menimba

pengalaman.

Faktor kedua yang diketengahkan dalam kurikulum ini ialah ketidaksepadan

matlamat kurikulum dengan kepercayaan yang ada pada guru. Secara rumusnya, pelaksanaan

Page 2: Isu isu-120520002036-phpapp01

kurikulum tidak dapat dilakukan secara holistik. Dasar kurikulum yang berubah perlu

mendapat kata sepakat daripada pelaksana itu sendiri iaitu tenaga pengajar kerana mereka

yang akan menyampaikan ilmu dan menyebarkan isi kandungan yang terdapat dalam

matlamat kurikulum. Jika guru tidak dapat melaksanakan kurikulum tersebut dengan baik,

maka matlamat kurikulum yang ingin diketengahkan tidak akan tercapai. Mengikut Pusat

Perkembangan Kurikulum, kurikulum sekolah menengah berintegrasi bagi sukatan pelajaran

Matematik telah dilaksanakan bertujuan untuk mengembangkan individu yang berfikiran

matematikal, dan mengaplikasikan kemahiran matematik secara efektif, dan boleh

memnyelesaikan masalah serta membuat kesimpulan, dan dapat menghadapi cabaran yang

kehidupan seharian melalui penguasaan dalam sains dan teknologi. Terdapat sepuluh objektif

yang ingin dicapai dalam pelaksanaan kurikulum matematik. Pertama pelajar haruslah

memahami definisi, konsep, peraturan, prinsip dan theorem berkaitan Number, Space and

Shape, dan Relationship. Kedua, pelajar boleh mengembangkan asas operasi penambahan,

penolakan, pendaraban serta pembahagian mengenai Number, Space and Shape dan

Relationship. Seterusnya, pelajar memerlukan kemahiran asas seperti membuat pembundaran

dan penganggapan, mengukur dan membina, mengumpul dan mengendalikan data, mewakili

dan mentafsir data, mengiktiraf dan mewakili hubungan matematik, menggunakan algoritma

dan hubungan, menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan dan sebagainya. Di sini, guru

haruslah memahami setiap objektif yang ingin dicapai supaya konsep kendiri dan

kepercayaan guru itu dapat ditingkatkan apabila berhadapan dengan pelajar kerana guru

sudah mengetahui apa yang akan diajar kelak.

Faktor ketiga yang menggagalkan konsep kepercayaan guru ialah pengalaman

mengajar Mengajar sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Proses mencurahkan ilmu kepada

pelajar memerlukan banyak kesabaran, komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugasan

serta displin yang mantap dalam memupuk sahsiah, nilai dan sikap pelajar itu sendiri.

Pengalaman mengajar merupakan suatu pengalaman yang boleh dijadikan sebagai rujukan

untuk guru terutama guru pelatih baru yang bakal menerajui pentadbiran sekolah kelak dan

menggantikan guru-guru yang bakal pencen. Menurut Tschannen- Moran dan Hoy (2002)

menegaskan bahawa guru yang berpengalaman berefikasi (berkeyakinan) tinggi kerana

mereka telah melalui peluang demi peluang menerusi tugas pengajian harian untuk tempoh

yang lama berbanding guru baru yang perlu mengembangkan kemahiran dan pengurusan

kelas dan strategi. Begitu juga menurut Tsui (1995) faktor pengalaman mengajar merupakan

unsur utama dalam meningkatkan efikasi kendiri guru.

Page 3: Isu isu-120520002036-phpapp01

Guru pelatih ini yang akan mencorak sahsiah pelajar serta mempelbagaikan proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Seperti yang kita tahu, pengalaman

mengajar yang kurang boleh menyebabkan sifat efikasi guru itu berkurang. Hal ini kerana,

mereka tidak didedahkan dengan suasana bilik darjah serta kawasan sekolah jika

dibandingkan dengan guru yang sudah bertahun-tahun mengajar. Mereka lebih berkeyakinan

dan sudah biasa mengawal suasana bilik darjah dan kerenah pelajar.

Isu yang kedua yang ingin dibincangkan dalam topik ini ialah, kelemahan guru dalam

kaedah pengajaran. Konsep proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang berkesan

ialah setiap kandungan kurikulum yang disampaikan dan cara penyampaian guru tersebut

dalam memahamkan pemikiran pelajar. Mengikut J.M Cooper dalam bukunya Classroom

Teaching Skills, beliau menyatakan bahawa “the effective teacher is one who able to bring

about intended learning outcomes”. Oleh itu, pengajaran yang efektif ialah hasil

pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objekifnya. Guru perlu

mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam kelas. Ia bukan sahaja tertumpu kepada kaedah

pengajaran itu sendiri tetapi penyampaian kandungan yang difahami oleh pelajar. Sebagai

contohnya, alat bantu mengajar merupakan satu bahan yang menjadi penguat kepada proses

pengajaran dan pembelajaran. Kerajaan kini ingin mendidik semua golongan masyarakat

mahir dan maju dalam bidang ICT (Information & Communication in Technology) terutama

dalam bidang pendidikan. Bakal guru yang akan menggantikan guru lama perlu

berpengalaman dalam menggunakan teknologi canggih supaya pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah tidak lagi berpusatkan pada guru semata-mata. Namun, masalah yang

timbul apabila matlamat kurikulum yang digubal tidak selaras dengan apa yang ingin

dilaksanakan.

Kemudahan infrastruktur di sekolah menjadi faktor mengapa guru tidak dapat

meneruskan kurikulum tersebut. Kekurangan bahan bantu mengajar seperti projektor,

komputer, mahupun gambarajah, foto, model, objek sebenar juga video terutama di sekolah

kawasan luar bandar menjadi batu penghalang bagi pelajar ingin belajar dan guru yang ingin

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, guru yang tidak memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar juga boleh

menyebabkan kaedah pengajaran tidak bersesuaian di dalam bilik darjah. Masalah yang

Page 4: Isu isu-120520002036-phpapp01

sering kali dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran Matematik ialaah lemah dalam asas

Matematik. Seperti yang sedia maklum, mata pelajaran Matematik merupakan pelajaran yang

mengembang dan membangun (developmental) yang memerlukan banyak latihan dan

kemahiran berfikir. Oleh itu, pelajar yang sudah ketinggalan di peringkat bawah, akan

menghadapi masalah kesukaran mengikuti dan memahami pelajaran di peringkat lanjut.

Kesannya, sikap pelajar terhadap pelajaran Matematik akan berkurangan dan mengubah

persepsi mereka mengatakan Matematik mata pelajaran yang paling susah difahami. Guru

pula akan membuat tanggapan yang tidak tepat dan merasakan pelajar mereka tidak memberi

perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, kaedah pengajaran dalam bilik darjah dikatakan lemah apabila guru

menitikberatkan ingin menghabiskan sukatan pelajaran (syllabus). Kaedah pengajaran

sepatutnya perlu dikurangkan kerana dengan cara penyampaian begini, tiada unsur

penghayatan dan penerapan berlaku dalam kelas. Kesannya terhadap pelajar, mereka

merasakan ketinggalan terutama bagi pelajar yang sememangnya lemah dalam asas

Matematik. Tambahan pula, guru yang ingin menghabiskan sukatan ini akan menghalang

kemahiran berfikiran mereka seterusnya berkemungkinan besar soalan yang ingin ditanya

juga terbantut gara-gara guru ingin menjimatkan masa dengan menghabiskan sukatan lebih

awal. Sebenarnya, sukatan Matematik tidak memerlukan pemahaman konsep Matemtik yang

baik tetapi penekanan juga perlu dibuat pada kemahiran berfikir.

Seterusnya, isu guru mengajar bukan opsyen juga sudah biasa kita dengar.

Kebanyakan graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda (ISMP) sekarang tidak mendapat opsyen

masing-masing. Malah mereka mendapat opsyen yang bertentangan dengan opsyen mereka.

Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) telah mengeluarkan statistik bilangan guru di Malaysia pada 31 Januari

2011. Jumlah guru lelaki adalah seramai 127 421 orang dan 285 299 orang adalah guru

perempuan. Jumlah ini menunjukkan satu jumlah yang besar. KPM menghadapi masalah

menempatkan guru-guru di sekolah luar Bandar. Biasanya situasi ini dihadapi oleh guru

perempuan. Hal ini menyebabkan berlakunya ketidaksepadanan (mismatch) dalam

pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang

mengajar di sekolah menjadi “bidang terjun”. Guru bukan opsyen terpaksa mengajar mata

pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan

Page 5: Isu isu-120520002036-phpapp01

pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka

kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

Kesan guru bukan opsyen mengajar matematik

Antara kesan apabila guru mengajar subjek bukan opsyen, mereka akan kurang yakin dan

tiada semangat untuk mengajar. Mereka juga akan bersikap sambil lewa dan kurang membuat

persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) bermula. Guru juga tidak

bersikap positif dalam ketidaksepadanan pengagihan guru mengikut opsyen kerana

menganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen. Oleh itu, hal ini akan

menyebabkan konsep matematik dalam kalangan guru bukan opsyen sangat rendah.

Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting

dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada

masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan

dengan pengalaman pelajar di dalam kelas mahupun di luar kelas. Para pendidik juga sedia

maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari

seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu

sendiri melalui proses interaksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh

dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan

pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran.

Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai.

Kesukaran ini disebabkan oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakan konsepnya saling berkait

di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep

sokongan yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran matematik bercorak

pengembangan pemikiran pelajar iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang merangkumi

proses penyelesaian masalah. Contohnya seperti memahami masalah, merancang strategi,

melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya. Kesilapan kepada tafsiran dalam

konsep akan memberi gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Jika guru kurang

semangat dan tidak membuat persediaan sebelum proses P & P bermula, mungkin akan

berlaku kesilapan tafsiran kepada konsep matematik.

Antara punca kepada kelemahan ini adalah kerana kurangnya penguasaan konsep asas

matematik dan akan menyebabkan kurangnya minat terhadap pembelajaran matematik. Oleh

yang demikian, perhatian yang serius perlu diberi penekanan kepada pembentukan

kefahaman yang betul di peringkat awal lagi.

Page 6: Isu isu-120520002036-phpapp01

Isu seterusnya yang memberi cabaran terhadap kurikulum ialah dalam penggunaan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Maksud “Penggunaan ICT dalam P & P” ialah

menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P & P

memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah

pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan

komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P &

P. Elemen yang penting dalam menintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi

pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Manakala menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P & P bermaksud penggunaan

teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.

Penggunaan teknologi mesti ada hubungkait tentang kaedah pengajaran. Guru perlu

menintegrasi ICT untuk memberi penambahan kepada aktiviti P & P. Ringkasnya peranan

ICT dalam P & P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam

pembelajaran dan penilaian.

Mengapa penggunaan ICT diperlukan?

1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, member gambaran visual dan

memudahkan pengiraan kompleks.

2) Meransang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih

cepat dan tepat.

4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai

pelbagai kebolehan dan kecerdasan.

5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh

dalam keadaan biasa.

6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk

penerokaan.

7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan murid.

8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.

9) Menggalakkan murid merealisasikan:

Pembelajaran terarah kendiri

Page 7: Isu isu-120520002036-phpapp01

Pembelajaran akses kendiri

Pembelajaran kadar kendiri

Menurut Kulanz 2009, pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan

luar bandar. Seperti yang kita sedia maklum, peruntukan komputer di setiap sekolah berbeza.

Perbezaan ketara dapat kita lihat di sekolah bandar dan luar bandar. Di sekolah bandar, semua

kemudahan disediakan dan pelajar dapat menikmati prasarana yang disediakan. Berbeza

dengan luar bandar, pelajar tidak dapat menikmati kemudahan yang sepatunya disediakan di

semua sekolah. Hal ini akan menimbulkan masalah kepada guru dalam pengaplikasian ICT

dalam P&P. Penyelenggaraan komputer juga kurang memuaskan kerana kurangnya

juruteknik di sekolah.

Seterusnya adalah sikap guru yang fobia atau takut komputer. Mereka mempunyai tanggapan

negatif terhadap penggunaan ICT dalam P & P. Menurut Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi

(2011) guru sudah terbiasa menggunakan teknik pengajaran tradisional. Hal ini juga

menyebabkan timbulnya isu penggunaan ICT dalam P & P.

Latihan juga menjadi isu dalam ICT. Menurut Zoraini (2000), dalam proses

mengimplementasi program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih

tetapi bilangannya terhad. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam

kalangan guru rendah disebabkan bilangan guru yang dilatih terhad.

Seterusnya masa menjadi halangan kepada guru untuk menggunakan ICT dalam P & P. Jika

P & P berlaku di dalam makmal komputer, pelajar akan mengambil masa lebih kurang 10

minit untuk bergerak dari kelas ke makmal komputer. Hal ini akan menyebabkan masa P & P

berkurang dari masa yang telah ditetapkan. Jadi para guru tidak dapat melaksanakan apa yang

dirancang dalam rancangan pengajaran harian mereka. Begitu juga jika P & P berjalan di

dalam kelas. Guru perlu mengambil masa untuk menyediakan peralatan dan perkakasan

komputer. Guru perlu membawa alat-alat ini dari bilik persediaan ke kelas.